The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KOKURIKULUM, SUKAN DAN KESENIAN PENDIDIKAN KHAS BIL 1/2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by abdullahhasiah, 2020-01-30 00:37:21

MINIT CURAI

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KOKURIKULUM, SUKAN DAN KESENIAN PENDIDIKAN KHAS BIL 1/2020

Keywords: MINIT CURAI

MINIT CURAI

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KOKURIKULUM, SUKAN DAN KESENIAN PENDIDIKAN KHAS

BIL 1./2020

BIL. MESYUARAT : 1/2020

TARIKH : 21 -22 Januari 2020

MASA : 8.30 pagi – 4.30 petang

TEMPAT :Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pembangunan Pelajaran

Kementerian Pendidikan Malaysia

PENGERUSI : YBRS Dr Mahyudin bin Ahmad

BIL AGENDA MESYUARAT
1 Kata Aluan pengerusi
2 Laporan Program Peringkat Antarbangsa dan Kebangsaan 2019
3 Fungsi dan Skop Unit Kokurikulum, Sukan dan Kesenian
4 Perancangan KSK Tahun 2020
5 Pemantapan Aktiviti KSK
6 Perancangan Program Tahun 2020
7 Hal-hal Lain

BIL PERKARA/ISU

1. Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua Pegawai Jabatan Pendidikan
Negeri dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
1.3 Makluman Pelan Tindakan hala tuju program Kokurikulum,Sukan dan Kesenian
berdasarkan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Inklusif bagi golongan
OKU dalam sektor pendidikan 2020-2025.
1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan ABM yang dipohon untuk
program kokurikulum,sukan dan kesenian sebanyak RM 4 juta.Namun waran
yang diluluskan hanya RM 1 juta sahaja untuk program kokurikulum,sukan dan
kesenian MBK.
1.5 Semua pegawai perlu mengambil maklum berkaitan program
kokurikulum,sukan dan kesenian MBK agar bakat dapat dicungkil diperingkat
negeri,kebangsaan dan antarabangsa
1.6 Penganjuran lima program utama bagi aktiviti MBK dikurangkan kepada dua
penganjuran yang melibatkan seluruh negeri kerana kekangan kewangan.
1.7 Sasaran bagi tahun 2020, penyertaan 20 orang murid di peringkat
antarabangsa.
1.8 Membuat penambahbaikkan bagi setiap penganjuran dengan memantapkan
aspek pengurusan, teknikal, peraturan dan pemilihan.
1.9 Penggunaan sistem pendaftaran dalam talian bagi penganjuran Kejohanan
Olahraga.
1.10 Peruntukan OS42 untuk kegunaan aktiviti murid, penganjuran sukan dan
koakademik.
1.11 Menyelaras penggunaan pengangkutan bagi memudahkan penyertaan di
peringkat kebangsaan.
1.12 Menjalinkan kerjasama bersama agensi luar seperti NGO dan Institusi
Pengajian Awam atau Swasta.

1

1.13 Program latihan kejurulatihan untuk meningkatkan kepakaran.
2. Laporan Program Peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan 2019

2.1 Pembentangan pencapaian MBK di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

3. Fungsi dan Skop Unit kokurikulum dan Kesenian
3.1 Membangunkan strategi pengurusan program dan aktiviti kokurikulum, sukan
dan kesenian di Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas
Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif.
3.2 Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau program latihan kepakaran
dan kejurulatihan bagi kakitangan sekolah.
3.3 Merancang, mengurus dan mengawal selia keperluan khusus bidang
kokurikulum, sukan dan kesenian bagi MBK.
3.4 Merancang, mengurus dan mengawal selia pelaksanaan aktiviti gerak kerja
sukan, kokurikulum dan kesenian MBK.
3.5 Mengurus dan menyelaras pengurusan pertandingan yang membabitkan guru
dan MBK di peringkat kebangsaan dan antarabangsa anjuran KPM, agensi luar
dan NGO.
3.6 Merancang, mengurus dan menyelaras pengurusan program Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan
Khas Integrasi.
3.7 Merancang, mengurus dan memantau program koakademik MBK.
3.8 Menyelaras dan mengawal selia peruntukan aktiviti sukan, kokurikulum dan
kesenian MBK.

2

4. Pelan dan Hala Tuju

BIL INISIATIF INDIKATOR

1 Menambah baik panduan pengendalian Panduan edisi semakan
kokurikulum. dihasilkan.
Bilangan Penggerak Jurulatih
2 Menambah bilangan Penggerak Jurulatih Sukan Para (PJSP).
Sukan Para lantikan MSN dalam kalangan
guru.
TOV: 10

3 Memperluaskan akses MBK ke Sekolah Seni Peningkatan bilangan MBK di
Malaysia. Sekolah Seni Malaysia.
2019: 4 orang
S/Seni: 3 buah

4 Memperluaskan akses MBK ke Sekolah Sukan Peningkatan bilangan MBK di

Malaysia. Sekolah Sukan Malaysia.

2019: 1 orang

Sekolah Sukan: 5 buah

5 Memperluaskan akses MBK ke Sekolah Peningkatan bilangan MBK di

Berasrama Penuh. SBP.
2019: 35
SBP: 69

6 Membangunkan pusat kecemerlangan sukan Bilangan pusat ke-
bagi MBK dengan kerjasama Majlis Paralimpik cemerlangan sukan

Malaysia (MPM). dibangunkan.

7 Melaksanakan program pencarian bakat. Bilangan program
dilaksanakan peringkat
kebangsaan setiap tahun.

5. Pembentangan SKT dan KPI

BIL. TERAS STRATEGIK DAN INISIATIF SASARAN 2020
STRATEGI (PPIOKU)

1 Teras Strategik 3 : Menambah baik 1 garis panduan

Pemantapan panduan pengendalian pengendalian kokurikulum

Pengajaran Dan kokurikulum. bagi MBK yang memerlukan

Pembelajaran, sokongan maksimum /

Kokurikulum Dan berkefungsian rendah (edisi

Pengembangan Potensi semakan) dihasilkan.

3

2 Strategi 3: Menambah bilangan Persediaan/ Perancangan

Memantapkan Penggerak Jurulatih menambah bilangan

Pelaksanaan Sukan Para lantikan MSN Penggerak Jurulatih Sukan

Kokurikulum Dan dalam kalangan guru. Para (PJSP).

3 Pengembangan Potensi Membangunkan pusat Perancangan bagi

kecemerlangan sukan pewujudan pusat

bagi MBK dengan kecemerlangan termasuk

kerjasama Majlis permohonan dan

Paralimpik Malaysia penyediaan brif.

(MPM).

1. SMK Seri Kota, Melaka;

2. SMK Ulu Belitong, Johor.

4 Melaksanakan program 8 program pencarian bakat

pencarian bakat. dilaksanakan peringkat

kebangsaan setiap tahun.

 ICT Challenge

Malaysia Youth Robotic

Competition

 Tilawah Al-Quran

 Karnival Kemahiran dan

Kerjaya Pendidikan Khas

Kebangsaan

 Karnival Kesenian dan

Kebudayaan

 Karnival Olahraga

 Braillethon and

Signingthon

 Anugerah NILAM

Pendidikan Khas

Kebangsaan

6. Perancangan Program Tahun 2020

4

7. Hal-hal Lain
i) Pembentangan perkongsian manual pengisian modul instrumen bancian
kemudahan prasaranan dan program sukan sekolah(i-KePS) secara dalam
talian(Online) oleh Pn.Nomi SMPKV Shah Alam
-Semua GPK sekolah SPK telah ambil maklum dan mengisi instrumen
tersebut.
-Bagi Program PPKI,Setausaha sukan bersama GPK Koku sekolah yang
mengambil tindakan

ii) En.Syukri,PP SPK, JPWP Kuala Lumpur memaklumkan Program peringkat
antarabangsa GITC di buat di Filipina pada tahun ini, beliau berharap pihak BP Khas
mengambil pendekatan pelaksanaan MITC di peringkat negeri dan kebangsaan
agar MBK dapat menyertai program MITC.

Ulasan Pn Huzaimah,PP SPK JPN Perlis memaklumkan penyertaan pada
tahun 2015 MITC diurus sendiri oleh JPN masing-masing. Penyertaan MITC
pada Tahun 2016 wakil MBK ke China ditanggung oleh pihak JPN. 2017 tiada
pertandingan peringkat kebangsaan. 2018 pertama kali JPN Negeri Sembilan
menjadi tuan rumah MITC dan 2019 diadadakan di KLCC.Sepanjang 2 tahun
pelaksanaan MITC ,Perlis dapat menghantar calon perbelanjaan kewangan
juga diurus sendiri oleh negeri masing-masing ke peringkat Global. Beliau
mencadangkan agar BP Khas menjadi tuan rumah dan mengurus pertandingan
tersebut. BP Khas perlu memberi Format dan Peraturan pertandingan yang
seragam.

Ulasan En Shuhaimi BP Khas ambil maklum cadangan daripada En. Syukri
dan Pn Huzaimah. Pihak BP Khas akan memutuskan penganjuran program
MITC dilaksanakan atau tidak.

iii) Pn Huzaimah ,PP SPK JPN Perlis mencadangkan:
a) Mesyuarat Kokurikulum diadakan lebih awal dan lengkap dengan aktiviti
serta tuan rumah yang akan mengendalikan setiap program.
b) Bantuan persekolahan semua pegawai perlu ambil cakna tentang
peruntukan BSS dan BKK.Juga bantuan yuran MSSM di unit sukan JPN
kepada MBK. Tindakan BP Khas berbincang dengan bahagian sukan tentang
yuran MSSM.

iv) Pn Suhilla ,PP JPN Negeri Sembilan memaklumkan tarikh kejohanan
Olahraga Pendidikan Khas kebangsaan diubah kepada 12-16 Julai 2020 di
Negeri Sembilan.

v) En.Iskandar,GPK Kokurikulum SKPK Sg Petani,Kedah mencadangkan:
a) Pelibatan atlet dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas diadakan bagi
kategori MBK berumur 12 tahun.
b) Karnival Kokurikulum khusus kepada MBK di SPK.

vi) En Shuhaimi bin Md.Isa BP Khas memaklumkan
a) Pertandingan Robocon anjuran UIA, Surat makluman telah dihantar ke
JPN masing-masing. Program ini dilaksanakan mengikut zon.
Perbelanjaan diurus sendiri oleh JPN masing-masing. Pihak UIA hanya

5

menyediakan makan sahaja. Penginapan dan Pengangkutan diurus sendiri
oleh JPN. 2 hari bengkel,1 hari pertandingan.Pemenang akan membawa
balik peralatan yang dipertandingan.
b) Waran peruntukan akan diturunkan setelah perbincangan kertas konsep
bersama tuan rumah selepas Tahun Baru Cina.
c) Penganjuran Aktiviti MBK di SPK dan PPKI memerlukan penglibatan MBK
di SPK atau diasingkan.
Ulasan En. Shuhaimi,BP khas:
Pihak BP Khas tidak mengabaikan MBK yang berumur 12 tahun di sekolah
rendah. Pihak BP Khas akan berbincang semula dan memperbaiki aktiviti dan
perancangan yang akan dilaksanakan untuk MBK Sekolah Pendidikan Khas.

vii) En Shuhaimi BP Khas, memaklumkan Pencalonan Anugerah Milo. BP Khas
telah menghantar borang pencalonan Anugerah MILO kepada JPN masing-
masing. Borang yang lengkap perlu dihantar kepada MSSN dan satu salinan
kepada BP Khas beserta lampiran evidens. Anugerah MILO akan dibuat pada
bulan April 2019.

viii) Anugerah NILAM peringkat kebangsaan untuk SPK dan SMPKV.Pihak SPK
dan SMPKV perlu menghantar borang pencalonan Anugerah NILAM.

ix) En.Shuhaimi BP khas juga memaklumkan pembentangan post mortem
setiap aktiviti MBK peringkat kebangsaan akan dilaksanakan oleh pihak tuan
rumah bersama semua JPN terlibat. Pelaksanaan pembentangan post mortem
perlu dilaksanakan dalam tempoh satu bulan selepas program.

Ulasan Pn Hjh Noor Azizah :BP Khas memaklumkan agar post mortem
dilaksanakan setelah program selesai dijalankan.

8 Keputusan Mesyuarat :
1. JPN melaka bersetuju untuk mengadakan Kejohanan Merentas Desa pend Khas
peringkat kebangsaan dengan perbelanjaan JPN masing-masing.dengan tanggungan
sendiri
2. JPN Melaka bersetuju menjemput kontinjen dari negeri-negeri untuk menyertai
Kejohanan merentas Desa Pend.Khas.
3. Mesyuarat bersetuju melantik JPN Negeri Sembilan sebagai tuan rumah pengelola
bagi kejohanan Olahraga Pend Khas kali ke-20 dan JPN Johor sebagai tuan rumah
pengelola bagi majlis Tilawah Al Quran pend Khas peringkat kebangsaan kali ke-15.
4. Mesyuarat bersetuju supaya JPN Johor membuat penjenamaan semula nama Majlis
Tilawah Al Quran pendidikan Khas Kebangsaan.
5. Mesyuarat bersetuju untuk memasukkan aktivitibagi MBK bukan bukan Islam bagi
menyertai Majlis Tilawah Al quran Pend Khas kali ke-15.
6. Mesyuarat bersetuju untuk menjadikan pertandingan kuizbagi acara kategori terbuka
melibatkan seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan MBK bukan islam.
7. Mesyuarat bersetuju menggunakan senarai ayat dan tajuk MTAQ 2017-2019.
8. BP Khas akan membuat pelantikan rasmi tuan rumah kejohanan selepas Tahun Baru
Cina.
9. JPN Johor bersetuju untuk bekerjasama dengan JPN Negeri Sembilan bagi membantu
kepakaran dalam pelaksanaanpenggunaan sistem statistik Kejohanan Olahraga
Pend.Khas kebangsaan.

6

10. Mesyuarat bersetuju supaya BP Khas mengadakan perjumpaan dengan pihak
perstuan dan NGO bagi menyelaras aktiviti penganjuran persatuan dan NGO terlibat.

11. Mesyuarat bersetuju supaya JPN Johor,Negeri Sembilan dan Melaka mengemukakan
semula kertas cadangan penubuhan Pusat Kecemerlangan Sukan MBK kepada BP
Khas.

12. Mesyuarat bersetuju BP Khas membuat penyelarasan prosedur penggunaan bas
Sekolah pendidikan Khas oleh JPN.
- Tanggunggungan minyak dan tol
- Tanggungan kerosakan

13. Pihak Sekolah pendidikan Khas perlu membuat permohonan kelulusan kebenaran
mengikuti aktiviti luar dalam negara kepada Pengarah JPN selaku pendaftar.

14. Pihak SPK perlu membuat permohonan kebenaran mengikuti aktiviti luar negara
melalui Pengarah JPN/BP Khas untuk permohonan kepada KPPM selaku ketua
pendaftar.

15. Borang Kebenaran ibu bapa bagi sekolah pendidikan khas perlu diselaraskan.
16. Status MBK di PPKI atau SPK sama sahaja.Pihak JPN perlu maklum sebarang aktiviti

yang membolehkan MBK di SPK dan PPKI terlibat secara bersama.
17. Segala Aktiviti Sekolah Pendidikan Khas mestilah mengikut tatacara/prosedur

kewangan di sekolah.
18. Mesyuarat memutuskan perbincangan akan dibuat dengan sekolah sukan

negeri(SSN) dan sekolah seni untuyk memberi peluang kepada MBK.
19. Mesyuarat memutuskan mesyuarat Penyelarasan Kokurikulum,Sukan dan Kesenian

akan diadakan lebih awal agar Takwim yang dirancang selari dengan Takwim JPN.

9. Penutup
- Pengerusi berharap agar kerjasama semua pihak amat dialu alukan bagi
memantapkan program kepada MBK.
- Peruntukan yang akan diagih nanti digunakan sepenuhnya untuk program MBK.
- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari pada 22 Januari 2020.

Disediakan oleh,
HASIAH BINTI ABDULLAH
GPK KOKURIKULUM SKPK PRINCESS ELIZABETH

7


Click to View FlipBook Version