GEROBOK
Gerobok.
Ini gerobok.
Ini gerobok kayu.
Ini gerobok kayu Fatimah.
Gerobok Fatimah tepi kabinet.
Fatimah simpan ketayap dalam
gerobok.
Gerobok Fatimah ada cermin.
Fatimah selalu lap cermin gerobok
BASIKAL
Basikal.
Ini basikal.
Ini basikal baru.
Ini basikal baru Baharom.
Basikal baru Baharom warna merah.
Baharom baru belajar basikal.
Baharom mahu bawa basikal.
Baharom mahu bawa basikal ke
sekolah.
RUGAYAH
Rugayah.
Ini Rugayah.
Rugayah pelajar sekolah.
Rugayah pelajar sekolah rendah.
Rugayah suka belajar.
Rugayah suka belajar sejarah.
Pipi Rugayah ada jerawat.
Rugayah sapu ubat pada jerawat.
KETUHAR
Ketuhar.
Ini ketuhar.
Ini ketuhar baru.
Ini ketuhar baru emak.
Emak letak ketuhar di dapur.
Emak guna ketuhar bila memasak.
Emak guna ketuhar bakar ayam.
Emak lap kotoran pada ketuhar.
SEKOLAH
Sekolah.
Ini sekolah.
Ini sekolah rendah.
Ini sekolah rendah baru.
Sekolah baru dicat warna oren.
Sekolah baru ini tepi pawagam.
Sekolah baru bersih dan cantik.
Pelajar sekolah selesa belajar.
VITAMIN
Vitamin.
Ini vitamin.
Ini vitamin datuk.
Datuk selalu makan vitamin.
Datuk makan vitamin sebiji sehari.
Datuk rasa lebih sihat dan cergas.
Datuk juga amal senaman.
Datuk amal senaman yoga.
MAJALAH
Majalah.
Ini majalah.
Ini majalah sekolah.
Majalah sekolah ada buletin.
Dalam buletin ada cerita pelajar.
Ada juga buletin teknik belajar.
Majalah ini diberi kepada pelajar.
Pelajar suka baca majalah sekolah.
BELATUK
Belatuk.
Ini belatuk.
Belatuk ada bulu.
Belatuk ada bulu pelepah.
Belatuk ada di pokok.
Belatuk patuk pokok itu.
Belatuk patuk pokok guna paruh.
Belatuk patuk pokok guna paruh
tajam.
KABINET
Kabinet.
Ini kabinet.
Ini kabinet makanan.
Kabinet makanan ini ada di dapur.
Ibu simpan makanan dalam kabinet.
Ibu simpan karipap dalam kabinet.
Dalam kabinet juga ada bijirin.
Ibu selalu makan sarapan bijirin.
PEKEBUN
Pekebun.
Ini pekebun.
Ini pekebun lelaki.
Pekebun sedang menanam pokok.
Pekebun juga tanam ubi keledek.
Pekebun selalu menebas rumput.
Pekebun menabur baja pada pokok.
Kawasan kebun jadi subur dan
bersih.