The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanie10391, 2021-10-05 22:38:28

Buku Program Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 SKTU

Sekolah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru

Keywords: sktu,PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA,
JOHOR BAHRU

80350 Johor Bahru, Johor
http://sktasekutara.blogspot.com

09 OKTOBER 2021 / Sabtu
10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Kediaman masing-masing

https://meet.google.com/zkp-napq-pyi

Sekapur Sireh

Guru besar

Pn. Zaiton Bt Jalaludin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpahan kurniaNya,
kita berjaya melaksanakan mesyuarat agung PIBG kali ke 18 Sekolah Kebangsaan Tasek Utara . Saya
mewakili pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga
yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama berdiskusi demi kecemerlangan pendidikan anak-
anak kita. Sesungguhnya, kehadiran ibu bapa pada hari ini menunjukkan komitmen yang tinggi bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah murid.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG sesi 2020 kerana telah banyak
menabur jasa,buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi pelbagai sumbangan
terhadap sekolah. Pada kesempatan ini juga, setinggi-tinggi ucapan penghargaan saya tujukan kepada
YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-guru serta staf sekolah kerana telah merancang, mengelola dan

  seterusnya melaksanakan mesyuarat dalam norma baharu.

Wabak covid-19 yang melanda dunia memberi tamparan hebat dalam kehidupan.
Bidang pendidikan menerima improvasi yang drastik dalam memastikan kelangsungan pembelajaran
dalam kalangan murid. Tahun 2020 telah menyaksikan perubahan sistem pendidikan negara dalam aspek
pentaksiran. Pemerkasaan pentaksiran bilik darjah telah menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
yang telah menjadi indikator utama kemenjadian murid sejak sekian lama.

Sebagai makluman, seramai 89 orang murid telah berjaya menamatkan sesi persekolahan
pada tahun 2020. Tahniah saya ucapkan. Tiada seorang pun dalam kalangan murid kita yang mendapat
TP 1. Namun begitu, data menunjukkan masih terdapat segelintir murid yang berada pada tahap TP 2
dalam beberapa subjek. Sebanyak 96 peratus murid berjaya memperoleh sekurang-kurangnya TP 3
dalam subjek Bahasa Melayu. Subjek Bahasa Inggeris mencatatkan 85 peratus manakala subjek
matematik mencatatkan 93 peratus penguasaan. Penguasaan sekurang-kurangnya TP 3 dalam subjek
sains pula ialah sebanyak 67 peratus.
Secara keseluruhannya, penguasaan yang ditunjukkan ini perlu dikekalkan dan diperbaiki dengan
penekanan khusus pada peringkat awal pendidikan anak-anak. Peribahasa melentur buluh biarlah
daripada rebungnya harus menjadi paksi utama dalam membentuk tahap keintelektualan dan sahsiah
murid-murid. Oleh hal yang demikian, para ibu bapa dan penjaga harus berganding bahu dengan para
guru dalam memastikan proses kemenjadian murid berada pada landasan terbaik.

1

Sekapur Sireh

Kes covid-19 terus mencatatkan angka jangkitan harian yang tinggi. Hal ini termasuklah
jangkitan dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menyeru ibu bapa serta
penjaga untuk menyokong program vaksinasi nasional yang sedang dijalankan mengikut kumpulan sasar
tertentu. Dukacita dimaklumkan, berdasarkan sistem APDM,terdapat seramai seramai dua orang murid
kita yang telah dijangkiti virus covid-19. Lebih mendukacitakan, mereka turut kehilangan penjaga akibat
wabak yang melanda ini. Percayalah, Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan kita
sendiri. Semoga keluarga yang terkesan terus tabah dalam menghadapi kehidupan seharian. Salam
takziah saya ucapkan. Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah melakukan kutipan menerusi transaksi
perbankan sebagai medium sumbangan untuk diberikan kepada murid-murid yang terlibat.

Beberapa sesi perbincangan dalam kalangan jawatankuasa PIBG telah dilaksanakan
sepanjang tahun 2020. Hal ini telah memberi kesan yang signifikan dalam memastikan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dapat dikecapi oleh murid-murid tanpa mengabaikan aspek kesihatan dan
keselamatan mereka.Komitmen ibu bapa dan penjaga dalam bentuk sumbangan wang ringgit serta buah
fikiran amat membantu pihak sekolah mempersiapkan persekitaran yang selesa dan selamat untuk murid-
murid. Wang sumbangan PIBG yang diberikan telah digunakan sebaik mungkin dalam menyediakan
pendidikan yang selari dengan revolusi penindustrian 4.0. Sehubungan dengan itu, peruntukan yang
besar telah digunapakai dalam membeli peralatan elektronik di makmal komputer serta membaikpulih
pendingin hawa agar murid-murid dapat melaksanakan pembelajar dalam suasana yang selesa. Selain itu,
sumbangan yang diberi turut digunakan untuk menambahbaik fungsi bilik-bilik khas. Sumbangan yang
diberi turut membantu pihak sekolah menggerakkan aktiviti kokurikulum justeru dapat memastikan
kemenjadian murid yang selari dengan falsafah pendidikan negara. Segala perbelanjaan dapat digarap
menerusi pembentangan penyata kewangan sebentar lagi.

  Untuk makluman para ibu bapa dan penjaga, agenda pendidikan secara bersemuka

hanya akan dilaksanakan secara berperingkat setelah dua minggu daripada tarikh peralihan fasa.
Sehubungan dengan itu, murid-murid di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sahaja akan
mula bersekolah pada 10 Oktober 2021. Murid-murid yang lain masih meneruskan pembelajaran di
rumah samada secara atas talian dan luar talian.
Guru-guru diberi pilihan untuk melaksanakan sesi pengajaran mengikut kemampuan dan keupayaan
individu. Oleh hal yang demikian, tiada ketetapan khas dalam pelaksanaan pengajaran mereka. Namun,
saya percaya, guru-guru saya telah memanfaatkan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran mereka
dengan sebaik yang mungkin.

Akhir kata, marilah kita berganding bahu dan sentiasa melangkah bersama demi
kelangsungan pendidikan anak-anak. Insya Allah, dengan komitmen dan sokongan padu yang dicurahkan
oleh semua warga SKTU termasuk PIBG, segala program yang disusun atur dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada warga SKTU dan Jawatankuasa PIBG yang berjaya
mengadakan mesyuarat kali ke-18 ini.
Sekian, terima kasih.

1

Seulas Pinang

YDP PIBG

En. Abu Bakar Bin Mustaffa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera
Yang Berusaha Puan Zaiton binti Jalaludin Guru Besar SK Tasek Utara, barisan pentadbir, guru-guru
serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi
menjayakan mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun secara atas talian. Saya mengucapkan
tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa rehat hujung minggu untuk menyertai
mesyuarat kita pada hari ini.

Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya
menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk

  dengan pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik

untuk semua ibu bapa bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi
kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.

Kes kovid memberikan impak dalam kehidupan seharian kita dan juga pembelajaran
anak-anak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan takziah kepada ibu bapa yang
kehilangan ahli keluarga akibat virus ini. Saya difahamkan ada dalam kalangan murid kita yang
dijangkiti virus ini. Lebih mendukacitakan, terdapat murid-murid kita yang kehilangan ibu bapa atau
penjaga. Takziah saya ucapkan. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah daripada wabak ini.Sebagai
Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah
diamanahkan dengan sebaik mungkin. Beberapa siri perbincangan dalam kalangan jawatankuasa
yang terdiri daripada ibu bapa dan guru telah diadakan pada tahun lalu.

Hasil mesyuarat tersebut telah memberi impak positif terhadap kelangsungan
pendidikan anak-anak di sekolah ini. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa
memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik.
Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Sumbangan
tersebut bukan semata- mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu bapa untuk memastikan
anak-anak sentiasa bermotivasi untuk belajar walaupun sekarang kita masih lagi PDPR (Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah). Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama
dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut
membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.

2

Seulas Pinang

Sumbangan yang diperoleh telah digunakan sebaik mungkin untuk memastikan
pembelajaran dikecapi dalam suasana yang kondusif. Sehubungan dengan itu, perbelanjaan
pengurusan seperti keceriaan bilik khas, penyelenggaraan pendingin hawa perpustakaan, pembelian
barangan elektronik dan beberapa lagi pembeliaan semperna pembukaan sekolah pasca kovid-19
telah menggunakan sumbangan yang diberikan oleh pihak ibu bapa. Ibu bapa boleh merujuk
kepada penyata kewangan sebagai rujukan.

Kejayaan yang yang diraih selama ini bertitik tolak daripada sumbangan dan usaha
serta doa semua ahli PIBG yang memainkan peranan penting dalam melahirkan murid yang
cemerlang dan berdaya saing selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Tanpa adanya komitmen dan kerjasama serta sokongan daripada Jawatankuasa PIBG, guru-guru dan
ibu bapa / penjaga maka segala program yang dirancang untuk anak-anak kita tidak akan berjaya
dilaksanakan dan akhirnya hasilan yang ingin dituai tidak seperti mana yang kita harapkan.

Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan
SKTU terus melakar kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat
meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi
kewangan mahupun tenaga. Dengan komitmen dan sokongan padu yang dicurahkan oleh semua
warga SKTU termasuk PIBG, maka segala program yang disusun atur dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada warga SKTU dan Jawatankuasa PIBG yang berjaya
mengadakan majlis secara atas talian pada kali ini.

  Sekian , terima kasih.

2

Tentatif Program

MESYUARAT AGONG PIBG
SK TASEK UTARA KE-18 / 2021

09 OKTOBER 2021 / SABTU

09.30 pagi : Pautan Mesyuarat Agung PIBG dibuka.

10.00 pagi : Bacaan doa

: Ucapan oleh YDP PIBG SK Tasek Utara.

(En. Abu Bakar Bin Mustaffa)

: Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar SK Tasek Utara

(Pn. Zaiton Bt Jalaludin)

: Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-17.

  : Pembentangan dan pengesahan laporan kewangan
PIBG 2020.

: Pembubaran AJK PIBG sesi 2020

: Lantikan Pengerusi YDP PIBG sementara

: Lantikan AJK PIBG baru sesi 2021

: Pembentangan dan perbahasan usul.

: Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG.

12.00 tengah hari : Majlis bersurai

3

Pembentangan Usul

 

4

Pembentangan Usul

 

4

Jawatankuasa PIBG
Sesi 2020

JAWATAN NAMA
EX-OFFICIO PIBG PN. ZAITON BINTI JALALUDIN
YANG DI PERTUA PIBG EN. ABU BAKAR BIN MUSTAFFA
NAIB YANG DI PERTUA PIBG EN. MOHD FARID BIN RIPIN
SETIAUSAHA PIBG EN. CHE HAMDAN BIN CHE ZAIN
NAIB SETIAUSAHA PIBG CIK FATIN NADIAH BINTI MOHD ARIS
BENDAHARI PIBG PN. NORASLINDA BINTI MOHAMED
PENGERUSI KISB PN. FADILAH BINTI MD DOM
PENYELARAS KISB (GURU) PN. NURUL FADHLIN SAKINA BINTI HAMDANI
JURU AUDIT DALAMAN (IBU BAPA) PN. NORMILA BINTI MOHD BOHARI
JURU AUDIT DALAMAN (GURU) PN. NABIHAH BINTI RAZALI
PEMEGANG AMANAH PN. MARSIAH BT SENIN
AJK PIBG BIRO : AKADEMIK & EN. AZHAR BIN MOHAMED
LATIHAN PN. NUR HIDAYAH BINTI JAMIL
AJK PIBG BIRO : SUKAN & KELAB EN. SUFFIAN BIN ADNAN
SUKAN EN. SHAIFUL BAHRI BIN IBRAHIM @ ISMAIL
AJK PIBG BIRO : MORAL & AGAMA PN. MASTURA BINTI MOHAMMED
EN. MUHAMMAD AQIL BIN ZAHARI
AJK PIBG BIRO : KESENIAN & PN. NORAFIZA BINTI MD NOH
SAMBUTAN MAJLIS CIK NURSYAZWANI BINTI TOLOS
AJK PIBG BIRO : KEBAJIKAN SOSIAL & PN. AINUL AKMAL BIN MOHD YUNUS
KEMASYARAKATAN PN. AFIFAH BINTI HASSAN AL ASHARI
AJK PIBG BIRO : KESELAMATAN & PN. JUMIYE BINTI LIMAN
DISIPLIN EN. MUHAMMAD NUR ASYRAF BIN RASHID
AJK PIBG BIRO : MAKLUMAT & EN. M. NASRUL HISYAM BIN ZAUKAFALI
KOMUNIKASI PN. NURUL FARHANAN BINTI MOHD SAAT
AJK PIBG BIRO : INFRASTUKTUR & EN. SHAIFUL ANUAR BIN MD. SALIM
KECERIAAN PN. NUR AIMI BINTI REMLI
AJK PIBG BIRO : PEMBANGUNAN EN. JAAFAR BIN JAMIL
DAN KEMUDAHAN ASAS EN. TAN LEAN CHUEN
AJK PIBG BIRO : DANA DAN PN. LILI MURNI BINTI MUHAMED
SUMBANGAN LUAR PN. SITI ALOHA BINTI YAHAYA

6

Agenda Mesyuarat

AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG
AGENDA 2 : Mengesahkan Minit Mesyuarat
AGENDA 3 : Agung Yang Lalu
AGENDA 4 : Pembentangan dan Pengesahan
AGENDA 5 : Laporan Kewangan PIBG 2020
AGENDA 6 : Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020
AGENDA 7 : Lantikan Pengerusi YDP PIBG
AGENDA 8 : Sementara
Lantikan AJK PIBG Baharu Sesi 2021
Pembentangan dan Perbahasan Usul
Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG

 

7

Minit Mesyuarat

Tarikh MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -17
Masa SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA, JOHOR BAHRU
Tempat
Pengerusi TAHUN 2020
Kehadiran : 9 Februari 2020
: 2.00 – 4.30 petang
: Dewan Sri Kencana SK Tasek Utara
: En. Abu Bakar bin Mustafa (YDP PIBG)
: 167 Orang

1 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2019
1.1 En. Abu Bakar bin Mustafa bersyukur kerana dapat berkumpul pada hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir.
1.2 En. Abu Bakar bin Mustafa juga turut mengucapkan ucapan terima kasih

kepada barisan Jawatankuasa PIBG sesi 2019 yang telah banyak
berkoban masa dan tenaga dalam membantu pihak sekolah
menjalankan program untuk murid .
1.3 Beliau menyeru agar ibu bapa yang mempunyai pengalaman dan
kepakaran serta berkerjaya professional tampil ke hadapan untuk sama-
  sama menyumbang idea dan tenaga bagi membantu pihak sekolah.

Makluman
1.4 Sumbangan PIBG adalah penting untuk membaik pulih infrastruktur sekolah

terutamanya bagi membaiki kerosakan yang telah dikenalpasti iaitu tangki
kumbahan yang bertakung dan juga jalan tar yang berhampiran dengan
kantin yang telah berlopak.

Makluman
1.5 Beliau mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh

semua pihak sepanjang pelantikannya sebagai YDP PIBG 2019.
Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE-16
2.1 En. Abu Bakar bin Mustafa membentangkan minit mesyuarat.

Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Nur Afzah binti Abd Razak.
Disokong untuk pengesahan oleh En. Mohd Rasib bin Ngadiman.

Makluman

8

Minit Mesyuarat

3 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
3.1 Dibentangkan oleh Pn. Noraslinda binti Mohamed.

Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Nur Hafisah binti Md. Noor.
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Nik Shahida binti Mohamad.

Makluman
4 PEMBUBARAN AJK PIBG 2019 DAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020
4.1 En. Farid bin Ripin dilantik sebagai pengerusi sementara.
4.2 En. Rasib bin Ngadiman mencadangkan agar AJK Tertinggi dan AJK PIBG

bagi sesi 2019 yang hadir dilantik semula bagi sesi 2020 dan AJK baharu
dipilih bagi menggantikan AJK yang tidak hadir pada mesyuarat kali ini..
4.3 Cadangan disokong oleh En Asmadi bin Ismail.
4.4 Pn. Zarina mencadangkan agar cadangan ditutup.
4.5 Disokong oleh sebulat suara.
4.6 Senarai AJK PIBG sesi 2020 boleh dirujuk pada lampiran.

5 PEMBENTANGAN USUL

5.1 En. Abu Bakar bin Mustafa menyemak kehadiran ibu bapa yang

menghantar usul dan memaklumkan usul daripada ibu bapa yang tidak

  hadir tidak akan dibaca .

Makluman

5.2 Usul yang pertama daripada En. Mohamad Zafar bin Mohd Ghazali yang

mengusulkan cadangan agar semua guru matapelajaran mencatatkan

kerja rumah yang diberikan kepada murid pada papan putih dan

guru waktu terakhir persekolahan mengambil gambar serta

memasukkan ke dalam group Whats App kelas khas untuk murid tahap

1. Usul ini dijawab oleh Pn. Zaiton binti Jalaludin dengan

memaklumkan bahawa usul ini diterima dan pelaksanaannya hanya

terhad kepada kelas tahap 1 sahaja terutamanya murid kelas

tahun 1. Ibu bapa turut dinasihatkan untuk menghormati privasi guru-

guru dengan menghadkan penggunaan group Whats App tersebut

sehingga 7 malam sahaja.

Tindakan : Pihak PIBG dan pengurusan sekolah

9

Minit Mesyuarat

5.3 Usul yang kedua daripada En Abdul Rahman bin Muhammad yang

mencadangkan penubuhan bajet khas untuk membaiki kerosakan

kecil di tandas murid dan guru dalam anggaran RM1000-RM2000

dan juga bajet khas untuk membaiki kerosakan dan

penyelenggaraan penghawa dingin di bili-bilik khas seperti

perpustakaan. Beliau juga mencadangkan agar tidak perlu membuat

kertas kerja bagi membaiki atau menyelenggara bilik-bilik khas.

Usul ini dijawab oleh En. Abu Bakar bin Mustafa dan beliau amat

berterima kasih atas keprihatinan En. Abdul Rahman dalam hal ini.

Menurut beliau, perbincangan akan dilakukan berkenaan hal ini

berdasarkan bajet semasa dan penyediaan kertas kerja bagi

penyelenggaraan adalah penting untuk memudahkan urusan audit

pada masa akan datang.

Tindakan : Pihak PIBG dan pengurusan sekolah

  6 HAL-HAL LAIN
6.1 YDP memberi peluang kepada ahli mesyuarat untuk memberi sebarang

cadangan ke arah kebaikan semua program yang telah dan akan

dijalankan kelak.

Makluman

6.2 En. Abu Bakar YDP PIBG mencadangkan agar bayaran sumbangan PIBG

pada tahun ini dikekalkan kepada RM 100.00 kepada setiap keluarga

kerana keperluan semasa yang perlu ditanggung oleh pihak sekolah

untuk menjalankan aktiviti dan program kecemerlangan murid.

Cadangan tersebut disokong oleh Che Hamdan Bin Che Zain dan ahli

mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan cadangan tersebut demi

kebaikan murid sekolah.

Tindakan : Pihak PIBG dan pengurusan sekolah

7 PENUTUP

7.1 Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

10

Laporan Kewangan

TARIKH PENDAPATAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
16,301.49
01.01.20 Baki awal 22,825.00 01.02.20 Sumbangan selenggara tandas murid 100.00

31.12.20 Sumbangan ibu bapa 02.02.20 Bayaran makan mesyuarat AJK 180.00

04.02.20 Sumbangan keceriaan Bilik Seni 1,500.00

Belanja Mesyuarat Agung Ke-17

04.02.20 Hadiah cabutan bertuah 300.00

09.02.20 Bayaran makan VIP, ibu bapa dan 755.00

09.02.20 Hiasan pentas 360.00

09.02.20 Hadiah kecemerlangan UPSR 1,500.00

09.02.20 Fotostat buku program 340.00

09.02.20 Banner 100.00

10.02.20 Sumbangan Majlis Sukan Zon 650.00

12.02.20 Bayaran baiki paip bocor 100.00

17.02.20 Sumbangan murid ke Pertandingan 100.00

Bola Jaring Peringkat Negeri

17.02.20 Sumbangan Kelab Bola Jaring 250.00

17.02.20 Sumbangan printer pejabat 480.00

27.02.20 Sumbangan baik pulih Rumah Hijau 610.00

25.02.20 Sumbangan baju sukan 96.00

02.03.20 Sumbangan Temasya Sukan 3,788.00

09.03.20 Sumbangan selenggara penghawa 300.00

dingin bilik khas

  09.03.20 Sumbangan Kelab Softbol 250.00

31.03.20 Beli hand sanitizer 400.00

19.05.20 Beli termometer 1,197.00

Sabun dettol 39.60

Face mask 300.00

Pembersih Antibakteria 390.00

16.07.20 Penyelenggaraan water cooler 436.00

19.07.20 Bayaran makan mesyuarat AJK 162.00

28.09.20 Sumbangan bayaran yuran 450.00

penyertaan Pertandingan Seni Visual

28.09.20 Beli meja makmal komputer 130.00

29.09.20 Beli peralatan makmal komputer 2,280.00

01.10.20 Sumbangan kipas Pendidikan Khas 750.00

15.10.20 Sumbangan baik pulih penghawa 5,000.00

perpustakaan

28.10.20 Sumbangan penyelenggaraan 5,380.00

elektrik sekolah

30.12.20 Caj perkhidmatan bank 6.00

JUMLAH 39,126.49 JUMLAH PERBELANJAAN 28,679.60
31.12.20 Baki akhir 10,446.89
39,126.49
JUMLAH
13

Laporan Kewangan

TARIKH PENDAPATAN RM TARIKH PERBELANJAAN RM
10,446.89 59.00
01.01.21 Baki awal Sumbangan dapur gas pra 139.00
18.02.21 sekolah
590.00
18.02.21 Sumbangan periuk nasi elektrik 2,100.00

pra sekolah 1,160.00

Sumbangan 'standing 6.00
19.02.21 thermometer'

22.02.21 Sumbangan penghawa dingin

Bilik pencetus minda

08.03.21 Sumbangan pemasangan dan

penyelenggaraan lampu dewan

30.03.21 Caj perkhidmatan bank

Jumlah JUMLAH PERBELANJAAN 4,054.00
30.09.21 Baki akhir 6,392.89
  DISEDIAKAN OLEH , 10,446.89 10,446.89

(NORASLINDA BINTI MOHAMED)
BENDAHARI PIBG, SK TASEK UTARA

DISAHKAN OLEH ,

(NORMILA BINTI MOHD BOHARI) (NABIHAH BINTI RAZALI)
JURUAUDIT 1 JURUAUDIT 2
DISAHKAN OLEH,
13
(ABU BAKAR BIN MUSTAFFA)
YDP PIBG, SK TASEK UTARA

Jawatankuasa Kerja

Penasihat : Pn. Zaiton Bt Jalaludin (Guru Besar SK Tasek Utara)
Pengerusi : En. Abu Bakar Bin Mustaffa (YDP PIBG)
Naib Pengerus I : En. Mohd Farid Bin Ripin (Naib Yang DiPertua PIBG)
Naib Pengerusi II : Pn. Marina Binti Ahmad (PK Pentadbiran)
: Pn. Norharidaton Bt Hamzah (PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : En. Mohd Rasib Bin Ngadiman (PK Kokurikulum)
Naib Setiausaha : Pn Elmisuria Binti Harith (PK Pendidikan Khas)
Bendahari : En. Che Hamdan Bin Che Zain
: Cik Fatin Nadiah binti Mohd Aris
: Pn. Norhaslinda binti Mohamed

JAWATANKUASA PELAKSANA

HOST PROGRAM BUKU PROGRAM
  1. Pn. Nurul Farhanah bt. Mohd Saat (K) 1. Cik Nursyazwani Binti Tolos (K)
2. Pn. Nur Aimi bt Remli
2. Cik Sharifah Shahira Bt Syed Ali 3. Pn. Marziah bt Hamzah
Redza 4. Pn. Hajir Aswita Binti Herman
BACAAN DOA
3. Nur Aqila Binti Ismail 1. En. Muhammad Aqil b. Zahari (K)
PENGACARA MAJLIS PENCATAT MINIT
1. Pn. Nur Fazurah bt. Abu Talib (K) 1. Pn. Nurshuadah bt Aripin (K)
PENDAFTARAN 2. Pn. Hazirah bt. Hassan
1. Pn. Haslina Binti Azili (K)
2. Pn. Noraslinda bt Mohamed
3. Pn. Nur Hidayah Zulkifli

14

Jawatankuasa Kerja

JURUFOTO/LAPORAN PENGIRAAN UNDI
1. Pn. Nur Afifa binti Dzolkipli (K) 1. Pn. Nur Hidayah binti Jamil (K)
2. Pn. Afifah bt. Hassan Al Ashari 2. Nur Ain Azreen bt. Mohtar
3. Pn.Nurul Fadhlin Sakina bt. 3. En. Muhammad Faizul Bin Mustafa

Hamdani Kamar
UCAPAN ALU-ALUAN BACKDROP MAYA
1. En. Muhammad Nur Asyraf Bin 1. Pn. Nasiha Sakina binti Sukirman (K)
2. Cik Fatin Nadiah binti Mohd Aris
Rashid (K) 3. Pn. Noor Aishah bt. Mohd Ramly
2. Pn. Nor Asnida bt Mad Daud
3. Pn. Norliza bt Kader Mydin
MERUMUS USUL/CADANGAN
IBUBAPA
1. Pn. Nabihah bt Razali (K)
2. Pn. Marsiah bt Senin
3. En.Tan Lean Chuen
4. En. Shaiful Bahri Ibrahim @

Ismail
  5. En. Muhammad Nor

Ishamuddin B. Rosli

15

Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;

Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat
Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.

Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;

Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.


Click to View FlipBook Version