MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
2021
KAJIAN PENGGUNAAN SISTEM
TELEKOMUNIKASI DI SEKITAR
AMPANG JAJAR, ALOR SETAR,KEDAH
NAMA: WAN NUR EMELDA SORAYA BT WAN SHAHRIZAL
TINGKATAN 2 HASANAH
1
Bil Kandungan Halaman
1 Penghargaan 3
2 Pendahuluan 4
3 Objektif Kajian 4
4 Kawasan Kajian 5
5 Kaedah Kajian 7
6 Hasil Kajian 8
7 Rumusan 11
8 Rujukan 12
9 Lampiran 13
2
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Maktab Mahmud Alor Setar iaitu Puan Zaitun binti Ismail yang
mengizinkan saya untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya
juga mengucapkan terima kasih kepada guru geografi saya,
iaitu Puan Asiah Asmuni selaku guru mata pelajaran geografi
saya yang telah beri tunjuk ajar kepada saya dalam
menyiapkan kerja lapangan ini. Akhir sekali, terima kasih juga
kepada ibu bapa dan rakan sekelas yang turut memberi
sokongan dan bimbingan kepada saya.
3
PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk Kajian Penggunaan Sistem
Telekomunikasi di Ampang Jajar,Alor Setar,Kedah sebagai
tajuk kerja lapangan saya. Hal ini kerana penggunaan sistem
telekomunikasi dapat memberi banyak kemudahan kepada
penduduk setempat.
Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan kerja
lapangan ini ialah selama empat minggu. Pengumpulan data
dan maklumat yang diperlukan dibuat pada waktu lapang.
Manakala penulisan laporan pula dijalankan pada waktu
pengajaran dan pembelajaran geografi di bilik darjah.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Menghuraikan konsep dan takrifkan sistem
telekomunikasi
2. Melukis peta lakar kawasan kajian
3. Mengenal pasti jenis alat telekomunikasi
4. Menjelaskan kesan negatif alat telekomunikasi di
kawasan kajian
5. Menghuraikan cara penggunaan alat telekomunikasi
beretika
4
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di Ampang Jajar terletak di Mukim
Kota Setar, Alor Setar, Kedah. Jarak mutlak dari pusat
bandar ke kawasan kajian ialah 6Km dan mengambil masa 5
minit. Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada dikawasan ini,
antaranya ialah tanah pamah dan ciri budaya pula adalah
masjid dan perumahan.
5
PETA LAKAR
6
KAEDAH KAJIAN
1. Pemerhatian :
Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian
untuk mengenal pasti ciri fizikal dan ciri budaya di
kawasan kajian.
2. Rujukan :
Saya telah melayari beberapa laman web untuk
mengumpul maklumat mengenai kajian dan membuat
rujukan berpandukan buku teks geografi.
7
HASIL KAJIAN
Mengikut wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya
merupakan komunikasi jarak jauh, sama ada satu atau
dua hala. Ini termasuklah komunikasi menggunakan
radio, televisyen, telefon dan komputer. Merujuk buku
teks geografi pula, telekomunikasi bermaksud suatu
interaksi yang melibatkan jarak yang yang jauh antara
penyampai dan penerima.
JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI
Berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui
pemerhatian saya, berikut adalah contoh alat
telekomunikasi yang digunakan di Ampang Jajar :
1. Komputer riba
2. Telefon pintar
3. Radio
8
KESAN POSITIF DAN NEGATIF
PENGGUNAAN TELEKOMUNIKASI
Kesan positif
Terdapat banyak kesan positif telekomunikasi untuk negara.
Antaranya ialah mudah mendapatkan maklumat. Hal ini
memudahkan para pelajar mendapatkan maklumat berkaitan
pendidikan di internet. Selain itu, telekomunikasi juga
memudahkan dalam berkomunikasi secara atas talian
contohnya melalui WhastApp. Seterusnya kesan positif
telekomunikasi mempercepatkan urusan pembayaran bil
eletrik, bil telefon, dan urusan menjual beli secara atas talian.
Orang awam tidak perlu keluar rumah atau beratur panjang
untuk berurusan di kaunter pembayaran.
Kesan negatif
Telekomunikasi juga turut ada kesan negatif yang boleh
merosakkan para pengguna. Contohnya buli siber, penyebaran
maklumat palsu yang dapat mengelirukan pengguna. Jenayah
siber seperti penipuan atas talian, berlaku transaksi palsu.
9
PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI
SECARA BERETIKA
1. Menggunakan pengaruh laman web rangkaian sosial
popular ialah tujuan kebaikan seperti mengumpul derma.
2. Tidak memajukan e-mel mengandungi virus berbahaya
kepada rakan dan tidak menulis mesej yang tidak jelas yang
boleh membawa kepada salah tafsir.
3. Menggunakan sumber yang dikongsi iaitu alat atau
maklumat pada komputer yang diakses dari jauh daripada
komputer lain. E-mel yang dikongsi menerusi rangkaian
setempat secara berhemah dan tidak menyalahguna.
4. Patuhi larangan telefon pintar di tempat awam, bercakap
dengan perlahan. Pastikan jarak yang wajar dari orang
sekeliling.
10
RUMUSAN
Kesimpulannya, terdapat banyak alat telekomunikasi seperti
telefon pintar yang digunakan oleh orang ramai khususnya di
kawasan kajian saya. Alat telekomunikasi ini mempunyai
banyak kepentingan, antaranya ialah untuk mengeratkan
silaturahim dan. Alat telekomunikasi juga membenarkan
keadaan pembelajaran berlaku dalam pembelajaran yang
aktif. Dimana pembelajaran berlaku dalam persekitaran
multimedia bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan
dan pelbagai orientasi yang sesuai dengan keperluan mereka.
11
RUJUKAN
Buku Teks
Buku Teks Geografi Tingkatan 2, Kang Chai Yoeng , Zulkipli bin
Ismail , Rajanderan Subramaniam terbitan IMS
BOOKSTRADING SDN.BHD keluaran 2017.
Internet
https://www.scribd.com/doc/Perkembangan-Sistem-
Perhubungan-Telekomunikasi-Di-Bandar-Lenggong
https://stpm-study.blogspot.com/2017/07/kesan-
positif-dan-negatif-teknologi.html?m=1
12
LAMPIRAN
13