The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Aturcara Majlis Apresiasi dan Graduasi T5 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RrMay, 2023-12-10 18:54:02

Buku Aturcara Majlis Apresiasi dan Graduasi T5 2023

Buku Aturcara Majlis Apresiasi dan Graduasi T5 2023

Tarikh Masa Aturcara Majlis 11/12/2023 (ISNIN) 6.30 pg Semua pelajar berkumpul di sekolah 6.45 pg - Semua guru dan pelajar berkumpul di dalam Dewan Ibnu Sina / Dataran Gemilang - Penyeliaan & penyusunan para penerima sijil (Tindakan : semua AJK berkenaan) 7.30 pagi Ketibaan para pentadbir 7.50 pagi Ketibaan Perasmi **disambut dengan Silat Tari 8.00 pagi 10.30 pagi -Nanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Sekolah -Bacaan doa : USTAZ MUSTAPHA BIN MAHMUD • Ucapan Wakil Pelajar : AFIQ NAQIUDDIN BIN SUNDUSIN Ketua Pengawas • Ucapan Pengetua : TN. HJ. JEFRI BIN HJ ABDUL AHMAD Pengetua SMK Sandakan • Ucapan Perasmian : YBhg DATUK HJ. AWANG KADIN TANG Yang Dipertua PIBG SMK Sandakan Perasmian Majlis - Tayangan Video - Persembahan tarian Penyampaian Graduasi Tingkatan 5 - Kumpulan 1 Majlis Rehat - Persembahan Nyanyian - Kumpulan 2 Penyampaian Penghargaan - Badan Pengawas - Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar - Terbaik Kelas - Terbaik Matapelajaran / Subjek - Terbaik Mengikut Aliran - Pelajar Terbaik HEM (Lelaki / Perempuan) - Pelajar Terbaik Kokurikulum (Lekaki / Perempuan) - Tokoh Pelajar Penyampaian Penghargaan - Perasmi Jamuan Majlis Bersurai TENTATIF MAJLIS APRESIASI & GRADUASI TINGKATAN 5 TAHUN 2023


Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Pengacara Majlis. Yang dihormati Tuan Hj. Jefri bin Hj. Abdul Ahmad, Pengetua SMK Sandakan, En. Jafri bin Pareh, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Dg. Sabariyah binti Ag Mohd. Nor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Erwanshah bin Amirshah, Penolong Kanan Kokurikulum, En. March Hariyanto, Penolong Kanan Petang, wakil-wakil PIBG, tetamu-tetamu jemputan, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid tingkatan lima yang diraikan pada hari ini. Alhamdulillah, setinggitinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana dengan izin-Nya majlis yang telah dirancang pada hari berlangsung dengan penuh gemilang. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana menjemput saya untuk merasmikan Majlis Apresiasi dan Graduasi Tingkatan Lima SMK Sandakan tahun 2023. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak sekolah kerana mengadakan majlis sebegini setiap tahun bagi meraikan pencapaian cemerlang murid dan sekali gus meraikan murid-murid Tingkatan 5 yang akan menamatkan zaman persekolahan mereka. Sudah tentu ini akan menjadi kenangan terindah sepanjang bergelar murid di sekolah ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Jika kita lihat hari ini, peranan pendidikan telah berubah dari fungsi tradisionalnya. Para pelajar datang ke sekolah bukan sahaja untuk mendapatkan ilmu, tetapi dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia sejajar dengan saranan Menteri Pendidikan agar sistem pendidikan dapat melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Berilmu sahaja tidak cukup untuk menjadikan negara kita sebuah negara yang maju. Sehubungan itu, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing supaya matlamat tersebut dapat direalisasikan. Bagi menghasilkan pendidikan yang bermutu, para pengajar perlu melakukan anjakan paradigma ke arah pendidikan yang lebih kreatif serta berupaya membentuk murid-murid yang boleh berfikiran inovatif serta berupaya menyelesaikan masalah. Janganlah kita pernah jemu dan cepat berasa puas dengan pencapaian sedia ada. Pupuklah keikhlasan dalam mendidik anak-anak murid kita kerana merekalah yang bakal mencorakkan negara kita pada masa akan datang. Bagai aur dengan tebing begitulah ibaratnya hubungan Ibu bapa dan keluarga dengan pihak sekolah. Hasil gabungan dan kerjasama yang mantap, kecemerlangan yang hendak dicapai bukanlah sekadar angan-angan sahaja. Kita perlu menjadikan hubungan ini didasari dengan rasa tanggungjawab, saling memerlukan dan saling menyokong jika ingin melihat kecemerlangan berpihak kepada kita. Anak-anak juga perlu memainkan peranan mereka. Bentuklah diri anda menjadi individu yang kuat dan mampu menghadapi apa-apa sahaja kerana dunia pada hari ini sangat besar cabarannya. Tanpa jati diri, kekuatan iman, serta kekuatan fizikal dan mental akan menyebabkan anda mungkin tersungkur di pertengahan jalan. Semoga anak-anak yang hadir pada hari ini dikurniakan kejayaan yang sebenar-sebenarnya bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri malah memberikan kebanggaan kepada semua yang menanti kejayaan anda. In Sha-Allah. Hadirin sekalian, Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada SMK Sandakan atas penganjuran majlis pada hari ini. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid dan ibu bapa. Teruslah berusaha tanpa pernah jemu. Sebelum saya mengundurkan diri saya ingin memetik kata-kata seorang tokoh negara yang mengatakan bahawa keberhasilan bukanlah milik orang pintar, keberhasilan adalah milik mereka yang selalu berusaha. Dengan demikian, saya dengan lafaz yang mulia Bismillahirahmanirahim (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) merasmikan Majlis Apresiasi dan Graduasi Tingkatan Lima tahun 2023. Sekian, terima kasih. TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI AWANG KADIN TANG YDP PIBG SMK SANDAKAN


Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Pengacara Majlis. Yang Berbahagia Datuk Haji Awang Kadin Tang, Yang Dipertua PIBG SMK Sandakan, En. Jafri bin Pareh, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Dg. Sabariyah binti Ag Mohd. Nor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Erwanshah bin Amirshah, Penolong Kanan Kokurikulum, En. March Hariyanto, Penolong Kanan Petang, wakil-wakil PIBG, tetamu-tetamu jemputan, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid tingkatan lima yang diraikan pada hari ini. Dengan izin Allah hari ini dapat kita sama-sama mengadakan Majlis Apresiasi dan Graduasi Tingkatan Lima, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Yang Maha Kuasa. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Awang Kadin Tang kerana sudi menerima jemputan kami pada hari ini. Tidak lupa juga kepada semua tetamu jemputan, ibu bapa serta anakanak sekalian. Semoga dengan kehadiran semua dapat menyerikan lagi majlis ini. Tuan-tuan dan puan-puan, Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan agenda utama yang ingin dicapai oleh setiap warga sekolah. Walaupun begitu pembinaan sahsiah juga tidak dilupakan bagi melahirkan muridmurid yang kamil dalam pembentukan sebuah negara madani. Sehubungan itu, tugas kita sebagai pemimpin, guru dan juga ibu bapa sama pentingnya. Dalam arus pemodenan dan kebejatan sosial yang semakin meruncing, tugas kita semakin mencabar. Perkembangan teknologi juga jika tidak dimanfaatkan akan memberi kesan yang negatif kepada kita. Pihak sekolah sentiasa komited dalam usaha menjadikan murid-murid yang berada di sekolah ini memiliki keseimbangan dalam semua aspek. Saya akui bahawa tugas tersebut bukanlah mudah namun tidak mustahil. Saya melihat usaha keras semua guru bagi memastikan anak-anak muridnya berjaya. Semuanya saling berlumba untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak muridnya. Ada yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu mereka semata-mata untuk melaksanakan kelaskelas tambahan dan program teknik menjawab. Ada juga yang sanggup turun padang melawat muridmurid yang menghadapi pelbagai masalah. Tidak ketinggalan juga ada yang sanggup mengorbankan wang ringgit demi memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid. Semoga usaha ini memberikan pulangan yang lumayan kepada kita semua. Sebentar nanti kita akan melihat anak-anak murid kita menerima anugerah masing-masing dan sijil tamat sekolah mereka. Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga detik ini menjadi penyuntik semangat kepada mereka untuk meneroka dunia yang lebih luas di luar sana. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang menjadi tulang belakang dalam memastikan program yang dirancang pada hari ini berjalan dengan lancar. Sesungguhnya kerja sepasukan penting dalam sesebuah organisasi dalam mencapai hala tuju yang ditetapkan. Marilah kita terus seiring sejalan menuju matlamat yang sama iaitu kecemerlangan anak-anak murid kita. Semoga jasa dan bakti ini memberi manfaat yang luar biasa kepada mereka. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan. Tahniah kepada semua murid dan kami sentiasa mendoakan agar kejayaan akan sentiasa berada di dalam genggaman anda semua. Akhir kata, kejayaan anda pada masa hadapan tercipta dengan apa yang anda lakukan sekarang. Sekian, terima kasih. TEKS UCAPAN TUAN HJ JEFRI BIN HJ ABDUL AHMAD PENGETUA SMK SANDAKAN


PENASIHAT : TN. HJ. JEFRI BIN HJ ABDUL AHMAD (PENGETUA) TIM. PENASIHAT : EN. JAFRI BIN PAREH (PK PENTADBIRAN) NAIB PENASIHAT 1 : CIK DG. SABARIYAH AG. MOHD NOR (PK HEM) NAIB PENASIHAT 2 : EN. ERWANSHAH BIN AMIRSHAH (PK KOKUM) PENGERUSI : HJ. MOHD SHARIFF BIN JUSOH (KB KEMANUSIAAN) PEN. PENGERUSI : PN. TAN MEI CHIN (KB VOCTECH) SETIAUSAHA : PN. AZNAH BINTI TAHIR PEN. SETIAUSAHA PN. NORAZATI BINTI KIFLI BENDAHARI : PN. RUSMAWATI BINTI AB GHANI AHLI JAWATANKUASA : BIL JAWATANKUASA TINDAKAN 1. PENYELARAS / PEN.PENYELARAS PROGRAM MOHD SHARIFF JUSOH TAN MEI CHIN 2. URUSETIA AZNAH BINTI TAHIR NORAZATI BINTI KIFLI 3. SAMBUTAN DAN PROTOKOL SEMUA PENTADBIR 4. FLOOR MANAGER YASIR SYAM BINTI LAHMUDDIN 5. PENYAMBUT TETAMU HJH. KHALIZAH BINTI ABDUL KADIR 6. PERSEDIAAN TEMPAT/LOKASI PERASMIAN MUHAMMAD NAZIRUL MUBIN ZAMANI(K) 7. BACKDROP DAN KAIN RENTANG SAMSUL BIN MOHD SAPIRAH 8. HIASAN PENTAS DAN MEJA VVIP WAN ARBAN BIN MAHIL (K) 9. MONTAJ NORHIMA BINTI AZHAR 10. PA SISTEM MEDIA/TV/LCD MOHAMMED ARMADI BIN PILA SAMSUL BIN MOHD SAPIRAH 11. BUKU ATURCARA ROSE MARIE ROJELLIO 12. PENDAFTARAN TETAMU PIBG / IBUBAPA AFIQAH MURNI BINTI TALIB AHLI JAWATANKUASA INDUK


13. PENDAFTARAN PELAJAR ROSDIANA BINTI ABDUL ARAS 14. JURUACARA AZNAH BINTI TAHIR(K) WARDATUL AZMAH BINTI APIN 15. BACAAN DOA MUSTAPHA BIN MAHMUD 16. PEMILIHAN CALON • ANUGERAH AKADEMIK • ANUGERAH KOKURIKULUM TAN MEI CHIN(K) DR THINESH A/L SUBRAMANIAM 17. PENYELIA PESERTA • Graduasi NURUL AIDA BINTI ABDUL SAMAH 18. CENDERAHATI / HADIAH / SIJIL • Pembelian & Penyediaan Plak • Cenderamata Perasmi • Susunan hadiah dan perantaraan di pentas Penyediaan folder & SIJIL Graduan SALMIAH BINTI SAPPE(K) TING CHOOI KING 19. PENGURUSAN JUBAH GRADUAN YULYZA BINTI AWANG ALIM 20. PENYEDIAAN TEKS UCAPAN (Perasmi / Pengetua) SITI AMINAH BINTI AMRING 21. JURUGAMBAR MOHD MASDIN BIN MAHALAN (Dalaman) MOHD NAIM HELMI BIN MOHD ZAHARI (Jurukamera Luar) 22. DOKUMENTASI AZNAH BINTI TAHIR NORAZATI BINTI KIFLI 23. JAMUAN ▪ VVIP ▪ Guru - Ibubapa / pelajar ROSMAN BIN MACHEL (K) 24. DISIPLIN DAN KESELAMATAN - Dewan Ibnu Sina - Dataran Gemilang MOHD NUR SYAFIE PALAM ABDULLAH(K) 25. KEBERSIHAN VOON FUI YEE 26. PERSEMBAHAN - Silat Sambut Tamu - Tarian - Nyanyian MOHD NUR SYAFEI PALAM ABDUL MALIK ISMAIL MOHD HAIRUL ADELI B. NAMARAN


ANUGERAH TERBAIK KELAS


TERBAIK MATAPELAJARAN


TERBAIK MENGIKUT ALIRAN


NUR ANIS FARHANA BINTI MOHD KHIR KELAS: 5 RAJIN PENCAPAIAN ➢ AHLI PRS AKTIF ➢ BERSHASIAH BAIK ➢ SEBAGAI SETIUSAHA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ➢ MENJALANKAN TUGAS DENGAN AMANAH DAN TERATUR ➢ PLATUN KOMANDER PERTANDINGAN KAWAD BOMBA PERINGKAT NEGERI ➢ PLATUN KOMANDER KAWAD KAKI SUKAN SEKOLAH ANUGERAH TERBAIK HEM


AFIQ NAQIUDDIN BIN SUNDUSIN KELAS: 5 KRK A TARIKH LAHIR : 16/12/2006 TEMPAT LAHIR : HDOK SEKOLAH RENDAH: TAHUN 2013 HINGGA 2015 DI SJK ( C ) PUI GIN TAHUN 2016 HINGGA 2018 DI SRK SUNG SIEW CITA-CITA: INGIN MENJADI SEORANG JURUTERA KIMIA OBJEKTIF: MEMPUNYAI HASRAT UNTUK MENINGKATKAN LAGI IMEJ LEGASI KELUARGA MOTO: TREAT PEOPLE LIKE THE WAY YOU WANT TO BE TREATED PENCAPAIAN ➢ MEWAKILI NEGERI SABAH KE PERTANDINGAN JUNIOR INVENTOR COMPETITION PADA TAHUN 2021 SECARA TALIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ➢ JOHAN PERTANDINGAN E-MAHRAJAN INSANIAH KATEGORI ( SYARAHAN ) PERINGKAT DAERAH DAN PERINGKAT NEGERI SABAH PADA TAHUN 2022 ➢ MEWAKILI NEGERI SABAH KE PERTANDINGAN E-MAHRAJAN PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM ACARA (KHUTBAH) YANG BERTEMPAT DI KEDAH DAN MEMPEROLEH TEMPAT KELIMA PADA TAHUN 2022 ➢ PENYERTAAN DI PERINGKAT DAERAH DALAM PROGRAM WIKIPEDIA ASRAMA 1 PERPUSTAKAAN 1 RUJUKAN ANJURAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN ➢ JOHAN PERTANDINGAN E-MAHRAJAN INSANIAH DALAM ACARA (KHUTBAH) PERINGKAT DAERAH DAN PERINGKAT NEGERI SABAH PADA TAHUN 2023 ➢ MEWAKILI NEGERI SABAH KE PERTANDINGAN E-MAHRAJAN PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI (KHUTBAH) YANG BERTEMPAT DI KELANTAN DAN MEMPEROLEH TEMPAT KETIGA PADA TAHUN 2023 ➢ DIANUGERAHKAN DAN MENDAPAT GELARAN DUTA SAHSIAH TINGKATAN 5 PERINGKAT SMK SANDAKAN TAHUN 2023 ➢ MENERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG DALAM SUBJEK BAHASA INGGERIS PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM @ KKDW TAHUN 2023 ANJURAN YAYASAN PELAJARAN MARA YANG BERTEMPAT DI MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS ➢ PENGERUSI KELAB BADMINTON BAGI TAHUN 2023 ➢ NAIB PENGERUSI KELAB PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH BAGI TAHUN 2023 ➢ KETUA PENGAWAS SMK SANDAKAN TAHUN 2023 ➢ KETUA BIRO AKADEMIK ASRAMA SMK SANDAKAN BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2021 ANUGERAH TERBAIK KO-KURIKULUM (LELAKI)


➢ PENOLONG KETUA ASRAMA BAGI TAHUN 2023 HURIN NABIHAH BINTI SUWAID KELAS: 5KAA TARIKH LAHIR: 15 / 04 /2006 TEMPAT LAHIR: HDOK SEKOLAH RENDAH: SK.BATU PUTIH BARU CITA-CITA : INGIN MENJADI SEORANG PEGUAM SYARIAH OBJEKTIF : MENJADI SEORANG MANUSIA YANG BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN MOTO: MADE SOMETHING WORTH IT PENCAPAIAN ➢ PENYERTAAN PERTANDINGAN SAJAK PADA PERINGKAT DAERAH DALAM PERTANDINGAN PROGRAM PENGUKUHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (PEMANIS) PADA TAHUN 2022 ➢ JOHAN PERTANDINGAN E-MAHRAJAN INSANIAH KATEGORI (TAZKIRAH) PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI SABAH PADA TAHUN 2022 ➢ MEWAKILI NEGERI SABAH KE PERTANDINGAN E-MAHRAJAN PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM KATEGORI (TAZKIRAH) YANG BERTEMPAT DI KEDAH PADA TAHUN 2022 ➢ PENYERTAAN PADA PERINGKAT DAERAH DALAM PROGRAM WIKIPEDIA ASRAMA 1 PERPUSTAKAAN 1 RUJUKAN ANJURAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN ➢ JOHAN PERTANDINGAN E-MAHRAJAN ASRAMA PERINGKAT DAERAH DAN NEGERI SABAH DALAM KATEGORI (TAZKIRAH) PADA TAHUN 2023 ➢ PENYERTAAN PADA PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM PERTANDINGAN E-MAHRAJAN YANG BERTEMPAT DI KELANTAN PADA TAHUN 2023 ➢ PENYERTAAN PADA PERINGKAT DAERAH DALAM PERTANDINGAN PROGRAM PENGUKUHAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM (PEMANIS) DALAM KATEGORI KUIZ BAHASA ARAB ➢ JOHAN DALAM PERTANDINGAN FORUM ASPIRASI PIALA DATUK SRI PANGLIMA MASIDI MANJUN PERINGKAT NEGERI SABAH PADA TAHUN 2023 ➢ NAIB PENGERUSI PERSATUAN BAHASA ARAB DAN AL-QURAN BAGI TAHUN 2023 ➢ KETUA EXCO KESIHATAN ASRAMA SMK.SANDAKAN BAGI TAHUN 2023 ANUGERAH TERBAIK KO-KURIKULUM (PEREMPUAN)


BIODATA : ❖ AFIQ NAQIUDDIN BIN SUNDUSIN ❖ KELAS: 5 KRK A ❖ SEKOLAH RENDAH: SJK(C) PUI GIN DARI TAHUN 2013 HINGGA 2015 : SRK SUNG SIEW DARI TAHUN 2016 HINGGA 2018 ❖ SEKOLAH MENENGAH: SMK SANDAKAN BESTARI DARI TAHUN 2019 HINGGA 2023 ❖ NAMA IBU: RUKAYA BINTI TAKKA ❖ NAMA AYAH : SUNDUSIN BIN NGANRO ❖ BIL ADIK BERADIK: 6 ORANG, ANAK KE 4 ❖ TEMPAT TINGGAL: TAMAN AMAN JAYA 1 ❖ TEMPAT LAHIR: HOSPITAL DUCHESS OF KENT, SANDAKAN ❖ TARIKH LAHIR: 16 DISEMBER 2006 ❖ OBJEKTIF: MEMPUNYAI HASRAT UNTUK MENINGKATKAN IMEJ LEGASI KELUARGA ❖ MOTO: BERUSAHALAH, SEMESTA ADA BERSAMAMU ❖ CITA-CITA : INGIN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI LUAR NEGARA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN KIMIA PENCAPAIAN: KURIKULUM / AKADEMIK : ❖ MEWAKILI NEGERI SABAH KE PERTANDINGAN JUNIOR INVENTOR SCIENCE COMPETITION PADA TAHUN 2021 SECARA TALIAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ❖ PENYERTAAN DI PERINGKAT DAERAH DALAM PROGRAM WIKIPEDIA ASRAMA 1 PERPUSTAKAAN 1 RUJUKAN ANJURAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN ❖ TERPILIH UNTUK MENYERTAI PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM @ KKDW TAHUN 2023 ANJURAN YAYASAN PELAJARAN MARA YANG BERTEMPAT DI MRSM MOHAMMAD FUAD STEPHENS ❖ MENDAPAT ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG DALAM SUBJEK BAHASA INGGERIS PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM @ KKDW TAHUN 2023 ANJURAN YAYASAN PELAJARAN MARA YANG BERTEMPAT DI MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS ❖ KEPUTUSAN TRIAL: 5A 1B 1C 2D 1G TOKOH PELAJAR LELAKI


KO-KURIKULUM : ❖ PENGERUSI KELAB BADMINTON BAGI TAHUN 2023 ❖ NAIB PENGERUSI KELAB PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH BAGI TAHUN 2023 ❖ AJK TINGKATAN 2 BAGI PERSATUAN PENGAKAP TAHUN 2020 ❖ AJK TINGKATAN 3 BAGI PERSATUAN PENGAKAP TAHUN 2021 HAL EHWAL MURID : ❖ JOHAN PERTANDINGAN E-MAHRAJAN INSANIAH ACARA ( SYARAHAN ) KATEGORI LELAKI BAGI PERINGKAT DAERAH SANDAKAN PADA TAHUN 2022 ❖ JOHAN PERTANDINGAN E-MAHRAJAN INSANIAH ACARA ( SYARAHAN ) KATEGORI LELAKI BAGI PERINGKAT NEGERI SABAH PADA TAHUN 2022 ❖ MEWAKILI NEGERI SABAH KE PERTANDINGAN E-MAHRAJAN PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM ACARA (SYARAHAN) KATEGORI LELAKI YANG BERTEMPAT DI KEDAH DAN BERJAYA MERAIH TEMPAT KELIMA PADA TAHUN 2022 ❖ PENYERTAAN DI PERINGKAT DAERAH DALAM PROGRAM WIKIPEDIA ASRAMA 1 PERPUSTAKAAN 1 RUJUKAN ANJURAN SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SANDAKAN ❖ JOHAN PERTANDINGAN E-MAHRAJAN INSANIAH DALAM ACARA (KHUTBAH) PERINGKAT DAERAH SANDAKAN TAHUN 2023 ❖ JOHAN PERTANDINGAN E-MAHRAJAN INSANIAH DALAM ACARA (KHUTBAH) PERINGKAT NEGERI SABAH PADA 2023 ❖ MEWAKILI NEGERI SABAH KE PERTANDINGAN E-MAHRAJAN PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI (KHUTBAH) YANG BERTEMPAT DI KELANTAN DAN BERJAYA MERAIH TEMPAT KETIGA PADA TAHUN 2023 ❖ DIANUGERAHKAN DAN MENDAPAT GELARAN DUTA SAHSIAH TINGKATAN 5 PERINGKAT SMK SANDAKAN BAGI TAHUN 2023 ❖ PENOLONG KETUA ASRAMA BAGI TAHUN 2023 ❖ PENYERTAAN LAWATAN KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, KOTA KINABALU ANJURAN SMK SANDAKAN PADA TAHUN 2023 ❖ MENDAPAT ANUGERAH PELAJAR TERBAIK DIKALANGAN PELAJAR SEWAKTU LAWATAN KE UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERLANGSUNG PADA TAHUN 2023 ❖ KETUA PENGAWAS SMK SANDAKAN TAHUN 2023 ❖ KETUA MURID SMK SANDAKAN BAGI SESI 2023/2024 ❖ DINOBATKAN SEBAGAI KETUA PELAJAR BAGI PROGRAM TUISYEN PINTAR YPM @ KKDW TAHUN 2023 ❖ KETUA BIRO AKADEMIK ASRAMA SMK SANDAKAN BAGI TAHUN 2019 HINGGA 2022 ❖ PENOLONG KETUA ASRAMA BAGI SESI 2023/2024 AKTIVITI LUAR: ❖ MENYERTAI 1 MURID 1 SUKAN ANJURAN PPD DAERAH SANDAKAN YANG BERTEMPAT DI KOMPLEKS SUKAN SANDAKAN PADA TAHUN 2019 DAN 2020


Sekalung Penghargaan Tuan Pengetua serta seluruh ahli jawatankuasa pengelola merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada; Ybhg Datuk Hj Awang Kadin Tang Yang Dipertua PIBG SMK Sandakan Selaku perasmi Majlis; Serta, seluruh warga SMK Sandakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Apresiasi & Graduasi Tingkatan 5 SMK Sandakan bagi Tahun 2023


Click to View FlipBook Version