HARISH HANNAN BIN EZNI RAIS PIM 3
NAMA PELAJAR HARISH HANNAN BIN EZNI RAIS TARIKH LAHIR 2 SEPTEMBER 2009 JANTINA LELAKI AGAMA ISLAM BANGSA MELANAU ALAMAT Bilik 1, Blok Sarikei, Kuarters Gunasama Persekutuan, Jalan Durian Burung ,Stampin Kuching, Kuching, 93350, Sarawak NO TELEFON 013-317 3115 ANGKA GILIRAN 2021042340281 PROGRAM PISMP KUMPULAN PENGAJIAN ISLAM MAJOR 3 EMEL g-ipg030902130777@moe-dl.edu.my BIODATA DIRI
ISI KANDUNGAN 1. Prinsip Pengakap 2. Bendera Pengakap 3. Sejarah Pengakap Dunia 4. Sejarah Pengakap Malaysia 5. Istiadat Rasmi Pertubuhan 6. Carta Organisasi Pengakap 7. Kaedah Pendaftaran Ahli Pengakap 8. Pakaian Seragam Pengakap 9. Pertolongan Cemas 10. Simpulan dan ikatan 11. Gajet dan Pioneering 12. Asas Kawad Kaki 13. Asas Perkhemahan 14. Jalan Lasak dan Pandu Arah 15. Malam Kebudayaan 16. Lagu Pengakap 17. Ikhtiar Hidup 18. Permainan Kecil Pengakap Kanak-Kanak 19. Cerita Hutan 20. Ujian Lencana 21. Perancangan Takwim yang Berorientasikan Sekolah Rendah 22. Laporan Perjumpaan Aktiviti
Prinsip: Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah : 1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara 3. Perkhidmatan kepada diri sendiri Prinsip pengakap
Bendera Pengakap Maksud Logo: 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: a) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara b) Menolong orang setiap masa c) Menurut undang-undang Pengakap. 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam". 6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unitunit pengakap iaitu: a) Kuning - Pengakap Kanak-Kanak b) Hijau - Pengakap Muda c) Merah - Pengakap Remaja
Sejarah Penubuhan Pengakap SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden Powell atau Lord Baden-Powell, seorang tentera Inggeris berpangkat Leftenan Jeneral. Setelah bersara daripada tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budakbudak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T.Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84. Leftenan Jeneral Lord Baden-Powell PENGASAS PENGAKAP
Sejarah Pengakap Malaysia SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelah tamat Perang Dunia ke-II iaitu tepat selepas Merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Ingeris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965. Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.
Istiadat Rasmi Pengakap ISTIADAT LAUNG AGUNG Laung Agung merupakan: 1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak. 2. Diamalkan di seluruh dunia. 3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK” 4. Untuk menghormati tetamu. 5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin. Bila diadakan? 1. Setiap kali diadakan perjumpaan 2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan. PELAKSANAAN LAUNG AGUNG 1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia) 2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….” 3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan. 4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit. 5. AKELA merapatkan tangan ke paha>> a) PKK mencangkung. b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah. c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK. d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hormat Kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’ 7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’ 8. AKELA membalas hormat PKK. 9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.
ISTIADAT TERIMA ANUGERAH 1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Akela bergerak kebulatan di hadapan bendera. 3. Akela memanggil penerima lencana berbarisdi hadapannya (ditengah bulatan). 4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima. 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6. Akela menyematkan lencana -Lencana Kemajuan di kiri lengan baju -Lencana Kepandaian di kanan lengan baju. 7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 8.PKK tabik hormat 9.Selesai semua -Pek beri sorakan “Tahniah”dan dijawab oleh penerima lencana. 10.PKK balik ke sekawan masing-masing ISTIADAT TAMAT KURSUS (MANIKAYU) 1.Manikayu adalah pengesahan yang diterima oleh orang dewasa dalam Pengakap yang telah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan,Persekutuan Pengakap Malaysia. 2.Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua mani kayu pada tali kulit. 3. Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian.
Carta Organisasi Pengakap
Kaedah Pendaftaran Ahli Pengakap PERATURAN PENDAFTARAN Pendaftaran ahli pengakap diperbaharui setiap tahun Pendaftaran keahlian bermula bulan Mac Tertakluk dibawah akta : Akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409,Tahun 1989 YURAN KEAHLIAN Yuran pengakap kanak-kanak Bermula tahun 2018, yuran keahlian = RM7 Pengakap Kanak-kanak,Pengakap Muda Dan Pengakap Remaja Yuran sebelumnya = RM5 Yuran pengakap dewasa Pengakap dewasa =RM10 Barisan pemimpin, jawatankuasa kumpulan, ahli majlis & pesuruhjaya
Borang Pendaftaran
Pakaian Seragam Pengakap
Pertolongan Cemas • TUJUAN a. Menyelamatkan nyawa Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan magsa dalam situasi mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak dan jantung terhenti. b. Mengurangkan kesakitan Beri keselesaan, keyakinan serta kata-kata semangat untuk memberikan keselesaan kepada pesakit. c. Mengelakkan kecederaan atau keadaan menjadi semakin teruk Memberi rawatan yang betul dan pantas untuk mengelakkannya daripada bertambah teruk. d. Sebagai persediaan sebelum diambil oleh Doktor Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik sahaja sampai di tempat kejadian. • PRINSIP a. Utamakan keselamatan Jangan mengambil tindakan bahaya untuk menyelamatkan nyawa mangsa. Sekiranya tindakan tersebut masih dilakukan, hanya akan menjadi beban tambahan kepada orang lain. b. Berikan pertolongan setakat yang termampu Ahli Pertolongan Cemas bukanlah profesional. Oleh itu, lakukan sekadar yang mampu sahaja kerana kemungkinan tindakan yang berlebihan dan tidak pasti hanya akan memburukkan lagi keadaan. Kadang kala hanya berada di sisi mangsa, menenangkannya dan memberikan kata-kata semangat sudah mencukupi. c. Seboleh-bolehnya tidak perlu memindahkan mangsa, beri pertolongan cemas di tempat kejadian Jika keadaan kawasan tersebut bahaya dan dapat mendatangkan mudarat kepada mangsa dan orang yang memberikan bantuan, maka, mangsa boleh dipindahkan di tempat yang selamat dan berdekatan sebelum pertolongan cemas diberikan. d. Sentiasa jaga kehormatan mangsa Jangan sewenang-wenangnya membuka pakaian mangsa untuk memeriksa kecederaan atau untuk menjalankan CPR. Pertolongan seharusnya diberikan setakat yang boleh tanpa melampaui batas terutama kepada mangsa yang berlainan jantina.
•TUGAS-TUGAS AHLI PERTOLONGAN CEMAS Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan. Elak mangsa dari mengalami renjatan. Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan kuman. Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang. Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau Balutan supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak. Atur bantuan agar mangsamen dapat rawatan perubatan. PETI PERTOLONGAN CEMAS Kotak First aid kit atau peti pertolongan cemas merupakan salah satu perkara penting yang perlu ada di kebanyakan tempat kerana seseorang itu boleh memberikan rawatan awal kepada pesakit sebelum sampai ke klinik ataupun hospital. Bahkan dengan rawatan yang betul, sesuatu kecederaan yang tidak serius tidak memerlukan untuk dibawa berjumpa dengan doktor jika anda sendiri tahu untuk merawatnya dan mempunyai kelengkapan first aid kit yang mencukupi Peti Pertolongan Cemas
RAWATAN KECEDERAAN LUKA Rawatan i. Balut luka dengan kain yang bersih dan kering ii. Bahan darah jika keluar iii. Gunakan anduh (jika perlu) dan hantar ke hospital Luka di dada kerana tertikam i. Baringkan si malang dan naikkan kepala dan bahunya, serta condongkan badannya ke sebelah luka ii. Balutkan luka itu dengan segera. Luka seperti ini disebut luka terhisap (sucking wound) iii. Hantar ke hospital dengan segera MELECUR Rawatan 1. Baringkan pesakit dan rawat ia daripada terkejut. Jangan tanggalkan pakaiannya kecuali jika basah disebabkan oleh minyak petrol atau air atau api atau alkali kerana pakaian melindungkan orang itu daripada udara yang sejuk dan memberi kepanasan kepadanya. 2. Lindungkan tempat yang terbakar atau melecur daripada udara dengan menutupnya dengan kain pembalut yang bersih atau kain kering 3. Panggil doctor 4. Berikan pesakit banyak minuman panas (jka ia sedar dalam kebakaran tidak teruk atau melecur tidak teruk) 5. Jika pakainnya disambar api, selimutkannya dengan kain, baju atau kain tutup meja. Biarkannya diatas. Pergerakan akan menyalakan api. KERACUNAN Rawatan Am Keracunan a) Tenangkan mangsa. b) Longgarkan pakaian mangsa. c) Sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan, periksa gerak nadi dan penafasan. Beri bantuan CPR jika perlu. d) Cari punca-punca keracunan melalui tanda-tanda di badan atau bekasbekas yang terdapat di sekeliling mangsa. e) Letakan mangsa di dalam baringan separuh meniarap sekiranya mangsa dalam keadaan pengsan. f) Dapatkan rawatan perubatan. Keracunan Melalui Sistem Pemakanan.
Simpulan dan ikatan Simpulan Balak Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar supaya tidak licin. Simpulan Bunga Geti Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal. Simpulan Tindih Kasih Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga
Simpulan Buku SIla - Untuk menyambung 2 tali yang sama besar - Mengikat khemah yang sudah dilipat - Mematikan ikatan semasa membuat anduh/pertolongan cemas - Mudah dibuka Simpulan Manuk - Untuk mengikat tali pada tiang/balak - Untuk mematikan ikatan ke pokok/pacing - Untuk memulakan dan mematikan Ikatan Seraya, Ikatan Silang Gunting, dan lilit kacang - Untuk mengikat tali bot/sampan semasa berlabuh Simpulan Belit - Mengikat tali pada khemah/tiang/pokok supaya tidak lucut
Ikatan Seraya - Mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang - Membina jambatan Menara atau aktiviti pioneering/gajet - Dimulakan dan dimatikan dengan simpul manuk Ikatan Serong - Merapatkan dan mengikat dua batang kayu/buluh bersilang - Membuat gajet - Dimulakan dengan simpul balak dan dimatikan dengan simpul manuk Lilit Kacang - Mengikat kayu buluh semasa membuat gajet supaya lebih kemas dan ketat dan kuat.
Gajet dan Pioneering DAPUR FUNGSI - Memudahkan untuk meletakkan alatam dapur supaya tersusun. - Memudahkan kerja menyiapkan masakan CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang MEJA MAKAN FUNGSI - Digunakan sebagai tempat makan untuk ahli sekawan. CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang
TEMPAT LETAK KASUT FUNGSI - Untuk memastikan tapak perkhemahan bersih, tersusun dengan rapi dan kemas. CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang TIANG BENDERA FUNGSI - Digunakan untuk menggantung bendera kumpulan ataupun unit kecil dan sebagainya semasa perkhemahan. CARA Menggunakan ikatan - Simpul manuk - Ikatan seraya - Ikatan lilit kacang
PINTU GERBANG FUNGSI - Sebagai pintu masuk ke tapak perkhemahan ahli sekawan sekaligus menjadi penanda tapak perkhemahan. CARA Menggunakan ikatan - ikatan seraya - silang tungku - lilit balak - simpul manuk - lilit kacang MENARA KAWALAN FUNGSI - Digunakan untuk memantau dan mengawal keadaan sekitar tapak perkhemahan daripada ancaman bahaya. CARA Menggunakan ikatan - ikatan seraya - silang tungku - lilit balak - simpul manuk - lilit kacang
Asas Kawad Kaki BAHASA HUKUMAN KAWAD STATIK 1. Skuad senang diri, rehatkan diri. 2. Skuad, Skuad sedia 3. Skuad, ke kanan lurus 4. Pandang depan 5. Skuad buka barisan gerak 6. Skuad bergerak ke kanan, kanan pusing 7. Skuad bergerak ke kiri, belakang pusing 8. Skuad menghadap ke belakang, kanan pusing 9. Skuad menghadap ke hadapan, belakang pusing 10. Skuad tutup barisan gerak
BAHASA HUKUMAN KAWAD DINAMIK 1. Skuad dari kanan cepat jalan 2. Skuad hormat ke hadapan hormat 3. Skuad hormat ke kiri hormat 4. Skuad selaku terima sijil ke hadapan hormat 5. Skuad hormat ke kanan hormat 6. Skuad henti 7. Skuad akan menghadap ke hadapan kanan pusing 8. Skuad ke kanan lurus 9. Pandang depan 10. Bergerak ke kanan, kanan pusing 11. Skuad dari kiri perlahan jalan 12. Skuad hormat ke hadapan hormat 13. Skuad hormat ke kanan hormat 14. Skuad selaku terima sijil ke hadapan hormat 15. Skuad hormat ke kiri hormat 16. Skuad henti 17. Skuad akan menghadap ke hadapan kiri pusing 18. Keluar baris
FGG Asas Perkhemahan KONSEP Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah dan sering mendapat sambutan daripada pelajar yang menampilkan salah satu cara hidup sementara yang dilakukan di luar rumah. Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang menggabungkan dua aspek utama iaitu ketahanan diri dan kemahiran setiap anggota yang menyertainya. Aktiviti ini dapat melatih anggota Pengakap menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab. Melalui perkhemahan, anggota Pengakap dapat mempraktikkan segala kemahiran dan kecekan yang telah dipelajari JENIS-JENIS PERKEMAHAN RINGKAS Untuk 3 atau 4 orang ahli di tempat tinggal mereka. Biasanya dilakukan pada hujung minggu. Biasa diadakan selama satu malam atau dua malam. Sekadar untuk perkhemahan sahaja FGG FGG KUMPULAN Dianjurkan oleh pemimpin atau Majlis Ketua Patrol. Dihadiri oleh sekumpulan ahli. Dijalankan selama dua atau tiga hari. Biasanya diadakan sekali bagi tiap-tiap penggal persekolahan BESAR-BESARAN Dianjurkan oleh Majlis peringkat daerah, negeri, negara atau dunia Dihadiri oleh beratus-ratus atau beribu-ribu orang peserta. Dikenali sebagai ‘jambori’. Diadakan 4 tahun sekali. Mengambil masa 3-7 hari.
JENIS-JENIS KHEMAH DAN FUNGSINYA Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat. Dome Tent Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
Frame Tent Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas. Bell Tent Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis ‘dome’
PERANCANGAN PERKHEMAHAN • Membuat kertas kerja (Organisasi,bajet,kos & logistic) • Mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Pengelola • Menyediakan senarai petugas & jadual bertugas • Penentuan penyertaan,syarat & peraturan • Logistik kemudahan pegawai dan peserta • Pengisian aktiviti sepanjang program • Senarai pegawai dan peserta • Surat Kebenaran Waris • Aturcara Program • Makan minum, sama adaberpusat/ masak sendiri • Pengangkutan peserta • Peralatan perhubungan (radio) • Mengambil Insurans Tambahan FAKTOR PEMILIHAN TEMPAT PERKHEMAHAN • Jauh dari gangguan binatang luas dan berbisa • Jauh dari hakisan, tanah runtuh dan banjir • Selamat dari rebut atau gelombang besar • Bukan kawasan wabak penyakit • Kemalangan di luar jangkaan (pokok tumbang) ASPEK KESELAMATAN • Mematuhi peraturan serta arahan yang telah ditetapkan sepanjang perkhemahan. • Mengikut dan melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan dengan penuh dedikasi dan bersemangat tinggi • Menepati masa dan berdisiplin ketika menjalankan setiap aktiviti. • Mengutamakan setiap prinsip keselamatan keika melakukan aktiviti • Mengamalkan sikap kerjasama dan kekeluargaan sepanjang menjalankan aktiviti • Mematuhi teguran dan arahan yang diberikan oleh pemimpin atau rakan sebaya • Tidak meninggalkan tapak perkhemahan tanpa mendapatkan kebenaran daripada penyelaras program / ketua
Jalan Lasak dan Pandu Arah PANDU ARAH TUJUAN 1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. 2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap. 3. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti. PERATURAN 1. Kebenaran Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita. 2. Persediaan Alatan Titik kawalan (control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. - Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. - Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik. Penanda Kawalan - Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. - Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). - Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Kad Kawalan - Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. -Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. -Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk mencatat masa penamat.
Peta utama - Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. - Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan Keterangan Kawalan - Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butirbutir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. - Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah. Landasan - Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah : - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih. - ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
PROSEDUR Sebelum 1) Mengetahui Tujuan Perkhemahan a) Rekreasi - Mementingkan kemudahan, keselesaan makan minum, tempat tidur (Tidak mementingkan kegiatan kemahiran ilmu perkhemahan) b) Khusus - Menekankan kearah kemahiran dan ilmu perkhemahan c) Pengembaraan Ekspedisi - Berkhemah sementara di sesuatu tempat bagitujuan berehat d) Misteri - Siri penjeajahan yang bertujuan mencari sesuatu tersembunyi sama ada menggunakan Kompas/peta e) Penyelidikan - Membuat kajian yang memerlukan jangka masa yang lam f) Ikhtiar Hidup - Pengembaraan yang lasak,berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dalam membina semangat & ketahanan diri 2) Memperoleh Kebenaran Kebenaran mengadakan perkhemahan mestilah diperolehi dengan mengemukakan permohonan bertulis mengikut kawasan:- 1. Kawasan Sekolah (Kelulusan Pengetua atau Guru Besar) 2. Daerah luar kawasan sekolah (Kelulusan Pegawai Pelajaran Daerah) 3. Dalam negeri tetapi diluar daerah / luar negeri (Kelulusan Pengarah JPN) 4. Luar Negara (Kelulusan Pengarah KPM) Setiap permohonan disertakan dengan dokumen sokongan:- • Kertas cadangan pelaksanaan perkhemahan • Senarai nama pelajar & guru pengiring • Senarai nama jurulatih yang akan memimpin dan menyelia perkhemahan • Senarai tugas jawatankuasa pelkasanan • Jadual aktiviti perkhemahan • Pelantikan dan mesyuarat Jawatankuasa induk serta pelaksanaan
3) Pemberitahuan mengenai perkhemahan yang akan dijalankan mestilah dikemukakan kepada:- • Balai Polis yang berhampiran dengan lokasi perkhemahan • Balai Bomba dan Penyelamat • Pusat Kesihatan • Pejabat Penghulu yang berkenaan • Penyertaan murid dalam perkhemahan hendaklah kerelaan murid & kesanggupan sendiri (Borang kebenaran oleh waris) 4) Aspek keselamatan lokasi Perkhemahan • Jauh dari gangguan binatang luas dan berbisa • Jauh dari hakisan, tanah runtuh dan banjir • Selamat dari rebut atau gelombang besar • Bukan kawasan wabak penyakit • Kemalangan di luar jangkaan (pokok tumbang) Semasa 1) Taklimat Ketua Perkhemahan/ Penyelaras Program - Peraturan / Larangan Disiplin - Taklimat Program aktiviti - Menyelia perjalanan program 2) Menjalankan Mesyuarat / Perjumpaan Pegawai Kem - Mesyuarat penyelaras harus dibuat pada akhir setiap aktiviti bagi menilai & membincangkan masalah yang timbul untuk diperbaiki pada masa hadapan 3) Perancangan Program -Memastikan jadual perkhemahan dilaksanakn sesuai mengikut perancangan namun boleh diubah sekiranya terdapat perkara yang tidak boleh dielakkan 4) Memastikan Kesihatan & Kebajikan Para peserta sentiasa terjamin - Jankitan penyakit berjangkit - Keracunan Makanan - Kemudahan ii Asas - Sistem Komunikasi
Selepas 1) Penyelaras Program / Ketua Perkhemahan Perlu berada di sekolah / lokasi perkhemahan bagi memastikan semua peserta telah pulang Perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas tamat aktiviti perkhemahan :- 1. Memastikan keperluan logistic atau peralatan perkhemahan mencukupi dan berada dalam keadaan baik 2. Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih 3. Memohon kebenaran daripada pemilik tempat untuk meninggalkan tapak perkhemahan 2) Mesyuarat Post-Mortem Mengadakan post-mortem aktiviti yang dijalankan & mengenalpasti kelemahan untuk diambil tindakan selanjutnya pada perkehmahan akan datang 3) Membentang & Membuat Laporan 1. Kewangan (Belanjawan) 2. Aktiviti (Aktiviti Kemahiran Ilmu Perkhemahan) 4) Surat Penghargaan Mengedar surat penghargaan kepada pihak yang terlibat dan sijil pencapaian dan penyertaan kepada peserta perkhemahan 5) Mendokumentasikan program tersebut sebagai panduan dan rujukan pada masa hadapan
MEMBACA KOMPAS Perkara-perkara penting semasa guna kompas - Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah yang betul dan tepat. - Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang ganjil atau gatu besar yang berada di persekitaran. Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta: i. letakkan peta di atas permukaan yang rata. ii. tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A dan B. iii. lukiskan kedudukan arah mata angin utara selata. ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran. iv.sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus. v. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua dua titik tersebut. Aktiviti Membaca Kompas
DEFINISI MALAM KEBUDAYAAN ▪ Malam kebudayaan pengakap juga dikenali dengan ‘Malam Pengakap’ ▪ merupakan acara kemuncak - diadakan di tempat-tempat lapang dan terdapat aktiviti seperti nyanyian, lakonan dan tarian bagi tujuan menghibur TUJUAN MALAM KEBUDAYAAN menghilangkan rasa bosan selepas penat bekerja & berkhemah melatih bertatatertib taat dan mengikut perintah mencungkil bakat terpendam bekerjasama dan tolong menolong tahu menilai, menghargai dan menghormati orang lain menghilangkan rasa malu berkeyakinan dan mempercayai diri sendirl untuk kepuasan diri dan bukan menunjuk-nunjuk Malam Kebudayaan Aktiviti Malam Kebudayaan
Lagu Pengakap Lirik Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia
SAYONARA Sayonara, sayonara, Hingga berjumpa lagi, Sayonara sayonara, Sampai berjumpa lagi. Buat apa susah, buat apa susah, Susah itu tak ada gunanya, Buat apa susah, buat apa susah, Susah itu tak ada gunanya. KODOK NGOROK Kodok ngorok, Ro ko tok, ro ko tok, Di pinggir kali, Re ke tek, re ke tek, Ia jatuh, Ro ko tok, ro ko tok, Lalu mati, Re ke tek, re ke tek. DI SINI SENANG DI SANA SENANG Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana-mana hatiku senang La. la, la, la, la, la . MANDOLO Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang tendang!! Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala hujan, ala hujan, ala hujan, Bocor!!! Mandolo mandolo de pa pa le Mandolo mandolo de pa pa le Ala hujan, ala hujan, ala hujan, basah!!! ANAK ITIK Anak itik tok wi mandi dalam kolam Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang Ubat aper tok wi, ubat limau lelah Sakit aper tok wi, sakit sendi tulang
Ikhtiar Hidup KEMAHIRAN IKHTIAR HIDUP • Teknik yang digunakan dalam keadaan merbahaya (natural disaster) untuk menyelamatkan diri sendiri atau pun orang lain. • Teknik-teknik ini bertujuan untuk menyediakan keperluan asas kehidupan manusia iaitu air, makanan, tempat tinggal, habitat, keupayaan untuk berfikir, memberi isyarat, mengembara dengan selamar, mengelakkan interaksi yang tidak selamat dengan binatang dan menyembuhkan apa-apa kecedaraan. PUNCA SITUASI IKHTIAR HIDUP • Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan, persiapan atau pun peringkat perlaksanaan aktiviti • Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar BANTUANFKGEGCEMASAN 5 ELEMEN UTAMA DALAM IKHTIAR HIDUP MEMBEFRGI GISYARAT MAKANANFG&GMINUMAN FGG TEMPAT PERLINDUNGAN FAGPGI
Permainan Kecil Pengakap Kanak-Kanak DERIA SENTUH Alatan: pen, pensil, pemadam, lencana, duit syiling, kotak mancis, penutup botol dan lain-lain, Cara main: Objek diletakkan di dalam karung/kotak dan setiap Pengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tanpa melihatnya. Setelah semua pengakap dalam sekawan menyentuhnya, mereka perlu berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek tersebut. Sekawan yang menyenaraikan nama objek terbanyak dengan betul adalah pemenang. LEMBU KENA KEPUNG Ahli Pengakap memegang tangan dan membuat satu bulatan. Seorang Pengakap menjadi `lembu’ dan berdiri dalam bulatan. Lembu perlu cuba berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli Pengakap yang membuat bulatan pula cuba seberapa yang boleh menahan `lembu’ tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut. Jika `lembu’ itu dapat keluar daripada kepungan itu, tukar ahli Pengakap lain sebagai `lembu’ dan begitulah seterusnya KOMANDO LAWAN KOMUNIS Ahli Pengakap dibahagikan kepada dua pasukan; satu Komando dan satu lagi Komunis. Nyawa’ Komunis ialah skaf yang diikatkan di kepala. Komando dikehendaki merebut skaf yang ada di kepala Komunis dalam masa yang ditetapkan. Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian Komando akan mencari mereka. Apabila ` nyawa’ dicabut, Komunis diisytiharkan ` mati’ dan terkeluar daripada permainan. Permainan akan tamat apabila masa telah habis. Ahli pengakap menukar pasukan dari Komando kepada komunis dan sebaliknya. Pasukan yang paling banyak merebut skaf dikira sebagai pemenang.
BOLA BERACUN Pilih dua patrol untuk membentuk satu bulatan yang besar. Patrol lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan. Ahli Pengakap yang berada di dalam bulatan akan dibaling dengan bola dan sekiranya terkena Pengakap tersebut dikira ` mati’. balingan hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut Pengakap yang berada dalam bulatan. Pengakap yang sudah ` mati’ , hendaklah mengambil tempat dengan segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian balingan bola. Permainan diteruskan sehingga hanya seorang Pengakap sahaja berada dalam bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang. KEPENTINGAN PERMAINAN KECIL Meningkatkan keupayaan mematuhi arahan Meningkatkan kemahiran sosial Membangunkan kualiti kepimpinan Membina kemahiran yang diperlukan untuk kegunaan dalam situasi sebenar
Cerita Hutan Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anakanak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatu-batu yang dipanggil Batu Sidang. Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga. Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari-lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anak-anak mereka ke Batu Sidang itu. Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggotaanggota Kumpulan. Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar. "Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya. Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatkan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan. "Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan. Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedialah hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli.
Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan. Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan. Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu. Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu. Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.
Ujian Lencana Lencana Keahlian
Lencana Keris Gangsa
Lencana Keris Perak
Lencana Keris Emas
Perancangan Takwim yang Berorientasikan Sekolah Rendah
Laporan Perjumpaan Aktiviti Tarikh : 10 Januari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGM KBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan • Pembentukan Ahli Majlis Tertinggi bagi Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 Pengerusi : Allison Galang Anak Jubin Naib Pengerusi : Mohd Syazani Bin Nasir Setiausaha : Vanessa Voon Naib Setiausaha : Nurul Asyhmeera Binti Mohammad Zaidi Bendahari : Muhammad Zaril Adieb Bin Mohamad Zulkifli Naib Bendahari : Muhammad Faez Bin Bahren • Pembentukan Ahli Jawatankuasa Kumpulan Latihan Malaysia IPGM KBL PISMP 2021/2026 • Penentuan nama KLM IPGM KBL PISMP 2021/2026 : Pelangi II • Pembentukan dan pemilihan nama sekawan berdasarkan warna Kumpulan 1 : Hijau Kumpulan 2 : Merah Kumpulan 3 : Jingga Kumpulan 4 : Maroon Kumpulan 5 : Biru Kumpulan 6 : Geranium Kumpulan 7 : Indigo
Tarikh : 17 Januari 2024 Tempat : Foyer Pentadbiran, IPGKBL Masa : 7.15 pagi Nama Fasilitator : Encik Tn. Hj. Ahmadi Bin Amnan • Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, Yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan : Taat kepada Tuhan, Raja dan negara, Menolong orang pada setiap masa, Menurut Undang-undang Pengakap • Undang-undang Pengakap 1. Dipercayai 2. Taat 3. Berguna 4. Bersaudara 5. Berbudi 6. Kasihkan binatang 7. Menurut perintah 8. Tabah hati 9. Berjimat 10.Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan • Menyanyikan satu lagu pengakap kanak-kanak : Rumput Yang Hijau Atas rumput ada kaki, Kaki cantik tak pernah lihat, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas kaki ada betis, Betis cantik tak pernah lihat, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas betis ada lutut, Lutut cantik tak pernah lihat, Lutut atas betis, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau. Atas lutut ada paha, Paha cantik tak pernah lihat, Paha atas lutut, Lutut atas betis, Betis atas kaki, Kaki atas rumput, Rumput yang hijau.