BOOK
REVIEW
DISEDIAKAN OLEH :
NUR INSYIRAH BINTI HASRUDY
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
ISI KANDUNGAN
1) TAJUK BUKU
2) KEISTIMEWAAN BUKU
3) SEBAB SARANAN
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
TAJUK
BUKU
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
TAJUK BUKU
Biografi Agung
Rasulullah SAW
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
KEIST IMEWAAN
BUKU
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
1) MENCERITAKAN
PELBAGAI SIRAH
RASULULLAH SAW
Keistimewaan buku ini adalah
buku ini menceritakan sirah
Rasulullah SAW bermula
daripada waktu sebelum
kelahiran Baginda SAW
sehinggalah waktu kewafatan
Baginda SAW.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
2) DIREKA DENGAN
PELBAGAI ILUSTRASI
YANG MENARIK
Buku ini sangat istimewa
kerana buku ini direka dengan
pelbagai ilustrasi yang menarik.
Buku yang sarat dengan
pengajaran serta gambar yang
membantu pembaca untuk lebih
mudah memahami dan
menghayati kisah yang ingin
disampaikan.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
3) DILAMPIRKAN POSTER
SALASILAH KELUARGA
BAGINDA SAW
Di dalam buku ini juga dilampirkan poster
salasilah keluarga Baginda SAW bermula
daripada Nabi Adam sehingga Nabi
Muhammad SAW. Melalui poster ini
pembaca dapat mengetahui akan salasilah
keturunan para-para nabi utusan Allah.
Bukan itu sahaja, melalui poster ini
kita akan dapati bahawa Nabi Muhammad
SAW adalah daripada keturunan
Nabi Ibrahim a.s. Sememangnya poster
ini juga sangat-sangat membantu untuk
memahami dan mengingati salasilah
keluarga Nabi Muhammad SAW.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
4) DICERITAKAN
PELBAGAI KISAH
KEHIDUPAN
Buku ini juga menceritakan pelbagai
kisah kehidupan, perjuangan,
para sahabat, ahli keluarga serta
amalan-amalan yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW. Buku yang sarat
dengan hikmah dan pembelajaran
berharga buat seorang mu'min yang
sangat merindui Baginda SAW.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
SEBAB
MINAT &
SARANAN
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
MENGAPA SAYA SANGAT
MEMINATI BUKU INI?
Setiap buku itu pasti ada manfaatnya.
Seorang murabbi pernah berpesan
“Kamu adalah apa yang kamu baca".
Sungguh, tatkala mana saya mengingati pesanan ini,
jiwa dan hati saya tertarik untuk membaca
kisah Rasulullah SAW kerana
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat ke-21 :
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu
ada contoh ikutan yang terbaik"
Oleh yang demikian dalam membentuk keperibadian
seorang mu'min, seorang ketua, seorang pelajar mahupun
seorang hamba, kita mestilah mencontohi Rasulullah SAW.
Bukan itu sahaja, kita juga dianjurkan untuk
memperbanyakkan selawat, memperbanyakkan membaca
serta mendengar kisah Rasulullah SAW.
Hakikatnya, seseorang yang mendidik jiwanya untuk kenal
dan cinta Nabi Muhammad SAW,
mereka adalah orang yang berjaya dan beruntung.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
1) MEMBENTUK
KEPERIBADIAN DIRI
Rasulullah SAW merupakan seorang
kekasih Allah SWT. Baginda SAW juga
merupakan utusan qudwah hasanah
kepada sekalian makhluk Allah.
Keperibadian dan akhlak Rasulullah
SAW sangatlah dikagumi kerana
Baginda SAW mampu berdakwah
kepada orang bukan Islam hanya
dengan mempamerkan akhlaknya.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
2) MENINGKATKAN
JATI DIRI
Sememangnya fitrah manusia itu tidak akan pernah lari daripada
masalah kehidupan. Lumrah sebagai seorang pelajar, untuk
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Oleh yang demikian, saya menasihati sahabat sekalian agar kita
sama- sama telusuri kisah kehidupan Rasulullah SAW.
Bermula daripada kisah kelahirannya sebagai anak yatim dan
diuji dengan kewafatan ibu dan datuknya ketika umurnya masih
kecil. Seterusnya, diuji dengan kematian isteri tercinta yang
banyak berkorban dalam perjuangan Islam.
Bukan itu sahaja, Rasulullah SAW juga turut diuji dengan
kematian bapa saudaranya yang disayangi.
Apa yang menambahkan kesedihan Rasulullah SAW
adalah bapa saudaranya wafat dalam keadaan
tidak mengucap dua kalimah syahadah.
Allahu rabbuna, betapa hebat dan tabahnya Rasulullah SAW
dalam menghadapi cabaran dan dugaan kehidupan. Maka,
sebenarnya daripada sini kita dapat mengambil ibrah dan
kekuatan semangat daripada Rasulullah SAW dalam mengawal
emosi ketika Allah menguji kita dengan ujian kehidupan ini.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
3) MELAHIRKAN
SEORANG PEMIMPIN
YANG BERWAWASAN
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin
akan ditanya tentang rakyat yang berada di bawah
kawalannya. Orang lelaki adalah pemimpin dalam ahli
keluarganya dan bertanggungjawab terhadap rakyat
di bawah jagaannya. Wanita adalah pemimpin dalam
rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap
orang yang berada di bawah jagaannya. Khadam
bertanggungjawab terhadap harta tuannya dan akan
dipertanggungjawabkan terhadap orang yang berada
di bawah jagaannya.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
-Ikutilah kisah Rasulullah SAW sebagai seorang
pemimpin ummah, negara, keluarga dan diri sendiri-
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
4) MEMANTAPKAN
AKIDAH
Sahabat pada zaman Rasulullah SAW mendapat
didikan langsung daripada Rasulullah SAW.
Mereka adalah manusia yang paling memahami ilmu
al-Quran kerana mereka adalah manusia yang ada
semasa wahyu diturunkan.
Mengenali keperibadian sahabat sebenarnya dapat
membantu seseorang itu dalam
memperteguhkan akidah dan
memperbaiki akhlak melalui al-Quran dan hadis.
Rasulullah SAW bersabda :
“Orang Mukmin yang paling sempurna keimanannya
adalah yang paling baik akhlaknya.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, at-Timidzi)
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
5) MEMBANTU DALAM
PENGURUSAN MASA
Ayuhlah kita telusuri kisah Nabi Muhammad SAW
yang mampu membahagikan masa dengan sebaiknya
sebagai pemimpin negara dan ketua keluarga.
Allah berfirman dalam Surah al-Asr :
“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan
kepada kebenaran dan kesabaran”
[QS 103 : 1-3]
Masa yang berkat adalah sangat penting dalam
kehidupan seorang manusia. Seorang pelajar sangat
memerlukan masa yang berkat dalam memahami
setiap ilmu yang telah dipelajarinya.
Maka, bagaimanakah pengurusan masa yang berkat ?
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
6) MEMBENTUK
KEPERIBADIAN YANG
SYUMUL
Fitrah manusia untuk mencintai perkara kebaikan.
Dalam kehidupan seharian, manusia itu pasti akan
berhadapan dengan pelbagai rintangan.
Namun, persoalannya, sejauh mana kita mampu
mendidik jiwa kita untuk sentiasa bersabar dan
bersyukur?
Maka, buku ini serba sedikit menukilkan beberapa
adab Rasulullah SAW melalui hadis dan
kisah ringkas yang menarik. Ia sesuai untuk
dijadikan pedoman dan panduan dalam melalui arus
kehidupan yang kian mencabar.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
7) MELATIH DIRI UNTUK
ISTIQAMAH DENGAN AMALAN
SUNNAH BAGINDA SAW
Istiqamah itu suatu mujahadah.
Seseorang yang mengingkan kejayaan di dunia dan di
akhirat, perlulah istiqamah dengan setiap
amalan yang dilakukannya.
Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat ke 112 :
“Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad)
sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul
sebagaimana yang diperintahkan kepadamu”
[QS 11 : 112]
Maka di sini, ayuh kita telusuri kisah Nabi
Muhammad SAW supaya jiwa kita terdidik dengan
sikap istiqamah.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
8) MENDIDIK DIRI UNTUK
MENCONTOHI KEHIDUPAN
NABI MUHAMMAD SAW &
PARA SAHABAT
Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran, ayat ke-110:
“Kamu (wahai umat Muhammad) ialah sebaik-baik umat
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
diperintahkan dan melarang segala perkara yang dilarang
serta kamu pula beriman kepada Allah”
Para Sahabat ini adalah sebaik-baik umat
yang boleh kita ikuti keperibadiannya.
Mereka sangat memuliakan Rasulullah SAW.
Mereka sangat menjaga hukum Allah
walau sekecil-kecil perkara.
Para sahabat sangat wara' yakni menjaga hati daripada
perkara yang syubhah sebagaimana hadis Rasulullah SAW :
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging
yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila
rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis Riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim)
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
KESIMPULAN
Alhamdulillah, jujur sebenarnya terlalu banyak ibrah
yang mampu kita ambil daripada
Buku Biografi Agung Nabi Muhammad SAW.
Buat semua keluarga yang disayangi,
juga sahabat dan kenalan yang dikasihi Allah SWT,
sebenarnya apa yang saya nukilkan ini mungkin baru
1 per 10 daripada ibrah yang boleh kita pelajari.
Hakikatnya, kisah Rasulullah SAW adalah sebuah
penceritaan yang tidak akan pernah habis
kemanisannya, walau diulang berkali-kali.
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
TAZKIRAH BUAT HAT I
Akhir sekali, pesanan saya buat kita semua ;
Perbanyakkanlah selawat dalam kehidupan seharian.
Banyakkan membaca sirah perjuangan Rasulullah
SAW dan para sahabat serta tanamkan azam dalam
diri untuk mengenali Rasulullah SAW melebihi
makhluk Allah yang lain.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua
dan permudahkan segala urusan kita di dunia
dan di akhirat. Semoga kita semua akan mendapat
syafaat Rasulullah SAW di akhirat kelak
dan dikumpulkan di Jannatul Firdaus bersama
Baginda SAW, para nabi dan rasul-rasul,
ahlul bait serta mu'min dan mu’minat
Allahumma Amin
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21
SEKIAN
-JAZAKILLAHU KHAIRAN JAZA-
TUGASAN MENTORING SESI I 20/21