PERANAN GURU DALAM
PEMBANGUNAN TADBIRURUS INSAN
DAN KEWARGANEGARAAN
Kumpulan:
Melcom & Team
1. Apakah yang ada dalam fikiran anda mengenai
pembangunan dalam tadbir urus insan dan
kewarganeraan?
• Para guru memainkan peranan penting dan
bertanggungjawab dalam meningkatkan
aspek profesionalismanya seiring dengan
perubahan zaman dan cabaran dunia
globalisasi masa kini.
• Terdapat pelbagai aspek penting agar guru dapat bersedia
dan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras
PPPM.
• Antara aspek penting tersebut ialah, pengetahuan,
kemahiran berfikir, Kemahiran memimpin, Kemahiran
dwibahasa, Etika dan kerohanian dan identiti nasional.
• Aspek pengetahuan memerlukan guru menguasai ilmu pengetahuan
bagi melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.
Ini kerana, guru hendaklah mempunyai pengetahuan dan kemahiran
tentang konsep kejelasan dalam subjek atau topik matapelajaran yang
diajar, sebelum memindahkan pengetahuan tersebut kepada murid-
muridnya dengan menggunakan pelbagai pendekatan mahupun kaedah.
• Seterusnya, aspek kemahiran berfikir iaitu guru
menguasai pengetahuan dan kemahiran berfikir untuk
membimbing murid menguasai kemahiran berfikir. Ini
kerana, kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya
guru dapat menterjemahkan dalam PdP bagi
merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam
kalangan murid. Sebagai contoh, murid melibatkan diri
dalam proses pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif.
• Selain itu, kemahiran memimpin iaitu guru
membina sikap amanah dan adil dalam peribadi
murid dam mengasah potensi murid berasaskan
etika serta nilai untuk menjadi pemimpin dimasa
hadapan. Sebagai contoh, guru sebagai suri
teladan yang membimbing murid untuk menjadi
seorang pemimpin yang mempunyai wawasan.
• Disamping itu, aspek etika dan kerohanian iaitu
kerohanian dikaitkan dengan konsep keredhaan, rasa
bertanggungjawab kepada pencipta dan menghayati nilai -
nilai agama dalam menghadapi masalah kehidupan
seharian.
• Ini kerana, guru perlu menunjukkan penampilan diri,
pertuturan dan perbuatan yang baik sepanjang masa
seperti guru sebagai suri teladan kepada murid yang
sentiasa menampilkan diri dengan tingkah laku yang positif.
• Selanjutnya, aspek pembentukan identiti nasional iaitu
guru perlu berusaha mewujudkan perpaduan antara kaum
agar murid dapat hidup bersama sebagai satu bangsa demi
mempertahankan diri dan kedaulatan negara.
• Ini adalah kerana, bagi mengelakkan jurang perbezaan
atau sentimen perkauman serta diskriminasi, meningkatkan
nilai-nilai persamaan dan kerjasama antara kaum agar
terhasilnya perpaduan mahupun integrasi nasional.
• Malahan, aspek patriotisme iaitu guru menjadi pemacu
kepada kemenjadian murid terhadap kelestarian kemajuan
dan pelaburan strategik ke arah keselamatan Negara
mahupun menyumbang ke arah pembentukan generasi yang
berhemah tinggi serta berakhlak mulia.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan
penting yang utama dalam membentuk
kemenjadian murid yang holistik dan dapat
meningkatkan kualiti sistem pendidikan Negara
agar mampu berdaya saing di pentas
antarabangsa seiring denga Negara-Negara maju
Dunia terutamanya dalam aspek tadbirurus insan
dan kewarganegaraan.
2. Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada pada guru
dalam tadbir urus insan dan kewarganeraan.
berikan huraian yang jelas peranan guru bagi
setiap proses kemenjadian murid mengikut 6
aspirasi murid - pppm.
6 ciri utama adalah seperti yang berikut:
1. Aspek Pengetahuan (Aspirasi murid yang
berpengetahuan).
2. Aspek Kemahiran berfikir (Aspirasi murid yang mahir
berfikir).
3. Aspek Kemahiran memimpin (Aspirasi murid yang
dapat menjadi pemimpin).
4. Aspek Kemahiran dwibahasa (Aspirasi murid yang
menguasai sekurang-kurangnya 2 bahasa).
5. Aspek Etika dan kerohanian (Aspirasi murid yang
berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang
tinggi.
6. Aspek Identiti nasional (Aspirasi murid yang
mempunyai identiti kebangsaan