1
PENGAJIAN AM
STPM 900/2
MODUL BAHAGIAN B
ALIH BENTUK LINEAR KEPADA BENTUK BUKAN
LINEAR
Oleh
JAWATANKUASA PEMIKIR MATA PELAJARAN PA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
2021
2
JAWATAN KUASA PEMIKIR
PENGAJIAN AM STPM
PULAU PINANG 2021
PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG
ISMAJAMSHIR BIN ISMAIL @ YAHYA
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN BAHASA
FAZILAWATI BINTI JAMALUDIN
KETUA PENOLONG PENGARAH BAHASA
SAGUNDALA A/P AROKIAM
PENOLONG PENGARAH BAHASA
JURULATIH UTAMA NEGERI
RAHAMATULLAH BIN SULAIMAN
PENANG FREE SCHOOL
MOHD AZRIN BIN MISKOM
SMK PENANTI
ONG PHAIK SEE
SMJK PEREMPUAN CHINA P.PINANG
AZIZAH BINTI ISMAIL
SMK SEBERANG JAYA
MUREEN A/P SANTHOSAM
SMK ST XAVIER
SYARIFAH SAADIAH BINTI ABDUL RAHMAN
SMK TUNKU ABDUL RAHMAN
KANMANI A/P SILVARAJA
PENANG FREE SCHOOL
ASMA BINTI RAHIM
SMK SERI BALIK PULAU
ROHANA BINTI MOHAMED NOR
KOLEJ TINGKATAN ENAM DESA MURNI
SURIAYATI BINTI ISMAIL
SMK SUNGAI ARA
YEOH CHING HONG
SMJK JIT SIN
3
CONTOH SOALAN GRAF BAR KOMPAUN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan rampasan dadah bagi tiga jenis dadah di Malaysia dari tahun 2010 hingga
tahun 2014.
Malaysia mempunyai undang-undang yang amat ketat tentang dadah. Sesiapa yang
disabitkan dengan kesalahan mengedarkan dadah akan dikenakan hukuman mati. Namun
demikian, banyak pihak masih menyeludup dadah masuk ke negara ini. Sebahagian dadah itu
dapat dirampas dan banyak lagi telah sampai ke tangan pengedar dadah dan seterusnya dijual
kepada penagih dadah. Kesukaran mengawal dan merampas dadah yang cuba diedarkan
berpunca daripada keadaan sempadan laut yang luas dan berhampiran pula dengan kawasan
penanaman dan pemprosesan dadah utama di Asia Tenggara, iaitu Kawasan Segi Tiga Emas.
Antara jenis dadah yang banyak terdapat di Malaysia ialah ganja, candu mentah dan
heroin. Jumlah rampasan ganja yang dilakukan oleh pihak berkuasa tidak konsisten antara
tahun 2010 hingga tahun 2014. Pada tahun 2010, jumlah ganja yang dirampas oleh pihak
berkuasa ialah 709 kilogram. Jumlah rampasan semakin meningkat pada tahun berikutnya, iaitu
sejumlah 1,101 kilogram. Walaupun pada tahun 2012 jumlah rampasan menurun sebanyak 292
kilogram berbanding dengan tahun 2011, jumlah rampasan meningkat kembali pada tahun
2013 dan tahun 2014, iaitu berjumlah 1,010 kilogram dan 1,200 kilogram masing-masing.
Sementara itu, rampasan candu mentah pada tahun 2010 merupakan jumlah yang kedua
terbanyak selepas ganja, iaitu 351 kilogram. Jumlah rampasan berkurang pada tahun 2011 dan
tahun 2012, iaitu berjumlah 152 kilogram dan 83 kilogram masing-masing. Namun begitu,
jumlah rampasan meningkat kembali pada tahun 2013, iaitu pertambahan sebanyak 97
kilogram berbanding dengan tahun 2012. Tahun 2014 memperlihatkan jumlah rampasan candu
mentah yang paling kurang antara tahun 2010 hingga tahun 2014, iaitu hanya berjumlah 22
kilogram.
Dadah jenis heroin merupakan rampasan yang paling kurang. Namun begitu, dadah
jenis heroin merupakan jenis dadah yang paling berbahaya dan paling memberi kesan kepada
penagih walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit. Pada tahun 2010, sebanyak 95 kilogram
dadah jenis ini berjaya dirampas. Jumlah rampasan bertambah sebanyak 37 kilogram pada
tahun yang berikutnya. Jumlah rampasan dadah ini terus meningkat pada tahun 2012 dengan
mencatatkan 207 kilogram. Rampasan pada tahun 2013 menunjukkan penurunan yang agak
besar, iaitu menurun sebanyak 53.6% berbanding dengan tahun 2012. Jumlah rampasan
meningkat kembali pada tahun 2014, iaitu sebanyak 300 kilogram. Jumlah ini merupakan
peningkatan sebanyak 212.5% berbanding dengan tahun 2013.
Secara keseluruhannya, masalah dadah di Malaysia masih lagi terkawal. Penagih aktif
yang dikesan masih tidak banyak kerana masih berada pada sekitar 0.6% daripada jumlah
penduduk. Jumlah ini amat kurang jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti
Thailand, Laos, India dan Pakistan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Agensi
Dadah Kebangsaan, 2015)
4
CONTOH JAWAPAN GRAF BAR KOMPAUN
MALAYSIA: RAMPASAN DADAH BAGI TIGA JENIS DADAH DARI TAHUN 2010
HINGGA TAHUN 2014
Tahun Rampasan dadah bagi tiga jenis dadah (kilogram)
Jenis Dadah 2010 2011 2012 2013 2014
Ganja
Candu 709 1,101 809 1,010 1,200
Mentah
Heroin 351 152 83 180 22
95 132 207 96 300
(Dipetik dan diubahsuai daripada Agensi
Dadah Kebangsaan, 2015)
5
6
CONTOH SOALAN GRAF BAR KOMPONEN
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah kes sumbang mahram mengikut pertalian keluarga bagi tahun-tahun yang
dinyatakan.
Kes sumbang mahram, seksual dan bersekedudukan merupakan kes yang banyak melibatkan
kaum wanita sebagai mangsa dan tidak kurang juga yang melakukannya secara sukarela. Kes-kes
sumbang mahram menjadi topik hangat kerana melibatkan hubungan seksual sesama ahli keluarga
terdekat.
Sumbang mahram yang melibatkan anak dengan bapa kandung menunjukkan bilangan kes
yang paling tinggi, iaitu sebanyak 76 kes pada tahun 2015, kemudian meningkat kepada 93 kes pada
tahun 2016 dan merosot kepada 67 kes dua tahun selepas itu. Pada tahun 2019, jumlah ini meningkat
sebanyak 10 kes dan berkurangan kembali kepada 43 kes pada tahun 2020.
Kehidupan terdesak bukanlah faktor utama kes sumbang mahram berlaku. Kes ini banyak
dipengaruhi oleh filem-filem lucah yang ditonton dan hubungan kekeluargaan yang tidak harmonis.
Kes yang melibatkan bapa saudara menduduki tempat ketiga tertinggi iaitu selepas kes yang melibatkan
bapa tiri. Pada tahun 2015, sumbang mahram yang melibatkan bapa saudara adalah sebanyak 37 kes,
kemudian meningkat kepada 50 kes dan 57 kes masing-masing pada tahun 2016 dan 2017 lalu
berkurangan kepada 34 kes pada tahun 2018. Bilangan ini meningkat semula sebanyak 8 kes pada tahun
2019 dan merosot kembali kepada 37 kes sahaja pada tahun 2020.
Kes sumbang mahram yang melibatkan abang pada tahun 2015 adalah sebanyak 13 kes. Pada
tahun 2016 dan 2017 pula meningkat kepada 21 kes bagi kedua-dua tahun dan merosot kepada 13 kes
dan 15 kes pada tahun 2018 dan 2019. Jumlah kes pada tahun 2020 tidak berubah, Dipercayai bahawa
masih banyak lagi kes kejadian sumbang mahram yang tidak dilaporkan kerana ingin menjaga
kehormatan dan maruah keluarga. Jenayah dalam kalangan sepupu pada tahun 2015 adalah sebanyak
20 kes. Begitu juga pada tahun yang berikutnya. Bilangan kes meningkat sebanyak satu kes pada tahun
2017. Pada tahun 2018, kes sumbang mahram yang melibatkan sepupu berkurangan sebanyak 8 kes.
Bilangan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 3 kes pada tahun 2019. Hanya 10 kes dilaporkan pada
tahun 2020.
Kes sumbang mahram yang melibatkan bapa tiri dengan anak tiri menunjukkan bilangan yang
kedua tinggi, iaitu sebanyak 43 kes dan 57 kes pada tahun 2015 dan 2016. Pada dua tahun yang
berikutnya, kes itu menurun kepada 49 kes dan 41 kes masing-masing. Pada tahun 2019, kes ini
meningkat sebanyak 11 kes dan kemudian merosot kepada 22 kes sahaja.
Kes-kes sumbang mahram yang melibatkan datuk dengan cucu pula mencatatkan angka 2 kes
dan 9 kes masing-masing pada tahun 2015 dan 2016. Sebanyak 10 kes dilaporkan pada tahun 2017 dan
pada dua tahun yang berikutnya merosot kepada 4 kes dan 5 kes sahaja. 9 kes sahaja dilaporkan pada
tahun 2020.
Banyak faktor menyebabkan keruntuhan moral pada masa kini. Langkah-langkah drastik wajar
dijalankan agar gejala “haruan makan anak” dapat dihindari.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah
Massa, 15-21 Mac 2021)
7
CONTOH JAWAPAN GRAF BAR KOMPONEN
MALAYSIA: JUMLAH KES SUMBANG MAHRAM MENGIKUT PERTALIAN
KELUARGA DARI TAHUN 2015 HINGGA 2020
Jumlah kes sumbang mahram mengikut pertalian keluarga (kes)
Tahun 2015 2016 2017 2018 2019 2020
Pertalian 76 93 -- 67 77 43
Keluarga
Bapa
Kandung
Bapa Saudara 37 50 57 34 42 37
Abang 13 21 21 13 15 15
Sepupu 20 20 21 13 16 10
Bapa Tiri 43 57 49 41 52 22
Datuk 2 9 10 4 5 9
Jumlah 191 250 158 172 207 136
(Dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Massa,
15-21 Mac 2021)
8
9
CONTOH SOALAN GRAF BAR MEMESONG
Latihan 1
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan sebuah graf yang
sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan pasaran utama eksport minyak sawit pada
tahun 2017 dan tahun 2018.
Eksport kelapa sawit Malaysia kian bertambah disebabkan oleh permintaan yang tinggi
dari luar negara seperti Republik Rakyat China, Pakistan, India, Kesatuan Eropah, ASEAN,
Jepun, dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, harga minyak sawit sentiasa bergantung
kepada keadaan ekonomi. Kejatuhan harganya di pasaran antarabangsa akan menyebabkan
lambakan minyak sawit di pasaran.
Pada tahun 2017, Republik Rakyat China telah mengimport 14.5% daripada jumlah
eksport minyak sawit negara atau berjumlah 1,100,739 tan metrik. Namun begitu, pasaran
minyak sawit ke negara tersebut merosot kepada 12.2% atau 916,574 tan metrik pada tahun
2018. Pakistan mengimport minyak sawit negara sebanyak 815,332 tan metrik pada tahun 2017
dan mengalami kemerosotan sebanyak 101,089 tan metrik pada tahun yang berikutnya.
Pasaran minyak sawit ke India telah meningkat pada tahun 2018 berbanding tahun
sebelumnya yang berjumlah 941,321 tan metrik kepada 1,284,706 tan metrik.
Jumlah pasaran eksport minyak sawit negara pada tahun 2017 adalah sebanyak
7,591,301 tan metrik. Jumlah ini merosot sedikit pada tahun 2018 sebanyak 90,542 tan metrik.
Kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah untuk menembusi pasaran minyak sawit ke
negara-negara Eropah dengan mengadakan kempen dan promosi di luar negara. Hasilnya
negara-negara dalam Kesatuan Eropah seperti Itali, United Kingdom, Belanda dan Sweden
telah mengimport minyak sawit negara pada kadar 9.4% pada tahun 2017 dan kemudiannya
meningkat kepada 14.1% pada tahun 2018.
Pasaran ke Singapura pada tahun 2017 berjumlah 394,748 tan metrik dan kemudiannya
meningkat sedikit kepada 5.3%. Pasaran ke negara Jepun dan Korea pada tahun 2018
mencatatkan angka 338,081 tan metrik dan 135,233 tan metrik masing-masing. Pada tahun
2017, pasaran ke negara Jepun ialah 341,609 tan metrik dan pasaran ke Korea sebanyak
136,643 tan metrik. Negara-negara lain mengimport sebanyak 24.3% pada tahun 2017,
manakala pasaran minyak sawit negara pada tahun 2018 merosot kepada 18.8% sahaja.
Pasaran ke negara-negara ASEAN masih tinggi walaupun menghadapi persaingan
untuk memasarkan minyak sawit negara. Hal ini demikian kerana Indonesia dan Thailand juga
merupakan pengeluar minyak sawit dunia.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2019)
10
CONTOH JAWAPAN GRAF BAR MEMESONG
MALAYSIA: PERATUS PERUBAHAN PASARAN UTAMA EKSPORT MINYAK
SAWIT PADA TAHUN 2017 DAN TAHUN 2018
Eksport Minyak Sawit Peratus Perubahan
Pasaran Utama
Negara 2017 2018 Eksport Minyak
Sawit (%)
Republik Rakyat (tan metrik) (tan metrik) -16.73
China
Pakistan 1,100,739 916,574 -12.40
India 36.48
Kesatuan Eropah 815,332 714,243 48.45
Singapura 941,321 1,284,706 0.87
Jepun 713,582 1,059,319 -1.03
Korea 394,748 398,184 -1.03
Negara-Negara Lain 341,609 338,081 -23.43
ASEAN 136,643 135,233 3.72
Jumlah 1,844,686 1,412,425
1,302,641 1,254,136
7,591,301 7,512,901
(Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2019)
11
12
CONTOH SOALAN GRAF BAR MEMESONG BERKOMPAUN
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan
peratusan perubahan jumlah dagangan negara-negara Asia antara tahun 2017 dengan tahun
2018 dan dengan tahun 2019.
Negara-negara Asia berdagang sesama sendiri dan perdagangan dijalankan dengan
menggunakan matawang Amerika Syarikat. Sepanjang tempoh tersebut, jumlah dagangan
tertinggi adalah pada tahun 2018, iaitu bernilai AS$36872.1j. Daripada jumlah ini, Asia Barat
mencatatkan jumlah yang terkecil, iaitu bernilai AS$5753.8j, diikuti oleh Asia Selatan yang
mencatatkan lebihan hanya AS$51.4j berbanding Asia Barat. Asia Tengah mencatat angka ke-
3 terkecil, iaitu lebih AS$253j sahaja berbanding dengan Asia Selatan. Selebihnya ialah nilai
bagi negara-negara Asia Tenggara dan Asia Timur yang lain. Negara-negara Asia Timur
mencatatkan lebihan AS$3684.1j berbanding dengan jumlah yang dicatatkan oleh negara Asia
Tenggara.
Nilai keseluruhan dagangan pada tahun 2018 adalah melebihi sebanyak AS$1712.5j
berbanding dengan tahun 2017. Daripada jumlah itu negara-negara Asia Timur mencatatkan
nilai tertinggi, iaitu AS$9995.7j. Negara Asia Tenggara mencatatkan lebihan AS$2621.5j
berbanding dengan tahun 2018, manakala Asia Barat mencatatkan nilai AS$4042.8j. Nilai
selebihnya adalah bagi Asia Selatan dan Asia Tengah, dengan nilai dagangan Asia Tengah
lebih sebanyak AS$371.2j berbanding dengan Asia Selatan.
Nilai dagangan negara-negara Asia pada tahun 2019 ialah AS$38752.6j. Pada tahun ini,
negara-negara Asia Timur mencatatkan pertambahan sebanyak AS$2251.9j berbanding
dengan tahun 2018, manakala Asia Tenggara mencatatkan lebihan yang baik, iaitu AS$1425.6j
berbanding dengan jumlah yang dicatatnya pada tahun 2018. Seterusnya negara Asia Barat dan
Asia Selatan, masing-masing mencatatkan nilai AS$4972.2j dan AS$3953.7j.
Menjelang tahun 2020, nilai dagangan antara negara-negara Asia dijangka akan
merosot kerana ekonomi negara-negara Asia terjejas oleh pandemik Covid-19 yang dialami
oleh negara China dan negara-negara dunia yang lain.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Asia
Week, Disember 2020)
13
CONTOH JAWAPAN GRAF BAR MEMESONG BERKOMPAUN
ASIA: PERATUSAN PERUBAHAN JUMLAH DAGANGAN ANTARA TAHUN 2017
DENGAN TAHUN 2018 DAN DENGAN TAHUN 2019
Tahun Jumlah Dagangan Peratusan Jumlah Dagangan Peratusan
Perubahan Perubaha
Negara- (AS$j) 2017-2018 (AS$j) 2018-2019
negara
Asia Barat 2017 2018 (%) 2018 2019 (%)
Asia Selatan
Asia Tengah 4042.8 5753.8 42.32 5753.8 4972.2 -13.58
Asia Timur 5171.5 5805.2 12.25 5805.2 3953.7 -31.89
Asia Tenggara 5542.7 6058.2 9.30 6058.2 6894.3 13.80
Jumlah 9995.7 11469.5 14.74 11469.5 13721.4 19.63
10406.9 7785.4 -25.19 7785.4 9211.0 18.31
35159.6 36872.1 36872.1 38752.6
(Dipetik dan disesuaikan daripada Asia Week, Disember 2020)
14
15
CONTOH SOALAN GRAF GABUNGAN – BAR KOMPAUN + SATU GARIS
Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam petikan yang berikut, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan jumlah isi rumah dan jumlah isi rumah miskin serta aliran kadar
kemiskinan mengikut kumpulan pekerjaan pada tahun 2012.
Satu daripada dua strategi utama di bawah Dasar Pembangunan Negara ialah
membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Untuk mencapai strategi ini,
pelbagai projek telah dilaksanakan dan sebagai hasilnya, kadar kemiskinan telah menurun lebih
40% pada tahun 2010-an kepada kurang daripada 20%. Walau bagaimanapun, kadar
kemiskinan masih tinggi di kawasan luar bandar.
Pada tahun 2012, daripada 1,629,400 isi rumah luar bandar, sebanyak 402,000 isi rumah
atau 24.7% didapati masih berada di bawah garis kemiskinan. Daripada jumlah isi rumah luar
bandar ini, 155,200 isi rumah ialah pekebun kecil getah. Sebanyak 43.4% atau 67,300 isi rumah
daripada pekebun kecil getah didapati miskin. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan
didapati nggi di kalangan penanam padi, iaitu sebanyak 57.7% daripada 116,600 isi rumah
yang bergantung pada tanaman padi berada di bawah garis kemiskinan.
Satu kumpulan isi rumah lagi yang penting ialah nelayan. Terdapat 34,300 isi rumah
nelayan di luar bandar. Daripada jumlah ini, 27.7% berada di bawah garisan kemiskinan. Satu
kumpulan miskin lagi ialah pekebun kecil kelapa. Daripada 14,200 isi rumah ini, sebanyak
6,600 isi rumah atau 46.9% berada di bawah paras kemiskinan. Kadar kemiskinan ini jelas
amat tinggi. Terdapat 464,200 isi rumah diklasifikasikan di bawah kumpulan petani-petani lain
selaras dengan pandangan umum bahawa kadar kemiskinan adalah tinggi di kalangan petani.
Sebanyak 158,800 isi rumah daripada jumlah isi rumah di bawah kumpulan ini didapati miskin.
Terdapat dua kumpulan isi rumah, iaitu pekerja estet dan pekerja industri-industri lain
yang kadar kemiskinannya adalah kurang daripada 20%. Daripada jumlah 81,300 isi rumah
pekerja estet, hanya 16,000 isi rumah berada di bawah garis kemiskinan. Pekerja industri-
industri memproses yang lain, iaitu sebanyak 763,600 isi rumah atau hampir 50% daripada isi
rumah luar bandar, berada dalam kumpulan ini. Daripada jumlah ini, hanya 10% atau 76,500
isi rumah didapati miskin.
Dengan itu, dapat dirumuskan bahawa usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf
hidup penduduk luar bandar telah berjaya.
(Sumber: Diubahsuaikan daripada Buku
Maklumat Perangkaan Malaysia, 2013)
16
CONTOH JAWAPAN GRAF GABUNGAN – BAR KOMPAUN + SATU GARIS
MALAYSIA: JUMLAH ISI RUMAH DAN JUMLAH ISI RUMAH MISKIN SERTA
ALIRAN KADAR KEMISKINAN MENGIKUT KUMPULAN PEKERJAAN PADA
TAHUN 2012
Kumpulan Jumlah Isi Rumah Jumlah Isi Rumah Miskin Kadar Kemiskinan
Pekerjaan (isi rumah) (isi rumah) (%)
Pekebun kecil 155,200 67,300 43.40
getah
Penanam padi 116,600 67,300 57.70
Nelayan 34,300 9,500 27.70
Pekebun kecil 14,200 6,600 46.90
kelapa
Petani-petani lain 464,200 158,800 34.20
Pekerja estet 81,300 16,000 19.70
Pekerja industri- 763,600 76,500 10.00
industri lain
(Sumber: Diubahsuaikan daripada Buku
Maklumat Perangkaan Malaysia, 2013)
17
18
CONTOH SOALAN GRAF GABUNGAN – BAR KOMPAUN + BANYAK GARIS
Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam petikan yang berikut, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan kuantiti eksport beberapa komoditi utama di Malaysia dan pendapatan
daripada setiap komoditi tersebut bagi tahun-tahun yang dinyatakan.
Sebagai bahan galian yang tidak boleh diperbaharui, pada tahun 2011, eksport timah telah
mengalami kemerosotan. Jumlahnya hanyalah 16,126.3 tan metrik. Pada tahun sebelumnya,
iaitu tahun 2010, jumlahnya adalah melebihi sebanyak 992.1 tan metrik daripada tahun 2011
itu. Jumlah pendapatan daripada sumber ini juga merosot ekoran daripada kemerosotan harga
timah di pasaran dunia. Nilai eksportnya pada tahun 2011 adalah sebanyak RM684.2 juta,
manakala jumlah pada tahun sebelumnya ialah RM902.2 juta. Walaupun harga timah merosot
sebanyak 1.0% pada tahun 2012, jumlah keluarannya meningkat sebanyak 6.5% berbanding
dengan tahun sebelumnya, manakala nilainya juga meningkat kepada RM721.0 juta pada tahun
itu. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2013, penurunan pendapatan negara daripada
sumber ini terus merosot dengan amat ketara, iaitu sebanyak 32.1% berbanding dengan tahun
2012. Pada tahun ini juga keluaran timah telah berkurangan, iaitu hanya berjumlah 15,545 tan
metrik.
Satu lagi sumber pendapatan kerajaan adalah daripada kayu balak. Pada tahun 2011,
jumlah eksport barangan ini adalah sebanyak 19,318 tan metrik, kurang sebanyak 1,036 tan
metrik berbanding dengan tahun sebelumnya. Walaupun harga eksport kayu balak meningkat
pada kadar RM212.2 per meter pada tahun 2011, tetapi pendapatan negara daripada sumber ini
hanya bertambah sebanyak RM58.4 juta berbanding tahun 2010 yang mencatat jumlah
sebanyak RM4,041.2 juta. Menjelang tahun 2012 pula, eksport kayu balak Malaysia merosot
dengan ketara, tinggal hanya 17,914 tan metrik, manakala nilainya merosot sebanyak RM248.2
juta berbanding tahun 2011. Pada tahun seterusnya, eksport balak terus merosot kepada 9,288
tan metrik, manakala pendapatan daripadanya menurun lagi, iaitu sebanyak 24.3% berbanding
tahun 2012.
Eksport getah Malaysia pula, pada tahun 2011, juga mengalami pengurangan berbanding
tahun 2010. Jumlahnya pada tahun 2010 ialah 1,321.8 tan metrik, manakala pada tahun
berikutnya berkurangan sebanyak 190 tan metrik. Eksport getah pada hakikatnya merosot
ekoran kelembapan prestasi komoditi bahan tersebut di peringkat antarabangsa. Kemerosotan
jumlah eksport ini telah menjejaskan pendapatan negara daripada sumber ini. Pada tahun 2011,
nilainya hanyalah RM2,689.8 juta, berkurangan sebanyak RM338.3 juta atau 11.2%
berbanding tahun sebelumnya. Jumlah keluaran hasil utama negara ini terus merosot pada
tahun 2012 dan 2013. Jumlah eksport pada tahun 2013 adalah sebanyak 937.1 tan metrik
Jumlah ini hanya merupakan 90.5% daripada jumlah bagi tahun 2012. Manakala jumlah
pendapatan pada tahun 2012 adalah sebanyak RM2,357.2 juta dan seterusnya berkurangan
sebanyak RM225.5 juta pada tahun 2013.
(Dipetik dan disesuaikan daripada
Buletin Suku Tahunan Bank Negara,
September 2014)
19
CONTOH JAWAPAN GRAF GABUNGAN – BAR KOMPAUN + BANYAK GARIS
MALAYSIA: KUANTITI EKSPORT BEBERAPA KOMODITI UTAMA DAN
PENDAPATAN DARIPADA SETIAP KOMODITI TERSEBUT DARI TAHUN 2010
HINGGA TAHUN 2013
Tahun Kuantiti eksport beberapa komoditi Pendapatan daripada setiap
utama (tan metrik) komoditi utama (RM juta)
Komoditi 2010 2011 2012 2013 2010 2011 2012 2013
Timah
Kayu 17118.4 16126.3 17174.5 15545 902.2 684.2 721.0 489.6
Balak 20354.0 19318.0 17914.0 9288.0 4041.2 4099.6 3851.4 2915.5
Getah
1321.8 1131.8 1035.5 937.1 3028.1 2689.8 2357.2 2131.7
(Dipetik dan disesuaikan daripada
Buletin Suku Tahunan Bank Negara,
September 2014)
20
21
CONTOH SOALAN GRAF GABUNGAN – BAR KOMPONEN + SATU GARIS
Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah produk dan perolehan keuntungan berasaskan ikan yang dikeluarkan oleh perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) bagi tahun-tahun yang dinyatakan.
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk
membangunkan ekonomi tempatan terutamanya di kawasan luar bandar. Sungguhpun perusahaan ini
tidak banyak memasarkan produk mereka dalam pasaran antarabangsa, namun perolehannya boleh
dibanggakan kerana dapat bertahan meskipun negara dilanda tempias ekonomi akibat krisis ekonomi
dunia.
Pada tahun 2013, ketika negara Malaysia menampakkan pertumbuhan ekonomi rancak sejak
kegawatan ekonomi dan krisis mata wang pada tahun 1997 dan 1998; PKS meneruskan kesinambungan
fungsinya untuk memajukan perusahaan berasaskan ikan ini. Pada tahun ini, sebanyak 18,500 tan metrik
produk berasaskan ikan telah dikeluarkan, termasuk 11,700 tan metrik produk ikan laut dan yang
selebihnya ikan air tawar. Pengeluaran ini dilihat sangat besar lebih-lebih lagi dengan keuntungan yang
diperoleh sebanyak RM12.0 juta.
Pada tahun 2014, PKS telah meningkatkan pengeluarannya sebanyak 16,500 tan metrik lagi
berikutan permintaan yang menggalakkan. Pengeluaran ikan laut adalah sebanyak 22,200 tan metrik.
Nilai keuntungan yang diperoleh juga telah bertambah sebanyak RM13.0 juta lagi; iaitu kira-kira dua
kali ganda daripada keuntungan yang diperoleh daripada tahun sebelumnya.
Nasib masih lagi menyebelahi PKS apabila produk berasaskan ikan ini terus mendapat
sambutan. Hal ini dapat dilihat dengan pertambahan produk keluarannya pada tahun 2015 sebanyak
10,000 tan metrik iaitu pengeluaran ikan laut sebanyak 28,000 tan metrik, dengan keuntungan yang
lebih lumayan iaitu pertambahan sebanyak 31.0 peratus dan nilai ini merupakan satu petunjuk prestasi
yang amat memberangsangkan untuk awal dekad ini.
Strategi pemasaran yang berkesan telah memungkinkan lagi penerimaan pengguna terhadap
produk berasaskan ikan ini. Pertambahan sebanyak 23,100 tan metrik berbanding dengan tahun
sebelumnya menandakan prestasi ekonomi Malaysia yang kian pulih walaupun bukan secara
keseluruhannya. Produk ikan air tawar merangkumi 21,300 tan metrik daripada jumlah tersebut. Pada
tahun 2016 ini juga perolehan PKS telah melonjak menjadi RM 67.0 juta.
Produk berasaskan ikan ini sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia, namun tidak
ramai pengusaha yang berani tampil ke hadapan dalam usaha untuk mengkomersialkannya. Oleh hal
yang demikian, langkah PKS untuk mengeluarkan dan memasarkan produk sebegini hadir tepat pada
waktunya. Keadaan ini dapat dilihat dengan jumlah keluarannya pada tahun 2017 telah mencecah
84,400 tan metrik dengan keuntungan sebanyak RM123.0 juta. Daripada jumlah tersebut, produk ikan
laut adalah sebanyak 75.0%.
Prestasi yang membanggakan turut diunjurkan pada tahun 2018. Unjuran pengeluaran produk
ini pada tahun 2018 merupakan pengeluaran tertinggi iaitu pertambahan sebanyak 68,000 tan metrik.
Daripada jumlah tersebut, pengeluaran produk ikan air tawar adalah sebanyak 113,900 tan metrik.
Unjuran ini merupakan pengeluaran tertinggi yang pernah dicatatkan sepanjang tempoh pemulihan
ekonomi negara. Dengan unjuran ini, PKS turut berbangga dengan unjuran perolehan keuntungan
sebanyak RM255.0 juta.
(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi Malaysia,
2018)
22
CONTOH JAWAPAN GRAF GABUNGAN – BAR KOMPONEN + SATU GARIS
MALAYSIA: JUMLAH PRODUK DAN PEROLEHAN KEUNTUNGAN BERASASKAN
IKAN YANG DIKELUARKAN OLEH PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA
DARI TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2018 (JANGKAAN)
Tahun Jumlah Produk Berasaskan Ikan Yang Dikeluarkan Oleh Perolehan Keuntungan Berasaskan Ikan
PKS (tan metrik) Yang Dikeluarkan Oleh PKS (RM juta)
Jenis Ikan 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2013 2014 2015 2016 2017 2018
(Unjuran) 12.0 13.0 17.0 67.0 123.0 (Unjura
Ikan Laut 11,700 22,200 28,000 46,800 63,300 )
Ikan Air 6,800 12,800 17,000 21,300 21,100 113,900 255
Tawar 38,500
Jumlah
18,500 35,000 45,000 68,100 84,400 152,400
(Disesuaikan daripada Laporan
Ekonomi Malaysia, 2018)
23
24
CONTOH SOALAN GRAF GABUNGAN – BAR KOMPONEN + BANYAK GARIS
Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam petikan yang berikut, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah eksport tiga komoditi utama dan pendapatan eksport bagi setiap komoditi tersebut dari tahun
2011 hingga tahun 2014.
Eksport lada hitam Malaysia berkurang 3.2% kepada 28,500 tan metrik pada tahun 2012 berbanding
dengan 29,440 tan metrik pada tahun 2011. Kemerosotan ini disebabkan oleh permintaan luar negara yang lemah
kesan daripada pertambahan pengeluaran lada hitam dunia sebanyak 12.0%. Selaras dengan kejatuhan harga lada
hitam, nilai eksportnya merosot sebanyak 29.4%, daripada RM 163 juta pada tahun 2011 kepada RM115 juta pada
tahun 2012. Walaupun harga eksport lada hitam merosot dengan ketara iaitu 16.8%, eksport lada hitam Malaysia
pada tahun 2013 masih menurun sebanyak 5.3% kepada 27,000 tan metrik berbanding dengan tahun 2012. Hal
ini disebabkan oleh negara-negara pengimport utama yang mengurangkan import lada hitam dari Malaysia kerana
negara-negara itu kini mengimport lada hitam dari negara-negara lain dengan kos yang lebih rendah. Dengan itu,
pendapatan daripada eksport lada hitam berkurang dengan ketara sebanyak 13.0% kepada RM100 juta. Selaras
dengan peningkatan pengeluaran dan penggunaan lada hitam, eksport lada hitam meningkat sebanyak 7.4%
kepada 29,000 tan metrik pada tahun 2014 berbanding dengan tahun sebelumnya, Pendapatan eksport pula
meningkat sebanyak 10.0% selaras dengan peningkatan kecil harga eksport lada hitam.
Eksport bijih timah pada tahun 2012 merosot sebanyak 2.0% kepada 48,500 tan metrik berbanding
dengan eksport pada tahun 2011 sebanyak 49,500 tan metrik. Begitu juga, pendapatan eksport daripada bijih timah
berkurang sebanyak 31.1% berbanding dengan RM1, 161 juta pada tahun 2011. Kejatuhan pendapatan eksport ini
disebabkan oleh kemerosotan harga bijih timah di pasaran dunia. Hal ini menyebabkan sumbangan pendapatan
eksport bihih timah kepada jumlah pendapatan eksport pada tahun 2012 berkurang sebanyak 0.6% berbanding
dengan sumbangannya pada tahun 2011. Eksport bijih timah pada tahun 2013 merosot sebanyak 5.0% berbanding
dengan tahun 2012 berikutan keadaan permintaan yang kurang menggalakkan dari negara-negara pengguna akibat
keadaan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan. Nilai eksport berkurang sebanyak 3.1% berbanding dengan
RM800 juta yang dicatat pada tahun 2012. Hal ini disebabkan oleh kejatuhan jumlah dagangan dan harga eksport
bijih timah. Kejatuhan harga sebanyak 5.8% kepada RM15.50 sekilogram adalah disebabkan oleh lebihan bekalan
jdan kedudukan stok bijih timah dunia yang terus tinggi di samping permintaan yang rendah terhadap bijih timah.
Kedudukan stok bijih timah yang tinggi dalam pasaran terus mempengaruhi dan melemahkan harga bijih timah
pada tahun 2014. Kedudukan harga bijih timah yang rendah menyebabkan pengurangan pengeluaran atau
penutupan lombong-lombong kecil. Kekurangan bekalan ini menyebabkan harga bijih timah meningkat sedikit.
Oleh itu, harga purata bijih timah meningkat sebanyak 3.2% pada tahun 2014 kepada RM16 sekilogram dan
pendapatan eksport bijih timah meningkat sebanyak 3.2% kepada RM800 juta dan hasil eksport mencatatkan
50,000 tan metrik.
Pada tahun 2012, eksport koko meningkat selepas tamat tempoh kelembapan prestasi eksport komoditi
pertanian secara keseluruhan pada tahun 2011. Eksport koko dari Malaysia meningkat kepada 141,600 tan metrik
pada tahun itu berbanding dengan 140,400 tan metrik pada tahun 2011. Walaupun jumlah eksport meningkat
sebanyak 0.5%, pendapatan daripada eksport koko merosot sebanyak 13.3% kepada RM451 juta berbanding
dengan RM520 juta pada tahun 2012. Berikutan asas-asas pasaran koko yang lemah, eksport koko dari Malaysia
merosot dengan ketara kepada 124,800 tan metrik pada tahun 2013. Pendapatan daripada eksport koko pula
merosot kepada RM403 juta pada tahun 2013. Hal ini berpunca daripada kejatuhan jumlah eksport sebanyak 8.8%
dan kejatuhan harga eksport sebanyak 5.7%. Eksport koko pada tahun 2014 merosot dengan ketara kerana harga
koko rendah. Eksport komoditi ini merosot sebanyak 39.2% berbanding dengan tahun sebelumnya. Pendapatan
eksport juga dengan itu merosot sebanyak 38.5% kepada RM248 juta berbanding dengan tahun 2013.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi 2014/2015)
25
CONTOH JAWAPAN GRAF GABUNGAN – BAR KOMPONEN + BANYAK GARIS
MALAYSIA: JUMLAH EKSPORT TIGA KOMODITI UTAMA DAN PENDAPATAN
EKSPORT BAGI SETIAP KOMODITI TERSEBUT DARI TAHUN 2011 HINGGA
TAHUN 2014
Tahun Jumlah eksport tiga komoditi Pendapatan eksport tiga komoditi
utama (tan metrik) utama (RM juta)
2011 2012 2013 2014 2011 2012 2013 2014
Komoditi 29,442 28,500 27,000 29,000 163 115 100 110
Lada Hitam 49,500 48,500 46,075 50,000 1,161 800 775 800
Bijih Timah 140,400 141,600 124,800 75,878 520 451 403 248
Koko 219,342 218,600 197,875 154,878
Jumlah
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi 2014/2015)
26
27
Latihan Graf Bar Kompaun
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan penggunaan elektrik oleh pelbagai sektor bagi tempoh tahun 2011 hingga
tahun 2013.
Dalam kepesatan pembangunan Malaysia sekarang, penjanaan tenaga elektrik negara
bukan sahaja bergantung kepada kuasa hidroelektrik malah juga bergantung kepada petroleum
dan gas asli. Menurut data yang diperoleh, penggunaan elektrik yang paling banyak adalah
daripada sektor industri. Pada tahun 2011 sahaja, penggunaan tenaga telah mencatatkan 4000
GWj. Angka ini terus bertambah sebanyak 850 GWj pada tahun 2012. Pertambahan yang agak
besar ini mungkin kerana pada tahun 2010-an sudah banyak terdapat industri di Malaysia,
terutamanya industri yang ditubuhkan oleh pelabur asing. Walau bagaimanapun, peningkatan
yang lebih ketara adalah pada tahun 2013 apabila sejumlah 6000 GWj telah digunakan untuk
industri sahaja.
Penggunaan tenaga yang banyak juga ketara dalam sektor perdagangan apabila
sejumlah 2,850 GWj telah digunakan pada tahun 2011. Nyata sekali terdapat penggunaan
tenaga yang banyak pada tahun 2013 apabila sejumlah 5,020 GWj telah digunakan. Walau
bagaimanapun, penggunaan tenaga ini tidak banyak bezanya pada tahun 2012 dengan
angkanya kurang sebanyak 1,015 GWj kalau dibandingkan dengan tahun 2013.
Yang jelas ialah bilangan isi rumah Malaysia sekarang mencapai angka juta tetapi dari
segi penggunaan tenaga, tidaklah begitu banyak kalau dibandingkan dengan sektor
perdagangan. Sebagai contoh, hanya 2,245 GWj telah digunakan pada tahun 2011. Angka ini
bagaimanapun tetap meningkat kepada 3,855 GWj pada tahun 2012. Peningkatan pada tahun
2013 adalah disebabkan oleh bertambahnya kawasan-kawasan perumahan baharu di bandar-
bandar utama. Kesan pertambahan kawasan perumahan baharu juga turut mendorong
penggunaan tenaga meningkat kepada 4,328 GWj pada tahun 2013.
Tidaklah keterlaluan kalau dikatakan penggunaan untuk sektor-sektor lain adalah
paling rendah berbanding kesemua sektor. Angka ini ketara sekali apabila pada tahun 2011
hanya 413 GWj yang digunakan, termasuklah untuk kegunaan awam seperti jalan raya.
Penggunaan untuk sektor ini terus meningkat sebanyak 319 GWj pada tahun 2012. Walau
bagaimanapun, pada tahun 2013, penggunaan untuk sektor ini merosot sebanyak 52 GWj.
Penggunaan tenaga pada masa-masa akan datang diramalkan terus meningkat berlipat
kali ganda kesan daripada penggunaan yang bertambah. Oleh itu, adalah perlu bagi kerajaan
untuk mencari sumber-sumber baharu supaya tidak bergantung kepada kuasa hidroelektrik dan
petroleum semata-mata.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Utusan Malaysia, 2014)
28
Jawapan Graf Bar Kompaun
MALAYSIA: PENGGUNAAN ELEKTRIK OLEH PELBAGAI SEKTOR BAGI TEMPOH
TAHUN 2011 HINGGA TAHUN 2013
Tahun Penggunaan elektrik oleh pelbagai sektor (GWj)
Sektor
Industri 2011 2012 2013
Perdagangan
Isi rumah 4,000 4,850 6,000
Sektor-Sektor Lain
2,850 4,005 5,020
2,245 3,855 4,328
413 732 680
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Utusan Malaysia, 2014)
29
Latihan Graf Bar Komponen
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah penduduk yang bekerja mengikut taraf pendidikan di Malaysia dari tahun 2016
hingga tahun 2020.
Menurut laporan yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sepanjang tempoh tahun
tahun 2016 hingga 2020, peratus penduduk yang bekerja sebagai buruh merupakan yang paling tinggi,
iaitu 34.5% berbanding dengan pekerja professional yang terdiri daripada 10.5% sahaja.
Pendidikan penting bagi jaminan mendapat pekerjaan yang lebih baik. Pada tahun 2016, jumlah
penduduk yang bekerja ialah 8,399,000 orang. Penduduk yang bekerja tanpa mempunyai pendidikan
rasmi berjumlah 663,521 orang atau 7.9%. Pekerja yang berpendidikan rendah pula agak tinggi
peratusannya, iaitu 28.5% atau 2,393,715 orang, manakala pekerja yang berkelulusan sekolah
menengah adalah sebanyak 4,342,283 orang. Selain itu, pekerja yang berpendidikan tertiary adalah
sebanyak 999,481 orang atau 11.9%.
Dasar-dasar kerajaan yang menitikberatkan pendidikan telah mengubah taburan peratusan taraf
pendidikan penduduk. Hal ini ternyata pada tahun 2017 apabila pekerja yang tiada pendidikan rasmi
semakin merosot kepada 7.3% atau 625,552. Begitu juga dengan pekerja yang berpendidikan rendah
merosot kepada 2,390,800 orang. Pekerja berkelulusan sekolah menengah dan tertiari pula meningkat
kepada 4,456,000 dan 1,096,848 orang masing-masing. Jumlah rakyat Malaysia yang bekerja pada
tahun tersebut ialah 8,569,200 orang.
Kemajuan dalam bidang pendidikan negara menyebabkan banyak rakyat Malaysia melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pada tahun 1998, jumlah penduduk yang bekerja meningkat
kepada 8,599,000 orang. Pekerja yang tidak mempunyai kelulusan mencatatkan penurunan yang ketara,
iaitu hanya 7.0% atau 601,930 orang sahaja. Rakyat Malaysia yang bekerja dengan kelulusan sekolah
rendah juga merosot 0.5% berbanding dengan tahun sebelumnya. Pekerja berkelulusan PT3 dan SPM
pula meningkat kepada 4,505,876 orang atau 52.4%. Warganegara yang bekerja dengan kelulusan
sekurang-kurangnya diploma adalah sebanyak 1,135,068 orang atau 13.2%.
Pada tahun 2019, jumlah rakyat Malaysia yang mempunyai pekerjaan ialah 8,837,800 orang,
sementara pada tahun 2020, jumlahnya meningkat sebanyak 483,900 orang lagi. Pada tahun 2019,
pekerja yang tiada pendidikan rasmi berjumlah 583,074 orang, manakala pada tahun 2020 jumlahnya
merosot kepada 577,900 orang sahaja. Pada tahun 2019 dan 2020, penduduk yang berpendidikan rendah
pula masing-masing menunjukkan jumlah 2,333,400 orang dan 2,460, 929 orang atau 26.4%.
Penduduk yang berpendidikan menengah untuk kedua-dua tahun 2019 dan 2020 juga semakin
bertambah, iaitu masing-masing sebanyak 4,754,736 orang atau 53.8% dan 4,987,155 orang. Penduduk
yang bekerja dengan pendidikan tertiari pula semakin meningkat pada tahun 2020, iaitu meningkat
kepada 1,295,716 orang atau 13.9% berbanding dengan tahun sebelumnya yang mencatatkan hanya
13.2% atau 1,166,590 orang.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2020)
30
Jawapan Graf Bar Komponen
MALAYSIA: JUMLAH PENDUDUK YANG BEKERJA MENGIKUT TARAF
PENDIDIKAN DARI TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2020
Jumlah penduduk yang bekerja (orang)
Tahun 2016 2017 2018 2019 2020
Taraf 663,521 625,552 601,930 583,074 577,900
Pendidikan
Tiada 2,393,715 2,390,800 2,356,126 2,333,400 2,460,929
Pendidikan 4,342,283 4,456,000 4,505,876 4,754,736 4,987,155
rasmi 999,481 1,096,848 1,135,068 1,166,590 1,295,716
Pendidikan 8,399,000 8,569,200 8,599,000 8,837,800 9,321,700
Rendah
Pendidikan
Menengah
Pendidikan
Tertiari
Jumlah
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia,
2020)
31
Latihan Graf Bar Memesong
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan pencari kerja aktif mengikut negeri-
negeri terpilih antara tahun 2018 dengan tahun 2019.
Pelbagai usaha kerajaan berjaya mengurangkan masalah pengangguran dalam era
kegawatan. Hakikat ini ketara apabila kita meninjau kedudukan dan perubahan pencari kerja
aktif mengikut negeri-negeri di Malaysia. Umumnya di beberapa negeri, bilangan pencari kerja
aktif telah mencatat kejatuhan terutamanya di Perak, Melaka, Terengganu dan Kelantan.
Antara negeri terpilih, Wilayah Persekutuan mencatatkan bilangan pencari kerja aktif
yang terbesar. Pada tahun 2018, angka ini mencecah 6104 orang dan terus meningkat kepada
6797 orang pada tahun 2019. Sungguhpun Terengganu menduduki tempat kedua, bilangan
pencari kerja aktif di negeri itu mengalami kejatuhan. Bilangan pencari kerja aktif di negeri itu
menurun 263 orang menjadi 3284 orang pada tahun 2019.
Pada tahun 2018, bilangan pencari kerja aktif di Selangor dan Johor pula masing-
masing menduduki tangga ketiga dan keempat. Walau bagaimanapun, bilangan pencari kerja
aktif di kedua-dua negeri ini terus bertambah. Pencari kerja aktif di Johor meningkat 20.79%
pada tahun 2019 berbanding 2338 orang pada tahun 2018. Di Selangor pula angka ini
meningkat sebanyak 306 orang, iaitu daripada 2517 orang pada tahun 2018 kepada 2823 orang
pada tahun 2019. Di kedua-dua buah negeri berkenaan, bilangan pencari kerja aktif meningkat
lebih 12% dalam tempoh berkenaan.
Kedudukan pencari kerja aktif di Perak semakin pulih berbanding negeri-negeri lain.
Sungguhpun angka pencari kerja aktif di negeri ini masih tinggi, namun angka itu mencatat
kejatuhan 0.5% pada tahun 2018 menjadi 2211 orang pada tahun 2019. Keadaan di Negeri
Sembilan pula semakin buruk. Bilangan pencari kerja aktif di negeri itu telah meningkat
sebanyak 6.94% dalam tempoh 2018-2019. Pada tahun 2018, bilangan pencari kerja aktif di
Negeri Sembilan ialah 1657 orang.
Keadaan pencari kerja aktif Kelantan dan Melaka mencatatkan kejatuhan dalam tempoh
tersebut. Namun, peratusan kejatuhan jauh lebih ketara di Melaka berbanding di Kelantan.
Angka pencari kerja aktif di Melaka merosot 55 orang menjadi 620 orang pada tahun 2019.
Bilangan pencari kerja aktif di Kelantan jauh lebih tinggi berbanding Melaka. Di Kelantan,
angka ini mencecah 1665 orang pada tahun 2018 tetapi mencatat kejatuhan sebanyak 13 orang
pada tahun 2019.
Secara keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi yang kian pesat berjaya mengurangkan
bilangan pencari kerja aktif di seluruh negara. Namun begitu, keadaan yang tenat masih wujud
di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan
daripada Laporan Ekonomi, 2019/2020)
32
Jawapan Graf Bar Memesong
MALAYSIA: PERATUSAN PERUBAHAN PENCARI KERJA AKTIF MENGIKUT
NEGERT-NEGERI TERPILIH ANTARA TAHUN 2018 DENGAN TAHUN 2019
Pencari Kerja Aktif (orang) Peratus Perubahan
Pencari Kerja Aktif
Negeri 2018 2019
(%)
Wilayah Persekutuan 6,104 6,797 11.35
Terengganu 3,547 3,284 -7.41
Johor 2,338 2,824 20.79
Selangor 2,517 2,823 12.16
Perak 2,222 2,211 -0.50
Negeri Sembilan 1,657 1,772 6.94
Melaka 675 620 -8.15
Kelantan 1,665 1,652 -0.78
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan
daripada Laporan Ekonomi, 2019/2020)
33
Latihan Graf Bar Memesong Berkompaun
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai
untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi pelbagai sektor bagi tahun-tahun yang
dinyatakan.
Akibat keadaan ekonomi negara yang lembap, sektor perkilangan mengalami tempoh
kelembapan pada tahun 2018. Kadar pertumbuhannya mencatat angka negatif iaitu -3%. Akibat
pandemik Covid-19 pada tahun 2020, semua sektor ekonomi mengalami pertumbuhan negatif.
Sektor perkilangan terus mencatat pertumbuhan negatif, iaitu pada kadar -11%, kemerosotan
5% daripada kadar pertumbuhan pada tahun 2019. Disebabkan terdapat kebimbangan bahawa
pertumbuhan industri berorientasikan eksport berkurang berikutan dengan ekonomi dunia yang
mengalami kemerosotan akibat pandemik Covid-19, pengeluaran industri berorientasikan
eksport Malaysia dijangka akan merosot dengan kadar -10.3%. Di samping itu, sebahagian
daripada pelaburan baharu dan pengimbangan kapasiti di sektor kecil elektronik yang dijangka
mula beroperasi pada tahun 2020 akan merangsang pengeluaran industri berorientasikan dalam
negara dengan peningkatan sebanyak 3.3%.
Setelah mengalami kadar pertumbuhan positif sebanyak 8% pada tahun 2018, sektor
pembinaan merosot dengan teruk pada tahun 2020 iaitu pada kadar -6.5% berbanding 3.9%
pada tahun 2019. Perkembangan sektor ini adalah berdasarkan pelaburan sektor swasta dalam
projek penswastaan untuk kemudahan sosial yang lebih baik. Pertumbuhan yang mapan dan
pendapatan yang meningkat dijangka terus menggalakkan permintaan dan pertumbuhan
aktiviti pembinaan. Sumbangannya kepada keluaran dalam negara kasar adalah besar.
Pertumbuhan ini dianggar akan kekal pada kadar 3.4%.
Satu sektor ekonomi lagi yang berkembang dengan perlahan ialah sektor perlombongan
yang mencatat kemerosotan iaitu dengan kadar -2.7% pada tahun 2020. Pada tahun 2019,
sektor ini berkembang pada kadar 0.6% sahaja sungguhpun lebih baik daripada 0.3% pada
tahun 2018. Permintaan terhadap gas asli yang meningkat menyebabkan pengeluaran gas asli
meningkat kepada 4,384 juta kaki padu standard sehari (jkps/h) berbanding dengan
pengeluaran pada tahun 2019, iaitu 3,882 jkps/h. Pengeluaran minyak mentah dijangka
berkurang berdasarkan sasaran pengeluaran yang ditetapkan. Begitu juga dengan pengeluaran
timah.
Sektor pertanian, penternakan, perhutanan, dan perikanan mengalami kemerosotan
iaitu mencatatkan -2.8% pada tahun 2020 berbanding dengan kadar pertumbuhan pada tahun
2019 yang sebanyak 0.8%. Sektor ini hanya mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 0.2% pada
tahun 2018. Pengeluaran sektor ini meningkat kepada RM18, 493 juta berbanding dengan
pengeluaran pada tahun 2000 yang bernilai RM18,166 juta.
Sektor perkhidmatan terjejas dengan teruk akibat kegawatan ekonomi yang melanda
negara. Kesannya masih terasa pada tahun 2018 dengan kadar pertumbuhannya -2.8%.
Memandangkan kegiatan ekonomi yang terjejas selepas tahun 2019, nilai ditambah sektor
perkhidmatan yang diterajui oleh sektor kecil pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
serta sektor kecil kewangan, insurans, hartanah, dan perkhidmatan perniagaan merosot kepada
-7.2% pada tahun 2020 berbanding dengan 3.9% pada tahun 2019.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi, 2020)
34
Jawapan Graf Bar Memesong Berkompaun
MALAYSIA: KADAR PERTUMBUHAN EKONOMI PELBAGAI SEKTOR DARI
TAHUN 2018 HINGGA TAHUN 2020 (ANGGARAN)
Tahun Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%)
Sektor
Perkilangan 2018 2019 2020 (Anggaran)
Pembinaan -3.0
Perlombongan 8.0 -6.0 -11.0
Pertanian, 0.3
Penternakan, 0.2 3.9 -6.5
Perhutanan dan
Perikanan 0.6 -2.7
Perkhidmatan
0.8 -2.8
-2.8 3.9 -7.2
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi, 2020)
35
Latihan Graf Gabungan : Bar Kompaun + Satu Garis
Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan yang berikut, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan perolehan dan perbelanjaan bekalan air serta aliran lebihan kos pengurusan
bekalan air mengikut negeri terpilih pada tahun 2011.
Isu air merupakan isu yang rumit untuk diselesaikan. Pada tahun 2011, kutipan hasil air
di seluruh negara adalah sebanyak RM2,227 bilion sedangkan kos operasi lebih tinggi, iaitu
sebanyak RM2,764 bilion. Pelbagai masalah berkaitan dengan pengurusan air dihadapi oleh
negeri-negeri di Malaysia. Antara masalah tersebut ialah pengkorporatan sumber air,
kelemahan badan-badan tertentu, tiada kerjasama dan sebagainya.
Negeri Johor begitu berhati-hati dalam menguruskan bekalan air kerana syarikat yang
terlibat disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Negeri Johor memperoleh RM416.4 juta
dan membelanjakan RM251.4 juta untuk menguruskan bekalan air. Oleh itu, negeri tersebut
mendapat lebihan sebanyak RM165.0 juta. Sementara itu, negeri Kedah memperoleh RM133.1
juta hasil kutipan air dan membelanjakan sebanyak RM97.4 juta untuk tujuan pengurusan dan
perbelanjaan.
Bagi negeri Kelantan pula, sebanyak RM41.5 juta telah dikutip dan sebanyak RM30.5
juta juga telah dibelanjakan untuk membayar gaji pekerja, membaik pulih alatan, dan
perbelanjaan-perbelanjaan lain.
Negeri Melaka telah berjaya mengumpul hasil sebanyak RM94.3 juta dan RM68.6 juta
pula dibelanjakan, dengan lebihan sebanyak RM25.7 juta. Negeri Sembilan tidak mengalami
masalah pengurusan air. Sebagai bukti negeri tersebut berjaya mengutip hasil air sebanyak
RM77.3 juta berbanding dengan RM61.2 juta yang digunakan untuk tujuan pengurusan.
Sehingga kini hanya enam buah negeri yang menyokong penuh perancangan oleh
Majlis Sumber Air Negara. Walau bagaimanapun, negeri-negeri lain masih belum
menyuarakan sokongan mereka mungkin kerana perkara ini perlu mendapat persetujuan
daripada Dewan Undangan Negeri terlebih dahulu.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan
Cawangan Bekalan Air, Jabatan Kerja Raya,
2011)
36
Jawapan Graf Gabungan – Bar Kompaun + Satu Garis
MALAYSIA: PEROLEHAN DAN PERBELANJAAN BEKALAN AIR SERTA ALIRAN
LEBIHAN KOS PENGURUSAN BEKALAN AIR MENGIKUT NEGERI TERPILIH
PADA TAHUN 2011
Perolehan, Perbelanjaan dan Lebihan Kos Pengurusan Bekalan Air
Negeri (RM juta)
Johor Perolehan Perbelanjaan Lebihan
Kedah
Kelantan 416.4 251.4 165.0
Melaka
Negeri Sembilan 133.1 97.4 35.7
41.5 30.5 11.0
94.3 68.6 25.7
77.3 61.2 16.1
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Cawangan Bekalan Air, Jabatan
Kerja Raya, 2011)
37
Latihan Graf Gabungan: Bar Kompaun + Banyak Garis
Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan yang berikut, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkan pendapatan purata isi rumah kasar bulanan mengikut kumpulan etnik dan
kadar pengangguran di kawasan bandar dan luar bandar bagi tahun-tahun yang dinyatakan.
Kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah kasar bulanan penduduk bumiputera adalah
sebanyak 6.5% pada tahun 2018. Golongan bumiputera memperoleh pendapatan purata isi
rumah kasar sebanyak RM2,604 sebulan pada tahun tersebut. Kaum Cina memperoleh
pendapatan lebih daripada Bumiputera sebanyak RM1,086 sebulan. Kaum India pula sebanyak
RM2,940 sebulan dan kaum-kaum lain sebanyak RM2,284 sebulan. Kadar pengangguran
dalam kalangan penduduk bandar adalah sebanyak 3.2% manakala kadar pengangguran dalam
kalangan penduduk luar bandar adalah lebih 1.5%.
Pada tahun 2019, kaum bumiputera memperoleh pendapatan purata isi rumah kasar
sebulan sebanyak RM2,830, kaum Cina sebanyak RM3,818 dan kaum India RM3,096,
manakala kaum-kaum lain mencatatkan pendapatan purata isi rumah sebanyak RM2,704
sebulan. Pendapatan kaum-kaum lain ini adalah lebih tinggi sebanyak RM736 berbanding
tahun yang berikutnya. Kadar pertumbuhan purata bagi kaum Cina untuk tempoh tersebut
adalah sebanyak 4.6%. Kadar pengangguran penduduk bandar yang mencatatkan 3.5% adalah
kurang 0.9% berbanding penduduk luar bandar.
Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita pada suku pertama tahun 2020 telah
menjejaskan pendapatan purata bulanan isi rumah kasar. Pendapatan purata isi rumah kasar
sebulan golongan Bumiputera telah merosot sebanyak RM811 berbanding tahun sebelumnya.
Pendapatan purata kasar bulanan isi rumah Cina juga merosot sebanyak RM833. Begitu juga
dengan kaum India, pendapatan purata isi rumah kasar mereka juga merosot sebanyak RM899
sebulan. Pandemik ini turut menyebabkan kadar pengangguran meningkat dengan drastik, iaitu
peningkatan sebanyak 1.5% di kawasan bandar dan 2.5% dalam kalangan penduduk luar
bandar berbanding tahun sebelumnya.
Rakyat Malaysia haruslah bekerjasama dan bersatu tenaga untuk mengatasi masalah
pandemik Covid-19 ini dengan secepat mungkin agar masalah pengangguran dapat
diselesaikan dengan segera dan pendapatan purata isi rumah akan meningkat semula.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia,
2021)
38
Jawapan Graf Gabungan – Bar Kompaun + Banyak Garis
MALAYSIA: PENDAPATAN PURATA ISI RUMAH KASAR BULANAN MENGIKUT
KUMPULAN ETNIK DAN KADAR PENGANGGURAN DI KAWASAN BANDAR DAN
LUAR BANDAR BAGI TAHUN 2018, 2019 DAN TAHUN 2020
Tahun Pendapatan purata isi
rumah kasar bulanan (RM sebulan)
2018 2019 2020
Kumpulan 2,604 2,830 2,019
Etnik 3,690 3,818 2,985
Bumiputera 2,940 3,096 2,197
Cina 2,284 2,704 1,968
India
Kaum-Kaum 3.2 Kadar Pengangguran (%) 5.0
Lain 4.7 3.5 6.9
Kawasan 4.4
Bandar
Luar Bandar
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia,
2021)
39
Latihan Graf Gabungan : Bar Komponen + Satu Garis
Baca dengan teliti petikan berikut, kemudian lukiskan graf yang sesuai untuk menunjukkan
jumlah eksport perabot dan jumlah cukai yang dipungut daripada pengeksportan pelbagai jenis
perabot bagi tahun-tahun yang dinyatakan.
Jumlah eksport perabot keluaran negara kita setiap tahun semakin meningkat. Hal ini
memberikan gambaran bahawa sektor pembuatan perabot Malaysia berkembang dengan agak
baik. Hakikat ini dapat dibuktikan daripada catatan nilai eksport dari tahun 2014-2019.
Pada tahun 2014, sebanyak 180 500 set perabot telah dieksport ke luar negara, termasuk
ke Asia Barat. Daripada jumlah ini, sebanyak 39.05% ialah perabot rotan, iaitu hasil gabungan
seni kreatif dan komersil yang membanggakan, manakala yang selebihnya merupakan perabot
kayu dan plastik. Perabot yang diperbuat daripada bahan plastik merupakan suatu produk
perabot yang agak baharu di Malaysia. Lima tahun kemudian, iaitu pada tahun 2019, jumlah
keseluruhan eksport meningkat sebanyak 234% berbanding jumlah tahun 2014 ini, suatu
jumlah peningkatan yang amat memberangsangkan. Daripada jumlah itu, perabot kayu dan
plastik mencatatkan angka yang lebih tinggi, iaitu 373 000 set.
Pada tahun 2015, eksport perabot rotan mencatatkan peningkatan sebanyak 15 100 set
berbanding dengan tahun sebelumnya, manakala perabot kayu dan plastik masih mendahului
dengan jumlah lebihan sebanyak 64 900 set berbanding tahun 2014. Pada tahun berikutnya,
eksport perabot rotan hanya meningkat sedikit, iaitu mencatatkan jumlah 97 600 set berbanding
dengan perabot kayu dan plastik yang mencatatkan lebihan sebanyak 69.06% berbanding
dengan eksportnya pada tahun 2015. Pada tahun 2017 pula, eksport perabot kayu dan plastik
mencatat pertambahan yang berterusan, iaitu menjadi 260 000 set, manakala eksport perabot
rotan mencatatkan kurangan sebanyak 90 000 set berbanding dengan jumlah perabot kayu dan
plastik pada tahun itu. Pada tahun 2018 pula, eksport perabot kayu dan plastik mencatatkan
tambahan sebanyak 50 000 set berbanding dengan tahun sebelumnya, manakala eksport
perabot rotan pula mencatatkan pertambahan sebanyak 46 000 set.
Dari segi pungutan cukai pula, nyata bahawa kerajaan berjaya memungut cukai yang
menggalakkan. Pungutan cukai daripada eksport barangan tersebut semakin meningkat, iaitu
telah meningkat sebanyak 116% dalam tempoh tersebut. Jumlah cukai pada tahun 2014 bernilai
RM250 juta. Pada tahun 2015, jumlah itu bertambah sebanyak RM36 juta. Jumlahnya pada
tahun 2018 adalah 14.87% lebih tinggi daripada jumlah pada tahun sebelumnya yang
mencatatkan angka RM412 juta. Pada tahun 2016 pula, jumlahnya ialah RM32 juta melebihi
jumlah yang dipungut pada tahun sebelumnya.
(Dipetik dan disesuaikan
daripada Malaysian Business,
June, 1999)
40
Jawapan Graf Gabungan – Bar Komponen + Satu Garis
MALAYSIA: JUMLAH EKSPORT PERABOT DAN JUMLAH CUKAI YANG
DIPUNGUT DARIPADA PENGEKSPORTAN PELBAGAI JENIS PERABOT DARI
TAHUN 2014 HINGGA TAHUN 2019
Jumlah Eksport Perabot ( Set )
Tahun 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Jenis
Perabot 70,485 85,585 97,600 170,000 220,000 229,870
Perabot 110,015 150,485 254,410 260,000 306,000 373,000
Rotan
Perabot 180,500 236,070 352,010 430,000 526,000 602,870
Kayu dan
Plastik Jumlah Cukai Yang Dipungut Daripada Pengeksportan Pelbagai Jenis
Jumlah
Perabot (RM juta)
Tahun
Jumlah 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Cukai
250 286 318 412 473 540
(Dipetik dan disesuaikan
daripada Malaysian Business,
June, 1999)
41
Latihan Graf Gabungan : Bar Komponen + Banyak Garis
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah penagih dadah mengikut kaum serta peratusan penagih yang dipulihkan dan yang
menagih semula dari tahun 2017 hingga tahun 2020.
Masalah penagihan dadah di negara ini semakin lama semakin parah sekiranya tidak dibanteras
secara habis-habisan. Golongan penagih dadah ini tidak mampu berusaha, sebaliknya menimbulkan
pelbagai masalah sosial dan mengancam keharmonian negara. Mereka dianggap seumpama sampah
masyarakat yang mendiami lorong-lorong kotor dan menjijikkan.
Pada tahun 2017, sebanyak 36,284 orang penagih dadah telah dikenal pasti dan ditangkap.
Sejumlah 25,578 orang daripadanya terdiri daripada kaum Melayu, 5,694 orang kaum Cina, dan kaum
India berjumlah 3,945 orang atau 10.9%. Kaum-kaum lain pula adalah sebanyak 1,067 orang atau 2.9%.
Purata tangkapan penagih dadah dalam sehari ialah 93 orang.
Jumlah tangkapan pada tahun yang berikutnya meningkat kepada 37,588 orang berbanding
dengan tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, 27,370 orang terdiri daripada kaum Melayu atau
72.8%. Kaum Cina pula mencatatkan kemerosotan kepada 5,235 orang atau 13.9%, manakala kaum
India sebanyak 3,609 orang ditangkap.
Pada tahun 2019, penagih dadah daripada kaum Melayu dikenal pasti berjumlah 24,224 orang
dan kaum Cina 5,880 orang atau 16.6%. Faktor pengaruh rakan sebaya dan keruntuhan institusi
keluarga dikenal pasti sebagai punca kebanyakan remaja negara ini terjebak dengan penagihan dadah.
Kaum India mencatatkan bilangan 3,498 orang dan kaum-kaum lain 1,757 orang atau 5.0%.
Pada tahun yang berikut, jumlah penagih dadah yang dikesan menunjukkan kemerosotan
kepada 30,393 orang. Daripada jumlah tersebut, 5,462 orang terdiri daripada penagih kaum Cina, 3,331
orang penagih India, dan 1,453 orang penagih daripada kaum-kaum lain atau 18.0%, 11.0% dan 4.8%
masing-masing.
Untuk menyelesaikan masalah penagihan dadah dalam kalangan rakyat negara ini, kerajaan
telah menubuhkan banyak pusat serenti untuk memulihkan penagih-penagih tersebut. Pada tahun 2017,
daripada dekat 20,000 orang penagih dadah yang berada di pusat serenti itu, sebanyak 18.3% telah
berjaya dipulihkan dan dibebaskan. Satu tahun kemudian, walaupun ada penagih baru yang
dimasukkan, namun bilangan yang berjaya dipulihkan meningkat, iaitu mencecah 21.7%. Peratusan
yang dapat dipulihkan dalam dua tahun yang seterusnya naik lagi, iaitu meningkat sebanyak 2.3% dan
3.1% masing-masing.
Perangkaan tentang peratusan penagih yang berjaya dipulihkan amat memberangsangkan,
tetapi sayangnya, daripada penagih yang dipulihkan ini, kebanyakan daripada mereka telah menagih
semula. Hal ini disebabkan pengaruh rakan lama mereka, tarikan sindiket menjual dadah, tekanan
daripada pandangan serong masyarakat dan banyak lagi sebab lain yang akhirnya mengheret mereka ke
kancah dadah semula. Oleh itu, pada tahun 2017, 53.8% daripada yang pulih telah menagih semula.
Kadar ini bertambah sebanyak 2.1% dan 1.5% masing-masing dalam dua tahun berikutnya. Pada tahun
2020, 50.8% daripada yang telah pulih menagih semula.
Daripada statistik yang dikemukakan, jelas menunjukkan bahawa kerajaan terpaksa
membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memulihkan mereka di samping memelihara keselamatan dan
kesejahteraan masyarakat. Kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk membanteras gejala ini.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan PEMADAM, Mac, 2021)
42
Jawapan Graf Gabungan – Bar Komponen + Banyak Garis
MALAYSIA: JUMLAH PENAGIH DADAH MENGIKUT KAUM SERTA PERATUSAN
PENAGIH YANG DIPULIHKAN DAN YANG MENAGIH SEMULA DARI TAHUN 2017
HINGGA TAHUN 2020
Tahun Jumlah Penagih Dadah (orang)
2017 2018 2019 2020
Kumpulan 25,578 27,370 24,224 20,147
Etnik 5,694 5,235 5,880 5,462
Bumiputera 3,945 3,609 3,498 3,331
Cina 1,067 1,374 1,757 1,453
India 36,284 37,588 35,359 30,393
Kaum-Kaum Lain
Jumlah
Jenis Penagih Peratusan Penagih Yang Dipulihkan dan Yang Menagih Semula
(%)
Dipulihkan
Menagih Semula 18.3 21.7 24.0 27.1
53.1 55.9 57.4 50.8
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia,
2021)
43
Latihan Kendiri 1
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk
menunjukkan kadar perubahan ketibaan pelancong ke Malaysia antara tahun 2018 dengan tahun
2019.
Sejak akhir-akhir ini, sektor pelancongan telah menjadi sektor yang semakin penting,
khususnya dalam menyumbang kepada KDNK negara. Kepesatan sektor ini ditunjukkan melalui
kedatangan pelancong yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Pelancong yang datang ke Malaysia kebanyakannya pelancong dari Singapura, Thailand,
Indonesia, Jepun, China, Brunei, Taiwan, Britian, Australia, Amerika Syarikat, India, Asia Barat,
Jerman, Hong Kong, dan negara-negara lain. Pada Tahun 2018 sahaja, jumlah pelancong dari negara-
negara tersebut berjumlah 4,680,692 orang. Jumlah ini meningkat menjadi 7,931,149 orang pada tahun
2019. Jumlah ini merupakan peningkatan lebih kurang 44.83%.
Pada tahun 2018, sebanyak 3,007,666 pelancong dari Singapura datang ke Malaysia. Jumlah
ini bertambah kepada 4,900,084 orang pada tahun 2019, iaitu mencatatkan peratus pertambahan
sebanyak 62.9%. Angka ini merupakan peratus pertambahan yang kedua terbanyak selepas negara
Indonesia. Sementara itu, pelancong dari Thailand pada tahun 2019 berjumlah 498, 578 orang, iaitu
bertambah sebanyak 9.6% berbanding dengan tahun sebelumnya. Pelancong Indonesia telah
mencatatkan pertambahan yang besar, iaitu sebanyak 95.3% dengan catatan 307, 373 orang pada tahun
2019. Pelancong dari Jepun yang datang ke Malaysia ialah 286,940 orang, iaitu berupa pertambahan
sebanyak 34 762 orang berbanding dengan sejumlah 252,178 orang pada tahun 2018. Pelancong dari
China turut menunjukkan pertambahan daripada sejumlah 159,852 orang pada tahun 2018 kepada
190,851 orang pada tahun 2019.
Walaupun Brunei mempunyai jumlah penduduk yang tidak ramai, pelancong dari negara ini
mencatatkan antara jumlah pelancong yang terbanyak datang ke Malaysia, iaitu 187 704 orang pada
tahun 2019. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 4,558 orang. Keadaan ini mungkin
disebabkan negara Brunei ialah negara yang hampir dengan Malaysia, khususnya negeri Sabah dan
Sarawak. Sementara itu, jumlah pelancong Taiwan yang datang ke Malaysia telah merosot sebanyak
14.3 peratus, iaitu berjumlah 136,863 orang pada tahun 2019. Pelancong dari Britain dan Australia juga
turut berkurangan, iaitu masing-masing mencatatkan kemerosotan sebanyak 15.1% dan 7.5%, iaitu
masing-masing berjumlah 136,398 dan 134,311 orang pada tahun 2019.
Pelancong dari Amerika Syarikat telah menunjukkan pertambahan, namun pertambahan ini
kecil, iaitu 0.2% daripada sebanyak 83,089 orang pada tahun 2018 kepada 83,260 orang pada tahun
2019. Walaupun pada umumnya taraf hidup di negara India rendah, namun jumlah pelancong dari India
besar, iaitu 46 537 orang pada tahun 2019, iaitu peningkatan sebanyak 37.9%. Kedatangan pelancong
dari Asia Barat telah mengalami kemerosotan, iaitu 8.9%, iaitu pengurangan daripada 23,854 orang
pada tahun 2018 kepada 21,731 orang pada tahun 2019. Pelancong dari Jerman turut menunjukkan
kemerosotan dari sebanyak 50,583 orang pada tahun 2018 kepada 43,316 orang pada tahun 2019.
Begitu juga dengan pelancong dari Hong Kong telah merosot sebanyak 23,167 orang pada tahun 2018,
berbanding dengan sejumlah 90,148 orang pada tahun 2019. Pelancong dari negara-negara lain pula
telah meningkat, iaitu sejumlah 890,222 orang pada tahun 2019 berbanding dengan 588,714 orang pada
tahun 2018.
(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan
daripada Laporan Jabatan Imigresen
Malaysia, 2019/2020)
44
Latihan Kendiri 2
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah gunatenaga mengikut sektor dan aliran kadar gunatenaga serta kadar
pengangguran dari tahun 2017 hingga tahun 2019.
Menurut bancian penduduk yang dijalankan pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia ialah
27.32 juta orang. Daripada jumlah itu, 43.89% daripadanya merupakan sumber tenaga kerja yang
membantu dalam pembangunan negara. Sebenarnya, trend gunatenaga Malaysia terus meningkat dari
tahun 2017 hingga tahun 2019. Pada tahun 2017, jumlah gunatenaga adalah sebanyak 10.61 juta orang.
Angka ini meningkat kepada 10.92 juta orang pada tahun 2018 dan mencecah angka 11. 21 juta orang
pada tahun berikutnya.
Gunatenaga ini dapat dibahagikan kepada beberapa sektor utama. Sektor perkilangan
merupakan sektor yang utama memandangkan negara kita sedang berusaha gigih untuk menjayakan
Wawasan 2020 pada masa itu. Setiap tahun, bilangan gunatenaga dalam sektor ini mengatasi sektor-
sektor lain. Pada tahun 2017 dan 2018, bilangan gunatenaga dalam sektor ini adalah masing-masing
sebanyak 4.0 juta orang dan 4.1 juta orang. Angka tahun 2019 melebihi tahun sebelumnya sebanyak
0.8 juta orang.
Dalam sektor pertanian, penternakan, perhutanan dan perikanan, gunatenaga pada tahun 2017
dan tahun 2018 adalah sama, iaitu 1.35 juta orang. Angkanya naik sedikit kepada 1.51 juta pada tahun
2019.
Sektor perkhidmatan tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Pada tahun 2017, gunatenaga
sektor ini adalah sebanyak 1.88 juta orang. Setahun kemudian, angka ini naik sebanyak 0.23 juta orang,
kemudian pada tahun 2019, bilangan gunatenaga dalam sektor ini turun semula kepada 1.72juta orang.
Gunatenaga dalam sektor pembinaan banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi negara.
Terdapat 1.78 juta orang terlibat dalam sektor ini pada tahun 2017. Akibat keadaan ekonomi yang
lembap, gunatenaga dalam sektor ini turun sebanyak 0.16 juta orang pada tahun berikutnya. Pada tahun
2019, sektor ini mencatatkan gunatenaga sebanyak 1,720 ribu orang.
Sektor perlombongan dan kuari melibatkan gunatenaga yang paling sedikit. Tiada lombong
baharu dan kehausan sumber galian merupakan puncanya. Oleh itu, dalam jangka masa tiga tahun ini,
kemerosotan gunatenaga telah dicatatkan. Pada tahun 2017, terdapat 0.35 juta orang gunatenaga dalam
sektor ini, kemudian turun sebanyak 0.05 juta orang pada tahun 2018, dan pada tahun 2019, gunatenaga
sektor ini adalah 0.28 juta orang. Sektor-sektor lain juga menawarkan pekerjaan kepada tenaga kerja di
negara ini.
Jelas kelihatan di sini bahawa kadar gunatenaga berkait rapat dengan kadar pengangguran
negara ini. Apabila kadar gunatenaga naik, kadar pengangguran akan turun. Pada tahun 2017, kadar
gunatenaga mencatatkan 95.6%, jadi kadar pengangguran adalah sebanyak 4.4%. Kadar gunatenaga
merosot pada tahun 2018 menjadi 94.8%, kemudiaan meningkat semula menjadi 96.3% pada tahun
2019. Oleh itu, kadar pengangguran turut menunjukkan trend tidak konsisten.
Ringkasnya, kemajuan negara dapat dilihat dengan jelas melalui kadar gunatenaga dan kadar
pengangguran negara tersebut.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi 2020, Bank
Negara Malaysia
45
Latihan Kendiri 3
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai
untuk menunjukkan imbangan perdagangan Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2012.
Perdagangan luar Malaysia sama ada import atau eksport banyak bergantung kepada
perdagangan dengan negara Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, negara-negara EU dan
negara-negara lain. Eksport terbesar negara ialah Amerika Syarikat, iaitu sebanyak 20.2% pada
tahun 2012.
Perdagangan luar negara pada tahun 2008 melibatkan jumlah eksport sebanyak
RM286,563 juta dan jumlah eksport ini meningkat kepada RM321,560 juta pada tahun 2009
berbanding dengan jumlah import yang mencatatkan RM248,477 juta, iaitu peningkatan
sebanyak RM20,353 juta berbanding tahun 2008.
Secara umumnya, imbangan perdagangan negara berada pada tahap positif kerana
eksport negara melebihi import walaupun negara mengalami kegawatan ekonomi.
Perdagangan dengan negara-negara maju masih mampu diteruskan walaupun negara
mengalami kadar pertukaran wang yang agak menyulitkan.
Jumlah eksport negara pada tahun 2010 ialah RM373,270 juta. Jumlah ini merosot
sebanyak RM38,986 juta pada tahun 2011. Namun begitu pada tahun 2012, jumlah ini telah
meningkat semula sebanyak RM19,794 juta daripada tahun sebelumnya.
Jumlah import negara pada tahun 2010 telah meningkat dengan agak tinggi iaitu
sebanyak RM162,982 juta berbanding dengan tahun 2009. Walau bagaimanapun, jumlah
import ini merosot kepada RM380,229 juta pada tahun yang berikutnya. Pada tahun 2012
menyaksikan penurunan kembali jumlah import negara sebanyak RM77,640 juta.
Kegawatan ekonomi adalah kesan daripada peningkatan jumlah import. Kerajaan
terpaksa menggiatkan lagi aktiviti eksport negara agar imbangan negara tidak akan menjadi
negatif.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2013)
46
Latihan Kendiri 4
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan perdagangan eksport dan import petroleum mentah negara serta aliran
imbangan dagangan petroleum mentah negara bagi tahun 2013 hingga tahun 2017.
Malaysia telah mengeksport lebih banyak petroleum mentah negara disebabkan oleh
kualitinya yang lebih baik berbanding dengan petroleum negara lain. Keuntungan daripada
pengeksportan petroleum mentah negara telah dapat memajukan ekonomi negara. Walau
bagaimanapun, negara juga terpaksa mengimport petroleum mentah untuk memenuhi
permintaan dalam negara.
Pada tahun 2013, nilai eksport petroleum mentah negara berjumlah RM7535.4 juta dan
kemudiannya meningkat kepada RM9306.4 juta pada tahun berikutnya. Harga petroleum
mentah negara merupakan antara harga yang paling mahal di dunia disebabkan kandungan
plumbum yang rendah. Walau bagaimanapun, kuantiti pengeluarannya merosot kepada
17725.0 juta tan metrik berbanding dengan 18071.0 juta tan metrik pada tahun 2013.
Nilai eksport petroleum mentah semakin meningkat kepada hampir 40% pada tahun
2015, iaitu sebanyak RM10245.1 juta. Kuantiti pengeluarannya juga kelihatan merosot kepada
16672.0 juta tan metrik.
Namun pada tahun 2016, nilai eksport petroleum mentah mencatatkan kemerosotan
sebanyak RM3086 juta berbanding dengan tahun sebelumnya. Namun, nilai ini meningkat
semula apabila kuantiti pengeluaran ditingkatkan kepada 16192.0 juta tan metrik pada tahun
2016. Nilai eksport pada tahun 2017 ialah RM11599.8 juta.
Nilai import petroleum mentah pula mencatatkan peningkatan setiap tahun kecuali pada
tahun 2017. Nilai itu merosot sebanyak RM1113.9 juta berbanding dengan tahun sebelumnya.
Jumlah import pada tahun 2013 ialah RM680.2 juta dan meningkat kepada RM1357.4
juta pada tahun yang berikutnya. Pada tahun 2015, nilai import naik mendadak kepada
RM5000.3 juta. Pada tahun 2016 pula, nilai import kelihatan meningkat sebanyak RM891.1
juta berbanding dengan tahun 2015.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku
Perangkaan Malaysia, 2003)
47
Latihan Kendiri 5
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan amaun pinjaman yang telah dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia bagi Rancangan
Malaysia Kesepuluh (2011-2015).
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), permintaan kredit secara
keseluruhannya tetap teguh walaupun kegiatan ekonomi semakin perlahan. Pinjaman yang dikeluarkan
oleh bank-bank tempatan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh telah disalurkan terutamanya
kepada sektor-sektor pembuatan, pembinaan, dan pinjaman perseorangan.
Pada tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesepuluh, jumlah kredit yang diberikan oleh bank
kepada sektor hartanah adalah sebanyak RM10,325 juta berbanding dengan jumlah tahun-tahun
sebelumnya iaitu sebanyak RM8,708 juta pada tahun 2014, RM6,402 juta bagi tahun 2013, RM4,809
juta dalam tahun 2012, dan RM3,624 juta untuk tahun 2011.
Pertambahan kredit oleh bank kepada sektor hartanah boleh dikatakan berkait rapat dengan
permintaan terhadap rumah-rumah kediaman. Pinjaman perumahan juga terus meningkat daripada
RM3,645 juta pada awal Rancangan Malaysia Kesepuluh kepada RM4,570 juta pada tahun berikut dan
RM5440 juta pada tahun 2013. Pada tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesepuluh, jumlah pinjaman
perumahan ini telah meningkat 21.9% berbanding jumlah pada tahun sebelumnya iaitu RM6,672 juta.
Bagi memajukan sektor hartanah lagi, bank juga menambah jumlah kredit kepada sektor
pembinaan. Pinjaman untuk sektor ini telah bertambah lebih daripada 100% pada akhir Rancangan
Malaysia Kesepuluh jika dibandingkan dengan jumlah pada awal rancangan tersebut. Jumlah pinjaman
yang diberikan oleh bank kepada sektor ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah sebanyak
RM2,155 juta pada tahun 2011, RM2,440 juta pada tahun 2012 dan RM3,158 juta bagi tahun 2013.
Pada tahun 2014 dan tahun 2015 pula, angka ini telah meningkat kepada RM4,016 juta dan RM4,524
juta masing-masing.
Sektor pembuatan ialah sektor yang mendapat kemudahan kredit paling tinggi daripada bank-
bank pada peringkat awal Rancangan Malaysia Kesepuluh, iaitu 40.97% daripada jumlah kredit tahun
2011. Jumlah ini terus meningkat kepada RM14,206 juta pada tahun 2012 dan RM17,017 juta pada
tahun 2013. Walau bagaimanapun, pada dua tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesepuluh, peratusan
kredit bank kepada sektor ini merosot kepada 32.14% dan 30.56% daripada jumlah kredit RM57,917
juta dan RM65,990 juta yang dikeluarkan oleh bank-bank bagi tahun-tahun 2014 dan 2015 masing-
masing. Jumlah pinjaman pada tahun-tahun 2011, 2012 dan 2013 berjumlah RM32,492 juta, RM38,139
juta dan RM47,911 juta.
Bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan pertanian, bank juga terus memberikan
bantuan kredit kepada sektor ini dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh iaitu RM2,454 juta, RM2,778
juta dan RM3,215 juta masing-masing pada tiga tahun pertama dan RM3,560 juta dan RM3,793 juta
bagi dua tahun terakhir. Yang selebihnya merupakan pinjaman untuk sector-sektor lain. Jumlah kredit
itu jelas menunjukkan sektor pembuatan menjadi asas kepada pembangunan negara ini.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Rancangan
Malaysia Kesepuluh, 2011-2015)
48
Latihan Kendiri 6
Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan jumlah kes keciciran pelajar mengikut kaum dan kadar buta huruf di Malaysia bagi tahun-
tahun yang dinyatakan.
Laporan Perangkaan Pelajar Sekolah Malaysia yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa 27.3% daripada 6,860 buah sekolah rendah yang
dikaji mempunyai masalah keciciran, manakala 58.7% daripada 1,360 buah sekolah menengah juga
mengalami fenomena yang serupa.
Kes-kes keciciran merupakan kes-kes pelajar berhenti sekolah bukan disebabkan gagal
mencapai tahap kelulusan yang diperlukan. Kes-kes ini berlaku dalam semua peringkat umur. Secara
purata, jumlah kes keciciran yang dilaporkan semakin berkurangan dari tahun 2008 hingga tahun 2011.
Pada tahun 2008, kaum Melayu merupakan kaum yang paling banyak dilaporkan berhenti
sekolah, iaitu sebanyak 3,836 kes, diikuti oleh kaum Cina 1,072 kes, kaum India 814 kes dan kaum-
kaum lain sebanyak 616 kes.
Pada tahun 2009, kes keciciran dalam kalangan kaum Melayu merosot sebanyak 44 kes
berbanding dengan tahun sebelumnya. Kaum Cina menunjukkan bilangan 837 kes, kaum India merosot
sebanyak 160 kes dan kaum-kaum lain juga merosot kepada 417 kes.
Jumlah kes keciciran yang dilaporkan pada tahun 2010 adalah sebanyak 5,284 kes, iaitu
menurun sebanyak 416 kes berbanding dengan tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, kaum Melayu
masih berada di tempat yang paling tinggi, iaitu sebanyak 3,442 kes, kaum Cina 867 kes, kaum India
613 kes dan kaum-kaum lain selebihnya.
Pada tahun 2011, jumlah kes keciciran berada pada tahap yang paling rendah antara keempat-
empat tahun, iaitu hanya mencatatkan 3,479 kes. Kaum Melayu menunjukkan bilangan keciciran
sebanyak 2,288 kes, India 383 kes, kaum-kaum lain 262 kes dan kaum Cina selebihnya.
Kebanyakan kes keciciran biasanya berlaku selepas murid-murid tidak hadir ke sekolah untuk
satu jangka masa yang panjang. Antara sebab kes keciciran berlaku adalah faktor kemiskinan dan
pengaruh rakan sebaya. Sebanyak 25.7% remaja perempuan yang cicir adalah disebabkan kes lari dari
rumah dan 76.3% daripada gadis yang terjebak dalam kancah maksiat merupakan gadis bawah 18 tahun.
Hal ini menunjukkan betapa perlunya kes keciciran ini dihentikan agar kanak-kanak menerima
pendidikan sekurang-kurangnya sehingga mereka berusia 17 tahun. Setelah mencapai umur ini, barulah
mereka berfikiran matang dan tidak akan ditipu sehingga terperangkap dalam lembah maksiat.
Kes keciciran yang tinggi akan menyebabkan kadar buta huruf di negara kita tinggi. Pada tahun
2008, kadar buta huruf di negara kita adalah sebanyak 2.32%. Angka ini turun kepada 2.16% pada tahun
berikutnya dan turun lagi kepada 1.96% pada tahun 2010. Suatu keadaan yang memberangsangkan
adalah trend penurunan yang berterusan dalam kadar buta huruf di negara kita kerana pada tahun 2011,
kadar buta huruf turun lagi sebanyak 0.31%.
Usaha-usaha wajar diambil bagi mengatasi kes-kes keciciran sebelum masalah ini bertambah
parah. Ibu bapa, guru, dan masyarakat perlu memberikan perhatian kepada kanak-kanak dan remaja
supaya mereka membesar dengan pendidikan yang sewajarnya dan menerima pendidikan yang
secukupnya agar tonggak negara pada masa akan datang ini mempunyai peribadi dan akhlak yang
mulia.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan
Data Murid, Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2012)
49
Latihan Kenduri 7
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai
untuk menunjukkkan permintaan dalam negara dan eksport bersih negara serta aliran kadar
pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK) benar dan kadar pertumbuhan rizab bersih negara
dari tahun 2006 hingga tahun 2010.
Rangsangan fiskal bernilai RM3 bilion yang dilaksanakan pada tahun 2010 tidak akan
menghadapi masalah pembiayaan kerana Malaysia pernah melaksanakan langkah ini pada
tahun 1998 untuk menghadapi kegawatan ekonomi yang melanda negara pada masa itu.
Pada tahun 2006, permintaan dalam negara berjumlah RM5,432 juta. Pada tahun 2007,
permintaaan ini bertambah sebanyak RM271.6 juta. Pada tahun 2008, permintaan dalam negara
meningkat kepada RM6,159.88 juta. Apabila kegawatan ekonomi melanda negara, kesannya
dirasai pada tahun 2009. Permintaan dalam negara telah jatuh sebanyak RM554.39 juta kepada
RM5,605.49 juta. Dasar fiskal negara berjaya untuk membawa pertumbuhan positif pada tahun
yang berikutnya. Pertumbuhan sebanyak 2% dapat dicapai.
Eksport bersih negara mengalami pertumbuhan yang negatif ketika negara mengalami
kegawatan dan ekonomi dunia menjadi lembap. Pada tahun 2006, jumlah eksport bersih ialah
RM4,786 juta. Pada tahun yang berikutnya, angkanya bertambah sebanyak RM95.72 juta.
Namun begitu, pada tahun 2008, nilai eksport merosot ke paras RM4,784.09 juta. Usaha yang
dijalankan oleh kerajaan telah menyebabkan harga barangan eksport negara murah dan stabil.
Dengan itu, eksport bersih negara meningkat kepada RM5,693.06 juta pada tahun 2009.
Pertumbuhannya menjadi perlahan pada tahun 2010. Eksport negara hanya meningkat
sebanyak 4% kepada RM5,920.78 juta.
Kadar pertumbuhan KNK benar negara kita hanya mengalami angka negatif pada tahun
1998 semasa negara mengalami tempias hebat krisis ekonomi Asia. Pada tahun-tahun lain,
negara kita masih mampu mencatatkan kadar pertumbuhan positif dalam KNK benar negara.
Begitu juga, kadar pertumbuhan rizab bersih negara juga mampu mempertahankan angka
positifnya melainkan tahun 1998. Kadar pertumbuhan KNK benar pada tahun 2006 ialah 9.1%.
Angka ini meningkat kepada 14.2% pada tahun 2007 dan kepada 8.0% pada tahun yang
berikutnya. Keadaan yang sama dapat dilihat dalam kadar pertumbuhan rizab bersih negara
apabila angkanya mencatatkan 8.1% pada tahun 2006, 11.9% pada tahun 2007 dan 7.3% pada
tahun 2008. Pada tahun 2009, apabila kadar pertumbuhan KNK benar merosot sebanyak 2.3%,
kadar pertumbuhan rizab bersih negara juga merosot sebanyak 1.2%. Usaha kerajaan untuk
menjana ekonomi menampakkan kesannya pada tahun 2010. Kadar pertumbuhan KNK benar
naik semula kepada 8.8% manakala kadar pertumbuhan rizab bersih negara meningkat kepada
7.9%.
Sebagai kesimpulannya, kekukuhan fundamental ekonomi Malaysia membolehkan
Malaysia mempunyai fleksibiliti untuk bertindak balas terhadap kelembapan ekonomi global
untuk membiayai keperluan merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan.
(Sumber: Laporan Tahunan 2010,
Bank Negara)
50