The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA JALAN KE PUNCAK KARYA JURI DURABI TELAH DIJADIKAN TEKS KOMSAS BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN DUA.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d077721, 2021-05-17 23:50:12

NOTA JALAN KE PUNCAK KARYA JURI DURABI

NOTA JALAN KE PUNCAK KARYA JURI DURABI TELAH DIJADIKAN TEKS KOMSAS BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TINGKATAN DUA.

Keywords: jalan ke puncak,juri durabi,tingkatan dua,bahasa melayu,komsas

JALAN KE PUNCAK

JURI DURABI

Disediakan Oleh: Nur Najiha
Azarae

SINOPSIS

Novel Jalan ke Puncak mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Laiman yang berkelulusan
ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan gaji. Laiman lebih suka bekerja sendiri
dengan mengusahakan ladang tembikai. Pada mulanya hasrat bekerja sendiri ditentang oleh ayahnya
kerana keluarga mereka telah banyak berkorban demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah
usaha berkebun menampakkan hasil, ayah Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman turut
mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan
memborong hasil pertanian. Laiman dibantu oleh sepupunya Milan. Usaha gigih Laiman bukan sekadar
untuk dirinya malah dia turut membantu anak-anak muda lain dengan membuka peluang pekerjaan
dan mengubah mentaliti mereka. Laiman mahu bangsanya tidak hanya bergantung kepada kerajaan
atau bekerja makan gaji, sebaliknya mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin hidup
mewah. Laiman akhirnya menjadi usahawan tani berjaya dan contoh kepada penduduk kampung.
Usahanya turut mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

TEMA

Novel Jalan Ke Puncak bertemakan kesungguhan dan kegigihan seorang anak membina
kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara berdikari. Contohnya, Laiman yang
berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih
untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman
turut mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan
menjadi peraih hasil pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia
berjaya dalam bidang yang diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada pihak
kerajaan.

PERSOALAN

1. Persoalan tentang ketabahan menghadapi dugaan hidup. Contohnya Laiman tabah
menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju
dengan keputusan untuk bekerja sendiri.

2. Persoalan tenang pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga. Contohnya abang dan nenek
Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di universiti.

3. Persoalan tentang semangat setia kawan. Contohnya Milan yang merupakan kawan dan

sepupu kepada Laiman sentiasa menyokong usaha Laiman untuk menjayakan projek
pertanian walaupun mendapat tentangan daripada keluarganya sendiri.

4. Persoalan tentang semangat cinta akan negara. Contohnya Laiman sentiasa menyokong

dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk
berdikari dan bekerja sendiri.

PLOT

Muluk ditangkap polis atas

tuduhan membakar loji

Laiman berkawan minyak.. Dia bertindak

dengan soniah Soniah sedemikian kerana iri akan

menyebut nama Muluk hubungan Laiman dan

dalam suatu perbualan, Soniah.

tetapi kemudian tidak Pak Sahok mengalah dan

mahu meneruskan cerita mengizinkan Laiman

tentang Muluk. Hal ini menggunakan tanah paya

PERMULAAN menimbulkan tanda KONFLIK di sebelah sawahnya PELERAIAN

tanya dalam fikiran untuk tujuan penternakan

Laiman. ikan air tawar.

Laiman menjalani Tangki yang beru dibaiki oleh Laiman hidup senang kerana
usahanya membuahkan
latihan praktikal di PERKEMBANGAN Laiman terbakar. Kebakaran hasil . Laiman memikirkan
perancangan hubungannya
sebuah syarikat minyak. itu berlaku semasa Laiman KLIMAKS dengan Soniah.

Laiman melakukan pergi ke Kuching.

tugas yang diberikan Bapa Laiman memarahi

kepadanya dengan baik. Laiman kerana menolak

Oleh itu, dia disenangi tawaran kerja dan

oleh pengurus dan menentang hasrat Laiman

kawan-kawan di tempat mahu mengusahakan projek

kerjanya itu. sendiri

LATAR TEMPAT o LATAR o LATAR MASA
o Bandar Miri. Contohnya, Laiman dan Pada waktu tengah hari Contohnya,
LATAR MASYARAKAT Sukri mengajak Laiman makan
Soniah menghabiskan cuti hujung Masyarakat mahasiswa. Contohnya, tengahari.
minggu dengan bersiar-siar di bandar Sukri merupakan pelajar tahun tiga
Miri. fakulti kejuruteraan (Unimas). Pada waktu malam. Contohnya,
pertelingkahan antara Laiman dan
o Masyarakat yang tegas diri: Laiman o ayahnya pada waktu malam telah
o Rumah Pak Sahok. Contohnya, Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak membawa Laiman ke rumah
tergesa-gesa menerima sesuatu sepupunya, Milan.
ke rumah Pak Sahok untuk memujuknya tawaran pekerjaan.
Pada waktu petang. Contohnya,
agar mengizinkan dia menggunakan Soniah terserempak dengan Laiman
sewaktu membeli barang di pasar
tanah rizab yang bercantum dengan pada waktu petang.

tanah Pak Sahok.

o Masyarakat yang peramah. o
Contohnya, Sukri cepat mesra
o Tangki minyak nombor 12 milik syarikat
Shell. Contohnya, tangki minyak yang walaupun dia penyelia kepada Laiman,
rosak itu dibaiki oleh Laiman dengan
sempurna tetapi telah terbakar. mahasiswa kejuruteraan yang sedang

menjalani latihan industri.

WATAK PERWATAKAN

Laiman  Seorang yang rajin. Contohnya, Laiman berusaha gigih mengusahakan projek ladang tembikai dan penternakan ikan air
tawar sehingga pada akhirnya usaha Laiman membuahkan hasil.

 Seorang yang berani. Contohnya, Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan
kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya.

 Seorang yang tegas. Contohnya, Laiman berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran
pekerjaan.

Pak Kiassim  Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Pak Kiassim bertanggungjawab memberi pendidikan secukupnya untuk
Laiman.

 Seorang yang mengambil berat tentang masa depan anak-anaknya. Contohnya, Pak Kiassim sangat mengambil berat
tentang masa depan Laiman.

 Seorang yang pemaaf. Contohnya, Pak Kiassim memaafkan kesalahan Laiman.

Milan  Seorang yang rajin. Contohnya, Milan membantu Laiman menguruskan ladang tembikai dan penternakan ikan air tawar
yang diusahakan oleh Laiman

 Seorang yang baik hati Contohnya, Milan sanggup membantu Laiman berhadapan dengan Pak Sahok.
 Seorang yang gigih berusaha. Contohnya Milan gigih membantu Laiman mengusahakan projek penternakan ikan air tawar.

GAYA BAHASA

01 02 03

Gaya Bahasa Gaya Bahasa Gaya Bahasa
Personifikasi Inversi Simile

Gaya bahasa personifikasi ialah Gaya bahasa inversi Gaya bahasa simile
gaya bahasa yang merupakan pembalikan merupakan gaya bahasa
kata. Contohnya, di sana perbandingan. Contohnya,
menyandarkan sifat manusia
kepada sesuatu selain manusia. dia makan. berita itu seperti petir
Contohnya, mata pengurus itu yang menyambar hatinya
menikam lembut wajah Laiman

dengan hati yang lega.

NILAI

1. Nilai keberanian. Contohnya, Laiman 3. Nilai berdikari. Contohnya Laiman sanggup
bekerja sendiri sebagai petani dengan
berani menjadi petani moden kerana mengusahakan tanaman tembikai,
menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi
berkeyakinan usahanya akan perniagaan walaupun dia boleh memilih
bekerja makan gaji di Jabatan Pertanian.
membuahkan kejayaan walaupun

pada peringkat awal ditentang oleh
ayahnya.

2. Nilai patriotisme. Contohnya, Laiman 4. Nilai kasih sayang. Contohnya Pak Kiassim
sentiasa menyokong dasar yang amat menyayangi anaknya menyebabkan dia
dilaksanakan oleh kerajaan untuk meleteri sikap Laiman yang menolak
membantu rakyat dengan memilih untuk pekerjaan sebagai pegawai di Jabatan
berdikari dan bekerja sendiri. Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan
anaknya apabila melihat tanaman tembikai
mengeluarkan hasil.

PENGAJARAN

1. Kita perlu memiliki sikap berani untuk mengubah nasib. Contohnya, Laiman berani menjadi petani moden
kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang
oleh ayahnya.

2. Kita hendaklah memiliki jiwa patriotism. Contohnya, Laiman sentiasa menyokong dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri.

3. Kita haruslah sanggup berdikari untuk memperoleh pendapatan yang lebih lumayan. Contohnya,
Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak
ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di Jabatan
Pertanian.

4. Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging sendiri. Contohnya, Pak Kiassim
amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan sebagai
pegawai di Jabatan Pertanian. Namun, dia akur akan kebolehan anaknya apabila melihat tanaman
tembikai telah mengeluarkan hasil.


Click to View FlipBook Version