The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ilham240902, 2021-10-27 11:07:35

Buletin JPP Lmuharib'IIS Edisi Oktober

e-BULETIN















LMUHARIB’ISS



















Pemimpin

Martabatkan Pendidikan



















Edisi

Oktober

PENGENALAN






Buletin JPP merupakan satu wadah yang dibangunkan oleh JPP
IPG Kampus Tawau. Segala aktiviti yang telah disertai oleh para

siswa guru IPG Kampus Tawau akan didokumentasikan di dalam

Buletin JPP ini iaitu sebulan sekali.



Program-program tersebut boleh terdiri daripada program yang

diadakan sendiri oleh pihak IPG Kampus Tawau mahupun 26
buah lagi IPG yang terdapat di seluruh Malaysia. Selain itu, hasil

karya penulisan pelajar juga akan dimasukkan ke dalam buletin

ini bagi pembacaan semua pihak.



Di samping dapat mengetengahkan bakat setiap siswa guru IPG

Kampus Tawau, penulisan mereka juga dapat dijadikan ilmu
perkongsian bagi rakan-rakan siswa guru dan para pensyarah

sekalian.



Tambahan pula, Buletin JPP ini digerakkan dengan kerjasama

beberapa orang siswa guru bagi memurnikan lagi usaha ini.

Akhir kata, semoga usaha ini dapat diteruskan agar kekal
menjadi wadah utama para siswa guru untuk terus berkarya pada

masa akan datang.



















P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

OBJEKTIF







1. Melaksanakan fungsi JPP sebagai penghubung dalam warga
IPG Kampus Tawau.



2. Memainkan peranan JPP sebagai penyebar luas maklumat
semasa kepada siswa pendidik IPG Kampus Tawau.



3. Menggalakkan perkongsian ilmu dan cetusan kreativiti dalam

kalangan siswa pendidik khususnya dan warga IPG Kampus
Tawau amnya.



4. Menyokongan usaha mengamalkan Budaya IPG secara
menyeluruh.



5. Menggalakkan pemikiran yang reflektif dan inovatif.



6. Menyediakan platform penguasaan kemahiran digital secara
optima.
































P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

Penaung















B U L E T I N L M U H A R A B ’ I I S














































P E N G A R A H I P G K T


D r . N a j a m u d d i n b i n H j .
B a c h o r a


























P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N
P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

Pener
B U L E T I N L M U H A R A B ’ I I Sbit
























K E T U A J A B A T A N H A L

E H W A L P E L A J A R

D r . M o h d A s r i b i n H a j i I s p a l





















K E T U A U N I T P E M B A N G U N A N

I N S A N I A H

E n c i k M a z a n i a b i n K a s i m i n

















K E T U A U N I T D I S I P L I N

D A N T A T A T E R T I B

P u a n A m i n a h B i n t i P u y o n g










P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

Sidang Redaksi



















B U L E T I N L M U H A R A B ’ I I S













P I M P I N A N R E D A K S I

P u a n N o r a i n i b i n t i
Z a k a r i a @ J a k a r i a


















P E N A S I H A T


P u a n L o r e t t a @ L i l y P o l u s

















P E N A S I H A T


S i t i F a t i m a h b i n t i H j . I s h a k









P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

B U L E T I N L M U H A R A B ’ I I S





K E T U A E D I T O R


































A m i r u l A k m a l b i n A b d u l J a l i l




E D I T O R

































M o h a m a d S a f u a n b i n

A b d u l R a h i m




P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

B U L E T I N L M U H A R A B ’ I I S



JAWATANKUASA PENERBITAN


S U S U N L E T A K






























M o h a m m a d I l h a m A n g b i n A n i s A ’ e i d a b i n t i M o h a m a d
A b d u l l a h A m i n i


























L A T A R F O T O G R A F I I L U S T R A S I G R A F I K
M u h a m m a d D a n i s h M u h a m a d H i j a z b i n N u r i n S y a h i d a b i n t i N u r d i y a n a S u f f i y a h
A f i q b i n R u s h l a n A b d u l l a h R o s l a n b i n t i D o l H a s s a n
















P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

B U L E T I N L M U H A R A B ’ I I S


INFO BERITA
































A r f a h b i n t i T a p s i r A m i r a H a n a B a t r i s y i a
N u r a d i l a h b i n t i R a j i b
b i n t i O m a r
U n i t P e n d i d i k a n I s l a m 1 U n i t P e n d i d i k a n I s l a m 3
U n i t P e n d i d i k a n I s l a m 2































T h r e n e l l a T h a d e u s L o i s l y n n I n g r i d J o f r i M u h a m m a d H i l m i b i n
U n i t B a h a s a M e l a y u 1 U n i t B a h a s a M e l a y u 2 J a f a r y
U n i t B i m b i n g a n &
K a u n s e l i n g












P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

B U L E T I N L M U H A R A B ’ I I S


INFO BERITA

































K h a i r u n n i s a H u s n a b i n t i
N u r I z z a t i B i n t i
R o s s l e y
M o h a m a d P a i s a l
U n i t P e n d i d i k a n I s l a m 2
U n i t P e n d i d i k a n I s l a m 1





























M u h a m m a d H a z i q b i n
S a f i y y a h b i n t i S a m a t
T a r m i z i
U n i t P e n d i d i k a n I s l a m 3
U n i t P e n d i d i k a n I s l a m
4












P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

DARI












KEKUNCI








EDITOR

Dapatkah,


citra bahasa kita


dikekalkan?





Pada zaman dahulu, kemasyhuran bahasa Melayu tidak dapat disangkal lagi.
Bahasa Melayu pernah mencapai tahap kegemilangannya pada zaman

Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka. Kegemilangan tersebut dicapai apabila
bahasa Melayu berperanan sebagai lingua franca pada zaman tersebut.

Zaman silih berganti, bahasa Melayu terus mencipta nama dari semasa ke
semasa untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bahasa
antarabangsa yang lain. Pada tahun 2020, dianggarkan jumlah penutur

bahasa Melayu di seluruh dunia mencapai 300 juta orang daripada seluruh
penduduk dunia. Persoalannya, mampukah bahasa Melayu terus

dimartabatkan di Malaysia dan seterusnya di persada dunia? Persoalan
tersebut wujud apabila terdapat rakyat Malaysia sendiri khususnya generasi

muda yang menganaktirikan bahasa Melayu dalam negara sendiri. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu langsung tiada di hati mereka

kerana mereka berasa bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan
harian menjatuhkan 'standard' mereka dalam kalangan rakan-rakan. Seperti
yang kita sedia maklum, generasi muda zaman sekarang lebih memilih untuk

menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian khususnya dalam
media sosial. Malahan, ada juga yang menggunakan bahasa Korea di media

sosial akibat terpengaruh dengan drama Korea dan seumpamanya. Sikap
inilah yang menimbulkan persoalan sama ada martabat dan imej bahasa
Melayu dapat terus dikekalkan. Oleh itu, anak muda khususnya siswa guru

perlulah saling berganding bahu dan tenaga dalam memartabatkan bahasa
Melayu agar citra bahasa kita dapat dikekalkan selama-lamanya. Bahasa

kebangsaan penyatu warga! Bahasa jiwa bangsa!








OLEH: MOHAMAD SAFUAN
BIN ABDUL RAHIM, PISMP,

BM 1

S E G M E N








B E R I T A














































P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

T A K L I M A T O U T C O M E B A S E D E D U C A T I O
T A K L I M A T O U T C O M E B A S E D E D U C A T I O N N
( O B E
( O B E ) )
A N J U R A N K E T U A J A B A T A N K E C E M E R L A N G A N A K A D E M I K K
A N J U R A N K E T U A J A B A T A N K E C E M E R L A N G A N A K A D E M I
I P G K A M P U S T A W A U U
I P G K A M P U S T A W A




24 September 2021 - Taklimat Pendidikan Berasaskan Hasil atau

Outcome Based Education (OBE) disampaikan oleh Puan Naima Binti
Kadir, Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik. Pendekatan pendidikan
berasaskan hasil pembelajaran tertentu. Beliau berkata OBE berfokuskan

apa yang pelajar faham dan mampu lakukan selepas pembelajaran dan
pelajar juga dijangka mampu mencapai tahap minima ilmu pengetahuan
serta kebolehan. "Majikan dahulu pilih pekerja yang mendapat 4 flat

sahaja. Kini, akademik berada di peringkat ke-23 selepas soft skill"
katanya. Hal ini menjelaskan bahawa guru akan dilihat melalui
kemahiran yang dimiliki untuk mendidik anak bangsa. Selain itu,

taklimat ini juga bertujuan untuk memastikan serta membantu siswa
guru PPISMP dan siswa guru PISMP lebih memahami fungsi dan tujuan

RMK dan MK kursus masing-masing.








































LAPORAN OLEH :
MOHD SAFUAN BIN ABDUL RAHIM
AMIRUL AKMAL BIN ABDUL JALIL




P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

Segmen










































KARYA







KREATIF







































P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

“AKU MASIH SEMANGAT


BELAJAR”






Pensil itu masih utuh dan aku punya peruncing

Bagitu juga dengan tinta pena hitam yang masih
bersisa

Aku masih semangat belajar,
walau di sudut jendela kelihatan virus-virus yang
menakutkan.


Benar!
Apalagi kalau bukan Si Corona yang jahat.
Sungguh jahat!


Pandemik hari ini lebih kejam dari ujian IPG
Namun apakan daya
Aku perlu terus menambah ilmu dan menjawab
pertanyaan:
Besok sudah sedia mengajar?
Mengajar anak-anak suci yang baru mengenal erti

kehidupan yang ranjau.

Aku masih semangat belajar,
Semangatku ini akan tetap dipelihara laksana padi

Aku tanam sendiri, aku alirkan air irigasi.
Sesudahnya, inginku menunduk dan berterima kasih
kepada guru dan pensyarah
Mereka tidak pernah lelah mengajar jarak jauh

Berdosa jika aku tidak semangat belajar
Lalu, bagaimana denganmu?

Semoga kita sama





NUKILAN: NURADIBAH BINTI RAJIB, PISMP, PAI 3

Sajak: Ilmu Tinggi,


Akhlak Jauh Sekali




NUKILAN: AIMAN SYAZWAN BIN
SHAHRILNIZAT, PISMP PAI 3







Saudaraku, jika ilmumu tinggi,
Tapi akhlak dan adab engkau tidak miliki,

Jangan meninggi diri mendongak langit yang tinggi,
Sebab itu bukan sifatnya nabi.


Nabi tidak menghina dan mengeji,

Bahkan mempunyai akhlak terpuji,
Suka bertaubat setiap hari,

Lidah sentiasa basah berzikir memuji Ilahi.


Kalau mahu jadi hamba Allah yang elok pekerti,
Contohilah akhlak peribadi nabi,

Dan syukurilah nikmat yang diberi,
Hidupmu pasti tenang menuju akhirat kekal abadi.


Bukan diutus menghukum manusiawi sesuka hati,

Bahkan menyantuni dengan akhlak budi pekerti,
Membawa khabar azab sengsara yang ngeri,

Bagi manusia yang derhaka melanggar perintah Ilahi.


Saudaraku, akhir zaman teguhkan agama dalam diri,
Akhlak, iman dan takwa mesti menghiasi peribadi,

Ibarat menggenggam marak bara api,
Inilah umat yang disayangi Allah dan dirindui nabi di

zaman Ini.

I b u







Ibu,

Kau yang mengandungkanku,
Kau yang melahirkanku,
Kau yang menyusuiku,
Kau yang menjadi guru pertamaku.

Ibu,
Ibu, Didikanmu membawaku kejayaan,
Adanya aku keranamu, Doronganmu menjadi sumber kekuatan,
Berjalannya aku kerana sokonganmu, Doamu diiringi keberkatan,
Bercakapnya aku kerana didikanmu, Pengorbananmu akan sentiasa dalam ingatan.
Berjayanya aku kerana doamu.
Ibu,
Ibu, Aku bangga menjadi anakmu,

Bantulah aku jika aku jatuh, Aku tidak akan melupakanmu,
Betulkanlah aku jika aku salah, Aku akan membalas jasamu,
Didiklah aku jika aku pecah amanah, Aku sangat menyayangimu.
Tegurlah aku jika aku tidak dapat menahan
amarah. Ibu,
Terima kasih kerana sabar mendidikku,

Ibu, Terima kasih kerana sentiasa ada di sisiku,
Kaulah penyokongku, Terima kasih kerana setia melindungiku,
Kaulah penguatku, Terima kasih kerana sudi membesarkanku.

Kaulah penghiburku,
Kaulah pelindungku.





























NUKILAN: NUR NAJWA DALINA
BINTI RAMELI, PPISMP, PAI 3

A Blessed Dua'




















“Adam, apa khabar kau hari ini?” Rayyan bergumam sendirian.

Bingkai gambar yang terletak di atas meja sebelah katilnya
dicapai dan ditatap penuh kasih. Itulah gambar Ahmad Adam.

Sahabat dunia akhiratnya yang telah meninggal dunia akibat
penyakit kanser tahap 4 dan Adam jugalah yang mendermakan

kornea matanya kepada Rayyan. Rayyan sejak kecil dilahirkan
buta, saat insan lain melihat jutaan warna, dia pula hanya
mampu melihat warna hitam. Hidupnya seringkali menyalahkan

takdir namun, hadirnya Adam dalam hidup Rayyan mengubah
persepsinya seratus peratus.


Masih segar dalam ingatannya isi kandungan surat yang Adam

berikan kepada dia, “terimalah tanda kasih aku pada kau,
jangan berterima kasih pada aku Rayyan sebaliknya sujudlah

pada Allah. Aku pernah cakapkan dekat kau yang Allah tak
abaikan hambaNya yang berdoa, ini buktinya. Allah temukan kita
supaya aku boleh tolong kau capai impian kau. Allah dah balas

doa kau, sahabat!”.



Rayyan mengesat air matanya, “tenanglah kau di syurga,
sahabatku Ahmad Adam!”























NUKILAN: AMIRAH BATRISYIA BINTI JESSIE,
PPISMP PAI3

Makcik



Bertongkat







Seperti biasa pada petang hari sekitar jam 6 , makcik bertongkat ketiak itu
berjalan di tepi jalan raya berhampiran kawasan perumahan saya. Pada kedua
tongkat ketiaknya itu terpaut beberapa plastik beg yang berisi yang telah pun
menjadi sebuah beban bagi makcik tersebut ketika dia berjalan kerana kaki
kanannya juga dalam keadaan yang kurang baik. Saya pernah terserempak
dengannya ketika saya sedang berbasikal di luar kawasan perumahan dan sejak
daripada itu saya mula menyedari kehadirannya yang selalu berjalan di tepi
jalan dengan penuh kegigihan walaupun telah terserlah kepenatan di wajahnya.
Perasaan empati semakin lama semakin membesar dalam diri saya lalu saya
bertekad mahu berjumpa dengannya sekitar jam 6 petang dengan menaiki
kereta.



Pada hari yang bertuah itu dapatlah bertemu dengannya di tepi jalan
seperti yang dijangka. Wajahnya bertukar ceria dan senyuman berjaya terukir
apabila saya mempelawanya menumpang kereta saya lalu memulakan
perbualan dalam perjalan ke rumahnya. Makcik itu memberitahu bahawa buat
masa ini dia sedang bekerja di kedai runcit berdekatan bagi menyara ketiga-
tiga anaknya sejak kehilangan kerja dan suami akibat pandemik yang melanda.
Walaupun dengan ujian yang begitu berat makcik itu kelihatan tenang dalam
menerimanya dan sentiasa yakin dengan ketentuanNya. Apabila sampai di
rumahnya saya tidak dapat menahan lagi air mata apabila melihat keadaan
rumahnya lalu saya meletakkan sejumlah wang di tangannya dan memaklumkan
juga kepada pihak yang terlibat dalam membantu asnaf secara dalam talian.
Makcik itu meletakkan tangannya di bahu saya dan tersenyum lalu berkata
“Alhamdulillah akhirnya selama ini seseorang yang ditunggu telah datang untuk

mengubah hidup makcik” sambil menitiskan air mata kegembiraan.



















NUKILAN: FATIEN AWATIFF BINTI NOR
ASMAWI, PPISMP, PAI 4

Ugly and the Beast










“Send him to the deep, dark woods where nobody will ever go,” said the king to his guards.
He didn’t want to see his own son, Cardan. The night Cardan was born, the full moon rose
brown as an old scab in the sky. Coyotes surrounded the palace, howling and clawing at
the walls. It was a very weird night. The queen screams as she looked upon the creature
that had slipped squalling from her womb. A baby prince was shaped a bit like a boy but
more like a beast covered with black fur and his eyes were red as blood. He was neither
never given delicious foods nor warm milk like every child would. He was neglected for
years.


On the other hands, there was a girl born from a peasant family. She was known as a
girl with ugly face and grumpy voice that everyone in the village turn away from her. Her
name is Kaya. Hence, the villagers were afraid because they heard that the beast has
been hunting down their horses and cattle aggressively. Then, the king offered three
chests of gold to someone who could stop the beast.


Kaya’s parents then send her to stop the beast. Her parents were eager to get the
offering. Kaya prepared herself to go to the woods without fighting back her parents
because she’s already tired with her life that nobody would care for her. She went to the
wood at midnight and saw the beast sitting beside the glimmering lake. He looks lonely
and sad. Kaya was a bit scared of the beast but part of her think that the beast is not
dangerous.


Suddenly, the beast growled as loud as thunder. She was shocked and began to
tremble. “What is a peasant girl doing here? Do you have a death wish?” The beast or
known as Cardan looked her into the eyes. Kaya was still scared and began to speak with
her breaking voice. “The ki..,” the beast moves closer to her. “So, the king even sent you, a
lowly girl to stop me, huh? I guess people didn’t care if you were just to die,” said the
beast. Kaya was mad because what he said was true. She never had anyone to stay
beside her not even a friend. “You should stop hunting our herds or I will kill you” “Why
should I? You think the king would care about his people? Did you ever care about my
aching belly when I was a kid?” She was speechless. Kaya feel how the beast felt.

When the beast saw her face, he was quiet for a long time. Then he makes a distance
from her. He cut off one of his long nails and give it to Kaya. “Take this and go back to your
village. I promise I’ll leave your village in peace,” the beast demanded. Without hesitation,
she went back, and the people were surprised to see her holding the beast’s nail. The
guards escorted her to the palace, and she received what the king promised.
Day by day, she keeps reminded of how sad the beast was. She never
heard any news about him since that day. Her name was known, and
people would praise her but that doesn’t mean anything anymore. She
decided to go back to the woods and hope to see the beast again. There is
no sign that the beast was there. “The beast was a man of his words,”
she muttered.




NUKILAN: ALIAH HAZIQAH BINTI
ZUNAIDI @ ADY, PPISMP, PAI 4

pantun Ilmu

Tahana
Kejayaan NUKILAN: AMZAR HARIZ BIN


BAHARIN, PISMP, BM 1
Asyik bertapa mencari penawar,
Kacak teruna bersama kelicap,
Barang siapa gigih belajar,
Ilmu berguna pasti dikecap.

Tumbuh pedada dihinggap merpati,
Di pinggir tualang duduk bertamu,
Dari muda berhajar tinggi,
Terus berjuang menuntut ilmu.

Gagah melangkah gergasi Sang Gajah,
Gadingnya berharga sederajat baiduri,
Perit derita ilmu dikerah,
Manfaat diterima kekal abadi.

Muhasabah sukma diri nirmala,
Indah raga bitara bidadari,
Laungan kejayaan bergema semesta.
Rasa bangga menyuburi sanubari.

Girang sukma rasa ceria Hidupku
Tatkala tiba bulan puasa,
Minda celik syukur kurnia,
Ilmu dijunjung warga sentosa.
Aku merupakan seorang remaja yang telah
kehilangan ayah sejak kecil lagi. Hanya ibu, adikku
Liya dan Ema yang menemani hidupku ini. Aku
lahir dalam keluarga yang miskin, ibuku berniaga
menjual kuih muih dari siang ke malam demi
mencari nafkah untuk keluarga. Tetapi hanya aku
yang tahu bahawa ibu menghidap penyakit
jantung, disebabkan kami tidak mempunyai wang,
sakit ibuku tidak dapat diubati.

Suatu hari, kami menjalani hidup kami seperti
biasa, aku menjaga adikku di rumah dan ibuku
pergi berniaga. Pada hari itu, hatiku tidak tenteram
kerana berasa sesuatu yang buruk akan terjadi,
dan sangkaan aku itu benar. Jiranku datang
dengan wajah yang cemas. Tatkala aku
mendengar kata-katanya aku segera membawa
adik-adikku berlari sekuat hati ke hospital. Aku
melihat ibu terlantar di katil dan telah ditutupi oleh
kain putih. Rupanya pada pagi ini, ibu diserang
sakit jantung dan rebah semasa berniaga. Ketika
orang menemukannya, ibu sudah tidak bernafas.


Setelah pemergian ibuku, kami dihantar ke
rumah anak yatim dan meneruskan kehidupan.
NUKILAN: KETTY WONG,
PISMP, BM 2

Guruku









Guruku kau penyuluh hidupku,

Menerangi di setiap perjalananku,

Kau ku anggapkan sebagai ibu bapaku,
Yang sabar dalam membimbingku,



Wahai guruku,

Kau ibarat sebatang lilin,

Menerangi alam kegelapan,

Sanggup membakar dirimu demi anak

bangsa,



Kau insan mulia,
Membimbing dan mendidik daku,

Kaulah insan yang ku sanjungi dan

hormati,



Oh Guruku,

Segala baktimu,

Akanku balas dengan kejayaan,
Akanku buktikan kepadamu wahai guruku.














NUKILAN: MUHAMMAD HILMI

BIN JAFARY, PISMP, BNK

Segmen




TINTA






JAUHARI







































P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

3 K e l e b i h a n



M e n d e r m a



D a r a h












Menderma darah dihadkan hanya sekali dalam tiga bulan bergantung
kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi penderma





1) Menderma darah bukan hanya dapat membantu pesakit yang
memerlukannya, malah ia juga dapat membantu menjaga kesihatan si

penderma.
- Dapat mengetahui beberapa petunjuk penting tentang diri seperti
mengetahui jenis kumpulan darah, tahap kolestrol, tekanan darah dan tahap

kesihatan diri secara percuma.


2) Mengurangkan risiko sakit jantung dan dapat menyeimbangkan zat besi

dalam badan penderma.
- Menderma dapat mengeluarkan zat besi dalam tubuh badan seseorang
serta dapat mengekalkan kecairan darah yang sesuai untuk kesihatan arteri

seseorang.



3) Mengurangkan risiko serangan kanser.
- Apabila seseorang menderma darah secara berkala, mereka dapat

mengurangkan risiko kanser terutamanya pada bahagian usus, perut, hati
dan tekak yang berpunca daripada makanan yang tidak berkhasiat dan

menghirup udara yang telah tercemar.























O l e h : A r i e j u l I m a n B i n t i R u s l a n , P I S M P , P A I 2

Impian Menjadi
Kenyataan



















Setiap orang di dunia ini mempunyai impian dan cita-cita
masing-masing. Begitulah juga dengan Farisya. Dia berazam

akan sentiasa belajar dengan bersungguh-sungguh di dalam
pelajaran untuk mendapat kejayaan yang cemerlang supaya

dia boleh membalas jasa ibu bapanya. Berpegang dengan
kata-kata usaha tangga kejayaan, dia percaya setiap usaha
yang dicurahkan akan mendapat kejayaan yang setimpal.

Semasa tingkatan 3, dia berusaha dengan lebih tekun dan
gigih untuk menduduki peperiksaan PT3. Akhirnya dia

berjaya mendapat 9A di dalam peperiksaan tersebut. Dia
tidak lalai dengan tanggungjawabnya sebagai seorang

pelajar. Semasa tingkatan 5, Farisya menggandakan
usahanya dengan mengulang kaji pelajaran setiap hari.

Antara usaha sampingan yang dibuat adalah seperti
sentiasa bangun malam untuk solat sunat dan berdoa
kepada Allah agar dipermudahkan urusan. Farisya juga

sentiasa membantu rakan-rakannya di dalam pelajaran dan
belajar bersama-sama. Debaran kian terasa. Dalam masa

terdekat, keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Dia dan
rakan-rakannya mendapat keputusan yang cemerlang.

Farisya dan rakan-rakannya melanjutkan pengajian ke
menara gading. Dari sudut hatinya, dia sangat bersyukur

kepada Allah dan berpuas hati kerana apa yang
diimpikannya telah menjadi kenyataan.



















O l e h : A i n Z u l a i k h a B i n t i A z h a r i , P P I S M P , P A I 4

C a r a m u d a h u r u s



k e s i h a t a n d e n g a n



‘ K o n s e p 3 J ’







Jaga pemakanan, jangan berlebihan
Islam melarang umatnya makan secara berlebihan berdasarkan sabda Nabi

SAW: “Jangan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.” (Hadis
Riwayat Bukhari). Disiplin pengambilan makanan ini mampu mengawal tubuh

daripada diserang penyakit. Pastikan tiga ruang untuk tiga benda dalam
tubuh diisi dengan seimbang iaitu sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air
dan sepertiga lagi untuk makanan.


Jaga emosi, sentiasa optimis

Rasulullah SAW turut menasihati, ‘marah’ tidak boleh diulangi sampai tiga
kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah

terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Perasaan marah
boleh menyebabkan kesihatan terjejas. Tidak putus asa, bersabar, tidak iri
hati dan menjadi seorang yang pemaaf merupakan penawar paling baik

kepada masalah dalaman manusia. Manusia yang sentiasa positif mampu
mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan sempurna



Jaga kesejahteraan diri
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH),
Tan Sri Lee Lam Thye yang juga penaung Persatuan Psikiatri Malaysia

(MPA) ada menyuarakan tentang kepentingan menangani isu stres di tempat
kerja atau tempat pengajian. Atasi masalah dengan cara mencari rakan yang

boleh berkongsi pandangan dan cerita. Anda juga boleh
bertemu dan bersemuka dengan ibu dan bapa, luahkan

apa yang membelenggu diri secara profesional. Paling penting,
elak perkara negatif. Jika anda mengalami tanda-tanda

kemurungan atau stres terlampau di pejabat, pastikan
berjumpa dengan kaunselor!








O l e h : D a n i a l H a k i m B i n , P I S M P , P A I 2

Self-Care
Self-Care
SIMPLE










IDEAS










LIVE HEALTHY



-eat healthy food

-get enough sleep
-“tech-free” time

PRACTICE GOOD HYGIENE



-wash your hands frequently

-stay at home if you‘re sick




FIND WAYS TO RELAX




-”nothing time”
-move your body, stretch, release muscle tension
-ex: meditation, yoga, massage
PERSONAL




-write in your journal

-make gratitude list
DO SOMETHING YOU ENJOY




-watching tv
-listen to music
-drawing, painting, planting, playing
games










A N I S A ’ E I D A B I N T I M O H A M A D A M I N I , P I S M P P A I 3

P o s i s i t e n g a h


d a l a m b o l a s e p a k






O l e h : H a r u n A i m a n B i n C h e M o o d , P I S M P , P A I 2







Dalam bola sepak, seorang pemain tengah ialah seorang pemain yang

posisinya terletak di tengah padang di antara penyerang dan
pertahanan. Fungsi utama mereka ialah untuk merampas bola daripada
pihak lawan, mengawal bola, dan menghantarnya kepada penyerang,

dan mungkin turut menjaringkan gol. Sesetengah pemain tengah turut
bermain secara lebih bertahan, manakala yang lain mengaburkan

sempadan di antara pemain tengah dan penyerang. Jumlah pemain
tengah yang digunakan oleh pasukan mungkin berbeza, bergantung

pada formasi bola sepak dan peranan setiap pemain. Kumpulan pemain
tengah dalam sebuah pasukan dikenali sebagai the "midfield".



Pada dasarnya, seorang pemain tengah yang bagus mesti mempunyai
kebolehan suka bertarung dan juga mempunyai kreativiti. Seorang

penyerang tanpa sokongan pemain tengah akan mengurangkan peluang
menyerang, manakala pertahanannya pula akan selalu teruji. Oleh

kerana mereka menguasai bahagian-bahagian penting di dalam padang,
berbanding dengan pemain lain, pemain tengah mungkin lebih banyak

mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan terutamanya jika mereka
mempunyai pandangan yang cukup jelas untuk membuat hantaran yang

baik atau kebolehan untuk menjaringkan gol.


Biasanya pemain tengah menghabiskan paling banyak

tenaga semasa satu-satu perlawanan disebabkan jarak
yang mereka rangkumi di atas padang kerana pada

masa-masa tertentu, mereka terpaksa balik ke kawasan
pertahanan, atau diperlukan untuk serangan dengan penyerang.

Sabar















Sabar didefinisikan sebagai sifat seseorang yang mampu menghadapi ujian,

tidak mudah marah, dan tidak mudah berputus asa. Sabar juga bermaksud
bertenang dan dapat mengawal emosi dalam diri seseorang ketika

menghadapi banyak godaan dan ujian dalam kehidupan.
Lumrah sebagai manusia, walaupun ramai yang mengetahui maksud
dan kelebihan bersabar, mereka sering lupa untuk mengamalkannya. Namun

ketahuilah, setiap kesukaran hidup yang ALLAH berikan adalah seiring

dengan kemampuan mereka untuk menghadapinya. Bahkan, al-Quran
menjelaskan pelbagai kebaikan dapat diraih di dunia dan di akhirat oleh
insan yang sabar tidak kira sama ada mereka miskin atau kaya.

Berikut merupakan ganjaran ALLAH SWT buat orang yang sabar di
dalam al-Quran:

1) Berita gembira buat orang yang sabar
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan
takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan

berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan
berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah 2:155).

2) Allah SWT bersama orang-orang yang sabar
Allah SWT berfirman: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah

pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan
sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan)

sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang
yang sabar.” (Al-Baqarah 2:153)
Akhir kata daripada saya, setiap manusia hidup

di dunia akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan.
Ganjaran dibalas atas usaha dan kesabaran yang disulami

doa serta tunduk menyerah pada kuasa ilahi. Semoga kita
sama-sama dapat menikmati pesona kesabaran dan

mengamalkan sepanjang nyawa dikandung badan.













M U H A M M A D D A N I S H A F I Q B I N R U S H L A N , P I S M P P A I 2

Semut Serangga




Hebat













3 FAKTA SEMUT YANG WAJIB ANDA KETAHUI



1. Semut tidak mempunyai telinga
Walaupun tiada telinga, namun tidaklah beerti haiwan ini

pekak. Jadi, bagaimana semut mendengar?
Semut merasakan getaran dari bawah tanah melalui kakinya

dan terdapat sebuah organ di bawah lututnya yang dapat
memproses getaran yang diterima. Kebiasaannya, teknik

getaran ini digunakan sebagai isyarat kecemasan dan ketika
keluar mencari makanan.

2. Terdapat lebih 12 ribu spesies semut seantero dunia
Tak percaya? Jika anda tertarik, boleh lah anda mengililingi
seluruh dunia untuk berkenalan pelbagai spesies semut ini.

Mulailah dengan semut yang anda temui sepanjang hari!
3. Semut mempunyai kekuatan luar biasa

Persis peribahasa, kecil-kecil cili padi. Walaupun kecil, semut
sangat kuat. Haiwan ini berkebolehan membawa beban hingga

100 kali ganda berat daripada badannya sendiri. Jumlah
bebanan ini bergantung kepada jenis semut. Asian Wiever

mampu membawa beban 100 kali ganda berat. Wah, tidak
hairanlah semut menjadi sumber inspirasi dalam sebuah filem
Hollywood terkenal iaitu ‘Ant Man’!
























N O R M A W A D D A H B I N T I K A M A R U D Z A M A N , P P I S M P P A I 2

3 Kebaikan Solat





Sunat Dhuha















Solat sunat dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah terbit
matahari (selepas waktu syuruk) pada waktu pagi iaitu sekitar

pukul 8 pagi hingga 12 tengahari iaitu sebelum masuknya
waktu zohor.
Solat sunat dhuha boleh dikerjakan dalam 2, 4, 6 atau 8

rakaat. Waktu dhuha ini banyak memberikan kebaikan kepada
umat Islam antaranya ialah:



1. Setiap urusan menjadi lebih mudah
Umat Islam mendapat keberkatan dalam urusan harian yang
dilakukannya kerana seseorang itu sanggup meluangkan masa

untuk mendekatkan diri kepada Allah.





2. Memberi kesihatan yang baik
Perbuatan dalam solat adalah senaman yang dapat
menyihatkan tubuh badan manusia seperti pergerakan rukuk

dapat meregangkan otot.



3. Kunci rezeki
Umat manusia kebanyakannya sedang sibuk dengan hal
duniawi masing-masing tetapi sebenarnya sesiapa meluangkan
masanya untuk menunaikan solat sunat dhuha, Allah akan

mencukupkan rezekinya yang tidak disangka-sangka kerana
solat itu pintu rezeki.



















N U R I N N A B I H A H B I N T I M O H D S A B R I , P P I S M P P A I 3

K e l e b i h a n d a n
K e l e m a h a n

e - P e m b e l a j a r a n




























































































O l e h : N u r u l B a l q i s B i n t i Z u l k i p l i , P P I S M P , P A I 1

ADAB-ADAB






SEORANG GURU












Bersyukur kita ke hadrat Allah Taala yang telah memberi limpahan
taufiq dan hidayahNya sehingga kita telah terpilih untuk menjadi
salah satu anggota siswa guru yang akan mengajarkan ilmu kepada
generasi akan datang pada masa hadapan insyaallah.

Tidak dinafikan bahawa pekerjaan sebagai seorang guru
merupakan perkerjaan yang mulia di sisi Allah dan masyarakat. Tanpa
guru pasti tidak akan lahir generasi bijak pandai yang akan
memajukan dan memakmurkan negara.
Namun guru juga merupakan insan biasa yang tidak lari daripada
melakukan sebarang kesalahan. Oleh itu para ulama dan cendikiawan

Islam telah menitikberatkan adab-adab sebagai seorang guru untuk
memelihara kemuliaan guru tersebut.


Antaranya:

1.Menahan marah.
2.Memperbaiki diri sendiri dengan takwa sebelum ia menyuruh orang
lain.
3.Ihtimal(banyak sabar menanggung kesusahan).
4.Memberi perhatian kepada yang bertanya dan cuba memahami

soalannya dengan baik.
5.Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
6.Meninggalkan sikap takbur dan riak .
7.Tidak memarahi murid yang kurang pandai.
8.Memberikan perhatian yang sama rata kepada setiap pelajar.



Sekadar itu sahaja perkara yang dapat saya kongsikan.Sesungguhnya
yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah s.w.t .Yang kurang
dan tersalah itu datangnya daripada diri saya sendiri.Hakikatnya
kedua-duanya datang daripada Allah S.W.T. Semoga ilmu ini

bermanfaat kepada semua.











H A B I L B I N A Z R U L A M I Z A M , P P I S M P P A I 1

5 Kesan Berjaga





Malam









1. Gangguan fungsi kognitif, pelupa dan tiada daya tumpuan
Ia boleh menyebabkan penyusutan ‘white matter’ pada otak

yang penting bagi proses pembelajaran.


2. Obesiti dan diabetes

Gangguan pada metabolism badan dan perubahan hormon
yang menyebabkan individu berasa lapar dan berkeinginan

mencari makanan berkarbohidrat/gula dari biasa.



3. Emosi terganggu
Kurang tidur menyebabkan kawasan otak yang mengawal

aktiviti ‘membuat keputusan dan perancangan teratur’ berhenti
berfungsi.



4. Impak kesihatan asas
Menyebabkan infeksi badan seperti selsema dan lain-lain.



5. Mengganggu regulasi gula dalam darah

Bagi mengelakkan ini dari terjadi, anda dinasihatkan untuk
mendapatkan tidur yang secukupnya sekurangnya 7 jam sehari

agar tubuh lebih sihat dan bersedia untuk menghadapi hari
siang dengan lebih baik.


























M U N I R A H T H A Q I F A H B I N T I S A M S U D I N , P P I S M P P A I 2

Cara-cara mendapatkan




solat yang khusyuk

















Memahami bacaan dalam solat dan kemudian menghayati
maknanya supaya kekhusyukan itu hadir

Mengingatkan diri solat yang dilakukan berkemungkinan adalah

solat yang terakhir
Tanamkan kesedaran supaya sentiasa mengingati Allah. Apabila

terlupa,segeralah mengingatkan diri sendiri hingga benar-benar
khusyuk dalam solat.

Menginsafi kita sedang berdiri di hadapan Tuhan. Dialah yang
mengetahui segala rahsia.

Memahami makna ayat yang dibaca (al-Fatihah) dan memikirkan

maknanya.
Memahami makna zikir-zikir yang dibaca dan memikirkan makna,

kandungan dan maksudnya.

Memanjangkan rukuk dan sujud.
Tidak mengusik-usik anggota badan

Sentiasa memandang tempat sujud,walaupun buta ataupun
bersolat di tepi Kaabah.

Menghindari segala perkara yang merunsingkan hati.
Mengingati makna lafaz yang diucapkan


























N U R A I N A N A D H I R A H B I N T I A M I R U L S A L L E H , P P I S M P P A I 2

Adab-adab menuntut ilmu




















Ketenatan dunia mutakhir kini dilanda wabak pandemik Covid-19
tidak menjadi ‘tembok besar’ yang menghalang keberlangsungan
untuk menuntut ilmu walaupun hanya dilakukan secara dalam
talian. Walau bagaimanapun, adab-adab menuntut ilmu

janganlah dilupakan bagi menghormati dan memelihara akhlak
pelajar daripada mengguris hati pendidik mereka. Berikut
merupakan adab-adab menuntut ilmu yang digariskan dalam
Islam:



Mempunyai niat yang betul dalam menuntut ilmu
Memulakan belajar dengan berdoa
Melakukan persediaan awal untuk pembelajaran

Menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran
Menepati masa
Berkomunikasi secara baik dan melibatkan diri secara aktif
Menjaga penampilan diri



Melalui adab yang dijaga, maka akan terserlah kesungguhan
dan usaha dalam menuntut ilmu kerana kedua-duanya tidak
dapat dipisahkan seperti yang diungkapkan oleh Imam Malik

RA: “Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.” Oleh hal
yang demikian, jelaslah bahawa keberkatan ilmu itu dapat
diperoleh seseorang apabila seseorang itu mampu untuk
melunaskan adab-adab untuk menuntut ilmu.























N U R A M E E R A F I T R I B I N T I Z A I N , P I S M P B M 1

Tenang








Hidup merupakan satu perjalanan. Setiap perjalanan itu membawa kepada satu

pengalaman dan pengalaman itulah guru yang terbaik. Maka, belajarlah
daripada setiap kegagalan dan kejayaan. Di dalam al-Quran ada menyebut,
dua tujuan manusia diciptakan iaitu menjadi hamba Allah dan menjadi khalifah
Allah. Jika kita tersasar dari tujuan hidup yang sebenar, maka sukar untuk kita
mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Menurut Prof Muhaya

Mohamad, kejayaan dalam kehidupan ini, apabila kita beroleh ketenangan hati
dalam apa jua situasi. Itulah puncak kebahagiaan.



Celik mata hati
-Jika kita sayang, kita boleh sabar dalam setiap keadaan.
-Jika kita penuh sayang dalam diri, kita akan mendapat sayang.


Jadi pemaaf

-Hilangkan semua penyakit hati dengan maaf, tinggalkan hanya kasih sayang.
-Maaf mampu menyahtoksikkan jiwa dan rohani (spiritual detoxification).


Niat kerana Allah

-Buat sesuatu hanya kerana Allah, agar mendapat keredhaanNya.
-“Delete” apa yang orang kata, jadikan sebagai wadah untuk kita memperbaiki
diri.



Pemurah
-Amalkan konsep ada, beri dan dapat.
-Ada bahagia, beri bahagia dan dapat bahagia.
-Apa yang anda beri, itu yang anda dapat.



Pada kesabaran, pada ketenangan, ada kekuatan. Belajar dan terus perbaiki
diri. Syukur, redha, sabar, solat dan doa. Hati akan menjadi kian tenang. “One
fine day, you will receive the happiness you’ve prayed for”.
























N U R D I Y A N A S U F F I Y A H B I N T I D O L H A S S A N , P I S M P B M 1

Kepentingan



senaman



















Senaman merupakan satu aktiviti fizikal yang kebiasaannya
dilaksanakan dalam jangka masa tertentu untuk memastikan
tahap kecergasan dan kesihatan yang baik. Aktiviti ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara seperti berenang, berlari, menari,

dan sebagainya.


Senaman memberi impak yang baik kepada tubuh badan serta
otak kita. Antara kepentingan aktiviti fizikal ini adalah

mengurangkan perasaan gementar dan kemurungan. Seterusnya,
seseorang dapat mengurangkan berat badan yang berlebihan
melalui pembakaran kalori dalam tubuh badan.



Senaman juga penting bagi mengelakkan seseorang menghidap
penyakit osteoporosis kerana aktiviti fizikal ini dapat membantu
membina tulang yang kuat. Bukan itu sahaja, senaman turut
mengurangkan risiko menghidap penyakit kronik seperti penyakit

jantung dan diabetes. Aktiviti fizikal ini akan meningkatkan
peredaran darah yang lancar. Oleh itu, seseorang akan
mempunyai kulit yang sihat, daya ingatan yang baik serta kualiti
tidur yang sihat.



Kesimpulannya, senaman haruslah menjadi sinonim dengan
hidup masyarakat. Hal ini adalah penting bagi memastikan
semua golongan masyarakat dapat menjalani kehidupan dengan

harmoni dan sihat.



















E L L I S N I T A P A N U S , P I S M P B M 2

Kematangan tidak

diuukur pada usia


















Kematangan tidak diukur pada usia. Ini adalah sikap yang dibina
berdasarkan pengalaman. Matang ditakrifkan sebagai seseorang yang
bersikap seperti orang dewasa. Matang sering dikaitkan de ngan faktor usia,
iaitu orang ramai menganggap bahawa individu yang lebih dewasa adalah

lebih matang berbanding individu yang lebih muda. Kematangan seseorang
bukan sahaja diukur melalui raut wajah atau usia, namun dilihat dengan tutur
kata, pemikiran, tingkah laku dan emosi seseorang. Walau bagaimanapun,

kematangan adalah memahami apa yang harus dilakukan dalam situasi
tertentu tanpa mengira usia dan kita dapat menjadi lebih dewasa setiap hari
dalam hidup kita. Seiring bertambahnya usia, kita haruslah selalu mencari ilmu
yang diperlukan untuk menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari.
Menjadi dewasa memerlukan kita mencari kebijaksanaan, dan bukan hanya

berpengetahuan tetapi kita juga harus dapat menerapkan apa sahaja
pengetahuan yang kita perolehi dalam kehidupan seharian kita.



10 TANDA ANDA TELAH MENCAPAI KEMATANGAN


1. Anda kurang bercakap dan lebih mendengar.
2. Borak kosong tidak lagi menyeronokkan anda.
3. Anda belajar daripada kesilapan dan pengalaman.

4. Anda lebih mudah memaafkan.
5. Anda tidak lari dari tanggungjawab.
6. Anda menghormati perbezaan.

7. Anda tidak memaksa cinta.
8. Anda menerima takdir dengan hati yang terbuka.
9. Anda tidak mudah menghakimi orang lain.
10. Anda lebih suka berdiam daripada bertengkar yang

tidak membawa kebaikan.














E L L I S N I T A P A N U S , P I S M P B M 2

MENARA



BERKEMBAR



PETRONAS











Menara Berkembar Petronas atau singkatannya

KLCC merupakan sepasang menara berkembar
yang terletak di Kuala Lumpur dan menjadi

identiti negara Malaysia. Menara ini pernah

menjadi bangunan tertinggi di dunia pada
tahun 1998 hingga 2004. Kini, KLCC terletak di

tangga ke-11 dalam senarai bangunan tertinggi

dunia. Meskipun begitu, menara ini masih
memegang nama menara berkembar tertinggi

dunia pada abad ke-20. Menara berkembar
yang berkos AS$ 1.6 bilion ini telah direka oleh

arkitek dari Argentina, César Pelli bersama
Kontraktor dari Jepun (Menara 1) dan Korea

(Menara 2). Di dalam bangunan 88 tingkat ini,

terdapat aneka tempat menarik yang wajib
dilawati, antaranya ialah Suria KLCC, Sky

Bridge, Aquaria, Petrosains dan Petronas

Gallery. Di kawasan pintu masuk KLCC ini pula
terdapat Taman KLCC dan Taman air pancut

simfoni yang mampu mempersona setiap mata
yang melihat. Dengan pencakar langit berprestij

dunia ini, wajarlah bagi rakyat malaysia untuk
berasa bangga atas kewujudan mercu tanda

negara ini.













R U S H D A A M I R A B I N T I R A Z A L I , P I S M P B N K

Dato’




Lee Chong Wei









Apabila menyebut tentang sukan badminton, nama Lee

Chong Wei bukanlah suatu nama yang asing lagi. Pemain

badminton kelahiran Pulau Pinang ini telah banyak kali
mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia. Beliau

lahir pada 21 Oktober 1982. Kerjayanya sebagai seorang
pemain badminton negara telah menjadi sumber inspirasi

bagi seluruh rakyat Malaysia. Beliau telah dikurniakan

gelaran Datuk oleh Perdana Menteri sebagai wira
kebangsaan. Hal ini demikian kerana beliau telah meraih

pelbagai pencapaian yang membanggakan dalam dunia
sukan badminton. Antara pencapaian beliau ialah beliau

telah merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik

2008, 2012 dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia
pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan

lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik
Malaysia sejak tahun 1996. Datuk Lee Chong Wei juga telah

menduduki tangga teratas dalam ranking pemain

badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-
turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga
yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek

dan Roslin Hashim dan juga satu-satunya jaguh

badminton Malaysia yang mempertahankan
kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

Beliau juga pernah meraih emas pada Sukan

Komanwel pada tahun 2006 dan 2010.












A H M A D F A I R U Z B I N M O H D K H A I R U D D I N , P I S M P B N K

SEGMEN








PENGLIBATAN PELAJAR











































P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N

SEPTEMBER 2021


FORUM PENDIDIK ALAF 21



Anjuran Pembimbing Rakan Siswa Guru














































25 Sptember 2021


Pada 25 September 2021 (Sabtu), Kelab Pembimbing Rakan Siswa dengan

kerjsama unit Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Tawau telah
menganjurkan Program Forum Pendidik Alaf-21. Program ini dijalankan
melalui platform Google Meet. Tujuan program ini diadakan ialah untuk
memberi pendedahan kepada pembelajaran masa kini selaras dengan
perkembangan pendidikan di Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh

Dr. Mohd Asri Bin Ispal selaku Ketua Jabatan HEP IPG Kampus Tawau.
Program ini dihadiri oleh dua panel jemputan, iaitu Encik Mahady Abd
Hamid yang merupakan guru Sejarah Tingkatan 6 SMK Bengkongan, Kota
Marudu dan Encik Mohd Hafiz Zuraimy Bin Damsah yang bertugas
sebagai Guru Besar di SK Api-Api Kota Kinabalu. Moderator bagi forum

ini ialah Nur Syafiqka Najiha Binti Juma yang merupakan siswa guru
PISMP (BM1) Ambilan Jun 2021. Kehadiran semua siswa guru dari IPGK
Tawau adalah WAJIB. E-sijil akan diberikan kepada semua peserta yang
hadir.

OKTOBER 2021


PROGRAM KEROHANIAN



Program Hari Jumaat









1 Oktober 2021



Program kerohanian ini dianjurkan oleh Biro Kerohanian,

Moral dan Disiplin JPP dengan kolaborasi daripada

Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI). Program ini diadakan

untuk membolehkan para siswa guru menjadi lebih bersedia

untuk menghadapi peperiksaan yang bermula pada 11

Oktober dan berakhir pada 22 Oktober 2021. Bacaan Yassin
telah diketuai oleh Muhammad Azmi Syahmi Bin Aris. Setelah

bacaan Yassin, terdapat juga sedikit sebanyak nasihat dan

tips yang diberikan oleh beliau. Semua siswa guru PISMP

dan PPISMP terlibat dalam program ini.

OKTOBER 2021


PROGRAM HOW TO GET ON THE


DEANS LIST



Program Hari Jumaat












































1 Oktober 2021



Pihak Ahli Majlis Tertinggi telah menganjurkan program ini

yang bertujuan untuk membantu para siswa guru untuk

bersedia dalam menghadapi peperiksaan yang akan
berlangsung pada 11 - 22 Oktober 2021 untuk para siswa

guru PISMP. Terdapat banyak tips dan kaedah yang

disampaikan menerusi program ini.




Norhidayah Syamimi Binti Abdul Aziz (BNK) -Moderator
Dhabitah Yumni Binti Zaidi (PAI 1) -Panel 1

Maryam Binti Ismail (BNK) -Panel 2

Disemak oleh,






...................................
En. Mazania bin Kasimin

(Ketua Unit Pembangunan
Insaniah)


Disahkan oleh,






....................................
Dr. Mohd Asri bin Ispal

(Ketua Jabatan HEP)































P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N


Click to View FlipBook Version