The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1334-15-fathi, 2022-09-24 02:01:32

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA SERTA CABARAN DAN MASA HADAPAN BAHASA MELAYU

E PORTOFOLIO BMMB 1074

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS
BMMB 1074

Gambar

NAMA : MUHAMMAD FATHI FIKRI BIN AZHAR
ANGKA GILIRAN : 2022292310053
NO. TELEFON : 011-7286 6389
OPSYEN : BAHASA MELAYU
AMBILAN : JUN 2022
KOD KURSUS : BMMB 1074
NAMA KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : EN. MOHD. SHAHREN BIN ABDULLAH
JABATAN/UNIT : PENGAJIAN MELAYU
TARIKH SERAHAN : 24 SEPTEMBER 2022

Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar: __________________________ Tarikh: _______________

1

ISI KANDUNGAN Bil.muka surat
3
Kandungan 4
Penghargaan
1.0 Pengenalan 5&6
2.0 Sejarah Perkembangan bahasa melayu pramerdeka
2.1 asas 50 7,8&9
2.2 pejabat karang mengarang
2.3 pakatan belajar-mengajar pengetahuan bahasa Melayu 10,11&12
13
3.0 Sejarah perkembangan bahasa Melayu pascamerdeka 14
3.1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
3.2 Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
3.3 bahasa melayu dalam sistem pendidikan

3.3.1 Laporan Barnes
3.3.2 Laporan Fenn Wu
3.3.3 Ordinan Pelajaran
3.3.4 Laporan Razak

4.0 Cabaran dan masa hadapan bahasa Melayu
4.1 Pendidikan
4.2 Ekonomi
4.3 Pentadbiran kerajaan
4.4 Percampuran kod
4.5 Slanga
4.6 Keracunan bahasa di media sosial
5.0 Penutup
6.0 Senarai rujukan

2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya saya dapat menyiapkan
tugasan kerja kursus bagi subjek Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (BMMB 1074)
dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang diberikan oleh Yang Maha Esa saya ingin menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Mohamed Shahren Bin Abdullah yang
bertungkus lumus memberi ilmu yang tiada gantinya.Terima kasih sekali lagi kepada
pensyarah saya kerana meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana individu yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.Jasa anda amat saya
hargai.Tidak lupa juga kepada ibubapa dan rakan-rakan seperjuangan saya yang
menghulurkan banyak idea yang amat membantu dalam menyempurnakan tugasan ini.
Akhir sekali,ucapan ini saya tujukan khas kepada pensyarah saya,rakan seperjuangan saya
dan juga individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Segala bantuan yang
dihulurkan amat saya hargai.
Sekian,Terima Kasih.

3

1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang begitu unik sekali kerana kepelbagaian budaya
dan kaum yang amat menarik jika didalami.Antara budaya dan kaum yang wujud dalam
negara ini ialah kaum Melayu,Cina dan India.Kaum-kaum ini menuturkan bahasa mereka
sendiri ,contohnya kaum Cina menuturkan bahasa Cina manakala kaum Melayu
menuturkan bahasa Melayu.Walaubagaimanapun,di negara Malaysia , undang-undang
menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang harus ditutur oleh
kaum-kaum yang berada di Malaysia namun bahasa-bahasa lain bebas untuk
diajar.Sebelum mencapai kemerdekaan dengan sah pada tahun 1957 ,para pejuang tanah
air kita telah menumpahkan jasa kepada tanah air yang tercinta ini supaya bahasa melayu
dapat di kekalkan dan dapat dirasai oleh generasi sekarang.Tunku Abdul Rahman iaitu
Bapa Kemerdekaan telah pergi ke London untuk berunding demi mencapai kemerdekaan
yang mutlak.Hal ini demikian kerana Tunku Abdul Rahman mahu membela nasib bangsa
yang berada di Malaysia agar mereka tidak menanggung keperitan lagi.Oleh itu,rakyat
Malaysia harus menghargai usaha yang dilakukan oleh Bapa Kemerdekaan kita.Perkara
152 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain boleh digunakan dan
dipelajari.Hal ini menunjukkan usaha para pejuang kita menunjukkan hasil yang baik,jadi
kita sebagai rakyat Malaysia harus memartabatkan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa
Melayu.

4

2.0 Sejarah Perkembangan Melayu Pramerdeka
Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan sebagai Bahasa Melayu
Pramerdeka.Pada zaman pramerdeka ini ialah zaman yang memperjuangkan taraf dan
status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Tertubuhnya Asas 50 merupakan titik
permulaan era pramerdeka ini bermula.

2.1 Asas 50

Nama lainnya ialah Angkatan Sasterawan 50 dan tokoh-tokoh yang terlibat ialah Usman
Awang, Abdul Samad Ismail, Keris Mas, Jimy Asmara, Masuri SN, Mas, dan Asraf.
Tujuan penubuhan Asas 50 ini ialah :

 Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan
Melayu.

 Mengadakan pembaharuan dalam sastera taanpa melenyapkan yang lama
 Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya
 Bahasa dan Kesusasteraan mestilah dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan

dan perjuangan kemerdekaan.
 Kesusasteraan harus mengubah nilai yang usang kepada yang baru.

2.2 Pejabat Karang Mengarang

Zaman sebelum merdeka Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI) yang sekarang berada di UPSI memainkan peranan yang amat penting untuk
mengembangkan kesusasteraan bahasa Melayu ini.
Antara peranan Pejabat Karang Mengarang ini ialah :

 Menghasilkan rujukan ilmiah dalam bahasa Melayu dan inggeris serta
menganjurkan bengkel-bengkel penulisan.

 Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku , jurnal dan
sebagainya.

Antara tokoh yang berada di dalam Pejabat Karang Mengarang ini ialah :
 O.T. Dusseck
 Za’ba

5

2.3 Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
Pakatan ini ditubuhkan pada tahun 1988 di Johor Bahru untuk memajukan Bahasa Melayu
secara berkumpulan.Ia merupakah salah sebuah badan pembinaan dan pengembangan
Bahasa Melayu sebelum merdeka.
Antara tujuan penubuhan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa ini ialah :

 Mewujudkan perpustakaan
 Untuk mengendalikan perbincangan tentang Bahasa Melayu.
Matlamat penubuhan :
 Memelihara , memperlengkap dan mempermoden Bahasa Melayu
 Memelihara tulisan jawi
 Mencipta perkataan baharu
 Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan
Sebagai konklusinya pakatan ini memainkan peranan yang penting untuk memartabatkan
Bahasa Melayu pada zaman pramerdeka ini.Hal ini membolehkan generasi sekarang
Menikmati keindahan dan dapat mengekalkan bahasa kebangsaan ini.

6

3.0 Sejarah Perkembangan Melayu Pascamerdeka

Zaman pascamerdeka ialah pada zaman selepas merdeka bermula pada 31 Ogos 1957
hingga 1967.Pada zaman tersebut , Bahasa Melayu telahpun menjadi bahasa kebangsaan
negara Malaysia ketika itu.Antara bukti Bahasa Melayu telah berkembang semasa zaman
pascamerdeka ialah :

 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan
 Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
 Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

3.1 Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan

Dalam perkara ini , ia telah menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa
kebangsaan negara Malaysia namun bahasa-bahasa lain boleh digunakan dan diajar oleh
sesiapa sahaja.Hal ini demikian kerana majoriti penduduk di Malaysia ialah kaum
Melayu.Selain itu,bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi di negara ini
lantas dapat melahirkan masyarakat yang mengenal jati diri sekiranya menggunakan
bahasa Melayu.Di samping itu,penggunaan bahasa Melayu yang sudah sekian lama
digunakan semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dimana para pedagang
berurusan dengan penduduk asal tanah air ini dengan menggunakan bahasa
Melayu.Pada ketika itu,bahasa Melayu menjadi lingua franca iaitu bahasa perantara dan
digunakan oleh penduduk tempatan mahupun saudagar yang datang berniaga.

3.2 Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Sebuah jabatan ini telah yang bernama Dewan Bahasa dan Pustaka atau nama lainnya
ialah Balai Pustaka telah ditubuhkan pada 22 jun 1956 di Johor Bahru.Tujuan penubuhan
jabatan ini ialah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara. Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan
berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 dan dengan penaikan taraf
ini , DBP telah diberi kuasa autonomi , antaranya ialah :

 Menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif
 Menggubal dasarnya yang khusus
 Menyusun program pembinaan

7

3.3 Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan

 Laporan Barnes ( 1951 )
 Laporan Fenn-Wu ( 1951 )
 Ordinan Pelajaran ( 1952 )
 Laporan Razak ( 1956 )

3.3.1 Laporan Barnes

Laporan ini disediakan oleh L.J. Barnes iaitu seorang pengarah latihan sosial di
Universiti Oxford.Laporan ini membahas tentang cadangan penubuhan sekolah
kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar.Maka terjadilah isu ketidakpuashatian kaum cina dan juga kaum
india lantas membentuk Laporan Fenn-Wu pada tahun 1951.Tujuan laporan ini
disediakan kerana untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan
orang Melayu.

3.3.2 Laporan Fenn-Wu

Tujuan laporan ini dibuat ialah untuk mengkaji semula kewajaran Laporan Barnes
kerana ketidakpuashatian masyarakat cina terhadap laporan tersebut kerana
mereka menganggap bahawa laporan tersebut bertujuan untuk menghapuskan
bahasa cina dan budayanya.Laporan ini mencadangkan bahawa sistem
persekolahan yang berasaskan kaum akan diganti kepada pendidikan yang tidak
bercorak perkauman.Oleh itu,bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan digunakan
sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan.

3.3.3 Ordinan Pelajaran

Ordinan Pelajaran 1952 merupakan langkah pertama yang dilaksanakan oleh
pihak British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu.Hal ini
demikian kerana kedua-dua laporan mempunyai cadangan yang bertentangan.
Antara cadangan yang terdapat dalam Ordinan Pelajaran ialah mengadakan dua
sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar manakala sebuah lagi menggunakan bahasa
Inggeris.

8

3.3.4 Laporan Razak
Laporan Razak telah ditulis pada tahun 1956 sebagai salah satu usaha untuk
membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Laporan Razak merupakan tolak ansur
di antara Laporan Barnes (digemari oleh orang Melayu) dan Laporan Fenn-
Wu (digemari oleh orang Cina dan India) dan antara perkara penting yang
dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah
Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi SRK.Laporan
Razak mengetengahkan bahasa Melayu sebagai medium bahasa yang utama
dalam pengajaran dan pembelajaran.

9

4.0 Cabaran dan masa hadapan bahasa Melayu
Di bawah topik ini kita dapat memecahkan kepada beberapa topik iaitu :

 Pendidikan
 Ekonomi
 Pentadbiran kerajaan
 Percampuran kod
 Slanga
 Keracunan bahasa di media sosial

4.1 Pendidikan

Cabaran dalam pendidikan terbahagi kepada dua iaitu semasa pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Melayu dalam akta pendidikan tinggi
swasta.Dalam hal ini , guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran tetapi sebagai cabaran dalam pendidikan ini ialah tidak semua guru
itu diberi latihan khusus dalam bidang bahasa lantas dapat menjejaskan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.Hal ini demikian kerana kebanyakan guru bergantung
kepada buku teks dan juga aras pengetahuan asas murid yang berbeza-beza juga
menjadi kekangan dalam mengembangkan bahasa Melayu ini.

Selain itu,apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 telah diluluskan , maka
semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar.Oleh yang demikian,IPTS diberi pilihan sama ada memilih bahasa Melayu
atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Secara konklusinya, kelonggaran
untuk memilih bahasa pengantar yang diberikan kepada IPTS telah merendahkan
martabat bahasa Melayu dan melemahkan pencapaian falsafah .

10

4.2 Ekonomi

Dalam bidang ekonomi terdapat cabaran untuk mengembangkan bahasa Melayu
terutamanya dalam perniagaan dan pekerjaan.Dalam perniagaan,dokumen-dokumen
syarikat swasta menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama manakala
bahasa Melayu sebagai bahasa yang kedua.Hal ini menunjukkan bahawa martabat
bahasa Melayu telah direndahkan dan tidak dapat dikembangkan lagi

Selain itu, dalam pekerjaan juga bahasa Melayu boleh diperbaiki dan boleh
menjadikan masa hadapan bahasa Melayu menjadi cerah.Hal ini demikian kerana
graduan yang mendapat pilihan pekerjaan boleh memilih profesi perguruan lantas
menjadi guru bahasa Melayu dan akan menjamin masa hadapan bahasa Melayu.

4.3 Pentadbiran Kerajaan

Masa hadapan bahasa Melayu kelihatan cerah kerana di dalam surat rasmi dalam
pentadbiran kerajaan hendaklah ditulis dalam bahasa kebangsaan dan jika menerima
surat yang ditulis dengan bahasa lain,kerajaan hendaklah membalas surat tersebut
dengan bahasa Melayu juga.Jika surat rasmi antarabangsa pula , agensi luar
digalakkan menulis dengan menggunakan bahasa kebangsaan serta lampiran dalam
bahasa Inggeris.Dalam pengiklanan, hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan
dan juga perkhidmatan kaunter perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk
berkomunikasi.Konklusinya masa hadapan bahasa Melayu nampak cerah kerana
penyerapan bahasa Melayu ini telah diserap dalam urusan rasmi kerajaan.

4.4 Percampuran Kod

Percampuran kod merupakan satu fenomena yang biasa di kalangan mereka yang
boleh berbahasa lebih daripada satu.Contohnya mereka yang boleh berbahasa
Terengganu , contohnya dalam : dalang dan malam : malang.Hal ini kerana
penggantian konsonan (m),(n) dan (ng).Percampuran kod terjadi ketika seseorang itu
menukar bahasanya secara berganti-ganti untuk satu topik yang
sama.Contohnya,apabila seseorang itu bercakap menggunakan bahasa Inggeris dan
akan disambung dengan bahasa Melayu diakhirnya.Hal ini merupakan cabaran yang
hadir dalam perkembangan bahasa Melayu ini.

11

4.5 Slanga

Bahasa slanga ialah penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan – ungkapan
yang tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa . Antara faktor
pengaruh bahasa slanga ialah keinginan seseorang itu untuk meringkaskan perkataan
dan rangkai kata untuk memudahkan berkomunikasi.Selain itu,pengaruh akibat
kelaziman dalam persekitaran keluarga dan masyarakat.Hal ini merupakan cabaran
bahasa Melayu untuk diterapkan ke dalam hati masyarakat.

Masa hadapan bahasa Melayu kelihatan cerah kerana terdapat cara untuk mengatasi
bahasa slanga ini.Antaranya ialah mengadakan lebih banyak bengkel tentang
penggunaan bahasa.Selain itu,Media massa seperti televisyen,radio dan facebook
memberikan pendedahan mengenai penggunaan bahasa dalam kehidupan seharian.

4.6 Keracunan bahasa di media sosial

Fenomena keracunan bahasa di media sosial sudah semakin berleluasa.Penggunaan
bahasa rojak ini sudah menjadi barah dalam masyarakat kita pada hari ini.Hal ini
merupakan cabaran yang perlu ditempuhi untuk memastikan keaslian bahasa Melayu
dapat dikekalkan.Selain itu,pengaruh bahasa asing telah menjadi barah dalam
konteks bahasa Melayu ini.Oleh itu,bahasa yang digunakan dalam media sosial
haruslah menepati ciri-ciri bahasa Melayu yang tulen.

Masa hadapan bahasa Melayu akan baik sekiranya masalah pencemaran bahasa di
media sosial dibendung.Hal ini kerana masyarakat gemar menggunakan media sosial
sebagai tempat mengadu dan sebagainya.Masyarakat lebih dekat dengan media
sosial dan jika penggunaan bahasa dapat digunakan dengan baik mungkin dapat
menjamin masa hadapan bahasa Melayu akan bertambah baik.

12

5.0 Penutup
Secara konklusinya,bahasa Melayu ini merupakan bahasa ibunda kita yang harus dipelihara
oleh masyarakat sekarang.Keindahan bahasa Melayu harus dirasai oleh generasi akan
datang agar legasi bahasa Melayu ini tidak terhapus begitu sahaja.Bahasa Melayu
merupakan identiti kita sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan inilah warisan yang
harus dipelihara oleh kita.Kita haruslah menggunakan bahasa Melayu dengan betul kerana
tidak mahu mencemarkan bahasa Melayu.Para pejuang tanah air kita dahulu telah
bertungkus-lumus memelihara bahasa Melayu kita agar dimartabatkan,jadi sebagai
masyarakat yang bertanggungjawab kita haruslah menjaga bahasa Melayu ini dengan baik.

13

6.0 Senarai Rujukan

 Nur Emiza binti Azmi,(2021),sejarah perkembangan bahasa melayu,Institut
Pendidikan Guru Kampus Perlis
https://anyflip.com/jxouy/edmh/basic

 Bahasa Melayu OUM . bahasa melayu sebelum dan selepas merdeka . (2020)
http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/bahasa-melayu-sebelum-dan-
selepas.html

 Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin,(april 30,2018),peranan dewan bahasa dan
pustaka dalam memartabatkan bahasa Melayu
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-
pustaka.html

 Nazmie Samarahan,(12 september 2008),Menjana Pedagogi Terbilang dari
http://pedagogi-islam.blogspot.com/2008/09/laporan-barnes-dan-fenn-wu.html

 Ibrahim Majdi Mohamad Kamil & Maliati Mohamad,(2020),CABARAN
PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM USAHA MENCAPAI NEGARA BANGSA
DI MALAYSIA Asian People Journal (APJ), 3(2), 188
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/152

 Zulaikha. (t.t). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan
Pascamerdeka. [SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA]. Anyflip.
https://anyflip.com/zupsk/nrab/

 suuhaib Marzuki ,(2013,julai 04),Bahasa Pasar Dan Bahasa Slanga
https://www.scribd.com/document/151729649/Bahasa-Pasar-Dan-Bahasa-Slanga

 Noor Aida Mahmor, Faizah Ahmad & Nasariah Mansor (2014). Kerancuan Bahasa :
Cabaran dalam PendidikanNegara dan Pembinaan Negara Bangsa . Universiti Utara
Malaysia
http://group4kkbbsop2.blogspot.com/2016/10/cadangan-cadangan-pendidikan.html

 Othman Hussain, Lutfan Jaes, Fauziah Ani dan Zakrul Akmal Damin( 2018 ) –
Memperkukuh Peranan Bahasa Melayu Dalam Dunia Teknologi
https://www.researchgate.net/publication/322222284_MEMPERKUKUH_PERANAN_
BAHASA_MELAYU_DALAM_DUNIA_TEKNOLOGI

14


Click to View FlipBook Version