The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BM SK1 NURUL AMIRAH BINTI MUHAMMAD HUSSIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL AMIRAH, 2022-03-31 11:57:47

TUGASAN 1 BMMB1104

BM SK1 NURUL AMIRAH BINTI MUHAMMAD HUSSIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
KOTA KINABALU, SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)

NAMA PELAJAR [BM SEKOLAH RENDAH]
(AMBILAN JUN 2021)
KERJA KURSUS
SEMESTER 2, TAHUN 1
SESI JAN - JUN 2022

: NURUL AMIRAH BINTI MUHAMMAD HUSSIN

NO KAD PENGENALAN : 030202-12-0498

ANGKA GILIRAN : 2021072310027

KUMPULAN/UNIT : BM SK1

KOD/NAMA KURSUS : BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN
MELAYU
TUGASAN 1
TAJUK TUGASAN PENGHASILAN PRODUK

(30%)

TARIKH MULA 28/2/2022

TARIKH HANTAR 20/3/2022

NAMA PENSYARAH : EN. AG AHMAD BIN HJ AG SIRING
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU

TANDATANGAN TARIKH
20/3/2022
Dengan ini saya mengaku bahawa saya
telah menerima maklum balas dari
pensyarah kerja kursus ini dan saya
telah merujuk dan memahaminya.

1

PENGHARGAAN
Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya berjaya saya siapkan tugasan bagi
BMMB1104 dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah BMMB1104 iaitu En. Ag Ahmad kerana
dengan tunjuk ajar serta ilmu yang beliau curahkan, dapat saya menyiapkan tugasan ini
mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
sentiasa memberikan kata-kata semangat ketika saya menghadapi saat-saat sukar
sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan
seperjuangan kerana sudi berkongsi ilmu serta memberi bimbingan kepada saya.
Sekian, terima kasih.

2

ISI KANDUNG

1.0 Pengenalan..................................................................................................................... 4
2.0 Jenis, Bentuk dan Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu .......................................................... 4

2.1 Jenis Kesusasteraan Melayu ................................................................................... 4
2.1.1 Sastera Lisan……………………………………………………………………….4
2.1.2 Sastera Tulisan……………...…………………………………………………......4

2.2 Bentuk-Bentuk Kesusasteraan Melayu……………………………….…………………4
2.3 Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu………………………………………………………….5
3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu ........................................................................................ 5
4.0 Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional ................................................................ 6
4.1 Manifestasi Akal Budi Pantun................................................................................... 7
4.2 Manifestasi Akal Budi Syair……………………………………………..…………….….7
4.2 Manifestasi Akal Budi Seloka…………………………………………...……….……….8
4.2 Manifestasi Akal Budi Gurindam……………………………………………..………….9
5.0 Rumusan…………………………………….………………………………………………..…9
6.0 Rujukan…………………………………………..………………………………………………10

3

1.0 Pengenalan

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya yang disampaikan melalui bahasa.
Kesusasteraan sebagai manifestasi bagi gerak jiwa manusia manakala sastera ialah karya
seni kreatif dengan menggunakan bahasa yang indah dan menarik. Kesusasteraan dapat
diungkap istilahnya melalui perkataan sastra yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata
dasar sas- bererti mengajar manakala tra- ialah alat. Oleh itu, sastra membawa erti alat
untuk mengajar. Perkataan sastra tersebut telah ditambah beberapa imbuhan pada
awalan iaitu su- yang bermaksud baik, manakala imbuhan ke- dan an- bererti menyeluruh
dengan maksud memberikan petunjuk.

2.0 Jenis, Bentuk dan Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu
2.1 Jenis Kesusasteraan Melayu
2.1.1 Sastera Lisan

Sastera lisan atau turut dikenali sebagai kesusasteraan rakyat adalah
lahir dalam kalangan masyarakat Melayu yang kebanyakkannya terdiri
daripada petani dan nelayan. Sastera lisan digunakan oleh masyarakat
kerana mereka belum menguasai sistem tulisan secara menyeluruh
pada ketika itu. Namun, sastera dikembangkan melalui pertuturan dan
penceritaan secara lisan kerana daya kreativiti mereka yang tinggi.

2.1.2 Sastera Tulisan

Sastera tulisan wujud setelah kedatangan Islam pada abad ke-16 yang
berkembang sehingga mempengaruhi kebudayaan Melayu. Kesannya,
sistem tulisan Jawi sehingga terhasilnya zaman penulisan manuskrip
Melayu. Terdapat dua jenis bentuk bagi sastera tulisan iaitu bentuk
cerita dan bentuk bukan cerita.

2.2 Bentuk-Bentuk Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu mempunyai dua jenis bentuk iaitu prosa dan puisi untuk
mencerminkan kehidupan masyarakat Melayu. Prosa adalah berdasarkan ayat-
ayat biasa iaitu penggunaan tatabahasa yang mudah difahami oleh masyarakat
kerana strukturnya yang tidak tertakluk kepada keadaan. Antara contoh prosa ialah
cerpen, novel, esei dan sebagainya. Selain itu, bagi puisi pula yang menggunakan

4

bahasa berirama serta mempunyai rentak membolehkan masyarakat tertarik
dengan keindahan bahasanya. Puisi merupakan penulisan yang perlu disusun
setiap frasanya pada setiap baris. Puisi yang mengandungi unsur-unsur bahasa
yang indah bertujuan untuk menyampaikan kesedaran mahupun pengajaran
kepada masyarakat. Tambahan pula, puisi adalah berbeza dengan prosa kerana
terdapat unsur penekanan nilai estetik suatu bahasa. Pelbagai contoh puisi seperti
sajak, syair, pantun, gurindam dan sebagainya.

2.3 Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu terdiri daripada lima aspek ciri-ciri dalam sastera yang
menggambarkan keindahan bahasa dalam karya sastera. Ciri utama ialah lisan
iaitu kata-kata yang merupakan medium penyampaian sastera tersebut. Hal ini
kerana, masyarakat pada zaman dahulu mempunyai bakat untuk menghasilkan
karya yang pelbagai seperti prosa atau puisi. Selain itu, peralihan ciri lisan
membawa kepada tulisan yang menyebabkan perubahan besar dalam bidang
sastera. Melalui perkara ini, lahirnya karya sastera yang berfokuskan istana kerana
kebolehan menulis Jawi lebih banyak dimahiri oleh golongan bangsawan.

Seterusnya ialah ciri kreatif yang terdiri daripada karya-karya prosa dan puisi
naratif dan bukan naratif manakala ciri keempat iaitu bukan kreatif yang terdiri
daripada esei, rencana dan sebagainya. Akhir sekali ialah ciri estetik yang
menunjukkan keindahan sastera yang dihasilkan oleh penulis. Melalui nilai estetik,
penulis atau pengkarya dapat mengungkapkan isi hati dengan lebih terperinci dan
mendalam.

3.0 Fungsi Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu mempunyai keindahan tersendiri yang dilihat dari segi gaya
bahasa, struktur cerita dan peranan yang didaktik dalam sastera. Namun, sastera Melayu
turut memainkan peranan penting sebagai pedoman kepada masyarakat untuk
memperoleh kemajuan. Terdapat pelbagai fungsi sastera Melayu kepada masyarakat iaitu
dari segi hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.

Sastera Melayu dijadikan sebagai hiburan kerana ianya mampu mempengaruhi emosi
pembaca atau pendengar kerana terdapat unsur kelucuan dan irama yang tersusun.
Buktinya, pantun sangat diminati oleh masyarakat kerana pelbagai variasi digunakan

5

seperti lirik lagu popular dan unsur hiburan yang diselitkan mampu membawa keindahan
dalam pembacaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kesusasteraan penting dalam bidang pendidikan kerana
ia mengandungi unsur-unsur pengajaran, nilai moral dan ilmu pengetahuan kepada
pembaca. Buktinya, pada tahun 1957 mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah
diperkenalkan di Malaysia. Antara fungsi utama sastera Melayu dalam pendidikan adalah
membina insaniah dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana, sastera Melayu mampu
memupuk nilai-nilai kemanusiaan dalam diri pelajar agar bijak dalam mengambil
keputusan. Kesannya, negara kita dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bermoral dan
berjati diri sebagai pemimpin pada masa depan.

Selain itu, fungsi sastera dari segi dakwah ialah memberikan nasihat kepada pembaca
dalam pelbagai ragam estetik, bentuk dan gaya bahasa. Selain itu, masyarakat dapat
merenung kembali perlakuan mereka selama ini sebagai titik tolak untuk membentuk
sahsiah yang berkualiti dan akhlak yang baik. Sastera Melayu ditulis dengan corak al-
Awami iaitu memperlihatkan kehidupan beragama baik dan al-Khassi iaitu memenuhi
konsep sastera. Perkara ini membantu dalam menggerakkan transformasi kemanusiaan
dalam membimbing masyarakat ke arah lebih sempurna.

Akhir sekali, sastera berfungsi sebagai kritikan sosial kerana ia berfokuskan masyarakat,
kehidupan dan manusia. Masyarakat mempunyai latar belakang yang berbeza dan secara
tidak langsung mempengaruhi tindakan serta adab setiap manusia. Oleh itu, sastera
Melayu berfungsi untuk menegur, mengkritik dan menyampaikan mesej kepada
masyarakat.

4.0 Manifestasi Akal Budi dalam Puisi Tradisional

Puisi tradisional amat penting bagi masyarakat Melayu ketika berkomunikasi kerana
ia menggambarkan kehalusan budi, ketinggian ilmu dan pemikiran. Budi merupakan wakil
bagi perasaan, kesedaran, keyakinan dan dorongan yang dilihat dari sudut pertuturan,
perlakuan mahupun kehalusan berbahasa. Di samping itu, akal ialah proses mencari
pemahaman tentang sesuatu, membuat pertimbangan dan membuat refleksi dengan
menggunakan minda.

6

4.1 Manifestasi Akal Budi Pantun

Pantun ialah sastera Melayu dengan mempunyai kehalusan budi dan ketajaman
akal yang berfungsi untuk menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan
sebagainya. Puisi tradisional ini terdiri daripada empat baris serangkap dan rima
akhir ialah a, b, a, b. Setiap rangkap dalam pantun terdiri daripada pembayang dan
maksud pembayang.

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi,

Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Berdasarkan pantun tersebut, ia mencerminkan kehidupan dan persekitaran
masyarakat Melayu kerana melalui intelektual masyarakat dahulu bahawa pohon
senduduk tumbuh meliar di persekitaran masyarakat Melayu. Namun, nasib pohon
senduduk sungguh memilukan kerana apabila pokok langsat berbuah lebat, pohon
senduduk tidak dipedulikan. Manakala, gading dan tanduk ialah kiasan bagi sikap
manusia mengenai keakraban orang Melayu. Tidak dapat dinafikan, gading tidak
akan dapat mengatasi tanduk menurut nilai estetik. Oleh itu, pantun tersebut
sebagai kiasan mengenai sikap manusia yang melupakan sesuatu apabila telah
mendapat sesuatu yang lebih baik.

4.2 Manifestasi Akal Budi Syair

Syair ialah puisi berlagu yang berangkap dan digunakan sebagai hiburan kepada
masyarakat. Syair berbentuk terikat dan tidak mempunyai sebarang pembayang
serta bilangan perkataan ialah empat hingga lima perkataan sebaris. Terdapat
pelbagai jenis syair seperti syair cerita, syair nasihat, syair ilmu dan sebagainya.

Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat

Rangkap pertama dalam syair Bidasari tersebut merupakan pengenalan mengenai
seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Baris ketiga pada rangkap

7

tersebut menyatakan bahawa pengarang mahu dikenali sebagai fakir kerana
adanya sifat merendah diri dalam diri pengarang. Seterusnya, pengarang turut
menyatakan tujuan hikayat ini pada baris yang keempat iaitu menjadi contoh atau
pedoman mahupun perbandingan kepada masyarakat mengenai pemerintahan
raja di Negeri Kembayat.

4.3 Manifestasi Akal Budi Seloka

Seloka ialah puisi tradisional yang bebas dan mempunyai bentuk tertentu iaitu dari
segi rangkap, jumlah baris dan irama. Seloka digunakan untuk menunjukkan
masyarakat yang berhemah dengan mementingkan keamanan dan
ketatasusilaan. Buktinya dapat dijelaskan melalui seloka popular iaitu Emak Si
Randang.

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Seloka tersebut menggambarkan masyarakat yang mendahulukan tetamu namun
ia bersifat menyindir sikap tersebut. Contohnya, frasa yang berbunyi “Anak pulang
kelaparan, anak di pangku diletakkan” menunjukkan bahawa Emak Si Randang
mengabaikan anaknya yang kelaparan namun orang lain diberikan perhatian dan
layanan yang baik seperti dalam frasa “Kera di hutan disusui”. Kita seharusnya
mengutamakan ahli keluarga berbanding orang lain kerana sikap sebegini akan
memberi masalah kepada diri dan dibenci masyarakat. Selain itu, seloka ini juga
menyindir masyarakat yang bersikap baik namun tidak berpada-pada. Contohnya,
frasa “Baik budi Emak Si Randang, Dagang lalu ditanakkan”.

Di samping itu, frasa “Tiada kayu rumah diruntuhkan” menggambarkan Emak Si
Randang yang boros kerana berhabisan duit. Frasa “Dagang pergi awak
terhutang” menunjukkan akibat menanggung hutang kerana sikap yang boros
berbelanja. Akhir sekali, seloka ini turut menyindir mereka yang tidak bersungguh-

8

sungguh apabila melakukan kerja. Buktinya, frasa “Beras habis padi tak jadi” ialah
akibat Emak Si Randang yang sibuk melayan tetamu sehingga mengabaikan
tamanannya. Oleh itu, kita haruslah bersungguh-sungguh apabila melakukan
sesuatu agar tidak merugikan diri sendiri.

4.4 Manifestasi Akal Budi Gurindam

Gurindam merupakan puisi Melayu lama dan perkataan gurindam berasal
daripada bahasa Sanskrit iaitu kirindam yang bermaksud perumpamaan.
Gurindam berfungsi dalam mengetengahkan unsur-unsur pendidikan yang
menyelitkan iman dan nilai moral.

Kurang fikir, kurang siasat,
Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa.

Gurindam di atas ialah Gurindam Beberapa Petua Hidup hasil karya Za’ba.
Rangkap pertama dalam gurindam tersebut memberi peringatan kepada pembaca
bahawa hidup akan sesat sekiranya manusia kurang berfikir dan tidak meyelidik
sesuatu perkara terlebih dahulu. Seterusnya, rangkap kedua memberikan saranan
kepada pembaca agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Hal
ini kerana, timbulnya salah faham dan wujud sengketa antara satu sama lain
sekiranya manusia tidak berfikir sebelum berkata-kata. Oleh itu, kita haruslah
berfikir dengan bijak sebelum melakukan sesuatu dan gurindam dapat dijadikan
petua dalam hidup agar dapat membentuk peribadi diri yang lebih baik.

5.0 Rumusan

Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan ciri-ciri
serta mengandungi unsur-unsur estetika dan keindahan bahasa yang tinggi. Selain itu,
sastera Melayu memainkan peranan yang penting untuk memimpin manusia agar bijak
membuat keputusan demi kesempurnaan hidup. Oleh hal yang demikian, masyarakat
haruslah berusaha untuk menjiwai dan mendalami sastera Melayu kerana ia merupakan
warisan budaya dari generasi sebelum ini yang perlu dipelihara.

9

6.0 Rujukan

Ali, A. H. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu
tradisional. Pendeta, 2, 99-117.

Ayob, O., Chin, R., & Raja Hassan, T. R. (2020). Rumpun Jurnal Persuratan Melayu,
8(2), 49-59.

https://rumpunjurnal.com/jurnal/index.php/rumpun/article/view/131/93
Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan,

&Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu.
Pustaka Al-Ehsan.
Chitra, B. P., & MZ, Z. (2019, 10). Tindak Tutur Pantun Melayu Deli. Jurnal Penelitian
Pendidikan Bahasa dan Sastra, 4(2), 490-493. https://jurnal-
lp2m.umnaw.ac.id/index.php/JP2BS/article/view/312/274
Ismail, A. R., & Mohamad, D. K. (2017). Kesusasteraan Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd.
Kesusasteraan. (2021, Disember 6). Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan
Mana Sikana. (2020, Oktober 4). Islam memartabatkan sastera. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/103791/KHAS/Pendapat/Islam-
memartabatkan-sastera
Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya
Melayu dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of
Education and Training (InJET), 1(2), 1-10.
Rahmat, D. A. B., Zainuddin, D. M. N. B., Abu Bakar, S. B., Hassan, H. A. R. B., &
Awang, D. H. B. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.
Pustaka Al-Ehsan.
Zakaria, N., Abdullah, A., Zakaria, S. Z. S., Mutalib, M. H. A., Lambri, A., Jamaldin, S. S.,
... & Derak, R. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun:
Akal Budi and Reflection of Malay Identity in Pantun. The Sultan Alauddin

10

Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 89-97.
https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_Cerminan_
Jati_Diri_Melayu_dalam_Pantun

11

12


Click to View FlipBook Version