The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nizam.powdzi, 2022-07-03 23:07:54

test

test

KOLEJ PROFESIONAL MARA
AYER MOLEK MELAKA

BUKU PROGRAM
PENDAFTARAN PELAJAR SEMESTER 1

SESI 3/2021

TARIKH : 11 NOVEMBER 2021
HARI : KHAMIS

Kolej Profesional MARA Ayer Molek
KM 16, Jalan Tiang Dua

75460 Ayer Molek, Melaka
Tel:06-2695881 / 2695882

Website :
www.ayermolek.kpm.edu.my

Jawatankuasa Pengurusan

Pengarah Pn. Samsiah binti Kandar

Timbalan Pengarah HEA Pn. Noormila binti Mohd Fahami
Timbalan Pengarah HEP Ustaz Imran Ramzi bin Che Ibrahim
Timbalan Pengarah KP En Shahrulazli bin Jaafar@Ismail
Ketua Jabatan Perakaunan Pn. Rozaida binti Abu Shari
Ketua Jabatan Sains Kuantitatif Pn. Alina binti Mahmud
Ketua Jabatan Pengurusan Pn. Noor Faiezah Binti Yaakup
Ketua Jabatan Pengajian Am Ustaz Salman bin Mokhtar
Ketua Unit Peperiksaan dan
Pensijilan En. Ahmad Ikhwan bin Tarmizi
En Khairul Azwan bin Amin
Kaunselor
Pn. Siti Sarah binti Bahari
Ketua Felo Ustaz Wan Abdul Rahman bin Wan Dollah
Peg. Teknologi Maklumat En.Ts. Shafik Asraf bin Junus

Penyelaras Kokurikulum Pn. Syaidatul Kamila binti Mohd Hajaraih

Pen. Pegawai Tadbir(K) Pn. Fauziah binti Abdul Gani
Pn. Sharifah Rafidah binti Wan Bagus
Pegawai Perpustakaan Pn. Zaleha binti Keling

Pen. Pegawai Tadbir (Asrama) En Abdul Razak Bin Budu
Yang di Pertua Muafakat
KPMAM

UNIT FELO KPM AYER MOLEK MELAKA

KETUA FELO
USTAZ WAN ABDUL RAHMAN BIN WAN DOLLAH

(013-2007530)

TIMB.KETUA FELO
CIK HANAQ BT YAZID (010-5374364)

FELO :-
1. USTAZ ABD.NAIM BIN MOHD SALIM
2. EN. AZHAR BIN HASSAN
3. EN AZRUL HAFFIZ BIN MOHAMED
4. EN. MOHD RAMDAN BIN IBRAHIM
5. EN. MUHAMAD SAFWAN BIN MUHAMAD YUSOF
6. USTAZAH SITI MARIAH BT ABDUL WAHAB
7. CIK NOR FAIEZAH BT MUHAMAD ALI
8. CIK NORLIZAWATI BT HASSAN
9. CIK RUQAYYA BINTI MAZLAN
10. PN. SYIRIN HANIM BINTI JALIS
11. EN. SA’ID BIN MOHD KHALID

Ucapan Alu-aluan Pengarah

KPM Ayer Molek Melaka

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala rahmat dan maghfirah-Nya, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah dan juga selamat datang kepada para pelajar baharu sesi 3/2021 yang telah berjaya
menjejakkan kaki ke Kolej Profesional MARA Ayer Molek Melaka (KPMAM). Mulai saat ini, akan bermulalah
kehidupan saudar/i sebagai siswa/siswi yang memerlukan kekuatan, ketabahan dan juga kebolehan untuk
beradaptasi dengan sistem pembelajaran yang agak berbeza dari kehidupan di sekolah menengah dahulu.
Namun begitu, telah terbukti bahawa proses adaptasi ini bukanlah sesuatu yang terlalu sukar kerana KPMAM
telahpun berjaya melahirkan ribuan graduan sebelum saudar/i. Kolej mempunyai sistem sokongan yang ampuh
yang insyaAllah boleh membantu jika saudara/i mempunyai masalah untuk beradaptasi.

Perjalanan saudara/i tidak mudah. Saudara/i akan memerlukan semangat kental, ketabahan dan kemahuan
untuk berusaha keras untuk boleh mencipta kejayaan di sini. Akan ada persaingan, tetapi jadikanlah ia
persaingan yang sihat di mana saudara/i saling membantu untuk sama-sama berusaha meningkatkan
kemahiran diri di samping memahami, mendalami dan menguasai ilmu. Pelajar yang pintar dan bijak adalah
mereka yang berani mengintai dan merebut peluang dalam usaha untuk terus maju ke hadapan. Ilmu dan
pengetahuan amat berharga dan bila disertai dengan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kebolehan berfikir
secara kritis dan kreatif (sekadar menyebut beberapa kemahiran utama) ia boleh menjadi penentu kepada
kejayaan sesiapa sahaja. Maka ambillah peluang ini, kerana sesungguhnya ada calon di luar sana yang tidak
berkesempatan.

Sepanjang tempoh pandemik, aspek keselamatan dalam pengoperasian IPT amat dititikberatkan, dengan
berpandukan nasihat dan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), juga Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM). Lembaran baru Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) norma baru bermula pada sesi ini kerana PdP
akan dijalankan secara hibrid di mana terdapat gabungan antara pembelajaran secara dalam talian dan
bersemuka. KPMAM juga akan terus mengamalkan Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan
bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19, maka patuhilah SOP seperti digariskan agar kolej kita terus
bebas dari Covid-19.

Kecanggihan teknologi semakin hebat. Rangkaian hubungan di seluruh dunia semakin mudah, menyelusuri
setiap ruang dan waktu. Segala urusan dilakukan hanya di hujung jari. Perkembangan dalam teknologi
maklumat dan komunikasi menjadi keutamaan. Mereka yang dapat membina rangkaian dalam dunia yang
penuh persaingan akan dapat menguasai sumber. Sebagai pelajar alaf baru, saudar/i perlu terus berusaha
agar dapat bersama-sama memanfaatkan kelebihan ini dan seterusnya menguasai kemajuan menggunakan
segala kemudahan yang ada.

Tahap intelektual yang tinggi beserta pemupukan budaya saing yang sihat serta penghayatan nilai-nilai murni
yang menjadi kebanggaan kita akan menyumbang kepada pembentukan modal insan yang cemerlang. Oleh
itu, tumpuan kepada pemupukan budaya cemerlang hendaklah diteruskan sesuai dengan hasrat MARA dan
KPMAM. Sekiranya ini dapat dicapai, saudara/i semua akan muncul sebagai modal insan yang cemerlang,
cekap, insan kamil yang positif dan berpandangan jauh. Sekali lagi, selamat datang, semoga Allah
permudahkan usaha saudara/i untuk mencapai kecemerlangan.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2023”
“BERKHIDAMAT UNTUK NEGARA”
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”
Saya yang menjalankan amanah,

Samsiah Kandar

Samsiah binti Kandar
Pengarah
KPM Ayer Molek Melaka







MAKLUMAN PENTING

1. Pastikan dokumen dalam senarai semak di
salin mengikut bilangan salinan yang
dikehendaki dan dokumen juga wajib di
sahkan benar.

2. Kesemua dokumen yg dinyatakan di senarai
semak hendaklah disusun mengikut senarai
semak dan dimasukkan ke dalam sampul
surat.

3. Sila tulis nama pelajar, no. ic & no. id pelajar
pada sampul surat mengandungi dokumen
berkenaan.

4. Dokumen tersebut perlu diserahkan di
kaunter serahan semasa hari mendaftar ke
KPM AYER MOLEK pada 11 Nov 2021
(Serahan dokumen semasa mengambil kunci
asrama).

MULA CARTA ALIR PENDAFTARAN
MASA : 2:00 - 5:00 PETANG

PERHATIAN: PARA IBUBAPA/PENJAGA DIBENARKAN
MENURUNKAN PELAJAR DIPERKARANGAN ASRAMA
SAHAJA DAN DILARANG MASUK KE DALAM ASRAMA

1 PINTU MASUK UTAMA KOLEJ

Pemeriksaan suhu badan (pelajar, ibu bapa penjaga)
Pemeriksaan status profile MySejahtera (pelajar, ibu
bapa penjaga)
Imbasan kod QR aplikasi MySejahtera (pelajar, ibu bapa
penjaga)
Saringan Ujian Covid-19 ke atas pelajar menggunakan
Kit RTK Antigen (Kolej sediakan) / pelajar lakukan
sendiri sebelum sampai ke kolej.
Penerimaan Borang Deklarasi Kesihatan
Borang Kebenaran Ibu Bapa Penjaga (Pelaksanaan Ujian
Saringan Kendiri COVID-19)

2 ASRAMA – Agihan kunci bilik

SERAHAN SAMPUL YANG MENGANDUNGI SENARAI

3 SEMAK DOKUMEN KE KAUNTER SERAHAN (SEMASA

MENGAMBIL KUNCI BILIK ASRAMA)

PELAJAR BERGERAK KE BILIK DAN MULA MENJALANI

4 KUARANTIN SEHINGGA 18 NOVEMBER 2021

(KHAMIS) (7 HARI KUARANTIN)

TAMAT

PERATURAN

1. SETELAH MEMASUKI ASRAMA SEMUA PELAJAR AKAN
MENJALANI TEMPOH KUARANTIN SELAMA 7 HARI BERMULA
DARI 11 NOVEMBER 2021 (KHAMIS) SEHINGGA 18 NOVMBER
2021 (KHAMIS).

2. KAWASAN LINGKUNGAN PELAJAR HANYA DI DALAM BILIK
ASRAMA DAN DI CAFÉ SAHAJA.

3. PELAJAR HANYA DIBENARKAN KELUAR KE CAFÉ UNTUK
MEMBELI MAKANAN SECARA BUNGKUSAN DAN JADUAL
KELUAR UNTUK MEMBELI MAKANAN TERSEBUT AKAN DI
BERITAHU PADA MASA YANG TERDEKAT.

JADUAL PROGRAM PEMANTAPAN JATI DIRI PELAJAR SEMESTER 1,

AMBILAN NOVEMBER 2021

ATAS TALIAN

Tarikh : 11 – 12 November 2021 (Khamis - Jumaat)

Masa : Sila rujuk jadual.

Platform : Zoom

Peserta : Pelajar semester 1 (44 orang)

11 November 2021 (Khamis)

BIL PENGISIAN PENCERAMAH / PIC MASA

KEDATANGAN SISWA / SISWI - 2.00 – 5.00 PETANG
1

SEMESTER 1

2 SOLAT / REHAT / AKTIVITI KENDIRI - 5.00 – 7.00 MALAM

3 BACAAN YASIN / TAZKIRAH USTAZ TAUFIK 7.00 – 9.00 MALAM

4 SESI TAARUF PN SARAH 9.00 – 10.00 MALAM
CIK NISHA
CIK ANIS

5 TAKLIMAT FELO ASRAMA USTAZ WAN AB. RAHMAN

10.00 – 11.00 MALAM

12 November 2021 (Jumaat)

BIL PENGISIAN PENCERAMAH / PIC MASA

1 UCAPAN ALUAN PENGARAH PN. SAMSIAH BT KANDAR 8.30 – 9.30 PAGI

TAKLIMAT TIMBALAN PENGARAH PN. NOORMILA BT MOHD
2 9.30 – 10.30 PAGI
HAL EHWAL AKADEMIK PAHMI @ FAHAMI

TAKLIMAT UNIT PEPERIKSAAN DAN EN. AHMAD IKHWAN BIN
3 10.30 – 11.30 PAGI
PENILAIAN KOLEJ (UPP) TARMIZI

TAKLIMAT KETUA JABATAN PE- PN ROZAIDA BT ABU SHARI

RAKAUNAN / PENGURUSAN PER- PN. NOOR FAEZAH BT 11.30 – 12.30
4 NIAGAAN YAAKUP TENGAH HARI

REHAT

USTAZ IMRAN RAMZI BIN

TAKLIMAT TIMBALAN PENGARAH CHE IBRAHIM 3.00 -3.30 PETANG
5

HAL EHWAL PELAJAR

PN. SYAHIDATUL KAMILA

6 TAKLIMAT UNIT KO KURIKULUM BT MOHD HAJARAIH 3.30 – 4.00
PETANG

7 TAKLIMAT UNIT TATATERTIB 4.00 – 4.30
PETANG
CIK HANAQ BT YAZID

BERSEMUKA

Tarikh : 19 - 20 November 2021 (Jumaat – Sabtu)
Tempat : Perpustakaan Aras Atas, KPMAM
Peserta : Pelajar semester 1 (44 orang)

TARIKH/ HARI PENGISIAN / AKTIVITI PIC MASA
PUAN SARAH 3.00 – 4.30 PETANG
SESI TAARUF FASILITATOR
5.00 – 6.00 PETANG
19/11/2021 RIADAH EN. SAFWAN 7.00 – 9.00 MALAM
(JUMAAT) AKTIVITI KEROHANIAN FASILITATOR 9.00 – 11.00 MALAM
USTAZ TAUFIK
AKTIVITI 1 FASILITATOR
“TUJUAN SAYA BERADA DI SINI”
EN AZWAN
FASILITATOR

AKTIVITI 2 CIK FARISHA 8.30 – 10.00 PAGI
FASILITATOR 10.00 – 10.30 PAGI
“MENCARI MAKNA KEHIDUPAN”
REHAT / MINUM PAGI -

AKTIVITI 3 CIK ANIS 10.30 – 1.00 TEN-
FASILITATOR GAH HARI
“HARAPAN SAYA PADA MASA
DEPAN”

20/11/2021 REHAT / MAKAN TENGAH HARI - 1.00 – 2.00 PETANG
(SABTU)

EN. SAFWAN 2.00 – 4.00 PETANG
FASILITATOR
EXPLORACE

OBJEKTIF PROGRAM PEMANTAPAN JATI DIRI PELAJAR
SEMESTER 1, AMBILAN NOVEMBER 2021

1. Memberi peluang kepada pelajar dari pelbagai negeri
dan latar belakang untuk bersuai kenal.

2. Wadah pengerat hubungan silaturrahim antara pelajar
baru dan warga sedia ada kolej melalui penyertaan
bersama dalam segala aktiviti yang dilaksanakan sepan-
jang program berjalan.

3. Membudayakan cara kehidupan bermasyarakat di
asrama dan kolej.



Student Pledge
Kolej Profesional MARA Ayer Molek

We solemnly declare that during the period
of our study at this college:

1. We shall abide by the rules and regulations of the MARA Professional
College Ayer Molek and any other rules and regulations made from
time to time.

2. We shall uphold the good name of the college at all times and be
equally responsible to protect the properties and facilities of the
college.

3. We shall not be involved in any undesirable activity that will interfere
with the administrative and or academic function of this college.

4. We shall devote our time to be active in our studies and shall fulfill all
educational conditions required.

Ikrar Pelajar
Kolej Profesional MARA Ayer Molek

Kami berikrar sesungguhnya sepanjang
pengajian kami di kolej :

1 Kami akan, mematuhi segala peraturan dan undang-undang Kolej
Profesional MARA Ayer Molek dan semua peraturan dan
undang-undang yang digubal dari semasa ke semasa.

2 Kami akan menjaga nama baik kolej sepanjang masa dan
bertanggungjawab untuk melindungi harta dan kemudahan kolej.

3 Kami tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan yang tidak diingini
yang akan mengganggu fungsi pentadbiran dan akademik.

4. Kami akan menumpukan sepenuh masa kami dalam pembelajaran
dan akan memenuhi segala syarat pengajian.

LAGU MARA

AMANAH RAKYAT

Demi satu keunggulan
Bangsa yang berdaulat
Sebuah lambang menawan puncak jaya
Perkasa di persada dunia

Obor para cendekia
Merentas masa hadapan
Usahawan jaya tercipta bahagia
Maju mara maju jaya

MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Bersemangat perintis penuh yakin
Demi satu amanah mulia

MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Penuh keyakinan demi satu
Amanah mulia…

Lagu : Dato’ Mohd Nasir Mohamed
Lirik : Mohd Khirin Omar dan Dato’ Mohd Nasir Mohamed

“Tahniah kerana
terpilih sebagai warga
Kolej Profesional MARA Ayer Molek

Kehadiran saudara-saudari
amat dialu-alukan....

Selamat Maju Jaya”


Click to View FlipBook Version