The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leykelate, 2019-11-27 09:48:49

manual spkm

manual spkm

MANUAL SISTEM PELAPORAN
KEMENJADIAN MURID [SPKM]

Isi Kandungan

1. Mengambil data murid dari APDM ................................................................................................. 2
i. Import data murid dari APDM ke Microsoft Excel...................................................................... 3
ii. Pindah data murid dari Excel ke Access ...................................................................................... 6

2. Mengambil data kehadiran murid dari APDM ................................................................................ 9
3. Mengambil data Peperiksaan dari SAPS .......................................................................................15
4. Mengambil data PSIKOMETRIK dari Kaunselor Sekolah ...............................................................23
5. Mengambil data PAJSK dan SEGAK dari portal .............................................................................26
6. Mengambil data Pentaksiran Sekolah dari SAPS ..........................................................................27
7. Mengambil data APTITUDE_TAHUN 3 dari Kaunselor Sekolah ....................................................28
8. Mengambil data PAFA (SEK MEN) dari tapak PAFA ......................................................................32
9. Mengambil data IMK(Men)...........................................................................................................33
10. Mengambil data IKP (Men-Ting 3) ................................................................................................34
11. Mengambil data ITP Ting 1_2_4 ...................................................................................................35
12. Proses Data ...................................................................................................................................36
13. POWER BI ......................................................................................................................................38

1

1. Mengambil data murid dari APDM

1. Buka web browser dan buka laman sesawang apdm. Masukkan ID
Pengguna dan Kata Laluan. Klik HANTAR. Laman sesawang APDM
hanya boleh diakses oleh admin (Setiausaha APDM).

2. Pilih Modul Data/Padam Murid. Pilih kelas Tahun Enam. Klik Text. Fail
yang dimuat turun akan berada dalam C:\Users\namakomputer\Muat turuns.

2

i. Import data murid dari APDM ke Microsoft Excel

1. Buka Microsoft Excel. Pilih Open. Pilih teks fail yang telah dimuat
turun. Klik Open.

2. Pilih Delimited. Pilih My data has headers. Klik Next.

3

3. Nyahpilih Tab dan klik pada ruang di Semicolon. Klik Next.
4. Nyahpilih General dan pilih Text. Klik Finish.

4

5. Klik pada ruang No. KP. Buka pada menu Number Format.

6. Pilih Custom. Pilih General. Klik 2 kali pada ruang Type dan taip
nombor 0 sebanyak 12 kali. Klik OK.

5

ii. Pindah data murid dari Excel ke Access
1. Buka perisian Microsoft Access Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid.
2. Klik pada tab Add-ins.

6

3. Pilih Masuk Data dan pilih APDM

4. Buka fail Excel yang mempunyai data murid Tahun Enam tadi dan
Highlight pada ruang Kod Sekolah hingga Status Warganegara dan
tekan kekunci Ctrl+c untuk menyalin data.

7

6. Buka fail Access dan Highlight pada ruang Kod Sekolah hingga Status
Warganegara dan tekan kekunci Ctrl+v untuk menampal data.

7. Data yang berjaya disalin sepatutnya seperti gambarajah di atas.

8

2. Mengambil data kehadiran murid dari APDM

1. Buka web browser dan buka laman sesawang apdm. Masukkan ID
Pengguna dan Kata Laluan. Klik HANTAR. Laman sesawang APDM
hanya boleh diakses oleh admin (Setiausaha APDM).

2. Pilih Modul Kehadiran. Pilih LAPORAN KEDATANGAN MURID.

9

3. Pilih kelas Tahun 6 dan tekan butang Papar.
4. Pilih bulan terkini.
5. Skroll ke bawah dan tekan butang Cetak.

10

6. Save as PDF dan Save di Desktop.

7. Buka fail PDF tadi menggunakan perisian PDF yang boleh menukarkan
dari format pdf kepada Excel. Tekan butang Convert to Excel.

11

8. Fail akan ditukarkan format dari pdf ke Excel.

9. Padam data yang tidak dikehendaki. Data yang diperlukan hanya
nama,no. kp dan analisis kehadiran seperti gambar di atas.

12

10. Pilih data tersebut, salin dan tampal pada Sistem Pelaporan
Kemenjadian Murid.

11. Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid, pilih Add-ins dan pilih
Kehadiran Murid.

13

12. Pilih ruang Nama Murid hingga Jumlah Tidak Hadir dan tampal data
daripada Excel tersebut.

13. Data yang telah berjaya ditampal dalam sistem.

14

3. Mengambil data Peperiksaan dari SAPS

1. Buka laman sesawang SAPS dan masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan
Masukkan kod pengesahan yang tertera. Untuk akses penuh, login
sebagai Setiausaha Peperiksaan.

2. Pilih tahun dan jenis peperiksaan yang dikehendaki. Klik Masuk pada
peperiksaan yang dipilih.

15

3. Daripada Menu Admin(SUP), pilih menu Muat turun Data. Klik Muat
turun Data.

4. Masukkan maklumat Eksport Data SAPS dan klik Hantar. Ruang
Gred/Markah hendaklah memilih Kedua-duanya.

16

5. Muat turun fail yang tertera. Fail tersebut akan berada dalam folder
Download dalam komputer setelah siap di muat turun.

6. Fail yang berada dlm folder Download.

17

7. Pilih fail dan extract. Kedudukan fail yang telah extract adalah mengikut
kemahuan masing-masing.

8. Buka fail excel tersebut.

18

9. Klik pada ruang No. KP. Buka pada menu Number Format.

10.Pilih Custom. Pilih General. Klik 2 kali pada ruang Type dan taip nombor 0
sebanyak 12 kali. Klik OK.

19

11. Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid. pilih Add-ins dan pilih SAPS.
12. Paparan dalam sistem.

20

13. Buka fail excel yang telah di extract tadi. Susun balik data mengikut
gambarajah di atas. Padam data yang tidak berkaitan.

14. Salin data dan tampal di dalam sistem.

21

15. Highlight pada ruang yang ditunjukkan di dalam gambar dan tampal data
dari fail excel tadi.

16. Data yang telah siap disalin di dalam sistem.

22

4. Mengambil data PSIKOMETRIK dari Kaunselor Sekolah

1. Buka Pelaporan IKeP v1.0 2016.xslx. Pelaporan ini boleh diminta dari
Kaunselor Sekolah.

2. Antaramuka utama Pelaporan IKeP.
3. Pilih PROFIL KELAS.
4. Highlight nama da no kad pengenalan murid. Salin dan tampal di dalam

Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid.

23

5. Salin dan tampal setiap analisa kecerdasan ke dalam Sistem Pelaporan
Kemenjadian Murid.

2017

6. Pastikan data analisa kecerdasan dimasukkan ikut susunan yang betul
mengikut kod.

24

7. Data yang telah siap disalin.

25

5. Mengambil data PAJSK dan SEGAK dari portal

Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid, pilih Add-ins dan pilih PAJSK.

Paparan lengkap data PAJSK di dalam sistem. Kaedah yang sama untuk
data SEGAK.

26

6. Mengambil data Pentaksiran Sekolah dari SAPS

1. Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid, pilih Add-ins dan pilih
Pentaksiran Sekolah.

2. Paparan lengkap data Pentaksiran Sekolah di dalam sistem.

27

7. Mengambil data APTITUDE_TAHUN 3 dari Kaunselor Sekolah

1. Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid dan pilih Add-ins dan pilih
APTITUDE_TAHUN3(SEK REN).

2. Paparan dalam sistem.

28

3. Buka TAPAK PELAPORAN APTITUD TAHUN 3 2017 dan pergi ke Analisa
Domain. Pilih VL BM 1.

4. Salin nama dan no kad pengenalan murid dan masukkan ke dalam
sistem. Data VL BM1 juga perlu disalin ke dalam sistem.

29

5. Langkah yang sama perlu dilakukan kepada data VL BM2, VL BM3, VL BI1,
VL BI2, VL BI3, LOGIK MATE1, LOGIK MATE2, LOGIK MATE3.

6. Data VL BM2 disalin dan ditampal ke dalam sistem.

30

7. Highlight pada ruang yang hendak ditampal. Tekan kekunci Ctrl+v untuk
tampal. Data yang telah siap ditampal ke dalam sistem.

31

8. Mengambil data PAFA (SEK MEN) dari tapak PAFA

1. Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid dan pilih Add-ins. Pilih
PAFA(SEK MEN).

2. Paparan PAFA di dalam sistem.

32

9. Mengambil data IMK(Men)

1. Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid dan pilih Add-ins. Pilih
IMK(Men).

2. Paparan sistem yang lengkap dengan data IMK (Men).

33

10. Mengambil data IKP (Men-Ting 3)

1. Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid dan pilih Add-ins. Pilih
IKP(MEN-Ting3).

2. Paparan sistem yang lengkap dengan data IKP (MEN-Ting3).

34

11. Mengambil data ITP Ting 1_2_4

1. Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid dan pilih Add-ins. Pilih ITP
Ting1_2_4.

2. Paparan ITP Ting1_2_4 di dalam sistem.

35

12. Proses Data
Setelah semua data telah diimport dan dimasukkan di dalam sistem, proses
seterusnya adalah memproses data.

1. Buka Sistem Pelaporan Kemenjadian Murid dan pilih Add-ins. Pilih Proses

Data. Pilih Proses Data --> PowerBI.
2. Klik setiap butang yang ditunjukkan di atas. Gambarajah di atas adalah

untuk sekolah rendah. Untuk sekolah menengah, proses yang sama
dilakukan dengan klik di bahagian sekolah menengah.

36

3. Setiap butang telah diklik, satu Dialog Box akan keluar memaklumkan
data telah berjaya diimport seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah
di atas.

4. Peringatan: fail Microsoft Access JQAF bernama BPIData2015 mesti
berada di folder C:\BPI.

5. Setelah selesai semua proses data, klik butang keluar seperti ditunjukkan
pada gambarajah di atas.

37

13. POWER BI
1. Buka perisian PowerBI. Biasanya ia terletak di desktop komputer.

38

39


Click to View FlipBook Version