2 BIL . ISI KANDUNGAN MUKA SURA T 1 Pandu Puteri Klover 3 2 Pasukan Pandu Puteri Klover 3 3 Pentadbiran Pasukan Pandu Puteri Klover 5 4 Majlis Pandu Puteri Klover 7 5 Gambar Pakaian Seragam Pandu Puteri Klover 13 6 Pelantikan Ahli Baharu 13 7 Persetiaan, Undang-Undang, Cogan Kata, Isyarat, Hormat, Berjabat Tangan, Lambang, Bendera Dan Khidmat 14 8 Anugerah 23 9 Struktur Organisasi 24 10 Pemakaian Seragam Pandu Puteri Klover 32 11 Carta Organisasi Pemimpin Pasukan Pandu Puteri Klover, Daerah Klang, KTE Sri Istana 2023 36 12 Carta Organisasi Pandu Puteri Klover, Daerah Klang, KTE Sri Istana 2023 37 13 Program Anugerah Pandu Puteri Klover Peringkat Kebangsaan 38 Rujukan 46 Disediakan oleh: Disemak oleh: ……………………………………………. …………………………….. (SHARIFAH MAZWIN BT SYED ADAM) Penyelaras Pandu Puteri Klover KTE Sri Istana (HJH LAILIAH BT ISMAM) Penolong Kanan Kokurikulum KTE Sri Istana Disahkan oleh: ………………………………… (ZAINON BT M.YUSOF@ALI Pengetua KTE Sri Istana
3 PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN PANDU PUTERI KLOVER SELALU SEDIA - TERUS BERKHIDMAT 1. PANDU PUTERI KLOVER Dasar Program Bahagian Pandu Puteri Klover membolehkan ahli menghayati, menguasai dan mengamalkan ilmu Pandu Puteri serta menyediakan wanita muda menjadi wanita dewasa yang matang, bertanggungjawab dan berdikari untuk sentiasa berkhidmat kepada masyarakat. 1.1 Ahli Pandu Puteri Klover ialah seorang wanita muda yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun (Tingkatan 6, IPTA/IPTS, Komuniti). 1.2 Seorang bakal ahli Pandu Puteri Klover yang telah dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer hanya perlu mengikuti sebahagian daripada Prinsip Asas Pandu Puteri Klover sebelum dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Klover. 1.3 Seorang bakal ahli Pandu Puteri Klover yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri Renjer perlu mengikuti Prinsip Asas Pandu Puteri Klover sebelum dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Klover. 2. PASUKAN PANDU PUTERI KLOVER 2.1 Jumlah minimum ahli ialah lapan orang dan jumlah maksimum ialah 60 orang. 2.2 Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Klover sebaik-sebaiknya diadakan sekali setiap minggu. 2.3 Setiap Pasukan Pandu Puteri Klover melantik seorang Pengerusi sebagai saluran perhubungan antara pemimpin dengan semua ahli dalam pasukannya. 2.4 Setiap pasukan Pandu Puteri Klover IPTA/IPTS/Tingkatan 6 dipimpin oleh seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kapten dan dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang pemimpin yang dikenali sebagai Leftenan. 2.5 Setiap pasukan Pandu Puteri Klover di komuniti mempunyai seorang penasihat yang terdiri daripada seorang pemimpin dan semua jawatan lain dalam pasukan tersebut dipegang oleh ahli-ahli Pandu Puteri Klover (rujuk Struktur Organisasi: Pasukan Pandu Puteri Klover Komuniti).
4 2.6 Setiap Pasukan Pandu Puteri Klover baharu hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah serta didaftarkan secepat mungkin. Borang Pendaftaran Pasukan hendaklah dilengkapkan dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia berserta yuran pendaftarannya. Yuran pendaftaran pasukan hanya dibayar sekali sahaja. 2.7 Sijil Pendaftaran Pasukan ialah hak milik Pasukan Klover berkenaan. Jika sijil hilang, bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan sijil ganti. 2.8 Setiap Pasukan Klover dikehendaki mengemaskinikan bilangan ahlinya dan memperbaharui pendaftaran keahlian dalam talian di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (https://www.panduputeri.org.my/) sebelum 31 Mac setiap tahun. Yuran keahlian perlu dihantar ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan sebelum 31 Mac setiap tahun. 2.9 Pasukan Pandu Puteri Klover Tingkatan Enam/IPTS/IPTA/Komuniti didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama daerah, nama sekolah/institusi dan nama cawangan. 2.9.1 Pasukan Pandu Puteri Klover Tingkatan Enam didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama daerah, nama sekolah/institusi dan nama cawangan. Contoh : Pasukan Pandu Puteri Klover Keempat, Daerah Seremban, SMK King George V, Negeri Sembilan 2.9.2 Pasukan Pandu Puteri Klover di dalam komuniti didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama daerah dan nama cawangan. Contoh : Pasukan Pandu Puteri Klover Pertama, Daerah Jasin, Melaka 2.9.3 Pasukan Pandu Puteri Klover di IPTA/IPTS didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama daerah, nama institusi dan nama cawangan. Contoh : Pasukan Pandu Puteri Klover Kedua, Daerah Johor Bahru, Universiti Teknologi Malaysia, Johor 2.10 Pasukan Pandu Puteri Klover membuat sesuatu pemilihan atau keputusan secara undi sulit.
5 3. PENTADBIRAN PASUKAN PANDU PUTERI KLOVER 3.1 Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover Tingkatan 6/IPTA/IPTS 3.1.1 Pasukan Pandu Puteri Klover ditadbirkan menerusi sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover. 3.1.2 Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover terdiri daripada : ⚫ Kapten (Pemimpin) ⚫ Leftenan (Pemimpin) ⚫ Pengerusi ⚫ Naib Pengerusi ⚫ Setiausaha Kehormat ⚫ Bendahari Kehormat ⚫ Penolong Setiausaha Kehormat ⚫ Penolong Bendahari Kehormat ⚫ Ahli Jawatankuasa: o Perkembangan Peribadi dan Profesional o Cabaran dan Kegiatan Luar o Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti o Perhubungan Awam o Latihan o Perkhemahan o Sosial dan Lawatan o Khidmat o Lain-lain jika diperlukan 3.1.3 Setiap Pasukan Pandu Puteri Klover dipimpin oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Kapten dan dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan. 3.1.4 Pengerusi dan Naib Pengerusi Pasukan Pandu Puteri Klover menganggotai semua jawatankuasa sebagai ahli Ex-Officio. 3.1.5 Jawatankuasa memilih maksimum enam orang ahli Pandu Puteri Klover untuk menjadi wakil pasukan di Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Daerah. 3.2 Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover Komuniti 3.2.1 Pasukan Pandu Puteri Klover ditadbirkan menerusi sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover. 3.2.2 Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover terdiri daripada : ⚫ Penasihat (Pemimpin) ⚫ Pengerusi (ahli Pandu Puteri Klover) ⚫ Naib Pengerusi (ahli Pandu Puteri Klover)
6 ⚫ Setiausaha Kehormat ⚫ Bendahari Kehormat ⚫ Penolong Setiausaha Kehormat ⚫ Penolong Bendahari Kehormat ⚫ Ahli Jawatankuasa: o Perkembangan Peribadi dan Profesional o Cabaran dan Kegiatan Luar o Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti o Perhubungan Awam o Latihan o Perkhemahan o Sosial dan Lawatan o Khidmat o Lain-lain jika diperlukan 3.2.3 Pengerusi dan Naib Pengerusi Pasukan Pandu Puteri Klover menganggotai semua jawatankuasa sebagai ahli Ex-Officio. 3.2.4 Jawatankuasa memilih maksimum enam orang ahli Pandu Puteri Klover untuk menjadi wakil pasukan di Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Daerah. 3.3 Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover 3.3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover mesti diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun. 3.3.2 Semua aktiviti/program yang melibatkan Pasukan Pandu Puteri Klover mesti dibincangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover sebelum sebarang tindakan diambil. 3.3.3 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover mestilah dicatat dan difailkan oleh Setiausaha Kehormat. 3.3.4 Akaun Pasukan Pandu Puteri Klover mestilah difailkan oleh Bendahari Kehormat dan diaudit setiap tahun oleh pemimpin. 3.3 Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Pandu Puteri Klover 3.3.1 Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Pandu Puteri Klover hendaklah diadakan pada awal tahun/semester/sesi pertama setiap tahun. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Pandu Puteri Klover adalah seperti berikut:- ⚫ ucapan aluan pengerusi; ⚫ pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu; ⚫ pembentangan Laporan Tahunan Pasukan;
7 ⚫ pembentangan Laporan Kewangan Pasukan; ⚫ pembentangan Laporan Jawatankuasa; ⚫ pemilihan ahli jawatankuasa baharu (dijalankan secara undi sulit); ⚫ pemilihan enam orang ahli Pandu Puteri Klover daripada jawatankuasa baharu sebagai wakil Pasukan Pandu Puteri Klover untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Daerah; ⚫ perancangan kegiatan peringkat pasukan; ⚫ rumusan, cadangan atau usul; dan ⚫ ucapan penangguhan. 3.3.2 Semua ahli Pasukan Pandu Puteri Klover, Penasihat atau Kapten dan Leftenan wajib hadir bersama. 3.3.3 Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Daerah/Cawangan diundang menghadiri mesyuarat ini. 4. MAJLIS PANDU PUTERI KLOVER 4.1 Pengelolaan Majlis Pandu Puteri Klover di peringkat daerah, cawangan dan kebangsaan 4.1.1 Bahagian Pandu Puteri Klover dikelolakan menerusi Majlis Pandu Puteri Klover Daerah, Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan dan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan. 4.1.2 Ahli-ahli Pandu Puteri Klover yang mewakili pasukannya atau daerahnya atau cawangannya berpeluang untuk: ⚫ mengkaji semula Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Pandu Puteri Klover dan Program Pandu Puteri Klover; ⚫ mencadang perubahan yang relevan; ⚫ membuat keputusan bersama-sama; dan ⚫ merancang kegiatan bagi peringkat daerah, cawangan atau kebangsaan.
8 4.2 Majlis Pandu Puteri Klover Daerah 4.2.1 Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Daerah dihadiri oleh perwakilan daripada setiap Pasukan Pandu Puteri Klover di dalam daerah berkenaan. Perwakilan Pasukan Pandu Puteri Klover tersebut terdiri daripada: ⚫ Seorang pemimpin Pasukan Pandu Puteri Klover dan ⚫ Enam orang ahli Pasukan Pandu Puteri Klover dari setiap pasukan. 4.2.2 Ahli Jawatankuasa Majlis Pandu Puteri Klover Daerah berikut dipilih dalam kalangan perwakilan yang hadir: ⚫ Penasihat: Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Daerah ⚫ Pengerusi ⚫ Naib Pengerusi ⚫ Setiausaha Kehormat ⚫ Bendahari Kehormat ⚫ Penolong Setiausaha Kehormat ⚫ Penolong Bendahari Kehormat ⚫ Ahli Jawatankuasa: o Perkembangan Peribadi dan Profesional o Cabaran dan Kegiatan Luar o Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti o Perhubungan Awam o Latihan o Perkhemahan o Sosial dan Lawatan o Kebajikan o Lain-lain jika diperlukan 4.2.3 Majlis Pandu Puteri Klover Daerah mengkaji semula Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Pandu Puteri Klover serta Program Pandu Puteri Klover, menggubal dan merancang kegiatan Pandu Puteri Klover peringkat daerah dan memberi cadangan kegiatan Pandu Puteri Klover peringkat pasukan, daerah, cawangan dan kebangsaan.
9 4.2.4 Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Daerah mesti diadakan dalam bulan Februari setiap tahun 4.2.5 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Daerah adalah seperti berikut: • ucapan aluan; • pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu; • pembentangan Laporan Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Daerah; • pemilihan ahli jawatankuasa baharu Majlis Pandu Puteri Klover Daerah dijalankan secara undi sulit; • pemilihan dua orang pemimpin Pandu Puteri Klover dan sepuluh orang ahli Pandu Puteri Klover dalam kalangan Ahli Jawatankuasa baharu untuk menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan; • pengesahan Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Daerah sebagai Ketua Perwakilan Daerah ke Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan; • perancangan kegiatan peringkat pasukan; • rumusan, cadangan atau usul; dan • ucapan penangguhan. 4.3 Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan 4.3.1 Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan dihadiri oleh perwakilan Majlis Pandu Puteri Klover dari setiap daerah dalam cawangan berkenaan. Perwakilan tersebut terdiri daripada: ▪ Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Daerah sebagai ketua perwakilan; ▪ dua orang pemimpin Pandu Puteri Klover; dan ▪ sepuluh orang ahli Pandu Puteri Klover dari Majlis Pandu Puteri Klover Daerah.
10 4.3. 2 Ahli Jawatankuasa Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan berikut dipilih dalam kalangan perwakilan yang hadir: ⚫ Penasihat : Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Cawangan ⚫ Pengerusi ⚫ Naib Pengerusi ⚫ Setiausaha Kehormat ⚫ Bendahari Kehormat ⚫ Penolong Setiausaha Kehormat ⚫ Penolong Bendahari Kehormat ⚫ Ahli Jawatankuasa: o Perkembangan Peribadi dan Profesional o Cabaran dan Kegiatan Luar o Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti o Perhubungan Awam o Latihan o Perkhemahan o Sosial dan Lawatan o Kebajikan o Lain-lain jika diperlukan 4.3.2 Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Cawangan mesti diadakan dalam bulan Mac setiap tahun 4.3.3 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan adalah seperti berikut: ⚫ Ucapan aluan Pengerusi ⚫ pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu ⚫ pembentangan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan; ⚫ pemilihan ahli jawatankuasa baharu Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan dijalankan secara undi sulit.
11 ⚫ pemilihan empat orang pemimpin Pandu Puteri Klover dan sepuluh orang ahli Pandu Puteri Klover dalam kalangan Ahli Jawatankuasa baharu untuk menjadi perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan; ⚫ perwakilan cawangan ke Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsan; ⚫ Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Cawangan sebagai Ketua Perwakilan ⚫ empat pemimpin Pandu Puteri Klover; dan ⚫ sepuluh orang ahli Pandu Puteri Klover. ⚫ pengesahan Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Cawangan sebagai Ketua Perwakilan; ⚫ perancangan kegiatan Pandu Puteri Klover peringkat cawangan; ⚫ rumusan, cadangan atau usul; dan ⚫ ucapan penangguhan. 4.4 Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan 4.4.1 Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan dihadiri perwakilan Majlis Pandu Puteri Klover dari setiap cawangan. Perwakilan cawangan terdiri daripada: ⚫ Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Cawangan atau Penolong Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Cawangan sebagai ketua perwakilan ⚫ Empat orang Pemimpin Pandu Puteri Klover Cawangan ⚫ Sepuluh orang ahli Pandu Puteri Klover daripada Majlis Pandu Puteri Pandu Puteri Klover Cawangan 4.4.2 Ahli Jawatankuasa Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan berikut dipilih dalam kalangan perwakilan yang hadir: ⚫ Penasihat : Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Kebangsaan ⚫ Pengerusi ⚫ Naib Pengerusi ⚫ Setiausaha Kehormat ⚫ Bendahari Kehormat ⚫ Penolong Setiausaha Kehormat
12 ⚫ Penolong Bendahari Kehormat ⚫ Ahli Jawatankuasa o Perkembangan Peribadi dan Profesional o Cabaran dan Kegiatan Luar o Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti o Perhubungan Awam o Latihan o Perkhemahan o Sosial dan Lawatan o Khidmat o Lain-lain jika diperlukan 4.4.3 Semua Ketua Pesuruhjaya Cawangan adalah Ahli Kehormat tetapi tidak ada hak mengundi. 4.4.4 Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan merancang, mengelola dan melaksanakan semua hal-ehwal bahagian Pandu Puteri Klover. 4.4.5 Melalui Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan, perwakilan berpeluang: ⚫ mengkaji semula Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang Pandu Puteri Klover serta program Pandu Puteri Klover dan mencadangkan perubahan, pengubahsuaian dan tambahan yang relevan. ⚫ merancang kegiatan Pandu Puteri Klover bagi peringkat kebangsaan 4.4.6 Mesyuarat Agung Tahunan Majllis Pandu Puteri Klover Kebangsaan diadakan setiap tahun dalam bulan Mac (sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia) 4.4.7 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan adalah seperti berikut: ⚫ Ucapan aluan Pengerusi; ⚫ pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu; ⚫ pembentangan Laporan Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan; ⚫ pembentangan Laporan Kewangan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan; ⚫ pemilihan ahli jawatankuasa baharu Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan secara undi sulit;
13 ⚫ perancangan kegiatan Pandu Puteri Klover peringkat kebangsaan; ⚫ pemilihan tempat Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Pandu Puteri Klover Kebangsaan akan dating; ⚫ rumusan, cadangan atau usul; ⚫ penyediaan usul untuk dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; ⚫ ucapan penangguhan. 5. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KLOVER Pakaian seragam Pandu Puteri Klover ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Merujuk Girl Guides Act 1953, Revised 1991, pakaian seragam dan semua peralatan hanya boleh diperoleh dari Pusat Peralatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 5.1 Ahli baharu dibenarkan memakai blaus logo pemimpin dengan skaf maroon dan Lencana Dunia tanpa Lencana Pelantikan 5.2 Pakaian seragam lengkap dipakai oleh ahli baharu selepas dilantik. 5.3 Selepas dilantik, ahli wajib memakai pakaian seragam lengkap di: 5.3.1 setiap perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Klover 5.3.2 majlis istiadat Pandu Puteri 5.3.3 majlis rasmi Persatuan Pandu Puteri peringkat sekolah, daerah, cawangan dan kebangsaan 5.3.4 majlis rasmi anjuran pihak lain 5.4 Ahli wajib mendapat kebenaran daripada pemimpin untuk memakai pakaian lengkap apabila menghadiri acara selain daripada yang tersenarai dalam para 5.3. Nota: Sila rujuk Risalah Rasmi Pakaian Seragam Persatuan Pandu Puteri Malaysia (2020) 6. PELANTIKAN AHLI BAHARU 6.1 Istiadat pelantikan dirancang dan dijalankan oleh pemimpin berwaran untuk semua ahli baharu dan boleh diadakan serentak atau secara berperingkat sekiranya bilangan ahli baharu ramai.
14 6.2 Istiadat pelantikan Pandu Puteri Klover dijalankan dalam Formasi V. Nota: Rujuk Buku Kawad dan Istiadat Pandu Puteri Remaja dan Pandu Puteri Renjer keluaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (2018). 7 PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA, ISYARAT, HORMAT, BERJABAT TANGAN, LAMBANG, BENDERA DAN KHIDMAT 7.1 Persetiaan Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan Mematuhi Undang-undang Pandu Puteri. 7.2 Undang-Undang Pandu Puteri 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun di dalam kesulitan. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. 7.3 Cogan Kata Selalu Sedia - Terus Berkhidmat 7.4 Isyarat 7.4.1 Isyarat Pandu Puteri Tiga jari tangan kanan ditegakkan, ibu jari diletakkan menindih jari kelengkeng bermaksud yang kuat menolong yang lemah. Tangan diangkat ke paras bahu. Tiga jari melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri.
15 7.4.2 Isyarat Wisel 7.4.3 Isyarat Tangan PERGI KE SANA (Jari telunjuk menunjukkan arah) LARI (Tangan digenggam dan dihayunkan ke atas and ke bawah) atau (Tangan digenggam dan dihayunkan seperti berlari) Tiupan pendek Tiupan panjang 1. Satu tiupan pendek Jaga Sedia 2. Satu tiupan panjang Berdiam diri 3. Pendek panjang pendek panjang Amaran/ Bahaya 4. Pendek pendek pendek panjang Pendek pendek pendek panjang Ketua datang ke sini 5. Banyak tiupan pendek Semua datang cepat 6. Panjang panjang panjang Jarakkan diri dari sini 7. 5 pendek, 1 panjang 1 pendek 6 pendek Datang ke dapur Jurumasak , ,
16 MARI MASUK / MARI SINI BERHENTI / DIAM / PERHATIAN DUDUK SEMBUNYI Tangan diangkat lurus ke atas sambil dihayun tinggi ke tinggi dengan jari diluruskan dan dirapatkan kiri dan ke kanan. Tangan diangkat lurus ke atas atas Tangan diangkat separas bahu dan diayun turun TIDAK MENGAPA / KEMBALI ASAL BUAT DUA BARISAN MENGHADAP SATU SAMA LAIN BERDIRI DALAM BARISAN, KETUA DI HADAPAN SAYA Tapak tangan terbuka dan tangan dihayunkan ke hadapan muka Tangan diangkat ke hadapan pada paras siku dan tapak tangan menghadap satu sama lain Kedua-dua tangan diangkat ke paras siku dan genggam tangan menghala ke hadapan
17 BUAT DUA BARISAN TERUSKAN / PERGI JAUH LURUSKAN BARISAN Tangan lurus ke hadapan dan tapak tangan menghadap satu sama lain) (Tangan dihayunkan dan dikuak dari belakang ke hadapan) Tangan dan jari lurus ke hadapan, tapak tangan telangkup ke bawah) BENTUKKAN SEPARUH BULATAN (CARA 1) BENTUKKAN SEPARUH BULATAN (CARA 2) BENTUKKAN BULATAN MENGELILINGI SAYA Tangan lurus di sisi dan dihayunkan untuk membentuk separuh bulatan Tangan diluruskan di paras bahu dan dihayun untuk membentuk separuh bulatan Tangan lurus di sisi dan dihayunkan untuk membentuk bulatan)
18 7.5 Isyarat dan Hormat Pandu Puteri • Seorang Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. • Tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan. • Tiga jari tangan kanan ditegakkan. Ibu jari yang menindih jari kelengkeng menunjukkan yang kuat membantu yang lemah. • Tiga jari melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. 7.6 Berjabat Tangan Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Pandu Puteri menggunakan kedua-dua tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam. Cara berjabat tangan dengan tangan kiri ini berkaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika. Lord Baden Powell yang banyak berhubung dengan puak ini semasa di Kenya telah memerhatikan bahawa mereka sering memegang senjata pada tangan kanan, manakala tangan kiri memegang perisai. Sebagai tanda persahabatan, mereka melepaskan perisai dan berjabat tangan dengan tangan kiri. BENTUKKAN SATU BARISAN MENGHADAP SAYA BERSURAI Tangan mendepa dengan lurus di sisi Kedua-dua tangan terbuka bertemu di dada dan siku mengepak
19 7.7 Lambang Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada lencana Pandu Puteri Malaysia dikelilingi perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Logo tersebut dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan Ibu Pejabat. Lencana Pandu Puteri Malaysia mengandungi cantuman tiga rangkaian daun lebar dengan bintang pecah 14 di tengah serta perkataan “Pandu Puteri” di bawahnya. Cantuman tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bintang pecah 14 bererti perpaduan antara 13 buah negeri serta wilayah persekutuan di negara ini. Lencana ini disemat pada skaf ahli Pandu Puteri Klover semasa istiadat pelantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri Klover. Lencana ini juga dikenali sebagai lencana pelantikan.
20 Lencana pelantikan Pandu Puteri Klover Lencana Dunia Lencana dunia (World Badge) ialah lambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Lencana ini telah diterima dalam Persidangan Dunia yang ke-11 di Evian, Perancis dalam tahun 1946. Trefoil emas yang berlatar belakang biru mewakili matahari yang menyinari seluruh kanak-kanak di dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Tiga bentuk daun bercabang melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Tangkai di bawah daun melambangkan kasih sayang manusia sejagat. Jarum yang menghala atas di tengah daun itu menunjukkan arah. Dua bintang di sebelah kiri dan kanan melambangkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini.
21 Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Trefoil telah menjadi simbol penting Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) lebih daripada100 tahun. Walaupun reka cipta logo ini telah dikemaskinikan berulang kali, trefoil kekal menjadi ciri utama logo WAGGGS. Versi trefoil yang direka cipta pada tahun 1991 masih ada, tetapi elemen-elemen di sekitarnya telah diperbaharui. Logo WAGGGS terserlah, terang dan penggunaannya disesuaikan dengan pelbagai khalayak. 7.8 Bendera 7.8.1 Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia Latar keseluruhan bendera ini berwarna biru dan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia berada di tengah-tengahnya. Bendera ini dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, cawangan, daerah ataupun sekolah.
22 7.8.2 Bendera Dunia Bendera ini ialah bendera rasmi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Penggunaannya diluluskan pada 1930 di Persidangan Dunia keenam yang diadakan pada tahun tersebut. Pada bulan Mac 1991, di mesyuarat kali ke 80, selepas upacara perasmian Pax Lodge, jawatankuasa Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia telah menerima bahawa Pergerakan Pandu Puteri ialah satu organisasi yang dinamis dan mencerminkan keperluan zaman moden. Tiga blok atau petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengkap Puteri terhadap keamanan. 7.8.3 Bendera Malaysia 7.8.4. Bendera Negeri Sendiri 7.8.5. Bendera semua negeri di Malaysia 7.9 Khidmat Pandu Puteri Klover memberi khidmat sekurang-kurangnya sekali sehari.
23 8. ANUGERAH Program Pandu Puteri Klover menawarkan 2 anugerah untuk ahlinya iaitu Anugerah Pandu Puteri Klover dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Prasyarat I. Calon telah dilantik sebagai Pandu Puteri Klover II. Calon menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian. III. Calon mengisi borang permohonan apabila dikeluarkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan menghantar borang berkenaan ke ibu pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia melalui Ketua Pesuruhjaya Cawangan. 8.1 Anugerah Pandu Puteri Klover Anugerah Pandu Puteri Klover diperkenalkan dalam tahun 2020 sebagai satu galakan kepada ahli Pandu Puteri Klover yang berpotensi disamping untuk mengukuhkan iltizam dalam pandu puteri. Anugerah Pandu Puteri Klover disampaikan di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pandu Puteri Klover Peringkat Kebangsaan. 8.1.1 Kriteria Anugerah Pandu Puteri Klover Seorang ahli Pandu Puteri Klover layak memperoleh Anugerah Pandu Puteri Klover dengan melaksanakan satu aktiviti dari setiap kluster yang terdapat dalam 3 lambang yang disediakan. Nota: Rujuk Jurnal Progresif Pandu Puteri Klover 8.1.2 Penglibatan Aktiviti Kebangsaan dan Antarabangsa Ahli Pandu Puteri Klover juga perlu mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti daerah, cawangan, kebangsaan atau antarabangsa semasa berada dalam pasukan Pandu Puteri Ranjer atau Klover.
24 9. Struktur Organisasi 9.1 Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover (Ipt/Sekolah-Tingkatan 6) Contoh : Pasukan Pandu Puteri Klover Keempat, Daerah Seremban, SMK King George V, Negeri Sembilan Pengerusi dan Naib Pengerusi merupakan ahli Ex-officio dalam semua jawatankuasa Leftenan (Pemimpin) Pengerusi (PP Klover) Naib Pengerusi (PP Klover) Setiausaha (PP Klover) Penolong Setiausaha (PP Klover) Bendahari (PP Klover) Penolong Bendahari (PP Klover) Ahli Jawatankuasa • Perkembangan Peribadi dan Profesional • Cabaran dan Kegiatan Luar • Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti • Perhubungan awam • Latihan • Perkhemahan • Sosial dan Lawatan • Khidmat Ahli-ahli Pandu Puteri Klover Kapten (Pemimpin)
25 9.2 Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Klover (Komuniti) Contoh : Pasukan Pandu Puteri Klover Kelapan, Daerah Jasin, Melaka Pengerusi dan Naib Pengerusi merupakan ahli Ex-officio dalam semua jawatankuasa Pengerusi (PP Klover) Naib Pengerusi (PP Klover) Setiausaha (PP Klover) Penolong Setiausaha (PP Klover) Bendahari (PP Klover) Penolong Bendahari (PP Klover) Ahli Jawatankuasa ⚫ Perkembangan Peribadi dan Profesional ⚫ Cabaran dan Kegiatan Luar ⚫ Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti ⚫ Perhubungan awam ⚫ Latihan ⚫ Perkhemahan ⚫ Sosial dan Lawatan ⚫ Khidmat ⚫ Lain-lain jika diperlukan PJ Klover Daerah (Penasihat)
26 9.3 Majlis Pandu Puteri Klover Daerah (MPPKD) Pengerusi dan Naib Pengerusi merupakan ahli Ex-officio dalam semua jawatankuasa Pengerusi (PP Klover) Naib Pengerusi (PP Klover) Setiausaha (PP Klover) Penolong Setiausaha (PP Klover) Bendahari (PP Klover) Penolong Bendahari (PP Klover) Ahli Jawatankuasa terdiri daripada perwakilan Pasukan Pandu Puteri Klover dari pasukan PP Klover di dalam daerah berkenaan. ⚫ Perkembangan Peribadi dan Profesional ⚫ Cabaran dan Kegiatan Luar ⚫ Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti ⚫ Perhubungan awam ⚫ Latihan ⚫ Perkhemahan ⚫ Sosial dan Lawatan ⚫ Khidmat ⚫ Lain-lain jika diperlukan PJ Klover Daerah (Penasihat)
27 9.4 Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan (MPPKC) Pengerusi dan Naib Pengerusi merupakan ahli Ex-officio dalam semua jawatankuasa Pengerusi (PP Klover) Naib Pengerusi (PP Klover) Setiausaha (PP Klover) Penolong Setiausaha (PP Klover) Bendahari (PP Klover) Penolong Bendahari (PP Klover) Ahli Jawatankuasa terdiri daripada perwakilan Majlis Pandu Puteri Klover dari semua daerah di dalam cawangan. ⚫ Perkembangan Peribadi dan Profesional ⚫ Cabaran dan Kegiatan Luar ⚫ Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti ⚫ Perhubungan awam ⚫ Latihan ⚫ Perkhemahan ⚫ Sosial dan Lawatan ⚫ Khidmat ⚫ Lain-lain jika diperlukan PJ Klover Cawangan
28 9.5 Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan (MPPKK) Pengerusi dan Naib Pengerusi merupakan ahli Ex-officio dalam semua jawatankuasa Pengerusi (PP Klover) Naib Pengerusi (PP Klover) Setiausaha (PP Klover) Penolong Setiausaha (PP Klover) Bendahari (PP Klover) Penolong Bendahari (PP Klover) Ahli Jawatankuasa terdiri daripada perwakilan Majlis Pandu Puteri Klover dari semua cawangan. • Perkembangan Peribadi dan Profesional • Cabaran dan Kegiatan Luar • Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti • Perhubungan awam • Latihan • Perkhemahan • Sosial dan Lawatan • Khidmat • Lain-lain jika diperlukan PJ Klover Kebangsaan (P iht)
29 9.6 Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Daerah (MPPKD) dijalankan di setiap daerah Wakil Pasukan PPK (A) 1 pemimpin PPK (A) 6 PP Klover Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Daerah Majlis Pandu Puteri Klover Daerah Pemilihan / Pelantikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan Pemilihan Perwakilan Wakil Pasukan PPK (B) 1 pemimpin PPK (B) 6 PP Klover Wakil Pasukan PPK (C) 1 pemimpin PPK (C) 6 PP Klover Wakil Pasukan PPK (D) 1 pemimpin PPK (D) 6 PP Klover 1 PJ PPKD 4 Pemimpin PP Klover 10 PP KLover
30 9.7 Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan (MPPKC) dijalankan di setiap cawangan CONTOH: Wakil MPPKD (A) PJ PPK Daerah (A) 4 pemimpin PPK 10 PP Klover Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan Majlis Pandu Puteri Klover Cawangan Pemilihan / pelantikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan Pemilihan Perwakilan Wakil MPPKD (B) PJ PPR Daerah (B) 4 pemimpin PPK 10 PP Klover Wakil MPPKD (C) PJ PPR Daerah (C) 4 pemimpin PPK 10 PP Klover Wakil MPPKD (D) PJ PPK Daerah (D) 4 pemimpin PPK 10 PP Klover 1 PJ PPKC 4 Pemimpin PPK 10 PP Klover
31 9.8 Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan (MPPKK) CONTOH: Wakil MPPKC (A) PJ PPK Cawangan (A) 4 pemimpin PPK 10 PP Klover Wakil MPPKC (D) PJ PPK Cawangan (D) 4 pemimpin PPK 10 PP Klover Wakil MPPKC (B) PJ PPK Cawangan (B) 4 pemimpin PPK 10 PP Klover Wakil MPPKC (C) PJ PPK Cawangan (C) 4 pemimpin PPK 10 PP Klover Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan Pemilihan Perwakilan Anugerah Pandu Puteri Klover akan disampaikan di Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan
32 10 Pemakaian Seragam Pandu Puteri Klover
33
34
35
36 11 Carta Organisasi Pemimpin Pasukan Pandu Puteri Klover, Daerah Klang, KTE Sri Istana 2023 Penolong Penyelaras Pn.NorJamilatun bt Alang Raus Biro ICT/Pendaftaran Ahli Baru Pn.Rosniza bt Karim Pn.Nor Syazaliana bt Abd Samat Perkembangan Peribadi Kluster 1 Pn.Cecilia a/p Masalamoney Pn.Pramala a/p Arumugam Biro Kehadiran Pn.Yap Kam Moey Dr Kan Phaik Im Semua Pemimpin Kemahiran Pembelajaran Sepanjang hayat Kluster 2 Pn.Muthamilarasy a/p Sinnan Cik Azila bt. Mat Hasan Rekreasi Kluster 1 Pn.Noorobiaini bt Nazri Pn.Malani a/p Kalliapan Cabaran Esktrem Kluster 2 Pn.Particia Mary a/p Francis Pn.Saradha a/p Nanchan@Nanchappan Psikik Kluster 3 Pn.Norhaida bt Yahya Pn.Chandrika Menon a/p G.Balakrishna Menon Penyelaras Pn.Sharifah Mazwin bt Syed Adam Perkembangan Professional Kluster 3 Pn.Nor Salwati bt Omar Pn.Suraya bt. Md Saad Perkembangan Peribadi dan Profesional Kegiatan luar Dan Cabaran Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti Khidmat Komuniti Kluster 1 Pn.Rosniza bt Karim Pn.Nor Syazaliana bt Abd Samat Dunia Kita Kluster 2 Pn.NorJamilatun bt Alang Raus Pn.Sharifah Mazwin bt Syed Adam Penyokong Isu Kluster 2 Dr Kan Phaik Im Pn.Yap Kam Moey Pertandingan Pandu Puteri Klover Peringkat Negeri Selangor Semua JK (Pemimpin)
37 12 Carta Organisasi Pandu Puteri Klover, Daerah Klang, KTE Sri Istana 2023 Naib Pengerusi Anisa Amani Bt Noorazri Setiausaha See Jin Wen Naib Setiausaha Locchana Velumani Bendahari Lim Jia Ying Wan Yong Jing Yap Chien Thong Ong Pei Wen Pengerusi Siti Muzlina Naib Bendahari Puteri Wilma Theseira Ahli Jawatankuasa Intan Nur Syamira bt. Shuharmizi Alycia Lesline Tipah Anak Empati
38 13 Program Anugerah Pandu Puteri Klover Peringkat Kebangsaan PERKARA TINGKATAN / SEMESTER TARIKH LULUS NAMA DAN TANDA TANGAN PENGUJI Ahli baharu yang belum pernah menjadi Pandu Puteri Renjer perlu lulus Prinsip Asas Pandu Puteri Klover seperti yang berikut: 1.0 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI KLOVER Seorang ahli Pandu Puteri Klover hendaklah: 1.1 mengetahui, menghayati dan mengamalkan: • Persetiaan; • Undang-undang; • Cogan kata; • Isyarat dan Hormat; • Isyarat Wisel dan Isyarat Tangan; dan • Berjabat Tangan. 1.2 mengetahui dan memahami: • logo, lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan • logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia dan Bendera Dunia. 1.3 mengenal struktur organisasi pasukan sendiri, Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat daerah, cawangan dan kebangsaan;
39 1.4 menyertai sesi WAGGGS Leadership Mindset dan menghasilkan laporan ringkas serta memperoleh sijil. Pelantikan Sebagai Pandu Puteri Klover • Ahli yang telah menyempurnakan syarat 1.1 hingga 1.4 akan dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Klover. • Ahli yang telah dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Remaja atau ahli Pandu Puteri Renjer perlu menyempurnakan syarat 1.4 sahaja untuk dilantik sebagai ahli Pandu Puteri Klover. 2.0 Anugerah Pandu Puteri Klover Seorang ahli Pandu Puteri Klover layak memperoleh Anugerah Pandu Puteri Klover dengan melaksanakan perkara yang berikut:
40 2.1 memperoleh Lambang Kolektif Perkembangan Peribadi dan Profesional (Personal and Professional Development) dengan memilih satu aktiviti daripada setiap satu kluster di bawah: Kluster 1: Perkembangan Peribadi Personal Development 1. Ujian Personaliti/Keperibadian Personality Test 2. Sesi “Saya Juga” Me-too Session 3. Dandanan Peribadi Personal Grooming 4. Aksi Keyakinan Tubuh/Bebas Menjadi Diri Sendiri Action on Body Confidence/ Free Being Me 5. Kelab Buku Book Club
41 Kluster 2: Pembelajaran Kemahiran Sepanjang Hayat Lifelong Learning Skills 1. Kesihatan dan Kesejahteraan Hidup Health and Wellbeing 2. Kemahiran Berkomunikasi Communication Skills 3. Kemahiran Kemandirian Survival Skills 4. Kemahiran Hidup Living Skills 5. Hobi dan Minat Hobbies and Interests 6. Literasi Kewangan Financial Literacy 7. Keusahawanan Entrepreneurship
42 Kluster 3: Perkembangan Profesional Professional Development 1. Penilaian Kerjaya Career Assessment 2. Aktiviti Berkongsi Ringkasan Maklumat Diri/ Vitae Kurikulum Resume/ CV Exchange 3. Mentor-mentee Mentor-Mentee 4. Sesi Temu Bual Interview 5. Breaking the Glass Ceiling 6. Luaskan Jaringanmu Expand Your Network 7. Ketahui Hak Anda Know Your Rights 8. Menilai Keseimbangan Hidup Berkerjaya Evaluate Your Work-life Balance
43 2.2 2.3 memperoleh Lambang Kolektif Kegiatan Luar dan Cabaran (Outdoor and Adventure) dengan memilih satu aktiviti daripada setiap kluster di bawah: Kluster 1: Rekreasi 1. Expedisi Expedition 2. Sukan Sports 3. Groove Kluster 2: Cabaran Ekstrem Extreme Adventure 1. Sukan Air Water Sports 2. Aktiviti Beroda Wheelie Activities 3. Haluan Berhalangan Obstacle Course 4. Sukan Ekstrem Extreme Sports Kluster 3: Psikik Psychic 1. Terapi Kendiri Inner-Self Therapy 2. Ekspresi Kendiri Kreatif Creative Self Expression 3. Penjagaan Kendiri Self-Care memperoleh Lambang Kolektif Kewarganegaraan Aktif dan Komuniti (Active Citizenship and Community) dengan memilih satu aktiviti daripada setiap kluster di bawah:
44 Kluster 1: Khidmat Komuniti Community Service 1. Think Outside the Trash! 2. Negara Penderma Donation Nation 3. Pastikan Bersih Clean Up 4. Masa Muda Cemerlang Towards a better Youth 5. Larian Amal Run for Charity 6. #SokonganSetempat #SapotLokal Kluster 2: Dunia Kita (Our World) 1. Setiap Titik Bernilai Every Drop Counts! 2. Menanam untuk Planet Plant for the Planet 3. Katakan TIDAK pada PLASTIK! Say NO to Plastic! 4. Waktu Bumi Earth Hour 5. Fesyen Hijau Green Fashion 6. Jom Bantu Haiwan A Cause for Paws 7. Barang Buangan kepada Tunai Junk to Cash 8. Lencana YUNGA YUNGA Badge Kluster 3: Penyokong Isu (Advocate for Issues) 1. Bual Bicara Mini tentang SDG Mini TedTalk on The SDGs 2. Bersuara Melalui Seni Speak Up Through Art 3. Mai Sokong! Let’s Advocate!
45 2.4 menyertai sekurang-kurangnya satu acara anjuran Pandu Puteri peringkat daerah, cawangan, kebangsaan atau antarabangsa sebagai ahli Pandu Puteri Renjer atau ahli Pandu Puteri Klover. Ahli Pandu Puteri Klover yang telah menyempurnakan syarat 2.1 hingga 2.4 layak menerima Anugerah Pandu Puteri Klover dalam Mesyuarat Agung Majlis Pandu Puteri Klover Kebangsaan.
46 Rujukan https://www.panduputeri.org.my/sections-klover http://mjkpppm.blogspot.com/p/muat-turun.html