ABS (Anti-Lock Brake System)
UNIT 2 : ABS (Anti-lock Brake System)
______________________________________________________________
PENGENALAN
Anti-lock Brake System adalah kawalan sistem brek yang direka untuk
penggunaan brek yang maksima dan efisyen untuk pemberhentian yang cepat samada
diatas permukaan jalan raya yang kering mahupun permukaan jalan yang licin. Sistem
ABS ini juga berfungsi untuk mengelakkan kenderaan daripada tergelincir.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Objektif tajuk ini ialah :
1. Menyenaraikan fungsi dan binaan asas Anti-lock Brake System (ABS).
2. Menyenaraikan masalah (Troubleshooting) Anti-lock Brake System (ABS).
3. Memahami litar Anti-lock Brake System (ABS).
4. Melakukan kerja-kerja penjujusan Anti-lock Brake System (ABS).
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir unit ini, pelatih-pelatih dapat :
1. Terangkan fungsi dan binaan asas Anti-lock Brake System (ABS).
2. Kenalpasti masalah (Troubleshooting) Anti-lock Brake System (ABS).
3. Baca litar Anti-lock Brake System (ABS).
4. Lakukan penjujusan (Bleeding) Anti-lock Brake System (ABS).
BKT 98 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
PENERANGAN :
2.1 OUTLINE OF ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM (ABS)
Sejarah Penggunaan Teknologi ABS
Antilock braking system mula diperkenalkan pada tahun 1930 bagi kegunaan
kapal terbang. Ia mengalami revolusi pembangunan teknologi dan penggunaan pada
kenderaan selepas mula diperkenalkan oleh pengeluar komponen kenderaan.
1952 - Pesawat udara oleh Dunlop
1969 - Rear Wheel ABS oleh Ford dan Kelse Hayes
1971 - Four Wheel ABS oleh Chrysler dan Bendix
1978 - Bosch bagi Mercedes Benz
1984 - Integrated System oleh Teves
1990 - Penggunaan ABS mula diperkenalkan pada kenderaan bersaiz sederhana.
Gambarajah 1 : Antilock Braking System Diagram
BKT 99 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
Fungsi Anti-Lock Braking System (ABS)
1. Mengelakkan roda dari terkunci semasa membrek dengan kuat dan dan brek
kecemasan.
2. Membolehkan membrek pada keadaan permukaan jalan yang licin.
3. Memendekkan jarak membrek (Stopping Distance) jika dibandingkan dengan
kenderaan tanpa ABS.
Prinsip Operasi ABS
Prinsip operasi sistem ABS berkerja adalah dengan mengawal pergerakan
roda di atas permukaan jalan. Ia melibatkan faktor cengkaman dan kadar gelinciran
tayar di atas pelbagai keadaan permukaan jalan. Keadaan ini dikesan secara
automatik oleh Wheel Speed Sensor (WSS) yang dipasang pada semua roda dan
maklumat dihantar kepada Brake Computer Module (BCM).
Apabila putaran roda mula perlahan semasa membrek, BCM akan
mengaktifkan Hydraulic Control Unit (HCU) yang mengawal sistem hidraulik
sekiranya bacaan yang diterima dari satu atau semua sensor tidak normal. Bagi
mengelakkan roda dari terkunci, sistem brek akan berfungsi secara mencengkam dan
melepaskan brek berluangkali dalam sesaat. Keadaan ini akan berterusan sehingga
pemandu melepaskan pedal brek.
Keberkesanan sistem beroperasi adalah melalui pengukuran putaran roda
yang diperlahankan oleh Wheel Speed Sensor (WSS) dan kadar ini digunakan dalam
kawalan perlaksaaan brek. Pengukuran dilakukan secara elektronik kerana
penerimaan dan penghantaran maklumat bagi pengawalan sistem adalah lebih
pantas.
BKT 100 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
Kelebihan Pada Anti-Lock Braking System
1. Meningkatkan keupayaan sistem brek.
Brek tidak perlu dipam untuk mengelakkan roda terkunci.
Brek beroperasi secara automatik.
Gambarajah 2 : Jabbing Technique
BKT 101 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
2. Keupayaan kendalian steering.
Steering boleh dikendalikan bagi mengelak halangan semasa brek
kecemasan.
Kelancaran kendalian semasa membrek memasuki selekoh.
Gambarajah 3 : Membrek mengelak halangan
Gambarajah 4 : Membrek sambil memasuki selekoh
BKT 102 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
3. Kestabilan kenderaan.
Membolehkan kenderaan kekal dalam keadaan stabil
semasa membrek di permukaan jalan yang licin.
Gambarajah 5 : Membrek pada permukaan jalan licin
BKT 103 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
4. Memendekkan jarak berhenti.
Mengekalkan cengkaman tayar pada permukaan jalan secara
berterusan semasa membrek.
Gambarajah 6 : Membrek tanpa ABS
Gambarajah 7 : Membrek dengan ABS
BKT 104 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
2.2 FUNCTION AND CONSTRUCTION OF COMPONENTS ABS
Komponen Antilock Braking System (ABS)
1. ABS – ECU (Electronic Control Unit)
Mengawal Hydarulic Control Unit (HCU) dan operasi pelaksanaan
sistem berpandukan maklumat daripada sensor tertentu.
Gambarajah 8 : Brake Control Module (BCM)
2. Hydraulic Control Unit (HCU)
Mengawal tekanan hidraulik bagi setiap selinder brek melalui maklumat
yang diterima dari ABS - ECU.
Gambarajah 9 : Hydraulic Control Unit (HCU)
BKT 105 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
3. Wheel Speed Sensor ( WSS)
Megesan kelajuan putaran roda dengan menghantar AC Signal
kepada ABS-ECU.
Gambarajah 10 : Wheel Speed Sensor
4. Rotor
Berputar dalam kelajuan yang sama dengan roda.
Gambarajah 11 : Rotor
BKT 106 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
5. ABS Warning Lamp
Menyala bagi mengingatkan pemandu apabila kegagalan berlaku di dalam
sistem.
Gambarajah 12 : ABS Warning Lamp
6. Pedal Stroke Sensor/ Brake Light Switch
Menghantar signal sama ada pedal brek ditekan atau tidak.
Gambarajah 13 : Pedal Stroke Sensor
BKT 107 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
7. ABS Valve Relay
Menyambung dan memutuskan bekalan kuasa kepada Solenoid Valve di
dalam HCU bergantung kepada arahan daripada ABS-ECU.
8. ABS Motor Relay
Menyambung dan memutuskan bekalan kuasa kepada Motor di dalam HU
bergantung kepada arahan daripada ABS-ECU
BKT 108 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
Operasi Antilock Braking System (ABS)
1. Normal Braking (Semasa ABS tidak beroperasi)
Semasa normal braking, tiada signal yang yang dihantar oleh ABS-
ECU kepada solenoid valve untuk berfungsi. Oleh itu, retention solenoid valve
berada dalam kedudukan terbuka manakala pressure reducing solenoid valve
berada dalam kedudukan tertutup. Dengan itu, di dalam keadaan ini apabila
pedal brek ditekan dan tekanan cecair brek dari master cylinder meningkat,
cecair brek akan mengalir melepasi retention solenoid valve memasuki wheel
cylinder. Di dalam masa tersebut pam pada HCU tidak beroperasi. Apabila
pedal brek dilepaskan, tekanan cecair brek di dalam wheel cylinder kembali
semula kepada master cylinder melalui retention solenoid valve dan check
valve.
Gambarajah 14 : Normal braking diagram
BKT 109 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
2. Hard / Emergency Braking (ABS beroperasi)
Pressure Reducing
Apabila roda mula hendak terkunci disebabkan oleh hard braking atau
emergency brake, ABS-ECU menghantar signal kepada solenoid valve untuk
berfungsi di mana menyebabkan tekanan cecair brek menurun. Keadaan ini
menggerakkan retention solenoid valve kepada kedudukan tertutup dan pressure
reducing solenoid valve kepada kedudukan terbuka. Dengan itu, cecair brek di
dalam wheel cylinder mengalir melepasi pressure reducing solenoid valve
kepada reservoir lalu tekanan menurun. Selain itu, semasa ABS beroperasi,
cecair brek yang terkumpul di dalam reservoir berdasarkan operasi pam kembali
semula kepada master cylinder. Kelajuan penurunan tekanan bagi cecair brek
adalah dikawal melalui pressure reducing mode dan retention mode seperti
digambarkan di bawah.
Gambarajah 15 : Pressure reducing diagram
BKT 110 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
Retention Mode
Apabila tekanan cecair brek dikekalkan, ABS-ECU menghantar signal
hanya kepada retention solenoid valve. Keputusannya, kedua-dua retention
solenoid valve dan pressure reducing solenoid valve di gerakkan kepada
kedudukan tertutup. Oleh kerana itu, laluan pengaliran cecair brek terganggu lalu
tekanan cecair brek bagi wheel cylinder dikekalkan.
Gambarajah 16 : Retention mode diagram
BKT 111 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
Increasing Mode
Apabila tekana cecair brek di dalam wheel cylinder meningkat, solenoid
valve digerakkan. Retention solenoid valve berada pada kedudukan terbuka di
mana pressure reducing solenoid valve berada pada kedudukan tertutup. Oleh
itu, cecair brek mengalir melepasi retention solenoid valve memasuki wheel
cylinder dan meningkatkan tekanan cecair bagi wheel cylinder. Jika pada
masa ini ada lebihan cecair brek di dalam reservoir, pam pada HCU akan mula
beroperasi dan mengembalikan semula lebikan cecair brek di dalam reservoir
ke master cylinder. Kelajuan peningkatan tekanan bagi cecair brek adalah
dikawal oleh pengulangan pressure increasing mode dan retention mode yang
telah diterangkan dalam perenggan sebelumnya.
Gambarajah 17 : Pressure increasing diagram
BKT 112 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
2.3 ABS WIRING SYSTEM
Sistem Pendawaian ABS
Gambarajah 18 : Layout Anti-Lock Brake System
Schematic Diagram diatas menunjukkan komponen yang mempunyai kaitan di
dalam system yang terbahagi kepada 4 kumpulan utama iaitu :
a. Hydraulic Circuit
b. Electrical Sensor
c. Actuator System
d. Electronic Control Unit
BKT 113 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
Gambarajah 19 : System Diagram
BKT 114 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
Gambarajah 20 : Hydraulic Circuit And Component Layout
Litar Hidraulik ini menunjukkan penyusunan ‘X’ Piping dan menggunakan 4
Channel dengan 4 Sensor yang mengawal sendiri setiap roda hadapan dan kedua-dua
roda belakang.
BKT 115 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
2.4 ABS ECU
Anti-Lock Brake System Electronic Control Unit
ABS-ECU merupakan komponen yang paling penting di dalam Anti-Lock Brake
System dimana ia boleh diibaratkan otak. ABS-ECU juga dikenali sebagai Electronic
Control Module. Seperti fungsi ECU yang lain, ia berperanan dalam menerima Input
Data, memproses Input Data dan memberikan Output Data Signal ataupun sebarang
arahan.
Input Data adalah datang daripada Sensor. ABS-ECU akan menerima Input Data
tersebut dan mengkajinya sebelum Input Data tersebut disimpan di dalam memori. ABS-
ECU kemudiannya membuat keputusan bila dan bagaimana tindakan yang akan diambil.
ANTI-LOCK
BRAKE
SYSTEM –
ELECTRONIC
CONTROL
UNIT
(ABS-ECU)
Gambarajah 21 : ABS-ECU menerima Input Data, ABS-ECU membuat keputusan dan
menghantar Output Data
BKT 116 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
ABS-ECU akan mengubah Output Data dalam bentuk isyarat yang akan dihantar
kepada Actuator. Actuator ini mengandungi Hydraulic Control Unit, Pump, Brake dan
ABS Light (pada Instrument Cluster). ABS-ECU akan membuat keputusan roda yang
mana sepatutnya dikawal oleh ABS dibawah keadaan pemanduan yang pelbagai.
Keadaan pemanduan yang pelbagai termasuklah :
Keadaan membrek (Hard Braking)
Keadaan mengambil selekoh (Hard Cornering)
Memanduan dengan 4WD (Four Wheel Drive)
ABS-ECU juga akan berfungsi dengan sendiri (Self-Diagnosis) setiap masa
apabila kenderaan dihidupkan. Ini bergantung juga pada kenderaan tersebut kerana ada
sesetengah kenderaan akan berfungsi diantara 5 ke 25 mph (8 ke 40 kph). Sekiranya
ABS-ECU memastikan keadaan membrek diluar spesifikasi yang telah ditetapkan, ABS
tidak akan berfungsi dimana system brek adalah seperti brek biasa. Pada masa ini ABS-
ECU akan menghantar isyarat kepada ABS Warning Light supaya menyala. Ia juga akan
menyimpan Diagnosis Trouble Code (DTC).
Lokasi Komponen Dan Fungsi
1. ABS – ECU (Electronic Control Unit)
Mengawal HU (Hydraulic Unit) dan mengawal fungsi Actuator yang lain
dengan menerima isyarat dari sesuatu Sensor.
Mengawal Self-Diagnosis dan Fail-Safe Function
Mengawal Diagnosis Function (berfungsi semasa Scanner dihubungkan).
2. Hydraulic Unit
Motor Sensor akan memberitahu ABS-ECU tentang suhu yang tidak
sepatutnya di dalam HU semasa ia berfungsi dengan menghantar isyarat.
Solenoid Valve (In,Out) mengawal tekanan cecair brek setiap roda
setelah menerima isyarat dari ABS-ECU.
Motor dan Pump mengawal cecair brek bertekanan tinggi yang dihasilkan
berpandukan isyarat dari ABS-ECU.
Hydraulic Unit Rotating Sensor 117 CVA32064
BKT
ABS (Anti-Lock Brake System)
Gambarajah 22 : HU Rotating Sensor
HU Motor mempunyai Rotor yang mana berpusing setelah menerima isyarat dari
ABS-ECU dan menjana Magnetic Flux di dalam Rotor Core.
Apabila Rotor Core berada pada kedudukan dihujung bahagian diantara Sensor
semasa Rotor berpusing, Magnetic Flux akan terhasil. Apabila bahagian alur Rotor Core
berada pada kedudukan tepat pada Sensor, tiada Magnetic Flux terhasil.
Magnetic Flux ini akan meningkat dan menurun berdasarkan hasil kekuatan
voltan seperti yang ditunjukkan pada Output Wave Form diatas dimana ia teraruh dari
sekeliling hujung besi Sensor.
ABS-ECU akan memastikan samada Motor dalam keadaan ON ataupun OFF
dalam kitaran voltan secara asasnya.
2.5 TROUBLESHOOTING 118 CVA32064
BKT
ABS (Anti-Lock Brake System)
STANDARD FLOW OF DIAGNOSIS TROUBLESHOOTING
Gambarajah 23 : Carta Aliran Troubleshooting
Keadaan/masalah seperti yang terdapat pada jadual dibawah adalah tidak
normal bagi sistem ABS.
BKT 119 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
KEADAAN / MASALAH PENERANGAN
System Check Sound Semasa menghidupkan enjin, bunyi berdebup-debup boleh
kedengaran pada masa-masa yang tertentu. Bunyi ini datang
dari bahagian Engine Compartment. Ini adalah kerana ia
tidak berada dalam keadaan yang normal.
ABS Operation Sound 1. Bunyi raungan (Whine) dari bahagian dalam Motor
semasa Hydraulic Unit beroperasi.
2. Bunyi geseran (Scrapping) yang terhasil bersama
dengan gegaran dari Brake Pedal.
3. Semasa ABS beroperasi, bunyi hentakan (Thump)
terhasil daripada bahagian Chassis ketika proses brek
mencengkam dan melepaskan brek disc (Repeated
Brake Application And Release)
ABS Operation (Long Pada keadaan permukaan jalan yang tidak rata dan licin,
Braking Distance) jarak semasa membrek dengan ABS ada masanya boleh jadi
jauh dari sepatutnya. Dengan ini pemandu adalah
dinasihatkan memandu dengan kelajuan yang perlahan dan
berhati-hati.
Keadaan/masalah ini boleh dikesan dan diatasi dengan berpandukan carta
kerosakan ABS (Diagnostic Trouble Codes Chart). Keadaan/masalah ini juga boleh
dikesan dengan menggunakan Scanner Tools.
Gambarajah 24 : Scanner Tools disambungkan ke Diagnosis Connector (16 Pin)
CARTA PEMERIKSAAN ABS DIAGNOSTIC TROUBLE CODES
BKT 120 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
2.6 ABS BLEEDING 121 CVA32064
BKT
ABS (Anti-Lock Brake System) LANGKAH-LANGKAH
ISI-ISI PENTING
a. Letak kenderaan ditempat yang rata
1. Langkah persediaan b. OFF kan enjin dan IG Switch.
c. Pastikan cecair brek dalam takungan brek
berada pada paras maksima.
d. 2 orang diperlukan untuk melakukan proses
bleeding.
e. Sediakan 1 botol cecair brek untuk ditambah
ke dalam takungan semasa proses bleeding
dijalankan.
f. Satu hose jernih(transparence hose) dan
satu botol jernih diperlukan semasa proses
Bleeding (penjujusan).
g. Pam pedal brek sebanyak 7-10 kali bagi
membuang vacuum yang terdapat didalam
Brake Booster.
2. Langkah melakukan bleeding(menjujus) a. Pastikan enjin tidak dihidupkan dan IG
Turutan Buka Bleeding Screw Switch dalam keadaan OFF.
b. Orang 1 hendaklah tekan(pam) pedal brek
sebanyak 7-10 kali.
c. Kemudian tahan pedal brek.
d. Orang 2 mulakan menjujus pada brek yang
paling jauh dengan master cylinder.
e. Masukkan hos jernih ke hujung bleeding
screw.Satu hujung hose dimasukkan
kedalam botol jernih dengan hujungnya
terendam dalam cecair brek.
ISI-ISI PENTING LANGKAH-LANGKAH
BKT 122 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
f. Buka bleeding screw dengan menggunakan
‘flare spannar’.
g. Perhatikan cecair brek yang keluar dari
hose samada masih terdapat udara ataupun
tidak.Cecair brek akan berwarna keputihan
jika masih terdapat udara dalam sistem
brek.
h. Tutup kembali bleeding screw.
i. Arahkan Orang 1 menekan(pam) pedal brek
7-10 kali,kemudian tahan
j. Orang 2 akan melakukan proses buka dan
tutup bleeding screw seperti langkah diatas.
k. Setelah selesai lakukan pula pada brek yang
lain sehingga selesai keempat-empat brek.
l. Semasa proses bleeding dijalankan,pastikan
minyak dalam takungan tidak dibawah paras
minima.Hendaklah selalu memeriksanya
Peringatan:
Prosedur Penjujusan Abs Adalah Berbeza
Bagi Setiap Kenderaan. Adalah Disyorkan
Sebelum Penjujusan Dilakukan, Hendaklah
Dirujuk Pada Service Manual.
2.7 TEST ANTI-LOCK BRAKE SYSTEM
BKT 123 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
1 Semasa IG Switch di ON kan, ABS Warning Sebab Kemungkinan
Lamp tidak menyala.
[Ulasan] Fuse terbakar.
Masalah ABS Warning Lamp tidak menyala ABS Warning Lamp terbakar.
adalah berkemungkinan disebabkan oleh litar Wayar putus, Connector
terbuka (Open Circuit) di dalam Lamp Power
Circuit, Bulb yang terbakar ataupun litar terbuka tercabut.
(Open Circuit) di antara ABS ECU dan ABS ABS Warning Lamp Relay
Warning Lamp Relay.
tidak berfungsi.
2 ABS Warning Lamp menyala walaupun enjin Sebab Kemungkinan
telah dihidupkan.
BKT CVA32064
124
ABS (Anti-Lock Brake System)
[Ulasan] Ada kemungkinan berlakunya litar pintas (Short Combination Meter gagal
Circuit) pada litar ABS Warning Lamp atupun berfungsi dengan baik.
berlakunya Open Circuit pada litar ABS Warning
Lamp. Litar pintas (Short Circuit)
pada Harness Wire.
Open Circuit di dalam litar
ABS Warning Lamp Relay.
ABS ECU tidak berfungsi.
3 Operasi brek tidak normal. Sebab Kemungkinan
BKT 125 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
[Ulasan] Masalah ini berlaku bergantung kepada Pemasangan Speed Sensor
keadaan pemanduan dan keadaan permukaan tidak kemas.
jalan. Oleh itu, sukar untuk menentukan
masalahnya. Walaubagaimanapun,jika tiada Persambungan Wheel Speed
Failure Code didalam memori OBD, ikut Sensor Harness Connector
langkah-langkah pemeriksaan yang diarahkan. tidak elok.
Wheel Speed Sensor gagal
berfungsi.
Tooth Wheel gagal berfungsi.
ABS ECU tidak berfungsi.
4 Jarak Brake Pedal panjang semasa ditekan. Sebab Kemungkinan
BKT 126 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
[Ulasan] Masalah ini berlaku boleh disebabkan oleh External Leakage.
masalah mekanikal seperti berlaku kebocoran luar (External Outlet Valve Leakage.
Leakages). Udara yang terdapat didalam system boleh Terdapat udara didalam
dikenalpasti dengan melakukan penjujusan (Bleeding).
Kebocoran Outlet Valve hanya boleh dipastikan dengan system ABS.
menggunakan Scanner melalui ujian Actuator. Disc runout.
Pelarasan Brek tangan tidak
berfungsi..
5 Brake Pedal keras semasa ditekan. Sebab Kemungkinan
BKT 127 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
[Ulasan] Periksa dulu keadaan karpet samada ada Brake Booster rosak. tidak
sesuatu yang bertindih dibelakang karpet. Pergerakan Brake Operasi Inlet Valve
Pedal dan Brake Booster hendaklah diperiksa secara
Conventional Brake System. Keadaan Inlet Valve hanya betul.
boleh dipastikan dengan menggunakan Scanner.
6 Tiada Diagnosis Output Sebab Kemungkinan
BKT 128 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
[Ulasan] Apabila Scanner dihubungkan kepada system Fuse rosak.
ABS tetapi tiada data yang tertera, ini Wayar putus, Connector tidak
berkemungkinan berlakunya Open Circuit pada
ABS ECU Power Circuit ataupun Open Circuit bersambung.
pada Diagnosis Output Circuit. ABS ECU tidak berfungsi
Scanner tidak berfungsi.
2.8 PREVENTIVE MAINTENANCE
BKT 129 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
BKT 130 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
BKT 131 CVA32064
ABS (Anti-Lock Brake System)
LATIHAN 132 CVA32064
BKT
ABS (Anti-Lock Brake System)
1. Nyatakan fungsi Anti-lock Braking System.
2. Berikan 5 komponen Anti-lock Brake System (ABS) beserta dengan fungsinya.
3. Terangkan secara ringkas operasi Anti-lock Brake System (ABS).
4. Terangkan langkah kerja penjujusan (Bleeding) Anti-lock Brake System (ABS).
RUMUSAN 133 CVA32064
BKT
ABS (Anti-Lock Brake System)
Di dalam tajuk ini pelatih telah mempelajari apakah itu Anti-lock Brake System (ABS).
Pelatih juga telah mempelajari peranan dan fungsi serta melakukan kerja-kerja
membaca litar ABS, mengesan kerosakan dan melakukan penjujusan ABS. Oleh itu
selepas mempelajari tajuk ini pelatih bolehlah memahami apa itu Anti-lock Brake System
(ABS) dan dapat menerangkan perkara berkaitan dengannya.
RUJUKAN
1. William H. Crouse and Donald L. Anglin. Automotive Mechanics
2. Automotive Service : Inspection-Maintenance-Repair – Prof. Tim Gilles
Penerbit : Thomson Delmar Learning
3. BOSH SAE
4. Toyota Service Training Manual
5. Vehicle Electronic System And Fault Diagnosis – Allan W.M Bannick,
Penerbit : Arnold
BKT 134 CVA32064