POKOK SERAI
(CymboPpogon citratus)
Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah
tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan
(Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris). Tanaman serai makan
(cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar
luas di kawasan tropika,
termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.
Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan
masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam)
dan Caribbean.Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh
dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan
dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam
masakan ayam, ikan, dan makanan laut.Terdapat lebih
50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah
tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India
Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara
kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak.
Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.
Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon
martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon
winterianus Jowitt) dari mana mPinOyakKcOitroKnelCla EdiKdaUpaRti. Lilin atau gaharu diperbuat
dengan minyak citro(nKellaa epemkapt bfoelerhiadigguanalakanngseabaLgiani pne)nghalau nyamu
Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari
keluarga "Zingiberaceae",[1] ialah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat
di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya
mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai
saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna
putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda
biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan
kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari
.Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama
nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian
dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun
pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam
masakan seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan
rangup serta wangi apabila dimakan.
Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri
berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene,
paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam
Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan
menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati
batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang
POKOK PANDAN
(Pandanus amaryllifolius)
Pandan wangi (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis tumbuhan
tropika dalam genus Pandanus dan digunakan dengan meluas dalam
masakan di Asia Tenggara; bahkan genus tersebut turut dinamakan
sempena tumbuhan ini.[1]Spesies pandan jarang terdapat secara meliar
tetapi ditanam dengan meluas untuk dibuat perisa dalam masakan.
Daunnya digunakan segar (terutamanya dalam bentuk diikat),
beku atau dikeringkan sebagai bahan penambah perisa dalam masakan
di Nusantara dan Filipina, terutama hidangan nasi dan kuih. Ayam
pandan, atau gai hor bai toey (ไกห่ อ่ ใบเตย), ialah
masakan Thailand dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan
digoreng. Nasi lemak juga menggunakan daun pandan untuk
menaikkan rasa santan yang dimasak.Daun ini turut digunakan sebagai
perasa bagi pencuci mulut seperti kek, kuih seperti kuih
ketayap dan onde-onde malahan juga air sirap.
POKOK ULAM RAJA
(Cosmos caudatus)
Ulam raja (Tulisan Jawi: )اولم راجatau kenikir (Tulisan Jawi: [ )كنيكير2] merupakan
tumbuhan spesies Cosmos yang berasal dari Amerika Latin merangkumi
kawasan dari Rio Grande do Sul di selatan Brazil ke Tamaulipas di
utara Mexico)[3] serta kepulauan Caribbean diperkenalkan ke kawasan-kawasan
tropika benua Asia, Afrika, dan Australia.[4][5][6][7][8][9]
Pokok ini dipercayai diperkenalkan para penakluk Sepanyol ke
kepulauan Filipina yang kemudiannya tersebar meliar serata Asia
Tenggara.[2] Tumbuhan ini menjadi dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat
rantau ini terutamanya sebagai sejenis sayuran ulam yang amat popular
dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal
belacan atau tempoyak serta cincalok
Ulam raja telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran
darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang dalam kalangan
orang Melayu dan Jawa.
POKOK KELADI
(CALADIUM)
Pokok keladi merujuk kepada sekumpulan tumbuhan dalam
famili Araceae seperti dalam
genus Colocasia, Alocasia, Caladium, Dieffenbachia, Typhonium, Homalomena
dan Xanthosoma.[1] Bagaimanapun, ia juga boleh merujuk kepada satu spesies
khusus dalam subfamili ini yang paling meluas ditanam, Colocasia
esculenta.[2] Pokok tropika saka ini mempunyai pelbagai warna daun, tumbuh
subur di kawasan bertanah gambut yang redup dan terdapat dengan meluas di
negara kita.Untuk pemahaman setempat, kata 'keladi' juga dipakai untuk
nama keladi senduk, keladi layar, keladi air, keladi cabang, dan keladi
bunting walaupunmasing-masing
genus Limnocharis, Sagittaria dan Eichhornia tidak tergolong dalam
keluarga Araceae.
keladi telah lama ditanam oleh masyarakat di Asia Tenggara sebagai sumber
makanan seperti pokok keladi Cina, keladi minyak, keladi telur, keladi Betawi dan
keladi udang dari spesies Colocasia esculenta.keladi juga sesuai ditanam
sebagai tanaman hiasan, sama ada ditanam dalam pasu atau di halaman rumah
kerana tumbuhan ini hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana.
boleh ditanam di ruangan sebagai hiasan. Antara spesies keladi yang cantik dan
menjadi pilihan peminat seni taman ialah Caladium bicolor. Lihat juga Keladi
hiasan.
Sekiranya terdedah langsung kepada bahang matahari yang terik, pokok keladi
akan cepat layu dan daunnya akan menjadi pucat. Kadar suhu paling sesuai bagi
tanaman ini antara 25-3P0O°CKOK DAUN BAWANG
(ALLIUM WAKEGI)
Daun bawang merupakan sejenis tumbuhan herba dari genus Allium. Bahagian
atas daun bawang tidak pejal kerana tumbuhan ini tidak mempunyai bahagian
akar yang tumbuh dengan menyeluruh. Daun bawang digunakan dalam
masakan.
POKOK BUNGA TELANG
Clitoria ternatea
Tumbuhan ini jenis berkayu menjalar. Ia mempunyai daun unipinnat
memanjang 5 hingga 9.5 cm dengan anak daun membujur atau oblong 5-7
helai setangkai setiap satu berukuran 1.4-6.5 cm panjang dan 1-4 cm lebar.[4]
Bunga tumbuhan terdiri daripada lima kelopak tercantum diperhatikan
mempunyai bentuk mirip kelentit atau klitoris (clitoris) manusia memberikan
nama saintifiknya Clitoria.[5] Bunga ini sebahagian besar berwarna biru nila
kerana kandungan antosianin[6] tetapi ada juga bunga yang berwarna
putih.[5] Sulur bunga mempunyai paling lebih 10 filamen yang bersambung
pada cepu debunga.[5] Biji yang terhasil daripada persenyawaan bunga
tumbuh berupa lenggai runcing 5 hingga 12 cm panjang mengandungi 8-10
biji benih.[4]
Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna
makanan untuk menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi
kerabu,[6][7] pulut dan mi;[7] malah bunga ini turut disebut sebagai bunga nasi
kerabu di kawasan Pantai Timur Semenanjung lantaran pemakaiannya
tersebut.[2] Kini, ia amat jarang dipakai kerana kekurangan bekalan dalam
jumlah yang mencukupi untuk digunakan.
Kuntum-kuntum bunganya boleh diseduh sebagai teh (yakni "teh bunga
telang"); teh ini diketahuPi Odi VKieOtnKamK, AThaNilaGndKdUaNn GMalaysia sebagai minuman
pelega selepas makan amtaalua(Imgpumloaammhueoprauehn.a[d8]inPsiekpmmpian)tui mmaannistebherbcuanmgpautrelilamnagujdugaan
pemanis seperti madu
Kdaipngekrcuanygaai mtaeumKbaangnktuonmge(nJgaewkia: ڠlkوaکn)کڠa;(wneatmmaudsaaindtiafikn Ikpeotmegoaenagaspnpk.u) liat.d[9]alah
jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai
taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan
Oceania.[1] Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan
berair.Di Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan
penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam
secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir)
yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan
kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di
dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar
tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.
Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong
tua mempunyai serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia
boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam.
Kangkong sering digorengAntara masakan yang popular yang mengunakan
kangkung adalah kangkung goreng belacan.[2]
Kangkung juga merupakan makanan kepada salah satu spesies haiwan
Chersina, iaitu kura-kura. Arnab juga suka memakan kangkung.[3]
POKOK DAUN KESUM
(Persicaria odorata)
Pokok Daun Kesum atau Daun Laksa ialah sejenis tumbuhan yang
banyak terdapat di ASEAN. Nama saintifiknya Persicaria odorata.
Terdapat bahagian pokok Daun Kesum yang boleh diambil untuk
dijadikan makanan. Daun Kesum sering diambil dan dijadikan bahan
masakan yang sungguh menyelerakan.
POKOK DAUN KUCAI
(Allium tuberosum)
Kucai (Jawi: ;کوچايnama botani: Allium tuberosum) ialah daripada gugusan
tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia
berbunga) dan sebagai sayuran. Kucai berasal dari Shanxi, ditanam dan
ternaturalisasi mana-mana di Asia dan seluruh dunia.[1][2][3][4]
Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah
yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai
tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi
mempunyai bahan kompos dan organik yang baik. Tanaman ini mengambil
sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai
bawangnya). Jika bunganya tak dicantas ia sesuai untuk dijadikan hiasan
pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.
Variasi kucai yang popular ialah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan
bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.
ucai mempunyai pelbagai kegunaan termasuklah masakan dan kesihatan.
Contoh-contoh kegunaan biasa kucai ialah:
Membuat cucur udang (daun)