INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA, KOTA KINABALU,SABAH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) -KERJA KURSUSKURSUS: BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF KOD KURSUS : MPU3112m GRED: KANDUNGAN i. Tugasan 1: Penghasilan Produk ii. Tugasan 2: Persembahan iii. Tugasan 3: Penulisan NAMA PELAJAR EVA CLESTEE STEVEN ANGKA GILIRAN 2022072440134 KUMPULAN PISMP TESL SJKC 2 AMBILAN AMBILAN JUN 2022 SEMESTER SEMESTER 1 TAHUN 1 NO. TELEFON BIMBIT 01125225170 ALAMAT E-MEL [email protected] NAMA PENSYARAH KHADIJAH ADENAN KRITERIA Tugasan 1: Penghasilan Produk Tugasan 2: Persembahan Tugasan 3: Penulisan JUMLAH (100%) PEMERIKSA 1 PEMERIKSA 2 A. Pengesahan Pelajar : (Diisi semasa menghantar) Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu. .................................................................. TANDATANGAN PELAJAR: TARIKH : 24 SEPTEMBER 2023 B. Pelajar menerima maklum balas hasil tugasan: (Diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada Pensyarah)
1.0 Pengenalan Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak zaman Empayar Sriwijaya pada abad ke-7 masihi, dan kedudukan ini berterusan sehingga kini. (Nur Iman, 2017). Dalam konteks ini, “Bahasa Jiwa Bangsa” merupakan pepatah Bahasa Melayu yang jelas membuktikan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek mampu membentuk sebuah identiti serta menjadi lambang kewujudan masyarakat yang madani. Mengikut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu yang umumnya dikenali sebagai Bahasa Malaysia, adalah bahasa rasmi yang fungsi dan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipertandingkan. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah menaiktaraf status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. (Jabatan Penerangan Malaysia). Seiring dengan itu, terbentuklah Bahasa Melayu yang memainkan fungsi yang signifikan dalam kehidupan seharian masyarakat. 2.0 Fungsi Bahasa Melayu Penggunaan Bahasa Melayu pada abad ke-21 ini tidak hanya terhad sebagai alat pertuturan dan komunikasi sahaja. Dalam hal ini, Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan juga bahasa ilmu. (Norliza, 2023). Bahasa kebangsaan merujuk kepada bahasa yang digunakan secara meluas dan diterima di negara dengan pelbagai bahasa dan loghat lain (Kamus Dewan Edisi Keempat). Seterusnya, bahasa rasmi dalam konteks ini bermaksud penggunaan Bahasa Melayu Bahasa Melayu dalam perundangan kerajaan persekutuan dan negeri, pentadbiran, dan komunikasi rasmi untuk menjamin keberkesanan serta keseragaman dalam perkara yang berkaitan dengan tadbir urus dan domain perundangan. (Liyana, 2020). Selanjutnya, bahasa perpaduan berperanan sebagai medium komunikasi merentas etnik untuk meningkatkan perpaduan dan toleransi antara pelbagai lapisan masyarakat, mengurangkan kekurangan komunikasi dan perselisihan faham (Siti Norayu, 2012). Di samping itu, Bahasa Melayu juga menjadi wadah dalam bidang pendidikan untuk mengungkapkan ilmu pengetahuan. Jelaslah bahawa, penelitian mendalam terhadap ketetapan fungsi Bahasa Melayu dalam perlembagaan ini membolehkan kita memahami bagaimana Bahasa Melayu bukan hanya sekadar alat komunikasi, tetapi juga penjalin keharmonian dan identiti dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
3.0 Kesantunan Bahasa Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kesantunan sebagai sifat perlakuan yang mulia dalam penggunaan bahasa, baik secara lisan mahupun tulisan. Manakala, bahasa merupakan alat perhubungan sesama manusia yang digunakan sebagai medium komunikasi. Ringkasnya, kesantunan ditakrifkan sebagai penggunaan bahasa yang bagus, bertatasusila, beradab serta menunjukkan sifat mulia dan menghormati lawan bicara (Awang, 2007). 3.1 Kerancuan Bahasa Kewujudan platform media sosial seperti Whatsapp, Twitter, dan Tik Tok dijadikan sebagai medium untuk berkomunikasi, mempermudahkan urusan untuk tujuan pendidikan, perkongsian ilham, serta saluran hiburan. Namun, kemajuan teknologi yang tidak terhad ini telah mengubah landskap komunikasi lisan antara sesama dengan ketara. Kerancuan bahasa ialah suatu situasi yang menggambarkan penggunaan bahasa yang tidak konvensional dan tersusun (Nurkhairunnisha et al., 2022). Perkara ini terjadi apabila penggunaan bahasa menyimpang daripada norma linguistik yang ditetapkan, merangkumi sintaksis, morfologi, fonologi, kosa kata, dan istilah. Fenomena ini membawa kepada kekacauan dan ketidakselarasan dalam pembinaan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa kata, dan istilah (Anne & Saidatul Nornis, 2020). Dalam konteks ini, penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat pertuturan telah kehilangan nilai kesantunan akibat percampuran bahasa dalam pertuturan seseorang individu.
3.2 Analisis Isu Rajah 1: Percampuran bahasa yang berlainan dalam ayat Rajah 1 jelas menunjukkan penggunaan ‘bahasa rojak’, iaitu percampuran bahasa yang berlainan dalam satu ayat melalui platform media sosial. Kajian daripada Hidayah et al. (2019) menyatakan bahawa media baharu yang menjadi medium kepada medium pelajar masa kini untuk berkomunikasi dan berkongsi pendapat merupakan faktor pendorong utama penggunaan bahasa rojak secara berleluasa. Dalam hal ini, penggunaan Bahasa Melayu yang menyalahi sistem dan struktur sepatutnya kebiasaannya berpunca daripada segelintir masyarakat yang tidak sensitif, serta memiliki tahap penguasaan bahasa kebangsaan yang kian lemah. Di samping itu, pengetahuan individu dalam bahasa asing juga menyebabkan mereka memilih untuk menjelaskan sesuatu istilah itu menggunakan bahasa yang berlainan. Pembetulan: Nampaknya, Mirul sudah bertambah baik. Pembetulan: Adik saya merupakan pelajar UM, mereka baru tahu bulan lepas bahawa harus bayar terus.
Bahasa singkatan Bahasa Pasar Pembetulan: Baiklah, kita berkongsi. Bahasa Kesat Penggunaan bahasa kesat tidak sepatutnya digunakan Rajah 2: Penggunaan ragam bahasa yang tidak tepat Berdasarkan Rajah 2, contoh yang jelas dapat dilihat dalam penggunaan bahasa yang tidak tepat dalam kehidupan seharian. Bahasa singkatan merupakan antara bentuk penulisan yang acapkali digunakan dalam khidmat pesanan ringkas pada masa kini (Tay, 2011). Dalam hal ini, bentuk penulisan ini sering digunakan agar mesej dapat disampaikan dengan cepat, mudah, dan padat. Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa pasar yang merujuk kepada bahasa yang telah dicampuradukkan daripada bahasa, dialek dan loghat lain juga diguna pakai tanpa mengira penggunaan sistem tatabahasa yang betul. Penggunaan bahasa ini tidak asing lagi di negara kita dek penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Malahan, penggunaan bahasa kesat dalam perbualan seharian juga dapat dikenal pasti kerana seseorang individu itu merasakan mereka dapat mengekspresi perasaan mereka dengan menggunakan kata adjektif yang bersifat kesat.
Ironinya, kehadiran kerancuan bahasa dalam kalangan masyarakat mampu menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Hujah ini disokong lagi oleh Noor Aida et al. (2016) melalui penegasan bahawa sebarang bentuk penulisan yang telah bercampur akan menjejaskan struktur bahasa tersebut. Maka, inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan ialah dengan mewajibkan aktiviti Minggu Bahasa Melayu di setiap sekolah melalui aktiviti seperti penyediaan bahan bacaan dan pelaksanaan aktiviti penulisan kreatif dalam Bahasa Melayu yang gramatis. 4.0 Kesimpulan Sebagai konklusinya, penggunaan Bahasa Melayu yang tepat seharusnya diimplementasikan dalam diri semua masyarakat tidak kira bangsa, kaum, dan budaya. Penggunaan bahasa yang tidak tepat tidak seharusnya dijadikan norma dalam kalangan masyarakat. Prakarsa yang paling signifikan seharusnya bermula dengan diri sendiri, agar penerapan penggunaan Bahasa Melayu yang gramatis dapat dijadikan sebagai teladan kepada individu lain agar. Natijahnya, seluruh rakyat seharusnya bekerjasama untuk membendung peleluasan isu kerancuan bahasa kerana hilang bahasa, lenyaplah bangsa.
RUJUKAN Anne Jeffrey Kihob & Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2020). Kerancuan Bahasa Dalam Karangan Murid Sekolah Menengah Di Daerah Tuaran, Sabah: Mixed Language in Essay of Secondary Students in Tuaran District, Sabah. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 31(2), 97. https://doi.org/10.51200/manu.v31i2.2633 Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hidayah Shafiee, Ahmad Fahmi Mahamood, Abdul Rahman Abdul Manaf, Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakon, Abdul Jalil Ramli, Zuraidi Ahmad Mokhdzar, Jamsari Jamaluddin, Maskor Bajuri & Mohd Erpi Mohd Ali. (2019). Pengaruh bahasa rojak di media baharuterhadap bahasa kebangsaan. International Journal of Law, Government and Communication, 4 (15), 141- 153. Jabatan Penerangan Malaysia, (n.d). https://pmr.penerangan.gov.my/?page_id=1128#:~:text=Perkara%20152%20P erlembagaan%20Persekutuan%20menjelaskan,dimantapkan%20dengan%20A kta%20Bahasa%20Kebangsaan1967. Kamus Dewan Edisi Keempat. (n.d.). Bahasa Kebangsaan. Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bahasa+kebangsaan Kamus Dewan Edisi Keempat. (n.d.). Kesantunan. Dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kesantunan Liyana Samsudin. (2020, September 1). 1 September 1967 - Bahasa Melayu, Bahasa Rasmi negara. Rnggt. https://rnggt.com/20207691/ Noor Aida Mahmor, Nasariah Mansor & Faizah Ahmad. (2016). “HaHaHa... Cool Gila Kau Punya Acting Ariana...”: Percampuran Kod dalam Novel “The Wedding Breaker”. Journal of Education and Social Sciences, 4, 192–200. Norliya Jamaluddin. (2023, July 2). Upaya Bahasa Melayu sebagai Sarana Ilmu. Universiti Putra Malaysia. https://hep.upm.edu.my/article/upaya_bahasa_melayu_sebagai_sarana_ilmu71256 Nur Iman. (2017, January 3). Fungsi Bahasa melayu :). Fungsi Bahasa Melayu :). http://yaaranuar.blogspot.com/2017/01/fungsi-bahasa-melayu.html Nurkhairunnisha Amani Mohd Faizal, Nurul Emelda Abdullah Safarizal & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). Penggunaan Bahasa Rancu Dalam Medium Twitter Oleh Generasi Z. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(01), 19–28. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/viewFile/301/214 Siti Norayu Mohd Basir (2012). Perpaduan etnik menerusi penggunaan bahasa melayu. Arau: Penerbit Universiti Malaysia Perlis. https://www.researchgate.net/publication/269223543_PERPADUAN_ETNIK_M ENERUSI_PENGGUNAAN_BAHASA_MELAYU
Tay Meng Guat. (2011). Analisis linguistik terhadap penggunaan bahasa sms dalam kalangan guru pelatih. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, 10, 1-26