Taekwondo ataupun Tae Kwon Do merupakan seni bela diri Korea yang paling
terkenal. Ia telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi Hong Hi, seorang
panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea dan turut
dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu seni bela diri dari Asia).
Dalam bahasa Korea, Tae bermaksud "tendangan atau menendang"; Kwon bermaksud
"tumbukan atau menumbuk"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo
bolehlah diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
Taekwondo mempunyai beberapa warna tali pinggang yang menunjukkan peringkat
atau pangkat seseorang pengamal seni bela diri ini.
Putih
Kuning
Hijau
Biru
Merah atau Coklat
Hitam
Setiap tali pinggang mempunyai 2 peringkat atau pangkat sebelum dinaikkan ke
pangkat seterusnya. Tali pinggang hitam mempunyai 9 peringkat . Peringkat atau
pangkat bagi talipinggang hitam dipanggil "DAN". Pemegang tali pinggang 9th DAN
dikenali sebagai GRANDMASTER.
Di Malaysia terdapat beberapa persatuan Taekwondo tempatan yang bernaung di
bawah beberapa persatuan Taekwondo antarabangsa, antaranya:
World Taekwondo Federation (WTF)
International Taekwondo Federation (ITF)
Global Taekwondo Federation (GTF)
Perbezaan ketara antara WTF dengan ITF dan GTF adalah cara pembelajarannya. WTF
banyak mementingkan aspek kesukanan di mana ia telah diiktiraf oleh Majlis Olimpik
dan telah menjadi salah satu acara di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 iaitu Sukan
Olimpik di Sydney, Australia.
ITF dan GTF pula banyak mementingkan aspek mempertahankan diri dan kesenian.
Tidak seperti WTF, kedua-dua persatuan ini ingin mengekalkan kesenian Taekwondo
yang berusia beribu-ribu tahun dan tidak hanya untuk mengutip mata apabila sesuatu
pertandingan diadakan.
1. Kuda – Kuda (Seogi)
Sikap kuda – kuda dalam seni bela diri taekwondo ini terbagi jadi 3 macam,
diantaranya sebagai berikut ini:
a. Sikap Kuda – Kuda Terbuka (Neolpyo Seogi)
Naranhi Seogi atau Sikap Sejajar
Ap Seogi atau Sikap Jalan Pendek
Junchum Seogi atau Sikap Duduk
Dwit Kubi atau Sikap Kuda – Kuda L
Beom Seogi atau Sikap Kuda – Kuda Harimau
Ap Kubi Seogi atau Sikap Jalan Panjang.
b. Sikap Kuda – Kuda Tertutup
Koa Seogi atau Sikap Kuda – Kuda Kaki Menyilang
Moa Seogi atau Sikap Kuda – Kuda Tertutup.
c. Sikap Kuda – Kuda Khusus
Bojumeok Junbi Seogi atau Sikap Kuda – Kuda Siap dengan Menutup Kepalan
Kibon Junbi Seogi atau Sikap Kuda – Kuda Siap.
2. Pukulan (Jireugi)
Ada banyak sekali teknik pukulan yang terdapat pada olahraga seni bela diri
Taekwondo, iaitu:
Yeop Jireugi merupakan Pukulan Samping
Chi Jireugi merupakan Pukulan Dari Bawah Ke atas
Dolryeo Jireugi merupakan Pukulan Mengait
Pyojeok Jireugi merupakan Pukulan dengan Sasaran
Momtong Jireugi merupakan Pukulan Mengarah ke Tengah (Pukulan Mengarah ke Ulu Hati)
Are Jireugi merupakan Pukulan ke Bawah
Oreon Jireugi merupakan Pukulan Dengan Tangan Kanan Yang Dilakukan Sambil Menendang
(Ap Chagi)
Eolgol Jireugi merupakan Pukulan ke Atas (Pukulan Mengarah ke Kepala)
Dujumeok Jeocho Jireugi merupakan pukulan 2 kepalan membungkuk meninju ke depan
Chetdari Jireugi merupakan Pukulan ganda ke arah tengah
Dangkyo Teok Jireugi merupakan Pukulan Meninju Rahang.
3. Sabetan (Chigi)
Dung Jumeok Eolgul Ap Chigi merupakan Sabetan Depan dengan Bonggol Atas Kepalan
dengan Sasaran Atas
Palkup Dollyo Chigi merupakan Sabetan Memutar dengan Siku Tangan
Palkup Pyojeok Chigi merupakan Sabetan Siku Tangan dengan Sasaran
Mureup Chigi merupakan Sabetan dengan Lutut
Deung Jumeok Bakkat Chigi merupakan Sabetan dari Dalam ke Luar dengan Bonggol Atas
Kepalan
Han Sonnal Mok Chigi merupakan Sabetan dengan Pisau Tangan
Jebipoom Mok Chigi merupakan Sabetan dari Luar ke Dalam dengan Tangkisan Pisau Tangan
Me Jumeok Naeryo Chigi merupakan Sabetan dari Atas ke Bawah.
4. Tusukan (Chireugi)
Pyeonsonkeut Upeo Chireugi merupakan Tusukan dengan Telapak Tangan Mendatar
Kawison Keut Chireugi merupakan Tusukan dengan 2 Jari ke Arah Mata
Pyeonsonkeut Sewo Chireugi merupakan Tusukan dengan Telapak Tangan Tegak
Hanson Keut Chireugi merupakan Tusukan dengan 1 Jari ke Arah Mata.
5. Tendangan (Chagi)
Ap Chagi merupakan Tendangan depan ke arah perut memakai kaki depan
Dollyo Chagi merupakan Tendangan dari arah samping
Yeop Chagi merupakan Tendangan samping memakai pisau kaki
Dwi Chagi merupakan Tendangan belakang
Twieo Ap Chagi merupakan Tendangan depan yang dilakukan sambil melompat
Twieo Dwi Chagi merupakan Tendangan belakang yang dilakukan sambil melompat
Twieo Yeop Chagi merupakan Tendangan samping yang dilakukan sambil melompat
Dubal Dangsang Chagi merupakan Tendangan dengan dua target sasaran
Goley atau Nare Chagi merupakan Tendangan ganda
Sip Chagi An Chagi merupakan Tendangan yang dilakukan sambil melompat dan tangkisan
aremaki
Penriyti Chagi merupakan Tendangan keliling
Dwi Hurigi merupakan Tendangan berputar melalui belakang
Dol’e Chagi merupakan Tendangan mencangkul ke arah kepala memakai tumit.
6. Tangkisan (Maki)
Sonnal Momtong Makki merupakan Tangkisan ke tengah dengan pisau tangan
Batang Son Momtong An Makki merupakan Tangkisan ke tengah dari luar dengan bantalan
telapak tangan
Kawi Makki merupakan Tangkisan menggunting
Sonnal Bitureo Makki merupakan Tangkisan melintir dengan satu pisau tangan
Hecho Makki merupakan Tangkisan ganda ke luar
Eotgoreo Arae Makki merupakan Tangkisan silang ke arah bawah
Wesanteul Makki merupakan Tangkisan ganda memotong arah bawah dan ke luar
Are Maki merupakan Tangkisan ke arah bawah buat menangkis tendangan
Eolgol Maki merupakan Tangkisan ke arah kepala
Bina Magi An Maki merupakan Tangkisan yang dimulai dari lengan bawah dan saat masuk ke
dalam harus melalui lengan atas
An Palmok Momtong Bakkat Maki merupakan Tangkisan ke arah lengan bawah
An Makki merupakan Tangkisan ke tengah dari luar ke dalam
Bakkat Makki merupakan Tangkisan ke tengah dari dalam ke luar.