The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Melcom Angkun, 2020-11-01 22:10:18

Seni Halus 2D (Latihan Pengukuhan 104)

Seni Halus 2D (Latihan




Pengukuhan 104)







Disediakan oleh:
En. Melcom Anak Angkun,
Jurulatih Seni Visual, Sekolah Seni Malaysia, Sabah.

UNSUR SENI DAN PRINSIP REKAAN DALAM



CATAN CAT MINYAK


































Bukit Melawati,

1995,

Cat Minyak,

Nasrul Hisham

Jalinan yang terdapat pada batu iaitu jalinan sentuh.

Kesan jalinan yang tebal pada dinding batu

menampakkan corak yang kelihatan timbul.













Garisan tebal dan nipis pada batang-batang pokok

membezakan kedudukan pokok yang berada di

bahagian hadapan dan belakang.

Ruang di antara tembok kiri dan juga tembok kanan

tangga menunjukkan jarak ruang yang luas.

Memetik Daun

Tembakau Di

Kelantan,
1962,

Cat Minyak,

Mohammad

Hoessein Enas

• Karya ini menggambarkan pemandangan waktu siang dengan tiga


orang gadis tempatan di sebuah ladang tembakau. Wajah tiga orang


gadis ini menampakkan ekspresi muka yang manis dengan lirikan

senyuman, manakala pakaian figuratif ini pula berkain batik yang


menjadi identiti budaya tempatan.

Warna merah pada pakaian seorang gadis yang

berada komposisi tengah menonjolkan warna kontra

dengan warna hijau daun tembakau di sekelilingnya.

Penegasan atau lebih dikenali sebagai titik fokus

merupakan ruang yang ditonjolkan oleh pengkarya

dalam karya ini. Penegasan merupakan daya

tarikan yang terdapat pada suatu karya

membolehkan audiens terpesona apabila melihat

karya berkenaan.

Jalinan tampak pada pakaian batik merupakan

pakaian tradisional Melayu.

The Reservoir,

1909,

Cat Minyak,

Pablo Picasso

• Karya catan cat minyak bertajuk ‘The Reservoir’ dihasilkan oleh artis antarabangsa

iaitu Pablo Picasso pada tahun 1909 di Sepanyol. Karya ini menonjolkan
pembangunan gaya kiubisme. Subjek dan objek yang dilukis daripada pelbagai

perspektif menggunakan rupa geometri. Penggunaan teknik hard edge menjadikan

karya ini mempamerkan gaya aliran kiubisme.

Harmoni dalam konteks seni visual dapat

ditonjolkan dari susunan ataupun ulangan unsur-

unsur seni yang sesuai, seimbang dan menarik.

Kiub-kiub yang pelbagai saiz daripada perspektif

bahagian atas, serta pengulangan warna kuning

dan warna gelap kehitaman memberi satu impak

harmoni kepada para pemerhati.

• Warna yang dihadkan kepada beberapa jenis cahaya warna, menampakkan impak

yang seimbang dan dapat menyerlahkan sisi kiub yang berbeza.




• Penggunaan teknik hard edge membolehkan rupa yang bercanggah dalam karya

dengan lebih jelas.

Café Terrace at Night,

1888,

Cat Minyak,

Vincent van Gogh

• Karya ini dihasilkan oleh artis antarabangsa Vincent Van Gogh semasa beliau berada

di Arles pada tahun 1888. Cahaya yang digambarkan didinding kafe sangat berbeza

dengan latar belakang. Van Gogh memberikan kesan yang lebih dramatik daripada

perspektif yang tepat. Beliau mewarnai suasana malam dengan warna biru dan ungu,

menggantikan warna hitam. Pengkarya mahu memperlihatkan betapa indahnya

tempat itu, walaupun pada waktu malam yang gelap.

Pengkarya menggunakan warna untuk mewarnai

suasana malam dengan warna biru dan ungu,

menggantikan warna hitam. Pengkarya mahu

memperlihatkan betapa indahnya tempat itu,

walaupun pada waktu malam yang gelap.

Warna boleh memberi kesan kepada semua benda di

sekeliling kita dan menjadikan dunia kelihatan menarik.

Karya ini menggunakan warna panas dan warna sejuk untuk

menarik perhatian audiens.

PERSEPSI ESTETIK



































The Starry Night,

1889,

Cat Minyak,

Vincent Van Gogh

• Catan cat minyak artis antarabangsa Van Gogh bertema ‘The Starry Night’ yang

berada di Museum of Modern Art, New York, membolehkan audiens mengapresiasi

karya tersebut. Hampir semua karya Van Gogh memiliki kecenderungan warna-warna

yang cerah. Bagi orang yang memiliki jiwa seni yang tinggi, maka mereka dapat

mengetahui makna tersurat dan tersirat daripada catan tersebut atau dapat

menyelami makna yang disampaikan oleh Van Gogh.

• ‘The Starry Night’ atau ‘Malam Berbintang’ dilihat mengandungi dua warna primer

yang menonjol, iaitu biru dan kuning. Terdapat juga warna lain, iaitu hitam, coklat dan

putih pada karya ini. Elemen seni lain yang jelas kelihatan ialah garis putus-putus

yang membentuk seperti lengkungan berbentuk arah angin. Selain itu, di sudut

bawah catan terdapat beberapa bentuk rumah. Paling menonjol dalam karya catan ini

ialah rupa pokok berwarna hitam coklat pekat, meruncing dan terlihat dekat

menggambarkan suasana malam yang sesuai dengan judulnya.

RUJUKAN







• AD (2017). https://www.architecturaldigest.in/content/kinetic-artist-ivan-black-shaking-lighting-world-geometric-
chandelier/


• ART (2013). http://artist-calvin.blogspot.com/?view=classic


• Buku Teks Kssm, Ssem (2019). calvin.blogspot.com/?view=classic


• https://drive.google.com/file/d/1lhFDvL8sH0lCL3ZNbUVDqL7PrxGvBP8A/view


• Britannica (2020). https://www.britannica.com/art/impasto

• Core Design Gallery (2014). http://malaysiacontemporaryart.coredesigngallery.com/tag/sculpture/en


• Cikgu Eyone (2014). http://cikgueyone-art.blogspot.com/2014/09/seni-antara-tokoh-tokoh-arca-dunia-dan.html


• Draw Paint Academy (2020). https://drawpaintacademy.com/alla-prima-painting-tips/


• Giannadispenza (2013).https://giannadispenza.wordpress.com/2013/03/19/life-size-steel-sculpture-the-space-
between/


• LatifMaulan.com (2015). http://www.latifmaulan.com/2015/02/forgotten-heritage-series-v-february.html

• Mutual Art (2020). https://www.mutualart.com/Artwork/GROWTH-I/16E41A0706FAFC10



• Natural Pigments (2020). https://www.naturalpigments.com/artist-materials/rembrandt-impasto-
technique/#Wetering


• Nasrul Md Zalan (2014). https://mtsnasrulmdzalan.wordpress.com/2014/04/09/catan-cat-minyak/


• PendidikanSeniVisual (2010). http://senivisual1.blogspot.com/2010/03/catan-cat-minyak.html


• TheVanGoghGallery (2020).
https://www.vangoghgallery.com/catalog/Painting/508/Starry%20Night.html


• Wall Street International (2020). https://wsimag.com/art/56007-calder-stories


• Your Dictionary (2020). https://www.yourdictionary.com/layer


• 365loveartspassion (2013). http://365loveartpassion.blogspot.com/2014/11/fadly-sabran-neo-artifak-
katak-di-luar.html


Click to View FlipBook Version