HNS 3093 MASYARAKAT PELBAGAI BUDAYA MALAYSIA SEMESTER 2 2022/23 KERJA KURSUS INDIVIDU : PENULISAN KRITIKAL Disediakan oleh : NAMA MUHAMMAD SHAROFI BIN MOHAMAD SHARIF PROGRAM ISMP BAHASA MELAYU NO. MATRIKS D20211098761 NO. TELEFON 017-5687928 ALAMAT E-MEL [email protected]
Video tersebut merupakan sedutan video daripada ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1994. Dalam video yang berdurasi 8 minit 34 saat itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menceritakan pengalaman beliau semasa melakukan lawatan ke China dengan hasrat untuk melahirkan peluang kerjasama ekonomi antara Malaysia dan China sekaligus dapat memperkukuhkan hubungan diplomatik antara dua buah negara ini. Dalam lawatan ini juga, beliau telah membawa peniaga-peniaga tempatan yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India untuk melihat proses moden dan reformasi ekonomi yang sedang berlaku di China kerana Malaysia juga sedang berusaha membangunkan ekonomi dengan pesat dan mahu meluaskan hubungan antarabangsa. Dalam lawatan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil kesempatan untuk melawat kuil Konfusianisme atau juga dikenali sebagai Temple of Confucius. Hal ini kerana, beliau percaya bahawa kebijaksaan merupakan elemen yang sangat penting dan perlu ada pada setiap orang. Beliau juga menegaskan bahawa ilmulah yang menyatukan bangsa dunia dan menjadikan manusia sentiasa bertoleransi antara satu sama lain. Ilmu memberikan kerangka kerja yang sistematik yang dapat menciptakan tenaga kerja yang terampil, kreatif, dan berdaya saing tinggi. Ilmu juga berperan dalam pengembangan infrastruktur dan industri suatu negara. Penelitian dan inovasi ilmiah dapat mengembangkan teknologi baru, menaiktaraf produksi, dan mempercekapkan sesebuah industri sekaligus akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, peningkatan produktivitas, dan daya saing global negara tersebut. Masyarakat di negara kita akan mencapai hasrat yang dikemukakan sekiranya mengamalkan nilai-nilai seperti toleransi dalam semua aspek seperti aspek keagamaan. Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat menekankan nilai toleransi supaya
diamalkan oleh semua kerana ia dapat memperkukuhkan lagi persaudaraan antara masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Toleransi dalam keagamaan adalah sikap saling menghormati, memahami, dan menerima perbedaan agama dan keyakinan antara individu atau kelompok dalam masyarakat. Ini melibatkan pengakuan bahwa setiap individu memiliki hak untuk menjalankan aktiviti keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing tanpa sebarang gangguan. Dengan mempraktikkan toleransi agama, masyarakat dapat mewujudkan suasana yang inklusif, damai, dan adil bagi semua penganut agama. Antara faktor penggalak atau pendorong hasrat tersebut tercapai adalah dengan wujudnya persefahaman dalam kalangan masyarakat. Kesefahaman dalam kalangan masyarakat memainkan peranan penting dalam membentuk suatu negara yang stabil, harmonis, dan berkelanjutan. Kesefahaman ini mencakupi pemahaman, kesepakatan, dan komitmen bersama terhadap nilai-nilai, tujuan, dan prinsip-prinsip yang melandasi negara tersebut. Seterusnya faktor yang boleh menggagalkan hasrat tersebut ialah masalah ketidakadilan, perpecahan, perbezaan agama, perkauman, penyelewengan, rasuah, dan salah guna kuasa sesetengah pihak yang akan menjejaskan keharmonian sesebuah negara.