MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU ( PIBG ) KALI KE 26 2023/2024 DI RASMIKAN OLEH YB DATO’ SERI UTAMA MOHAMAD BIN HJ HASAN PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS) MENTERI PERTAHANAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN REMBAU TARIKH: 13 MEI 2023 MASA: 8.00 PAGI TEMPAT: DEWAN TERBUKA PENDETA ZAABA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUANKU JAAFAR
PENDAHULUAN Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 26 sesi 2023/2024 pada 13 Mei 2023. Mesyuarat ini diharapkan mendapat peluang kepada Ibubapa agar terlibat ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. Ibubapa boleh mengemukakan idea dan cadangan serta usul bagi memperbaiki tahap pembelajaran murid serta cadangan pembangunan di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar. OBJEKTIF Matlamat mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dan interaksi dua hala antara ibubapa / penjaga murid Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar. Objektif Hubungan antara ibubapa dan sekolah menjadi lebih erat. Perbincangan berkaitan isu-isu ibubapa/penjaga murid dapat dijalankan. Memilih ahli jawatankuasa dikalangan ibubapa yang akan memimpin PIBG dalam melaksanakan program serta kerjasama di antara PIBG dan pihak sekolah. 2
MASA ATUCARA MAJLIS 8.00 PAGI Pendaftaran Ibubapa guru dan staf 8.30 PAGI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 26 10.00 PAGI Kehadiran Tetamu Jemputan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Ketua Balai Polis Senawang Pegawai Memerintah Batalion ke 15 RAMD Kem Senawang 10.30 Kehadiran YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS) Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Rembau. 10.45 Sesi Fotografi Pemeriksaan Kawalan Kehormat Unit beruniform SK Taman Tuanku Jaafar 11.00 Nyanyian lagu Negaraku Bacaan Doa Persembahan Murid 11.30 Ucapan Tn Hishamudin bin Hj Muda Guru Besar SK Taman Tuanku Jaafar 11.45 Ucapan Perasmian Majlis Mesyuarat PIBG kali Ke 26 Oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS) 12.30 Penyampaian anugerah murid cemerlang Penutup 3
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 26 SESI 2023/2024 1. Ucapan Penasihat (Guru Besar) 2. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) 3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Mei 2023 6. Membahaskan usul/cadangan, jika ada 7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2022/2023 dan Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 7.1 Pemilihan Yang Dipertua PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG 7.2 pemilihan 6 orang wakil AJK Ibu Bapa (1 wakil Ibu Bapa dari PPKI) 7.3 Pemilihan Juru Audit Dalaman Ibu Bapa ( 1 orang) 8. Hal – hal lain 9. Ucapan Penangguhan 4
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 SK TAMAN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN Tarikh : 28 Jun 2022 ( 28 Zulkaedah 1443 H ) Hari : Selasa Masa : 2.00 Petang Tempat : Dewan Pendeta Za’ba Sk Taman Tuanku Jaafar Kehadiran : 182 orang Perasmi : En Yusnizam bin Ahmad (Pegawai Pendidikan Daerah Seremban) Agenda : 1. Ucapan Penasihat (Guru Besar) 2. Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) 3. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-24 4. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 5. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 30 Jun 2021 6. Membahaskan usul, jika ada 7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2021/2022 8. Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 • Yang Dipertua PIBG, Naib Yang Dipertua PIBG • 6 orang wakil AJK Ibu Bapa ( 1 wakil Ibu Bapa dari KPKP ) 9. Pemilihan Juru Audit Dalaman Ibu Bapa ( 1 orang) 10. Pemilihan AJK Kumpulan Sarana Ibu Bapa 2022/2023 11.Pengerusi 1 orang dan AJK 5 orang 11. Hal – hal Lain 12. Ucapan Penangguhan. 5
1.0 Ucapan Penasihat – En Hishamuddin bin Haji Muda (Guru Besar SKTTJ) 1.1 Guru Besar mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada ahli jawatan kuasa kerana dapat menjalankan mesyuarat PIBG kali ke-25 sebagaimana yang telah dirancang. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kerana kesudian ibubapa/penjaga hadir ke mesyuarat pada hari ini untuk membincangkan kemajuan anak-anak dan sekolah. 1.2 Syabas dan tahniah kepada Dr Mohamed Faidz yang telah dilantik sebagai YDP PIBG SKTTJ 2022. 1.3 Tuan Guru Besar berharap kerjasama ibubapa/penjaga dan guru dapat memastikan kejayaan SKTTJ. 1.4 Pihak sekolah telah membina prasarana untuk murid-murid SKTTJ mewakili Negeri Sembilan untuk pembentangan Amalan Sekolahku Sejahtera. 1.5 Semua pengiktirafan yang diberi kepada SKTTJ adalah hasil komitmen sekolah, ibubapa/penjaga dan komuniti. 1.6 Program Pemugaran kokurikulum SKTTJ menjadi sekolah pertama yang melaksanakan program ini di peringkat kebangsaan. 1.7 Pihak sekolah akan menerima cadangan daripada ibubapa/penjaga untuk penambahbaikan dan menyokong usaha pihak sekolah. 1.8 Pihak sekolah akan membina kawasan menunggu van/bas sekolah bersebelahan pondok pengawal. 1.9 Ibubapa/penjaga akan sentiasa bersama pihak sekolah untuk memastikan kejayaan setiap program dan aktiviti yang telah dan akan dijalankan. 1.10 Warga sekolah dijemput untuk melawat persekitaran sekolah yang telah dinaiktaraf pada tahun ini. 6
2.0 Ucapan Yang Di Pertua PIBG – Dr. Mohamed Faidz bin Mohamed Said 2.1 Mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-25. 2.2 Tahniah dan syabas kepada pengurusan sekolah, jawatankuasa pengelola majlis dan jawatankuasa PIBG yang berusaha gigih bagi memastikan mesyuarat berjalan lancar. 2.3 Syabas dan terima kasih kepada seramai 182 ibu bapa/penjaga yang hadir Kami amat menghargai kerjasama dan keperihatinan terhadap perkembangan sekolah dan anak-anak. 2.4 Setelah 2 tahun mesyuarat Agung Pibg dijalankan secara maya dan pada tahun ini dapat dijalankan secara bersemuka. 2.5 Perkara akan dibincangkan dan usul daripada ibubapa/penjaga akan dibentangkan untuk kita mencapai kesepakatan. 2.6 Terima kasih kepada semua warga sekolah dan semua guru yang sedaya upaya memastikan kejayaan sekolah. 2.7 Berkat kerjasama semua diharap dapat mencapai kejayaan dalam setiap perancangan. 2.8 Terima kasih kepada semua kerana berusaha memastikan kejayaan sekolah dan sentiasa memberi sokongan dan buah fikiran dan berharap teruskan memberikan sekongan kepada pihak sekolah. 7
3.0 Ucapan En Yusnizam bin Ahmad (Pegawai Pendidikan Daerah Seremban) 3.1 Ucapan salam syabas dan tahniah daripada ketua PPD Seremban Tuan Hj Norazam bin Hj Nayan. 3.2 Ucapan tahniah dan terima kasih atas kehadiran ibubapa/penjaga SKTTJ ini menggambarkan komitmen yang tinggi diberikan kepada SKKTJ bagi mamastikan menjayaan program yang telah diadakan. 3.3 Tujuan PIBG ini adalah mewujudkan permuafakatan untuk memastikan matlamat dan kejayaan sekolah dicapai bersama. 3.4 Sebanyak 24 program telah dirancang sepanjang 2021 yang telah dijalankan dibawah sekolah dan PIBG. 3.5 Tuan Yusnizam berharap permuafakatan ini dapat memajukan pencapaian anak-anak dan pencapaian sekolah adalah seiring. 3.6 Permuafakatan sebagai kunci berundinglah secara musyawarah untuk kurangkan konflik. 3.7 Kerjasama telah buktikan banyak kejayaan yang tercipta di SKTTJ. 3.8 Pastikan kemenjadian murid bukan sahaja dibentuk di sekolah malah bermula dari rumah. 3.9 Tuan Yusnizam mengambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada anak-anak yang mencapai kejayaan diperingkat daeraah, negeri dan kebangsaan. 3.10 Tahniah AJK PIBG yang telah dilantik dan jalankan tanggungjawab dengan baik. 3.11 Tuan Yusnizam PPD Seremban merasmikan mesyuarat PIBG kali ke 25 bagi tahun 2022. 8
4.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke-24 4.1 Pn Masirah binti Mokhtar AJK PIBG membentangkan dan meminta pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke -24 bagi sesi 2021 dari muka surat 16 hingga muka surat 24. 4.2 Minit mesyuarat ini telah diterima dan dicadangkan sah oleh Encik Daud bin Sulaiman dan disokong oleh Puan Rafizah bin Mohamed. Tindakan : Makluman 5.0 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG 2020/2021 5.1 Puan Masirah binti Mokhtar AJK PIBG membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG 2021/2022 dari muka surat 25 hingga 44. 5.2 Laporan telah diterima dan dicadang sah oleh En Mohd Najah bin Isa dan disokong oleh En Daud Bin Sulaiman. Tindakan : Makluman 6.0 Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2021 6.1 Bendahari Kehormat PIBG 2021/2022 Tuan Haji Muhammad Dzahrin bin Hj.Razman membentangkan Laporan Kewangan di muka surat 27 dan 28. 6.2 Laporan kewangan PIBG 2022 dicadangkan sah oleh En. Kamaruzaman bin Shaari dan disokong oleh Pn Azliza bt Azman. Tindakan : Makluman 7.0 Membentang dan Membahaskan Usul. 7.1 Yang Dipertua PIBG memaklumkan akan membincangkan 5 usul sahaja kerana usul yang lain telah diberi jawapan di dalam buku program. 7.2 Usul 1 dan 2 tidak dibincangkan kerana Pn Juwita bt Aziz dan Pn Nor Zalian bt Abu Bakar tidak hadir. 9
7.3 Usul 3 7.3.1 Guru Besar SKTTJ memaklumkan pihak sekolah mengambil berat isu keselamatan (Lalulintas di hadapan sekolah). 7.3.2 Pihak sekolah membayar elaun sebanyak RM350 kepada pengawal lalulintas. 7.3.3 Pihak PIBG perlu mencari sukarelawan yang dapat menggantikan pengawal lalu lintas yang telah bersara. 7.3.4 Pihak sekolah hanya menjaga keselamatan dalaman sekolah. 7.3.5 PIBG bersama ibubapa bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan di luar pagar sekolah termasuk lalulintas. 7.3.6 Pengawal Keselamatan tidak bertanggungjawab untuk menjaga lalulintas (termaktub dengan kontrak kerja) 7.3.7 Mohon Sarana ibubapa bersama menjaga lalulintas untuk memastikan keselamatan anak-anak. 7.3.8 Sarana dan PIBG perlu mencari dan melantik sukarelawan untuk mengawal lalulintas. Ibubapa boleh member sumbangan untuk membayar elaun sukarelawan. 7.3.9 En Daud GPK Hem telah mengingatkan anak murid supaya tidak keluar daripada pagar sekolah sekiranya ibubapa/ penjaga belum sampai 7.3.10 Ibubapa yang menunggu diseberang jalan perlu ambil anak dipintu pagar sekolah. 7.3.11 Mohon pihak berkuasa untuk menambah bonggol di jalan utama sekolah. Mohon juga PIBG cadang/aduan pada pihak PBT untuk utarakan masalah ini supaya tindakan segera. 7.4 USUL 4 7.4.1 Yuran pibg tahun 2022/2023 7.4.2 Pn Azliza binti Azman mencadangkan bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM80 untuk satu keluarga. Pn Zazariah bt Mohd Nor menyokong cadangan tersebut. 7.4.3 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara sumbangan PIBG sesi 2022/2023 sebanyak RM80 untuk satu keluarga. 7.4.4 En Muhammad Taufik minta penjelasan tentang bayaran RM50-RM80 yang telah diwar-warkan. 7.4.5 En Daud PK Hem menjelaskan perkara/yuran tersebut adalah yuran untuk tahun 2021/2022 10
7.4 Usul 4 7.4.1 Yuran pibg tahun 2022/2023 7.4.2 Pn Azliza binti Azman mencadangkan bayaran sumbangan PIBG sebanyak RM80 untuk satu keluarga. Pn Zazariah bt Mohd Nor menyokong cadangan tersebut. 7.4.3 Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara sumbangan PIBG sesi 2022/2023 sebanyak RM80 untuk satu keluarga. 7.4.4 En Muhammad Taufik minta penjelasan tentang bayaran RM50-RM80 yang telah diwar-warkan. 7.4.5 En Daud PK Hem menjelaskan perkara/yuran tersebut adalah yuran untuk tahun 2021/2022 7.5 Usul 5 7.5.1 PK HEM - Pihak sekolah sedang membina ruang menunggu berbumbung di sebelah pondok pengawal sekolah untuk murid menunggu van/bas dan penjaga. Pembinaan ini dijangka akan siap dalam masa terdekat. 7.5.2 Usul 6-9 telah dijawab oleh pihak sekolah didalam buku program. 11
8.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2021/2022 dan Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 8.1 Yang Dipertua PIBG Dr. Mohamed Faidz bin Mohamed Said membubarkan AJK PIBG sesi 2021/2022 8.2 En Daud bin Sulaiman dilantik sebagai pengerusi sementara. 8.3 Dr Mohamed Faidz bin Mohamed Said dikekalkan sebagai Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2023 dan mendapat sokongan undian majoriti 8.4 Pn Zazariah binti Mohd Nor dipilih sebagai Naib Yang Dipertua PIBG dan mendapat sokongan 42 undian. 8.5 En Naiman bin Ismail dipilih menjadi AJK PIBG dengan 32 undian. 8.6 En Hafiz bin Mokhtar dipilih menjadi AJK PIBG dengan 21 undian. 8.7 Pn Nor Azizah bin Abdul Gaffar dipilih menjadi AJK PIBG dengan 18 undian. 8.8 Pn Zuraidah binti Musa dipilih menjadi AJK PIBG dengan 16 undian. 8.9 Pn Siti Zaleha binti Abdullah Fadzil dipilih menjadi AJK PIBG dengan 15 undian. 8.10 Jawatan Setiausaha Kehormat PIBG, Bendahari Kehormat PIBG dan AJK PIBG Wakil Guru dipilih dan dilantik oleh pihak sekolah. 9.0 Pemilihan Juru Audit Dalaman 9.1 En Ahmad Taufik bin Abd Aziz dipilih wakil ibu bapa sebagai Juru Audit Dalaman. 9.2 Jawatan Juru Audit Dalaman kedua dipilih dan dilantik oleh pihak sekolah. 10.0 Pemilihan AJK Kumpulan Sarana Ibu Bapa 2021/2022 10.1 Pn Zuraidah bt Musa telah dilantik sebagai Pengerusi Sarana Ibu Bapa sesi 2022/2023 dan disokong sebulat suara. 10.2 Lima lagi AJK Sarana Ibu Bapa telah dilantik : 1. Pn Raziah binti Johar 2. Pn. Azliza binti Azman 3. Pn Noor Idani binti Adnan 4. Pn Yusni binti Jaafar 5. En Nazri bin Dato Hj Mampan. 12
Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022 Penasihat : Tn. Hishamuddin bin Haji Muda Yang Di Pertua : Dr. Mohamed Faidz bin Mohamed Said Naib Yang Di Pertua : Pn Zazariah binti Mohd Nor Setiausaha : En. Irwan Muhammad Shah bin Ahmad Bendahari : Tn. Hj. Muhammad Dzahrin bin Hj. Razman Koordinator PIBG : 1. Pn. Fazni bt Abd Ghaffar 2. En. Daud bin Sulaiman 3. En. Mohd Fuzi bin Ahmad 4. Pn Nik Khairunnisa bt Abu Bakar AJK Ibu Bapa : 1. En Naiman bin Ismail 2. En Hafiz bin Mokhtar 3. Pn Nor Azizah bin Abdul Gaffar 4. Pn Zuraidah binti Musa 5. Pn Siti Zaleha Binti Abdullah Fadzil Juru Audit Dalaman 1 : Pn. Norliza binti Musa Juru Audit Dalaman 2 : Pn. Norazean Binti Nordin AJK Guru: 1. Pn. Siti Amrina Rosyada Binti Mohd Ismail 5. En. Md. Anizam Bin Ngadimon 2. Pn. Masirah Binti Mukhtar 6. En. Mohd Najah Bin Isa 3. Pn. Nor Azlina Binti Mat Sani 7. Pn. Shamsinor Binti Ahmad 4. Pn. Nor Saidah Binti Shuib Pengerusi Sarana Ibu Bapa : Pn Zuraidah bt Musa AJK SARANA Ibu Bapa: 1. Pn Raziah binti Johar 2. Pn. Azliza binti Azman 3.Pn Noor Idani binti Adnan 4. Pn Yusni binti Jaafar 5. En Nazri 13
11.1 Mesyuarat melantik Encik Irwan Muhammad Shah bin Ahmad sebagai Setiausaha PIBG dan Tuan Haji Muhammad Dzahrin bin Hj. Razman sebagai Bendahari PIBG sesi 2022/2023. 11.2 Berikut adalah nama-nama pegawai dan jawatan yang diberi kuasa untuk menandatangani cek-cek kewangan di bank tuan. i)Yang Dipertua :Dr. Mohamed Faidz bin Mohamed Said ii) Setiausaha :Encik Irwan Muhammad Shah bin Ahmad iii)Bendahari :Tuan Haji Muhammad Dzahrin bin Hj. Razman 11.3 Untuk sebarang urusan pengeluaran wang melalui cek, tandatangan pegawai yang wajib menandatangi adalah mana-mana dua daripada tiga iaitu: i)Yang Dipertua dan Bendahari atau, ii)Yang Dipertua dan Setiausaha atau, iii)Setiausaha dan Bendahari Tindakan : Makluman 14
12.0 Hal-hal Lain Pn Fazni binti Abdul Ghaffar PK pentadbiran membentang aktiviti kurikulum SKTTJ 2022 Murid Tahun 1-6 telah melalui 2 tahun pembelajaran Pdpr akibat Covid 19. Seramai 34 orang murid tahun 2 dan 3 masih belum menguasai kemahiran asas. PK pentadbiran akan berjumpa ibubapa/penjaga untuk berbincang dengan guru pada 30 Ogos 2022 untuk perjumpaan professional. Istilah peperiksaan tiada lagi dan ditukar kepada pentaksiran. Anak-anak di sekolah rendah akan dikukuhkan dengan PBD, PAJSK dan psikometrik. Pentaksiran sumatif tahun 4,5 dan 6 akan ditaksir oleh KPM menggunakan set solan yang dibekalkan oleh KPM untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Pada 25-29 Julai 2022, guru akan menjalankan pentaksiran bertulis dan pada awal Disember 2022. Pn NurIdani binti Adnan mencadangkan murid tahun 6 membuat bayaran sumbangan sebanyak RM120 untuk aktiviti dan program tahun 6. Pn Azliza bt Adnan menyokong cadangan ini. Semua murid tahun 6 akan membuat bayaran sumbangan sebanyak RM120 untuk aktiviti dan program tahun 6. (lihat lampiran) Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara bayaran sumbangan tahun 6 sebanyak RM120 untuk setiap murid. Ibubapa tahun 6 sangat menyokong kutipan ini sebagai motivasi pemilihan anak-anak ke SM khusus, SBP, SMKA, MRSM dan sebagainya Ucapan Penangguhan 13.1 Yang Dipertua PIBG, Dr. Mohamed Faidz bin Mohamed Said merakamkan kesyukuran dan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat dan berharap semua Ibu Bapa dapat memberikan kerjasama dan komitmen demi kecemerlangan pendidikan anakanak di SK Taman Tuanku Jaafar. 13.2 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan mengharapkan kerjasama semua untuk pembangunan sekolah. Penutup Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 Petang 15
17
USUL NAMA IBU BAPA / PENJAGA USUL JAWAPAN 1. Harith bin Mohd Ghazali Minta untuk pihak sekolah dan pibg instal cctv di hentian bus dan tempat anak² menunggu ibubapa. Pihak sekolah sudah memasang beberapa cctv dikawasan sekolah dan di kawasan hadapan sekolah, 2. Asrof bin roffii Penggunaan locker bagi pelajar menyimpan buku di sekolah kerana buku yg perlu dibawa setiap hari berat. Di bincang dalam mesyuarat PIBG kali ke 26 3. Mohd hafiz bin abdul ghani Memasang lampu spotlight di area depan sekolah pada waktu awal pagi sebab terlalu gelap ketika melintas. Pihak sekolah akan berhubung dengan pihak MBS berkaitan lampu jalan. 4. Siti hamizah binti mohd nordin Kemaskini Fb skttj. Program sekolah dan gambar aktiviti boleh dilayari di website sekolah. 5. Nana zahar Penjaga lalu lintas untuk anak anak murid melintas. disebabkan pihak sekolah ada lebih dari seorang security,mohon pihak sekolah bantu untuk menyediakan seorang penjaga lalu lintas atas sebab kekangan ibu bapa yang tidak dapat parking berdekatan kawasan sekolah..selain dari itu ada sahaja anak murid yg tunggu ibu bapa atau penjaga di seberang jalan,bahaya utk keselamatan bila melintas..security hanya melihat apabila beri arahan TIDAK BOLEH MELINTAS! Tapi anak anak mutid TERPAKSA melintas bila melihat ibu bapa atau penjaga mereka..ada ibu bapa penjaga yang dapat kawal lalu lintas anak anak mereka ada yang tidak dapat atas sebab sebab tertentu. harap pihak sekolah PIBG boleh selesaikan masalah ini Di bincang dalam mesyuarat PIBG kali ke 26 18
SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2023/2024 BIL JAWATAN NAMA PENYANDANG 1 PENGERUSI PIBG 2 NAIB PENGERUSI PIBG 3 SETIAUSAHA KEHORMAT 4 BENDAHARI 5 AHLI JAWATAN KUASA PIBG IBUBAPA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 6 AHLI JAWATAN KUASA PIBG ( GURU DAN STAF ) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 7 JURU AUDIT DALAMAN 1. 2. 8 PENGERUSI KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KISB) PIBG 9 NAIB PENGERUSI KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KISB) PIBG 10 AJK KISB PIBG 1. 2. 3. 4. 19
PENGHARGAAN Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: YB DATO SERI UTAMA MOHAMAD BIN HJ HASAN PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS) MENTERI PERTAHANAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN REMBAU Dr Hj Roslan bin Hj Hussin Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Tn Hj Norazam bin Hj Nayan Ketua Pengawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban . Tuan Hishamuddin bin Hj Muda Guru Besar SK Taman Tuanku Jaafar Dr. Mohamed Faidz bin Mohamed Said Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKTaman Tuanku Jaafar. LT KOL ISMAZAINI BIN ISMAIL Pegawai Memerintah Batalion ke 15 RAMD Kem Senawang SM Iskandar bin Mohd Adam ( SM Operasi Balai Polis Senawang ) Pegawai- Pegawai Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Barisan Pentadbir, guru dan staf SK Taman Tuanku Jaafar Ahli Jawatan Kuasa PIBG dan Sarana Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana Semua Komuniti Setempat dan Semua pihak yang memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 26. 20