The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin Bahagian Operasi dan Penyelamat - April 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Zaki, 2021-05-10 20:36:59

Buletin Bahagian Operasi dan Penyelamat - April 2021

Buletin Bahagian Operasi dan Penyelamat - April 2021

Keywords: April 2021,BombaPenang

“CEPAT DAN MESRA”

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG APRIL 2021. JBPM/PP/OPS:100-10/5

BULETIN BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI PULAU PINANG

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

KANDUNGAN MUKA SURAT

TAJUK

ANALISA PANGGILAN SEHINGGA APRIL 2021 3
ANALISA MANGSA KEBAKARAN SEHINGGA APRIL 4
ANALISA MANGSA PENYELAMATAN SEHINGGA APRIL 5
ANALISA KERUGIAN DAN DISELAMATKAN SEHINGGA APRIL 6
PROFIL BALAI BOMBA BATU KAWAN 7-12
KENALI PASUKAN BOMBA SUKARELA NEGERI PULAU PINANG 13-18
LAWATAN KERJA RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH 19
( PEMBANGUNAN ) JBPM NEGERI PULAU PINANG
MAJLIS RAMAH MESRA YAS KETUA PENGARAH JBPM DI 20
BBP PAYA TERUBONG
SEDUTAN OPERASI KEBAKARAN 21-26
SEDUTAN OPERASI PENCARIAN MANGSA SESAT 27
SEDUTAN OPERASI DI ARAS TINGGI 28
SEDUATAN OPERASI BAHAN MERBAHAYA 29
SEDUTAN OPERASI MANGSA LEMAS 30
SEDUTAN OPERASI MENYELAMAT
RANGKUMAN 31-38
39

SIDANG REDAKSI: PB T AHMAD NASARUDDIN BIN T ABDUL MANAN
PB WAN AQIL NIZAM BIN WAN MOHD NASIR
PgKB I MOHD HAFIZ HAFIZAL BIN TIMARADIN PN SHARINA BINTI SHAHIZA
PgKB II MOHAMAD AMIR BIN AHAMAD TAMIZI
PgB NAFIS ARIFF BIN ABDULLAH
PKPgB YUHANNAS FAIZAL BIN OTHMAN
PKPgB NUZAIHAN BIN ABU HASSAN
PPgB EDIFITRI BIN ABDUL RAHIM
PBT MOHAMAD YUSUP BIN YAHAYA
PBK I MOHD ASRI BIN ABDUL WAHAB
PBK II MUHAMAD FUAD BIN HARUN

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 2

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

ANALISA PANGGILAN SEPANJANG JANUARI HINGGA APRIL 2021

Berdasarkan analisa panggilan sepanjang Januari hingga April 2021 yang
di kumpul didapati pada bulan Februari 2021 menunjukkan jumlah panggilan yang
tertinggi berbanding bulan-bulan yang lain iaitu panggilan kes kebakaran sebanyak
636 panggilan yang berpunca dari faktor perubahan cuaca yang tidak menentu
serta musim kemarau yang telah melanda di negeri sebelah utara pada bulan
tersebut yang mengakibatkan kebakaran di beberapa kawasan terbuka seperti
lalang, belukar dan tapak pembuangan sampah.

Pada bulan April 2021 menunjukkan panggilan penyelamatan penyumbang kes
tertinggi antara bulan-bulan yang lain iaitu bantuan penyelamatan menangkap
haiwan berbisa sebanyak 125 dari 351 jumlah keseluruhan panggilan penyelamatan
pada bulan tersebut.

Terdapat peningkatan jumlah panggilan tugas-tugas khas di setiap bulan di
sebabkan kesedaran masyarakat mengenai penularan wabak ini
dengan menggunakan khidmat sanitasi di tempat kerja, pasaraya, kediaman dan
sebagainya.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 3

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

ANALISA MANGSA KEBAKARAN SEPANJANG JANUARI HINGGA APRIL 2021

JANUARI

FEBRUARI

MAC

APRIL

Sepanjang bulan Januari hingga April jumlah mangsa
yang berjaya diselamatkan semasa operasi adalah seramai
15 orang. Jabatan juga berjaya merekodkan tiada mangsa
yang terkorban semasa operasi kebakaran.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 4

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

ANALISA MANGSA PENYELAMATAN SEPANJANG JANUARI HINGGA APRIL 2021

JANUARI

FEBRUARI

MAC

APRIL

Berdasarkan analisa mangsa penyelamatan sepanjang Januari hingga
April 2021 yang terkumpul didapati pada bulan Mac 2021 menunjukkan
jumlah mangsa yang diselamatkan agak tinggi berbanding bulan-bulan
yang lain iaitu panggilan kes terperangkap di dalam lif sebanyak 31
panggilan daripada 86 jumlah kes keseluruhan mangsa yang selamat tanpa
sebarang kecederaan.

Pada bulan Mac 2021 menunjukkan jumlah mangsa yang cedera agak
tinggi berbanding bulan-bulan yang lain iaitu kes kemalangan jalan raya
sebanyak 26 mangsa yang cedera dari 34 kes mangsa yang cedera.
Kemalangan jalan raya boleh disebabkan pelbagai faktor dari kecuaian
pemandu dan keadaan jalan tersebut.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 5

“CEPAT DAN MESRA Edisi April 2021

Berdasarkan analisa kerugian dan diselamatkan
sepanjang Januari hingga April 2021 jumlah keseluruhan
yang diselamatkan adalah sebanyaK RM 873,969,397.90
manakala jumlah kerugian sebanyak RM 29,079,555.58.

April adalah bulan yang paling tinggi jumlah kerugian
iaitu RM 12 ,162,391.00 dan sebanyak RM 804,026,917.00
jumlah harta yang telah diselamatkan pada bulan
Februari.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 6

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

NEGERI PULAU PINANG

NO. TELEFON : 04-5054331
PORTAL RASMI : www.bomba.gov.my

EMAIL :

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 7

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 8

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kawan adalah sebuah balai yang terletak di
dalam daerah Seberang Perai Selatan. Balai ini juga bersempadan dengan Balai
Bomba dan Penyelamat Perai dan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap.
Anggaran keluasan kawasan jagaan balai adalah seluas 37.48 km2 di mana
terdapat beberapa bangunan yang berisiko untuk berlakunya bencana dan
kes-kes kecemasan di mana ia melibatkan bangunan kerajaan seperti sekolah,
klinik kesihatan dan balai polis dll. Selain dari itu, terdapat juga kawasan kilang
serta pusat membeli-belah. Kawasan jagaan balai juga merangkumi Pulau Aman,
Pulau Gedung dan Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah)
Kawasan perumahan serta kampung-kampung juga terdapat di sekitar kawasan
Batu Kawan ini. Batu Kawan merupakan satu kawasan yang sedang pesat
membangun dengan pertumbuhan prasarana serta kemudahan. Oleh itu, sejajar
dengan pertumbuhan dan perkembangan ini risiko berlakunya bencana dan
kecemasan juga turut meningkat.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 9

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 10

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 11

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

FIRE RESCUE TENDER

MITSUBISHI PAJERO

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 12

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Persatuan Bomba Sukarela Juru ditubuhkan pada tahun 2003. Pada awal penubuhan, persatuan hanya mempunyai 20
anggota sukarela dan tidak memiliki sebarang kenderaan. Setiap kali berlakunya kebakaran, anggota akan ke lokasi
dengan menggunakan motosikal.
Pada waktu itu, pasukan hanya mempunyai sebuah pam angkut serta beberapa barangan pemadaman seperti 4 gulung
hose, 1 plain nozzle, wrenches, false spindle, dan beberapa peralatan untuk menghapus sarang tebuan serta
menangkap ular.
Hasil sumbangan orang awam, persatuan berjaya membeli 4 buah lagi jentera. Dengan pemberian dan sumbangan itu,
ia menunjukan bahawa masyarakat setempat sudah memberi sepenuh kepercayaan kepada persatuan bagi memu-
dahkan lagi urusan ketika kecemasan dan kami warga Persatuan Bomba Sukarela Perak Lane berjanji akan terus
berkhidmat selagi khidmat diperlukan.
Dengan pemberian itu, kami berjanji akan terus berkhidmat kepada masyarakat setempat bagi membantu
kepada orang yang memerlukan bantuan daripada pihak kami.

NO TELEFON BALAI - CHEW SENG KOK (016 4836012)
KAWASAN JAGAAN BALAI - BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PERAI 04-3984444
ZON - 3 PERAI 04-5301163 (PEJABAT)

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 13

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

KELUARAN PERTAMA KELUARAN KEDUA

FRT FRT

- JU 01 - JU 02
- HINO RANGER - HINO RANGER
- PJC 5999 - FC 5999
- 1500 LITER - 2000 LITER

KELUARAN KETIGA KELUARAN KEEMPAT KELUARAN KELIMA

TANKER VFRV UTILITI

- JU 03 - JU 04 - JU 05
- HINO 500 - NISSAN - MITSUBISHI CANTRE
- PNG 5999 - PNK 5999 - SYE 5999
- 4000 LITER - RESCUE - 1500 LITER

BBAAHHAAGGIIAANN OOPPEERRAASSII KKEEBBOOMMBBAAAANN DDAANN PPEENNYYEELLAAMMAATT NNEEGGEERRII PPUULLAAUU PPIINNAANNGG 1148

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Persatuan Bomba Sukarela Valdor ditubuhkan pada tahun 1999. Ketika itu persatuan tidak mempunyai balai sendiri dan
hanya meminjam sebuah kedai kopi sebagai balai sementara dan hanya mempunyai 10 anggota sahaja. Apabila berlaku
kebakaran, anggota akan ke tempat kejadian dengan menggunakan moto sendiri.
Pada waktu itu, pasukan hanya mempunyai sebuah pam angkut serta beberapa barangan pemadaman seperti 4 gulung
hose, 1 plain nozzle, wrenches, false spindle, dan beberapa peralatan untuk menghapus sarang tebuan serta menangkap
ular.
Hasil sumbangan orang awam, persatuan berjaya membeli 4 buah lagi jentera. Dengan pemberian dan sumbangan itu, ia
menunjukan bahawa masyarakat setempat sudah memberi sepenuh kepercayaan kepada persatuan bagi memudahkan
lagi urusan ketika kecemasan dan kami warga Persatuan Bomba Sukarela Perak Lane berjanji akan terus berkhidmat selagi
khidmat diperlukan.

NO TELEFON BALAI - ONG (013-2728296) / LAW (012-5540022)
KAWASAN JAGAAN BALAI - BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUNGAI BAKAP ( 04-5874797)
ZON - 3 PERAI 04-5301163 (PEJABAT)

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 15

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

KELUARAN PERTAMA KELUARAN KEDUA

FRT TANKER

- VD 01 - VD 02
- HINO RANGER - ISUZU
- VV 6730 - VEP 8717
- 2000 LITER - 1200 LITER

KELUARAN KETIGA KELUARAN KEEMPAT

UTILITI UTILITI

- VD 03 - VD 04
- NISSAN AD - NISSAN
- ARENA NAVARA
- RESCUE - KDA 3229

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 16

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Pada tahun 2013, Bomba Sukarela Gertak Sanggul ditubuhkan di tepi pantai. Pertubuhan Bomba Sukarela Gertak
Sanggul Pulau Pinang merupakan salah satu pasukan bomba sukarela yang aktif di kawasan perkampungan nelayan.
Setiap tahun, kami giat menjalankan tugas memadam api semasa kebakaran dan menyelamat harta benda serta
nyawa orang ramai. Pihak kami menghadapi masalah kewangan untuk membayar sewa kedai, perbelanjaan membaiki
jentera, peralatan kebombaan, membeli diesel dan minyak serta menjalankan latihan dan aktiviti bomba.
Namun kami tetap tidak mengalah dan tetap meneruskan aktiviti kebombaan ini. Hasil sumbangan orang awam,
persatuan berjaya membeli sebuah jentera jepun terpakai.
Dengan sumbangan itu, ia menunjukan bahawa masyarakat setempat sudah memberi sepenuh kepercayaan kepada
persatuan bagi memudahkan lagi urusan ketika kecemasan dan kami warga Persatuan Bomba Sukarela Gertak Sanggul
berjanji akan terus berkhidmat selagi khidmat diperlukan.

NO TELEFON BALAI - MOHD FARULNIZAM MOHD FISAH (012 4247208) / SUZANA RAZAK (012 4247203)
KAWASAN JAGAAN BALAI - BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SERI BALIK PULAU ( 04-8669444)
ZON - 2 BAYAN LEPAS 04-6468631(PEJABAT)

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 17

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

KELUARAN PERTAMA

FRT

- GS 01
- ISUZU MORITA
- PKT 2253
-15000 LITER

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 18

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 19

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 20

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden: KEBAKARAN KEDAI
Tarikh / Masa Panggilan: 02.04.2021 / 1013 hrs
Alamat: KEDAI KOPI SENGKUANG, JALAN VALDOR, KAWASAN
PERINDUSTRIAN VALDOR
Keanggotaan: BBP SUNGAI BAKAP
Komander Operasi : PBK II AZHAR BIN SAMSUDIN

Kebakaran melibatkan sebuah kedai (kelas A) dengan anggaran keluasan 30x60
kps. Kebakaran berlaku dibahagian dapur dengan anggaran peratusan
keseluruhan kemusnahan kebakaran 25% dan kebakaran telah dapat dikawal pada
jam 1030 hrs. Kebakaran telah dapat padamkan sepenuhnya pada jam 1100 hrs
dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan. Terdapat seorang mangsa wanita
(Indonesia) berusia linkungan 40-an yang mengalami sesak nafas akibat terhidu
asap dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS.

Jenis Insiden: KEBAKARAN BANGUNAN (PEJABAT)
Tarikh / Masa Panggilan: 06.04.2021 / 12:51 Hrs
Alamat : Bangunan Umno, Jalan Kubang
Semang, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Keanggotaan : BBP PENANTI, BBP BUKIT
MERTAJAM (BANTUAN)
Komander Operasi : PBK II AZAHARI BIN
AHMAD

Kebakaran melibatkan sebuah bangunan pejabat 3 tingkat (kelas A).
Kebakaran berlaku di tingkat bawah (ground floor) berkeluasan 20 x 30
kps dan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran 30 %. Kebakaran
telah dapat dikawal pada jam 1310 hrs dan operasi pemadaman turut
dibantu oleh BBP Bukit Mertajam dan Pasukan Bomba Sukarela yang
berdekatan. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 21

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : KEBAKARAN RUMAH (KELAS B)
Tarikh / Masa Panggilan : 06.04.2021 / 0915 Hrs
Alamat : No 550 C, Lorong Sempadan 2, Kampung Baru,
Ayer Itam, Pulau Pinang.
Keanggotaan : BBP PAYA TERUBONG
Bantuan : BBP JALAN PERAK dan BBP BAGAN JERMAL
KOmander Operasi : PKPgB MOHD RIZUAN BIN RAMLI

Kebakaran melibatkan sebuah rumah (1) tingkat (kelas B) yang dipecahkan
kepada (4) pintu berkeluasan 60 x 100 kps dan anggaran peratusan kemusnahan
kebakaran 90%. Kebakaran telah dapat dikawal pada jam 0933 hrs. Operasi
pemadaman turut dibantu oleh BBP Jalan Perak, BBP Bagan Jermal dan Pasukan
Bomba Sukarela berdekatan. Maklumat awal dari orang awam tiada mangsa yang
dilaporkan terlibat.

Jenis Insiden: KEBAKARAN BENGKEL
Tarikh / Masa Panggilan: 11.04.2021 / 1741 Hrs
Alamat: LORONG MENGKUANG 6, KAMPUNG MENGKUANG, BUKIT
MERTAJAM, PULAU PINANG
Keanggotaan: "BBP BUKIT MERTAJAM / BBP BANDAR PERDA ,
BBP PERAI (BANTUAN)
Komander Operasi : PBK II (KUP) ARMAN BIN AHMAD TERMIZI

Kebakaran bengkel kereta dan motosikal (kelas C). Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran pada
masa ini adalah 80% dan turut melibatkan beberapa buah buah kenderaan. Kebakaran telah dapat
dikawal pada jam 1800 hrs dan kerja-kerja pengawalan/pemadaman masih dijalankan. Operasi
pemadaman turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela berdekatan dan tiada mangsa yang
dilaporkan terlibat.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 22

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : KEBAKARAN RUMAH (BILIK)
Tarikh / Masa Panggilan: 11.04.2021 / 2027 Hrs
Alamat : TINGKAT 5, JALAN BANDAR BARU PERAI JAYA 6,
TAMAN TELOK INDAH 2, PERAI, PULAU PINANG.
Keanggotaan : BBP PERAI
Komander Operasi : PBK II (KUP) MOHD HIRMAN BIN
MAT RODZI

Kebakaran melibatkan sebuah rumah (kelas A). Kebakaran berlaku di bahagian
bilik dengan anggaran keluasan 10 x 10 kps dan peratusan kemusnahan
kebakaran adalah 60%. Kebakaran telah dapat dikawal pada jam 2047 hrs. Tiada
mangsa yang dilaporkan terlibat.

Jenis Insiden : KEBAKARAN RUMAH (KELAS C)
Tarikh / Masa Panggilan : 12.04.2021 / 1902 Hrs
Alamat : Jalan Betik Manis 1, Taman Betik Manis, Bukit
Mertajam, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP BANDAR PERDA, BBP BUKIT
MERTAJAM (BANTUAN)
Komander Operasi : PBK II MOHD NOR AZAMUDDIN BIN
ABDULLAH

Kebakaran melibatkan sebuah rumah (kelas C) dengan anggaran
keluasan 20 x 50 kps dan peratusan kemusnahan kebakaran adalah 90%.
Kebakaran tersebut turut melibatkan sebuah kereta jenis Honda City
dan (5) buah motosikal. Kebakaran telah dapat dikawal pada jam 1921
hrs. Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan. Operasi pemadaman
turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela berdekatan dan tiada
mangsa yang dilaporkan terlibat.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 23

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden: KEBAKARAN BILIK SAUNA (KELAS A)
Tarikh / Masa Panggilan: 16.04.2021 / 2021 Hrs
Alamat :Jalan Kelisa Emas 4, Taman Kelisa Emas, Seberang
Jaya, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP Perai
Komander Operasi : PBK II ZULKHUARI BIN
ABDUL RAHMAN

Kebakaran melibatkan (1) buah dewan serbaguna (kelas A) yang
dilengkapi dengan bilik sauna dan kolam renang dengan anggaran
keluasan 5 x 10 kps dan peratusan kemusnahan kebakaran adalah 35 %.
Kebakaran telah dapat dikawal pada jam 2035 hrs.

Jenis Insiden: KEBAKARAN SETOR (KELAS A)
Tarikh / Masa Panggilan: 17.04.2021 / 12:25 Hrs
Alamat: Jalan Murai Jaya 1, Taman Murai Jaya, Simpang
Ampat, Pulau Pinang
Keanggotaan: BBP Sungai Bakap ; BBP Batu Kawan (Bantuan)
Komander Operasi : PBK II Azhar Bin Samsudin

Kebakaran melibatkan sebuah setor simpanan barang perabot (kelas A) dengan
anggaran keluasan 80 x 60 kps . Anggaran Peratusan kemusnahan pada masa ini 80%
dan kebakaran telah dapat dikawal pada jam 1245 hrs. Kerja - kerja pengawalan dan
pemandaman masih dijalankan dan operasi pemadaman turut dibantu oleh Pasukan
Bomba Sukarela yang berdekatan. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 24

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : KEBAKARAN KERETA
Tarikh : 18/4/2021
Masa Panggilan : 0210 Hrs
Alamat : Halaman Mayang 5, Taman Bukit
Gedung, Bayan Baru, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP Bayan Baru
Bantuan : Tiada
Pegawai Operasi : PBK II MOHD AWIS KHARNI
BIN ABDUL RAHMAN

Kebakaran melibatkan 4 buah kereta (2 terbakar
keseluruhan / 2 terbakar sebahagian / 30%)
dipercayai berpunca dari pembakaran sampah
berhampiran lokasi kejadian.

Jenis Insiden: KEBAKARAN RUMAH (KELAS C)
Tarikh / Masa Panggilan: 26.04.2021 / 1332 Hrs
Alamat:Jalan Bertam, Penang Golf Resort, Kepala
Batas, Pulau Pinang.
Keanggotaan:BBP Kepala Batas
Komander Operasi : PBK II Khairul Affendi Bin Ariffin

kebakaran melibatkan (1) buah rumah (kelas C) dengan anggaran keluasan 20 x 50 kps. Anggaran
peratusan kemusnahan kebakaran adalah 90 % pada masa ini dan kebakaran telah dapat dikawal pada
jam 1345 hrs. Kerja - kerja pengawalan/ pemadaman masih dilakukan dan operasi pemadaman turut
dibantu oleh PBS berdekatan. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 25

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : KEBAKARAN SETOR (KELAS A)
Tarikh / Masa Panggilan : 27.04.2021 / 0522 Hrs
Alamat : Quaywest Residence, Persiaran Bayan
Mutiara, Gelugor, Pulau Pinang.
Keanggotaan : BBP Jalan Perak ; BBP Bayan Baru
(Bantuan)
Komander Operasi : PBK II SHA'ARI BIN MANSOR

Kebakaran melibatkan sebuah setor 1 tingkat
(kelas A) yang dijadikan tempat penyimpanan
barangan bahan-bahan pembinaaan.
Anggaran keluasan bangunan setor adalah 15 x
12 kps dan anggaran peratusan
kemusnahan kebakaran hampir 100%.
Kebakaran telah dapat dikawal pada jam 0558
hrs dan kerja - kerja pengawalan/
pemadaman masih dijalankan. Tiada mangsa
yang dilaporkan terlibat.

Jenis Insiden : KEBAKARAN RUMAH (KELAS A)
Tarikh / Masa Panggilan : 29.04.2021, 2250hrs
Alamat : FLAT 100, AMPANG JAJAR, PERMATANG
PAUH, PULAU PINANG
Keanggotaan : BBP Perai
Pegawai Operasi : PBK II (KUP) MOHD HIRMAN BIN
MAT RODZI

Kebakaran melibatkan (1) buah rumah (kelas A).
Kebakaran berlaku di ruang bilik dengan
anggaran keluasan 10x10 kps. Anggaran
peratusan kemusnahan kebakaran adalah 15 %
dan kebakaran telah dapat dikawal pada jam 2301
hrs. Kerja - kerja pengawalan/ pemadaman masih
dilakukan dan operasi pemadaman turut
dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela
berdekatan. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 26

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : MANGSA SESAT (BUKIT)
Tarikh : 07.04.2021
Masa Panggilan : 1226 Hrs
Alamat : Jalan Sungai Emas 1, Batu Feringghi Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP Bagan Jermal
Komander Operasi : PBK II (KUP) Abdul Manaf Bin Kadir

3 orang mangsa dikhuatiri telah tersesat selepas gagal
turun dari bukit semasa melakukan aktiviti pendakian
(Hiking). Mangsa tersebut dapat dihubungi melalui
panggilan telefon dan juga telah menghantar lokasi mereka
melalui aplikasi 'WhatsApp"" kepada Komander operasi.

Jenis Insiden : Menyelamat - Mangsa
Sesat Di Atas Bukit
Tarikh / Masa Panggilan : 24.04.2021 :
1248 Hrs
Alamat : Bukit Cendana, Pulau Tikus,
Georgetown, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP Bagan Jermal
Komander Operasi : PBK II HASSAN BIN
HUSSAIN

2 orang mangsa wanita berbangsa Cina dikhuatiri telah tersesat selepas gagal
turun dari bukit semasa melakukan aktiviti pendakian. Mangsa tersebut dapat
dihubungi melalui talian telefon dan juga telah menghantar lokasi beliau melalui
aplikasi "WhatsApp" kepada Komander Operasi. Kerja-kerja mencari dan
menyelamat sedang dilakukan berpandukan lokasi yang telah dihantar oleh
mangsa.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 27

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : TUMPAHAN ASID (plumbum(IV) oksida)
Tarikh : 08.04.2021
Masa Panggilan : 1044 Hrs
Alamat : Sekolah Kebangsaan Jelutong, Jalan
Jelutong, Jelutong, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBPJalan Perak / BBP Bayan Baru-
HAZMAT (Bantuan)
Komander Operasi : PBK II FAUZIAN IZZUAN BIN
ABDULLAH

Tumpahan asid jenis plumbum IV oksida (cecair) dari sebuah botol 400ml
didalam sebuah bilik simpanan dengan anggaran keluasan 6x8 kps. Tindakan
anggota membuat pengungsian pada kawasan tersebut dan tindakan
mengenal pasti kemerbahayaan/tindakan nyahcemar asid tersebut. Situasi di
lokasi kejadian dalam keadaan terkawal dan tindakan pembersihan asid
tersebut sedang dilakukan dengan menggunakan serbuk pasir. Tiada mangsa
yang dilaporkan terlibat.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 28

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : MANGSA MENGALAMI SERANGAN JANTUNG
DIATAS BUKIT
Tarikh : 13.04.2021
Masa Panggilan : 1831 Hrs
Alamat : Bayview Beach Hotel, Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Keanggotaan : BBP Bagan Jermal
Komander Operasi : PBK II ABDUL MANAF BIN KADIR

Seorang lelaki berbangsa cina yang mengalami serangan jantung diatas bukit
semasa aktiviti mendaki. Tindakan Pasukan Bomba bersama KKM melakukan
aktiviti pendakian untuk ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa masih
sedarkan diri seterusnya mangsa telah diberikan rawatan awal oleh Pihak
KKM. Mangsa dibawa turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada Pihak KKM
untuk tindakan selanjutnya.

Jenis Insiden : MANGSA PENGSAN DIATAS BUKIT
(BANTUAN HOSPITAL)
Tarikh :11.04.2021
Masa Panggilan :1802 Hrs
Alamat : Botanical Garden, Tanjung Bungah, Bagan
Jermal, Pulau Pinang.
Keanggotaan : BBP Bagan Jermal
Komander Operasi : PBK II KV Kartik A/L katharasan

Seorang mangsa lelaki telah pengsan diatas bukit semasa
aktiviti mendaki. Tindakan Pasukan Bomba bersama KKM
menaiki Pacuan 4 roda ke lokasi kejadian dan mendapati
mangsa telah meninggal dunia yang telah disahkan oleh
pegawai KKM. Mangsa dibawa turun ke kaki bukit dan
diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 29

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : MENYELAMAT - MENGAMBIL MAYAT DI LAUT
(BANTUAN PIHAK POLIS)
Tarikh : 03.04.2021
Masa Panggilan : 0952 Hrs
Alamat : Berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim, Batu Maung,
Bayan Lepas, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP Bayan Baru
Komander Operasi : PB NOR FAIRUS BIN OSMAN

Pasukan Bomba, dengan PPE lengkap bersama pihak Polis
menaiki sebuah bot Polis Merin bagi melakukan kerja-kerja
mengambil mayat tersebut. Pada jam 1227 hrs mayat
mangsa telah berjaya dibawa naik melalui jeti Polis Marin
Batu Uban dan diserahkan kepada pihak Polis untuk
tindakan selanjutnya.

Jenis Insiden: MENYELAMAT - MANGSA JATUH DI DALAM SUNGAI
Tarikh / Masa Panggilan: 27.02.2021 : 1910 hrs
Alamat: Muara Sungai Perai,Perai, P.Pinang.
Keanggotaan: BBP Perai
BBP Butterworth (Pasukan PPDA)
Komander Operasi: PBK II MOHD FAKHARURAZI BIN
MD REJAB

Sebuah lori 10 tan telah terjunam ke dalam sungai dan terdapat 1
mangsa lelaki dikhuatiri telah lemas. Komander Operasi
mengarahkan anggota membuat pencarian dilokasi dan Unit
Pasukan Peyelamat Dalam Air (PPDA) turut digerakkan ke lokasi.
Pos Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka lokasi kejadian. Pencarian di
perluaskan ke lingkungan radius 1000 meter dan pencarian
dikawasan tebing sungai tersebut. Pada jam 1120hrs mangsa telah
berjaya ditemui dan telah dibawa naik ke darat. Seterusnya
diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 30

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Kemalangan jalan raya melibatkan 3 buah kenderaan iaitu Jenis Insiden : MENYELAMAT - KEMALANGAN
1 Perodua MyVi , 1 kereta jenis Toyota Vios dan 1 Suzuki JALAN RAYA
Swift. Terdapat 3 orang mangsa , (2 cedera ringan dan 1 Tarikh : 01.04.2021
mangsa tidak sedar diri). Tindakan anggota mengeluarkan Masa Panggilan : 1453 hrs
magsa yang tesepit di dalam kereta suzuki swift sehingga Alamat : JALAN TENGAH- BAYAN BARU, BAYAN
berjaya dan di beri rawatan awal di lokasi. Mangsa di LEPAS, PULAU PINANG.
bawa oleh pihak KKM ke hospital untuk rawatan lanjut. Keanggotaan : "BBP BAYAN BARU
Komander Operasi : "PBK II (KUP) MOHD
MUSTAKIN BIN MOHD SALLEH

JENIS KEJADIAN : MENYELAMAT - MENGANGKAT
MAYAT (BANTUAN PIHAK POLIS)
LOKASI / ALAMAT : Blok 11, Bukit Awana
Kondominium, Jln. Bukit Kukus, Ayer Itam Pulau
Pinang.
TARIKH : 10.04.2021
TINDAKAN : BBP Paya Terubong
KOMANDER OPERASI : PBK II MOHD SARMIZI
BIN JUSOH

Mayat seorang wanita dipercayai terjatuh dari tingkat 18 bangunan berkenaan dan
terdampar diatas dibumbung bilik panel suis milik TNB di tingkat 1. Tindakan
Pasukan Bomba menurunkan mangsa dengan menggunakan tangga dari jentera.
Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pihak KKM dan diserahkan kepada
Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 31

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : MENYELAMAT - KEMALANGAN JALAN RAYA
Tarikh : 10.04.2021
Masa Panggilan : 1847 hrs
Alamat : KM 4.6, JAMBATAN PULAU PINANG, LEBUH RAYA
UTARA SELATAN (MENGHALA KE PERAI)
Keanggotaan : BBP PERAI
Komander Operasi : PBK II (KUP) MOHD HIRMAN BIN MAT RODZI

Kemalangan jalan raya melibatkan 1 buah kenderaan jenis Perodua Alza, telah
terbabas dan terbalik di Kilometer 4.6 menghala ke Perai. Terdapat 1 orang
mangsa , cedera ringan) telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak
bomba tiba di lokasi kejadian. Tindakan anggota EMRS memberi rawatan awal
kepada mangsa dan membawa ke Hospital Seberang Jaya untuk tindakan
selanjutnya.

Jenis Insiden: TERPERANGKAP DALAM RUMAH (BANTUAN KKM)
Tarikh / Masa Panggilan: 01.04.2021 : 12:52 hrs
Alamat: 32-9-8 Taman Desa Rahmat, Persiaran Paya Terubong,
Bayan Lepas , Pulau Pinang
Keanggotaan: "BBP Paya Terubong”
Komander Operasi: PBK II YUSRI BIN ZAKARIA

Pemanggil memaklumkan jiran beliau tidak kelihatan keluar dari rumah
selama seminggu dan anggota membuat pencarian didapati pintu bilik air
terkunci dan terdapat bau busuk . Tindakan anggota menunggu pihak
PDRM dan KKM ke lokasi untuk kerja -kerja membuka pintu tersebut.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 32

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : MENYELAMAT - ANCAMAN BUNUH DIRI
Tarikh / Masa Panggilan : 16.04.2021 ; 1640 hrs
Alamat : KM 1.0 (Arah ke Pulau), Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP Perai
Komander Operasi : PBK II KUP MOHD AZIZIUL B. ALIM

Seorang wanita yang terjun ke dalam laut dari atas Jambatan Pulau
Pinang. Mangsa telah diselamatkan dan dibawa oleh suaminya ke
tiang No. 107 sebelum jentera Bomba tiba dilokasi kejadian.
Tindakkan anggota turun ke bawah dengan menggunakan kaedah
rappelling untuk memujuk dan menenangkan mangsa.

Jenis Insiden: TUMPAHAN MINYAK ( MINYAK MASAK)
Tarikh / Masa Panggilan: 20.04.2021 : 1203 hrs
Alamat: PLAZA TOL JURU ARAH UTARA, LEBUHRAYA UTARA
SELATAN, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG.
Keanggotaan: BBP Perai
Komander Operasi: PBK II SHAHRUL MUNAWER BIN
TAHAREN

Kebocoran minyak masak pada sebuah lori tangki muatan 20,000 liter
disebabkan lori tangki tersebut telah melanggar tiang sisi rumah tol. Tindakan
pasukan Bomba bersama Squad Response Team Plus menjalankan kerja-kerja
proses menghentikan kebocoran pada tangki dan melakukan pembersihan di
kawasan tumpahan minyak tersebut sehingga selesai. Terdapat seorang
mangsa (pemandu) mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan telah
dibawa ke hospital oleh Ambulans KKM.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 33

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : TANAH RUNTUH
Tarikh / Masa Panggilan : 22.04.2021 ; 1241 hrs
Alamat : PETRON GELUGOR, JLN SULTAN AZLAN SHAH,
GELUGOR, PULAU PINANG.
Keanggotaan : BBP Jalan Perak
Komander Operasi : TPgB I A'AZELAN BIN HASSAN

Kejadian tanah runtuh melibatkan dinding konkrik sepanjang 130x10
kps. Akibat daripada runtuhan tersebut telah menghempap sebuah
kereta jenis Proton Wira dan berlaku kebocoran gas. Tindakan pasukan
Bomba menjalankan kerja-kerja proses menghentikan kebocoran pada
tangki gas yang terlibat untuk mengelakkan sebarang kebakaran
berlaku. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat. Operasi pemantauan
dilokasi masih dijalankan sementara menunggu Pihak JKR dan Majlis
Bandaraya Pulau Pinang tiba dilokasi.

Jenis Insiden : KEMALANGAN JALAN RAYA
Tarikh / Masa Panggilan : 22.04.2021 ;
1635 hrs
Alamat : JLN PERSEKETUKUAN NIBONG
TEBAL, NIBONG TEBAL, PULAU PINANG.
Keanggotaan : BBP Nibong Tebal
Komander Operasi : PBK II AZNAN BIN
HARUN

Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang terbalik
Terdapat 1 orang mangsa lelaki India (pemandu) mengalami
kecederaan di bahagian kepala dan mangsa kedua 1 orang
lelaki Melayu (kelindan) hanya mengalami kecederaan ringan.
Tindakkan anggota EMRS memberi rawatan awal kepada
kedua-kedua mangsa dan mangsa (pemandu) dibawa ke
hospital Sungai Bakap untuk rawatan selanjutnya.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 34

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : MENYELAMAT - KEMALANGAN JALAN RAYA
Tarikh : 24.04.2021
Masa Panggilan : 0324 hrs
Alamat : BERDEKATAN HOSPITAL LAM WAH EE, JALAN
MASJID NEGERI, GEORGETOWN, PULAU PINANG
Keanggotaan : BBP JALAN PERAK
Komander Operasi : PBK II SHA'ARI BIN MANSOR

Kemalangan jalan raya melibatkan 1 buah kenderaan jenis Volkswagen (PMB 1222), telah terbabas dan melanggar sebatang
pokok besar. Terdapat 1 orang mangsa Wanita (C) yang tersepit .Tindakan anggota melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa
menggunakan peralatan "Rescue Tool" dan mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 0343 hrs. Mangsa disahkan meninggal dunia di
lokasi oleh pihak KKM.

Jenis Insiden : Haiwan Terperangkap (Kucing)
Tarikh / Masa Panggilan : 24.04.2021 / 1958 Hrs
Alamat : Lebuh Tek Soon, Georgetown, P.Pinang
Keanggotaan : BBP Lebuh Pantai
Komander Operasi : PBK II SAIPUL BAHARI B ABD
KADER

Seekor kucing terperangkap diatas pokok berketinggian 15 meter.
Tindakan anggota berjaya menyelamatkan kucing tersebut
menggunakan peralatan tangga.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 35

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : Menyelamat - Mangsa Jatuh Dari Pokok
Tarikh / Masa Panggilan : 25.04.2021 : 1628 Hrs
Alamat : 654, Bukit Kecil, Jalan Pantai Acheh, Balik Pulau, Pulau
Pinang.
Keanggotaan : BBP Balik Pulau
Komander Operasi : PBK II SALADIN BIN ABDUL RAHIM

Seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu lingkungan 30 an telah terjatuh dari
pokok petai pada ketinggian 10 meter selepas memanjat pokok tersebut di
atas bukit. Mangsa mengalami kecederaan parah dan tidak dapat berjalan.
Tindakan anggota membuat kerja-kerja membawa turun mangsa ke kaki
bukit menggunakan "strecher". Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak
Ambulans KKM untuk rawatan selanjutnya.

Jenis Insiden : Mengangkat mayat
Tarikh / Masa Panggilan : 26.04.2021/ 0900 Hrs
Alamat : Blok B, Jalan Tenggiri, Taman Tenggiri, Seberang Jaya,
Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP Perai
Komander Operasi : PBK II SYAMZUL RAZMAN BIN
ABD. RAHMAN

Mayat seorang lelaki berbangsa melayu yang berusia dalam linkungan 60-an
berada di dalam longkang. Tindakan pasukan Bomba melakukan kerja-kerja
mengangkat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan
selanjutnya.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 36

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : MENYELAMAT - POKOK TUMBANG
Tarikh : 27.04.2021
Masa Panggilan : 0938 hrs
Alamat : Jalan Perak, Jelutong, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP JALAN PERAK
Komander Operasi : TPgB I A'AZELAN BIN HASSAN

Sebatang pokok telah tumbang di atas jalan raya dan
menghempap sebuah kereta jenis Proton Wira. Terdapat
mangsa mangsa yang terperangkap dan jumlah mangsa
masih belum dikenalpasti. Kerja-kerja menyelamat
sedang dilakukan, dan operasi menyelamat turut dibantu
oleh agensi-agensi lain.

Jenis Insiden : MENYELAMAT - JARI TERSEPIT MESIN (BANTUAN
HOSPITAL)
Tarikh : 27.04.2021
Masa Panggilan : 1324 Hrs
Alamat : Wad Kecemasan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP PERAI
Komander Operasi : PBK II (KUP) AMIRUL HAMZAH BIN ALI

Jari telunjuk pada tangan kiri seorang mangsa lelaki berbangsa Melayu telah
tersepit pada sebuah mesin. Tindakan Pasukan Bomba, Komander Operasi
membuat "Size up" di lokasi kejadian dan mengarahkan anggota dengan PPE
lengkap melakukan kerja-kerja bagi mengeluarkan jari mangsa yang tersepit
dengan menggunakan peralatan "Rescue Tools" dan jari mangsa berjaya
dikeluarkan pada jam 1353 hrs. Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan,
seterusnya diserahkan kepada pihak Hospital untuk tindakan selanjutnya.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 37

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

Jenis Insiden : MENYELAMAT - RUMAH RUNTUH
Tarikh : 28.04.2021
Masa Panggilan : 2322 Hrs
Alamat : No 2, Jalan Dharma, Georgetown, Pulau Pinang
Keanggotaan : BBP JALAN PERAK
Komander Operasi : PBK II ISRAHANAFI BIN ISMAIL

Sebuah rumah (Kelas C) berkeluasan 30 x 50 kps telah
runtuh. Rumah tersebut merupakan rumah kosong yang
ditinggalkan dan tidak berpenghuni.Tindakan Pasukan
Bomba, Komander Operasi membuat "Size up" di lokasi
kejadian dan mengarahkan anggota dengan PPE lengkap
melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat. Setelah
membuat pencarian dan pemeriksaan di kawasan
runtuhan didapati tiada mangsa yang terlibat.

Jenis Insiden : MENYELAMAT - ANCAMAN BUNUH DIRI
Tarikh / Masa Panggilan : 30.04.2021 ; 0735 hrs
Alamat : 6286, JLN PASIR GEBU, KG BAKAU TUA, PENAGA,
PULAU PINANG.
Keanggotaan : BBP Kuala Muda
Komander Operasi : PBK II YUSMIN BIN MOHD YUSOFF

Seorang lelaki Melayu mengancam untuk membunuh diri
dengan memanjat pokok untuk menjerut lehernya. Mangsa
masih berada di atas pokok dan berada dalam keadaan
selamat. Operasi memujuk dan menenangkan mangsa
dan mangsa telah berjaya dibawa turun dari pokok dengan
menggunakan tangga jentera Bomba. Mangsa tidak
mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada
keluarganya.

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 38

“CEPAT DAN MESRA” Edisi April 2021

BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT NEGERI PULAU PINANG 39


Click to View FlipBook Version