The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PI20620 Nikmuhamadikram Bin Nik Shuhaimi, 2024-03-12 22:27:10

PIMK 3143 (Pok Nik) (Anyflip)

PIMK 3143 (Pok Nik) (Anyflip)

HUBUNGAN KEFAHAMAN DAN FAKTOR PERSEKITARAN TERHADAP AMALAN SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH NIK MUHAMAD IKRAM BIN NIK SHUHAIMI PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Ambilan JUN 2021 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TAWAU 2024


ii KANDUNGAN Muka Surat KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN ii iv v vi BAB 1: PENDAHULULAN 1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Tujuan Kajian 1.3.1 Objektif Kajian 1.3.2 Soalan Kajian 1.3.3 Hipotesis Kajian 1.4 Skop dan Batasan Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Definisi Operasional 1.7 Rumusan 1 2 3 4 4 5 5 6 7 10


iii BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian 2.2 Teori Kajian 2.3 Dapatan Kajian-Kajian Lalu 2.4 Kerangka Konseptual 2.5 Rumusan 11 11 13 15 15 BAB 3: METADOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Persampelan 3.4 Instrumen Kajian 3.4.1 Kesahan 3.4.2 Kebolehpercayaan 3.5 Kajian Rintis 3.6 Prosedur Pengumpulan Data 3.7 Prosedur Penganalisisan Data 3.8 Rumusan 16 16 17 17 18 19 20 20 22 23 RUJUKAN LAMPIRAN 24 25


iv SENARAI JADUAL NO. JADUAL JADUAL MUKA SURAT 3.1 Prosedur Penganlisisan Data 22


v NO. RAJAH RAJAH MUKA SURAT 3.1 Kerangka Konseptual 15


vi NO. LAMPIRAN LAMPIRAN MUKA SURAT A B C D E Borang Kebenaran Carta Gant Instrumen Soal Selidik Jadual Penentuan Sampel Analisis Alpha Cronbach 25 33 36 41 42


1 BAB 1 : PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Penghayatan hidup beragama merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia. Nurhuda (2011) menyatakan bahawa tingkah laku beragama merupakan penghayatan hidup secara beragama dalam kehidupan harian. Penghayatan kehidupan beragama merujuk kepada cara seseorang memahami dan mengamalkan ajaran agamanya dalam kehidupan seharian. Ini melibatkan pengamalan keyakinan agama secara mendalam dan mengintegrasikannya dalam setiap aspek kehidupan, dari hubungan dengan Tuhan hingga interaksi dengan sesama manusia. Pentingnya penghayatan kehidupan beragama adalah untuk membimbing individu dalam menjalani kehidupan harian. Dengan menghayati ajaran agama, seseorang dapat memperoleh kedamaian, kebahagiaan, dan keseimbangan dalam hidup, serta merasakan kedekatan yang lebih dalam dengan Tuhan dan sesama manusia.


2 Merujuk kepada agama Islam, penghayatan kehidupan beragama merujuk kepada faktor yang memengaruhi setiap aspek kehidupan seorang Muslim. Hal ini mencakupi kefahaman dan pengamalan ajaran Islam dalam segala perkaran yang dilaksanakan termasuk ibadah, interaksi sosial, ekonomi, politik, moral dan sebagainya. Merujuk kepada aspek ibadah, solat merupakan salah satu faktor yang penting kerana ia memiliki peranan yang sangat penting dalam penghayatan hidup beragama dalam Islam. Ibadah solat berupaya untuk meningkatkan kerohanian seseorang (Al-Ghazali, 1993). 1.2 PERNYATAAN MASALAH Pengamalan solat dalam kehidupan harian umat Islam memberikan kesan dalam kehidupan seharian seseorang. kewajipan solat ini amat dituntut untuk dilaksanakan sebagai pembimbing manusia ke arah jalan kebenaran, keimanan dan ketaqwaan (Nor Dalilah, 2013). Hal ini menjelaskan bahawa solat memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan hubungan dengan Tuhan, membentuk disiplin diri, memberi ketenangan jiwa, dan mewujudkan kesedaran sosial dalam kehidupan seharian.


3 Namun, mutakhir kini isu pengabaian solat dalam kalangan murid semakin meningkat. Menerusi kajian daripada Mohd Fadzilah Kamsah (2008) melalui ceramah dan motivasi yang dilaksanakan, sebanyak 80% rakyat Malaysia tidak cukup menunaikan solat lima waktu sehari manakala peratusan pelaksanaan solat bagi murid sebanyak 15%. Hal ini sememangnya menjadi kebimbangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pengabaian solat dalam kehidupan harian perlu dipandang berat kerana ia merupakan antara punca kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja (Syukri et al. 2014). Oleh sebab itu, kajian ini amat signifikan bagi melahirkan insan yang beriman dan berakhlak mulia. Solat bukan sekadar satu ibadah, tetapi satu amalan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan. Ia membawa manfaat yang besar dalam membina kehidupan yang bermakna 1.3 TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap amalan solat fardhu dalam kalangan murid di sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan diantara kefahaman murid berkaitan kewajipan solat fardhu dan faktor yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu.


4 1.3.1 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan berdasarjan objektif berikut: i. Mengenal pasti tahap kefahaman murid berkaitan kewajipan solat fardhu. ii. Mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu. iii. Mengenal pasti hubungan tahap kefahaman berkaitan kewajipan solat fardhu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu. 1.3.2 Soalan Kajian Bagi mencapai objektif ini, soalan kajian berikut dikemukakan: i. Apakah tahap kefahaman solat bagi murid-murid tahun sekolah rendah? ii. Adakah amalan solat fardhu murid dipengaruhi oleh faktor persekitaran? iii. Adakah terdapat hubungan antara tahap kefahaman berkaitan kewajipan solat fardhu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu.


5 1.3.3 Hipotesis kajian 1. Hipotesis Nul Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman berkaitan kewajipan solat fardhu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu. 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini terhad kepada tahap amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah. Skop amalan solat fardhu ini merujuk kepada kefahaman murid berkaitan solat fardhu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini dilakukan ke atas murid sekolah rendah di sekitar negeri daerah Tawau. Murid yang dipilih juga terdiri daripada murid beragama Islam tanpa mengira latar belakang keluarga. Responden kajian ini terdiri daripada murid tahun satu sehingga tahun enam yang mengikuti pembelajaran di sekolah harian.


6 Instrumen kajian yang digunakan ialah melalui pautan Google Form. Pautan kepada instrumen yang dihasilkan disebarkan kepada murid secara terus dan melalui guru. Murid dari beberapa buah sekolah telah dipilih sebagai responden. Kesemua responden yang dipilih secara rawak agar tidak wujud unsur berat sebelah atau bias dalam kajian. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Terdapat beberapa kepentingan bagi kajian yang dilaksanakan iaitu amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah. 1.5.1 Murid Kajian ini memfokuskan tentang kefahaman dan faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam membentuk amalan solat fardhu dalam kalangan murid. Antara kepentingan kefahaman dan faktor persekitaran terhadap amalan solat fardhu dalam kalangan murid ialah murid yang mempunyai kefahaman yang mendalam tentang pentingnya solat dalam agama Islam cenderung untuk melaksanakannya dengan penuh kesedaran. Kefahaman ini membantu mereka menghargai nilai dan keberkatan solat dalam kehidupan mereka. Selain itu, faktor persekitaran seperti sokongan dan contoh teladan dari keluarga, guru, dan masyarakat setempat turut mempengaruhi amalan solat murid. Persekitaran yang memberi penekanan kepada pentingnya solat dan memberi sokongan untuk melaksanakannya dapat meningkatkan kemahuan murid untuk bersolat.


7 1.6 DEFINISI OPERASIONAL 1.6.1 Murid Murid merupakan aset berharga dalam pembentukan masa depan sebuah negara. Mereka adalah individu yang sedang menjalani proses pembelajaran untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai yang penting dalam kehidupan. alam konteks pendidikan, peranan murid tidak boleh dipandang ringan kerana mereka adalah generasi penerus yang akan membawa harapan dan impian untuk membangun masyarakat yang lebih baik. Hamzah Sanudin (2019) turut menyatakan bahawa pencapaian murid harus diutamakan kerana mereka merupakan aset dan modal insan negara pada masa hadapan. Untuk membentuk murid yang berpotensi tinggi haruslah dipupuk dari sekolah rendah lagi. Dalam konteks ini, murid sekolah rendah adalah sumber kekreatifan dan keinginan untuk meneroka dunia. Mereka membawa pandangan yang segar dan pemikiran yang luar biasa, yang sering kali menghasilkan idea-idea yang unik dan inovatif. Sudah semestinya solat lima waktu telah dipupuk kepada murid dari sekolah rendah lagi. Murid telah didedahkan mengenai solat meliputi pelbagai aspek seperti rukun solat, syarat sah solat dan sebagainya.


8 1.6.2 Solat Fardhu Solat fardhu adalah salah satu kewajipan yang dikenakan ke atas setiap umat Islam. Ia merupakan salah satu dari lima tiang utama dalam Islam iaitu rukun Islam yang mendefinisikan hubungan antara manusia dengan penciptanya, iaitu Allah SWT. Solat fardhu adalah ibadah yang diwajibkan untuk dilakukan pada waktu-waktu tertentu dalam sehari dan malam, iaitu lima waktu sehari semalam. Al-Ghazali (1993) turut menjelaskan bahawa ibadah solat adalah tiang agama dan merupakan amalan utama di antara ibadat-ibadat yang lain yang disyariatkan Allah SWT. Dalam konteks kajian ini, pengkaji menilai amalan solat fardhu iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak berdasarkan tahap kefahaman murid tentang solat fardhu serta faktor persekitaran yang mempengaruhinya. Solat fardhu amat penting dan perlu diambil berat dalam kalangan murid kerana ia perlu dididik sejak kecil lagi.


9 1.6.3 Kefahaman Kefahaman adalah aspek penting dalam kehidupan manusia. Tanpa kefahaman, percanggahan dan konflik akan menjadi lebih kerap berlaku. Kefahaman membolehkan kita melihat dari perspektif orang lain, mengambil kira perasaan dan pandangan mereka. Dari perspektif agama, kefahaman berkaitan agama amat penting untuk diambil berat oleh setiap muslim. Kefahaman terhadap kepentingan solat amat penting kerana kewajipan agama yang ditetapkan oleh Islam. Lebih daripada sekadar rutin keagamaan, solat fardhu membawa pelbagai manfaat yang mendalam kepada individu dan masyarakat secara keseluruhannya. Nazneen, Kamal Azmi dan Norsaleha (2017) turut menekankan bahawa hal ini amat penting kerana ia bertepatan dengan agama Islam yang mengambil berat berkenaan kesahihan dan keteguhan akidah seorang Muslim. Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji menekankan kefahaman murid terhadap amalan solat fardhu melalui beberapa bahagian iaitu hukum meninggalkan solat fardhu, rukun solat mengikut urutan yang betul, syarat-syarat sah solat, kepentingan menunaikan solat fardhu dan cara melaksanakan solat yang betul.


10 1.6.4 Faktor Persekitaran Persekitaran merupakan unsur penting yang mempengaruhi kehidupan manusia secara menyeluruh. Ia merangkumi segala aspek fizikal, sosial, ekonomi, dan budaya yang ada di sekeliling individu. Terdapat beberapa faktor persekitaran yang memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman dan kehidupan manusia. Dalam konteks beragama, persekitaran beragama merujuk kepada konteks keagamaan di mana individu atau masyarakat hidup dan berinteraksi. Ia melibatkan unsur-unsur seperti kepercayaan, institusi keagamaan, serta norma dan nilai yang berkaitan dengan agama tertentu. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji memfokuskan kepada beberapa faktor persekitaran yang mampu mempengaruhi amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah iaitu keluarga, rakan-rakan, guru serta pihak sekolah. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa seharian bersama mereka sama ada di rumah mahupun di sekolah. 1.7 RUMUSAN Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kefahaman dan faktor persekitaran yang mempengaruhi amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian yang dilaksanakan ini berfokuskan kepada murid sekolah dari tahun satu hingga tahun enam.


11 BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS UJIAN Amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah adalah antara aspek yang perlu ditekankan. Hal ini kerana ia akan memberi kesan terhadap pola kehidupan seseorang. Norazah (2011) juga menyatakan bahawa penjagaan serta kesempurnaan solat yang ditunaikan mengikut disiplin dan gerakan yang telah dipandukan dalam syariat Islam akan menghilangkan semua jenis tekanan dan stress dalam diri. Kefahaman kendiri murid serta pengaruh orang sekitar memainkan peranan terhadap amalan penjagaan solat dalam kalangan murid. 2.2 TEORI KAJIAN Dalam sesebuah kajian yang dilakukan, teori yang mendjadi dasar terhadap sesebuah kajian perlulah diselaraskan. Hal ini akan membolehkan pengkaji menghasilkan kajian yang lebih berkualiti.


12 2.2.1 Teori Behaviorisme Teori behaviorisme merupakan satu pendekatan dalam psikologi yang menekankan pengaruh persekitaran luaran terhadap tingkah laku individu. Teori ini diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Teori ini kemudiannya dikembangkan lagi oleh Thorndike dan Skinner. Pendekatan behaviorisme berkembang melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan (Kusmintardjo dan Mantja, 2011). Teori ini menyatakan bahawa tingkah laku manusia dapat dipelajari dan dimodifikasi melalui interaksi dengan persekitaran luaran, tanpa perlu mengambil kira proses kognitif dalaman. Dalam konteks solat, teori behaviorisme boleh diaplikasikan untuk memahami bagaimana individu mempelajari dan mengamalkan solat melalui pengalaman, penguasaan teknik, dan peneguhan positif. Dalam teori Behaviorisme, terdapat konsep yang merujuk kepada proses pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan tingkah laku orang lain. Individu dapat mempelajari cara melaksanakan solat dengan melihat contoh dan bimbingan dari orang lain dalam komuniti mereka. Dalam konteks solat, contoh yang positif dan sokongan dari komuniti juga penting dalam pembentukan amalan solat yang kukuh. Hal ini menegaskan masyarakat sekeliling turut mempengaruhi terhadap pengamalan solat dalam kehidupan murid.


13 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Berikut merupakan dapatan kajian lalu yang dijadikan panduan oleh pengkaji: 2.3.1 Amalan Solat Fardhu Murid Tahun Tiga Di Sekolah Rendah Menurut Nur Faridah (2016) dalam kajiannya telah menjelaskan bahawa kepentingan kerjasama dan pengetahuan tentang teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif dalam memastikan murid dapat mempelajari cara solat dengan baik. Ini penting untuk memastikan bahawa murid dapat menguasai solat dengan baik dan dapat melaksanakannya dengan konsisten, sama ada di rumah atau di mana sahaja mereka berada. Pengkaji turut mengungkap beberapa maklumat penting mengenai tingkat pengamalan, pengetahuan, dan penguasaan murid terhadap solat fardhu. Kajian tersebut diharapkan kajian dapat memberikan dorongan kepada guru dan pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, untuk mengambil langkah-langkah yang lebih berkesan dalam meningkatkan amalan solat di kalangan murid-murid.


14 2.3.2 Amalan Solat Fardhu Di Kalangan Pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012 Zainal Abidin (2015) dalam kajiannya menyatakan antara masalah yang dikenal pasti ialah generasi muda pada masa kini melihat ibadah solat sebagai suatu amalan yang tidak penting dalam kehidupan seharian. Selain itu, terdapat juga ibu bapa tidak solat di rumah namun mengharapkan anak- anak menunaikannya. Kajian ini merumuskan pelaksanaan solat dalam kehidupan pelajar tidak hanya terhad terhadap pelaksanaannya sahaja, namun turut memerlukan juga pemahaman dan penghayatan secara keseluruhan. Kebanyakan pelajar mempunyai pemahaman yang baik berkaitan ibadah solat namun ia perlu ditambah baik melalui aktiviti-aktiviti yang khusus.


15 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Pengkaji memperlihatkan perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah kajian: Rajah 2.1. Hubungan kefahaman dan faktor persekitaran yang mempengaruhi amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah. 2.5 RUMUSAN Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan tentang konteks kajian, teori dan dapatan kajian lalu yang memberikan kesan terhadap kajian yang dijalankan. Bab ini menjelaskan bahawa faktor persekitaran memberikan impak terhadap amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah. Kefahaman Murid Terhadap Kewajipan Solat Fardhu Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Amalan Solat Fardhu Murid Amalan Solat Fardhu Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah


16 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Metodologi kajian merujuk kepada pendekatan atau kaedah yang digunakan oleh penyelidik untuk menjalankan kajian atau penyelidikan. Ia merangkumi langkah-langkah, teknik, dan prosedur yang digunakan untuk mengumpul data, menganalisis maklumat, dan menyusun temuan dalam satu kajian. Metodologi kajian membantu penyelidik untuk merancang dan melaksanakan kajian dengan bersistematik, berobjektif, dan berkesan. Secara amnya, dalam bab ini, penyelidik akan menerangkan tentang kaedah dan prosedur pengumpulan data bagi penyelidikan secara lebih terperinci. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk kuantitatif yang mensasarkan murid sekolah rendah. Medium yang digunakan bagi kajian ini ialah menggunakan pautan Google Form bagi menjawab persoalan yang dinyatakan. Pautan tersebut mengandungi item-item yang telah dibina bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengaruh antara kefahaman murid dan faktor persekitaran terhadap amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah. Kaedah kajian ini amat menekankan penjelasan yang terperinci dalam bentuk numerik. Faridah Abdullah (2016) menyatakan bahawa kajian berbentuk kuantitatif selalu diperhatikan dalam bentuk perkiraan yangmerangkumi nombor dan formula-formula tertentu.


17 3.3 PERSAMPELAN Persampelan merujuk kepada proses pemilihan sampel atau subset dari populasi yang lebih besar untuk dikaji atau diuji. Ia merupakan kaedah penting dalam penyelidikan yang membolehkan penyelidik untuk membuat kesimpulan yang berdasarkan pada data yang diperoleh dari sampel tersebut, yang dianggap mewakili populasi secara keseluruhan. Persampelan yang dipilih adalah secara rawak. Persampelan rawak melibatkan pemilihan sampel secara rawak dari populasi yang lebih besar, di mana setiap individu atau unit populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Yan Piaw (2006) menyatakan bagi memberikan peluang sama rata untuk dipilih sebagai responden dalam sebuah populasi, persampelan secara rawak ini sesuai untuk digunakan. Sampel yang digunakan diambil daripada beberapa buah sekolah di sekitar daerah Tawau berdasarkan sampel jadual Krejcie Morgan (1970). 3.4 INSTRUMEN KAJIAN Pengkaji telah menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan respon kepada persoalan-persoalan yang telah dinyatakan. Item kajian yang digunakan adalah diadaptasi daripada Zainal Abidin (2015). Instrumen yang dihasilkan oleh pengkaji terdahulu ialah amalan solat fardhu di kalangan pelajar PISMP semester 3 Ambilan Januari 2012. Selain itu item yang digunakan turut diadaptasi daripada Nur Faridah (2016) iaitu amalan solat fardhu murid tahun tiga di sekolah rendah. Item-item tersebut kemudiannya diubah suai oleh pengkaji mengikut kesesuaian responden.


18 Instrumen soal selidik yang dibina mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Konstruk pada bahagian A memerlukan responden melengkapkan tentang demografi responden iaitu jantina, tahun, status bersekolah agama dan pekerjaan ibu bapa. Bahagian B mengandungi item berkaitan kefahaman tentang kewajipan solat fardhu. Pada Bahagian C, responden perlu melengkapkan item berkaitan faktor persekitaran yang mempengaruhi amalan solat fardhu murid sekolah rendah. Bahagian terakhir iaitu bahagian D pula memerlukan responden melengkapkan item berkaitan kepentingan solat fardhu. 3.4.1 Kesahan Kesahan merujuk kepada tahap ketepatan, kebolehpercayaan, dan ketepatan interpretasi atau kaedah penyelidikan. Dalam konteks penyelidikan, kesahan merangkumi sejauh mana kaedah tersebut mengukur apa yang sebenarnya hendak diukur atau diuji. Dalam erti kata lain, kesahan merupakan keupayaan pengukuran untuk mengukur nilai sebenar hipotesis yang dinyatakan (Yan Piaw, 2006). Pada peringkat awal, kesahan muka item akan disemak oleh diri sendiri. Kesahan muka berperanan untuk mengukur sejauh mana sesuatu kaedah itu kelihatan relevan dan munasabah untuk tujuan kajian. Ini adalah satu bentuk kesahan awal yang berdasarkan penilaian subjektif. Seterusnya, item yang dibina akan melalui kesahan kandungan yang bertujuan mengukur sejauh mana kaedah tersebut mencakup semua aspek penting dari konstruk atau konsep yang sedang dikaji. Kesahan bagi item yang dihasilkan telah disemak oleh pakar dalam kalangan pensyarah.


19 3.4.2 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan merujuk kepada tahap konsistensi dan ketepatan suatu instrumen kajian dalam mengukur atau menilai sesuatu konstruk dari semasa ke semasa. Dalam konteks penyelidikan, kebolehpercayaan mengukur sejauh mana instrumen kajian dapat memberikan hasil yang stabil dan konsisten apabila digunakan secara berulang-ulang dalam situasi yang sama. Kajian rintis amat penting untuk dilaksanakan sebelum melaksanakan kajian sebenar. Hal ini bertujuan untuk kebolehpercayaan bagi item yang dibina. Bagi menggambarkan ketekalan dan kestabilan bagi item soal selidik, ia perlulah merujuk kepada kebolehpercayaan (Creswell, 2010). Pengkaji telah menyebarkan pautan Google Form kepada murid sekolah rendah. Bagi menentukan kebolehpercayaan dan ketekalan instrumen soal selidik, ujian Alpha Cronbach akan digunakan. Bagi menentukan interprestasi kebolehpercayaan, nilai Alpha Cronbach yang kurang daripada 0.60 tidak boleh diterima kerana ia dianggap sebagai nilai yang rendah. Bagi nilai yang melebihi 0.60 hingga 0.80, ia adalah nilai yang dapat diterima. Bagi nilai Alpha Cronbach yang melebihi 0.80 pula, ia dianggap tinggi dan sangat baik.


20 3.5 KAJIAN RINTIS Sebelum pengumpulan data yang sebenar dilakukan, ujian rintis akan dijalankan terlebih dahulu bagi menguji tahap kesesuaian item soal selidik yang dihasilkan. Tujuan utama kajian rintis adalah untuk menguji dan menilai keberkesanan instrumen kajian yang dirancang, serta prosedur-prosedur yang digunakan dalam kajian. Ini termasuklah menguji kebolehpercayaan dan kesahan, mengenal pasti potensi masalah, dan membuat penyesuaian yang diperlukan sebelum melaksanakan kajian yang sebenar. Dalam konteks ini, pengkaji telah melakukan kajian rintis terhadap murid sekolah rendah di beberapa buah sekolah di semenanjung Malaysia. Pautan Google Form telah disebarkan kepada murid sama ada secara terus mahupun melalui guru di sekolah. Responden telah diarahkan untuk mengisi Google Form tersebut secara atas talian. 3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Prosedur pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik secara atas talian. Pengumpulan data melalui soal selidik merupakan salah satu kaedah yang popular dalam penyelidikan kuantitatif. Prosedur ini melibatkan penyediaan set soalan tertulis yang diberikan kepada responden untuk diisi sendiri.Menurut Yusaini, Izham dan Yusoff (2020), instrumen soal selidik yang sah, boleh dipercayai dan sistematik dapat menjana data yang betul dan tepat.


21 Langkah pertama dalam prosedur ini adalah menyediakan soal selidik yang sesuai dengan objektif kajian. Soal selidik dirangka dengan teliti untuk memastikan setiap soalan berkaitan dengan topik kajian dan mengukur konstruk yang diingini. Setelah soal selidik disediakan, responden yang sesuai perlu dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian. Pemilihan responden haruslah berdasarkan kepada populasi sasaran yang relevan dengan objektif kajian. Penyelidik memilih responden secara rawak dalam kalangan murid sekolah rendah. Seterusnya, Item soal selidik yang dihasilkan disebarkan kepada responden melalui pautan Google Form. Responden diminta untuk mengisi soal selidik dengan jujur dan teliti. Mereka mungkin diberi panduan dan arahan terlebih dahulu tentang cara mengisi soal selidik untuk memastikan pemahaman yang betul. Setelah data dikumpulkan, langkah seterusnya adalah memeriksa dan memerapkan data yang diperoleh dari soal selidik. Penyelidik akan menyemak keseluruhan kebolehpercayaan dan kesahan item soal selidik. Data yang diperoleh dari soal selidik dianalisis menggunakan kaedah statistik yang sesuai melaui perisian SPSS (Version 27.0). Akhirnya, hasil analisis data dari soal selidik akan ditafsirkan dan dilaporkan oleh penyelidik.


22 3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA Prosedur pengumpulan data adalah langkah-langkah yang diikuti untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan bagi menjawab soalan penyelidikan atau mencapai objektif kajian. Item soal selidik yang dijawab oleh responden akan dianalisis menggunakan aplikasi Statitical Package for the Social Sciences (SPSS) (Version 27.0). Kaedah analisis data boleh diaplikasikan berdasarkan jadual 3.1. Jadual Analisis Data Bil Objektif Kajian Persoalan Kajian Analisis Data 1 Mengenal pasti tahap kefahaman murid berkaitan kewajipan solat fardhu Sejauhmanakah tahap kefahaman murid sekolah rendah berkaitan kewajipan solat fardhu? • Kekerapan • Peratusan • Skor Min 2 Mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu Adakah amalan solat fardhu murid dipengaruhi oleh faktor persekitaran? • Kekerapan • Peratusan • Skor Min 3 Mengenal pasti hubungan tahap kefahaman berkaitan kewajipan solat fardhu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu Adakah terdapat hubungan tahap kefahaman berkaitan kewajipan solat fardhu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu? • Korelasi Pearson Jadual 3.1


23 3.8 RUMUSAN Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan tentang kajian ini secara metodologi. Kajian ini dilaksanakan ke atas 30 orang murid sekolah rendah dengan mengedarkan pautan soal selidik secara atas talian. Data yang diperoleh seterusnya akan dianalisis dan diproses menggunakan perisian SPSS (Version 27.0).


24 RUJUKAN al, S. A. (2014). Penghayatan Solat Dan Pengimarahan Masjid: Kajian Dalam Kalangan Pelajar. Kota Kinabalu Sabah: Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014. Al-Ghazali. (1993). Ayyuha al-Walad. Kaherah: Dar al-Tawzi' wa al-Nasr al-Islamiyyah. Aziz, N. A. (2011). Kaedah Menangani Stres Dengan Solat. Journal of Islamic & Arabic Education 3(2), 1-10. Creswell, J. (2010). Research Design: Pendekatan Kualitatif, Kuantitatif dan Mixed. Yogyakarta: PT Pustaka Pelajar. Mohd Yusaini, M. I. (2020). Pengesahan Instrumen Soal Selidik Kepimpinan Distributif Menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mood, M. Z. (2015). Amalan Solat Fardhu di Kalangan Pelajar PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2012. Nazneen Ismail, K. A. (2017). Kefahaman belia Muslim terhadap konsep kebebasan beragama dengan isu keluar agama dalam Islam: kajian di Institut Pengajian Tinggi Selangor. Al-Irsyad : Journal Of Islamic And Contemporary Issues. Piaw, C. Y. (2006). Kaedah Penyelidikan. Putrajaya: McGraw Hill Education. Raihan Mohd Arifin, K. S. (2020). Pengintegrasian Teori Persekitaran Islam Dan Barat Dalam Membentuk Iklim Dini. Jurnal Refleksi Kepimpinan Jilid III 2020. Utomo, N. S. (2011). Hubungan Antara Kedisiplinan Dalam Keluarga Militer Dengan Perilaku Keberagamaan Pada Remaja Di Asrama Garnisun Kota Salatiga. Negeri Salatiga : Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri: Tesis Sarjana Pendidikan . W, K. M. (2011). Landasan-Landasan Pendidikan dan Pembelajaran. Malang : Universitas Negeri Malang. Zakaria, N. D. (2013). Pelaksanaan Ibadat Solat dan Hubungannya dengan Konflik Rumahtangga. In B. P. Kajian di Unit Rundingcara, Jurnal Syariah (pp. 145-164). Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Jabatan Usul Fiqh. Zakaria, N. F. (2016). Amalan Solat Fardhu Murid Tahun Tiga Di Sekolah Rendah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.


25 LAMPIRAN A


26


27


28


29


30


31


32


PERANCANGAN KERTAS CADANGAPISMP PAI AMBILAN JUN 2BULAN JAN FEB Peringkat/ Minggu M 1 M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 M1 1.0 Pendahuluan ▪ Pengenalan ▪ Pernyataan masalah ▪ Tujuan kajian ▪ Objektif kajian ▪ Soalan kajian ▪ Hipotesis kajian ▪ Skop kajian ▪ Batasan kajian ▪ Kepentingan kajian ▪ Definisi operasional/ istilah


33 LAMPIRAN B AN PENYELIDIKAN/ PROPOSAL 2021 KELUARAN MEI 2025 MAC APRIL MEI JUN M M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4 M 1 M 2 M 3 M 4


2.0 Tinjauan Literatur ▪ Pengenalan kepada konteks kajian ▪ Teori/ model kajian ▪ Dapatan kajian lalu ▪ kerangka konseptual kajian ▪ Rumusan tinjauan literatur 3.0 Metadologi/ Reka Bentuk Penyelidikan ▪ Reka bentuk kajian ▪ Persampelan ▪ Instrumen kajian ▪ kesahan kebolehpercayaan ▪ Kajian rintis (pilot test) ▪ Prosedur pengumpulan Carta Gantt data ▪ Proses penganalisisan data


34 Lampiran B


4.0 Pengolahan Penulisan, Rujukan, Lampiran & Etika Pembentangan & penilaian Kertas Cadangan/ proposal kajian penyelidikan pada 23 & 24 April 2024 Bab 4 Analisa Data Bab 5 Perbincangan, Kesimpulan & Cadangan *Tentatif boleh diubahsuai mengikut kesesuian pelajar dan ruangan boleh duntuk proses penjilidan (penerbitan)


35 ditambah sehinggalah disertasi kajian penyelidikan siap sepenuhnya


36 LAMPIRAN C HUBUNGAN ANTARA KEFAHAMAN DAN FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI AMALAN SOLAT FARDHU MURID SEKOLAH RENDAH Instrumen soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kefahaman dan faktor yang persekitaran yang mempengaruhi amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah. Kerjasama menjawab soal selidik secara jujur dan ikhlas amat diharapkan supaya pengkaji dapat maklumat yang tepat. Maklumat berguna untuk penambahbaikan pada masa hadapan. Semua maklumat yang anda berikan adalah sulit. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian bagi mengenalpasti; 1. Mengenal pasti tahap kefahaman murid berkaitan kewajipan solat fardhu. 2. Mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu. 3. Mengenal pasti hubungan tahap kefahaman berkaitan kewajipan solat fardhu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu PERSOALAN KAJIAN 1. Sejauhmanakah tahap kefahaman solat bagi murid-murid tahun sekolah rendah? 2. Adakah amalan solat fardhu murid dipengaruhi oleh faktor persekitaran? 3. Adakah terdapat hubungan antara tahap kefahaman berkaitan kewajipan solat fardhu dan faktor persekitaran yang mempengaruhi sikap murid dalam melaksanakan solat fardhu. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU INSTRUMEN SOAL SELIDIK


37 A: DEMOGRAFI RESPONDEN Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan. A1. Jantina : a. Lelaki b. Perempuan A2. Tahun a. (1) b. (2) c. (3) d. (4) e. (5) f. (6) A3. Bersekolah agama ? : a. Ya b. Tidak A4. Pekerjaan ibu bapa


38 a. Kakitangan kerajaan b. Kakitangan swasta c. Bekerja sendiri d. Tidak bekerja Skala untuk menilai hubungan antara kefahaman dan faktor yang persekitaran yang mempengaruhi amalan solat fardhu dalam kalangan murid sekolah rendah. 1 Sangat Tidak Setuju (STS) 2 Tidak Setuju (TS) 3 Setuju (S) 4 Sangat Setuju (SS) 5 Sangat Amat Setuju (SAS) No. BAHAGIAN B: KEFAHAMAN KEWAJIPAN PELAKSANAAN SOLAT FARDHU SKALA STS TS S SS SAS 1 Solat itu adalah satu kewajipan yang difardhukan kepada orang-orang yang beriman. 1 2 3 4 5 2 Dengan melaksanakan solat ia dapat menghapuskan dosa. 1 2 3 4 5 3 Saya faham cara melaksanakan solat dengan betul. 1 2 3 4 5 4 Saya mengetahui akan balasan Allah terhadap mereka yang ingkar terhadap perintahNya. 1 2 3 4 5


39 5 Saya berasa berdosa kerana tidak menunaikan solat. 1 2 3 4 5 6 Hukuman Allah sangat berat terhadap mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja. 1 2 3 4 5 7 Saya akan mengajak orang yang bersama dengan saya bermusafir untuk menunaikan solat. 1 2 3 4 5 8 Saya mengetahui syarat-syarat sah solat. 1 2 3 4 5 9 Saya mengetahui rukun solat secara tersusun. 1 2 3 4 5 10 Saya dapat membaca surah al-Fatihah dengan betul. 1 2 3 4 5 No. BAHAGIAN C: FAKTOR PERSEKITARAN YANG MEMPENGARUHI AMALAN SOLAT FARDHU MURIDTENTANG PEMBACAAN RUKUN QAULI SKALA STS TS S SS SAS 11 Saya mencontohi rakan yang sentiasa menunaikan solat. 1 2 3 4 5 12 Guru banyak membantu saya memperbaiki bacaan dalam solat. 1 2 3 4 5 13 Saya telah dididik oleh ibu bapa saya sejak kecil lagi untuk menunaikan solat. 1 2 3 4 5 14 Guru mengingati saya untuk menunaikan solat dengan sempurna. 1 2 3 4 5 15 Rakan selalu mengajak saya untuk menunaikan solat. 1 2 3 4 5 16 Ibu bapa saya sering melakukan solat berjemaah di rumah. 1 2 3 4 5 17 Saya berusaha untuk menunaikan solat dengan sempurna. 1 2 3 4 5 18 Masyarakat sekeliling banyak mempengaruhi saya untuk menunaikan solat. 1 2 3 4 5 19 Saya berasa tidak tenang apabila tidak menunaikan solat. 1 2 3 4 5 20 Ibu bapa akan memberi hukuman sekiranya saya meninggalkan solat 1 2 3 4 5 BAHAGIAN D: KEPENTINGAN SOLAT FARDHU STS TS S SS SAS


40 21 Solat berjemaah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan murid. 1 2 3 4 5 22 Solat berjemaah membolehkan saya mengenali rakan-rakan. 1 2 3 4 5 23 Solat dapat mencegah saya daripada melakukan maksiat. 1 2 3 4 5 24 Solat dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan. 1 2 3 4 5 25 Saya merasa berdosa kerana tidak menunaikan solat. 1 2 3 4 5 26 Saya merasa lebih dekat kepada Allah melalui solat. 1 2 3 4 5 27 Solat dapat mendisiplinkan pengurusan masa saya. 1 2 3 4 5 28 Solat menjadikan diri saya lebih bersistematik dalam urusan harian 1 2 3 4 5 29 Solat memberi kesan positif kepada kesihatan saya. 1 2 3 4 5 30 Dengan mendirikan solat, badan saya lebih cergas dan sihat. 1 2 3 4 5


41 LAMPIRAN D


Click to View FlipBook Version