1 ISI KANDUNGAN : BIL. PERKARA M/S 1. ATURCARA MAJLIS 2 1. NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 4-6 2. JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 8 3. JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 10 4. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 12-22 5. SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA DAN GURU KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 24-27 6. LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG SEHINGGA 31 DISEMBER 2022 29 RUJUK LAMPIRAN 7. LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023 31 8. PEMBENTANGAN USUL / CADANGAN 33-35 9. SENARAI PERUNTUKAN ANGGARAN PERBELANJAAN PERANCANGAN PROGRAM SEKOLAH SESI 2023/2024 37-40 10. QR CODE SARANA 42 11. SEKALUNG PENGHARGAAN 44 12. LAMPIRAN A 46-60 13. ANGGARAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN 2023 62
2 ATURCARA MAJLIS 8.00 Pagi : Pendaftaran Ibu Bapa, Penjaga & Guru SKSN 8.30 Pagi : Ketibaan Perasmi/ VIP Nyanyian Lagu Negaraku & Wilayah Persekutuan 8.45 Pagi : Kata Aluan Pengerusi majlis Bacaan Doa 9.15 Pagi : Ucapan Aluan Guru Besar Noor Asmah Binti Shariff Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 Al-Hummidallah Bin Idrus (YDP PIBG) Majlis Penyerahan Sijil AJK PIBG & Cenderahati Perasmi 10.00 Pagi : Persembahan Murid “Tarian Selamat Datang” 10.15 Pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-22 Dimulakan Agenda Mesyuarat: 1.0 Kata Aluan YDP PIBG 2022/2023 2.0 Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat Kali Ke-21 Sesi 2022/2023 3.0 Membentang dan Menerima Pelaporan Aktiviti PIBG Tahun 2022 4.0 Membentang, Menerima Dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir Disember 2022 5.0 Pembentangan ‘Pendigitalan Pendidikan’ oleh GPK Pentadbiran 6.0 Membahas Usul Dan Cadangan 7.0 Hal-Hal Lain 8.0 Ucapan Penangguhan 11.30 Tghari : Bersurai
3 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22
4
5
6
7 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023
8 AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 PENASIHAT EX-OFFICIO : PN. NOOR ASMAH BINTI SHARIFF : EN. SAIFUL ADLI BIN ABDUL RAZAK : EN. RAZIMAN BIN RAMLEE : EN. MOHD NORUL HAFFISZ BIN NORDIN : CIK HASZANARITA BINTI HASIM : EN. SAIFUL ADLI BIN ABDUL RAZAK YANG DIPERTUA : EN. ALHUMMIDALLAH BIN IDRUS NAIB YANG DIPERTUA : EN. MOHD KHAIRUL AZLAN BIN EDRIS SETIAUSAHA : EN. ALEX ANANTHARAJ A/L VICTOR AROKIASAMY NAIB SETIAUSAHA : CIK NOR ZAHILAH BINTI CHE HARUN BENDAHARI : PN. SALINI A/P ARMUGAM NAIB BENDAHARI : PN. NAZIRAH BINTI HAJI ABDUL RAHIM AJK IBU BAPA : EN. MOHD ZAIN BIN ABD GHANI : PN. HAEZAH SAIDAH BT ABDULLAH : PN. ROSYIDAH BT MUHALIM : PN. ZURIDAH BINTI MOHD ARIF : EN. MOHD HASRIZAL B MOHD YUSOF AJK GURU : PN. SITI SULAIHA BINTI MASWARI : PN. SITI NORAINI BINTI HAMID : PN. SITI RAFEAH BINTI MOHAMAD ALI : EN. MUHAMMAD NUR SHAHRIN BIN RAMLEE JURU AUDIT IBUBAPA : PN. RISMAHASLINA BT IDRIS JURU AUDIT GURU : EN. MOHD AIZUDDIN BIN ROSLAN
9 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22
10
11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21
12 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-21, TAHUN 2022 SK SERI NILAM, KUALA LUMPUR TARIKH: 25 JUN 2022 (SABTU) MASA: 8.00 PAGI TEMPAT: DEWAN TERBUKA, SK SERI NILAM AGENDA: 1. Ucapan YDP PIBG 2021/2022 2. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke-20 Tahun 2021 3. Membentang dan Menerima Pelaporan Aktiviti PIBG Tahun 2021 4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir Disember 2021 5. Membahas Usul dan Cadangan 6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 7. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 8. Pemilihan Dua Orang Juruaudit Dalaman 9. Hal-hal Lain 10. Ucapan Penangguhan AGENDA 1: Ucapan YDP PIBG 2021/2022 1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Bismillahirahmanirahim. YDP PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir dalam mesyuarat bersemuka kali pertama selepas pandemic. 1.2 Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat agung PIBG yang diadakan ini adalah penting sebagai satu platform untuk ibu bapa menyuarakan pandangan serta membincangkan isu-isu yang timbul bagi mencari penyelesaian dan kata sepakat antara pihak sekolah dan ibu bapa. 1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa sokongan daripada ibu bapa amat diperlukan bukan sahaja dari segi idea atau cadangan, malahan sokongan dari segi kewangan juga sangat dialu-alukan untuk membantu pihak sekolah dalam proses pengajaran dan pencapaian akademik yang baik di samping pembentukan sahsiah murid.
13 AGENDA 2: Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke-20 2.1 YDP PIBG membentang Minit Mesyuarat Agung kali ke-20 bagi tahun 2021. Semua ibu bapa diminta merujuk pada buku pelaporan PIBG. 2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2021 kali ke-20: Dicadangkan oleh: Encik Mohd. Ashraf bin Razak Disokong oleh: Encik Mohd. Hafiz bin Mizal AGENDA 3: Membentang dan Menerima Pelaporan Aktiviti PIBG Tahun 2021 3.1 YDP PIBG membentangkan laporan aktiviti sepanjang tahun 2021 yang dijalankan oleh PIBG. 3.2 Pengesahan laporan aktiviti PIBG 2021. Dicadangkan oleh : Puan Amalina Disokong: Puan Ratika AGENDA 4: Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir Disember 2021 4.1 Puan Siti Nor Afatien selaku Naib Bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir 31 Disember 2021. 4.2 Pengesahan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021. Dicadangkan oleh : Puan Noraini binti Wahab Disokong oleh: Puan Roziwatie AGENDA 5: Membahas Usul dan Cadangan 5.1 Encik Zulkifli bin Suliman mencadangkan agar terdapat kelonggaran bagi murid KAFA yang pulang ke rumah selepas sesi pagi untuk solat Zohor di rumah. - Wakil guru KAFA memaklumkan bahawa solat Zohor di sekolah wajib untuk murid KAFA yang tidak balik ke rumah selepas sesi pagi sahaja. Murid yang tidak balik ke rumah akan solat Zohor berjemaah di sekolah manakala murid yang balik ke rumah ada kelonggaran untuk solah Zohor di rumah.
14 5.2 Encik Mohd Hairi bin Zulkifli mengusulkan agar jadual waktu dan waktu tamat sekolah tidak diubah dengan kerap kerana akan mengelirukan anak-anak dan ibu bapa untuk menguruskan persediaan persekolahan serta menyukarkan ibu bapa untuk mengatur van sekolah anak-anak. - Guru Besar memaklumkan bahawa perubahan jadual waktu berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Guru Besar menjelaskan bahawa perubahan jadual waktu yang pertama berlaku kerana arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri dan pertambahan guru baharu. Rombakan jadual waktu kedua pula berlaku atas sebab terdapat guru yang sakit dan bercuti panjang serta pertambahan guru yang sebelum ini tidak dibenarkan mengajar kerana tidak mengambil vaksin. Perubahan yang terkini adalah disebabkan oleh arahan daripada Sektor Pendidikan Agama Islam JPWPKL untuk menambah 1 waktu lagi bagi subjek Pendidikan Agama Islam supaya menjadikan jumlah waktu seminggu bagi subjek tersebut adalah sebanyak 6 waktu. 5.3 Encik Muhammad Zaki bin Abdul Kadir mencadangkan agar maklumat tentang pendaftaran kelas KAFA dikongsikan kepada umum seawal tiga bulan dari tarikh kelas bermula dan tidak dikongsikan secara bersasar kerana hal ini menyebabkan ada murid yang terlepas peluang untuk menyertai kelas KAFA. - Guru Besar memaklumkan bahawa KAFA di SK Seri Nilam adalah untuk murid di sekolah ini sahaja. - Wakil guru KAFA juga menjelaskan bahawa pemakluman tentang kelas ini dilakukan secara dalaman sahaja kerana kekurangan guru KAFA di sekolah. Pihak sekolah telah memohon 16 orang guru KAFA tetapi cuma mendapat 12 orang guru sahaja, jadi cuma 12 kelas sahaja yang dapat dibuka untuk KAFA. Selain itu, hebahan juga tidak dibuat untuk mengelakkan kepadatan murid kerana kapasiti kelas di SK Seri Nilam ialah 38 orang maksimum. 5.4 Encik Suhaimi bin Abdullah memberikan cadangan agar pihak sekolah menyeragamkan waktu datang dan pulang sekolah dengan SK Taman Koperasi Polis supaya memudahkan bas sekolah untuk menghantar serta menjemput murid-murid.
15 - Guru Besar memaklumkan bahawa cadangan ini tidak dapat dilaksanakan kerana pentadbiran sekolah yang berbeza. 5.5 Encik Shamsul Bahri bin Mohd Erham mencadangkan agar tiada kerja rumah untuk anak-anak sekolah yang perlu disiapkan untuk dihantar keesokan harinya. Beliau juga menyatakan bahawa latihan yang boleh dibuat pada hujung minggu sudah mencukupi. - Guru Besar memaklumkan bahawa beliau mengambil maklum cadangan ini. Guru Besar juga memaklumkan bahawa beliau akan membuat ketetapan kepada para guru agar memberi satu latihan sahaja dalam sehari bagi setiap subjek. Beliau juga mencadangkan agar waktu balik Tahap 1 dan Tahap 2 diasingkan untuk mengelakkan kesesakan di pintu pagar. - Guru Besar memaklumkan bahawa perbezaan waktu balik 30 minit bagi Tahap 1 dan Tahap 2 telah lama dilaksanakan. Kesesakan yang berlaku adalah disebabkan oleh ibu bapa yang lewat mengambil anak masing-masing. Oleh itu, beliau meminta agar ibu bapa berusaha untuk mengambil anak masing-masing dengan segera selepas tamat waktu persekolahan agar tidak berlaku kesesakan di pintu pagar sekolah. 5.6 Puan Nurul Akma binti Burhanuddin mencadangkan agar pihak sekolah meletakkan 2 buah penapis air Cuckoo di sekolah bagi kegunaan murid-murid untuk mendapatkan bekalan air mineral tanpa perlu membeli di kantin. - YDP memakumkan bahawa pihak sekolah menerima cadangan ini dengan baik. Beliau memaklumkan bahawa PIBG akan berusaha untuk memasang 10 unit penapis air di sekolah untuk kemudahan murid secepat mungkin. Beliau juga mencadangkan agar satu tabung kutipan dibuka kepada semua ibu bapa yang ingin menyumbang derma untuk membeli penapis air.
16 - Wakil guru KAFA memaklumkan bahawa solat Zohor di sekolah wajib untuk murid KAFA yang tidak balik ke rumah selepas sesi pagi sahaja. Murid yang tidak balik ke rumah akan solat Zohor berjemaah di sekolah manakala murid yang balik ke rumah ada kelonggaran untuk solah Zohor di rumah. 5.7 Puan Rosmi Fariza binti Othman mengusulkan agar semua kelas dilengkapkan dengan capaian Internet dan Smart TV atau Smart Board agar pembelajaran lebih menarik selaras dengan sekolah bertaraf TS25. Sehingga kini, kelas yang telah lengkap dengan Smart TV dan capaian Internet hanya 4 buah kelas tahun 1. Beliau berharap agar usul ini diterima baik oleh PIBG dan dijadikan projek besar bersama ibu bapa sekolah. - YDP menyatakan bahawa pihak PIBG menerima usul ini dengan baik. Beliau memaklumkan bahawa kutipan RM60 khusus untuk pemasangan SMART TV akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan pemasangan akan dibuat selepas kutipan. 5.8 Encik Muhammad Asyraf bin A.Razak mencadangkan agar pihak sekolah melakukan pemasangan CCTV bagi tujuan keselamatan di beberapa lokasi yang strategik dan efektif. - Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah mengambil maklum cadangan ini dan CCTV akan dipasang sekiranya ada keperluan. Guru Besar juga memaklumkan bahawa terdapat 8 buah CCTV yang dipasang oleh kontraktor pihak keselamatan di kawasan sekolah sebelum ini, tetapi 4 buah telah rosak. Dalam kontrak terbaharu pihak keselamatan sekolah tidak menyatakan tentang pemasangan CCTV. Walau bagaimanapun, sepanjang 5 tahun Guru Besar berkhidmat di sekolah ini, keadaan keselamatan masih terkawal. 5.9 Puan Rismahaslina binti Idris mencadangkan agar susur gajah ke surau dibuat untuk memudahkan anak murid ke surau ketika hujan lebat. Beliau juga mencadangkan supaya kipas dipasang di ruang menunggu pintu kecil sekolah.
17 - YDP mengambil maklum cadangan ini dan akan diusahakan untuk diambil tindakan secepat mungkin bergantung kepada keadaan kewangan PIBG. - Beliau turut memberi cadangan agar ada perkongsian maklumat antara sekolah pagi dan juga sekolah KAFA SKSN. - Guru Besar mengambil maklum tentang cadangan ini dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak KAFA SK Seri Nilam. 5.10 Puan Sazlina binti Ismail mencadangkan agar ada guru ganti untuk guru yang tidak hadir. - Guru Besar memaklumkan bahawa memang terdapat guru ganti untuk guru yang tidak hadir bertugas. 5.11 Encik Mohamad Nazif bin Ab. Samad mencadangkan supaya ibu bapa boleh menjemput anak-anak di dewan semasa hujan lebat. - Guru Besar mengambil maklum cadangan ini. Berkenaan isu hujan lebat, ibu bapa dibenarkan untuk menjemput anak-anak di dewan semasa hujan lebat jika berjalan kaki. Kereta ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah atas faktor keselamatan dan mengelakkan kesesakan. Beliau juga mencadangkan supaya murid tahap 1 ditempatkan di tingkat yang lebih rendah daripada tingkat paling atas atau kedua atas. - Guru Besar mengambil maklum cadangan ini. Berkenaan isu kelas murid tahap 1, Guru Besar memaklumkan bahawa tiada ruang kosong di tingkat bawah atas kekangan ruangan bawah yang sudah penuh dengan kelas Prasekolah dan kelas PPKI. Beliau turut mencadangkan agar pembesar suara ketika perhimpunan hari Isnin dikurangkan kelantangannya. - Guru Besar mengambil maklum cadangan ini dan akan diambil tindakan.
18 5.12 Puan Nor Shahadah mencadangkan agar tali leher sekolah diubah kepada rekaan yang lebih bersesuaian dengan murid sekolah dan lebih kemas. Beliau menyatakan bahawa rekaan tali leher sekolah sekarang terlalu padat dengan logo dan lencana sekolah. - Guru Besar mengambil maklum cadangan ini. Berkenaan isu tali leher, Guru Besar memaklumkan bahawa rekaan tali leher adalah di bawah tanggungjawab unit HEM. Oleh itu, isu ini akan dibawa ke dalam perbincangan unit HEM. Beliau juga mencadangkan supaya guru yang terlibat dalam penyusunan jadual kelas murid dapat mengurangkan perubahan jadual waktu dalam tempoh yang singkat kerana akan mengelirukan ibu bapa dan guru. Hal ini demikian kerana telah berlaku tiga kali pertukaran jadual waktu dalam masa 3 bulan. - Guru Besar memaklumkan bahawa usul ini sudah dijawab. (Rujuk para 5.2) 5.13 Puan Natrah binti Mohd Jaafar mencadangkan agar paip air di tandas darjah 3 dibuat penyelenggaraan. - YDP mengambil maklum cadangan ini. Beliau menyatakan bahawa tindakan akan dibuat secepat mungkin selepas perbincangan antara PIBG dan pihak sekolah. 5.14 Encik Nazmi mencadangkan agar ibu bapa murid PPKI diberi kelonggaran untuk masuk ke kawasan sekolah semasa menghantar dan mengambil anak di kelas supaya dapat memudahkan urusan guru kelas PPKI. - Guru Besar mengambil maklum cadangan ini. Beliau menyatakan bahawa pihak sekolah sememangnya prihatin dengan kebajikan murid PPKI dan ibu bapa murid PPKI dibenarkan masuk ke sekolah untuk menghantar dan mengambil murid di kelas PPKI.
19 AGENDA 6: Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 6.1 Guru Besar memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 dibubarkan dengan rasminya. 6.2 Guru Besar memaklumkan bahawa pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023 akan dijalankan dalam mesyuarat ini. AGENDA 7: Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 7.1 Guru Besar memaklumkan bahawa beliau telah memilih dan melantik beberapa orang guru untuk menjadi AJK PIBG Sesi 2022/2023. 7.2 Yang berikut merupakan guru yang dilantik menjadi AJK PIBG 2022/2023: Setiausaha: En. Alex Anantharaj a/l Victor Arokiasamy Naib Setiausaha: Cik Nor Zahilah bt. Che Harun Bendahari: Pn. Salini a/p Armugam Naib Bendahari: Pn. Nazirah bt. Hj. Abdul Rahim AJK Guru: 1. Pn. Siti Rafeah bt. Mohamad Ali 2. Pn. Siti Noraini bt. Hamid 3. Pn. Siti Sulaiha bt. Maswari 4. En. Shahrin bin Ramlee Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju dengan lantikan baharu AJK Guru dalam AJK PIBG sesi 2022/2023 ini. 7.3 Yang berikut merupakan cadangan calon AJK PIBG Sesi 2022/2023: Yang Dipertua: Encik Al-Hummidallah bin Idrus Dicadangkan oleh: Encik Ahmad Faizal bin Nordin Disokong oleh:Encik Osman bin Che Naib Yang Dipertua: Encik Khairul Azlan Dicadangkan oleh: Puan Syafariza Disokong oleh:Puan Nurul Najiah binti Mohamad Zalik AJK Ibu Bapa: 1. Encik Mohd Zain bin Abd Ghani Dicadangkan oleh: Encik Mohd Norul Haffisz bin Nordin Disokong oleh:Encik Mohd Din bin Ab. Rajab
20 2. Encik Mohd Hasrizal bin Mohd Yusof Dicadangkan oleh: Cik Haszanarita bt. Hasim Disokong oleh:Puan Sabriyana 3. Datin Rosyidah bt. Muhalim Dicadangkan oleh: Puan Nurul Aina bt. Mohd Azmi Disokong oleh:Puan Asmah Laili bt. Selamat 4. Puan Zuraida bt. Mohd Arif Dicadangkan oleh: Encik Azrul Zai bin Zainal Abidin Disokong oleh:Puan Yuzi 7.4 Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju agar calon-calon yang dicadangkan ini dilantik sebagai AJK PIBG 2022/2023. AGENDA 8: Pemilihan Dua Orang Juruaudit Dalaman PIBG Sesi 2022/2023 8.1 Guru Besar mencadangkan agar dua orang juruaudit dalaman PIBG sesi 2021/2022, iaitu Puan Risma Haslina bt. Idris (Juruaudit Ibu Bapa) dan Encik Mohd Aizuddin bin Roslan (Juruaudit Guru) dikekalkan untuk sesi 2022/2023. Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju dengan cadangan ini. AGENDA 9: Hal-hal Lain 9.1 YDP PIBG meminta persetujuan daripada ibu bapa untuk mengekalkan kutipan sumbangan PIBG seperti sebelum ini. 9.2 Cadangan sumbangan PIBG 2022/2023 adalah seperti berikut: BIL. PERKARA BAYARAN 1. Sumbangan tahunan PIBG RM70.00 / keluarga 2. Keceriaan RM30.00 / murid 3. Kebajikan RM30.00 / murid 4. Kemenjadian RM10.00 / murid 5. ICT RM60.00 / murid 6. JUMLAH MURID SEDIA ADA RM140.00 7. JUMLAH MURID TAHUN 1, 2 & BAHARU RM200.00
21 9.3 YDP PIBG juga memaklumkan bahawa kutipan sumbangan ICT RM60.00 adalah berasingan daripada kutipan untuk tujuan pemasangan Smart TV. Kutipan untuk pemasangan Smart TV akan dimaklumkan secara bertulis kepada ibu bapa. 9.4 Guru Besar mengusulkan berkenaan bayaran tambahan persekolah bagi tahun 2022/2023 untuk murid bukan warganegara seperti dinyatakan di bawah. BIL. PERKARA BAYARAN 1. Kokurikulum RM 3.00 2. Kertas Ujian Dalaman RM 6.00 3. Sukan Tahunan Sekolah RM 6.00 4. Kegiatan Pendidikan/ Moral RM 6.00 5. MSSM RM 2.00 6. Insuran Takaful RM 1.50 7. Jumlah RM 24.50 9.5 Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju dengan cadangan YDP PIBG untuk mengekalkan jumlah kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2022. 9.6 Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan kutipan bayaran sumbangan PIBG tahun 2022/2023 adalah sebanyak RM 70.00 untuk setiap keluarga termasuk bayaran yang dinyatakan bagi murid warganegara manakala bagi murid bukan warganegara, kutipan adalah sebanyak RM 24.50. 9.7 Mesyuarat sebulat suara telah bersetuju pihak PIBG akan menguruskan penjualan Buku Transisi keluaran Majlis Guru Besar bernilai RM6.50 senaskah dan juga penjualan Tanda Nama Murid bernilai RM10.00 setiap seorang bagi tahun 1 sesi 2023/2024 semasa program Orientasi dan Transisi Tahun 1.
22 9.8 Mesyuarat juga telah bersetuju bahawa pengeluaran wang melalui akaun PIBG SK Seri Nilam dengan jumlah kurang daripada RM 5000.00 boleh ditandatangani oleh bendahari (Puan Salini) dan setiausaha (Encik Alex Anantharaj) PIBG SK Seri Nilam sahaja manakala pengeluaran wang melebihi RM 5000.00 perlu ditandatangani oleh tiga penama iaitu Yang diPertua (Encik Al-Hummidallah), bendahari (Puan Salini) dan juga setiausaha (Encik Alex Anantharaj) PIBG Sk Seri Nilam. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21, 2022 ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.
23 SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2022/2023
24
25
26
27
28 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2022
29 RUJUK LAMPIRAN A
30 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2022/2023
31
32 PEMBENTANGAN USUL & CADANGAN
33 USUL DAN CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 TAHUN 2023 INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK KELAS ANAK CADANGAN / USUL 1 Norshimah Bt Morjan Muhammad Asyraf Bin Norazly 4 MUTIARA Baik pulih lampu-lampu di dalam bilik air & penambahan lampu di dalam bilik air. 2 Nurul Akma Burhanuddin Maya Adila Khaleeda Binti Arif Fazli 3 DELIMA Menambah baik fasiliti dan keadaan tandas. 3 Syarifah Nourahmaddeyna & Nourinmakkayla 1 MUTIARA & KHAS INTAN 1. Saya dapati banyak kipas di dewan terbuka sekolah tetapi kebanyakan tidak dapat berfungsi, harap pihak sekolah dapat perbaiki secepat mungkin tambahan cuaca panas 'heat stroke' sekarang ini. Dan mungkin boleh diupgrade kepada kipas berwap. 2. Terdapat laluan yang licin di dalam kawasan sekolah di mana air bertakung selepas hujan yang menyebabkan bahaya kepada murid sekolah. Di harap dapat diperbaiki sebelum kemalangan serius berlaku kerana pernah dapati ada pelajar yang tergelincir. 3. Pihak pengurusan sekolah, Pengetua & GPK PPKI untuk mempertimbangkan untuk menjemput pakar terapi luar dari badan kerajaan ataupun swasta yg ingin berkerjasama untuk menambah baik hubungan komunikasi murid kelas khas dan guru seperti dari GENIUS Kurnia, UKM dan lain-lain. Terima kasih. 4 Izana Binti Ahmad Zambri Aisyah Sofea Binti Suradi 3 ZAMRUD Sudut mini bacaan NILAM perlu diadakan di dlm kelas untuk menggalakkan murid-murid mengisi masa dengan membaca bahan bacaan yang sesuai semasa ketiadaan guru. 5 Asmarani Muhammad Zaim Arsyad 2 DELIMA Sediakan loker dikelas untuk letak buku teks, perjumpaan ibu bapa bersama guru diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 6 Mohd Irman Mustapha Nur Fatihah Nadhira 1 ZAMRUD Ingin mencari penyelesaian mengenai anak - anak yg bersekolah kebangsaan dan kafa , beg terlalu berat untuk bawa buku untuk dua sesi , bagaimana kalau ada penyediaan lokar atau cara yang lain untuk mengatasinya .. terima kasih 7 Raja Nur Sabrina Megat Muhammad Irfan 6 ZAMRUD 1. Beg sekolah terlalu berat. Mohon diadakan bakul di kelas untuk meletak buku teks dan buku aktiviti. Jika tiada bajet,ibu bapa,sediakan bakul untuk anak masing-masing. 2. Surat tidak hadir sekolah. Mohon dibenarkan menghantar surat melalui emel bagi mengurangkan keperluan kepada kertas dan memudahkan urusan ibu bapa dan sekolah. Rekod juga telah ada di dalam emel.
34 KEDAI BUKU BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK KELAS ANAK CADANGAN / USUL 1 Thanapalan /Rathika Kaavinaa,Kaveen,Tarinaa 5M,3I,1M Memohon jasa baik pihak kedai buku menyenaraikan nama buku secara terperinci (tajuk penuh,nama pengarang, penerbit buku) dan mengeluarkan senarai buku lebih awal (Disember/Januari sebelum sesi persekolahan) bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan buku buku khasnya buku aktiviti yang bakal digunakan oleh anak anak.Kesukaran mendapatkan stok buku di Kedai buku sekolah menyebabkan ibu bapa terpaksa mencari buku di luar... Dengan adanya tajuk buku yang terperinci ini dapat mengelakkan kami dari membeli buku yang salah. Terima Kasih 2 Muhamad Riedwan Bin Ibrahim Nur Irdina Qaisara 6 DELIMA Buku latihan selalu tak mencukupi (kehabisan stok) setiap tahun 3 Muhamad Riedwan Bin Ibrahim Nur Irdina Qalesha Bt Muhamad Riedwan 5 DELIMA Barangan jualan di kedai buku (koperasi) KANTIN DAN PENJAJA DI LUAR KAWASAN SEKOLAH BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK KELAS ANAK CADANGAN / USUL 1 Jamaiah Jibril Luthfiah Nur Zahra Binti Mohd Faizul 5 MUTIARA Kualiti dan kuantiti makanan lebih dijaga. 2 Intan Suriya Amni & Ammara 3 DELIMA & 1 INTAN 1. Pengharaman penjualan jajan di dalam kawasan pagar dan berhampiran sekolah. Termasuk minuman air kotak atau air bergas. 2. Penjualan nasi,mee atau makanan memberi nutrisi kepada anak2 di sediakan sebelum kelas kafa di kantin sekolah. 3. Galakan penjualan buahan di benarkan 4. Penjualan bahan2 sticker berkartoon, dan perkara tidak berkaitan pembelajaran di jual di koperasi sekolah. 3 Mohammad Nur Fadzli Bin Shuib Fizara Nur Airis Dan Mohammad Farrel Adryan 5 ZAMRUD DAN 1 INTAN Makanan di kantin dan barang2 keperluan di koperasi sekolah. 4 Nurhidayah Mazlan Dian Arissa Muhammad Amin 1 INTAN Larangan sebarang penjualan luar sekolah yang mengandungi kandungan makanan junk food yg berbahaya pada kesihatan.
35 LAIN-LAIN BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA NAMA ANAK KELAS ANAK CADANGAN / USUL 1 Tan Pek Shan Foo Vison KHAS DELIMA Pintu pagar besar dan kecil sentiasa ditutup supaya budak tidak dapat lari keluar semasa cikgu terlepas tengok, minum banyak air dengan kerap pada cuaca yang panas. sekian, terima kasih dahului saya ucapkan. 2 Zaharrul Nasir Bin Abdul Majed Muhammad Fawwaz Hakimi 2 DELIMA Saya nak bagi pendapat kalau ada usulan/ cadangan/ komplain dari ibubapa mohon tidak menyebut nama anak yang bersekolah di sekolah ini.
36 SENARAI PERUNTUKAN ANGGARAN PERBELANJAAN PERANCANGAN PROGRAM SEKOLAH TAHUN 2023
37
38
39
40
41 QR CODE SARANA PIBG SK SERI NILAM
42
43 SEKALUNG PENGHARGAAN
44 SEKALUNG BUDI PUAN NOOR ASMAH BINTI SHARIFF GURU BESAR PENASIHAT PIBG, SK SERI NILAM ENCIK AL-HUMMIDALLAH BIN IDRUS YANG DIPERTUA PIBG, SK SERI NILAM ENCIK MOHD KHAIRUL AZLAN BIN EDRIS NAIB YANG DIPERTUA PIBG, SK SERI NILAM GURU-GURU PENOLONG KANAN SK SERI NILAM AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG DAN KUMPULAN SOKONGAN IBUBAPA (KSIB) SESI 2022/2023 AHLI-AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 TAHUN 2023 SEMUA AHLI-AHLI PIBG DAN WARGA SK SERI NILAM SEMUA PENDERMA-PENDERMA YANG TELAH MENYUMBANG KEPADA PIBG SESI 2022/2023 SERTA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS INI. RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN
45 LAMPIRAN A
46
47
48
49