Tokoh dan Model Pendidikan Awal Kanak-kanak oleh Ammar dan Akif
FRIEDRICH WILHELM FROEBEL MARIA TECLA ARTEMISIA MONTESSORI Isi Kandungan
Tokoh dan Model Pendidikan Awal Kanak-kanak FRIEDRICH WILHELM FROEBEL MARIA TECLA ARTEMISIA MONTESSORI
Latar belakang tokoh Nama sebenar: Friedrich Wilhelm Froebel Asal : Jerman tarikh lahir : 21 April 1782 Tarikh meninggal : 21 Jun 1852 Nama bapa : Johann Jacb Froebel Nama ibu : Jacobine Eleonore Friederike Beliau merupakan anak didik Pestalozzi Merupakan anak bongsu dari 5 adik beradik Froebel mencipta kurikulum dan kaedah pengajaran awal kanak-kanak. Beliau juga dikenali sebagai ‘bapa tadika’ atau ‘father of the kindergarten’
Fauget University Pengajaran dan pembelajaran- Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) dan Teknologi Maklumat (TMK)/ Pembelajaran Digital Beliau menekankan penggunaan teknologi bagi meransang minda kanakkanak yang interaktif dan kreatif. Penggunaan teknologi diaplikasikan sebagai medium pengajaran kepada kanak-kanak kerana menurut beliau kanak-kanak lebih suka bermain. Jadi penggunaan tekonologi seperti permainan dalam talian dapat diaplikasikan dalam pengajaran kanak-kanak. Kanak- kanak akan mengetahui tahap dan kemampuan diri mereka ketika bermain. Semakin banyak kanak- kanak bermain, semakin banyak yang dipelajarinya. Oleh itu, sebaik- baik permainan menggunakan teknologi adalah permainan yang melibatkan pemikiran, aktiviti fizikal dan juga interaksi. FRIEDRICH WILHEM FROEBEL oleh AKIF
Menurut Model Frobelian, tadika perlu dihias bagi menarik perhatian kanakkanak. Sekurang-kurangnya dinding perlu dicat dengan warna terang, bilik yang cerah dan penuh dengan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan gambar, serta bunyi-bunyian dan alat mainan berbentuk objek dalam bentuk, saiz, dan warna tertentu. Bagi menyediakan keselesaan kepada kanak-kanak, ia perlu dilengkapkan dengan meja dan kerusi yang bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Elakkan daripada menggunakan kelengkapan orang dewasa yang boleh membantutkan aliran aktiviti. Dalam kata lainnya, ia perlulah menggambarkan bilik yang selesa yang memudahkan perjalanan sesuatu aktiviti. Pandangan Froebel Persekitaran/keceriaan
iPersekitaran / keceriaan Prasekolah dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyi, dan alat permainan yang berwarna warni. Diniding prasekolah dicat dengan warna yang menarik dan mempunyai ilustrasi binatang, tumbuhtumbuhan dan sebagainya.
Perkembangan kanak-kanak Perkembangan kanak-kanak meliputi perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak dipupuk . Pendidikan kanak-kanak berdasarkan kemampuan dan keperluan mereka. Mereka juga diberikan kebebasan dalam melakukan sesuatu aktiviti supaya mereka meneroka sendiri Menekankan kaedah learning by doing iaitu tugas yang diberikan kepada kanakkanak adalah mempunyai ciri bermain yang merupakan strategi untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak Oleh itu, semua tugas yang dilakukan kanak-kanak perlu mempunyai ciri-ciri bermain. Kanak-kanak boleh menjana keunikan melalui bermain. Froebel menganggap strategi bermain dalam pendidikan sebagai penyumbang terbesar pendidikan awal kanak-kanak.
Beliau mengakui prinsip Pestalozzi mengenai penggunaan alat/objek untuk menarik minat belajar ketika mengajar, dan juga prinsip yang menyatakan semua pendidikan bermula dengan pengamatan deria. Antara alat atau pekerjaan kanak-kanak yang dicadangkan Froebel termasuklah menggunting kertas, menganyam kertas, mencorakkan manik, melukis, menyulam, dan menenun fabrik. Kanak-kanak diajar untuk membentuk apa sahaja yang mereka mahu. Matlamat Froebel ialah membangunkan aspek fizikal, kognitif, dan sosial kanak-kanak. Untuk melatih kanak-kanak melakukan aktiviti tersebut, Froebel mencipta alat geometri sebagai mainan kanak-kanak. Bahan ini dipanggil ‘gift’. Selain daripada itu, beliau mewujudkan kurikulum bagi melatih kanak-kanak bekerja seperti, pekerjaan, menyanyi, bermain, belajar, bahasa, dan matematik bagi membolehkan kanak-kanak memahami prinsip universal. Bahan Bantu Mengajar Pandangan Froebel
Model Pembelajaran Froebelian
Konsepnya mengenai kanak-kanak dan bagaimana mereka belajar diistilahkan sebagai unfolding atau pengorakan (proses perkembangan seperti bunga yang berkembang) yang mana dahulunya diasaskan oleh Comenius dan Pestalozzi. Peranan pendidik, sama ada guru atau ibu bapa, ialah memerhatikan pengorakan semula jadi dan sediakan aktiviti yang membenarkan kanak-kanak belajar apabila mereka sudah bersedia. Peranan guru ialah membangunkan kualiti untuk belajar. Guru dianggap sebagai pereka bagi pengalaman dan aktiviti kanak-kanak. Froebel melayan kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam, mula bercambah dan bertunas; ia bertumbuh daripada lembut kepada keras dan menghasilkan buah. Beliau menganggap guru sebagai pekebun. Dalam kebun yang dipenuhi kanak-kanak, mereka dididik dalam suasana yang rapat dan harmoni secara semula jadi. Model Pembelajaran Froebelian
Permainan membantu kanak-kanak berfikir dan mengetahui sesuatu perkara jua memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan dan keriangan Pada abad ini, seua aktiviti mestilah berpusatkan murid, jadi Model Froebelian memberi murid untuk bermain sambil belajar iaitu alat yang mengikut keperluan dan kesesuaian mereka. Model Pembelajaran Froebelian MAIN DAN KANAK-KANAK
Kemahiran sosial peru dikuasai oleh kanak-kanak Kemahiran sosial merupakan tingkah laku yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif Kanak-kanak akan menyatakan emosi mereka bergantung kepada apa yang mereka pelajari dan berdasarkan pengalaman mereka Kanak-kanak mudah meluahkan perasaan melalui aktiviti contohnya, elukis, bercerita dan sebagainya. PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI Model Pembelajaran Froebelian
tokoh MARIA MONTESSORI BY AMMAR TASYRIQ Maria Montessori (31 Ogos 1870 – 6 Mei, 1952) merupakan seorang pendidik berbangsa Itali, saintis, pakar perubatan, ahli falsafah dan merupakan pendidik kanak-kanak awal yang telah dicalonkan untuk menerima Hadian Nobel Keamanan Maria Montessori meninggal di Belanda pada tahun 1952, selepas mengabdikan diri sepanjang hayat untuk belajar mengenai perkembangan kanak-kanak. Kerja-kerja awal beliau tertumpu kepada hak-hak wanita dan reformasi sosial dan berkembang merangkumi pembaharuan pendekatan menyeluruh keatas pendidikan. Maria merupakan siswazah wanita pertama yang yang menerima ijazah dari Sekolah Perubatan di Universiti Rom.Beliau merupakan ahli kepada Klinik Psikiatrik Universiti dan menjadi tertarik untuk mengajar orang-orang "terencat akal" dan "tidak mampu belajar LATAR BELAKANG
Montessori tidak menolak penggunaan alat bantu, dan dalam konteks TMK, teknologi dapat dianggap sebagai alat bantu untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran. Penggunaan aplikasi pendidikan dan perisian interaktif yang sesuai dengan prinsip Montessori dapat memperkaya pengalaman pembelajaran kanak-kanak. mak Teknologi lumat(TMK)/ Pembelajaran digital Penggunaan teknologi sebagai alat bantu Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 PAK21 dan Integrasi Teknologi Montessori menekankan pembelajaran praktikal, dan dalam konteks PAK21, ini boleh diintegrasi dengan pembelajaran berpusatkan teknologi. Penggunaan teknologi harus diselaraskan dengan pendekatan Montessori yang menekankan keaktifan dan pengalaman langsung. Penggunaan teknologi dalam kelas digalakkan bagi menarik fokus kanak-kanak Model Montessori
PAK21 menekankan pembelajaran aktif, dan pendekatan Montessori yang memberi penekanan kepada pembelajaran melalui tindakan dan pengalaman langsung sesuai dengan prinsip ini. Guru perlu mencipta persekitaran pembelajaran yang memberikan peluang untuk eksplorasi dan interaksi. mak Teknologi lumat(TMK)/ Pembelajaran digital Penggunaan teknologi sebagai alat bantu Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21
Persekitaran / keceriaan Kanak-kanak belajar lebih baik dalam persekitaran yang bersedia. Ini termasuklah bilik darjah, rumah, pusat jagaan, atau taman permainan. Jadi guru atau pengasuh perlu menyediakan persekitaran bilik darjah yang menarik dan ceria bagi menarik minat kanak-kanak Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanakkanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menggunakan bahan pembelajaran yang sesuai.
Persekitaran / keceriaan Matlamat persekitaran bersedia adalah untuk membolehkan kanak-kanak berdikari dan tidak bergantung pada orang dewasa. Sebaiknya, mereka melakukan sesuatu sendiri.
Perkembangan kanak-kanak Montessori menekankan aspek menghormati kanak-kanak dan melayani mereka sebaik-baiknya.Guru dan ibu bapa perlu menghormati kanak-kanak dalam pelbagai cara, contohnya membantu mereka melakukan aktiviti pilihan mereka sendiri. Apabila kanak-kanak boleh memilih, mereka membina kemahiran dan kebolehan mereka yang merupakan asas kepada pembelajaran berkesan, autonomi, dan pengiktirafan kendiri.
BAHAN BANTU MENGAJAR Pendekatan Montessori menggunakan bahan-bahan bantu mengajar yang dirancang dengan teliti dan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Contohnya, terdapat pelbagai alat manipulatif yang membantu kanak-kanak memahami konsep matematik dan bahasa dengan cara yang konkrit dan visual. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami pembelajaran secara praktikal