The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by balqisahmad77, 2022-04-02 23:24:05

BROSUR PEMBUKAAN SEKOLAH 2022

BROSUR BUKA SEK APRIL 2022

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
BERSEMUKA

04 APRIL2022

JOM KE

SEKOLAH

Unit Hal Ehwal Murid
SMK Bukit Jelutong
40150 ShahAlam

No. Tel:03-78467940

SELAMAT KEMBALI KE
PERSEKOLAHAN SESI 2022 BUAT

SEMUA MURID PERALIHAN,
TINGKATAN 1,2,3,4 DAN 5

Kehadiran Murid
Ibu bapa/ penjaga adalah diminta untuk memaklumkan secara rasmi
akan ketidakhadiran anak/ anak jagaan kepada pihak sekolah (guru
kelas) sebelum atau pada hari yang sama dengan kadar segera.

Murid juga perlu akur dengan waktu datang dan balik sekolah bagi sesi
pagi iaitu 7.20 pagi memandangkan waktu pertama pdpc ialah pada
7:30 pagi. Waktu pulang adalah pada pukul 12.30 tengah hari
Waktu datang dan balik sekolah bagi sesi petang pula ialah pada pukul
12:45 tengah hari – 5:15 petang dari Isnin - Khamis. Manakala pada
hari Jumaat waktu datang dan balik ialah pada pukul 2:15 petang –
5:15 petang

Kelonggaran Pemakaian Seragam Murid

Murid yang mempunyai kesukaran memakai pakaian seragam sekolah,
murid tersebut diberi pilihan untuk memakai pakaian lain yang menutup
aurat , bersesuaian, kemas dan sopan selaras dengan Prinsip Rukun
Negara yang ke – 5 iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. ( Etika
memasuki premis kerajaan iaitu dengan tidak memakai seluar pendek,
seluar koyak, skirt atas paras lutut, memakai selipar, baju tanpa lengan )

Murid-murid juga diingatkan agar aspek-aspek berkaitan kekemasan diri
perlu dipatuhi.

Murid-murid juga diingatkan agar terus mematuhi peraturan-peraturan
sekolah yang telah ditetapkan.

Prosedur Keselamatan Pencegahan COVID-19

Secara umum pelaksanaan dasar terdiri daripada:
• Murid dan guru perlu mengelak daripada bersalaman atau

bersentuhan dengan orang lain.
• Sentiasa kekalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1

meter.
• Wajib memakai pelitup muka terutama sepanjang berada dalam

kawasan sekolah. Pemakaian pelitup muka berganda
digalakkan.
• Elakkan perkongsian peralatan seperti alat tulis, buku dan
sebagainya.
• Jadikan amalan menjaga kebersihan sebagai satu cara hidup
dengan sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau sanitizer.
• Kuku perlu pendek agar lebih bersih.
• Tidak berkongsi makanan dan peralatan sudu garpu.

WaktuPersekolahanBulanRamadan

ISNIN – JUMAAT SESI PAGI
7:20 PAGI – 12:30

T/HARI

SESI PETANG ISNIN – KHAMIS
12:45 T/HARI – 5:15 PETANG

JUMAAT
2:15 – 5:15 PETANG

PELAKSANAAN DASAR SOP MURID
KE SEKOLAH

• a) Kehadiran Murid Masuk Ke Sekolah
• Ibu bapa / Penjaga diminta segera untuk mengambil anak

sekiranya mendapat panggilan dari pihak sekolah jika suhu badan
anak tinggi (menunjukkan tidak sihat) .
• Ujian Minda Sihat secara berkala oleh guru bimbingan dan
kaunseling bagi mengesan murid yang terkesan dengan norma
baharu di sekolah.
• Nota: Semua laluan ke kelas adalah sehala

b) Di dalam kelas

• Semua murid berada di dalam kelas yang telah ditetapkan.
• Murid dikehendaki duduk di meja dan kerusi yang telah ditetapkan.
• Mohon akur pada pelan kedudukan yang telah ditetapkan oleh guru

kelas.
• Sentiasa amalkan penjarakan sosial.
• Sentiasa pastikan meja dan kerusi berada pada kedudukan yang

telah ditetapkan.

c) Waktu Rehat

SESI PAGI SESI PETANG
Hari Tempoh
WAKTU Masa WAKTU Masa Hari Tempoh

REHAT 9:30 - Isnin - 30min REHAT 2:15 - 2:45 Isnin - 30min
T3 10:00 Jumaat T1 2:45 - 3:15 Khamis 30min
3:15 - 3:45
REHAT 10:00 - REHAT Jumaat
T4/ T5 10:30 T2

REHAT
T1/ T2

Ø Semua murid akan makan di dalam kelas.
Ø Bagi murid yang tidak membawa bekal, mereka dibenarkan

membeli makanan di kantin, dan makan di dalam kelas.

Ø Sepanjang waktu rehat, akan ada guru bersama- sama murid di
dalam kelas.

Ø Murid- murid amat digalakkan membawa bekal.

Ø Murid dikehendaki membersihkan tangan sebelum dan selepas
makan. Tong sampah yang bertutup akan disediakan di setiap
kelas.

Murid digalakkan membawa sudu, garpu dan penyedut minuman
sendiri.
Makanan daripada pihak luar (Grab Food, Food Panda) tidak
dibenarkan dipesan semasa waktu rehat.

d) Tandas
Ø Pas guru diperlukan untuk bergerak keluar ke tandas.
Ø Hanya menggunakan tandas yang dibenarkan.
Ø Elakkan penggunaan tandas yang dilabelkan “ X”.
Ø Kekalkan penjarakan sosial.

Ø Setiap kali sebelum dan selepas penggunaan tandas, sila bersihkan
dengan bahan yang dibekalkan.

e) Makmal Sains
Ø Peraturan am penggunaan makmal dan bilik PSV serta bilik-bilik

khas, kekal.
Ø Murid berbaris dan diiringi oleh guru untuk ke bilik-bilik khas

dengan penjarakan sosial.
Ø Murid tidak dibenarkan duduk di tempat yang bertanda “ X “.
• Nota: Guna pintu depan sebagai laluan masuk dan pintu belakang

sebagai laluan keluar.

f) Waktu Balik
Ø Gunakan laluan yang telah ditetapkan (sehala).
Ø Tidak dibenarkan berjalan beriringan dan kekalkan jarak 1 meter

dengan diawasi oleh guru subjek yang terakhir kelas tersebut.
Ø Murid akan bergerak terus ke pintu pagar yang ditetapkan.
Ø Patuhi arahan guru untuk pintu keluar.

Nota: Tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah selepas
tamat persekolahan.

g) Surau
• Dibenarkan untuk solat.
• Sila bawa sejadah dan telekung sendiri.

h) Bilik Guru & Bilik- Bilik Khas
• Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.

• HAL-HAL LAIN

• 1. Aktiviti Kokurikulum
• Semua aktiviti sukan dan kokurikulum dibenarkan hanya dalam

kawasan sekolah sahaja.
• 2. Aktiviti mata pelajaran ( PJPK ) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan

Kesihatan (PJPK) dibenarkan.
• 3. Pelaksanaan ujian SEGAK secara bersemuka dibenarkan.

Pelibatan Ibu bapa/ penjaga
Ø Ibu bapa/ penjaga perlu memberi kesedaran kepada anak/

anak jagaan mereka iaitu:
Ø Tidak berjabat tangan atau bersentuhan antara satu sama lain.
Ø Sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas

makan.
Ø Menghantar dan mengambil anak/ anak jagaan termasuk jika

dihubungi pihak sekolah.
Ø Menyediakan makanan dan minuman dari rumah bagi

mengurangkan pergerakan ke kantin.
Ø Memastikan sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah.
Ø Menasihati untuk tidak berkongsi peralatan termasuk makanan

dan minuman dengan orang lain.
Ø Menjaga kebersihan dan keselamatan sebelum dan selepas

pulang dari sekolah.
Ø Menyediakan pensanitasi tangan ( hand sanitizer), pelitup

muka, tisu lembap dan kain pengelap.

Tanggungjawab ibu bapa/ penjaga adalah:

Ø Berkomunikasi dengan guru dari semasa ke semasa untuk
mendapatkan maklumat pembelajaran anak/ anak jagaan
seperti jadual waktu atau perkembangan pembelajaran.

Ø Menyokong pembelajaran anak/ anak jagaan dengan
memberi motivasi.

Ø Memberi kerjasama yang berterusan terhadap aktiviti yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Saranan Kepada Ibu Bapa/ Penjaga
• Anak tidak akan ke sekolah jika bergejala: batuk, demam,

sesak nafas, suhu badan melebihi 37.5 C.
• Anak diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial

di kelas, di kantin dan semasa menunggu kenderaan.
• Anak diajar langkah mencuci tangan dengan betul

menggunakan 'hand sanitizer’ atau sabun dan air.
• Sentiasa mengingatkan anak agar mematuhi peraturan sekolah.
• Kesedaran dalaman murid terhadap keperluan menjaga kesihatan

diri sangat perlu diterapkan agar murid dapat menjaga diri dengan
sebaik-baiknya. Ibu bapa/ penjaga diharapkan dapat memaklumkan
guru kelas sekiranya anak tidak hadir ke sekolah.

Cegah COVID - 19 Elakkan 3S, Amalkan 3W

KEHADIRAN ANDA AMAT DIHARGAI

KAMI SEMUA MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN
ANDA KESEKOLAH

PENGETUA
EN. BAHARI BIN

SAID

PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN

PENTADBIRAN HEM
PN. NOORAZIZAH PN. AZIZAH BINTI CHE

BINTI CHE NAWI MAMAT

PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM PETANG

PN. NOOR KHAIRANI PN. AZLEENBINTI
BINTI OTHMAN
KHAMIS

TE RIMA KA S I H


Click to View FlipBook Version