The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nurul Nuranis Mazleen binti Hazmirullah PPS2-9

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anismazleen03, 2023-03-03 07:02:23

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu(BMMB1104)

Nurul Nuranis Mazleen binti Hazmirullah PPS2-9

KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104) TUGASAN 1: Nama: Nurul Nuranis Mazleen binti Hazmirullah Angka giliran: 2022172310095 Kelas: PPS2-9 Nama Pensyarah: Puan Norliza binti Ahmad Kamal 1


Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional Isi Kandungan 01 Konsep Kesusteraan Melayu 02 Fungsi Kesusteraan Melayu 03 Takrif Kesusateraan Melayu Jenis, bentuk, dan ciri prosa dan puisi Hiburan, Pendidikan, Dakwah dan Kritikan sosial Pantun Syair Seloka Gurindam 03-27 28-32 33-45 muka surat 2


Konsep Kesusasteraan Melayu 3


Takrif Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu Tradisional Kesusasteraan Melayu Moden Kesusasteran Melayu tradisional merupakan salah satu karya yang diwarisi secara generasi ke generasi iaitu turu-temurun dan karya-karya Kesusateraan ini telah disebarkan meluas kepada masyarakat dan orang ramai melalui lisan. Ianya bersifat umum. Kesusasteran Melayu Moden pula merupakan salah satu karya yangdisebarkan melalui tulisan dan lisan. Kesusateraan ini bersifat sendiri dengan adanya hak cipta terpelihara dan tidak bersifat kolektif. Ianya bukan kepunyaan umum tetapi kepunyaan si pengarang. 4


Konsep kesusasteraan Kesusasteraan ialah ciptaan seni melalui bahasa (Hashim Awang,1987) Kesusasteraan ialah seni yang indah dengan suatu bahasa. Istilah yang digunakan berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu dari perkataaan Sastra Kesusasteraan adalah manifestasi gerak jiwa manusia dalam bentuk pernyataan bahasa Kesusateraan adalah seni bahasa atau erti seni sastera yang dimaksudkan dengan persuratan secara umumnya 5


Jenis dan bentuk Kesusateraaan 6


Jenis Kesusasteraan Melayu Sastera mempunyai unsur-unsur tersendiri yang boleh dikatakan bersifat merangkumi pelbagai ragam dan bentuk kesusasteraan Kesusasteraan Melayu mempunyai dua jenis iaitu Kesusasteraan Melayu tradisional,klasik dan moden Prosa Tradisional Prosa Moden Puisi Tradisional Puisi Moden Kesusasteraan Melayu dari segi jenis terbahagi kepada 4 bentuk: 7


Kesusasteraan Melayu Klasik S a s t e r a R a k y a t ( Lis a n ) S a s t e r a Istana ( T u lis a n ) N a r a tif Mit o s N a r a tif L a g e n d a B u k a n N a r a tif P uisi Rakyat C e rit a R a k y a t 8


ProsaTradisional Menurut Siti HajarAbdul Aziz(2011),nilai yang abadi,mutu yang tertinggi terdapat gaya yang tersendiri dan tidak berubah mengikut masa merupakan definisi bagi tradisional.Sastera lama dan prosa tradisional adalah berbeza kerana sastera lama bersifat sementara. Prosa tradisional merupakan sastera yang diwarisi turun-temurun. Pada awalnya, prosa tradisional menerima pengaruh Hindu-Buddha dan berkembang sedikit demi sedikit tapi kurang digunakan kerana kesukaran memahami isi yang dipaparkan. Kedatangan Islam pada abad ke-16 menjadikan prosa tradisional meningkat. Hal ini kerana terwujudnya tulisan Jawi yang dianggap penting oleh masyarakat pada zaman itu. Agama Hindu Buddha pula digugurkan apabila agama islam mula bertapak di istana. Hasil karya yang diterbitkan menggunakan bahasa merupakan prosa tradisional bertujuan untuk falsafah pencipta dan penerima digabungkan pada waktu itu. Prosa ini mempunyai dua jenis iaitu genre iaitu sastera rakyat(lisan) dan sastera istana(tulisan). 9


Sastera Rakyat (Lisan) Masyarakat dan rakyat boleh memberi maksud kumpulan manusia yang hidup berkelompok dan bersifat prigmitif . Selain itu, rakyat boleh juga dikatakan sebagai orang biasa yang hidup dalam membentuk satu keluarga. Rakyat juga bergantung kepada budaya tradisional. Pantun dan cerita rakyat disampaikan dalam bentuk sastera ini. Sastera rakyat adalah hasil karya kreatif yang mempunyai unsur-unsur daya ciptaan pemikiran pencipta dan menggambarkan pemikiran itu dalam dunia tersendiri 10


Ciri-ciri Sastera Rakyat Sastera rakyat diperluas dan disebar melaui lisan. Bersifat tradisional kerana mempunyai budaya yang digunakan sudah sekian lama. Tiada nama pengarang dan wujud dalam bentuk yang berbeza. hak milik umum Mempunyai plot dan janlan cerita yang hampir sama dan mempunyai fungsi dalam memberi pengajaran. 11


Mempunyai rangkap yang mempunyai perkataan yang tidak bebas dan mempunyai bahasa yang mempunyai irama,perkataan yang indah dan bentuk tertentu. Puisi merupakan pandangan pengalaman imaginatif yang wujud dan disusun melalui bahasa dan kata. Sastera Rakyat (Bukan Naratif) Sastera Rakyat (Naratif) Mitos Lagenda Cerita Rakyat Peristiwa yang dianggap tidak benar dan aneh tapi peristiwa itu boleh diterima sebagai perkara yang betul-betul berlaku. Kebiasaan mitos ini berlaku pada waktu lampau dan bagi kesan pada rakyat. Cerita yang disampaikan melalui lisan yang menceritakan sesuatu kisah. Ia melibatkan masa lampau dan masa silam Kisah berbentuk prosa dan pernah dan benar-benar terjadi. Cerita ini mengandungi moral atau sindiran 12


Sastera ipik- Sastera yang mementingkan aspek kepahlawanan Sastera ipik terbahagi kepada dua iaitu epik kebangsaan(Hikayat Hang Tuah) dan epik keislaman(Hikayat Amir Hamzah) Sastera panji-kisah kehidupan seperti kisah pengembaraan Watak utama kisah ini adalah Panji(Dalam Hikayat Bulan Berbelah ,Panji bertemu dengan kekasihnya apabila mengalami masalah dalam suatu peristiwa) Sastera tulisan diperkenalkan pada abad ke-15 kerana wujudnya Islam di tanah Melayu dan berkembang di istana. Terdapat 3 jenis sastera dan mempunyai unsur tersendiri iaitu unsur Hindu,Unsur Islam dan Unsur Hindu-Islam. Contoh Hikayat: Hikayat Gul Bawakali,Hikayat Seri Rama dan Hikayat Raja Pasai. Susun lapis masyarakat,sistem pentadbiran dan pemerintahan ketika itu dijadikan kajian sastera undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Pahang. Perkara ini dibahagikan dua jenis iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Sastera Istana (Tulisan) 13


Prosa Moden Menurut Annas Haji Ahmad(1998), selepas tahun 1800 hasil karya masih dimasukkan dalam sastera moden. Hal ini bertujuan memberi kefahaman yang mendalam dalam mengenalpasti bentk dan unsur perbezaan. Prosa moden merupakan karya sastera bahasa menyampaikan mesej yang tersirat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi ialah tokoh yang menghasilkan karya sastera moden ini. Karyanya termasuklah Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. 14


cerpen drama novel Menurut Shahnon Ahmad (1972) sastera cerekayang terbina merupakan satu bentuk pentaksiran yang tidak jelas dalam kehidupan manusia.Novel bercorak kemasyarakatan dan novel Rimba(1947) dan Darah Kedayan(1946) adalah corak novel yang telah dihasilkan. cerpen merupakan gabungan cerpen dan pendek yang mengisahkan tentang sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan sosial,politik dan ekonomi (membawa 1 tema) Drama adalah pemikiran melalui lakonan berdialog.Terdapat beberapa unsur penting dalam drama termasuklah kostum,perhiasan dan pencahayaan. Contoh prosa moden 15


Puisi Tradisional Puisi Tradisional ini merupakan satu genre sastera yang paling awal di dunia.Ramai masyarakat menggunakan puisi untuk tujuan tertentu yang membawa kemudahan kepada mereka. Menurut Harum Mat Piah91989),genre yang wujud dalam puisi antaranya ialah pantun,syair,gurindam,seloka dan sebagainya 16


Pantun Pantun digunakan sejak sekian lama dan merupakan salah satu puisi tradisional yang bertujuan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan seseorang. Pantun wujud dalam dua rangkap,empat rangkkap,enam rangkap,lapan rangkap,dua belas rangkap dan pantun berkait. Antara ciri-ciri pantun adalah: -Pantun berdasarkan baris dan rangkap -Baris satu dan dua adalah pembayang jika dalam pantun empat kerat. -Baris ketiga dan keempat pula adalah maksud pantun tersebut. -Rima akhir perlulah sama 17


Gurindam Gurindam adalah puisi Melayu Lama tyang mempunyai dua baris dalam satu rangkap Contohnya gurindam dua belas dan Gurindam Asnita. Antara ciri-ciri gurindam termasuklah -Bentuk gurindam adalah terikat -Mengandungi tiga hingga enam perkataan -Rima akhir perlulah sama -Bahasa digunakan adalah formal dan perlu mengandungi nasihat , pengajaran, kebenaran serta perasaan cinta. 18


Puisi Moden Perkara yang penting dalam sajak adalah ekspresi jiwa,iaitu bahasa,rimaberdasarkan jiwa pengarang. Sajak merupakan satusatunya genre yang terdapat dalam Puisi Moden. 19


Ciri Kesusateraaan Keindahan Mencerminkan pengalaman Pengalaman seni Karya seni 20


(a) Keindahan Unsur-unsur keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan berfokus/penekanan unsur ini akan menghasilkan hasil karya yang sangat indah. Ini merupakan syarat yang penting agar dapat mewujudkan karya yang berkualiti Karya dalam bentuk novel dan puisi mempunyai unsur yang berbeza, maka ciri keindahannya juga akan berbeza mengikut kretiviti pengarang itu sendiri dalam menghasilkan karya dalam bentuk tersebut. . Keindahan sebuah karya itu bergantung pada unsurunsur yang membentuk struktur atau susunan ayat sehingga dapat mewujudkan sesuatu ayat yang utuh. Keindahan juga dapat diserlahkan melalui gaya dan lenggok bahasa yang digunakan 21


Drama dan esei juga merupakan bentuk yang berlainan maka unsur-unsur keindahan yang akan diperolehi juga akan berbeza. Unsur-unsur yang berbeza mempunyai cara yang tersendiri dalam membentuk satu kesatuan yang utuh bagi menghasilkan keindahannya. 22


(b) Mencermin pengalaman Pengalaman diungkapkan dalam bahsa jika ditinjau dari peristiwa sastera. Peristiwa sastera adalah satu kegiatan meendengar dan membaca,mencipta dan mengkritik karya sastera. Pengalaman pengkarya dapat dikongsikan bersama orang lain jika karya itu dalam bentuk bahasa. Bahasa merupakan peranti yang meneruskan perasaan dan imaginasi pengkarya sehingga pembaca dapat menggambarkannya. Mencerminkan pengalaman merupakan tindak balas utuh dari jiwa yang digambar secara realiti dan disebut utuh kerana diselitkan juga perasaan dan imaginasi Perkara (realiti) sedemikian dialami melalui pancaindera seseorang secara sedar dan hasil tindak balas terhadap fikiran, perasaan dan imaginasi, maka timbullah perkara yang disebut pengalaman. 23


(c) Pengalaman Seni Pembaca dapat merasai perasaan dan memahami fikiran pengkarya yang boleh dilihat melalui peristiwa sastera. Pembaca juga harus mengetahui nilainilai berdasarkan cara penyampai pengkarya itu Bentuk penyampaian pengkarya juga merupakan nilai sastera yang baik dan bukan semata-mata kepada isi yang disampaikan. Karya yang diterbitkan adalah untuk memberi kepuasan kepada pembaca dalam menghayati dan mendalami isi hati pengkarya tetapi pengalaman dan nilai seni masih tetap mengagumkan pembaca 24


(d) Karya Seni Tiga perkara yang membezakan karya sastera: sifat fiksyen,nilai-nilai estetik dan gaya bahasa yang khusus Nilai-nilai estetik memberi peluang kepada pengkarya dalam meluahkan isi hati dengan mendalam. Sastera sebagai karya seni perlu ada empat ciri berikut: Fiksyen bermaksud karya sastera itu dihasilkan melalui imaginasi pengkarya berdasarkan pengalaman atau tindak balasnya terhadap alam realiti 25


Keutuhan Keseimbangan Keselarasan Penekanan hubungan satu bahagian atau satu unsur karya sastera dengan bahagian dan unsur yang laian perlu ada keselarasan untuk mengukuhkan bahagaian dan unsur lain bahagian yang penting perlu diberi penekanan yang lebih . Unsur yang lebih digambarkan saksama dan mendalam oleh pengkarya dan yang kurang penting diberi gambaran skematik. Karya puisi dan sastera perlulah utuh iaitu setiap bahagia perlu ada usaha dalam mengungkapkan isi hati seorang pengkarya. Ukuran dan pemberatan harus seimbang dengan fungsi sesuatu karya . Contoh: peristiwa yang tidak penting dipendekkan. 26


Ciri-ciri sastera tambahan Sastera ialah seni dan bukan ilmu Sastera ialah satu komunikasi Sastera mempunyai keteraturan Sastera ialah alat hiburan Sastera ialah karya yang berintegrasi Sastera merupakan ekspresi pengkarya 27


Fungsi Kesusasteraan Melayu 28


Hiburan (Hiburan boleh didefinisikan sebagai bahan atau kelakuan untuk menghiburkan atau menyenangkan hati seseorang tidak kira kepada golongan tua ataupun golongan muda) Kemampuan sesebuah karya mampu membelai emosi pembaca atau pendengar disebabkan teknik hiburan dari segi kelucuan atau sebagainya. Intonasi dari kata-kata yang indah dan rentak yang tersusun mampu menghasilkan hiburan. Cerita Panglipurlara Pantun cerpen novel Fungsi hiburan yang paling dominan adalah menjadikan sesebuah karaya itu mampu diterima dan diminati oleh masyarakat Melayu . Contoh karya sastera melalui hiburan: Pantun yang boleh dikatakan popular mempunyai struktur bacaan yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Hal ini kerana pantun berupaya membawa keindahan kata yang menghiburkan. Pantun mampu bertahan sebagai karya satera yang popular kerana mempunyai banyak unsur hiburan seperti ayat berbunga-bunga dan sebagainya. 29


Pendidikan/ Pengajaran Ilmu pengetahuan boleh diserap oleh pembaca apabila mereka menghayati karya-karya yang berunsurkan pendidikan dan unsur pengajaran. Hal ini sekaligus membentuk personaliti yang lebih baik kepada pembaca.Contohnya cerita batu belah batu bertangkup yang mendidik agar tidak mengambil hak orang lain. Karya sastera juga berperanan penting dalam mendidik pembaca ke arah yang lebih baik kerana kebanyakan karaya mempunyai ciri didaktik iaitu moral untuk memberikan pengajaran sekaligus meningkatkan kesedaran dalam diri pembaca. Pengarang yang menulis karya adalah berpengalaman sehingga dapat menjadikan satu penulisan untuk dijadikan prosa atau puisi yang boleh digunakan dalam pendidikan yang membentuk satu kisah yang memberi pengajaran,moral dan ilmu pengetahuan terhadap pembaca. Fungsi sastera ini bertujuanuntuk memberi pengajaran,nasihat atau pesanan kepada masyarakat 30


Dakwah (A. Hasymi mendefinisikan dakwah dengan mengajak orang lain untuk menyakini dan mengamalkan kaedah dan syariat Islam yang terlebih dahulu diyakini dan diamalkan oleh juru dakwah itu sendiri.) Dakwah sebagai satu proses penyampaian sesuau pesan Tuhan kepada manusia yang perlu disampaikan dalam bentuk yang difahami iaitu dakwah Dakwah biasanya disampaikan melalui bahasa dan bahasa sebagai saranan komunikasi ternyata berkesan kepada orang ramai untuk memahami konsep dakwah. Kesusateraan juga dijunjung tinggi dalam agama Islam dan mampu membentuk warna baru dalam menyampaiakan dakwah ini. Karya yang ada fungsi dakwah merupakan karya sastera yang dicipta sebagai suatu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap tuhan mereka. 31


Kritikan sosial Karya satera juga berfungsi sebagai alat untuk meberi kesedaran kepada masyarakat dan sebagai sindiran kepada raja atau orang-orang bangsawan. Contohnya, kisah Pak Kaduk yang menyindir seorang raja bersikap zalim. Kritikan terhadap akhlak dan nilai moral dan sebagainya. Kebanyakan belia atau pemuda pemudi dan golongan warga emas mudah terlibat dengan kes keruntuhan moral akibat isu rumah tangga,kewangan ,pengaruh rakan dan pegangan agama yang lemah dalam diri yang menjurus kepada keruntuhan akhlak. Mengkritik isu pembangunan negara sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat.Hal ini kerana pembangunan di bandar dan luar bandar sangat tidak seimbang. Pembngunan di bandar mempunyai prasarana dan cukup dan berbeza dengan masyarakat luar bandar yang langsung tidak dapat menikmati pembangunan yang sama seperti di bandar.Disini kita boleh lihat,masyarkat luar bandar akan terus ketinggalan dalam aspek menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan. 32


Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam karya Puisi Tradisional 33


Pantun Budi : Permata Sastera Melayu Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga. Tenang tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hati terkenang mulut menyebut, budi baik rasa nak junjung. 34


-Pemikiran menghargai, membuat kebaikan dan mengingati budi seseorang. - Pengarang menekankan nilai menghargai dalam diri seseorang apabila sudi melakukan kebaikan yang berkaitan dengan hal-hal keduniaan dan akhirat. Sifat yang jujur sangat penting dalam setiap perkara agar tidak menimbulkan amarah masyarakat sejagat. Kebaikan dan budi yang dilakukan dengan hati yang ikhlas mampu memberi kesan yang besar kepada orang ramai dan budi tersebut akan diingat sampai bila-bila. 35


Pantun Adat Buah berangan di rumpun pinang, Limau kasturi berdaun muda; Kalau berkenan masuklah meminang, Tanda diri beradat budaya. Patah rotan tali bersilang, Batang meranti rimbun berjejal; Langkah pahlawan tengah gelanggang, Berpantang mati sebelum ajal. Tanda adat bersendi syarak, Quran dan hadis menjadi tiang Tanda umat berbudi akhlak, Kelakuan manis hati penyayang. Buah berangan di rumpun pisang Limau kasturi berdaun muda Kalau berkenan samalah berbincang Tanda diri beradat budaya Berbuah lebat pohon mempelam Rasanya manis dimakan sedap Bersebarlah adat seluruh alam Adat pusaka berpedoman kitab Pokok pinang ditanam rapat Puyuh kini berlari-lari Samalah kita menjunjung adat Tunggak budaya semai dihati 36


-Pemikiran tentang adat resam kehidupanAdat resam dalam kehidupan manusia terutama sekali masyarakat Melayu yang menitikberatkan norma hidup bersopan santun, menghormati dan bertanggungjawab dalam memulakan sesuatu perkara. Pantun ini menerangkan adat yang sering dilakukan oleh masyarakat dalam melakukan sesuatu perkara seperti meminang,pantang mundur sebelum berjuang ,berbincang untuk kesejahteraan dan sebagainya. 37


Syair Burung Nuri Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. 38


-Pemikiran ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup- -Pemikiran keperitan hidup orang yang serba kekuranganSyair ini menceritakan tema tentang adab dalam kehidupan seseorang. Penyair menceritakan tentang adab dalam menjalani kehidupan dimana kita akan dikecewakan dalam perhubungan, kehidupan yang terumbang-ambing dan gagal berfikir secara rasional sehingga kehidupan individu tersebut boleh musnah. Pengarang menyedari bahawa hidup perlu diteruskan dan tidak perlu berada dalam perasaan kecewa terlalu lama sehingga mengakibatkan kehidupannya musnah. Pengarang tabah menghadapi situasi sedih itu tanpa melakukan perkara-perkara yang boleh meragut nyawa . 39


Syair Pesan Ibu Dengarlah anak ibu berpesan, Lengkapkan diri dengan pelajaran, Hanya itulah jadi bekalan, Untuk hidup di masa depan. Ilmu itu pelindung diri, Seperti kebun berpagar duri, Seperti sinar intan baiduri, Itulah tanda orang jauhari. Hidupmu kini di masa remaja, Bagaikan permata amat berharga, Jangan jatuh ke lembah hina, Nanti menyesal tidak berguna. Kalau hidup terasa susah, Sering berhadapan dengan masalah, Hadapi dengan hati yang tabah, Jangan cepat resah gelisah. Syaitan menggoda bertambah gundah, Jangan mengambil jalan mudah, Jangan sekali mencuba dadah, Kalau terjerat sesal tak sudah. Jika masa sudah terbuang, Perginya tidak akan berulang, Di hari tua sesal mendatang, Mengingatkan waktu yang telah hilang. Dunia bagai lautan dalam, Gelombang besar karangnya tajam, Di situ banyak kapal tenggelam, Ramailah insan yang telah karam. Ingatlah wahai anakku sayang, Tanah indah pusaka moyang, Jangan terlepas ke tangan orang, Sedangkan kita miskin terbuang. 40


-Pemikiran nasihat untuk mengelakkan kesan negatif- -Pemikiran kasih sayang ibu terhadap anaknyaPengarang menjelaskan sifat seorang ibu yang sanggup menasihati anaknya agar menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Contohnya, ibu menyeru anaknya untuk belajar dan menimba ilmu dengan baik agar anaknya tidak menyesal di kemudian hari. Ilmu adalah pelita dan cahaya kehidupan. Adanya ilmu dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang tidak baik. Syair ini penuh dengan kata-kata nasihat yang diutarakan oleh seorang ibu kepada anaknya agar mereka dapat mengetahui akibat dairipada sesebuah perbuatan yang buruk. Nasihat yang diberikan bertujuan untuk menambahkan rasa semangat dalam menempuh hari-hari pada masa depan. Contohnya, pengarang menceritakan tentang sesuatu buruk yang bakal berlaku jika seseorang tiada ilmu di dada. 41


Seloka Santap Beradab Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan. Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. Za'ba Kalung Bunga Za'ba, 2008 Dewan Bahasa dan Pustaka 42


-Pemikiran keutamaan tatacara dan tertib semasa menjamu selera- -Pemikiran adab sopan ketika makanSantap beradat merupakan satu istiadat santap raja dalam satu majlis kebesaran. Tujuan istiadat ini bertujuan untuk meraikan para tetamu sekaligus mengajar tetamu supaya makan secara beradab bukan sematamata mengeyangkan perut. Contohnya,ketika makan perlulah beradab seperti menggunakan tangan kanan dan minum air selepas makan nasi. Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara makan secara beradat dalam sesuatu majlis telah diamalkan sejak zaman dahulu. Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan. Selepas makan hendaklah berkumurkumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri. 43


Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Gurindam dua belas fasal ketiga Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tidak senonoh. Anggota tengah hendaklah ingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. 44


-Pemikiran memelihara anggota badan daripada melakukan kemudaratan- -Pemikiran budi pekerti dalam kehidupanGurindam ini memberi nasihat tentang seseorang perlulah memelihara mata daripada melihat perkara yang tidak baik .Menjaga lidah daripada bertutur perkara yang tidak baik dapat mengelakkan kita daripada menyakiti hati orang sekeliling dan melarang orang melakukan perbuatan mencuri dengan tangan mereka sendiri. Seterusnya, seseorang itu perlulah menggunakan kaki ke arah yang benar seperti masjid untuk mengelakkan pergi ke tempat maksiat . Gurindam ini menjelaskan seseorang seharusnya berperilaku mulia dengan menjaga seluruh anggota badan ke arah kebaikan agar mendapat banyak faedah. Kita perlulah menggunakan dan menjaga anggota dengan baik agar berguna untuk kehidupan. Sifat ambil cakna tentang anggota badan merupakan budi pekerti yang perlu ada dalam diri seseorang. 45


Rujukan Hashim Awang(1988),Kritikan Kesusateraan Teori dan Penulisan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abd. Aziz (2011). Bahasa Melayu 1.Oxford Fajar Sdn.Bhd. Thelnspirasi. (2020). 7 Tema Pantun Melayu Klasik yang Mempunyai Nilai Estetika tinggi. https://theinspirasi.my/pantun-melayuyang-mempunyai-nilai -estetika-tinggi/ Wikipedia. (2021). Kesusasteraan. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusateraan 46


TERIMA KASIH 47


Click to View FlipBook Version