The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU (BACK TO SCHOOL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by biaawesome99, 2022-05-22 13:55:35

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU (BACK TO SCHOOL)

"GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA"

MAJLIS SAMBUTAN
HARI GURU

PERINGKAT
SMK PUTRAJAYA PRESINT 9 (2)

TAHUN 2022

SELASA | 24 MEI 2022 | 7:30 PAGI - 2:00 PETANG
PADANG & DEWAN TUN ABDUL RAZAK

PENGENALAN

Majlis Sambutan Hari Guru di Malaysia disambut pada 16
Mei pada setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru.
Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang
sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan
Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima
cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of
the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara
kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak
(Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan. Sejak
itu, pada setiap tahun majlis sambutan Hari Guru akan diadakan
di peringkat kebangsaan dan peringkat sekolah dengan
mengemukakan tema yang berlainan mengikut peredaran masa
dan perkembangan semasa berdasarkan aspirasi negara.

Pada tahun 2022, Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan adalah bertemakan ‘Guru Tunjang Sekolah
Sejahtera’. Tema ini menyentuh peranan guru dalam
memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina
generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MATLAMAT

Majlis Sambutan Hari Guru yang dilaksanakan di peringkat
sekolah saban tahun bertujuan untuk mengenang jasa dan
pengorbanan guru-guru SMK Putrajaya Presint 9 (2) dalam
mendidik murid-murid untuk menjadi modal insan cemerlang
sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi, sudah banyak
murid di sekolah ini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading
bagi menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju yang mempunyai acuan tersendiri.
Sehubungan dengan itu, Badan Pengawas Sekolah telah
berkolaboratif dengan KEBIRUS (Kelab Kebajikan Guru & Staf)
untuk mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah
dengan tujuan khusus untuk memberikan penghargaan dan
meraikan pengorbanan guru SMK Putrajaya Presint 9 (2) pada
tahun 2022.

OBJEKTIF

Meraikan guru-guru SMKPP9(2) sempena sambutan Hari
Guru pada 16 Mei.

Menghargai jasa guru-guru SMKPP9(2) yang telah banyak
berkorban untuk memastikan kecemerlangan murid dalam
bidang akademik dan sahsiah.

Memupuk perasaan perpaduan dan muhibah dalam
kalangan warga sekolah.

Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara
guru dan kakitangan sekolah dengan murid SMKPP9(2).

Menyedarkan golongan pendidik bahawa peranan mereka
adalah besar dalam memenuhi aspirasi negara.

Menyampaikan hasrat dan harapan pengurusan dan
pentadbiran sekolah kepada semua guru.

Menyampaikan hasrat dan harapan Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan Malaysia.

Mendidik murid supaya menghargai dan menghormati guru.

ATUR CARA

SLOT 1: SUKANEKA (24 MEI 2022, SELASA)

07.30 pagi - Guru dan murid berkumpul di dataran untuk mengambil
kehadiran murid
07.45 pagi
08.00 pagi - Taklimat Sukan oleh AJK Sukaneka
10.00 pagi - Acara sukaneka
- Rehat

SLOT 2: MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU (24 MEI 2022, SELASA)

10.45 pagi - Murid berkumpul di dalam dewan.
Guru berkumpul di hadapan dewan.

11.00 pagi - Perarakan masuk guru ke dalam dewan.
Nyayian lagu ‘Negaraku’ dan ‘Maju Sejahtera’
Bacaan Doa
Persembahan silat ‘Selamat Datang’
Bacaan perutusan Hari Guru daripada KPPM
Bacaan perutusan Hari Guru daripada YB MK Pendidikan
Ucapan Wakil Murid
Ucapan Pengetua
Gimik Hari Guru dan tayangan video
Bacaan Ikrar Guru dan Nyanyian Lagu Guru Malaysia
Acara Pemotongan kek Hari Guru
Persembahan 1: Guru Lelaki
Persembahan 2: Murid
Persembahan 3: Guru Pelatih
Penyampaian Hadiah
Nyanyian Lagu ‘Guruku Tersayang’

02.00 petang - Majlis bersurai

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn. Hj. Hassim bin Markom
Timbalan Pengerusi (Pengetua Cemerlang)
Naib Pengerusi : Pn. Norzaliha binti Ghazali
(GPK Hal Ehwal Murid)
Penyelaras : En. Hisham bin Mohd Suhaimi
Setiausaha (GPK Tadbir & Akademik)
Bendahari : Pn. Zalina binti Basharuddin
(GPK Kokurikulum)
: Pn. Noor Azizah binti Ngah
(GPK PPKI)
: Cik Nur Fatin Afiqah binti Kamaruzaman
: Muhammad Adam Harris bin Zulakmal
(Ketua Murid)
: Pn. Nurwahidah binti Jamal
: Adelina Naufal binti Adeli
(Penolong Ketua Murid 1)
: Pn. Azlina binti Abdullah
: Fathien Ajlaa binti Yusriza

JAWATANKUASA PELAKSANA

PA System / Siaraya : En. Khairul Azni bin Mohamed Nor

: Pengawas (Qayyim & Ammar)

Teks Ucapan Pengetua: Pn. Nur Shahira binti Abdul Rahim

& Wakil Murid : Pengawas (Nur Suzyanna)

Buku Program : Cik Nur Rabiatul Adawiyah binti Rozaan

: Pengawas (Nurul Hani)

Pengacara Majlis Dewan: Pn. Nurwahidah binti Jamal

& Acara Sukaneka : Pengawas (Muzamil & Zahirah)

Bacaan Doa : Pengawas (Adam Amrizal)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Hiasan Pentas & Dewan: Pn. Hasni binti Sha'ib

/ Photo booth : Cik Maryam Insyirah binti Md Murtadza

: Cik Mimi Shahira binti Shamsudin

: Pengawas (Arishya Raihannah & Alexander)

Persembahan : Pn. Norliana binti Samad

(persembahan murid)

: En. Mohamad Subri bin Mustaffa

(persembahan guru lelaki)

: Cik Nurul Azira binti Hairuddin

(persembahan guru praktikal)

Cenderamata : Pn. Noor Haslina binti Mohamed

: Pn. Lahazmani binti Mohammed

: Cik Nur Fazlina binti Aziz

: Pengawas (Ainul Afiqah, Haziq Fitri,

Najah Sumayyah & Azad)

Gimik : Pn. Nurwahidah binti Jamal

: Cik Wan Nur Ain Faqehah binti Wan

Muhamad Azizi

: Majlis Tertinggi Pengawas

Multimedia (teaser / : Cik Andi Sofea binti Sellimin

montaj / slide) : Cik Nur Alyani Nazirah binti Rosli

: Pengawas (Adelina Naufal & Nurizz Fathiqah)

Persediaan Tempat / : En. Ahmad Rajaie bin Amerudin

Dewan : Cik Nur Dania binti Mohd Rosli

: Pengawas (Kumpulan Slytherin)

Bacaan Ikrar : YM Engku Nazaruddin bin Engku Mohd Nawi

Jurugambar/juruvideo: Pn. Noraida binti Muhamad

: Pengawas (Nur Aini Najwa, Haziq Fitri, Nurin

Sabrina & Fateema Azzahra)

JAWATANKUASA PELAKSANA

Laporan & Dokumentasi: Pn. Azlina binti Abdullah

: Cik Sushmeeta Teh A/P R. Sivaperegasam

: Cik Nur Afizah Zahirah binti Mohd Azizan

Jamuan : YM Engku Nazaruddin bin Engku Mohd Nawi

: AJK KEBIRUS

Kawalan Disiplin : En. Muhammad Kamil bin Mat Zin

: Guru Disiplin

: Pengawas (Kumpulan Gryffindor)

Acara Sukan : Cik Nur Fatin Afiqah binti Kamaruzaman

: Cik Asma Arifah binti Abusenie

: Pengawas Biro Sukan (Maisarah & Harith Irfan)

Publisiti Laman Web : Pn. Rumaizah binti Mohamad

Perarakan Guru : Pn. Nurwahidah binti Jamal

: Majlis Tertinggi Badan Pengawas

: Pengawas (Arief & Hadhirah)

PENGHARGAAN

Setinggi- tinggi penghargaan diucapkan
kepada jawatankuasa induk dan

jawatankuasa pelaksana serta semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan
Majlis Sambutan Hari Guru peringkat
SMK Putrajaya Presint 9 (2)
bagi tahun 2022.




~ TERIMA KASIH ~

IKRAR guru

Bahawasanya kami
Guru - guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita - cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita - cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada Masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip - prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LIRIK LAGU
KAMI GURU MALAYSIA

Kami Guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan.

GURU
TUNJANG
SEKOLAH
SEJAHTERA


Click to View FlipBook Version