ISI KANDUNGAN Prakata Objektif Sejarah Pencapaian Kata Aluan Ketua Pengarah JPPKK Pengarah PPI, JPPKK Pengarah PTSS Senarai Projek Inovasi Sosial Inovasi Penyampaian & Perkhidmatan Senarai Juri Jadual Lokasi Susun Atur Bilik Viva Viva Penjurian Pameran Dewan Harumanis Aturcara Program Majlis Perasmian Penutup Jawatankuasa Induk Jawatankuasa Pelaksana Penghargaan & Terima Kasih 2 3 4 5 6 7 8 24 48 51 53 54 55 56 57 58 60 49
PRAKATA Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari-Nya Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIK HB) 2023. Penganjuran ini merupakan kali kedua bagi PTSS menggalas tugas sebagai tuan rumah selepas penganjuran pertama pada tahun 2015. Pertandingan KIK HB ini merupakan agenda tahunan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi memberi pengiktirafan kepada pejuang-pejuang KIK HB serta sebagai platform kepada warga JPPKK untuk berkongsi idea dan ilmu inovasi yang boleh memberi impak terhadap keberkesanan agensi sektor awam, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan agensi sektor awam serta memelihara kesejahteraan rakyat. Diharapkan agar setiap projek KIK yang dihasilkan dapat memberi manfaat yang berterusan serta mampu menambah baik pengurusan KIK agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI–PCI) serta menyokong prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA). 'Memperkasakan KIK, Melestari POLYCC 2023' 2
1 2 3 4 OBJEKTIF KIK HB 2023 Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam Memberi penghargaan kepada peserta bagi penghasilan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan dasar dan perkhidmatan. Memberi pendedahan kepada para peserta dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran mengaplikasi kaedah dan teknik dalam penghasilan projek dan pengetahuan berkaitan pengembangan projek. Mengumpul idea yang kreatif dan inovatif dalam satu platform khusus untuk perkongsian maklumat dan kepakaran di kalangan peserta 3
SEJARAH PENCAPAIAN Pencapaian keseluruhan bagi sesi Pertandingan KIK HB PTSB 2018 Kumpulan | UNIQ Tajuk | CATAPPA-X KKSB 2019 Kumpulan | ANTCAR Tajuk | CAR ANTI THEFT & CHILD ALERT PTSB 2020 Kumpulan | D-CARFT Tajuk | POLYDUINO PPD 2021 Kumpulan | MECHVENGERS Tajuk | COMPUTERIZED PLC AIDED COOLING PTSS 2022 Kumpulan | ENGINIUS Tajuk | T-HEUGAR SYSTEM FOR MINI POWER PLANT 4
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita masih dapat meneruskan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIK HB) bagi tahun 2023. Setinggi ucapan tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di atas kejayaan menganjurkan KIK HB pada kali ini. Tema pertandingan yang telah dipilih pada tahun ini ialah “Memperkasakan KIK, Melestari PolyCC 2023”. Saban tahun kita sebagai warga JPPKK tidak pernah gagal dan sentiasa bersemangat jitu menyahut seruan kerajaan untuk menghasilkan inovasi yang mampu membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan membangunkan ekonomi negara. Penganjuran dan penyertaan dalam KIK HB ini semestinya dapat menyerlahkan keterlihatan PolyCC dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan yang seiring dengan Teras Strategik JPPKK yang ke-6 iaitu Membudaya Penyelidikan Gunaan dan Inovasi. Ianya juga sejajar dengan Strategi 4P Menjayakan Ekonomi Madani: Pendidikan Tinggi iaitu Penyelidikan dan Inovasi yang memfokuskan ke arah menguruskan cabaran-cabaran utama negara. Kita perlu sentiasa cakna bahawa Malaysia sedang menuju ke arah pembangunan mampan 2030. Malaysia seharusnya menjadi sebuah negara yang mampu berinovasi serta membangunkan teknologi untuk kesejahteraan rakyat. Harapan saya agar warga JPPKK terus membudayakan KIK HB ini sebagai satu pentas perkongsian idea-idea kritis penciptaan inovasi yang mencipta nilai serta memberikan impak terbaik serta mampu menyerlah di persada KIK HB Sektor Awam. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, JPPKK KATA ALUAN KETUA PENGARAH JPPKK 5
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Penganjur iaitu Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di atas kejayaan menganjurkan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIK HB) JPPKK 2023 dengan tema “Memperkasakan KIK, Melestari PolyCC 2023”. Tahniah juga diucapkan kepada semua atas sokongan dalam meneruskan perjuangan penganjuran KIK HB bagi tahun 2023. PPI sentiasa komited dan menyokong penuh objektif Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif seperti yang terkandung dalam PTPA Bil. 1 2016. Malah agenda Penyelidikan dan Inovasi ini sebenarnya merupakan salah satu agenda utama dasar Malaysia MADANI. Dasar ini menggariskan strategi 4P iaitu penyediaan bakat, penyelidikan dan inovasi, menggalakkan pemindahan dan perkongsian ilmu oleh IPT kepada masyarakat serta pengantarabangsaan sektor pendidikan. KIK HB 2023 telah menampilkan 38 penyertaan keseluruhan iaitu 15 dalam bidang Sosial dan 23 dalam bidang Penyampaian Perkhidmatan. Jumlah penyertaan yang memberangsangkan ini menunjukkan perkembangan positif dan sokongan warga dalam penganjuran KIK HB 2023. Pentas KIK HB ini juga turut memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi idea inovasi dan kepakaran dalam membantu meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat. Tahniah diucapkan kepada para peserta yang berfikiran kreatif dan kritis mencipta inovasi serta bergerak secara aktif dan efektif untuk menyelesaikan masalah mengikut fasa-fasa penyelesaian hingga mampu mencipta atau memberikan pulangan nilai terbaik serta berjaya dikomersialkan. Setinggi penghargaan diucapkan kepada para juri yang sudi meluangkan masa untuk membuat penilaian projek KIK HB 2023 ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kejayaan penganjuran KIK HB 2023. Semoga kita dapat berjumpa lagi dalam Pertandingan KIK HB seterusnya. KATA ALUAN PENGARAH PPI, JPPKK Dr. Riam a/p Chau Mai Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK 6
PENGARAH PTSS Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani Alhamdulillah setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah JPPKK, Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, syabas dan tahniah diucapkan kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi, JPPKK serta Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, para juri, para peserta serta semua yang terlibat dalam penganjuran Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIK HB), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tahun 2023. Syukur kehadrat ilahi kerana dengan izin serta kekuatan yang diberikan olehnya dapat kita bersama-sama berkampung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada tahun 2023 bagi merealisasikan Pertandingan KIK HB 2023 pada kali ini dengan tema Memperkasakan KIK, Melestari PolyCC2023. KIK HB yang mula dipertandingkan pada tahun 2017 di Peringkat Kebangsaan JPPKK adalah selari dengan hasrat PTPA Bil.1 Tahun 2016 bagi memupuk budaya kreatif dan inovatif di kalangan warga JPPKK, menyediakan platform perkongsian dan pengiktirafan projek KIK sektor awam. KIK HB ini merupakan satu program tahunan yang sentiasa dianjurkan bagi memberi ruang dan peluang kepada para peserta berinovasi menyelesaikan masalah yang timbul disamping membantu meningkatkan kompeten para peserta. Jesteru, harapan saya agar penciptaan atau penambahbaikan yang dilakukan mampu memenuhi piramid keberhasilan yang diharapkan dan menjadi aspirasi rakyat dan negara. Terima kasih kepada para juri dan semua yang terlibat dalam penganjuran ini. Juga sekalung tahniah kepada para peserta yang sudi hadir berjuang di pentas Pertandingan KIK HB di PTSS. Walau apapun keputusan yang para peserta terima, sesungguhnya para peserta telah pun berjaya sejak hari pertama menubuhkan Kumpulan Kreatif dan Inovatif KIK HB. Wajah-wajah perjuangan peserta sekalian sentiasa tersemadi di ingatan saya. KATA ALUAN En. Abdul Malek Bin Hassan Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 7
SINOPSIS PROJEK Inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan lebih berkesan dan mengutamakan penglibatan rakyat secara menyeluruh. Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada proses penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi. Inovasi Sosial 8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif dan inovatif untuk mencapai tahap transformasi penyampaian perkhidmatan kerajaan. Inovasi ini bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan bersepadu dan lancar serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan. Ia juga perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat. SINOPSIS PROJEK Inovasi Penyampaian & Perkhidmatan 24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
JADUAL VIVA 26 SEPTEMBER 2023 (SELASA) 49 SENARAI JURI 48
JADUAL VIVA 26 SEPTEMBER 2023 (SELASA) 49