MPU 23072
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM
PENSYARAH : ENCIK HASNI BIN HASSAN
KESAN DAN FUNGSI AR-RAHNU DALAM
MENINGKATKAN EKONOMI UMAT ISLAM
MUHAMMAD NAZIMUDDIN BIN KHALID
(29DHF21F1034)
MUHAMMAD DANIAL IRFAN BIN MOHD YUSRIZAL
(29DHF21F1044)
MUHAMMAD HAKIM HAZRAMIE BIN FAKRUL ROZI
(29DHF21F1052)
MUHAMMAD AMIRUL IRFAN BIN AB MALEK
(29DHF21F1040)
PAJAK GADAI ISLAM: AR-RAHNU
Apa Itu Ar-Rahnu?
Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang
berlandaskan shariah. Perkataan Ar-Rahnu adalah berasal
daripada bahasa Arab (Rahn) yang membawa maksud
gadai.
Objektif Ar-Rahnu adalah sama dengan pembiayaan
peribadi, iaitu untuk mendapatkan wang tunai tetapi dengan
mencagarkan emas. Sekurang-kurangnya peminjam tidak
begitu terbeban jika tidak mampu membayar semula
pembiayaan kerana telah dicagarkan dengan emas.
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) adalah
pencetus idea dalam memperkenalkan Ar-Rahnu di
Malaysia sebelum diikuti institusi lain seperti Kedai Al-
Rahn (KAR) yang dimiliki oleh Permodalan Kelantan
Berhad dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)
yang telah ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.
4 SEBAB KENAPA PERLU PILIH AR-RAHNU
1. Proses yang mudah dan cepat
Tiada dokumen seperti penyata bank atau slip gaji
diperlukan. Wang tunai boleh diberikan segera dan amat
sesuai jika berlakunya kecemasan.
2. Kurang risiko ‘Non Performing Loan’
Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk
menebus kembali emas yang dipajakkan. Jika tidak
mampu, peminjam boleh memanjangkan lagi tempoh
lagi 3 ke 6 bulan. Jika masih tidak mampu, pembiaya
akan melelong emas tersebut. Itupun setelah diberikan
tiga kali notis. Pembiaya akan mengambil jumlah
pinjaman + upah simpan daripada hasil lelongan
tersebut. Sebarang lebihan, akan dikembalikan kepada
peminjam. Ini mengurangkan risiko kepada pembiaya
dan peminjam pula tiada risiko berdepan tindakan saman
atau bankrup jika tiada kemampuan membayar.
3. Pembayaran yang fleksibel
Apa yang menariknya dengan Ar-Rahnu, adalah
pinjaman boleh dibayar secara ansuran sama ada
mingguan atau bulanan. Asalkan bayaran dilunaskan
sehingga tempoh penebusan. Ini memberikan
kelebihan terutamanya kepada peniaga kecil yang
memperolehi keuntungan secara harian.
4. Kadar upah simpan yang sangat
minimum
Jika anda masih ragu-ragu, boleh buat perbandingan
dengan pajak gadai konvensional. Sebagai contoh, Ar-
Rahnu Bank Rakyat menawarkan RM0.65 bagi setiap
RM 100 nilai marhun (emas) sebulan.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PAJAK GADAI ISLAM
(AR-RAHNU)
Suka berhutang adalah salah satu sifat yang tidak elok dan akan
menyebabkan ramai umat Islam yang diisytiharkan muflis. Namun, dengan
adanya penubuhan skim pajak gadai Islam dilihat mempunyai potensi
dalam mengubah persepsi atau imej skim ini ke arah yang lebih positif dan
adil. Seterusnya memberi impak yang positif kepada pembangunan sosio-
ekonomi masyarakat. Ia terhindar dari elemen riba dan gharar serta
memjamin keadilan sosial kepada kedua-dua pihak meminjam dan
pemegang pihak gadai. Kesan lain yang dapat diperoleh dengan adanya
pajak gadai islam adalah :
1) Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada
perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada
gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak
dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam,
berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber
hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
2) Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak
berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di
mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat
atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3) Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang
ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan
diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual.
Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan
dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari
nilai barang gadaian.
4) Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di
mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab
ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini,
pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan
penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima
gadaian.
5) Caj perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di
Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan
Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj
perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak
Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari
penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6) Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang
sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak
akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai
timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7) Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak
ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang
pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan
adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti
sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang
tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin
melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8) Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara
Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai
sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa
membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi
gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang
diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan
dilelongkan.
9) Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku
kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria
untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan
memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai
oleh penggadai.
PERBEZAAN ANTARA GADAIAN ISLAM &
GADAIAN BUKAN ISLAM
KESAN -KESAN AR-RAHNU TERHADAP
GOLONGAN PENIAGA MUSLIM
Memudahkan peniaga muslim
mendapatkan hutang modal bagi
memulakan perniagaan
Dapat memberi peluang kepada peniaga
beragama Islam mengembangkan
ekonomi negara
Dapat memberi kemudahan kepada
peniaga muslim yang memerlukan
bantuan
Dapat memberi jaminan kepada orang
yang memberi hutang
Dapat melahirkan sifat kerjasama dan
perasaan kasih sayang antara sesama
manusia
Memberi kemudahan untuk peniaga
muslim menghindari riba`
Mengelakkan daripada terjebak mengikut
skim yang berunsurkan penipuan
FUNGSI AR-RAHNU
Memberi kesedaran kepada penggadai
bahawa Skim Ar-Rahnu ini mengenakan
upah simpan yang minimum iaitu separuh
daripada kadar yang dikenakan oleh kedai
pajak konversional iaitu 24 peratus
memberi kesedaran kepada umum
bahawa mereka terdedah kepada unsur-
unsur penyelewengan apabila mereka
melakukan gadaian di kedai-kedai pajak
gadai konversional
menyediakan kemudahan kredit macro
kepada ummah khususnya kepada
mereka yang memerlukan wang segera
untuk pelbagai tujuan
menggalakkan umat islam melakukan
gandaian mengikut syari'ah islam dan
membebaskan mereka daripada berurusan
dengan sistem yang mengandungi unsur-
unsur riba gharar dan terjamin dari segi
kebajikan sosial penggadai
Merupakan pembiayaan yang
berlandaskan Syariah Islam
KESIMPULAN
Dengan pelbagai krisis ekonomi dan kewangan yang melanda
dunia,kewangan yang lebih adil kepada semua lapisan
masyarakat. Dari aspek mikro kredit, pajak gadai islam
diharapkan akan dapat membantu meningkatkan taraf sosio-
ekonomi masyarakat bagi mewujudkan komunitilestari dan
menyumbang kepada ekonomi Malaysia secara mikro. Dengan
bertambahnya institusi-institusi baru yang menawarkan skim
pajak gadai Islam misalnya Pos Malaysia, maka diharapkan
pihak-pihak ini akan memberikan penekanaan kepada
pembangunan sosio-ekonomi masyarakat dan bukannya
memfokuskan kepada potensi keuntungan yang bakal mereka
kecapi.
RUJUKAN