The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d087746, 2022-06-18 10:53:11

ANYFLIP PERIBAHASA

ANYFLIP PERIBAHASA

BAHASA MELAYU

TEMA : BAHASA DAN KESUSASTERAAN
TAJUK : PERIBAHASA WARISAN BUDAYA

Maksud Peribahasa

Peribahasa ialah kumpulan dua atau lebih perkataan bermakna yakni bahasa kiasan
yang telah mantap bentuknya. Dalam erti kata lain, peribahasa ialah ayat atau
kumpulan kata yang tetap susunanya dan mempunyai maksud tertentu dengan tujuan
memberi nasihat, pengajaran, teguran, sindiran dan lain-lain.

Jenis Peribahasa Himpunan kata yang memiliki susunan yang tetap.
Peribahasa terdiri daripada : Sipulan bahasa mempunyai maksud yang
Simpulan Bahasa berlainan daripada makna kata yang
membentuknya.
Kata Bidalan Kata bidalan atau lebih popular sekadar disebut
Pepatah bidalan ialah kategori peribahasa yang
mengandungi nasihat dan pengajaran.
Perumpamaan Kata pepatah ialah peribahasa yang berangkap dan
seolah-olah terselit irama. Ciri yang jelas dalam
Kata-kata Hikmat pepatah dapat dilihat pada pengulangan kata yang
bertujuan untuk memberi penegasan terhadap
unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan.
Bahasa perumpamaan ialah peribahasa yang
membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Perumpaaan biasanya menggunakan kata
bandingan seperti bagai, ibarat, laksana, seperti
dan umpama.
Kata-kata hikmat merupakan ungkapan yang
mempunyai makna yang dapat memberi
pengajaran, teladan, kesedaran, dan peringatan
kepada kita.

Contoh Peribahasa

Contoh Simpulan Bahasa :
Contoh Kata Bidalan :

Contoh Pepatah :
Contoh Perumpamaan :

Contoh Kata-Kata Hikmat :

Baca dan kenalpasti peribahasa dalam petikan di bawah.

Peribahasa Melayu jelas menyatakan bahawa tak basah dek hujan, tak lekang dek
panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar
sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda-
mudi. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajahi minda
warisan yang dianggap pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Budaya “punk”
dan “gotic” umpamanya menerapkan unsur bawah tanah, yakni alam kematian dan
keseronokan yang bertunjangkan keghairahan melalui penggunaan pil khayal dan
dadah. Fenomena ini melunturkan semangat menghargai warisan bangsa. Tepuk dada,
tanya selera; berapa ramaikah yang mengenali dan menghargai pakaian tradisional?
Golongan yang muda masih bermain permainan tradisional mahupun suka akan
makanan tradisional? Oleh hal yang demikian, remaja seperti saya memainkan
peranan penting untuk mengembalikan zaman kegemilangan untuk warisan rakyat
Malaysia supaya tinggalan nenek moyang kita sentiasa subur dalam sanubari kita.

Sebagai rakyat yang berjiwa patriotisme, darah kita mengalir deras warisan
daripada nenek moyang kita. Hal ini dikatakan demikian kerana manusia tidak
mungkin melupakan asal usulnya kecuali berpegang pada sikap kacang lupakan
kulitnya. Sebagai remaja, saya akan mengaktifkan diri dalam persatuan atau kelab
permainan tradisional. Dengan menyertai aktiviti dalam kelab tersebut, saya dapat
memahami permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Hal ini bertepatan sekali
dengan peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta. Dengan menghadiri perjumpaan
dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing, kita dapat mengetahui
betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita yang mewariskan
permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini dapat
diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi. Jikalau warisan acara merejam
lembing dan wushu dapat diketengahkan ke arena sukan dunia, bagaimanakah pula
dengan wau dan gasing? Saya berpendapat bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Kita harus menghargai warisan rakyat Malaysia sebelum warisan ini diapresiasi
oleh orang asing.

Selain itu, anak remaja seperti saya yang umur baru setahun jagung, darah
baru setampuk pinang perlulah mengingati warisan nenek moyang seperti pantang
larang sekali gus mempraktikkannya. Hal ini dikatakan demikian kerana kita akan
memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman daripada amalan tersebut. Di

samping itu, kita dapat mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada amalan pantang
larang tersebut. Antara pantang larang yang penting ialah anak gadis tidak digalakkan
duduk di anjung rumah dan bernyanyi didapur. Selain itu, kita diajar tidak memakai
kasut di dalam rumah dan bercakap sewaktu menikmati hidangan. Jika dilihat dari
sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain dapat
mengelakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu,
warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang
kehidupan agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang
jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga. Oleh itu, janganlah kita
menconteng arang dimuka ibu bapa kita.

Warisan rakyat Malaysia memang luas. Antara warisan yang perlu
dipertahankan ialah busana. Pakaian tradisional kita melambangkan ketinggian nilai
hidup serta kehalusan hasil tangan masyarakat dahulu kala. Golongan pelajar seperti
saya sewajarkan memainkan peranan yang penting dengan mengetengahkan pakaian
tradisional. Pemakaian busana klasik ini bukan sahaja menutup aurat, malah dapat
menonjolkan keistimewaan Malaysia kepada jagatraya. Remaja seperti saya wajarlah
memakai pakaian tradisional untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis tidak rasmi
seperti jamuan. Pakaian tradisional seperti baju kurung dan baju kebaya bukan sahaja
menampilkan kecantikan diri seseorang gadis malah kemanisan gadis yang
memelihara adab pemakaian dan adab berjalan apabila berpakaian tradisional.
Mahukah kita melihat dengan bangganya busana tradisional kita dipakai oleh model
terkenal dunia lalu berjalan dipentas fesyen dunia. Kita harus mengorak langkah
untuk merealisasikannya kerana genggam bara api, biar sampai jadi arang.

Tugasan Kumpulan :
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas maksud dan
penggunaannya.

1) Bagai isi dengan kuku
____________________________________________________________________
2) Memerah otak
_____________________________________________________________________
3) Air dincincang takkan putus
_____________________________________________________________________
4) Bagai bulan jatuh ke riba
_____________________________________________________________________
5) Bersatu teguh, bercerai roboh.
_____________________________________________________________________
6) Bagai dihiris sembilu
_____________________________________________________________________


Click to View FlipBook Version