TUGASAN 1
e-Portfolio
PSVK3213
Disediakan oleh:
UMI BALQIS BINTI ZAMRI
HALAMAN PERAKUAN
“Saya akui bahawa penulisan laporan ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : Umi Balqis
Nama Pelajar
Tarikh : UMI BALQIS BINTI ZAMRI
: 26.03.2022
PENGHARGAAN
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG”
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan kursus
PSVK3213: Asas Menggambar dan Membuat Corak dan Rekaan ini dalam kekangan masa dan
pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru.
Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
atas segala komitmen, tunjuk ajar dan nasihat daripada semua pensyarah, khasnya Pensyarah
PSVK3213: Asas Menggambar dan Membuat Corak dan Rekaan, En Anuwar Bin Hamat yang
terus bertugas dalam wajah PdP kelaziman baharu.
Juga ucapan terima kasih ini semestinya tidak dilupakan buat semua ahli keluarga atas
sokongan moral dan dokongan doa yang diberikan. Buat semua warga IPG Kampus Kota Bharu
dalam setiap kemudahan yang disediakan, terima kasih juga.
Akhir sekali, buat semua rakan bakal guru seperjuangan, terima kasih dengan setiap
perkongsian ilmu, idea dan huluran bantuan seiring tujuan kita bersama. Semoga kita semua
sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insha-Allah.
“KAMI BANGGA MENJADI GURU”
Wassalam.
Mac 2022
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
HALAMAN PERAKUAN 2
3
PENGHARGAAN 4
SENARAI KANDUNGAN 5
10
REFLEKSI 16
PENGENALAN 18
SEJARAH REBANA 24
JENIS REBANA 27
GAYA PERSEMBAHAN 29
31
FUNGSI
TEKNIK
PEMILIHAN TEMA
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
35
PEMILIHAN SUBJEK MATTER 37
39
LAKARAN SUMBER ILHAM
43
LAKARAN PERKEMBANGAN SUMBER
ILHAM 47
52
LAKARAN PERKEMBANGAN MOTOF 57
CORAK
KAJIAN KOMPOSISI
KAJIAN WARNA
HASIL AKHIR
LAMPIRAN
RUJUKAN
REFLEKSI
Saya sangat bersyukur dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi
subjek PSVK3213, En. Anuwar Bin Hamat atas dorongan dan bantuan yang diberikan oleh beliau
sepanjang tempoh penghasilan e-Porfolio ini. Tanpa bantuan beliau, kerja kursus ini tidak akan
dapat disiapkan dengan jayanya. Saya juga ingin berterima kasih terhadap rakan-rakan sekelas
yang banyak memberikan input-input dan maklumat sepanjang saya menyiapkan e-portfolio.
Terlalu banyak bantuan dan perkongsians yang diberikan sehingga tidak mampu diucapkan
dengan kata-kata.
Di awal penghasilan tugasan ini, kami diberikan peluang untuk membuat lawatan ke luar
supaya dapat membuat penerokaan dalam bentuk visual seperti melihat pameran seni di
Balai Seni Kelantan dan tempat-tempat lain selama 3 hari berturut-turut. Lawatan yang
dijalankan sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan mudah serta
mendedahkan saya terhadap hasil karya seni dengan lebih meluas. Semestinya sangat
sukar untuk saya memilih subjek matter yang bertemakan Kebudayaan Tempatan
memandangkan saya kurang mahir dengan kebudayaan di Kelantan. Setelah melihat
karya-kaya seni yang bertema kebudayaan tempatan, saya memilih Rebana Ubi sebagai
ilham kerana saya tertarik dengan bentuknya dan motif corak yang ada pada rebana.
Tidak dapat dinafikan, dari awal penghasilan tugasan ini, saya mengalami kesukaran dalam
menghasilkan kerja-kerja yang melibatkan warna dalam kajian warna. Kelemahan yang saya alami
adalah tidak begitu pandai melukis dan secara realistik. Oleh kerana itu, hasil kerja saya tidaklah
sekemas yang diharapkan. Bak kata cendekiawan dalam teori Kecerdasan Howard Gardner (1983),
yang menerangkan bahawa manusia mempunyai kecerdasan dominan, kombinasi kecerdasan yang
pelbagai dan juga kecerdasan yang paling lemah. Dalam hal ini, saya sedar bahawa kekurangan
terhadap kecerdasan-visual agak lemah yang memberikan sedikit cabaran kepada saya untuk
melukis dan mewarna subjek matter yang dipilih. Saya berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki
lukisan dan kajian warna yang dihasilkan supaya lebih realistik dan enak mata memandang.
Meskipun begitu, dengan bimbingan daripada En. Anuwar selaku pensyarah bagi subjek ini banyak
memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang baik untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya juga tidak mahir menggunakan teknologi dalam menghasilkan lakaran mahupun
lukisan. Oleh hal demikian, lakaran berbantu komputer yang perlu dimasukkan dalam e-portfolio
saya kurang kemas kerana saya tidak mempunyai pengalaman dalam menghasilkan lukisan
menggunakan bantuan digital. Pengalaman pertama saya menggunakan perisian digital merupakan
cabaran yang agak mencabar dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya untuk mengendalikan
warna-warna dan lakaran yang dihasilkan melalui perisian digital tersebut. Untuk mengatasi
masalah-masalah yang saya hadapi semasa menggunakan perisian tersebut, saya mendapatkan
bantuan Youtube seperti menonton demo-demo yang dimuat naik supaya saya dapat menggunakan
perisian digital dengan lebih mudah dan pantas.
Dalam menyiapkan karya akhir, saya kurang mahir dengan teknik-teknik yang perlu dimasukkan
sekali sehingga menyebabkan cubaan pertama saya menghasilkan teknik kolaj tidak begitu
memberangsangkan kerana penggunaan kertas warna yang tidak menarik. Saya mengulang teknik
kolaj tersebut menggunakan kertas warna yang baru untuk menyeimbangkan warna dan
menghasilkan karya akhir yang menarik.
Banyak rintangan dan cabaran yang perlu saya hadapi sepanjang menyiapkan e-portfolio ini untuk
memdapatkan hasil yang terbaik. Saya bersyukur kerana tidak mudah mengalah dan sering
berusaha untuk menghasilkan yang terbaik. Semoga tugasan yang dihantar ini mendapat markah
yang bersesuai dengan hasilnya.
PENGENALAN
1. BIDANG MENGGAMBAR
Menggambar ialah satu repsentasi visual sesuatu imej atau objek yang dihasilkan di atas
permukaan rata seperti kertas lukisan, canvas dan sebagainya. Dalam menggambar
mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan
rata. Ilustrasi ini seperti contoh gambar digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas
tentang sesuatu objek Menggambar menggunakan repsentasi visual dalam bentuk 2
dimensi.
2. BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara
bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak
juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.
Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia
terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi ialah corak yang
mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.
2. BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Jenis susunan dalam corak terancang:
✓ Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang
menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.
✓ Susunan Berselang Seli
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang
kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.
✓ Susunan Batu Bata
Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara
pertemuan dua motif yang sebelumnya.
✓ Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.
Jenis susunan dalam corak terancang:
✓ Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga
membentuk corak yang menarik.
✓ Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif
yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.
✓ Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh
dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.
TEMA:
KEBUDAYAAN
TEMPATAN
REBANA
SEJARAH
REBANA
Rebana ialah alat muzik jenis genderang dan dikategorikan sebagai alat muzik membranofon. Alat muzik ini terdiri
daripada satu bingkai berbentuk bulat, separa kon seperti cawan atau mangkuk dan mempunyai saiz ketebalan dan
diamater yang berbeza. Bingkai rebana diperbuat daripada kayu nangka, kelapa, sena atau merbau dan
kebiasaanya, kayu nangka menjadi pilihan utama kerana kayu tersebut lebih berkualiti. Rebana mempunyai satu
permukaan kulit gendang dan kulit tersebut adalah kulit lembu atau kambing. Kulit gendang ini dikenali sebagai
belulang (kulit haiwan yang kering). Belulang ini diikat dan diregang dengan siratan rotan dan diikat pada bahagian
bawah bingkai. Ketegangan belulang dikemaskan dengan pasak-pasak kayu yang diselitkan pada celah-celah rotan
antara cincin (rim) dan bawah bingkai (juga dikenali sebagai kaki bingkai). Kualiti bunyi dan nimonik yang dihasilkan
oleh sesebuah Rebana bergantung kepada saiz, ketebalan bingkai, jenis kulit dan kayu serta cara paluan tangan.
Kebiasaanya rebana terdiri daripada beberapa pasang dan menghasilkan rentak yang bertelingkah. Rebana dimain
dengan paluan tangan dan rebana bersaiz besar seperti Rebana Ubi dimainkan dengan menggunakan pemukul
kepala berbalut kain atau getah. Rebana digunakan untuk mengiringi lagu-lagu budaya.
JENIS
REBANA
a) Rebana Ubi :
Merupakan sejenis rebana bersaiz
besar dengan ukuran 0.7m
diamater dan 1m tinggi. Rebana
jenis ini biasanya dimainkan oleh
penduduk kampung untuk keraian
selepas menuai padi atau festival
pertandingan dan juga upacara
atau majlis perasmian tertentu.
Rebana ubi ini dimain secara
bertelingkah dan menggunakan
pemukul dengan kepala berbalut
kain atau getah. Rebana ubi ini
dimain secara mendatar atau
mengereng. (Matusky, 1985).
Rebana Ubi turut dihiasi dengan
pelbagai warna dan corak-corak
seperti batik. Disebabkan saiz
rebana tersebut besar, kualiti
bunyi yang dihasilkan oleh Rebana
Ubi adalah rendah, tebal dan kuat.
b) Rebana Kercing / Tar Rodat
Sejenis rebana bersaiz kecil
dengan 3 pasang kerincing /
kercing (jingles) yang
diperbuat daripada logam
tembaga dan terletak pada
bahagian tengah bingkai. Rupa
rebana ini seperti tambourine
dan “Tar” bermaksud gendang
didalam bahasa Arab, Mesir
serta komuniti Teluk Timur
Tengah. Ia menunjukan
bahawa alat muzik ini berasal
dari sekitar kawasan tersebut
(Nik Mustapha, 1998). Rebana
Kercing ini dimain dengan
paluan satu tangan pada
permukan kulit gendang.
c) Rebana Penganak :
Rebana Penganak datang didalam bentuk pasangan yang terdiri daripada
Rebana Ibu (bersaiz besar) dan Rebana Anak (bersaiz kecil). Ketegangan
belulang (kulit genderang) ini ditambah dengan menyelitkan sebatang rotan
halus antara cincin (rim) dengan bingkai (badan) pada bahagian dalam
bingkai. Rotan tersebut diselitkan dengan bantuan baji (sejenis sisip kayu
yang tirus) yang akan membuka ruang antara belulang dengan cincin.
Rebana ini dimain dengan paluan dua tangan dan diletakan pada bahagian
peha pemain. Rebana Ibu menghasilkan ton bunyi yang rendah dan
sederhana tinggi (bass), manakala Rebana Anak menghasilkan ton bunyi
yang tinggi. Rebana ibu menyediakan rentak asas, manakala Rebana Anak
memainkan rentak yang laju dan ritma yang diimprovisasikan atau dikenali
sebagai "bunga". Ritma yang kompleks dan bertelingkah, dihasilkan oleh
kedua-dua rebana tersebut.
Rebana Anak Rebana Ibu
d) Rebana Pengerum :
Rebana Pengerum terdiri daripada 10 atau 8 buah
Rebana. Cara rebana ini dimainkan adalah sama
seperti Rebana Penganak. Pemain akan memainkan
rebana sambil menyanyi. (Nik Mustapha, 1998).
e) Rebana Dikir Barat :
Terdiri daripada dua jenis Rebana iaitu Rebana Ibu (bersaiz besar)
dan Rebana Anak (bersaiz kecil). Rebana Dikir Barat menggunakan
belulang kambing yang dipasang pada bingkai atau badan dengan
siratan rotan dibawah rebana (kaki). Ketebalan bingkai rebana ini
tidak begitu tebal (0.13 – 0.15m) dan permainan Rebana Dikir Barat
ini mestilah terdiri daripada pasanganya iaitu Rebana Ibu dengan
Rebana Anak. Rebana Ibu kebiasaanya akan memainkan rentak
asas, manakala Rebana Anak akan memainkan rentak yang lincah
dan laju. Rentak yang dihasilkan oleh kedua-dua rebana ini sentiasa
bertelingkah. Rebana-rebana ini dimainkan dengan paluan satu
tangan. Selain dimainkan didalam muzik Dikir Barat, rebana ini turut
dimainkan didalam muzik tarian Main Putri. (Nik Mustapha, 1998)
GAYA PERSEMBAHAN
Sebuah rebana ubi dimainkan oleh dua orang. Biasanya memerlukan
enam buah gendang dengan 12 orang pemain. Rebana ubi dipalu
dengan pemukul yang berbalut kain pada hujungnya. Ensembel
rebana ubi menghasilkan pelbagai corak irama. Tiada alat bermelodi
digunakan. Semasa persembahan, terdapat dua kumpulan yang
memainkan corak irama yang berbeza. Satu kumpulan memainkan
rentak asas (down beat) dan satu kumpulan lagi memainkan rentak
menyilang (up beat).
FUNGSI
1. Dimainkan dalam majlis keramaian di kampung-kampung pada musim menuai.
2. Pertandingan rebana ubi antara kampung kerap diadakan di Kelantan.
3. Turut diadakan di majlis-majlis pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
TEKNIK
Permainan kedua-dua kumpulan secara berselang-seli ini akan menghasilkan corak
irama yang berterusan. Pada masa yang sama seorang pemain solo akan memainkan
corak irama meningkah secara improvisasi. Paluan rebana ubi menghasilkan bunyi 'tak'
(di tengah rebana, nada rendah) dan 'dung' (di tepi permukaan kulit, nada tinggi).
Seorang pemain solo memainkan rentak yang tersendiri sementara dua atau tiga orang
lagi sebagai peningkah. Untuk menamatkan sesebuah lagu, pemain solo akan
memberikan isyarat penamat dengan paluan yang kuat pada rentak-rentak tertentu.
Lagu yang dimainkan dalam ensembel rebana ubi berasaskan lagu wayang kulit Kelantan
seperti lagu 'Pak Dogol', lagu 'Perang', dan lagu 'Hulubalang'. Paluan menggunakan
tangan juga digunakan dalam permainan ensembel ini bagi menghasilkan bunyi yang
berbeza daripada bunyi yang dihasilkan oleh paluan yang menggunakan alat pemukul.
PEMILIHAN
TEMA
REBANA
PEMILIHAN SUBJEK
MATTER
Lakaran Sumber
Ilham
LAKARAN
PERKEMBANGAN
IDEA
1 2
4 3
Corak pada Corak pada
bahagian sisi bagahgian
rebana diubah atas rebana
menjadi corak dibuang
pucuk rebung
5 6
Diubah 7
menjadi tajam
Bentuk
di bahagian permukaan
hujung. rebana diubah
memjadi bentuk
8
geometri
9 Lakaran dihasilkan menggunakan
aplikasi digital
Ditambah
garisan 10
panjang
LAKARAN PERKEMBANGAN
MOTIF CORAK
1 4
Corak bunga
di bahagian
tengah diubah
23
58
Lakaran corak
menggunakan
aplikasi digital
67
Corak di tambah
pada bahagian ini
9 10
KAJIAN
KOMPOSISI
SUSUNAN CORAK
BATU BATA
SUSUNAN CORAK
CERMINAN
SUSUNAN CORAK
BERULANG