The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Melcom Angkun, 2021-06-12 12:34:50

Melcom_Portfolio_Ikan Pelaga_Cheritera Alam

PSVK2102 PENGKARYAAN KREATIF




TEMA:




‘CHERITERA ALAM’







TAJUK: IKAN PELAGA



(Betta Fish)







Pensyarah: En. Salehuddin Bin Zakaria







Pengkarya: Melcom Anak Angkun


No. Kad Matrik: D17202402


Angka Giliran: 2020172420016

KAJIAN PENYELIDIKAN



1.1 Latar Belakang Kajian


Alunan bunyi gemersik air dalam akurium daripada sang ikan pelaga atau

‘Betta Fish’ yang bergerak indah, menjadikan pemerhati terpesona apabila

melihatnya. Tidak hairanlah jika pergerakan ekor dan sirip ikan pelaga
dianggap sebagai satu terapi untuk menghilangkan tekanan emosi dan

perasaan manusia. Pernyataan ini telah disokong oleh penulis Helena Hon

dan Joan Fam menerusi artikel bertajuk ‘The Miracle of Animal Assisted

Therapy in Malaysia.’ Menurut Joan Fam, H. H. (2021), haiwan menghidupkan
manusia dengan kehidupan dan telah terbukti ianya memberikan hasil positif

kepada golongan tua, muda, tekanan emosi dan perasaan. Terapi psikologi

seperti ini memberi ketenangan kepada orang yang cemas, senyuman kepada
orang tua malah kebahagiaan kepada orang dewasa.


Dari segi ekosistem pula, hubungan antara haiwan dan manusia saling

memerlukan antara satu dengan yang lain iaitu manusia dengan haiwan boleh
mencetuskan hubungan alam yang lestari. Keseimbangan ekosistem diantara

manusia dan haiwan dapat dilihat pada teori Biofilia yang mengatakan

interaksi antara manusia dengan haiwan dapat memberikan perasaan positif

kepada manusia.

Teori Biofilia adalah istilah yang diciptakan pada tahun 1984 oleh naturalis

Edward Wilson. Biofilia bermaksud "cinta akan kehidupan," iaitu merujuk

kepada cara manusia secara alami tertarik dan mendapat manfaat dari
hidupan seperti haiwan peliharaan dan tumbuhan. Justeru itu, ikan pelaga

juga secara langsung mempunyai elemen Biofilia yang dapat memberikan

manusia suatu nilai penghargaan ekosistem dan alam sekitar. Menurut Hanafi
Muljohardjono, D. M. (n.d.), menyatakan bahawa Animal Assisted Therapy

(AAT) adalah pemanfaatan daripada haiwan sebagai terapi kepada

penyembuhan psikologi manusia.

1.2 Permasalahan Kajian


Kecantikan pada bentuk fizikal dan warna yang menarik telah menjadikan

ikan pelaga sebagai haiwan peliharaan yang popular pada masa kini dan
mendapat permintaan yang tinggi daripada golongan pengusaha ikan. Ini

dapat dilihat pada warna ekor ikan pelaga yang cantik dan siripnya yang unik

telah menjadikan harga ikan pelaga sangat bernilai serta eksklusif di
pasaran. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang hanya

mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira kesejahteraan hidup ikan

tersebut malah kadang kala mengabaikan penjagaan ikan pelaga. Ini kerana,
ikan pelaga sangat sensitif terhadap persekitaran yang sempit dan

ditempatkan dalam keadaan yang tidak sesuai seperti dalam beg plastik,

botol atau balang yang boleh mengakibatkan kemudaratan sehingga
membawa kematian kepada haiwan berkenaan. Menurut Raman, M. (2020),

trend segelintir masyarakat tempatan yang memelihara ikan peliharaan

seperti dalam balang dan botol kecil pada masa kini menjadi suatu

permasalahan yang serius kepada penjagaan ikan. Ini kerana air boleh cepat
menjadi toksik akibat ammonia yang terkumpul daripada sisa ikan tersebut.



Justeru itu timbul beberapa persoalan dalam kajian ini antaranya ialah:

i. i. Apakah ciri-ciri ikan pelaga?

ii. ii. Adakah ikan pelaga berpotensi menjadi terapi kepada manusia?
iii. iii. Apakah elemen atau tarikan yang terdapat pada ikan pelaga.


1.3 Objektif Kajian


Antara objektif dalam kajian penyelidikan ini ialah:

i. i. Mengenalpasti ciri-ciri ikan pelaga.

ii. ii. Menjelaskan potensi ikan pelaga sebagai terapi kepada manusia.

iii. iii. Menghasilkan karya catan ikan pelaga berkonsepkan cheritera alam.

1.4 Skop Kajian


Kajian ini memfokuskan kepada ciri-ciri, potensi dan elemen yang terdapat

pada ikan pelaga sebagai terapi psikologi kepada manusia. Oleh yang
demikian, kajian ini akan memberi fokus terhadap perkembangan ikan pelaga

dalam konteks ekosistem alam sekitar tempatan.




1.5 Limitasi Kajian


Kajian penyelidikan ini, memfokuskan jenis ikan pelaga yang terdapat

disekitar Negara-negara Asia Tenggara seperti Negara Thailand,

Singapura, Indonesia dan Filipina. Ini kerana, kawasan kajian berkenaan
menjadi tempat tumpuan bagi pengusaha ikan pelaga yang bergiat aktif

dalam memelihara, mempamerkan dan membincangkan jenis-jenis ikan

pelaga (Betta Fish). Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran untuk
mendapatkan maklumat dan rujukan yang terperinci berkaitan dengan

jenis-jenis ikan pelaga dalam konteks tempatan.

1.6 Kepentingan Kajian


Kajian ini, dapat dijadikan sebagai panduan kepada golongan pengkarya

tempatan yang mempunyai keinginan dan berminat untuk mengaplikasikan
ikan pelaga sebagai hal benda (Subject Matter) dalam penghasilan karya

seni catan. Dengan adanya panduan kajian ianya dapat membantu

pengkarya untuk menghasilkan karya secara lebih sistematik.

Selain itu, pengkarya tempatan akan dapat memahami ciri-ciri ikan pelaga

jika mempunyai panduan kajian penyelidikan lepas. Seterusnya, kajian ini

juga menjelaskan potensi ikan pelaga sebagai terapi psikologi kepada
manusia. Ini termasuklah dalam memberikan nilai penghargaan yang positif

kepada manusia iaitu merujuk kepada pengamatan manusia secara alami

dan mendapat manfaat daripada haiwan peliharaan seperti ikan pelaga.


Disamping itu, kajian ini dapat memberi pemahaman dan pengetahuan
yang luas tentang ikan pelaga kepada golongan masyarakat seperti

golongan muda serta remaja untuk menghargai ekosistem alam sekitar.

Kajian ini juga akan menerangkan tentang cara-cara menghasilkan catan
berkonsepkan cheritera alam dengan berpandukan model ‘Organic Unity’

oleh Ocvirk (2001) iaitu subjek, bentuk dan makna.

SUMBER IDEA



2.1 Jenis Ikan Pelaga (Betta Fish)









1. Ikan Laga Kampung/

Peaceful Betta








Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983
 Ikan laga kampung atau dikenali juga dengan nama Peaceful
Betta/ Crescent Betta ini hanya terdapat di Asia Tenggara seperti
Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand. Kebiasaanya ikan ini
hidup di kawasan sawah padi, paya, sungai dan kolam. Saiznya
sekitar 2 hingga 2 setengah inci dan boleh hidup sehingga 4 tahun.
Ikan laga kampung ni diberi nama 'peacefull' tu kerana ianya
mempunyai ciri lemah lembut dan tidak suka bergaduh dengan

jenis ikan lain. Jika diletakan dalam akuarium yang luas dengan
tumbuhan hijau ianya boleh hidup berpasangan.














2. Ikan Laga Halfmoon Betta






Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-
46983
 Digelar Halfmoon Betta kerana bentuk ekornya yang kelihatan
180 darjah seperti bulan separuh penuh. Jenis ini banyak terdapat
di Negara Malaysia. Ikan jenis ini juga tergolong dalam ikan laga
paling cantik di Dunia. Jenis pelage ini memerlukan proses

pembiakan yang banyak untuk mendapatkan Halfmoon yang
sempurna.

3. Ikan Laga Double Tail Betta (DT)










Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983
 Ekor terbelah dua menjadi simbolik jenis ikan Double Tail Betta ini


kerana alunan ekornya ketika bergerak kelihatan seperti ada dua ekor

ikan. Keluarga DT atau nama lainnya Ikan Laga Ekor Cabang datang

dari pelbagai jenis ikan seperti Halfmoon, Crowntail, Veiltail, dan Giant.

DT yang asli boleh dilihat daripada ekor belakangnya berbentuk tepat

180 darjah dan belahan di hadapan pula berbentuk semetri.










4. Laga Crowntail Betta









Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983
 Crowntail Beta digelar Ikan Laga Matahari kerana ekornya yang

kelihatan seperti pancaran sinaran cahaya matahari. Orang Barat
melabel bentuk ekornya seperti Mahkota atau Crown. Di Negara
Indonesia pula ikan jenis ini dikenali sebagai Chupang. Bentuk ekornya
bergantung pada jumlah atau bilangan tulang dan cabang. Cabang
ekor belakang ikan yang sempurna iaitu 180 darjah serta banyak,
boleh mempengaruhi nilai harga ikan jenis ini.

5. Ikan Laga Plakat Betta








Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983

 Plakat Betta paling mudah untuk dikenali kerana mempunyai dua
sirip. Sirip atasnya pendek berbanding sirip bawah dan ekornya

pula berbentuk halfmoon pendek. Audiens kadang terkeliru
diantara ikan jenis Plakat Traditional Show dengan Plakat
Modern Show. Traditional Show adalah jenis ikan laga yang
mempunyai struktur ekor berbentuk huruf D bulat tanpa cabang
serta sirip bawah berbentuk trapezium. Ekor Plakat Modern
Show pula bercabang dan bentuk semetrinya lebih kelihatan
dominan.











6. Ikan Laga Veiltail Betta








Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983

 Ikan jenis ini mempunyai sirip dan ekor yang labuh seperti
langsir menjadikan Veiltail mudah untuk dikesan. Jenis ini juga

diantara ikan yang paling mudah didapati di Malaysia.
Permintaan Veiltail Betta di pasaran tidak begitu banyak kerana
ianya mudah dibiakkan dan untuk mendapatkan baka yang

kacukan iakn jenis ini sangat rendah. Menjadikan harga jenis
ikan ini lebih murah berbanding ikan laga yang lain.

7. Ikan Laga Elephant Ear


Betta








Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983
 Ikan jenis ini mempunyai kelincahan untuk berenang ianya juga
digelar Elephant Ear Betta kerana mempunyai sirip kiri dan kanan

seperti telinga gajah apabila beralun-alun ketika bergerak dalam air.
Ciri jenis ikan jantan lebih suka menyerang dan menjadi dominan.
Oleh yang demikian pemelihara ikan tidak boleh meletakan dua
ekor jantan Elephant Ear Betta dalam bekas akurium yang sama
kerana boleh berlaga sesama sendiri. Walaupun agresif, ikan ini
selalu menjadi buah hati kebanyakan pemelihara ikan laga kerana
keunikannya dan campuran warna yang dinamik.













8. Ikan Laga Rosetail Betta












Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983
 Seperti puteri kayangan yang boleh memberi gambaran kepada
ikan jenis Rosetail Betta kerana mempunyai ekor yang berbentuk
bunga dan beralun. Diantara ikan laga paling komersial dalam
pasaran. Namun, agak bahaya jika ekornya dibiarkan membesar
terlalu lebat kerana boleh melambatkan pergerakan ikan ketika
bergerak yang menjadikan jangka hayatnya tidak begitu lama.

9. Ikan Laga Avatar Betta













Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983

 Kulit jenis ikan Avatar Betta ini akan memancar-mancar ketika
dalam gelap sebab itulah namanya digelar sempena dengan watak
yang dimainkan dalam filem Avatar. Harga pasaran Avatar
Betta mempunyai nilai yang tertinggi dalam pasaran.













10. Ikan Laga Samurai












Sumber: https://www.propertyguru.com.my/property-
guides/jenis-ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983
 Ikan laga jenis Samurai unik kerana warnanya yang tidak
menyeluruh di seluruh sisik tubuh. Ketidaksempurnaan ni telah

membentuk suatu corak yang menakjubkan dan unik. Ikan laga
samurai adalah kacukan yang tidak disengajakan hasil daripada
proses pembiakan ikan laga hitam yang bergenerasi lama di
Thailand.

LAKARAN



3.1 Lakaran Idea









Pengkarya membuat
lakaran ‘Peacefull Betta'

kerana ikan ini mempunyai
ciri lemah lembut dan tidak
suka bergaduh dengan
jenis ikan lain.














Pengkarya melakar
‘Halfmoon Betta’ kerana
ikan jenis ini tergolong
dalam ikan laga paling

cantik di Dunia
















Pengkarya melakar ikan
Pelaga Crowntail
Beta kerana ikan ini digelar

Ikan Laga Matahari kerana
ekornya yang kelihatan
seperti pancaran sinaran
cahaya matahari.

Pengkarya melakar ikan
‘Halfmoon Betta’ untuk
mengenalpasti teknik
jalinan yang sesuai
diaplikasikan.



















Pengkarya melakar
ikan ‘Splendens
Betta’ untuk

mengenalpasti teknik
ton yang sesuai
diaplikasikan.


















Pengkarya melakar
ikan jenis Rosetail
Betta kerana ikan
ini mempunyai ekor
yang berbentuk
bunga dan beralun.

3.2 Lakaran Perkembangan Idea









Pengkarya melakar
pergerakan ikan pelaga

melompat keluar dari
akuarium untuk
mengenalpasti unsur-
unsur seni yang boleh
diaplikasikan.

















Pengkarya melakar
anatomi ikan pelaga
untuk mengenalpasti
struktur dalaman ikan
pelaga.















Pengkarya melakar
ikan Peaceful Betta/
Crescent Betta
kerana ikan ini hanya
terdapat di Asia
Tenggara seperti

Malaysia, Indonesia
dan Selatan Thailand.

3.3 Lakaran Olahan Idea


Pengkarya memilih posisi ekor sebagai olahan idea karya kerana
pergerakan ekor dan sirip ikan pelaga dianggap sebagai posisi
penting dalam pengamatan audiens apabila melihat ikan pelaga
bergerak dimana ianya juga menjadi satu terapi psikologi untuk
menghilangkan tekanan emosi dan memberi ketenangan perasaan.

3.4 Kajian Komposisi Dan Reka Letak

3.5 Penjanaan Karya Akhir

3.4 Pilihan Karya Akhir

KAJIAN MEDIA DAN BAHAN




4.1 Cat Air

4.2 Catan Media Campuran

4.3 Alat, Media Dan Bahan























Pensil Warna Warna Krayon





















Warna Air
Warna Akrilik































Pensil Pelbagai Gred Pisau Palet

Bold Pen Artline Pen

































Cermin Pelbagai Berus






























Cat Emas (Water Base) Kanvas siap pemidang

PROSES PENGHASILAN KARYA



5.1 Proses Awal


































1. Penyediaan media dan bahan.






































2. Proses menghasilkan lapisan pertama karya.

3. Proses menghasilkan lapisan kedua karya.

























4. Proses menghasilkan lapisan ketiga karya.






























5. Proses menghasilkan lapisan keempat karya.

6. Proses menghasilkan lapisan kelima karya.
















































7. Proses menghasilkan lapisan keenam karya.

8. Dalam proses menghasilkan lapisan ketujuh karya.

Rujukan (References)




BettaFish (2021). https://japanesefightingfish.org/betta-imbellis/

Baessler, L. (n.d.). Maklumat Biofilia: Ketahui Bagaimana Tumbuhan Membuat

Kita Rasa. Https://Ms.Nowinthegarden.Com/8333-Biophilia-Information-
Learn-How-Plants-Make-Us-Feel.Html. Retrieved June 12, 2021, from

https://ms.nowinthegarden.com/8333-biophilia-information-learn-how-

plants-make-us-feel.html
Hanafi Muljohardjono, D. M. (n.d.). MEMANFAATKAN ANIMAL ASSISTED

THERAPY PADA LAYANAN GERIATRIK.

Http://Journal.Unair.Ac.Id/Download-Fullpapers-Psikiatri70a2c6248efull.Pdf.
Retrieved June 12, 2021, from http://journal.unair.ac.id/download-

fullpapers-psikiatri70a2c6248efull.pdf

Joan Fam, H. H. (2021). The Miracle of Animal Assisted Therapy in Malaysia.
Https://Mnawf.Org.My/PDF/36-40.Pdf. https://mnawf.org.my/PDF/36-40.pdf

KlikDokter (2021). https://www.klikdokter.com/info-sehat/read/3280728/hilangkan-

stres-dengan-melihat-ikan-berenang-di-akuarium

Raman, M. (2020). Hentikan Penganiayaan Ikan Hiasan. Https://Foe-
Malaysia.Org/My/Articles/Hentikan-Penganiayaan-Ikan-Hiasan/. https://foe-

malaysia.org/my/articles/hentikan-penganiayaan-ikan-hiasan/

PropertyGuru (2021). https://www.propertyguru.com.my/property-guides/jenis-
ikan-laga-tips-jaga-di-rumah-malaysia-46983


Click to View FlipBook Version