The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azz_diey, 2021-09-13 00:32:15

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG-pdf

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG-pdf

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 5(1)
JALAN P5A/5, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA

MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN AKADEMIK

SPM 2020 DAN STPM
2019/2020

PERINGKAT

SMK PUTRAJAYA PRESINT 5(1)

TARIKH DAN HARI
25 SEPTEMBER 2021 (SABTU)
PELANTAR
STREMYARD YOUTUBE CHANEL
SMK PUTRAJAYA PRESINT
PERASMI
PUAN HAJAH FARIZAH BINTI HAJI AHMAD
PENGARAH JPWPP

TENTATIF

9:30 pagi Bacaan doa -Muhammad Zaid Umar Ab Aziz 6UPM1

9:38 pagi Ucapan alu-aluan
Puan Thalsiah binti Mohd Salleh@Hassan
Pengetua SMKPP5(1)

9:45 pagi Ucapan perasmian
Puan Hajah Farizah Binti Haji Ahmad
Pengarah JPWPP

9:57 pagi Penyampaian e-sijil kepada murid cemerlang SPM 2020

10:13 pagi Tayangan rakaman ucapan murid cemerlang 9A SPM 2020
10:22 pagi Persembahan Montaj SPM
10:26 pagi Penyampaian e-sijil kepada Pelajar cemerlang Band 4 dan Band 5
10:30 pagi MUET 2020
10:33 pagi Tayangan rakaman ucapan Pelajar cemerlang MUET 2020
10:40 pagi Penyampaian e-sijil kepada pelajar cemerlang STPM 2019/2020
Tayangan rakaman ucapan Pelajar cemerlang
-Pelajar STPM Aliran Kemanusiaan
-Pelajar STPM Aliran Sains

10:54 pagi Persembahan Pelajar Tingkatan 6
Lagu ‘Kasihnya Ibu’ dan ‘I believe I Can Fly’

11:06 pagi Penyampaian e-sijil kepada guru - Panitia Cemerlang SPM 2020
11:21 pagi Penyampaian e-sijil kepada guru – Panitia Cemerlang STPM
2019/2020
11:30 pagi
Penyampaian e-si2jil k2epada Tokoh murid SMK PP5(1)

11:40 pagi Persembahan Montaj STPM

12:00 tengah Majlis bersurai 2
hari

Teks Ucapan Perasmi

3

TEKS UCAPAN PERASMI
PUAN HAJAH FARIZAH BINTI HAJI AHMAD

PENGARAH JPWPP

Syukur alhamdulillah, saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak
terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat kita
bertemu dalam majlis yang amat bermakna ini. Saya berasa gembira melihat
semangat, kerjasama dan iltizam yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam
melibatkan diri secara bersungguh-sungguh bagi menjayakan majlis ini lebih-
lebih lagi apabila majlis ini diadakan secara dalam talian. Terima kasih dan
tahniah kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion perguruan
sehingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti pada hari ini.
Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma
menjana modal insan yang terbilang

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah

berjaya dalam peperiksaan SPM dan STPM yang telah diumumkan sebelum ini.
Saya dimaklumkan seramai 29 orang pelajar telah mendapat sekurang-
kurangnya 4A sehinggalah 9A bagi peperiksaan SPM yang lalu. Manakala bagi
peperiksaan STPM pula, seramai 26 orang pelajar telah mendapat PNGK 3.00
– 4.00.

Gred purata keseluruhan bagi peperiksaan SPM sekolah ini juga telah

bertambah baik daripada 4.37 pada tahun 2019 kepada 4.12 pada tahun 2020.

Begitu juga dengan Gred purata bagi peperiksaan STPM yang juga telah

meningkat daripada 2.17 pada tahun 2019 kepada 2.55 pada tahun 2020.

Tahniah saya ucapkan dengan peningkatan ini. Walaupun kita berada dalam

situasi pandemik, namun usaha guru-guru dan semua pelajar akhirnya telah

membuahkan hasil. 3

Namun begitu, kepada pelajar yang kurang berjaya, teruskan usaha dan

jangan berputus asa kerana perjalanan masih panjang untuk diteruskan.

Rebutlah peluang yang ada di sekeliling kita, baik dalam bidang akademik

mahupun bidang kemahiran.

4

Berusahalah dengan lebih gigih berbekalkan ilmu yang telah dicurahkan oleh
guru-guru untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama
sekolah.

Sebenarnya, kejayaan pelajar tidak akan dapat dicapai tanpa usaha dan
komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan yang
paling utama usaha pelajar itu sendiri. Selain guru diumpamakan lilin yang
membakar diri, ibu bapa juga perlu mencorakkan masa depan anak-anak
mereka. Malah tuan-tuan dan puan-puan, bagi saya faktor yang paling utama
kejayaan adalah terletak pada diri pelajar itu sendiri agar mempunyai motivasi
yang tinggi untuk mencapai kejayaan.Peranan PIBG juga tidak dapat dinafikan
dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai
bidang akademik, kokurikulum, pembangunan fizikal dan pembentukan modal
insan.

Ibu bapa haruslah peka dan membantu kepimpinan PIBG supaya dapat
mewujudkan satu pasukan yang mantap untuk menghadapi cabaran era
globalisasi ini. Dengan adanya kerjasama yang mantap ini, saya yakin SMK
Putrajaya Presint 5(1) akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan
negara yang memiliki semangat perpaduan dan semangat kesukanan,
mencakupi pelbagai rutin kehidupan dan berketrampilan dalam pelbagai
bidang.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah
menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar serta guru-guru yang
menerima anugerah Kecemerlangan pada hari ini. Jutaan terima kasih juga
saya ucapkan kepada puan pengetua kerana telah berjaya menerajui sekolah
ini sehingga melahirkan banyak kejayaan yang telah dan akan dikecapi.
Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan

dalam semua bidang yang sedan5g dan yang akan diceburi.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan MAJLIS

ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2020 DAN STPM

2019/2020 SMK Putrajaya Presint 5(1). 5

Teks Ucapan Pengetua

5
6

TEKS UCAPAN PENGETUA
PUAN THALSIAH BINTI MOHD SALLEH @ HASSSAN

PENGETUA SMK PP5(1)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan syukur dirafakkan ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul dalam Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik yang julung kali diadakan secara maya ini.
Walaupun dalam suasana yang berbeza, namun majlis yang menjadi acara
tahunan sekolah ini tetap diteruskan dan dianggap amat penting sebagai tanda
pengiktirafan pihak sekolah atas kejayaan dan pencapaian cemerlang para
pelajar dan para guru dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2020 dan STPM sesi
2019/2020.

Saya sebagai tuan rumah dengan ini ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan puan pada hari ini. Saya amat
yakin dan percaya bahawa sokongan seumpama ini akan meningkatkan lagi
semangat warga sekolah untuk terus melakar kejayaan yang lebih
membanggakan bukan sahaja di peringkat Putrajaya bahkan di peringkat
kebangsaan dan tidak mustahil di peringkat dunia.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hajah
Farizah binti Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Putrajaya kerana sudi menghadirkan diri dan seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2020 dan STPM 2019/2020 SMK
Putrajaya Presint 5(1).

Kehadiran beliau pada hari ini pastinya mampu menyuntik semangat kepada

warga sekolah terutama para guru dalam merealisasikan visi dan misi sekolah

SMK Putrajaya Presint 5(1). 7

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ini juga saya tujukan kepada YDP

PIBG SMK Putrajaya Presint 5(1), Tuan Kamarudin bin Abdul Rani kerana sudi

meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada hari ini.

7

Tidak boleh dinafikan bahawa PIBG merupakan satu persatuan yang memainkan
peranan penting dalam memastikan kejayaan sesebuah sekolah. Kehadiran beliau
pada hari ini menggambarkan kerjasama dan hubungan yang erat antara pihak
sekolah dengan PIBG.

Selain itu, ucapan terima kasih ini juga dirakamkan kepada Ahli
Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2020 dan STPM
2019/2020 SMK Putrajaya Presint 5(1) kerana telah berusaha dengan sedaya
upaya dalam memastikan majlis pada hari ini terlaksana seperti yang dirancang.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik merupakan majlis tahunan sekolah
yang diadakan dengan tujuan mengiktiraf usaha para pelajar dan para guru dalam
mencapai kecemerlangan terutama dalam bidang akademik. Selain pelajar dan
guru, ibu bapa atau penjaga juga turut diraikan kerana sudah terang lagi bersuluh
bahawa ibu bapa atau penjaga merupakan guru pertama pelajar sebelum
menjejakkan kaki ke sekolah.

Dunia pendidikan pada hari ini mengalami gelombang perubahan yang sangat
ketara. Akibat pendamik covid-19 yang melanda dunia sejak kebelakang ini, maka
institusi pendidikan sebagai sebuah alma mater yang bertanggungjawab dalam
memastikan agenda negara untuk melahirkan generasi pewaris bangsa menguasai
ilmu glokal dan global telah menghadapi cabaran yang amat besar. Namun
begitu, kekangan ini tidak menjadi batu penghalang kepada pihak sekolah terutama
para guru untuk terus mengatur strategi seiring dengan asprasi Kementerian
Pendidikan Negara selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara
Malaysia 2013-2025. Melalui perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi,
pengajaran dan pembelajaran telah dapat dilaksanakan dengan beberapa
pengubahsuaian sebagaimana yang dikehendaki oleh KPM.

Dalam waktu yang sama, peranan ibu bapa atau penjaga dilihat sangat

dominan dalam memastikan anak-anak pewaris bangsa ini mendapat pendidikan

yang lengkap sesuai dengan keperluan semasa. 8

Ibu bapa atau penjaga bagi calon SPM 2020 dan STPM 2019/2020 telah
melakukan pengorbanan yang sangat besar bukan sahaja dari aspek wang
ringgit untuk membeli gajet bagi membolehkan anak-anak mereka dapat
mengakses sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan, malah ibu
bapa perlu menjadi guru dan pemantau kepada anak-anak. Tahniah dan syabas
saya ucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini.
Hadirin dan para pelajar yang diraikan,

Dengan segala usaha yang saya sebutkan tadi maka pada tahun 2020, SMK
Putrajaya Presint 5(1) telah berjaya melakar kejayaan yang gemilang. Keputusan
peperiksaan SPM dan STPM yang diumumkan pada tahun ini telah menunjukkan
peningkatan yang membanggakan. Hal ini dapat dilihat dalam aspek
perbandingan pencapaian keputusan bagi tahun 2019 dengan tahun 2020. Gred
Purata Sekolah (GPS) bagi Peperiksaan SPM pada tahun 2020 telah meningkat
iaitu daripada 4.37 kepada 4.12. Begitu juga dengan peperiksaan STPM yang
menunjukkan peningkatan daripada 2.17 kepada 2.55.

Jumlah gred A juga telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan
apabila seramai 25 orang pelajar mendapat 4A hingga 8A dan 4 orang
mendapat 9A. Di peringkat STPM pula, seramai 26 orang mendapat Purata
Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) antara 3.00 hingga 4.00 dan 28 orang pelajar
mendapat band 4 dan seorang band 5 dalam peperiksaan MUET.

Hadirin dan para pelajar yang diraikan,

Kejayaan yang dicapai oleh anak-anak pelajar ini hanyalah sebagai permulaan
dalam perjuangan hidup mereka. Perjalanan untuk menjadi seorang
warganegara yang berguna kepada bangsa dan negara masih jauh.

Masih terlalu banyak ranjau yang harus ditempuhi sebelum mencapai matlamat

kehidupan yang sebenar. Den1g1an kejayaan hasil usaha yang ditunjukkan pada

hari ini, saya amat yakin bahawa anak-anak yang berada di hadapan saya ini
bakal menjadi seseorang yang mampu membanggakan ibu bapa, agama,
bangsa, dan negara.

9

Segala kejayaan ini bukan hanya terhasil daripada keringat para guru tetapi
juga hasil semangat para pelajar yang tidak pernah luntur untuk terus bangkit
menyahut cabaran sehingga mereka mampu mencapai kecemerlangan ini.
Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, sekali lagi saya mengambil
peluang ini saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang diraikan
dan warga kerja SMK Putrajaya Presint 5(1) kerana berjaya mengelolakan majlis
ini. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa, mudah-mudahan Allah S.W.T
melindungi dan memelihara kita.
Sekian sahaja ucapan saya, wabilahi taufiq wal hidayah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

10

Teks Bacaan Doa

10

ِ‫بِ ْس ِِم اللِِ ال َّر ْح َم ِِن ال َّر ِح ْي‬
‫ َوال َعا ِقبَة ِل ْلمتَّ ِق ْي َِن َوال َّصلاَة ُ َوال َّسِلاَمِ َع َلى َس ِي ِدنَا م َح َّمِد َوِ َعلَى آ ِل ِِه‬, ِ‫اَ ْل َح ْمدِ للِِ َر ِبِ العَا َل ِم ْي َن‬

ِ‫َوأَ ْص َحا ِب ِِه أَ ْج َم ِع ْي َن‬

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk

mengadakan dan berada dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2020 dan STPM 2019/2020

SMK Putrajaya Presint 5(1)

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid

Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan
rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini
mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang
telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang
bertuah ini .

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar
Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada
dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih
bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar
Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada
dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih
bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

12

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada
hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam
erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha
dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam
bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami
memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah
ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya
mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk
mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

ِ‫اللَّه َِّم ا ْجعَ ْلِ َخ ْي َرِ أَ ْع َما ِرنَا َءا ِخرهِ َو َخ ْي َِر أَ ْع َما ِلنَا َِخََوا ِِم ِه َو َخ ْي َرِ أ َّيا ِم َنا يََْو َِم أ ْل َقا َِك فِِ ْي ِه‬
‫ال َّله َّمِ ا ْغ ِف ْر َلنَا ذنَْوبَنَا َول ِإ ْخََوا ِننَا ا َّل ِذ ْي َِن َس َبِقَْونَا بِال ِإ ْي َما ِِن َو ِلَ َِ ْجعَ ْلِ ِف ْيِ قـلَْوِِبنَا ِغلاِا ِل َّل ِذ ْي َنِ َءا َمنَْوا‬

ِ‫َربَّنَاإ َنّ َِك َرء ْوفِ َر ِح ْيم‬
ُِِ ‫َر َّبنَا َءاِِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َسنَة ُِ َو ِفي الأ ِخ َر ِِة َح َس َنة ُِ َوقِنَا َعذَا َبِ ال َنّار‬
ِ‫ َوا ْل َح ْمدلِ َِّلِِ َر ِبِ العَالَ ِم ْي َن‬، ِ‫َو َص ّلَى الِل َعلَى م َح َّمدِ َو َعلَى َءا ِل ِِه َو َص ْح ِب ِِه َو َس ِّلَ َم‬

13

Anugerah Kecemerlangan
Murid SPM

15
14

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
SPM 2020

NAMA MURID BIL A
MUHAMMAD HARITH IZHAM 4A
JULIA HARYANI BINTI MOHD KHAIRUL 4A
ALYA SOFYEA BINTI MOHD SALEHUDDIN 4A
MUNIRAH NAJIHA BINTI SALAUDIN 4A
MUHAMMAD ZAQUAN BIN MOHD ZAIDI 4A
NUR SYAZA DANIA BINTI MOHAMAD SHAHARI 4A
NUR SYAZANA BINTI SHAHRIL 4A
AINNUR HADIRAH BINTI KHAIRUL ANUAR 4A
NUR AFREEN JUNAIDAH BINTI NOORUL 4A
AMEEN MOHAMED ELIYAS
MUHAMMAD ISMA DANIAL BIN ZULKARNAIN 5A
NUREEN DIANA BINTI ROZAIDI 5A
NISA FATINI BINTI AZRI 5A
NUR ZAKIRAH BINTI IBRAHIM 5A
NURUL AIN BINTI AHMAD ABDUL HADI 5A

15

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
SPM 2020

NAMA MURID BIL A
NURDINIE LILY QISTINA BINTI CHE AZMIN 6A
MIRZA NABILA BINTI NAZIF 6A
NURSYAMIMI HUSNA BINTI MD HUSNI 6A
MUHAMMAD SYAFIQ BIN AHMAD ROSLEE 6A
NUR SALSABILA BATRISYIA BINTI MOHD IZANEE 6A
NUR ADILYA IZZATI BINTI MOHD SOFI
ADAWIYA NUR BINTI SUHAIMI 2A+ 2A 2A-
NUR ALIYAH NATASYA BINTI NORHAN 6A
NUR AIN BINTI SHAIFUL BAHAR 7A
NUR AIN SYAHIRAH BINTI RADZI 8A
INTAN NURFARHANA BINTI MOHAMMAD YADZNI
SITI KHALEEDA BINTI HUDAIRI 1A+ 5A 2A-
8A
QAISARA ADURRAH BINTI SHA1M7SUL HIZAL
3A+5A 1A
FATIHAH SORAYA BINTI SOFIAN 9A
NUR ALIA BINTI AZUHAIZAT
6A+ 3A
SPM 9A

16

Anugerah Kecemerlangan
Murid STPM

17

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
STPM 2019/2020

NAMA PELAJAR PNGK 18
SITI AISYAH BINTI MOHD RADZI 3.00
AMALIA ADLINA BINTI AHMAD ASRI 3.00
SITI AINUN BINTI ABD AZIZ 3.00
SAKHIYYAH BINTI MOHD REZUAN 3.00
MUHAMMAD YASSIN AIDID BIN MOHAMED YUSOF 3.08
SHAHRUL DANISH SHARIF BIN SHARIM 3.08
MUHAMMAD AIDIL HAKIMI BIN SHAIFUL FARIZAL 3.08
NURUL IZZAH BINTI BADRISHAH 3.08
NUR FATIHAH SAADIAH BINTI MOHD RASLI 3.08
NUR SHAZWIENA BINTI SHAHZAN 3.09
AHMAD IQWAN BIN AHMAD NAJMUDDIN 3.09
PAVANISVARAAN A/L AMARENDRAN 3.17
AISYAH BINTI MUHAMAD RAHIM 3.17
NURUL AQILAH BINTI AB RAZAK 3.25
NUR NAJWA BINTI AHMAD BADRI SHAH 3.25

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
STPM 2019/2020

NAMA PELAJAR PNGK
NUR HAYANI BINTI MOHD SHUKRI 3.33
AMYRA SUFIYA BINTI ABDUL KARIM 3.34

AINUR ELIDA IRDINA BINTI MAT ZAHARI 3.42
3.42
NUR FITRAH BINTI NAWAWI 3.42
YASMIN NAZIHAH BINTI ROHAIDZAT 3.50
3.58
NUR FATIHAH BINTI MOHD ZAKREY 3.67
NUR FATIHAH ABU SAMAH 3.67
NURHAFIZAH BT MOHD HATTA
3.84
NUR ALISSA ILYANA BINTI MUHAMAD 3.42
KHAIRUDDIN

NUR SYAZWANI BINTI YAHYA

ERMA NIDA BINTI ARIS 21

19

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
STPM 2019/2020

NAMA PELAJAR BAND MUET
BAND 4
NUR ALISSA ILYANA BINTI MUHAMAD
KHAIRUDDIN BAND 4
NUR FITRAH BINTI NAWAWI BAND 4
BAND 4
AISYAH BINTI MUHAMAD RAHIM BAND 4

NUR SYAZWANI BINTI YAHYA

NUR HANISAH BINTI NOOR AZMAN SHAH

ERMA NIDA BINTI ARIS BAND 4
AHMAD SYAKIR BIN KAMARUL ZAMAN BAND 4
PAVANISVARAAN A/L AMARENDRAN BAND 4
NURUL IZZAH BINTI BADRISHAH BAND 4
ROZISMA BINTI AB MALIK BAND 4
PUTERI NUR AFIQAH BINTI ABDULLAH BAND 4

11 BAND 4
BAND 5
NUR ZULFAH BINTI ZAINUDDIN
AMALIA ADLINA BINTI AHMAD ASRI

20

Anugerah Kecemerlangan
Panitia SPM

Catatan: Nilai GPMP yang
lebih kecil menunjukkan
prestasi yang lebih baik

21

PANITIA-ANUGERAH PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN LULUS 100% DAN PENINGKATAN

GRED MATA PELAJARAN SPM 2020

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM

2019 2020 2020
LULUS 100%
PENDIDIKAN MORAL

1. ENCIK MOHD FARHA BIN ZAHARI
2. PUAN NUR INTAN JURIANA BINTI ABDULLAH

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM
PENDIDIKAN SENI VISUAL 2020
2019 2020 LULUS 100%

2.94 2.92

1. PUAN NURJIHAN BINTI ABD JALIL
2. PUAN NASUHA BINTI MAT NASIR

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM

PRINSIP PERAKAUNAN 2019 2020 2020
4.50 3.89 LULUS 100%

1. PUAN NUR AINIHAYATI BINTI CHE AJID 22
2. PUAN MAIMUNAH BINTI NORDIN

(Pencen pada 19 Mac 2018)
3. ALLAHYARHAMAH KAMILAH BINTI ABDULLAH

(Meninggal dunia pada 12 Ogos 2020)

PANITIA-ANUGERAH PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN LULUS 100% DAN PENINGKATAN GRED

MATA PELAJARAN SPM 2020

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM

PERNIAGAAN 2019 2020 2020
5.49 3.87 LULUS 100%

1. PUAN WARDATUN RAIHAN BINTI MOHD YUSOF

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM
2020
EKONOMI 2019 2020 LULUS 100%
6.59 4.05

1. PUAN NORLIZA BINTI MUDA
2. PUAN SHARNOREZAN BINTI MOHD SALLEH

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM
2020
FIZIK 2019 2020 LULUS 100%
5.07 4.67

1. PUAN NORYAZILAWATI BINTI YAAKUB

23

PANITIA-ANUGERAH PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN LULUS 100% DAN PENINGKATAN GRED

MATA PELAJARAN SPM 2020

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM
2020
TASAWWUR ISLAM 2019 2020 LULUS 100%
3.26 3.06

1. PUAN EDILIA AZYATI BINTI MUHAMMAD
2. PUAN NORAFIZA BINTI MUSTAFA
3. PUAN SUHAILA BINTI ISMAIL

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM

2019 2020 2020
3.74 3.26
SAINS

1. PUAN SA’ADIAH BINTI DIN
2. PUAN NOR MASITAH BINTI MOHD KHAMIN

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM
2020
SEJARAH 2019 2020
4.9 4.27 24

1. CIK TUAN SITI NORASIAH BINTI TUAN HARUN
2. PUAN MARIATUN QAFTIAH BINTI ANUAR
3. PUAN SITI ZUBAIDAH BINTI ABDUL HAMID

PANITIA-ANUGERAH PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN LULUS 100% DAN PENINGKATAN

GRED MATA PELAJARAN SPM 2020

MATA PELAJARAN GRED PURATA SPM
2020
2019 2020
BIOLOGI 6.67 5.00

1. DATIN RATI’AH BINTI SUKARDI
2. PUAN NORAZLINA BINTI YAACOB

25

Anugerah Kecemerlangan
Panitia STPM

Catatan: Nilai PNGK yang
lebih besar menunjukkan
prestasi yang lebih baik

26

PANITIA-ANUGERAH PENCAPAIAN PENINGKATAN
GRED MATA PELAJARAN DAN MATA PELAJARAN

LULUS 100% STPM 2019/2020

MATA PELAJARAN GRED PURATA PERATUS (%)

2019 2020 2019 2020
2.16 2.73
PENGAJIAN AM 71.95 91.67

1. PUAN SUZIYAH BINTI SELAMAT
2. PUAN NORHELEWATI BINTI ABDUL MAJID
3. PUAN ZANARIAH BINTI ABDULLAH
4. PUAN NURUL AIN BINTI CHE JOHAN
5. CIK NABILAH HUSNA BINTI RAMLI
6. CIK NORSHAFIKA BINTI MAHADI

MATA PELAJARAN GRED PURATA PERATUS (%)
2019 2020
BAHASA MELAYU 2019 2020 87.04 92.41
2.55 2.74

1. PUAN PATIMAH BINTI AHMAD
2. PUAN ROSNANIAH BINTI DAUD
3. ENCIK SYED OMAR BIN SYED ABDUL RAHMAN
4. ENCIK ROZALI BIN RAJAB

MATA PELAJARAN GRED PURATA PERATUS (%)
2019 2020
PENGAJIAN AM 2019 2020 58.97 75.95
1.86 2.21
27
1. PUAN ROZITA BINTI SAYUTI
2. PUAN TUN HANIZA BINTI BAHARUM
3. PUAN ROSMANIZA BINTI SAUFI
4. PUAN SITI FADZILAH BINTI MOHD HASIM

PANITIA-ANUGERAH PENCAPAIAN PENINGKATAN
GRED MATA PELAJARAN DAN MATA PELAJARAN

LULUS 100% STPM 2019/2020

MATA PELAJARAN GRED PURATA PERATUS (%)

EKONOMI 2019 2020 2019 2020
1.54 2.24 40.00 71.05

1. PUAN ANIZAKIAH BINTI HJ SHAMSUDDIN
2. PUAN RAJA ATIQAH BINTI RAJA HASNAN

MATA PELAJARAN GRED PURATA PERATUS (%)
2019 2020
MATHEMATICS (T) 2019 2020 0.00 14.29
0.89 1.29

1. PUAN AMINAH BINTI MOHAMED

MATA PELAJARAN GRED PURATA PERATUS (%)

CHEMISTRY 2019 2020 2019 2020
1.67 2.14 66.67 85.71

1. PUAN ROHAYA BINTI ISMAIL

28

PANITIA-ANUGERAH PENCAPAIAN PENINGKATAN
GRED MATA PELAJARAN DAN MATA PELAJARAN

LULUS 100% STPM 2019/2020

PENINGKATAN PERATUS BAND 4

TAHUN 2019 2020

PERATUS 21.4% (20/86) 28% (34/108)

1. ENCIK STANLEY A/L NYANAPRAKASAN
2. PUAN NOR AZNI BINTI AHMAD
3. PUAN NORAZILA BINTI MOHAMAD DIAH
4. PUAN HABSAH BINTI HUSSIN
5. PUAN AZNI SUHANA BINTI HASSHIM
6. PUAN ANI ZAKIAH BINTI MAKMIN

MATA PELAJARAN GRED PURATA PERATUS (%)
SENI VISUAL 2019 2020
2.67 2.9 2019 2020

80.00 100.00

1. PUAN ROHIDA BINTI HAMZAH
2. PUAN SITI ZAHARAH BINTI BAHRAN

29

Jawatankuasa Induk
&

AJK Pelaksana

30

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Puan Thalsiah binti Mohd Salleh
@Hassan
Naib Pengerusi I Puan Che Marina binti Ibrahim
Naib Pengerusi II Puan Suziyah binti Selamat
Naib Pengerusi III Encik Roslan bin Hassan
Naib Pengerusi IV Datin Sartini binti Mohd Nor

Penyelaras Puan Che Marina binti Ibrahim
Setiausaha
Puan Rohaya binti Ismail (STPM)
Bendahari Datin Rati’ah binti Sukardi (SPM)

Puan Nur Ainihayati binti Che Ajid

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Buku Program (Flipbook) 31
Pemantau : Puan Sa’adiah binti Din

Puan Azmah binti Mohd Azmi (K-SPM)
Puan Nur Atikah binti Zakaria
Puan Nurjihan binti Abd Jalil
Puan Nurul Ain binti Che Johan (STPM)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Montaj

Pemantau : Puan Suziyah binti Selamat

Puan Nur Hidayah binti Zabarani (K- STPM)
Puan Norazila binti Mohamad Diah
Puan Azni Suhana binti Hassim
Cik Nur Iryani binti Marman
Puan Nasuha binti Mat Nasir (K- SPM)
Puan Noryazilawati binti Yaakob
Puan Zubaidah binti Ibrahim
Encik Mohd Hizam bin Abdullah
Datin Nik Noralhuda binti Nik Mohamed

Host Youtube Live

Pemantau : Puan Ainol Zuhaida binti Zainal Abidin

Cik Nabilah Husna binti Ramli (K- STPM)
Cik Norshafika binti Mahadi
Encik Eazie Ezry bin Saufi (K-SPM)
Puan Masthurah binti Muhammad
Encik Mohamad Zawawi bin Ghazali

Biodata Murid Cemerlang SPM 2020 dan STPM 2019/2020
Pemantau : Puan Noraini binti Mohd Yusof

Puan Anizakiah binti Hj Shamsuddin (K-STPM) 32
Puan Habshah binti Hussin
Puan Paidatalli a/p Subarmaniom (K-SPM)
Puan Khatijah binti Jehat

Dokumentasi
Pemantau : Puan Norlida binti Idris

Puan Rozita binti Sayuti
Puan Wardatun Raihan binti Mohd Yusoff

Senarai Penerima Sijil (Murid)
Pemantau : Puan Che Marina binti Ibrahim

Puan Norizan binti Mohammad (K-SPM)
Puan Nora Anita binti Mhd Din
Encik Stanley a/l Nyanaprakasan (K-STPM)

Penyediaan e-Sijil Murid & Guru
Pemantau : Puan Che Marina binti Ibrahim

Puan Norafiza binti Mustafa (K-SPM)
Puan Norazlina binti Yaacob
Puan Anizakiah binti Makmin (K-STPM)
Puan Rosmaniza binti Saufi

Senarai Penerima Anugerah Panitia Lulus 100% dan 33

peningkatan GP mata pelajaran SPM & STPM 2020

Pemantau : Puan Noraini binti Mohd Yusof

Datin Rati’ah binti Sukardi (K-SPM)
Puan Rohaya binti Ismail (K-STPM)
Puan Aminah binti Mohamed
Puan Edelia Azyati binti Muhammad

Persembahan multimedia
Pemantau : Puan Tun Haniza binti Baharom

Puan Zanariah binti Abdullah (STPM)

Cenderahati 34
Pemantau : Puan Sa’adiah binti Din

Puan Rohida binti Hamzah (K-STPM)
Puan Noraini binti Yusoff
Puan Nor Mashitah binti Mohd Khamim (K-SPM)
Puan Siti Mariam binti Zakaria

Surat Jemputan VIP & Penerima Anugerah
Pemantau : Puan Salina binti Jaafar

Puan Rosnaniah binti Daud (K -STPM)
Puan Rohaya binti Ismail
Puan Nor Helewati binti Abdul Majid
Puan Zurina binti Ahmad Jafri (K-SPM)
Datin Rati’ah binti Sukardi
Puan Masda binti Mahmud

Juruacara
Pemantau : Puan Che Marina binti Ibrahim

(Guru Pe4m0antau Skrip)

Puan Patimah binti Ahmad
Encik Tuan Syed Omar Bin Syed bin Syed Abd Rahman
Adik Nor Syafiqah binti Ismail (pelajar T6UUM 2)
Adik Muhammad Nabil Haqqin Bin Roslan (pelajar T6UUM2)

Teknikal
Pemantau : Puan Ainol Zuhaida binti Zainal Abidin

Encik Mohd Malik Ridzuan Mohd Kasturi (K)
Encik Shaharuddin Bin Zainal
Encik Mohd Nazli Bin Ghazali
Encik Mohd Fakhri Bin Ramli

Bacaan doa
Pemantau : Puan Noraini binti Mohd Yusoff

Ustaz Muzaffar bin Malek
Ustazah Norizan binti Mohd Noh
Muhammad Zaid Umar Abd Aziz (T6 UPM 1)

Dokumentasi 35
Pemantau : Puan Norlida binti Idris

Puan Rozita binti Sayuti
Puan Wardatun Raihan binti Mohd Yusoff

Teks Ucapan
Pemantau : Puan Suziyah binti Selamat

Ucapan Perasmi
Puan Nurazlina binti Wahab
Teks Ucapan Pengetua
Puan Noor Zarina binti Maulot
Teks Ucapan Murid 2020
Encik Rozali bin Rajab (STPM)
Cik Tuan Siti Norasiah Binti Tuan Harun (SPM)

Mutiara kata

Sentiasa ada harapan bagi mereka yang BERDOA
Sentiasa ada jalan pertolongan bagi mereka yang BERUSAHA
Sentiasa ada yang terbaik bagi mereka yang BERTAWAKAL
Insya-Allah….Yakinlah kepada Allah.

-Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.-
Qs Al-Insyirah : 6

6 kunci Kebahagiaan Hidup
Ali bin Abi Talib

JANGAN MEMBENCI SESIAPA PUN, walaupun dia menzalimimu.
JANGAN SEDIH BERLEBIHAN walaupun masalah memuncak.
HIDUPLAH SECARA SEDERHANA sekalipun serba ada.
JANGAN PERNAH BERHENTI BERDOA untuk kaum muslim.
BANYAKKAN MEMBERI walaupun ketika susah.
TERSENYUMLAH walaupun hatimu sedang menangis.

36

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang telah memberikan

kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2020 dan

STPM 2019/2020 pada tahun ini.
Semoga diberkati Allah hendaknya.

37


Click to View FlipBook Version