The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Petikan Burung Terbang dipipiskan Lada PDF2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roslan7076, 2020-04-26 03:41:22

Petikan Burung Terbang dipipiskan Lada PDF2

Petikan Burung Terbang dipipiskan Lada PDF2

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Antologi Sejadah Rindu

Burung Terbang Dipipiskan Lada

Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu
kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin
ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke
benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka
Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar
Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu
menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya,
membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke
bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang,
Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya,
berjalan darat terus ke hulu Pahang.

Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda
menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan
Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang
Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain
semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak
dengan perempuan sekali,” (SPM 2017)

Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia cerdik,
lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri Amerta. Maka
diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di sanalah ia memikul pedang,
ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu.

SPM 2017 [2 markah]
i. Berikan maksud menghimpunkan segala rakyat.

ii. Nyatakan tindakan-tindakan Raja Benua Siam setelah Sultan Muzaffar Syah

tidak mahu menyembah ke benua Siam. [3 markah]

iii. Sultan Muzaffar Syah memiliki ciri seorang pemimpin yang dapat menjamin
kedaulatan Melaka. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada
pada seseorang pemimpin dalam menjamin kedaulatan sesebuah negara?
[3 markah]

(ms. 27)

1

(ms. 28)

2

Syadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama
orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun
Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang
Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun
orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali.
Mengapakah maka demikian fiil tuan?”

Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun
tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti
oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu
juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan
matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan
sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala
perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga,
dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian?
Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali.
Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan
Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”

Maka Seri Amerta kata Tun Perak itu semua dipersembahkan ke bawah Duli yang
Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”

Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka
titah baginda kepada Tun Perak,”Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah
Tun Perak diam di negeri.”

Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa
lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat
Siam pun kembalilah. Seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya
dicampakkannya di hulu Muar. Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam,
manakala pasungan kayu

SPM 2019 [2 markah]
i. Berikan maksud memberi titah.

ii. Berdasarkan petikan, apakah yang berlaku kepada Tun Perak setelah

tentera Siam kembali ? [3 markah]

iii. Duli Yang Dipertuan menitahkan Tun Perak menghadap kerana seorang
Kelang telah mengadu bahawa dia dianiayai oleh Tun Perak. Sekiranya
anda Tun Perak, apakah tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan ?
[3 markah]

(ms. 29)

3

ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak
itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah pulang, maka segala orang
Teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi
baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan baginda bentara.

(Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit.
Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah bentara Seri
Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap, Maka
Seri Amerta pun berkata lepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya
ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak,. Mengapakah
maka demikian pekerti tuan hamba?”

Maka diam Tun Perak tiada disahuti kata Seri Amerta itu,. Setelah tiga kali Seri Amerta
berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan
tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba
peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang
memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri
namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Tang Dipertuan tahu akan
baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak
mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia.
Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”

Syadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati
baginda, “Adapun Tun Perak ii tidaklah patut kadi bentara lagi, patut menjadi Perdana
Menteri.”) (SPM U 2017)

Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja.
Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara
Diraja berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi
Paduka Raja duduk pada tempat bendahara. Adapun Seri Nara Diraja pun telah tualah tiada
beranak laki-laki, dan beranak dengan isterinya, anak bendahara Seri amar Diraja itu seorang

SPM U 2017 [2 markah]
i. Berikan maksud menghimpunkan segala rakyat.

ii. Nyatakan tindakan-tindakan Raja Benua Siam setelah Sultan Muzaffar Syah

tidak mahu menyembah ke benua Siam. [3 markah]

iii. Sultan Muzaffar Syah memiliki ciri seorang pemimpin yang dapat menjamin
kedaulatan Melaka. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada
pada seseorang pemimpin dalam menjamin kedaulatan sesebuah negara?
[3 markah]

(ms. 30)

4

perempuan , Tun Putih namanya, diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak dengan gundik
seorang laki-laki, Tun Nina Madi namanya, tiada diaku oleh Seri Nara Diraja sebab takut akan
isteriya. Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara Diraja pun
matilah.

Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang
banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara
Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba
sekalian bahawa ia ini anak hamba?”

Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada
mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang
itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah
pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tiada
muafakat dengan Paduka Raja, sentiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja
kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah
pun tahu akan perihal itu maka terlalu dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan
Seri Nara Diraja itu. Maka fikr di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini
kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar,”

Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah.
Maka titah Sultan Muzaffar Syah,”Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”

Maka sembahnya,” Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”

Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya
Hitam?”

Maka sembahnya,”Mohon patik tuanku.”

Maka titah baginda,”Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”

(ms. 31)

5

(ms. 32)

6

Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja?”
Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”

Maka beberapa anak orang besar-besar ditanya oleh Sultan, tiada juga berkenan pada

Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, :Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak
Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”

Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”

Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi

matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka

dengan sesaat itu juga ditala baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja,

disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri

muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu keningsudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah

cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu,”

Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.

Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan

seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah,
“Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”

Maka titah baginda, “Baiklah,”

Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.

Syahdan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada

zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga,

Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit Paduka Aria

Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan

Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

(ms. 33)

7

Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu
nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya Melaka; maka dipersembahkan orang kepada
Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari
orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda
mengiringkan Bendaha Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal melayu, Tun
Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk bongkok.
Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang
besar, duduk di atas segala hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun
pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan segala hulubalang
banyak. Maka orang Siam pun hampir ke Batu Pahat.

(ms. 34)

8

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu
Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya oleng-oleng. Telah bertemu
dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga perahu Siam alah, lalu
ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu
Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Sian terlalu hairan melihat kelakuan
Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka
Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api sekaliannya disuruhnya tambati
puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata
hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau
ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

(ms. 35)

9

Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara
belum siang.”

Maka segala orang Siam pun kembalilah.
Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh
Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun kembali ke Melaka
menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal sekaliannya dipersembahkan
oleh Bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun
memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan
segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin
masing-masing pada kadarnya.
Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi
Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah;
maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya,
Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bwah Duli Paduka Bubunnya hendak
menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka
itu.”
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka
baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-
kecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan
menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, vbangsanya Arab,
Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar,
seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka
tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu
mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri
di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan
Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”

Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyu; maka titah baginda pada Tuan Sidi
Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”

SPM U 2018 [2 markah]
i. Berikan maksud mendengar khabar?

ii. Nyatakan perkara-perkara yang berlaku setelah Tuan Sidi Arab

menghalakan panahnya ke benua Siam lalu berkata ”Mati engkau, Cau

Pandan.” [3 markah]

iii. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, Siam sering mengancam

untuk menyerang Melaka. Pada pendapat anda, apakah factor-faktor yang

menyebabkan Siam mahu menyerang Melaka? [3 markah]

(ms. 36)

10

Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadaya seperti
kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi
Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang
nyanyi:

Cau Pandan anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka;

Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.

Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya
muntahkan darah, dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar
itu, maka titah baginda, “Sungguhlah Tuan Sidi Arab inihamba Allah keramat.”

Maka beberapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan
sepertinya.

(ms. 37)

11

Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka
baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah itulah
menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan, Sultan Mansur Syah,
umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri
Nara Diraja yang bernama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda
seorang perempuan bernama Puteri Bakal. Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu baik
parasnya, serta dengan adilnya lagi pemurah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada
sepertinya pada zaman itu.

(ms. 38)

12

Latihan 1 :

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah samasama orang

banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala

orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun

orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini

menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian

fiil tuan?” Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada

disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun

Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga,

hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya.

Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang

Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah

pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang?

Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini

hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-

sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak

isterinya bersungguh-sungguh.” Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya

dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah,

“Benar seperti kata Tun Perak itu.” Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan

kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di

Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”

i. Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya. [2 markah]

ii. Apakah reaksi Duli Yang Dipertuan setelah Seri Amerta mengadukan [3 markah]

perbuatan Tun Perak?

ii. Tun Perak menyuruh orang-orang Kelang membawa anak isteri bersama-sama [3 markah]

ke Melaka agar mereka berperang dengan bersungguh- sungguh. Pada

pendapat anda, apakah strategi lain yang boleh dilakukan oleh seorang

pembesar dalam usaha mempertahankan negara?

Latihan 2 :

Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu

tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam

negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di

Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi

penghulu bendahari. Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi

Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang

kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari

orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan

Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya,

asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk,

bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang besar, duduk di atas segala

hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam itu,

bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan segala hulubalang banyak. Maka orang Siam pun

hampir ke Batu Pahat

i. Berikan maksud akan mengeluari orang Siam. [2 markah]

ii. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan keistimewaan Seri Bija Diraja [3 markah]

ii. Peperangan merupakan suatu peristiwa yang membawa kesan negatif kepada [3 markah]

sesebuah negara. Pada pendapat anda, bagaimanakah dapat mengelakkan

peperangan antara dua buah negara?

13

Latihan 3 :

Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, " Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda,
kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu ? " Maka kata Seri Nara
Diraja, " Di mana kamu sekalian tahu ? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati
emas di benua Keling itu. " Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan
Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-
kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, "
Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara. " Maka titah
baginda, " Baiklah. " Syahdan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana
pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya ; pertama Majapahit ; kedua Pasai ; ketiga ;
Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit Patih Aria Gajah
Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara
Diraja menjadi penghulu bendahari.

i. Nyatakan sifat-sifat fizikal Seri Nara Diraja. [2 markah]

ii. Apakah yang terjadi antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja setelah Seri [3 markah]

Nara Diraja bernikah dengan Tun Kudu?

ii. Pada pandangan anda, apakah kesan kepada sesebuah negara jika para [3 markah]

pemimpinnya tidak bersepakat?

Latihan 4 :

Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti
oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak,
katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-
baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan
kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di
dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikiran
tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu
hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itu maka segala orang Kelang ini hamba suruh
bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya;
kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya sungguh-
sungguh.” Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang
Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.” Maka
diambil sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun
Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri ini.”

i. Berikan maksud jangan kemakanan matanya. [2 markah]
ii. Apakah yang dilakukan oleh Duli Yang Dipertuan setelah mendengar [3 markah]

perkhabaran daripada Seri Amerta? [3 markah]
ii. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu berpandangan jauh

sebelum melakukan sesuatu perkara?

14

Latihan 5 :

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila
bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun
pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak
itu, maka dilanggarnya sekali. dua tiga buah perahu Siam alah, Ialu ia terus ke sebelah; maka ia
berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun
kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka
Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan
tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api
tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam. "Terlalu banyak kelengkapan perahu
Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi
tiada terlawan oleh kita." Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang ini.”

i. Berikan maksud suluh perahu Siam itu. [2 markah]
ii. Mengapakah orang Siam berundur dari negeri Melaka? [3 markah]
ii. Peranan sebagai ketua pertahanan dalam pasukan ketenteraan sesuatu [3 markah]

negara amat penting. Sekiranya anda dilantik menjadi ketua pertahanan
negara, apakah yang akan anda lakukan untuk menewaskan pihak musuh?

Latihan 6 :

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun
Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar,
maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja,
kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka
Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam
kampung Seri Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita
baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda,
“Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan
Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli
Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.” Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan,
anak orang Kaya Hitam?” Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.” Maka titah baginda, “Mahukah
akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”

i. Berdasarkan petikan tersebut, apakah peristiwa yang terjadi selepas Paduka [2 markah]
Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar?

ii. Nyatakan reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila mengetahui perihal Seri Nara [3 markah]
Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja.

ii. Raja yang adil sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan negara melebihi [3 markah]
kepentingan peribadi. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang
pemimpin perlu memerintah secara adil dan saksama dalam
pemerintahannya?

15

Latihan 7 :

Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara
Diraja. Maka titah Sultan, ‟Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja,
saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, ‟Daulat, Tuanku.”
Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya
juling
sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga
ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin
dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, ‟Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda,
kerana
datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, ‟Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh
bapaku sekati emas di benua Keling itu.”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi
muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan
jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, ‟Tuanku, baiklah Paduka Raja
dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”

i. Berikan maksud rangkai kata menjadi muafakatlah. [2 markah]

ii. Nyatakan tindakan-tindakan Sultan selepas Seri Nara Diraja bersetuju [3 markah]

memperisteri Tun Kudu.

ii. Pertelingkahan antara pembesar menyebabkan kerugian kepada negara. [3 markah]

Pada pandangan anda, selain ikatan perkahwinan, apakah usaha-usaha yang

boleh diambil untuk menyatukan kedua-dua pembesar tersebut ?

Latihan 8 :

Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan
segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke
Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “ Ya
tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap lakilaki juga; akan patik sekalian dibawa
oleh Tun Perak dengan perempuan sekali,” Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai,tanah
Samudera namanya;sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara,digelar
baginda Seri Amerta. Maka diperbuatkan baginda satu bangku tebal, dibawah lutut baginda, di
sanalah ia memikul pedang, ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu. Syahadan, pada
suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap,duduk di tanah samasama orang banyak. Maka kata
bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “ Tuan Tun Perak,segala orang Kelang ini
menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau
yang lain semuanya menghadap laki-laki juga;adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak
dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fill tuan?

i. Apakah maksud rangkai kata menghimpunkan segala rakyat. [2 markah]

ii. Nyatakan alasan-alasan Seri Amerta dilantik menjadi bentara. [3 markah]

ii. Peperangan yang berlaku menyebabkan orang Kelang mengambil keputusan [3 markah]

untuk membawa anak isterinya ke Melaka bersama-sama. Pada pendapat

anda, mengapakah orang Kelang berbuat demikian?

16

Latihan 9 :

Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi
muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan
jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja
dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.” Maka titah baginda, “Baiklah.” Maka Paduka
Raja pun dijadikan bendahara. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang
bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua,
Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit,
Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja;
dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

i. Berikan maksud kerana ia sedia anak bendahara. [2 markah]
ii. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Seri Nara Diraja mencadangkan [3 markah]

Paduka Raja sebagai Bendahara. [3 markah]
ii. Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai

pemimpin yang bijaksana dan adil?

Latihan 10 :

Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, "Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda,
kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?" Maka kata Seri Nara
Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian siasialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas
di benua Keling itu." Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun
Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan
seperli saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku,
baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara." Maka titah baginda,
"Baiklah." Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah
yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zamat itu tiga buah negeri yang sama besamya:
pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang
bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka,
Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

i. Berikan maksud ia sedia anak bendahara [2 markah]
ii. Berdasarkan petikan, siapakah orang bijaksana yang terdapat di dalam [3 markah]

negerinegeri yang dianggap berkuasa? [3 markah]
ii. Kepimpinan yang hebat merupakan ciri utama kegemilangan sesebuah

negara. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri lain yang menunjukkan
kegemilangan sesebuah negara itu?

17

Latihan 11 :

Maka Seri Nara Diraja Sultan pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah
Tun Bijaya Maha
Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak
Melayu pun berbelah,
setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang
berasal. Maka Seri Nara Diraja
tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja
kedapatan dengan Paduka Raja
dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka
terlalulah dukacita baginda
melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau
demikian binasalah negeri
ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.
Maka baginda pun
menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah,
“Mahukan Seri Nara Diraja
beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja?”

i. Berdasarkan petikan prosa tardisional di atas, apakah perkara yang [2 markah]

merisaukan Sultan Muzaffar Syah ?

ii. Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Syah untuk mengatasi [3 markah]

masalah yang dihadapinya.

ii. Pemimpin tidak bekerjasama dalam melakukan tindakan untuk membantu [3 markah]

pemerintah memajukan negara.

Pada pendapat anda, apakah cara untuk memastikan pemimpin utama negara

ini sentiasa bekerjasama memajukan Negara.

18

Latihan 12 :

Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, "Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda,

kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?"

Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli

oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu."

Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi

muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara

sejalan jadi.

Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan

bendahara, kerana ia sedia anak bendahara. "Maka titah baginda, "Baiklah."Maka Paduka Raja pun

dijadikan bendahara. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana,

kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai;

ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih

Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan

Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.

i. Berikan maksud menjadi berkasihan-kasihan . [2 markah]

ii. Nyatakan hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja selepas [3 markah]

pernikahan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu.

ii. Kebijaksanaan merupakan antara ciri yang perlu ada pada seseorang yang [3 markah]

dilantik sebagai pembesar.

Pada pendapat anda, mengapakah bendahara perlu dilantik dalam kalangan

mereka yang bijaksana.

Latihan 13 :

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan
Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua
orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja,
setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara
Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain
Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Diraja. Maka Sultan
Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan
Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian
binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun
hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak orang Kaya
Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
i. Berdasarkan petikan tersebut, apakah peristiwa yang terjadi selepas Paduka [2 markah]

Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar?
ii. Nyatakan reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila mengetahui perihal Seri Nara [3 markah]

Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja.
ii. Raja yang adil sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan negara melebihi [3 markah]

kepentingan peribadi.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang raja itu boleh memerintah
dengan adil?

19

Latihan 14 :

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,

kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh

perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng.

Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga

buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang

lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka

orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi

Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan

nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah

dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang

Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia

datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”

Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali

sementara belum siang ini.”

Maka segala orang Siam pun kembalilah.

Adapun perigi di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia.

i. Berikan maksud kelakuannya gila-gila bahasa?. [2 markah]

ii. Apakah tindakan Tun Umar untuk menghalang serangan Siam? [3 markah]

ii. Pada zaman dahulu, istana raja dibina di tempat yang tinggi. [3 markah]

Pada pendapat anda, mengapakah istana raja dibina di tempat yang tinggi?

Latihan 15 :

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit.

Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada

bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang

mengadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, Ya Tuan Tun Perak,

mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun

Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”

Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri

Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya “ Tuan Seri Amerta,

akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan

hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan

kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung

sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang

Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli

Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka

cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat bagaimana hamba hendak

dicerca?”

Shahadan , maka berkenan Sultan Muzaffar Shah mendengar kata Tun Perak itu. Pada

hati baginda, “ Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana

Menteri”.

i. Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya. [2 markah]

ii. Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Tun Perak apabila Seri Amerta [3 markah]

menyatakan seorang orang Kelang dianiaya olehnya?

ii. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sepatut dimiliki oleh individu yang [3 markah]

layak dilantik menjadi seorang pemimpin?

20

Latihan 16 :

Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada

Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, ‟Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak

Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”

Maka sembahnya, ‟Daulat, Tuanku.”

Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi

matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka

dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja,

disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.

Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, ‟Bagaimana maka datuk hendak beristeri

muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”

Maka kata Seri Nara Diraja, ‟Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah

cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”

Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka

menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti

saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, ‟Tuanku,

baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”

i. Berikan maksud rangkai kata menjadi muafakatlah. [2 markah]

ii. Nyatakan tindakan Sultan selepas Seri Nara Diraja bersetuju memperisteri Tun [3 markah]

Kudu.

ii. Pertelingkahan antara pembesar membawa kerugian kepada negara. [3 markah]

Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk

menyatukan kedua-dua pembesar tersebut selain perkahwinan?

Latihan 17 :

Maka ada seorang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka

dia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara

Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap.

Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “ Orang ini ya Tuan Tun Perak,

mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun

Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”

Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri

Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri

Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu

jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan

pekerjaan kami orang memegang negeri dimana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung

sekalipun, negeri namanya;baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang

Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli

Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu,pecatlah hamba dahulu, maka

cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak

dicerca?”

Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada

hati baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana

Menteri.”

i. Berikan maksud hendak mencerca. [2 markah]

ii. Nyatakan reaksi Tun Perak apabila dititahkan oleh Sultan Muzaffar Syah [3 markah]

menghadap

baginda kerana dikatakan menganiayai seorang orang Kelang.

ii. ‘Rakyat mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada raja dan [3 markah]

negara‟

Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab rakyat terhadap raja dan negara.

21

Latihan 18 :

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-

sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun

Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya kepada Duli Yang

Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang

Kelang ini menghadap bahawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah

maka demikian fiil tuan?”

Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada

disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun

Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga,

hendaklah baik baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan

matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan

sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala

perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba, kami sekalian datang dengan laki-laki juga,

dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab

itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya

berperang dengan bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang

Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”

i. Berikan maksud rangkai kata jangan kemakanan matanya. [2 markah]

ii. Tun Perak memberikan beberapa peringatan kepada Seri Amerta. [3 markah]

Nyatakan peringatan-peringatan tersebut.

ii. Pada pendapat anda, wajarkah Tun Perak menyuruh orang Kelang datang ke [3 markah]

Melaka untuk berperang dengan membawa anak dan isteri mereka?

Latihan 19 :

Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,

kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruh oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam

itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu

dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam

alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dlanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga

buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan

melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh

Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya

disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi

banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada

terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan

oleh kita.”

Maka kata Awi Dicu. “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara

belum siang ini.”

Maka segala orang Siam pun kembalilah.

i. Apakah peristiwa yang menimbulkan perasaan hairan orang Siam terhadap [2 markah]

Tun Umar?

ii. Mengapakah Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka? [3 markah]

ii. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya [3 markah]

sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia

berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah.

Pada pendapat anda, apakah rasionalnya Tun Umar melanggar perahu orang

Siam tersebut?

22

Latihan 20 :

Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk
di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri
Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini
menghadap baginda mengadukan halnya kepada Duli Yang Dipertuan.
Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki
juga; adapun orang Kelang ini menghadap bahawa Tun Perak dengan
membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta
berkata, itu pujn tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri
Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai
Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga,
hendaklah baik baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat,
jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di
mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di
dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas.
Maka benarkah pada fikir tuan hamba, kami sekalian datang dengan laki-
laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini,
apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini
hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang
dengan bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli
Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-
sungguh.”

i. Berikan maksud rangkai kata ‘jangan kemakanan matanya’ [2 markah]

ii. Sekiranya anda ialah Tun Perak, apakah tindakan anda untuk memastikan [3 markah]

tentera perang lebih bersemangat juang dan menang dalam pertempuran

kelak?

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan semangat patriotik [3 markah]

dalam kalangan anak muda sekarang?

Latihan 21 :

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit.
Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara
Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap.
Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, “Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan
halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak.
Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?”
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri
Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri
Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu
jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan
pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung
sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang
Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli
Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka
cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati
baginda, “Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana
Menteri.”

23

i. Berikan maksud rangkai kata memegang negeri? [2 markah]

ii. Nyatakan tindakan yang diambil oleh bentara Seri Amerta apabila dititah oleh [3 markah]

Sultan Muzaffar Syah agar berbincang dengan Tun Perak.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah Sultan Muzaffar Syah berkenan untuk [3 markah]

melantik Tun Perak sebagai Perdana Menteri? Berikan tiga alasan anda.

Latihan 22 :

Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan
menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Siti Arab
namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang
berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab
itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan
akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya
panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati
engkau, Cau Pandan.”
Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu,
“Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena
panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam
menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi:

Cau Pandan anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka;

Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.

i. Berikan maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat. [2 markah]
ii. Bagaimanakah Tuan Sidi Arab berjaya menghalang Cau Pandan anak [3 markah]

Bubunnya daripada menyerang Melaka. [3 markah]
ii. Tuan Sidi Arab amat pakar dalam memanah.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem
pertahanan sesebuah negara.

24


Click to View FlipBook Version