The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ayat Penyata dan Ayat Tanya

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roslan7076, 2020-05-28 10:34:52

Jenis-jenis Ayat

Ayat Penyata dan Ayat Tanya

Jenis-jenis Ayat

Oleh :
Roslan bin Kasim

Jenis-jenis Ayat 1.0: 3.0:

Ayat penyata Ayat perintah

Tujuan menyatakan atau Tujuan untuk menimbulkan
memberikan keterangan sesuatau tindakan. Ditujukan
tentang sesuatu hal / ayat kepada orang kedua. KGND
berita/ ayat keterangan. kedua biasanya digugurkan.

2.0: 4.0:

Ayat tanya Ayat seruan

Tujuan menanyakan sesuatu Tujuan melahirkan sesuatu
hal. Ada tanda soalan (?) perasaan. Ada tanda seru (!)

Ayat Penyata Contoh-contohnya: Contoh-contoh lain :

● Nadiah jurutaip. ● Norlia membeli pakaian dari kedai itu.
● Dia wartawan. ● Pesakit itu berada di hospital.
● Abdullah sedang tidur. ● Musa menjadi pegawai polis.
● Penjual ikan itu sentiasa tersenyum. ● Bunga cempaka itu wangi.
● Guru mengajar murid. ● Pokok di hadapan sekolah itu amat tinggi.

(1.2) Ayat tanya tanpa kata tanya (i) Ayat 1. Encik Zulkifli pengurus syarikat itu?
tanya 2. Puan Mariam guru sekolah?
tanpa kata 3. Adik masih menangis?
tanya 4. Dia terperanjat?

Boleh
dijawab
dengan
jawapan
ya, tidak
atau bukan

5. Emak membasuh kain?

Boleh 1. Encik Zulkifli pengurus syarikat itu?
disertai 2. Encik Zulkifli pengurus syarikat itukah?
partikel 3. Puan Mariam guru sekolah ?
tanya -kah

About Me 4. Puan Mariam guru sekolahkah?

5. Adik masih menangis?

6. Adik masih menangiskah?

About Me Proses 1. Encik Zulkifli pengurus syarikat itu?
pendepan 2. Pengurus syarikat itukah Encik Zulkifli?
predikat 3. Puan Mariam guru sekolah ?
4. Guru sekolahkah Puan Mariam?
dalam 5. Adik masih menangis?
bahasa 6. Masih menangiskah adik?
tulisan

A Picture Always Reinforces the Concept • Proses pendepanan
konstituen predikat
atau bahagian-
bahagiannya.

• Subjek tidak boleh
sama sekali mengalami
proses pendepanan
dengan partikel –kah.

A Picture Always Reinforces the Concept • Ada beberapa ayat yang
subjeknya kelihatan
mengalami pendepanan
dengan partikel -kah.

• Sebenarnya ayat

tersebut merupakan

ayat songsang.

Susunan biasa: Ayat tanya susunan songsang:

● (Guru itu) (Encik Ali.) ● Encik Alikah guru itu?
● (Pengurusnya) (orang muda itu.) ● Orang muda itukah pengurusnya?
● (Ibunya) (Mariam.) ● Mariamkah ibunya?

Ayat-ayat tanya yang mengandungi kata Susunan biasa :
hubung relatif yang (ayat songsang):

● Diakah yang ke sekolah? ● (Yang ke sekolah) (dia.)
● Merekakah yang berlepas pagi tadi? ● (Yang berlepas pagi tadi) (mereka.)
● Istana raja itukah yang cantik? ● (Yang cantik) (istana raja itu.)

Job Position 1 ● Surat itu ditulis oleh Ahmad.
● Surat itu ditulis oleh Ahmad?
● Ditulis oleh Ahmadkah surat itu?

● Yang ditulis oleh Ahmad surat itu.
● Surat itukah yang ditulis oleh

Ahmad?
● Yang ditulis oleh Ahmadkah surat

itu?

Institution 1 Jawapan ayat tanya tanpa kata
tanya ialah ya, tidak, atau bukan.

1. Puan Mariam guru sekolah?
Bukan, Puan Mariam bukan guru
sekolah.

2. Cantikkah rumah Ali?
Tidak, rumah Ali tidak cantik.

3. Encik Abu pengurus syarikat itu?
Ya, Encik Abu pengurus syarikat itu.

(ii) Ayat tanya dengan unsur tanya (ii) Ayat tanya a. Ayat tanya dengan kata tanya
dengan unsur (Berapa, bagaimana, bila, mengapa
tanya terdiri dan kenapa)
daripada tiga
b. Ayat tanya dengan kata ganti nama
golongan : diri tanya
(apa, siapa dan mana)

c. Ayat tanya dengan frasa sendi nama
tanya
(di mana, dari mana, ke mana, sejak
bila, sampai bila dengan siapa,
daripada siapa dan sebagainya)

(ii) Ayat tanya dengan unsur tanya a. Ayat 1. Harga barang ini berapa?
tanya
dengan 2. Keadaan ayahnya sesudah
kata tanya pembedahan bagaimana?

3. Hari perkahwinannya bila?

4. Adiknya tidak mahu pergi
mengapa?

5. Awak datang lambat kenapa?

(ii) Ayat tanya dengan unsur tanya Proses 1. Harga barang ini berapa?
pendepanan 2. Keadaan ayahnya sesudah pembedahan

kata tanya bagaimana?
3. Hari perkahwinannya bila?
4. Adiknya tidak mahu pergi mengapa?
5. Awak datang lambat kenapa?

1. Berapa harga barang ini?
2. Bagaimana keadaan ayahnya sesudah

pembedahan?
3. Bila hari perkahwinannya?
4. Mengapa adiknya tidak mahu pergi?
5. Kenapa awak datang lambat?

(ii) Ayat tanya dengan unsur tanya Dalam bentuk Bahasa
tulisan, ayat berikut perlu
menerima partikel –kah

pada unsur yang
dikedepankan

1. Berapakah harga barang ini?
2. Bagaimanakah keadaan ayahnya

sesudah pembedahan?
3. Bilakah hari perkahwinannya?
4. Mengapakah adiknya tidak mahu pergi?
5. Kenapakah awak datang lambat?

Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanyaAbout Me b. contoh 1. Benda itu apa?
ayat tanya 2. Gurunya siapa?
dengan kata 3. Adik awak mana?
ganti nama
diri tanya : 1. Apa benda itu?
2. Siapa gurunya?
3. Mana adik awak?

1. Apakah benda itu?
2. Siapakah gurunya?
3. Manakah adik awak?

Ayat tanya pasif Ayat tanya dengan kata ganti nama
tanya boleh juga wujud dalam ayat
pasif.

1. Apakah yang kamu buat?

2. Siapakah yang patut saya temui?

3. Manakah yang dipilih olehnya?

Ayat tanya dengan frasa sendi nama c. contoh 1. Tuan tinggal di mana?
ayat tanya 2. Mereka datang dari mana?
3. Ali hendak ke mana?
dengan 4. Penyakit ini merebak sejak bila?
frasa sendi 5. Ali boleh memegang jawatan itu
nama tanya:
sampai bila?

1. Di manakah tuan tinggal?
2. Dari manakah mereka datang?
3. Ke manakah Ali hendak pergi?
4. Sejak bilakah penyakit itu merebak?
5. Sampai bilakah Ali boleh memegang

jawatan itu?

Golongan ayat tanya Ayat tanya tertutup : Ayat tanya terbuka :

1. Encik Ali pengurusnya? 1. Apakah benda itu?
Ya, Encik Ali pengurusnya. Benda itu computer telapak.

2. Ke sekolahkah murid-murid 2. Gurunya siapa?
Ya, murid-murid ke sekolah. Gurunya Encik Tan.

3. Kuruskah Puan Mariam? 3. Dari manakah mereka datang?
Ya, Puan Mariam kurus. Mereka datang dari Brunei.

Soalan Latihan :

Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya berdasarkan frasa yang
berhuruf condong.

1. Perdana Menteri Malaysia yang kelapan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
2. Pencuri kereta itu telah ditangkap pada awal pagi tadi.
3. Semua murid Tingkatan 5 SMK Mutiara akan menduduki Peperiksaan

Pertengahan Tahun di Dewan Wawasan.
4. Aliah tidak mengambil peperiksaan hari ini kerana keracunan makanan.
5. Pelajar-pelajar Tingkatan 3 menjalani Ujian Lisan PT3 di Dewan Makan

Asrama.
6. Saya akan melaksanakan tugas itu dengan segera.
7. Keadaan ayah Ahmad semakin baik setelah dua minggu berada di

hospital.
8. Di dalam kotak kayu itu ada wang sumbangan penduduk kampung.

Soalan Latihan Tukarkan ayat penyata di bawah kepada ayat tanya
berdasarkan frasa yang berhuruf condong.

1. Mereka bersenam petang tadi.
2. Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
3. Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangan dalam

pelajaran.
4. Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di

Stadium Bukit Jalil.
5. Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
6. Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan

meja bulat.

Thanks Thanks!

Do you have any questions?
[email protected]
+91 620 421 838
yourcompany.com

CREDITS: This presentation template was created by
Slidesgo, including icons by Flaticon, and infographics &
images by Freepik.
Please keep this slide for attribution.


Click to View FlipBook Version