The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by znorshen, 2019-09-05 11:19:31

Biografi Rosli Dhoby

Biografi Rosli Dhoby

Oleh: Darwish Bin Zulkarnain
(Tahun 3 SK Agama (MIS) Mukah)

Rosli Dhoby dilahirkan pada 18 Mac 1932 di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Beliau merupakan
anak kedua dari empat beradik dalam keluarganya. Bapanya, Dhobi bin Buang, dikatakan berasal
dari Indonesia dan berketurunan Raden. Ibunya, pula bernama Habibah binti Haji Lamit berasal
dari Mukah. Sedikit yang diketahui tentang kehidupannya yang terdahulu walaupun rakannya
menganggap Rosli sebagai orang yang boleh didekati namun beliau merupakan seorang yang
pendiam. Beliau mempunyai kakak sulung bernama Fatimah dan adik lelaki, bernama Ainie.

Rosli memulakan kerjanya sebagai Guru dan pada sebelah petang mengajar di Sekolah Rakyat
Sibu. Sebelum itu, beliau bekerja di Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Utusan Sarawak. Rosli
dikenali sebagai seorang nasionalis dan seorang penyair. Menggunakan nama samaran Lidros,
Rosli menerbitkan puisi kebangsaan yang bertajuk 'Panggilan Mu yang Suci' yang diterbitkan di
Utusan Sarawak pada 28 Februari 1948. Penggunaan nama samaran adalah berleluasa pada masa
itu sejak pihak berkuasa Kolonial British bersungguh-sungguh memantau apa-apa percubaan
untuk menyebarkan kata-kata terhadap mereka. Beliau menyertai Pergerakan Pemuda Melayu
Sibu di bawah kepimpinan Sirat Haji Yaman.

Antara matapelajaran yang di ajar oleh Rosli Dhoby di sekolah itu ialah Bahasa
Melayu,Tawarikh, Agama dan Ilmu Alam. Rosli telah menerima tanggungjawab
mengajar matapelajaran Bahasa Melayu kepada sekitar 40 orang murid. Rosli berjiwa keguruan
serta sangat sayang kepada pelajarnya. Rosli juga minat melukis, dan antara guru yang
mengajar bersama-sama beliau di situ ialah Jamaludin Haji Dris. Rosli dapat disifatkan sebagai
anak muda yang pintar dan sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Pada waktu lapang Rosli
suka mendengar radio dan membaca surat khabar. Akbar kegemaran Rosli ialah Utusan Sarawak
yang mulai diterbitkan oleh Abang Ikwan Zaini di Kuching pada januari 1949. Mingguan Utusan
Sarawak yang dijual dengan harga 10 sen,Mengantikan Utusan Asas dan diterbitkan pada
setiap isnin mempunyai empat halaman merupakan satu-satunya koran Melayu terbitan anak
tempatan yang beredar di sarawak ketika itu. Rosli juga suka menonton wayang dan
persembahan bangsawan. Panggung Rex menjadi tempat beliau dan rakan-rakannya menonton
persembahan berkenaan. Rosli merupakan pemuda yang berani dan dihormati rakan
seperjuangan.Rosli pernah bersekolah di sekolah Abang Ali dan sekolah Methodish. Rosli
pernah mengikuti keluarganya berpindah ke Bintangor. Di pekan itu, Rosli dan Ainnie
disekolahkan ayahnya ke sekolah cina, berdekatan dengan kediaman mereka. Jadi tidak
hairanlah Rosli mengetahui asas bahasa Mandarin. Rosli juga berkawan dengan beberapa orang
pelajar cina di sekolah Chung Hua Sibu. Hubungannya dengan kaum cina amat rapat. Beliau
sering mengikuti rakan-rakan Cina ke sekolah Chung Hua.

SuhaimiMokhtar, PuteraKenyalangSatuDekadPenuhCabaran,(kuching:fajar bakti), Page 1

Rosli Dhoby seorang pemuda yang kreatif. Beliau meminati Bangsawan Melayu.
Bersebelahan markas PPM, Disitulah terletaknya tapak bangsawan PPM.Rosli pernah
melakonkan watak sebagai hero dalam dalam bangsawan Melayu yang memang mendapat
sambutan baik daripada masyarakat Melayu Sibu ketika itu. Meskipun tidak bergiat aktif dalam
bangsawan, namun Rosli mengambil serius terhadap watak yang diberikan kepada beliau. Selain
itu,Beliau bergiat aktif dalam pegerakan pemuda Melayu (PPM). Ketika berjuang dalam
PPM, Rosli dilantik sebagai penolong setiausaha Agung PPM. Ketika berusia belasan
tahun Rosli diberi kepercayaan dan tanggungjawab besar dalam perjuangan menentang
penjajah British. Namun,Rosli tidak pernah berdabik dada. Beliau menyifatkan jawatan itu
sebagai amanah, bukannya untuk dibangga-banggakan.

Rosli juga merupakan seorang anak muda yang terlibat dengan mesyurat tertinggi PPM dan
turut mengemukakan idea dan cadagan dalam pertubuhan PPM, Namun Dhoby tidak aktif
kerana beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam kolonial di Jabatan Kerja
Awam.ketika itu, semua anggota perkhidmatan awam kolonial diharamkan kerena terlibat
dengan gerakan anti penyerahan menerusi pekeliling No 9 1946.

Beliau juga sudah mempunyai kekasih bernama Ani Ali, dan Rosli serius dalam hubungan
dengan kekasihnya yang berusia tiga tahun lebih tua daripadanya. Perbezaan usia tidak menjadi
penghalang kepada cinta mereka.Rosli terpikat dengan budi bahasa, kesopanan dan kelembutan
Ani. Beliau sentiasa memelihara dan menjaga hubungan cinta dengan gadis kesayangan yang
tinggal sekampung dengannya. Mereka sering menulis dan berbalas surat cinta.

Bagi kaum keluarga lain, termasuk sepupunya, menyebut nama Rosli sudah cukup untuk
menyebabkan sebak dan berduka.Nama Rosli begitu bererti di jiwa mereka. Mereka tidak dapat
melupuskan nama pewira itu dihati semua kenalan-kenalan Rosli. Beliau begitu dekat di hati
mereka, Merekakerap bersedih apabila mengingati kembali peristiwa silam apabila orang
menyebut nama Rosli. Rosli seorang yang pintar dan kepintaranya sering diperkatakan oleh ahli
keluarganya yang lain. Rosli menjadi contoh kepada anak-anak kaum keluarga mereka dan
penduduk kampung. Rosli dikatakan mempunyai cita-cita tinggi dan sentiasa bersemangat untuk
belajar.

SuhaimiMokhtar, PuteraKenyalangSatuDekadPenuhCabaran,(kuching:fajar bakti), Page 2

Click to View FlipBook Version