SENI HALUS 2D CATAN CAT MINYAK
(LATIHAN PENGUKUHAN 93)
Disediakan oleh:
En. Melcom Anak Angkun,
Jurulatih Seni Visual, Sekolah Seni Malaysia, Sabah.
TEKNIK-TEKNIK CATAN CAT MINYAK
i. Teknik Impasto
ii. Teknik Glazing
iii. Teknik Pointillisme
iv. Teknik Scumbling
v. Teknik Hard Edge
vi. Teknik Alla Prima
TEKNIK IMPASTO
Impasto adalah salah satu teknik lukisan cat
minyak yang menggunakan warna terus dari tiub
dengan berus atau pisau palet ke atas kanvas.
Apabila kering, teknik impasto akan
menghasilkan jalinan yang kasar dan tebal yang
kesannya dapat dirasai dengan sentuhan.
Teknik impasto mempunyai dua keunikan yang
utama, iaitu pantulan cahayanya amat berbeza
jika dibandingkan dengan sapuan cat minyak
yang biasa, dan teknik ini memberikan kesan
ekspresi yang kuat.
CONTOH KARYA TEKNIK IMPASTO
Taos Mountain,
1920,
Cat Minyak,
Cordelia Wilson
Self Portrait,
1659,
Rembrandt Van Rijn
Sunflowers,
1888,
Vincent van Gogh
TEKNIK GLAZING
Teknik ini merupakan teknik mewarna selapis demi
selapis untuk menimbulkan kesan lembut, licin, lut sinar
dan berkilau.
CONTOH KARYA TEKNIK GLAZING
Girl with a Pearl Earring,
1655,
Johannes Vermeer
View of Houses in Delft,
1658,
Johannes Vermeer
Mih(raj) – Home Sweet Home,
North Star Constellation of
Galaxies, 2013,
Anuar Rashid
GULI,
2011,
Latif Maulan
TEKNIK POINTILLISME
Teknik ini dibuat dengan cara menitikkan warna yang
dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan
titik-titik warna. Jika dilihat dari jarak yang jauh, titik
warna akan bergabung dan menghasilkan warna yang
baharu. Kesan ini terhasil daripada campuran warna
secara optikal.
CONTOH KARYA TEKNIK POINTILLISME
Apple Harvest,
1888,
Camille Pissarro
A Sunday Afternoon on the
Island of La Grande Jatte,
1884–1886,
George Seurat
The Sower (Sower with
Setting Sun), 1888,
Vincent van Gogh
TEKNIK SCUMBLING
Dalam teknik ini, warna disapu secara legap (opaque) ke
atas lapisan yang sebelumnya dan boleh disapu secara
rata. Ciri penting dalam teknik ini dapat dilihat dan
mampu ditonjolkan melalui cara yang berbeza.
Teknik scumbling boleh dilakukan dengan cara menyapu
warna terang ke atas permukaan gelap atau menyapu
warna gelap ke atas permukaan yang terang.
Teknik ini juga boleh dilapiskan dengan menggunakan
berus atau tompokan dengan kain atau jari. Selain itu,
teknik ini boleh diperoleh dengan penggunaan berus yang
terkawal, dan menggunakan lapisan warna.
CONTOH KARYA TEKNIK SCUMBLING
Sunrise,
1872,
Claude Monet
Water Lilies, 1916,
Claude Monet,
TEKNIK HARD EDGE
Teknik hard edge ini mempunyai gubahan yang teratur
dan menggunakan pita pelekat untuk menghasilkan
garisan dan rupa yang tepat.Teknik ini menghasilkan karya
batas sapuan warna yang kemas dan tepat menampakkan
catan. Teknik ini digunakan untuk memisahkan warna.
CONTOH KARYA TEKNIK HARD EDGE
Gunung Ledang, 1978,
Syed Ahmad Jamal
Hyena Stomp,
1962,
Frank Stella
TEKNIK ALLA PRIMA
Dalam teknik alla prima atau direct painting ini, artis perlu
mewarna secara tepat dan spontan dengan sapuan warna
terus dari tiub. Setiap sapuan warna perlu tepat kerana
dalam teknik ini, tidak ada lapisan kedua. Teknik ini lebih
sesuai untuk artis yang menghasilkan catan di luar studio
kerana dibuat secara terus dan spontan.
CONTOH KARYA TEKNIK ALLA PRIMA
Snow in New York,
1902,
Robert Henri,
Blue Morning, 1909,
George Bellows
RUJUKAN
AD (2017). https://www.architecturaldigest.in/content/kinetic-artist-ivan-black-
shaking-lighting-world-geometric-chandelier/
ART (2013). http://artist-calvin.blogspot.com/?view=classic
Buku Teks Kssm, Ssem (2019).
https://drive.google.com/file/d/1lhFDvL8sH0lCL3ZNbUVDqL7PrxGvBP8A/view
Britannica (2020). https://www.britannica.com/art/impasto
Core Design Gallery (2014).
http://malaysiacontemporaryart.coredesigngallery.com/tag/sculpture/en
Cikgu Eyone (2014). http://cikgueyone-art.blogspot.com/2014/09/seni-antara-
tokoh-tokoh-arca-dunia-dan.html
Draw Paint Academy (2020). https://drawpaintacademy.com/alla-prima-painting-
tips/
Giannadispenza (2013). https://giannadispenza.wordpress.com/2013/03/19/life-
size-steel-sculpture-the-space-between/
LatifMaulan.com (2015). http://www.latifmaulan.com/2015/02/forgotten-
heritage-series-v-february.html
Mutual Art (2020). https://www.mutualart.com/Artwork/GROWTH-
I/16E41A0706FAFC10
Natural Pigments (2020). https://www.naturalpigments.com/artist-
materials/rembrandt-impasto-technique/#Wetering
Nasrul Md Zalan (2014).
https://mtsnasrulmdzalan.wordpress.com/2014/04/09/catan-cat-
minyak/
PendidikanSeniVisual (2010).
http://senivisual1.blogspot.com/2010/03/catan-cat-minyak.html
Wall Street International (2020). https://wsimag.com/art/56007-calder-
stories
Your Dictionary (2020). https://www.yourdictionary.com/layer
365loveartspassion (2013).
http://365loveartpassion.blogspot.com/2014/11/fadly-sabran-neo-
artifak-katak-di-luar.html