The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arichom, 2020-05-22 23:58:47

MEMORABILIA BUAT SALLINA

MEMORABILIA BUAT SALLINA

1

BIL TAJUK M/S BIL TAJUK M/S 2
i PRAKATA 3 6 TVET 45-62
ii SETULUS KATA 4
5 INTAN PERMATA BUMI SELATAN 63
iii SEULAS BICARA 6-7 WOMEN 64
1 BIOGRAFI CIKGU SALLINA 8 7 MEMORABILIA KAJIAN TINDAKAN 65-72
9 SWEET MEMORIES WITH SALLY BOSS 73
WIRAWATI ILMU SURI 74
KETIKA ITU, SUATU WAKTU DAHULU 10-11 10 THE MAESTRO BEHIND THE JOHORE 75-99
2 PENDIDIKAN CIKGU SALLINA 12-13 ENGLISH ORCHESTRA
ARIGATOGOZAIMASU 14-16 GOODBYE 100
3 KERJAYA DARI BILIK DARJAH KE JABATAN SEBINGKIS KENANGAN 101
PENDIDIKAN 17 THE WONDER WOMEN OF JPN JOHOR 102
PERMATA PENDIDIKAN 18 IDOLA KU 103
19-31 104
4 ADA ANGIN, ADA POKOKNYA.. PENDIDIKAN RESIPI KUIH SALL 105
KELESTARIAN 32 REFLEKSI 2.0 106
PERMAISURI PEMBELAJARAN 33 SALAM PERSARAAN 107
MUTIARA YANG KU DENDANG 34-42 AUTOGRAF 108
43
5 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 NEGERI JOHOR 44
TERIMA KASIH PERMATA PENDIDIKAN JOHOR
DEMI ILMU

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya saya

diberikan kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata di dalam

Untuk Sallina... Permata Pendidikan . Saya sangat berbesar hati dengan

kesempatan ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sektor Pembelajaran atas

daya usaha merealisasikan penerbitan cicipan kenangan ini.

Penerbitan cicipan kenangan ini merupakan satu manifestasi dalam menghimpunkan

karya-karya yang dikhususkan bertujuan menghargai seorang insan yang bernama

Sallina . Saya juga mengambil kesempatan merakamkan berjuta penghargaan

buat penyumbang yang menyumbang karya sehingga terhasilnya

Untuk Sallina... Permata Pendidikan .

Kita sedia maklum bahawa penerbitan majalah seperti ini menjadi satu buku catatan

sejarah pelbagai episod kenangan buat beliau. Sekalung penghargaan dan terima

kasih yang tidak terhingga diucapkan. Marilah kita berdoa agar kita sama-sama

diberikan taufik dan hidayah atas usaha kita menghasilkan majalah yang sangat

bermanfaat ini.

Cikgu Haji Azman bin Adnan A.M.N Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang bertungkus
Pengarah Pendidikan Negeri Johor lumus dalam menghasilkan majalah ini khususnya editor majalah serta krewnya,
penyumbang karya dan lain-lainnya. Harapan dan doa saya, semoga kita semua dapat
Jabatan Pendidikan Negeri Johor. meneruskan kecemerlangan serta memahat kejayaan yang lebih gemilang pada masa
akan datang.

Sekian, wassalam dan terima kasih.

3

Setinggi penghargaan kepada Cikgu Puan Sallina binti Hussain, Timbalan Pengarah Pendidikan
Pembelajaran, yang akan bersara wajib pada 28 Mei 2020.

Sepanjang mengenalinya, beliau seorang yang sangat berdedikasi dan sentiasa memberikan
komitmen yang tinggi dalam menanggung wadah amanah. Kesungguhannya dalam setiap perkara
mencerminkan seorang yang bertanggungjawab selain sentiasa membimbing pasukan memenuhi
aspirasi bersama-sama. Justeru, melalui kepimpinannya dan usaha berterusan Sektor Pembelajaran
telah meletakkan negeri Johor dalam kedudukan ketiga terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia 2019 dengan nilai Gred Purata Negeri 4.90 yang mengatasi prestasi kebangsaan serta
peratus layak sijil 86.43%.

Personanya yang mesra menjadikan beliau rapat dengan kakitangan bawahan. Sisi keibuan kadang-
kala tercermin dalam penyampaian nasihat, diselit bersama-sama senda gurau menambah
kemesraan.

Selamat bersara wahai sahabat. Terima kasih atas perkhidmatan dalam dunia pendidikan. Semoga
khidmat bakti akan menjadi kenangan terindah. Sesungguhnya persaraan itu pasti dan menjadi titik
noktah sebagai anggota perkhidmatan awam.

Pohon mempelam lebat berbuah, Pohon mempelam lebat berbuah, Cikgu Haji Shaharuddin bin Saari
Gugur sebiji di tepi tangga, Gugur sebiji di tepi tangga, Timbalan Pengarah Pendidikan
Kita bertemu akhirnya berpisah, Kita bertemu akhirnya berpisah,
Diizin Allah berjumpa juga. Diizin Allah berjumpa juga. Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

4

Cikgu Kamarudin Bin Abu Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ketua Penolong Pengarah Kanan TVET Tahniah dan syabas saya ungkapkan kepada Jawatankuasa dan warga kerja Sektor Pembelajaran, Jabatan
Sektor Pembelajaran Pembelajaran Negeri Johor yang telah berjaya mendedikasikan Buku Memorabilia Buat Sallina, Mutiara
Pendidikan Johor.
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Saya mewakili warga kerja Sektor Pembelajaran ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
menjunjung kasih kepada Puan Sallina Bte Hussain, Timbalan Pengarah Pembelajaran, Sektor Pembelajaran
yang akan bersara wajib daripada perkhidmatan awam mulai 28 Mei 2020.

Buku Memorabilia Buat Sallina, Mutiara Pendidikan Johor sendiri telah menceritakan betapa warga Sektor
Pembelajaran menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau kepada kecemerlangan pendidikan
negeri Johor. Beliau dapat menggerakkan keseluruhan organisasi pembelajaran sebagai satu pasukan yang
mantap bagi memacu organisasi ini ke satu tahap yang lebih cemerlang dan berkualiti.

Gerak kerja yang berkualiti dengan penggemblengan segala sumber yang ada bagi merangka kecemerlangan
akademik negeri Johor dengan pelbagai idea yang dilontarkan oleh beliau secara kolektif membuktikan bahawa
Sektor Pembelajaran adalah peneraju dalam merealisasikan hasrat Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara.

Saya percaya dengan personaliti yang lembut tetapi tegas semasa bertugas, diselangi dengan hubungan yang
mesra yang ditunjukkan sama ada dalam bentuk arahan kerja atau khidmat nasihat yang disampaikan kepada
kakitangan bawahannya mencerminkan beliau adalah seorang pemimpin yang disenangi oleh warga Sektor
Pembelajaran.

Akhir kata, saya mewakili warga Sektor Pembelajaran berdoa agar segala khidmat bakti yang dicurahkan akan
menjadi kenangan terindah untuk beliau. Sesungguhnya persaraan itu pasti dan menjadi titik nokt5ah untuk
dikenang sebagai satu sejarah.

Biografi

CIKGU SALLINA

6

Raut wajah penuh ketenangan,
Tidak terkalam kasih dijunjung,
Jasamu puan tetap dikenang,
Budimu pula tetap disanjung.

Tanggal 28 Mei 1962 bersamaan 23 Zulhijjah 1381 hari
Isnin, merupakan detik kelahiran beliau, bertempat di
Kampung Majidi. Beliau merupakan cahaya mata ke dua
daripada 5 bagi tambatan hati pasangan bahagia Hj.
Hussain bin Maulud dan Hjh Aishah binti Hj. Abdullah.

Mengecapi bahagia, hasil perkongsian hidup, beliau
dikurniakan 9 orang cahaya mata, iaitu 4 orang putera dan
5 orang puteri. Didikan dan amalan untuk meraih
kecemerlangan di sekolah, dipraktikkan semasa mendidik
anak-anaknya. Alhamdulillah, benih yang baik jatuh ke
laut menjadi pulau.

7

Wirawati Ilmu Kamarudin Abu (KBA)

Engkau umpama wirawati ilmu Wirawati iImuku Ketua Penolong Pengarah Kanan
Menggalas beban menggenggam padu Kini jarak akan memisahkan kita Sektor Pembelajaran
Engkau merungkai kembara yang buntu Engkau mulai langkah baru yang nyata
Terangi tenteramu dengan ilmu yang Meninggalkan gedung ilmu penuh sejarah 8
padu Berbekas ilmu menjadi legasi indah.
Tidak sirna diterap angin usiamu

Engkau tak pernah mengeluh menyerah
Kecamuk ilmu yang sepatutnya serlah
Dirungkai ikut garis lukis yang mudah
Dibantu jenteramu yang tak jemu lelah
Untuk meraih segudang prestasi yang
indah

Tertoreh indah tertulis di kertas
Pengalaman jasa baktimu dipulas
Menabur sebongkah ilmu yang jelas
Engkau tuang ilmu penuh di gelas
Bekalan yang kau tinggal akan digalas

Ketika Itu Suatu Azam, ambillah laptop saya tu Noor Azam bin Yusoff
Sebab saya dah ada lagi satu yang baharu
Waktu Dahulu Ketua Penolong Pengarah
Itu ayat-ayat yang masih segar Sektor Pembelajaran
diingatanku
Akhirnya,
Bayarlah berapa kali,yang penting selesai maafkan aku andai tersinggung dengan
coretanku
Ketika itu suatu waktu dahulu hutang itu Yang pasti aku tidak akan melupakanmu
Aku di sini denganmu Alhamdulillah dah kubereskan hutang itu Kerna ku sedar siapa aku tanpa dirimu
Takut tergantung amalanku Dalam meneruskan karierku sebagai guru
Mohon halalkan segala ilmumu
Masihku ingat soalanmu wahai Sallinaku Waktu aku bertemu yang Satu Akan kukenang segala kenangan bersamamu
Ingat tak lagi makanan di atas perahu
Waktu pertama kita bertemu... Sesungguhnya hati ini terlalu waktu kita ke Jerantut dahulu
Apa yang Azam faham tentang PAK 21 mengagumimu Semoga tuhan memberkatimu
Alhamdulillah dapatku terangkan apa Insan yang pasti menjadi idolaku setiap Kenang kami dalam doamu...
yang ku tahu waktu Terima kasih wahai Sallinaku...
Waktu itu hanya tuhan yang tahu Semangat dan ilmumu, tak terjangkau
Berdegup kencang jantungku olehku 9
Hebat sungguh auramu Apatah lagi pada usia persaraan itu

Maaf kupinta andai coretan ini tidak Semoga kau terus dengan semangat jitu
menentu Menabur bakti walau bukan sebagai
Yang pasti coretan ini dari kenangan GURU

laptopmu Sallina...
Beruntungnya aku memiliki satu kenangan Siapa tak kenal pemilik nama itu
darimu Ku pasti semuanya akan merasa
Kalau tidak kerana Syikin yang mengadu kehilangan dan merinduimu
Sehingga dirimu membuat tawaran itu Setiap kata yang lahir demi ilmu

Setiap gerak yang diatur adalah halatuju

Bagaimana bisa melupaimu

Pendidikan

CIKGU SALLINA

10

Pn Sallina menerima pendidikan awal di Sultan Ibrahim Girls
School antara tahun 1969 hingga tahun 1974. Persekolahan
menengah beliau sepenuhnya di Sultan Ibrahim Girls School
Johor Bahru antara tahun 1975 1979.

Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan juga Ko-
Kurikulum memang tidak dapat dinafikan.

Pernah menjadi

▪ Company Leader Pasukan Pandu Puteri

▪ Pembahas dan Pemidato

▪ Ahli Koir SIGS Menengah

▪ Memperoleh Gred 1 dalam MCE 1979 dan meneruskan
Pelajaran ke Tingkatan 6 Rendah Sains sebelum ke United
Kingdom pada tahun 1980 untuk mengambil A- Level.

Pn. Sallina kemudiannya diterima masuk ke Language Studies
(English) - Essex University, Essex, UK dan dianugerahkan BA
(Hons) pada 1985.

Beliau menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan di Universiti UTM
Skudai pada tahun 1998 hingga 2000.

11

ARIGATOGOZAIMASU Hj Shahilon bin Abd Halim

Lagenda dan mitos Melayu nusantara Badang bukan bandingan... Ketua Penolong Pengarah Kanan
Penglipur lara penuh nasihat Walaupun Sungai Chat pernah diangkat
Orang kata Badang itu kuat perkasa Kuatnya beliau bukan fizikal Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Namun variasi ceritanya banyak tercatat Menempuh cabaran penuh semangat
Orang kata Kancil tu bijak Berani dan tabah berjiwa kental 12
Memperdaya haiwan lain yang lebih gagah
Si Tanggang pula tak makan dididik Bijaknya bukan umpama kancil
Setelah berjaya ibu kandung pon disanggah Positif merancang penuh tartil
Memanfaat sebaiknya apa yang ada
Itu cerita rakyat penghibur duka Memimpin membimbing demi anak
Ditokok ditambah mengikut suasana bangsa
Tapi Pn. Sallina Hussein lain kisahnya...
Speaking London umpama The Queen of Si Tanggang itu lupa daratan...
England Langit dan bumi kalau dibandingkan
Ohiogozaimasu, ogengki deska pun bukan tak Orang berjasa tak pernah dilupakan
biasa Tetap mesra dimercu kejayaan
Karoke lagu Seri Mersing ada kisahnya
Pembuka langkah ke tampok semasa

ARIGATOGOZAIMASU Hj Shahilon bin Abd Halim

Tidak seperti Mat Jenin yang berangan- Selamat Berbahagia Dalam Alam Ketua Penolong Pengarah Kanan
angan lebih Persaraan
Apatah lagi Sang Kelembai yang sering Coretan sekadar lintasan nukilan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
marah dan menyumpah Ribuan kemaafan sepanjang
Bukan bawang Merah tapi ada sikit macam kebersamaan 13
Bawang Putih Domo arigato gozaimasu Sallina son
Bukan juga Puteri Gunung Ledang yang
mengenakan syarat untuk menyanggah

Sebaliknya...
Merealisasikan sesuatu menjadi iltizam
Bicara suruhnya tegas tapi lembut
Lakunya sopan tertib berazam
Tugasan dan arahan sedia disambut

Apa lagi hendak dikatakan
PAK21 dan Kelestarian Alam Sekitar telah
direalisasikan
Kejayaan lain tak upaya nak ungkapkan
Kenangan indah hasil perkhidmatan

Kerjaya

DARI BILIK DARJAH KE
JABATAN PENDIDIKAN

14

Bermula dari sini, beliau mula melangkah dengan lebih yakin dan berani untuk 15
menempuhi segala dugaan dan ujian dalam arena pendidikan yang penuh
mencabar. Kata orang, “alah biasa tegal biasa” dan“genggam bara api, biar jadi
arang, ”begitulah semangat yang dimiliki oleh Pn. Sallina bte Hussain yang sangat
dihormati dan disayangi.

Penempatan pertama beliau ialah di SMK Sri Mersing, Mersing dari tahun 1987
hingga 1993. Setelah enam tahun, beliau kembali ke Johor Bahru dan
berkhidmat di SMK Dato Abdul Rahman Yassin selama dua tahun iaitu dari tahun
1993 hingga 1994.

Kecemerlangan beliau diteruskan dengan menjawat jawatan Pegawai Khas
Bahasa Inggeris dan Ketua Unit SPA di Sektor Pengurusan Akademik JPN Johor
pada tahun 1994 hingga 2003 kemudian dilantik sebagai Ketua Unit Kurikulum
pada 2003 hingga 2007.

Perjalanan Pn. Sallina Bte Hussain dalam saf kepimpinan sekolah sebagai
Pengetua bermula pada 1 Jun 2007 di SMK Sri Rahmat Johor Bahru. Pada 16
Januari 2008 beliau dipindahkan ke SMK Dato Abdul Rahman Yassin Johor Bahru
sehingga 30 November 2010.

Pada 1 Disember 2010 beliau ditukarkan ke SMK Engku Sultanah Aminah Johor
Bahru sehingga 29.3.2014. Beliau telah dilantik sebagai Pengetua Cemerlang
pada 2011.

Pada 16 Mac 2014 beliau ditempatkan ke SMK Medini sehingga 5 April 2015.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang
tahu.

Pada April 2015 beliau dilantik sebagai Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri
Johor sehingga 27 November 2019 dan akhirnya dilantik
sebagai Timbalan Pengarah Pendidikan Johor
(Pembelajaran ) sehingga beliau bersara wajib.

Beliau telah berkecimpung dalam kerjaya keguruan
selama 33 tahun.

Sesungguhnya telah banyak jasa dan bakti yang beliau
tinggalkan. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang
tak kata. Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang
berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi.

Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus
berbahagia dalam menjalani kehidupan baru selepas ini
iaitu alam persaraan beliau.

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah dipohon cemara,
Akhir kalam penyudah kata,
Moga bahagia di alam pesara.

InsyaAllah.

16

Permata Pendidikan Vijayan A/L Ramasamy

Permata Pendidikan, Permata Pendidikan, Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bermulanya perkhidmatanmu di SMK Penghijrahanmu ke sekolah menjadi Sektor Pembelajaran
Mersing pemimpin
Dedikasimu menjadi perhatian Bakti dicurah mencipta sejarah 17
Dilamar menjadi pegawai Bahasa Inggeris Sekali lagi dilamar Jabatan Pendidikan
Bimbinganmu dalam mesyuarat pagi Kali ini untuk memimpin Sektor
Menggalakkan pegawai tertinggi mula Pembelajaran
Dalam kepimpinan kejelikitan disemaikan
Permata Pendidikan,
Permata Pendidikan,
Amanah diberi menerajui Unit Kurikulum Keperibadianmu menambat hatiku
Mindamu teknologi terkini, kreatif dan
Mencapai menjadi inovatif
Karisma dan kewibawaanmu tiada ganti
impianmu Setiap tunjuk ajar yang kau curahkan
Akan ku sematkan dalam mindaku
Mengeksploitasikan segala kudratmu Agar menjadi petunjukku dalam
perkhidmatan
Untuk mencapai kecemerlangan akademik

Justeru lahirnya Julang dan

Skuad

I just don’t know Hj. Kamarudzaman bin Abdul Mubin

Just to let you know.... Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pembelajaran
you are really that awesome
18
Happy retirement My Boss, My Collegue,

Just too many , Just too much My Friend...

It just kept flowing right from the start Pn. Sallina bt Hussain

No books can be written, no story can be

filmed

But.... I can tell you these..

When we sing, we drown the crowd

When we dance, we bring down the stage

When we talk, we win debates

When we laugh, we laugh together

When we cry, we all wept at the corner

Thank you for the time, memory ,
friendship & wisdom

Ada Angin,

Ada Pokoknya.......

Pendidikan Kelestarian

Penulis:
Mohd Munir bin Baharom
Pegawai Meja Pendidikan Kelestarian Negeri Johor

19

Keindahan alam merupakan anugerah yang tak
terhingga...

Maka dari itu kita harus bersyukur pada Yang Maha Kuasa
dengan cara menjaga, merawat dan

melestarikannya

20

Suatu Permulaan...

Showcase Pendidikan Kelestarian Negeri Johor diwujudkan
bagi menyokong teras kelima Dasar Kelestarian Negeri
Johor 2017 -2021 yang memberi penekanan kepada
Pendidikan untuk mencapai Negeri Johor yang Lestari.
Justeru itu, Dasar Kelestarian Negeri Johor perlu
diperkuatkan lagi dengan Pelan Tindakan yang lebih khusus
kepada pendidikan di peringkat sekolah sama ada secara
formal dalam kurikulum atau secara tidak formal melalui ko-
kurikulum. Ini kerana pendidikan di peringkat sekolah
dilihat sebagai mekanisme yang paling bersistematik dan
berkesan untuk melahirkan generasi bangsa Johor yang
mampu merealisasikan Pembangunan Lestari di Negeri
Johor seiring dengan pembangunan dan kemajuan yang
sedang dialami Negeri Johor.

21

Jabatan Pendidikan Negeri Johor menerusi Sektor Pengurusan Puan Sallina binti Hussain menegaskan bahawa bagi memastikan

Akademik (SPA) yang diketuai oleh Puan Sallina binti Hussain Pendidikan untuk Pembangunan Lestari dapat disampaikan

sebagai Ketua Sektor pada tahun 2018 telah bersetuju untuk dengan berkesan, kaedah pengajaran terkini seperti Pembelajaran

menghasilkan satu Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor Abad Ke-21, Pendekatan Pendidikan STEM (Sains, Teknologi,

sebagai memberi panduan dan hala tuju kepada pelbagai pihak Kejuruteraan dan Matematik) dan kurikulum yang disulami nilai

untuk merangka dan menjalankan program pendidikan yang kelestarian dan nilai universal dalam Islam mesti diaplikasikan di

bertujuan memberi kesedaran alam sekitar kepada pelajar dan guru sekolah menerusi Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor

sekolah. Ini kerana, menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti 2019 - 2023 perlu dirangka supaya Dasar Kelestarian Negeri Johor

Teknologi Malaysia (UTM) mendapati terdapat pelbagai program, 2017 - 2021 dapat dicapai sekaligus menjadikan pendidikan Negeri

aktiviti dan projek berkaitan dengan pendidikan untuk Johor menjadi yang paling keterhadapan dalam menerajui agenda

pembangunan lestari telah dijalankan di sekolah di seluruh Negeri Pembangunan Lestari Negara dan kualiti pendidikan Negeri Johor

Johor oleh pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan sehingga dapat dimajukan.

menyebabkan beban yang tinggi kepada sekolah, hilang tumpuan

dalam agenda kelestarian dan sukar untuk menentukan

keberkesanan program tersebut terhadap pembangunan lestari

Negeri Johor. 22

Pelan Tindakan
Pendidikan Kelestarian
Johor (PTPKJ) 2019 - 2023

"Nothing will work unless you do

Maya Angelou

23

Benih yang mula bertunas...

Pada November 2018, Pelan Tindakan Pendidikan
Kelestarian Johor (PTPKJ) 2017 2021 dengan tajaan oleh
Pejabat Menteri Besar Negeri Johor 2017 telah berjaya
disiapkan. PTPKJ adalah satu panduan dan hala tuju kepada
pelbagai pihak untuk merangka dan menjalankan program
pendidikan yang bertujuan memberi kesedaran alam sekitar
kepada pelajar dan guru sekolah. Pelan tindakan yang
pertama seumpama ini merupakan komitmen daripada
Kerajaan Negeri Johor bersama-sama agensi pendidikan dan
bukan pendidikan bagi mencapai pembangunan lestari
yang mampan di negeri Johor sesuai dengan Sustainable
Development Goals oleh United Nations. Ianya selaras
dengan Pelan Pembangunan Mampan Negeri Johor 2019
2030 yang menepati teras Modal Insan dan Pemuliharaan
Sumber dalam mentransformasikan Johor menjadi
Berprestasi Tinggi, Bangsa Johor Bestari .

24

Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Kelestarian Negeri Johor
SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru
29 Januari 2019

25

Dengan adanya Pelan Tindakan ini, 26
pelbagai program dan projek kelestarian
dapat diselaraskan supaya lebih
berfokus dan berimpak tinggi
berdasarkan tiga elemen utama iaitu
pendidikan kelestarian, pendidikan
STEM dan pembelajaran abad ke-21
seperti yang telah disarankan oleh Puan
Sallina binti Hussain. Antara program
yang telah dijalankan oleh JPNJ adalah
seperti Iskandar Malaysia Ecolife
Challenge (IMELC), Problem Based
Learning for Low Carbon Society (PBL-
LCS), RCE Iskandar Sustainable and Low
Carbon Schools Exhibition dan
sebagainya. Daripada 1187 sekolah di
negeri Johor, lebih kurang 45% terlibat
secara aktif dalam program pendidikan
kelestarian yang diadakan contohnya
543 sekolah terlibat dengan IMELC, 19
sekolah PBL-LCS dan sebagainya.

Majlis Pelancaran Jerayawara Pelan Tindakan Kelestarian Johor
Dewan SJKC Woon Hwa, Kulai , 12 Mei 2019

Majlis Pelancaran Amalan Kelestarian Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan
Penyerahan Sijil Lantikan Sekolah Showcase Kelestarian Johor
Dewan Seminar JPN johor , 21 Mei 2019

Lebih membanggakan apabila usaha keras dan berterusan ini telah membuahkan hasil apabila Mesyuarat
Jawatankuasa Induk Showcase Negeri Johor pada 13 Februari 2019 bersetuju mengangkat Pendidikan Kelestarian
Negeri Johor sebagai showcase JPN Johor. Program-program pendidikan kelestarian di negeri Johor telah menerima
pengiktirafan oleh badan antarabangsa iaitu United Nations University (UNU) melalui program pameran RCE
Iskandar Sustainable and Low Carbon Schools Exhibition setiap tahun. Terdapat banyak sekolah di negeri Johor
yang aktif dalam aktiviti pendidikan kelestarian telah memenangi anugerah di peringkat tertinggi seperti SJKC Woon
Hwa yang telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan SEAMEO-Japan ESD Award 2017.

27

Kejayaan datang dari keinginan yang
membara, sikap positif, usaha yang hebat,
dan sumbang khidmat serta bantuan

kepada

28

Amalan-amalan kelestarian mula dipraktikkan di 29
Jabatan Pendidikan Negeri Johor secara
keseluruhannya meliputi semua sektor di jabatan ini.
Menerusi Lebih membanggakan apabila Showcase
Pendidikan Kelestarian telah terbukti melahirkan
karakter murid Johor yang mempunyai kesedaran
dalam penjagaan alam sekitar melalui pendidikan
kelestarian yang signifikan dengan jalinan PAK21 dan
STEM. Bagi memastikan ilmu baharu sentiasa
diperoleh, lawatan penanda aras Pendidikan
Kelestarian Johor ke Sabah telah dianjurkan hasil
cetusan idea oleh Puan Sallina binti Hussain. Pelbagai
ilmu baharu telah diperoleh oleh pegawai-pegawai
yang menyertai bagi memastikan sekolah-sekolah
Johor membudayakan pendidikan kelestarian.

Kempen Menanam Pokok
JPNJ, 5 Mei 2019

Lawatan Pendidikan Kelestarian
Negeri Johor ke Negeri Sabah

30

Kini, pendidikan kelestarian telah bertapak kukuh dibumi Johor
setelah melalui proses pematangan selama beberapa tahun
hasil sokongan dan dorongan oleh Puan Sallina binti Hussain.
Pendidikan Kelestarian kini mempunyai hubungan yang baik
dengan pemegang taruh seperti UTM, UTHM, UKM, IPTI, IRDA,
SWM Environment, SEDA, MBIP, MBJB serta banyak lagi
disamping pemegang taruh dari luar negara seperi JICA Japan,
KEAA Japan, KIKI Network Japan dan Kyoto City. Lebih
membanggakan, sekolah-sekolah rendah yang menyertai
Iskandar Malaysia Ecolice Challenge (IMELC) dan sekolah-
sekolah menendah yang menyertai Problem Based Learning
(PBL) telah berjaya membantu kerajaan mengurangkan
pelepasan gas karbon sebanyak kira-kira 700,000 kilogram
karbon sepanjang IMELC dan PBL berlangsung pada tahun 2019
dan berjaya menjimatkan lebih RM300,000.00 dari segi
penggunaan bil air dan elektrik sekolah IMELC dan PBL dalam
tempoh berkenaan.

Puan Sallina binti Hussain akan sentiasa mekar dalam

kenangan sebagai peneraju Pendidikan Kelestarian di

Negeri Johor. 31

PERMAISURI PEMBELAJARAN Ashaari bin Omar

Rentak tari dialun bagai permaisuri Kaulah Permaisuri Pembelajaran... Ketua Penolong Pengarah
Di anjung pentas gemalai ayunan tangan Mendidik generasi dari kecil hingga dewasa Sektor Pembelajaran
dan kaki Membimbing tanpa berputus asa
Membawa obor pembelajaran persada Walaupun cabaran menggunung sentiasa ada 32
negeri Walaupun selalu mengalirkan air mata
Menusuk sukma pencinta ilmu lestari Punya hati yang bukan kaca
Tanpa gentar bersaingan dengan lelaki Takkan berkecai dihempas rasa
Melontar aura ilmu agar dipelajari
Manusia manusia pelbagai generasi Lagumu yang kau dendang
Tuai padi antara masak
Kaulah Permaisuri Pembelajaran... Intai kami antara nampak
Berbicara hanya wadah pendidikan Senyum sayu mata memandang
Di ufuk timur, barat, utara dan selatan Meruntun jiwa bila terkenang
Menyebar tinta ilmu pendidikan Ooh SALLINAku
kelestarian Kaulah Permaisuri Pembelajaran
Agar dunia bersih tanpa sempadan
Untuk manusia hidup tanpa kelaparan

Luhur hatinya yang tuntas
Menelusuri sungai yang mengalir deras
Meneroka hutan belantara keras
Menghulur ilmu tanpa pengeras
Umpama telur tanpa menetas
Manakan mungkin generasi bebas

MUTIARA YANG KU DENDANG Hj Jamal Jamalludin

Takdir menempatkanku di sini Fikir dahulu merancang tindakan Penolong Pengarah
SPA yang gah dan ternama dipersada Pemantauan berterusan sekolah pilihan Sektor Pembelajaran
pendidikan Amanah digalas menuju sasaran
Melangkah dan menyapa aku Prinsip kerja bukan taruhan Segala peristiwa menjadi kenangan
Dengan sopan santun lembut budi bahasanya Lima tahun kesungguhan hasrat tercapai Pesanan menjadi ingatan
Nampak wibawa dan tegas berwawasan Sekolah cemerlang jabatan terbilang Budi baik dan bakti tuan tak terperi
Sektor pembelajaran terus berwawasan Hanya Allah tempat balasan
Kasihnya melaut alang kepalang Anugerah menjadi penghormatan Semoga bahagia gembira menjadi
Bak mentari memancar panduan kenyataan
Ibarat kata suri ibu teladan Kini saat ini waktu tiba Umpama belajar sampai ke pelabuhan
Berintegriti menyulam organisasi Insan yang memberi sinar Umpama berjalan sampai ke destinasi
Insan yang cemerlang Selamat bersara selamat bersama keluarga
Sallina milik panggilan Sallina ketua yang disayang Silap salah kemaafan dipinta
Inilah bosku Sampai ke penghujung perkhidmatan Panjang umur bersua lagi
Sallina tetap dikenang
Barisan kepimpinan mantap tinggi prestasi Sallina mutiara yang ku dendang.
Kemenjadian murid tonggak pegangan
Tugasku galang penuh cabaran
Komitmen tinggi cita-cita terarah
Subjek lulus wajib dicapai
Menjadi perhatian rujukan KPI

33

Pembelajaran

Abad ke21 Negeri Johor

MERUBAH LANDSKAP PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Penulis:
Hj. Kamarudzaman bin Abdul Mubin

Pegawai Meja PAK21 Negeri Johor

34

Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dilancarkan
dengan jayanya di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
menggariskan satu halatuju pendidikan Malaysia yang sangat jelas. Salah satu
inisiatif yang tercatat dalam plan tersebut ialah keperluan untuk mewujudkan
Pembelajaran Abad ke-21 sebagai salah satu elemen penting dalam
meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Natijahnya ialah, bermula
daripada idea inilah JPN Johor telah mengorak langkah yang proaktif dalam
mewujudkan Pembelajaran Abad ke-21 untuk peringkat Negeri Johor sahaja.
Melalui perbincangan dan lawatan penandaarasan ke sekolah amanah SJKT
Kangkar Pulai, Kulai dan SMK Semenchu Kota Tinggi serta lawatan ke
Canberra Primary School di Singapura disamping rujukan-rujukan yang sedia
ada, JPN Johor memutuskan untuk mewujudkan Pembelajaran Abad ke-21
peringkat Negeri Johor bermula daripada tahun 2015.

Untuk itu JPN Johor telah mewujudkan satu garis masa dengan mensasarkan pada
2020 semua sekolah di Negeri Johor akan membudayakan PAK21. 110 buah sekolah
telah dipilih sebagai sekolah rintis dengan mensasarkan 55 sekolah rendah dan 55
sekolah menengah. Hanya berbekalkan idea dan usaha, JPNJ telah berjaya
meyakinkan Kerajaan Negeri Johor untuk melabur sebanyak RM1 juta pada tahun
2016 dan 2017.

Bagi menjayakan idea ini pihak JPN Johor memerlukan dana untuk 35
merealisasikannya. Pada tahun 2016 pihak JPN Johor telah
membentangkan idea ini kepada semua wakil parlimen dan ADUN Negeri
Johor di Kuala Lumpur pada tahun 2016. Berita tentang PAK21 ini telah
disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada tahun 2016. Hasilnya pihak
Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju dan meluluskan peruntukan
sebanyak RM200 000 pada tahun 2016 dan RM800 000 pada tahun 2017 .

Hasilnya , JPNJ telah berjaya merubah landskap pendidikan negeri Johor
dengan menghasilkan Modul 1MPAK21 dan Standard Prestasi PAK21
Sekolah-sekolah Negeri Johor. Dua modul ini merupakan yang pertama
diterbitkan di Malaysia dan didaftarkan di bawah ISBN. Bagi Modul
1MPAK21 merupakan hasil kerjasama dengan IPGKTI JB merupakan modul
latihan untuk guru. Garis Panduan bagi pelaksanaan PAK21 Sekolah-sekolah
Negeri Johor boleh dirujuk kepada Buku Standard Prestasi PAK21 Sekolah-
sekolah Negeri Johor.

Kedua-dua modul ini telah dibina dan dikawal mutu oleh pegawai-pegawai di JPN,
PPD, SIP+, SISC+, Pensyarah IPGKTI, Pengetua-pengetua dan Guru Besar-Guru Besar
yang dipilih oleh pihak JPN Johor. Kedua-dua modul ini mengambil masa selama
setahun untuk di hasilkan.

Keseluruhan hasrat PAK21 dapat dirumuskan secara infografik untuk
memudahkan para pembaca untuk memahami PAK21 yang dihasratkan oleh
pihak JPN Johor

36

Sesi latihan untuk pemimpin dan JU dikalangan guru-guru telah
dimulakan pada tahun 2016. Modus Operandi pelaksanaannya
dengan setiap sekolah akan diwakili oleh seorang guru. Guru ini
bertanggungjawab untuk melatih semua guru yang ada di sekolah
masing-masing. Latihan adalah berdasarkan Modul 1MPAK21
Negeri Johor. Seterusnya pihak JPN menurunkan peruntukan ke
PPD untuk diagih-agihkan kepada pihak sekolah mengikut jumlah
guru yang ada. Sehingga hujung tahun 2016 kita telah berjaya
melatih seramai 6777 guru dan lebih daripada 110 PGB daripada
110 sekolah rintis PAK21 Negeri Johor. Pada tahun 2017 angka ini
meningkat apabila jumlah sekolah ditambah atas inisiatif PPD.
Natijahnya lebih ramai guru dan pentadbir sekolah telah diberi
pendedahan tentang PAK21.

37

Kemuncak kejayaan PAK21 ialah apabila JPNJ telah berjaya

melaksanakan Konvensyen PAK21 peringkat Negeri Johor yang

melibatkan seramai 3000 peserta yang terdiri dari warga pendidik,

PIBG, Ketua-ketua pemimpin masyarakat dan juga seluruh ADUN

dan ahli parlimen negeri Johor pada 15-16 April 2017. Konvensyen

ini juga yang pertama memulakan agenda tanpa kertas

dimana bermula daripada pendaftaran, aturcara

majlis, bahan bacaan dan segala-galanya menggunakan aplikasi

. Tambahan pula keseluruhan konvensyen ini boleh

ditonton secara melalui . Di konvensyen ini

kedua-dua modul (1MPAK21 dan Standard Prestasi PAK21

Sekolah-sekolah Negeri Johor ) telah diberikan kepada semua PPD

dan PGB yang terlibat.

38

Logo PAK21 telah mula digunakan secara rasmi pada tahun 2019.
Logo ini menggabungkan elemen teknologi sebagai wadah
pendidikan masa kini. Logo ini juga menggabungkan elemen
warna JDT untuk menambah keceriaan. Logo ini juga memberi
maksud PAK21 menggalakkan semua pihak untuk berfikir dengan
lebih kreatif dan inovatif.

Kerangka konsep PAK21 Negeri Johor mempunyai corak bulat yang 39
menggambarkan kesempurnaan dan saling memerlukan antara satu
sama lain. Dengan berlandaskan Kurikulum, jati diri, budaya dan nilai,
pentadbir sekolah perlu memastikan pembelajaran yang berkualiti
serta ekosistem pembelajaran yang kondusif dan sokongan PIBK akan
menjamin sekolah yang berkualiti.

PAK21 Negeri Johor telah mengorak langkah yang lebih agesif lagi
dengan memberi penekanan terhadap kepentingan alam sekitar. Ilmu
dan amal perlu seiring bagi menjamin kemandirian species hidupan. Di
samping manusia mengejar kemajuan kita perlu menjaga kepentingan
alam sekitar. Modul ini juga merupakan yang pertama seumpamanya
di Malaysia.

Bagi pembentukan sahsiah pelajar-pelajar Negeri Johor, PAK21 Negeri
Johor juga telah membina satu modul Karakter Murid Johor (KrMJ).
Dalam 3 Fasa , JPN Johor berhasrat untuk mewujudkan satu identiti
Bangsa Johor yang bersahsiah dan berdisiplin. Modul ini juga
merupakan yang pertama sepertinya di negara kita.

40

PAK21 Negeri Johor telah beberapa kali menempa sejarah dalam banyak perkara seperti penciptaan modul-
modul yang pertama seumpamanya. PAK21 juga telah dipertontonkan kepada umum seperti Expo Johor
berkemajuan pada tahun 2017, Rancangan Nasi Lemak Kopi O NTV9 2018 dan Sambutan Hari Guru peringkat
kebangsaan 2017 dan 2019 . Ini merupakan testimonial untuk menunjukkan bahawa JPN Johor begitu komited
dalam pelaksanaan PAK21 demi untuk merubah landskap pendidikan Negeri Johor.

41

... Semua ini kita laksanakan bersama-sama di
pembelajaran.
Tanpa lelah, jatuh dan bangun tetap teguh.
Terima kasih, Tuan.
Khas buat insan terpilih
Pn. Sallina bt Hussain
Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran)
Negeri Johor.

42

Terima kasih Permata Pendidikan Johor S. Pragash

Ini bingkisan hati oleh insan biasa Sanggup mendaki gunung, menuruni Penolong Pengarah
Memorabilia bicara tentang sebutir permata lurah Sektor Pembelajaran
Yang gigih berkhidmat hingga bersara Meredah hutan serta melayari lautan
Puan Sallina Hussain diberi nama Menjelajah ke setiap pelusuk negeri 43
Memikul amanah yang diberi
Sekian lama menerajui Pembelajaran
Mencurah bakti sebagai Timbalan Bidang Bahasa menjadi opsyennya
Pengalaman luas di bidang pendidikan Kelestarian sebati di dalam jiwanya
Menjadi rujukan kami, warga jabatan. PAK 21 serta PBD didukung sepenuhnya
STEM , TVET dan TMK jua tidak
Wajahnya yang tersenyum dan berseri dilupakannya
Berjiwa ibu, mudah didampingi
Tegurannya lembut berintikan ketegasan Akhir kata,
Menjadi pedoman dalam tugasan yang diberi Selamat bersara dengan hati yang tenang
Semoga sihat bersama keluarga tersayang
Tinggi ilmunya dan juga pengetahuan Sumbanganmu akan sentiasa terbayang
Membaca menjadi hobi kegemaran Jasamu tetap akan dikenang
Gemar memasak bila kelapangan
Suka membantu dalam apa jua keadaan Terima kasih Puan Sallina
Terima kasih Tuan Timbalan Pembelajaran
Terima Kasih Permata Pendidikan Johor
Terima Kasih sekali lagi

Demi Ilmu Yau Kiem Leong

Demi ilmu Demi ilmu Penolong Pengarah
Demi kasih sayang Demi kasih sayang Sektor Pembelajaran
Tuan nyalakan haluan Tuan menjadi inspirasi
Umpama lilin menyinar terang Hingga abadi 44
Umpama mentari menerangi siang Umpama bulan menyinari malam
Yang pastinya kami kenang
Demi ilmu
Demi kasih sayang Demi ilmu
Tuan senyum Demi kasih sayang
Tuan tawa riang Pasti kami merindu
Yang pastinya kami kenang Pasti kami kehilangan
Pasti kami bersedih
Demi ilmu Yang pastinya kami kenang
Demi kasih sayang
Tuan bimbing kami Demi ilmu
Tuan membina kami Demi kasih sayang
Yang pastinya kami kenang Pergi tuan dengan santun
Pergi tuan mengguris rasa
Yang pastinya kami kenang

TVET

Technical and Vocational Education and Training

Penulis:
En. Noor Azam bin Yusoff
Ketua Penolong Pengarah TVET

45

Bak air mengalir, tiba jua kiranya pada muara
waktu

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung

Ayam rintik di pinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.

46

Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah
orang-orang yang tak pernah melangkah- Hamka Guru favorite
adalah kehadirannya dirindukan, kata-katanya menginspirasi,
sikapnya diteladani, nasihatnya menyejukkan hati... Be deaf to
negative thoughts, if your aim is to reach your goal, itulah segala
petikan bagi menggambarkan peribadi sebuah nama... Sallina.

Mengakhiri tugasnya sebagai penjawat awam selaku Timbalan
Pengarah Pendidikan Pembelajaran Negeri Johor selepas melalui
liku perjalanan perkhidmatan bermula sebagai guru hingga
akhirnya diberikan tanggungjawab sebesar itu merupakan suatu
anugerah dari Allah kepada pendidikan negeri Johor.

Segala sumbangannya telah dijelmakan dengan keberhasilan
yang maksimum dan pastinya terbukti dan tercatat dalam
pencapaian pendidikan negeri Johor. Beliau sentiasa menjadi
simbol perjuangan guru-guru negeri Johor dalam menjelmakan
keberhasilan murid berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

47

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah menengah pastinya menjadi perhatian beliau.
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, Sepanjang TVET bersamanya, terlalu banyak perubahan dalam pengurusan dan
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. pelaksanaan matapelajaran berkaitan TVET di negeri Johor. Sebagai contoh,
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, Amalan Pengurusan Bengkel yang telah menunjukkan dan membuktikan
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan betapa perhatian beliau kepada pelaksanaan dan pengurusan mata pelajaran
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian ini.
dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Lihat sahaja kemenjadian murid dalam TVET, sudah tentu ada yang menjadi
Segala hasrat yang ingin diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sumber inspirasinya. Kejayaan pelaksanaan Program Vokasional Menengah
menjadi asas dalam perjuangannya sepanjang kariernya sebagai guru dan Atas (PVMA) juga menjadi satu contoh betapa guru-guru telah terinspirasi
pemimpin nombor satu dalam pembelajaran negeri Johor. Terima kasih, Puan. untuk membuktikan bahawa semua murid ada potensinya tersendiri yang
boleh digilap dan dibangunkan menepati prinsip kerja Jabatan Pendidikan
TVET Johor Negeri Johor dibawah mantan Pengarah Pendidikan Johor, Tuan Haji Azman
bin Adnan; Pendidikan Holistik, Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan
Puan Sallina sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dan kebersamaannya dalam Keberhasilan.
pelaksanaan pendidikan TVET di negeri Johor. Segala program dan perancangan
pastinya dalam makluman dan bimbingannya sepanjang pelaksanaan program Matlamat ini juga seiring dengan matlamat negeri Johor dalam
TVET di negeri Johor. Terlalu banyak sumbangan dan kebersamaan beliau memperkasakan pendidikan TVET iaitu untuk membangunkan potensi
sepanjang TVET melaksanakan aktivitinya. Pencapaian mata pelajaran TVET kemahiran yang ada secara optimum bagi melahirkan tenaga pekerja mahir
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia juga semakin berkualiti dan yang mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat
menunjukkan peningkatan berterusan dalam setiap peperiksaan. dan negara. Ini pasti menyemarakkan lagi persediaan negara ke arah Revolusi
Industri 4.0 kerana dengan adanya tenaga mahir tempatan sudah pasti hasrat
JPN Johor telah membuktikan diri sebagai sebuah negeri yang dapat mengurus kita akan tercapai.
dan melaksanakan pendidikan TVET dengan berkesan sepanjang beliau
menerajui sektor pembelajaran. Daripada peringkat rendah sehingga 48

Kemenjadian Murid dalam Program TVET
Membuktikan Keberkesanan Kepemimpinan

49

Potensi Murid Dapat Dioptimumkan Melalui Pendidikan TVET

50


Click to View FlipBook Version