The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sangeethasubramaniam024, 2022-12-15 13:54:07

e-folio moral

e-folio moral

MPU23032 PENDIDIKAN MORAL

RAKAN SEBAYA

---------------- dalam menangani ------------------

MASALAH SOSIAL

NAMA PENSYARAH : PUAN . ILI NUR AYUNI NAZRI

KELAS : DDT1D
E-MAJALAH

SANGEETHA A/P SANJANA DEVI A/P
SUBRAMANIAM NARESH KUMAR
(21DDT22F1044) (21DDT22F1039)

KANITHA A/P D.R. HEMASHARENI A/P
GANESH PARAMESPARAN
(21DDT22F1045) (21DDT22F1041)

1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu,kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan
limpah dan kurnianya,kami dapat menyiapkan e-folio Pendidikan Moral yang ini
dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan.Kami juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ili Nur Ayuni Nazri selaku pensyarah
Pendidikan Moral, yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta
berkongsi maklumat dalam membantu kami menyiapkan e-folio ini.

Selain itu,kami turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada rakan-
rakan lain yang telah memberi pendapatan dan peringatan untuk menyiapkan e-
folio ini.

Akhir madah,kami ingin berterima kasih kepada diri sendiri kerana tidak berputus
asa dan telah menyiapkan e-folio ini.

2

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
PENGENALAN 4
DEFINISI 5
ISU REMAJA TERLIBAT DALAM GEJALA SOSIAL 6
PUNCA REMAJA TERLIBAT DALAM GEJALA SOSIAL 7
KESAN REMAJA TERLIBAT DALAM GEJALA SOSIAL 8-9
PERANAN RAKAN SEBAYA MENGURANGKAN MASALAH SOSIAL 10
PERANAN DALAM PELBAGAI SEGI UNTUK MENGURANGKAN MASALAH 11
SOSIAL
12
KESIMPULAN 13
RUJUKAN

3

PENGENALAN

Masalah sosial yang kerap berlaku dalam negeri ini semakin membimbang
sehingga menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. Selain
itu , semua pihak haruslah mengambil tindakan dan sedar akan punca dan
akibat berlakunya masalah ini . Oleh itu, kita akan berkongsi informasi
dengan masyarakat dan sebagainya dalam mengatasi masalah tersebut
dan memahami factor yang menyebabkan masalah sosial.

4

DEFINISI MASALAH SOSIAL

Masalah sosial merupakan sebuah gejala atau fenomena yang muncul dalam
reality kehidupan bermasyarakat. Masalah sosial juga merangkumi berbagai
perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan
keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam
sesuatu masyarakat ataupun negara.

5

ISU REMAJA TERLIBAT DALAM GEJALA SOSIAL 6

Penyalahgunaan dadah

• Dadah seperti yang kita ketahui berbahaya kepada individu yang mengambilnya kerana
penggunaan dadah dengan tujuan yang salah boleh menjejaskan sistem urat saraf.

• Remaja juga turut terdedah kepada penyalahgunaan dadah akibat pergaulan bebas serta untuk
keseronokan kerana rasa ingin tahu yang tinggi.

Gangster

• Kes-kes berkaitan gangsterisme dilihat melibatkan golongan remaja pada peratus yang tinggi.
• Malah kebanyakan kes gangsterisme yang menggunakan kekerasan dan alat berbahaya boleh

mengakibat kematian, kerosakan harta benda awam dan lain-lain

Buli

• Gejala buli ini berada pada tahap yang membimbangkan.
• Gejala buli bukan sahaja bersifat fizikal dan mental semata-mata, bahkan ia juga boleh berlaku

dalam bentuk siber.
• Buli siber juga adalah buli dan individu yang melakukannya boleh dihukum oleh undang-undang

jika disabit bersalah.

Merokok

• Kini remaja dan kanak-kanak yang masih lagi bersekolah sudah mula berani berjinak-jinak dengan
rokok.

• Terdapat banyak alternatif buat perokok seperti rokok elektronik yang kononnya dicipta untuk
menghilangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

PUNCA BERLAKU GEJALA SOSIAL

Pengaruh Terikut-ikut Sikap Sikap tidak Kelemahan
negatif media dengan sikap indivualistik mengambil berat didikan agama
massa negatif rakan masyarakat oleh ibu bapa dan moral diri
sebaya remaja
• Remaja • Bersikap • Ibu bapa begitu
cenderung untuk • Sebahagian individuali sibuk dengan • Kebanyakan
melakukan daripada rakan stik atau kerjaya bagi remaja yang
perkara yang sebaya ini pula tidak menambahkan terlibat dalam
pernah didengar adalah mereka mahu pendapatan gejala sosial
atau dilihat di yang menjaga sehingga anak- tidak
media massa mempunyai hal orang anak terabai mempunyai
kerana remaja perangai negatif. lain. dan tidak didikan agama
mempunyai Oleh itu, remaja mendapat kasih dan moral yang
naluri ingin begitu mudah saying yang mendalam.
mencuba. terikut-ikut secukupnya.
dengan sikap
rakan sebaya 7
mereka.

Kesan Ke atas Masyarakat

•Agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat.
Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal
ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka
tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan
akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat
kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung
dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan
tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat.

KESAN GELAJA SOSIAL

Kesan Ke atas Negara

•Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan
menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa
hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan
terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya
gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara
ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar
dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan
kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah.

8

Kesan Ke atas Individu

•Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada
kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan
kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia
dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan
dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim
terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan
ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut
ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat
dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang
remaja itu.

Kesan Ke atas Keluarga

•Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk.
Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya
kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang
individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi
kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak
dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas
kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.

9

CIRI-CIRI RAKAN SEBAYA MENGURANGKAN MASALAH SOSIAL

MENETAPKAN BIJAK MEMILIH RAKAN SENTIASA
MATLAMAT HIDUP BERFIKIRAN POSITIF
•Memilih rakan yang mempunyai
• Akan berusaha untuk peribadi yang baik, berdisiplin .Hal •Bagi mencerahkan masa
sama-sama dalam ini kerana kita menjadikan mereka depan dan melahirkan model
hidup. sebagai suri teladan. insan bagi menghadapi
gelombang globalisasi dan
CIRI-CIRI RAKAN cabaran alam pekerjaan
SEBAYA

MENGURANGKAN
MASALAH SOSIAL

MEMBERI NASIHAT MEMANFAATKAN MASA
LAPANG
• Berkongsian pengalaman
dapat membantu rakan • Dapat mengurangkan
untuk mengenali situasi remaja daripada aktiviti
dengan lebih baik. yang tidak bermanfaat.

10

PERANAN DALAM PELBAGAI PIHAK MENGURANGKAN MASALAH
SOSIAL

PERANAN IBU BAPA PERANAN PIHAK PERANAN KERAJAAN PERANAN MEDIA
SEKOLAH MASSA
• Ibu bapa harus • Kerajaan
memberi perhatian • Selepas itu, anak- merupakan badan • Media massa
terhadap anak- anak menghabiskan yang mempunyai hendaklah
anak sendiri dan masa di sekolah. kuasa untuk meningkatkan
memperhatikan Pihak sekolah pula memggubal dan tanggungjawab dan
setiap perlakuan mengketatkan melaksanakan kewajipan dalam
supaya menjadikan undang-undang undang-undang. memilik,
diri sendiri sebagai sekolah agar murid menegakkkan nilai-
suri teladan tidak akan nilai murni seperti
kepada anak-anak. melanggarinya. kebenaran ,
kejujuran dan
sebagainya. 11

KESIMPULAN

Kesimpulanya, masalah sosial menjadikan banyak perkara negatif
berlaku yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta
keselamatan negara. Seterusnya, sebagai rakyat negara setiap pihak
haruslah memainkan peranan masing-masing dalam membendung
masalah tersebut. Oleh itu, masalah sosial akan diselesaikan dan
masyarakat yang harmoni dapat mewujudkan negara yang aman
dan sejahtera.

12

RUJUKAN

❑ http://ummicikguadda.blogspot.com/p/gejala-sosial.html

❑ https://perananrakansebaya.blogspot.com/2021/05/peranan-rakan-sebaya-
dalam-
menangani.html#:~:text=Selain%20itu%20%2C%20sebagai%20seorang%20raka
n,kaunselor%20sekolah%20untuk%20tindakan%20lanjut.

❑ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengaruh_rakan_sebaya

❑ https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/kesihatan-
mental-remaja/pengaruh-rakan-sebaya/

13


Click to View FlipBook Version