PELAJARAN 5 : MEMAHAMI KEUTAMAAN DALAM TINDAKAN.
KAJIAN MASA DEPAN Ramalkan apa yang akan berlaku jika
1. Umat Islam tidak mempelajari ilmu fardu kifayah.
2. Umat Islam tidak menceburi bidang pembuatan makanan.
Berdasarkan penyataan di bawah, huraikan pendapat anda berdasarkan Fiqh al-Aulawiyat.
1. Terdapat sebilangan remaja mengutamakan rakan sebaya berbanding ibu bapa mereka. 2. Umat Islam
mengutamakan solat sunat Rawatib daripada sedekah.
Jawapan
Mereka gagal memahami siapakah yang lebih utama untuk ditaati kerana terpengaruh dengan keseronokan bersama
rakan sebaya. Kesannya mereka akan mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka walaupun ianya
berdosa. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mengutamakan ibubapa dalam apa jua keadaan agar mendapat
keredaan daripada Allah.
PELAJARAN 6 : KEPELBAGAIAN BANGSA DALAM ISLAM
KAJIAN
1. Hubungan etnik menurut perspektif Islam.
2. Bagaimana sifat taqwa boleh membentuk perpaduan?
Kepelbagaian bangsa memberikan peluang bagi membina interaksi yang harmoni.
Kemukakan hujah anda untuk menyokong penyataan di atas.
Dapat mengenali budaya yang berbeza kerana setiap bangsa mempunyai identiti yang tersendiri. Kesannya akan wujud
sikap hormat-menghormati antara satu sama lain Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha mengeratkan perpaduan
dalam masyarakat
agar hidup lebih aman dan damai.
PELAJARAN 7 : SETIAP ORANG IALAH PEMIMPIN
SOALAN KBAT
Islam mewajibkan anak-anak supaya berbakti kepada ibu bapa.
Huraikan pendapat anda tentang kewajipan tersebut.
Membalas budi dan jasa ibubapa kerana telah melahir dan membesarkan kita.
Kesannya hubungan kekeluargaan bertambah erat. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mendoakan ibubapa sama
ada ketika hidup atau telah mati agar mendapat keredaan Allah.
PELAJARAN 8 : TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH
Soalan KBAT
Amalan bersedekah secara terang-terangan diharuskan oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu. Kemukakan
pandangan anda tentang amalan tersebut.
Bersedekah secara terang-terangan menggalakkan orang lain untuk ikut bersedekah kerana ia membangkitkan sifat
ingin berlumba-lumba dalam kebaikan. Kesannya, lebih banyak manfaat akan diperolehi kepada golongan yang
memerlukan. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berusaha dalam apa jua bentuk kebaikan agar manfaatnya dapat
dinikmati bersama.
PELAJARAN 9 : ALLAH SWT MAHA MENGAWASI DAN MAHA MENYAKSIKAN
UNIT 1 : AR-RAQIB
Sistem penguatkuasaan yang berkesan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Kaitkan penyataan tersebut
dalam konteks keimanan terhadap nama Allah SWT ar-Raqib.
Keimanan kepada ar-Raqib meningkatkan kepatuhan dan mengurangkan pelanggaran larangan kerana sentiasa merasa
diri diperhati. Kesannya keimanan dalam diri dapat ditingkatkan. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mematuhi
segala perintah Allah dalam apa jua keadaan agar hidup diredai oleh-Nya
UNIT 2 : AS-SYAHID
Masih terdapat anggota masyarakat melakukan dosa dan maksiat sedangkan mereka mengetahui Allah SWT Maha
Menyaksikan. Jelaskan mengapakah keadaan ini berlaku. Kemukakan hujah anda.
Keyakinan tentang Allah maha menyaksikan kurang meresap dalam diri kerana tiada penghayatan Islam di dalam
kehidupan seharian. Kesannya ilmu yang ada tidak dapat membentuk akhlak yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah
mencuba sedaya upaya untuk menghindarkan diri dari melakukan larangan Allah agar terselamat daripada api neraka.
PELAJARAN 10 : AKIDAH AHLI AS-SUNNAH WAL JAMAAH
Sehingga tahun 2014 kesemua 14 buah negeri di Malaysia telah memfatwakan pengharaman ajaran Syiah. Namun
aliran dan fahamannya masih berleluasa dalam kalangan masyarakat. Ramalkan kesan kepada masyarakat akan datang
jika umat Islam tidak peka dengan penyataan di atas?
JAWAPAN KBAT
Populasi Syiah akan semakin berleluasa kerana masyarakat yang jahil akan mudah terpengaruh. Kesannya kedudukan
Ahli Sunnah Wal Jamaah akan tergugat. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa membersihkan akidah daripada
sebarang bentuk kekeliruan agar terselamat daripada api neraka.
PELAJARAN 11 : SOLAT SUNAT ISTIKHARAH DAN SOLAT SUNAT TASBIH
UNIT 1 : SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Amalan solat sunat Istikharah merupakan antara cara untuk mencari penyelesaian setelah semua usaha dilakukan.
Berdasarkan penyataan di atas, huraikan bagaimanakah amalan solat sunat Istikharah dapat membantu pencapaian
akademik murid.
Menjadikan seseorang pelajar lebih bergantung kepada Allah kerana sering sujud dan berdoa kepadanya. Kesannya
keyakinan dan tawakkal akan bertambah. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mengadu setiap masalah yang
dihadapi kepada Allah agar sentiasa diberi hidayah olehnya.
UNIT 2 : SOLAT SUNAT TASBIH
Solat sunat tasbih mempunyai banyak keistimewaan yang sangat besar. Namun begitu terdapat individu yang tidak
mahu melakukannya kerana solat ini mengambil masa yang lama. Bagaimanakah cara menyantuni golongan ini.
Menyedarkan mereka bahawa syurga tidak akan dapat diperolehi dengan mudah kerana setiap amalan memerlukan
kepada pengorbanan. Kesannya mereka akan bersabar untuk beribadat walaupun mengambil masa yang lama.
Kesimpulannya, kita hendaklah bersabar dalam ketaatan agar mendapat keredaan Allah.
PELAJARAN 12 : PERKAHWINAN
UNIT 1 : PERKAHWINAN
SOALAN KBAT
Ramai orang zaman sekarang lebih mementingkan amalan adat dalam meraikan majlis walimatul urus.
Berdasarkan penyataan di atas, kemukakan pendapat anda.
Cadangan isi :
• Adat boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sebagai contoh
o Walimatul urus sunat kepada pengantin lelaki, tetapi walimatul urus dilaksanakan oleh
pengantin perempuan atau walimatul urus dibuat sebanyak dua kali iaitu di rumah pengantin
perempuan dan rumah pengantin lelaki, hukumnya adalah harus selagi tidak berlaku
pembaziran.
o Menyerikan majlis dengan hiburan yang boleh menceriakan suasana dengan memasang lagu-lagu
berunsur nasihat yang diharuskan.
o Mengadakan persembahan silat, majlis khatam al-Quran, berselawat, berzanji, marhaban dan
sebagainya.
• Adat tidak boleh dilaksanakan jika bertentangan dengan syariat Islam. Sebagai contoh
o Mengenakan hantaran yang tinggi bagi menampung kos kenduri hingga menyusahkan orang
yang ingin berkahwin.
o Menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
o Mengadakan joget lambak.
o Mengadakan upacara yang terdapat unsur khurafat seperti upacara tepung tawar.
o Berhibur hingga melupakan kewajipan solat.
o Menghidangkan makanan atau minuman yang haram seperti arak.
UNIT 2 : KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
Suami menguruskan rumah dan anak-anak manakala isteri pula bekerja bagi menanggung perbelanjaan keluarga.
Berdasarkan situasi di atas, wajarkah perkara ini berlaku? Huraikan hujah anda.
Para suami sepatutnya bekerja kerana mereka adalah ketua keluarga . Kesannya suami akan lebih dihormati di dalam
keluarga. Kesimpulannya kita kendaklah bertanggungjawab terhadap anak dan isteri agar tidak dimurkai oleh Allah.
PELAJARAN 14 : ISU-ISU DALAM PERKAHWINAN
SOALAN KBAT
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganggarkan kira-kira 70% pernikahan yang menggunakan khidmat
sindiket nikah ekspress tidak patuh syariat.
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online 14 April 2019
Berdasarkan penyataan di atas:
i. Apakah kemungkinan yang akan berlaku sekiranya perkara ini tidak dibendung?
ii. Cadangkan langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini.
Memberikan penerangan tentang risiko perkahwinan tersebut kepada masyarakat kerana masih ramai yang tidak tahu.
Kesannya perkahwinan sedemikian dapat dielakkan. Kesimpulannya kita hendaklah mematuhi undang-undang negara
agar kehidupan lebih harmoni.
PELAJARAN 14 : PENGURUSAN HARTA SELEPAS KEMATIAN
UNIT 1 : WASIAT DALAM ISLAM
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian 20 Jun 2019.
Berdasarkan keratan akhbar, jelaskan pandangan anda tentang isu tersebut.
Hal ini berlaku kerana tiada kesedaran tentang kepentingan wasiat kerana kurang pendedahan terhadapnya. Kesannya
masih ramai umat Islam menganggap yang ianya tidak penting. Kesimpulannya kita hendaklah mengambil berat
berkaitan perkara ini agar pengurusan harta umat Islam lebih tersusun.
Contoh jawapan 2:
Hal ini berlaku kerana kebanyakan umat Islam tidak tahu cara menulis wasiat dengan betul. Menyebabkan mereka
menulis wasiat melebihi 1/3 dari keseluruhan harta mereka. Kesannya wasiat tersebut tidak sah dan menyukarkan
pengagihan harta. Oleh itu kita hendaklah mendalami ilmu berkaitan wasiat supaya harta kita boleh dimanfaatkan seperti
mewasiatkan harta kepada pusat tahfiz.
UNIT 2 : FARAID DALAM ISLAM
1. Bincangkan pembahagian FARAID bagi situasi berikut secara berkumpulan kemudian bentangkan hasil perbincangan
anda.
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian 12 Oktober 2019.
2. Berdasarkan keratan akhbar di atas, huraikan pandangan anda tentang isu tersebut.
Hal ini berlaku kerana kurang penghayatan agama kerana sibuk mengejar kemewahan dunia. kesannya, mereka hidup
dalam kejahilan. Kesimpulannya kita hendaklah menjaga keseimbangan hidup dunia dan juga akhirat agar mendapat
keredaan daripada Allah.
PELAJARAN 15 : JENAYAH DALAM ISLAM
1. Seluruh anggota masyarakat memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan jenayah. Bincangkan.
Objektif hukuman jenayah dalam Islam bukanlah semata-mata menghukum pelaku jenayah, bahkan bertujuan mendidik
masyarakat secara umum.
2. Berdasarkan penyataan di atas huraikan cara untuk mencapai objektif tersebut.
Sentiasa memberikan penerangan kepada masyarakat supaya mereka faham tentang hukum-hukum Islam. Kesannya
akan timbul rasa gerun di hati mereka. Kesimpulannya, kita hendaklah mendidik dan menghukum bagi sebarang
kesalahan dan maksiat yang dilakukan supaya mendapat keampunan daripada Allah.
PELAJARAN 16 : KERAJAAN UTHMANIYYAH
Muhammad al-Fatih telah berjaya membuka mata dunia mengenai peranan pemuda dalam bidang pemerintahan
negara.
Cadangkan persiapan anda untuk memberikan sumbangan kepada negara seperti tokoh tersebut.
Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan kerana ilmu adalah kunci kejayaan.
Kesannya dapat melahirkan pemimpin yang bijak dalam menguruskan negara. Kesimpulannya kita hendaklah
memperbanyak penerokaan ilmu agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
PELAJARAN 17 : KEUNGGULAN TOKOH ISLAM
Salahuddin al-Ayyubi merupakan tokoh yang memberikan sumbangan yang besar dalam usaha membebaskan Baitul
Maqdis daripada penguasaan tentera Salib.
Sebagai seorang murid, bagaimanakah anda dapat memberikan sumbangan kepada negara?
Belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan cemerlang kerana jika rakyat berilmu negara akan maju.
Kesannya akan lahir pakar dalam pelbagai bidang. Kesimpulannya kita hendaklah meningkatkan ilmu pengetahuan agar
negara disegani oleh seluruh dunia.
PELAJARAN 18 : TAWADHUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA
Sifat tawadhuk merupakan satu daripada sifat mahmudah. Berdasarkan penyataan di atas, bagaimanakah amalan sifat
tersebut boleh memberikan kesan kepada masyarakat.
Kehidupan masyarakat akan menjadi lebih harmoni kerana anggotanya tidak
bersikap sombong. Kesannya pergaduhan dalam masyarakat dapat
dielakkan. Kesimpulannya, kita hendaklah membudayakan sikap merendah diri agar Islam dipandang mulia.
PELAJARAN 19 : ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH
Peribahasa Melayu ada menyatakan : Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Bincangkan peribahasa tersebut dalam konteks anda sebagai murid.
Kejayaan hanya milik orang yang rajin kerana ia sebahagian daripada sunnah Allah di alam ini. Kesannya orang yang
bersungguh-sungguh akan berjaya. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa bermujahadah dalam menuntut ilmu agar
kejayaan menjadi milik kita.
PELAJARAN 20 : ALAM SEKITAR PENENANG JIWA
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian 14 Jun 2019 .
Berdasarkan keratan akhbar di atas, huraikan pandangan anda tentang peranan masyarakat dalam menangani situasi
tersebut daripada terus berleluasa.
Melaporkan pencemaran kepada pihak berkuasa kerana mengawal pencemaran adalah tanggungjawab bersama.
kesannya, pencemaran dapat dikawal lebih awal. kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa peka terhadap apa yang
berlaku di persekitaran kita agar hidup lebih harmoni.
PELAJARAN 21 : SIFAT MAZMUMAH MERACUNI HATI
1. Bincangkan pendapat anda tentang sifat mazmumah berdasarkan gambar di atas.
2. Sifat kasih sayang dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. Kemukakan hujah bagi menyokong penyataan
tersebut.
Hasad dengki adalah merupakan sifat tercela kerana ia boleh membawa permusuhan dalam masyarakat. Kesannya,
manusia tidak dapat hidup dengan tenteram. Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa reda dengan segala pemberian
Allah agar hidup dirahmati olehnya.
Sumber Jawapan cadangan : Saluran Youtube Ustaz Saiful Azlan
https://www.youtube.com/watch?v=WA3ODN7Cgf4&list=PLzv21-YS1cEamBez72P32FAwmJUbv0s3-
SOALAN KBAT (KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)
lalah soalan yang:
1) Mencabar MINDA untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
2) Melampaui BUKU TEKS
3) Menggunakan pelbagai RANGSANGAN MINDA (stimulus) dan bahan sokongan
CIRI-CIRI SOALAN KBAT
1) Ada STIMULUS/RANGSANGAN MINDA:
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan, dialog, petikan
akhbar dan lain-lain.
2.)TIADA KUANTITI JAWAPAN:
Bilangan jawapan yang diminta TIDAK DINYATAKAN dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu
mengemukakan 1 ISI SAHAJA untuk soalan KBAT.
3.) PERUNTUKAN markah : 4 markah
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut:
1) -Isi:1 markah
2) -Isi+Huraian Ringkas (S.U.K.A: Seperti/ Untuk/ Kerana/ Agar):2 markah
3) -lsi+Huraian Ringkas+Huraian Lengkap(contoh/ sebab/ kesan):3 markah
4) -lsi+Huraian Ringkas+Huraian Lengkap + Kesimpulan (olahan jawapan
tepat/ menarik/ tersusun/ relevan/ kreatif) : 4 markah.
Tulis jawapan menggunakan ayat lengkap di ruangan jawapan dengan jelas supaya mudah dibaca dan dinilai
oleh pemeriksa.
p/s:
-Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
- Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'poin' hanya layak mendapat 1 markah.
KESILAPAN MURID/CALON DALAM MENJAWAB SOALAN KBAT
1..Menyangka bahawa peruntukan 4 markah memerlukan 4 isi jawapan.
2..Menyalin semula stimulus dengan harapan mendapat markah.
3.. Menggunakan kata hubung yang menunjukkan pengulangan atau tambahan jawapan(isi@ huraian)seperti
DAN,JUGA,SERTA,TAMBAHAN PULA., SELAIN ITU.
4.. Menulis jawapan secara bentuk poin bukannya secara perenggan.
5.. Menulis jawapan yang tidak selari dengan kehendak soalan.