JOHAN
AMIRUL AKMAL BIN
ABDUL JALIL
NAIB JOHAN
THRENELLA THADIUS
TEMPAT KETIGA
NUR SYAFIQKA
NAJIHA JUMA
OGOS 2021
PERTANDINGAN PIDATO
KEMERDEKAAN
Anjuran Biro Akademik
13 Ogos 2021
·Pertandingan ini terbuka kepada semua warga IPG
Kampus Tawau. Setiap unit diminta untuk menghantar
sekurang-kurangnya 3 orang wakil. Peserta perlu
menghasil teks pidato sendiri dan bertemakan
“Kemerdekaan”. Kemudian, peserta perlu merakam video
berpidato yang berdurasi 7 hingga 10 minit. Video
tersebut perlu dihantar bersama skrip pidato kepada
saudari Maisarah Bt Mohd Jones@John. Peserta perlu
memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan
tema.
OGOS 2021
PERTANDINGAN MEREKA POSTER
BERTEMAKAN MATA WANG
MALAYSIA
Anjuran Biro Keusahawanan
15 Ogos 2021
Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Keushawanan JPP IPG
Kampus Tawau. Penyertaan untuk pertandingan ini adalah 2 orang
setiap kelas. E-sijil disediakan kepada pemenang. Tarikh akhir
pertandingan ini ialah 21 Ogos. Terdapat dua pilihan soalan yang
disediakan untuk peserta:
Sejarah perkembangan Ringgit Malaysia secara ringkas bermula
selepas merdeka hingga kini.
Info menarik tentang Ringgit Malaysia selepas merdeka atau kini
OGOS 2021
PERTANDINGAN MENCIPTA
E-POSTER KEMERDEKAAN
Anjuran Biro Teknologi Maklumat Dan Penerbitan
15 Ogos 2021
Pertandingan ini merupakan pertandingan antara unit dan
penyertaan adalah wajib. Peserta diminta untuk menghasilkan
poster menggunkan aplikasi “Canva”. Isi kandungan poster
hendaklah mempunyai tema kemerdekaan tahun 2021 dan ucapan
kemerdekaan. Poster hendaklah beranimasi atau bergerak.
JOHAN
(BM CINTA)
Tempat ke-2
(PAI 2)
Tempat KE-3
(PAI 1)
OGOS 2021
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU
PATRIOTIK SEMNA BULAN
KEMERDEKAAN
Anjuran Biro Kebudayaan Dan Kesenian
16 Ogos 2021
Pertandingan dianjurkan oleh Biro Kebudayaan dan Kesenian
JPP. Program ini melibatkan semua siswa guru IPG Kampus
Tawau. Setiap kelas akan menyediakan video yang kreatif
bertemakan Kemerdekaan. Pada 24 Ogos 2021, penilaian akan
dibuat. E-sijil akan disediakan kepada pemenang yang bertuah.
OGOS 2021
PROGRAM BICARA KEMERDEKAAN:
MALAYSIA PRIHATIN
Anjuran Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa
22 Ogos 2021
Program ini dianjurkan oleh Biro Perhubungan Domestik dan
Antarabangsa. Program merupakan forum santai. Program ini
dilaksanakan melalui platform Google Meet dan melibatkan semua
siswa IPGK.
Muhammad Adam Akmal (IPGK TAWAU) - Moderator
Mohammad Ziyad bin Mohd Azmi (IPGK GAYA) – Panel 1
Alessandra Senan Henry Lalet (IPGK BATU LINTANG) – Panel 2
Mohammad Luqman bin Mohamad ( IPGK TAWAU) – Panel 3
Panel 1: Mohammad Luqman Bin Mohamad
(IPGK TAWAU)
Panel 2: Mohamad Ziyad Bin Mohd Azmi
(IPGK GAYA)
Panel 3: Alessandra Senan Henry Lalet
(IPGK BATU LINTANG)
OGOS 2021
PERTANDINGAN MENGHASILKAN
KRAF TANGAN
Anjuran Biro Hal Ehwal Wanita
23 Ogos 2021
Sempena dengan bulan kemerdekaan, Biro HELWANI
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGK Tawau telah
menganjurkan Pertandingan Menghasilkan Kraftangan.
Pertandingan ini mewajibkan setiap unit untuk
menghantar wakil sekurang-kurangnya 6 orang bagi
mewakili unit masing-masing. Sebanyak sepuluh hasil
kraftangan terbaik akan dipilih sebagai pemenang
pertandingan.
SERPTEMBER 2021
PROGRAM IPGM THRONE 2021
MAJLIS SUKAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
18 SEPTEMBER 2021
Pada 18 September 2021, sebuah program iaitu ‘IPGM Throne 2021’ telah
dianjurkan oleh Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Antarabangsa di bawah Majlis Sukan IPGM. Pertandingan e-sukan
merupakan satu bentuk sukan yang dilakukan secara dalam talian
melibatkan penggunaan digital secara menyeluruh. Sebanyak satu pasukan
iaitu ‘Most wanted’, diketuai oleh Muhammad Fadhlan bin Hashim (PAI 2)
bersama tiga orang ahli kumpulan yang lain iaitu Muhammad Danish Afiq
bin Rushlan (PAI 2), Wan Khairuddin bin Wan Hussin (PAI 2) dan Wan
Muhammad Iqbal bin Wan Yusof (PAI 1) telah mewakili IPG Kampus Tawau
dalam pertandingan tersebut. Pasukan ini telah berjaya sampai ke
peringkat akhir dan mendapat kedudukan pada tangga ke-14 daripada 16
pasukan.
Most
Wanted
Disemak oleh,
...................................
En. Mazania bin Kasimin
(Ketua Unit Pembangunan
Insaniah)
Disahkan oleh,
....................................
Dr. Mohd Asri bin Ispal
(Ketua Jabatan HEP)
P E M I M P I N M A R T A B A T K A N P E N D I D I K A N