The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Melcom Angkun, 2020-11-08 20:38:36

Seni Halus 2D (ULANGKAJI)

SENI HALUS 2D






(ULANGKAJI)















Disediakan oleh:

En. Melcom Anak Angkun,


Jurulatih Seni Visual, Sekolah Seni Malaysia, Sabah.

CONTOH KARYA SENI




CATAN ARTIS




TEMPATAN

Tajuk: Jauh

Tahun: 2003


Pelukis: A. SHUKRI ELIAS
Media: Cat minyak


Tema: Menggambarkan reaksi
wajah manusia yang sedang


berfikir pengalaman lalu.

DESKRIPSI








 Gaya: Pengkarya menampilkan imej muka manusia dengan reaksi


tenang. Imej wajah yang distailisasikan karikatur wajah manusia.

Penggunaan garisan ekspresif di bahagian kiri imej menimbulkan

jalinan tampak yang jelas. Olahan imej pada mata menimbulkan unsur


penegasan pada karya. Selain itu, olahan garisan yang dipermudahkan

menampakkan ekspresi wajah manusia yang tenang yang sedang

merenung jauh. Pengkarya juga menggunakan warna panas seperti

merah, jingga, dan kuning sebagai warna dominan dalam gambar imej





Nilai: Pengkarya berjaya menggambarkan manusia perlu mengawal

emosi dalam menghadapi pelbagai situasi dalam kehidupan.

Tajuk: Pertarungan Terakhir
Tahun: 1961

Pelukis: Ismail Mustam

Media: Cat minyak

Tema: Pahlawan Melayu berdasarkan teks
sejarah.

DESKRIPSI








 Gaya: Kesan palitan warna dan menggunakan teknik impresionis.


Kelihatan dua figura yang digambarkan sedang beraksi silat dengan

suasana yang suram dan garang. Calitan-calitan warna putih di sekitar

figura menunjukkan kesan pergerakan.





Nilai: Kesan sejarah Melayu Melaka dapat digambarkan melalui visual

tampak.

Tajuk: Bermain Gasing

Tahun: 1958

Pelukis: Cheong Lai Tong

Media: Cat Minyak

Tema: Permainan Tradisional

tempatan.

DESKRIPSI






 Gaya: Pengkarya menggambarkan aliran gaya impresionis iaitu


menggunakan palitan teknik impasto. Warna- warna yang tebal

memberi kesan yang menarik. Selain itu, objek-objek figura sedang

bermain gasing tidak diperincikan juga memberi kesan pergerakan.





Nilai: Pengkarya menonjolkan budaya tempatan dengan permainan

tradisional, iaitu gasing.

Tajuk: Potret diri

Tahun: 1982

Pelukis: Amron Omar

Media: Cat Minyak

Tema: Identiti Melayu.

DESKRIPSI






 Gaya: Menonjolkan seorang figura lelaki secara agresif duduk di atas


kerusi malas rotan. Kelihatan lutut kaki kiri naik, kaki kanan mencecah

lantai, bersedia untuk berhadapan dengan musuh yang melemparkan

bayang-bayang. Rambut kerinting panjang berserabut, dada terdedah,


berpakaian sarung. Kepala menjenguk ke depan, siku kiri sedia

menangkis, tangan kanan menanti untuk menampar. Catan Potret Diri

adalah catan realisme yang dihasilkan dengan teliti. Dari segi

pewarnaan, pengkarya menggunakan warna coklat kekuningan. Catan

ini mempunyai kadar banding yang menarik dengan rintangan cahaya


yang merentasi satah gambar




Nilai: Menonjolkan identiti Melayu

Tajuk: At the kampung shop
Tahun: 1959


Media: Cat Minyak
Pelukis: Mohd. Sallehuddin

DESKRIPSI






 Tema: Gambaran sosioekonomi masyarakat tempatan





Gaya: Pengkarya mengolah gaya realis dengan menonjolkan tiga

watak utama iaitu penjual dan pembeli bersama anak. Gambaran


pengkarya cukup jelas dengan situasi sebuah kedai dan pemandangan

latar tempat disebuah kampung.

Pengkarya: Abdul Latiff Mohidin

Tajuk: Pago Pago

Tahun: 1964

Media: Cat Minyak

DESKRIPSI






 Tema: Gambaran Alam Metafora





Gaya: Pengkarya melukis dengan gaya ekspresionis bentuk-bentuk

organik 'biomifik'. Bentuk-bentuk ini sukar ditafsirkan.





Nilai: Satu gambaran catan yang merakamkan kehidupan di sekitar

Indo-China.

Tajuk: Gadis Melayu

Tahun: 1950

Pelukis: Dato' Hoessein Enas

Media: Cat minyak

Tema: Identiti Melayu

DESKRIPSI






 Gaya: Menonjolkan seorang gadis berambut hitam, bersanggul, bibir


yang tebal, beranting-anting, sedang memandang ke satu tempat dan

memakai baju kemeja. Rambut yang hitam dan bibir yang tebal

memberi makna seorang gadis melayu yang asli. Karya potret ini


secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu yang

menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan

fesyen gadis Melayu pada zaman itu.




Nilai: Dalam karya ini, pengkarya cuba menimbulkan identiti


kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang digambarkan

secara natural.

RUJUKAN







 AD (2017). https://www.architecturaldigest.in/content/kinetic-artist-ivan-black-shaking-lighting-world-geometric-
chandelier/


 ART (2013). http://artist-calvin.blogspot.com/?view=classic


 Buku Teks Kssm, Ssem (2019). calvin.blogspot.com/?view=classic


 https://drive.google.com/file/d/1lhFDvL8sH0lCL3ZNbUVDqL7PrxGvBP8A/view

 Britannica (2020). https://www.britannica.com/art/impasto


 Core Design Gallery (2014). http://malaysiacontemporaryart.coredesigngallery.com/tag/sculpture/en


 Cikgu Eyone (2014). http://cikgueyone-art.blogspot.com/2014/09/seni-antara-tokoh-tokoh-arca-dunia-dan.html


 Draw Paint Academy (2020). https://drawpaintacademy.com/alla-prima-painting-tips/


 Giannadispenza (2013).https://giannadispenza.wordpress.com/2013/03/19/life-size-steel-sculpture-the-space-between/

 LatifMaulan.com (2015). http://www.latifmaulan.com/2015/02/forgotten-heritage-series-v-february.html

 Mutual Art (2020). https://www.mutualart.com/Artwork/GROWTH-I/16E41A0706FAFC10



 Natural Pigments (2020). https://www.naturalpigments.com/artist-materials/rembrandt-impasto-
technique/#Wetering


 Nasrul Md Zalan (2014). https://mtsnasrulmdzalan.wordpress.com/2014/04/09/catan-cat-minyak/


 PendidikanSeniVisual (2010). http://senivisual1.blogspot.com/2010/03/catan-cat-minyak.html


 TheVanGoghGallery (2020).
https://www.vangoghgallery.com/catalog/Painting/508/Starry%20Night.html



 Wall Street International (2020). https://wsimag.com/art/56007-calder-stories


 Your Dictionary (2020). https://www.yourdictionary.com/layer


 365loveartspassion (2013). http://365loveartpassion.blogspot.com/2014/11/fadly-sabran-neo-
artifak-katak-di-luar.html


Click to View FlipBook Version