The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurarifahhanif0420, 2022-11-24 04:43:57

TUGASAN 2 BMMB1074 NUR ARIFAH QASHRINA BINTI HANIF BM1

BMMB1074 Sejarah perkembangan sistem ejaan rumi

IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, KUALA NERUS
TUGASAN 2 : E-PORTFOLIO

BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NAMA : NUR ARIFAH QASHRINA BINTI HANIF
ANGKA GILIRAN : 2022092310012
NO. TELEFON : 0172898240
OPSYEN : PPISMP/ BM1
AMBILAN : TAHUN 2022
KOD KURSUS : BMMB1074
NAMA KURSUS : SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN
JABATAN/UNIT : JABATAN PENGAJIAN MELAYU
TARIKH SERAHAN : 10 SEPTEMBER 2022

Pengakuan Pelajar:

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ilaha hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar:______________________ Tarikh: 10 September 2022

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN HALAMAN
PENGHARGAAN 2
3
1.0 PENGENALAN 3
2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT
4
KRONOLOGI 4
2.1 SISTEM EJAAN CH, VAN OPSHUSYEN (1900) 5
2.2 SISTEM EJAAN WILKINSON (1902)
2.3 SISTEM EJAAN ZA’BA (1933) 5-6
2.4 EJAAN RUMI SELEPAS ZA’BA 6-7
2.4.1 EJAAN RUMI FAJAR ASIA 7-8
2.4.2 EJAAN KONGRES
3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM 8-9
9
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI 10
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI
5.0 KESIMPULAN
6.0 RUJUKAN

1

PENGHARGAAN
Saya ingin menyatakan kesyukuran terhadap ilahi kerana telah melimpahkan kurniaannya yang
tidak ternilai kepada saya kerana dengan izin dan bantuan Allah S.W.T segala urusan saya
telah dipermudahkan bagi menyiapkan tugasan 2 penulisan e-Portfolio untuk kod subjek
BMMB1074 iaitu Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr.
Mohd Fadzil bin Baharudin, selaku pensyarah Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu kerana
beliau telah membenarkan saya dan rakan-rakan untuk melaksanakan tugasan ini.
Saya juga berhasrat untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
pernah jemu dalam membantu saya sepanjang menyiapkan tugasan ini terutamanya Dr. Mohd
Fadzil bin Baharudin yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan sekelas saya.
Saya juga berterima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang telah memberi komitmen
dalam berkongsi idea mereka yang bernas serta menjadi pembakar semangat saya dalam
menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan
kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jasa baik kalian amatlah saya
hargai dan tidak akan dilupakan sama sekali.
Sekian, terima kasih.

2

1.0 PENGENALAN
Bahasa ialah suatu sistem sistem bunyi bermakna yang digunakan untuk berkomunikasi oleh
kelompok manusia (Harimurti Kridalaksana 1985:12). Tulisan pula merupakan alat yang
digunakan untuk melahirkan fikiran dan perasaan melalui penulisan. Hasil pemikiran dan
perasaan seseorang mewujudkan butiran-butiran tulisan dan bahasa yang tersusun.
Justifikasinya, kedua-dua bahasa dan tulisan ini telah melengkapkan sesebuah komunikasi
yang dikenali sebagai sistem ejaan. Ejaan merupakan aturan yang melambangkan bunyi
bahasa menjadi bentuk huruf, kata serta kalimat.

2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI
Sistem Ejaan Bahasa Melayu telah berkembang secara meluas sehingga ke tahap pemantapan
pada masa kini. Perkembangan sistem ejaan merupakan sebahagian daripada perkembangan
bahasa Melayu di Tanah Melayu dan Kepulauan Timur Belanda. Betapa pentingnya sistem
ejaan Rumi pada abad ke- 20 disebabkan ramai yang tidak memahami ejaan Jawi
menyebabkan penggambaran sistem bunyi bahasa Melayu kurang jelas bagi mereka. Sudah
banyak usaha yang dilakukan bagi menuliskan kata-kata Melayu ke dalam huruf Rumi serta
menukarkan tulisan Jawi kepada huruf Rumi. Usaha-usaha ini bermula sejak dari zaman
bermulanya penulisan bahasa Melayu dengan huruf Latin oleh pedagang, pengembara dan
juga penjelajar dari Eropah ke Nusantara.

Maka, timbullah pelbagai peraturan Rumi bahasa Melayu daripada pendapat dan pengetahuan
yang berlainan tentang sistem bunyi bahasa Melayu oleh pengkaji-pengkaji yang berbeza.
Pengkajian ini telah menimbulkan kekeliruan kepada ramai pihak kerana sistem tulisan dan
ejaan yang berbagai yang telah digunakan sebagai lambang untuk bunyi-bunyi dalam bahasa
Melayu. Pada abad ke-19, penulisan orang-orang Inggeris serta bunyi-bunyi serapan atau
pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Parsi dan Arab telah menyebabkan wujudnya gangguan
dan ketidakseragaman dalam sistem bunyi bahasa Melayu.

Pada tahun 1902, bermulanya rancangan pembakuan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu yang
pertama di Tanah Melayu dan disempurnakan pada tahun 1972. Antara sistem ejaan Rumi yang
wujud sebelum perang dunia kedua ketika itu ialah Sistem Ejaan CH, Van Ophuysen (1900),
Sistem Ejaan R.J Wilkinson (1902), Sistem Ejaan Za’ba (1933) dan Sistem Fajar Asia (1943).

3

2.1 SISTEM EJAAN CH, VAN OPSHUYSEN (1900)
Sistem ejaan ini merupakan warisan dari ejaan bahasa Melayu yang menjadi dasar dan asal
bahasa Indonesia. Para peneliti yang berminat mengkaji bahasa Melayu telah membentuk
sistem ejaan Rumi di Indonesia. Sistem ejaan yang tersedia ada terutama pada sistem yang
pernah diketengahkan oleh pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda ini telah digabung oleh
Ophuysen bagi mengelakkan penulisan Rumi Melayu di Indonesia yang tidak bersistem dan
untuk menyelaraskan penggunaan ejaan Rumi Melayu bagi tujuan pembelajaran.

2.2 SISTEM EJAAN R.J WILKISON (1902)
Sistem Ejaan RJ Wilkinson merupakan perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu.
Encik Richard James Wilkinson merupakan pentadbir jajahan, cendekiawan dan sejarawan
British yang telah banyak menyumbang kepada Tanah Melayu. Pada tahun 1902, sistem ini
telah diusahakan oleh Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri bersekutu iaitu negeri Perak, Pahang,
Selangor dan Negeri Sembilan. Jawatankuasa telah diperkenalkan iaitu Encik R.J Wilkinson
selaku pengerusi jawatankuasa (Nazir Sekolah-sekolah Melayu, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu) dan disertai dengan beberapa pegawai tinggi seperti Encik H. Conway Belfield
(Pemangku Residen British, Perak) dan Encik D.G. Campbell (Pemangku Residen British,
Selangor) bagi mengkaji dan membentuk sistem ejaan Rumi. Pada tahun 1895, pegawai
pemerintah Inggeris ini telah berjaya menyusun sebuah kamus yang berjudul ‘Malay-English
Dictionary’ dengan ketebalan 1300 halaman. Sistem ini bertujuan untuk menyusun ejaan-ejaan
bagi persekolahan Melayu di negeri-negeri Melayu Bersekutu atas arahan pemerintah. Dalam
sistem ejaan ini, Wilkinson telah mengumpul pendekatan transliterasi huruf Jawi kepada Rumi
sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Terdapat beberapa keistimewaan dalam sistem
ejaan beliau, antaranya ialah sistem ejaan ini boleh didapati dalam kamus Melayu-Inggeris dan
abjadnya yang mengikut abjad jawi telah dianggap unik. Selain itu, di bawah kata masukkan A,
terdapat juga vokal U, E, I dan O kemudian berlakunya ‘Alif’, ‘ba’, ‘ta’, ‘ya’ yang mewakili semua
huruf vokal tersebut. Sistem Ejaan Wilkinson dapat diseragamkan yang dapat mengurangkan
kaedah tersendiri seorang penulis. Namun, sistem ejaan ini juga terdapat kelemahan seperti
huruf-huruf yang menghalang kajian sistem bunyi (fonetik) yang sebenar dan kajian sistem
bunyi-bunyi vokal Melayu juga terhalang. Maka, sukar bagi mereka untuk membunyikan
bunyi-bunyi Melayu yang sebenar. Akhir sekali, sistem ejaan tersebut telah menjadi dasar bagi
Sistem Ejaan Rumi Zaba.

4

2.3 SISTEM EJAAN ZA’BA (1933)
Pada tahun 1933, Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Za’ba telah
menyusun semula sistem ejaan Rumi bahasa Melayu atas sebab sistem ejaan sebelum ini iaitu
Sistem Ejaan Wilkinson yang dipakai didapati mempunyai beberapa kelemahan yang sukar
untuk diatasi. Sistem ini diperkenalkan bagi memantapkan sistem ejaan Rumi dalam bahasa
Melayu dan telah disiarkan dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi - Rumi 1949. Sistem Ejaan Za’ba
atau nama lain baginya iaitu Sistem Ejaan Sekolah dihasilkan di SITC (Maktab Perguruan
Sultan Idris) yang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris pada masa kini dan
terkenal sebelum wujudnya Sistem Ejaan Baharu. Sistem ejaan ini dimuat dalam beberapa
buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC. Antara bukunya ialah
Ilmu Bahasa Melayu Penggal I (1926), Pelita Bahasa Melayu Penggal I (1941) dan Daftar Ejaan
Melayu (Jawi - Rumi) (1949) yang berjudul “Petua-petua Ejaan Rumi” yang dikarang oleh Za’ba
sendiri. Namun, sistem ejaan Rumi Za’ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah
penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang telah mengakibatkan
ketidakseragaman ejaan kata dalam penulisan yang menggunakan tulisan Rumi. Oleh itu,
penggunaan Sistem Ejaan Za’ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang
masih menurut SIstem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi lain yang
digunakan di dalam kamus ekabahasa dan dwibahasa. Kesannya, munculnya kelemahan
sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang berbagai-bagai yang telah mendorong
beberapa pihak menampilkan sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959.

2.4 EJAAN RUMI SELEPAS EJAAN ZA’BA

2.4.1 EJAAN RUMI FAJAR ASIA
Ejaan Rumi yang dikenali sebagai Ejaan Fajar Asia adalah kaedah ejaan yang digunakan
dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula pada tahun 1943

5

di bawah Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Tujuan sistem ini adalah untuk
menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu ketika Sumatera dan Malaya disatukan di bawah
satu pemerintahan. Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia telah menunjukkan sedikit
perbezaan daripada yang terdapat dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Za’ba.
Sistem ini mengekalkan penggunaan konsonan-konsonan Wilkinson dan Za’ba tetapi vokal
Ophusyen digunakan kecuali oe yang telah digantikan dengan u. Dikatakan bahawa Sistem
Ejaan Fajar Asia merupakan percubaan yang pertama dalam usaha menyatukan ejaan Rumi
bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia jika dipandang daripada sudut pengejaan
kata dan penulisan vokal.
2.4.2 EJAAN KONGRES
Ejaan Kongres merupakan sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini telah
dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi iaitu:

● Ejaan di Malaysia dan di Indonesia perlu disamakan atau disatukan.
● Peraturan ejaan hendaklah mudah dengan cara sistem fonologi.
● Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama dan seragam.
● Kata-kata daripada bahasa asing perlu dieja mengikut hukum dan sistem fonologi

Melayu.

6

SISTEM EJAAN ASAS 50 SISTEM EJAAN PBMUM EJAAN KONGRES 1956

1. Vokal kembar (diftong ai, Menolak huruf kembar diganti Hasil kongres yang diguna
au, oi menjadi ay, aw, oy)
dengan fonem lain pakai ialah
● contoh : gulay, gurau,
amboy ● contoh : ch-c, ny, ng, ● Ch-c, ng, ny, sh

2. Konsonan ng dan ny sh-x ● Aw, ay, oy,
dalam tulisan fonetik
menggantikan au, ai,
● contoh : parang,
nyonya, nona Ejaan Melayu disatukan oi

3. F, q, v, x dan z boleh dengan ejaan Indonesia
digantikan menggambarkan
fonem-fonem asing ● contoh :

kerana-kearna,

iaitu-ya-itu,

kurnia-karunia

3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN
SISTEM EJAAN RUMI
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka telah ditubuhkan pada 22
Jun 1956 dalam 66 tahun yang lalu di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kecil di bawah
Kementerian Pelajaran. Tujuan penubuhan adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Di peringkat awal, DBP mengorak
usaha di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Dengan hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III
yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16-21 September 1956, kerajaan telah
menerima cadangan kongres yang ingin menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan
Bahasa dan Pustaka. Tambahan pula, DBP juga dinaikkan taraf sebagai badan yang
mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Antara peranan DBP dalam menyeragamkan semula sistem ejaan Rumi adalah membakukan
ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Wujudnya pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan juga peringkat institusi pengajian tinggi

7

(IPT) yang menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP. Terdapat banyak
Jawatankuasa Istilah (JKI) ditubuhkan oleh DBP bersama-sama dengan kerjasama institusi
pengajian tinggi awam bagi mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu
dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Oleh hal yang demikian, perubahan ini
menyaksikan perancangan korpus bahasa Melayu yang berkembang dengan cepat.

Selain itu, pihak DBP memainkan peranan dalam mencetak, menerbitkan serta membantu
usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan
dalam bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana pihak DBP merupakan sebuah organisasi
penerbitan yang terbesar di Malaysia yang amat penting dalam gerakan industri percetakan dan
penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai bentuk bahan ilmiah.
Sebagai contoh, pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah
seperti buku teks dan buku rujukan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah
kerana ia merupakan bahan ilmiah yang sangat penting dan kerap digunakan di sekolah. Di
samping itu, DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan Bahasa
Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Natijahnya, DBP memberi impak yang baik dalam
bidang kesusasteraan, pendidikan dan industri percetakan Negara. Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku
undang-undang Bahasa Melayu (Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud, 1990:1). Jelaslah bahawa DBP
bertindak sebagai medium penterjemahan karya-karya asing.
4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI
Pada zaman pasca kemerdekaan ini, perkembangan teknologi era digital kini telah mengubah
kehidupan manusia ke arah kemajuan yang lebih efisien dan moden. Oleh itu, penggunaan
bahasa Melayu ketika ini sangat meluas sehingga memberi impak kepada bahasa Melayu dari
sudut ejaan, tatabahasa dan selanjutnya. Sistem ejaan Rumi perlu diperkasakan agar ejaan ini
tidak lapuk pada zaman kemajuan teknologi ini.

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam sistem ejaan Rumi pada masa kini, antaranya
ialah sikap rakyat Malaysia yang tidak berbangga dengan bahasa Melayu yang digunakan. Hal
ini dikatakan sedemikian kerana rakyat Malaysia kurang keyakinan dalam penggunaan bahasa
Melayu yang mengakibatkan bahasa Melayu dipandang rendah oleh orang asing. Mereka lebih
gemar menggunakan dan mengangkat martabat bahasa lain sebagai bahasa harian mereka.
Implikasinya, penggunaan bahasa Melayu akan semakin dipinggirkan oleh orang ramai. Maka,

8

sudah terang lagi bersuluh bahawa rakyat Malaysia hendaklah sentiasa yakin dan berbangga
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda negara.

Selain itu, penggunaan bahasa rojak juga menjadi punca sistem ejaan Rumi pada masa kini
kurang mengembang. Hal ini kerana penggunaan bahasa rojak yang kian berleluasa
terutamanya dalam media sosial di kalangan anak-anak muda. Sehubungan dengan itu,
penggunaan bahasa rojak ini dikesan seawal Kesultanan Melayu Melaka semasa perdagangan
antarabangsa. Akibatnya, penggunaan bahasa rojak telah menjadi suatu kebiasaan dalam
kehidupan orang ramai semasa berkomunikasi antara satu sama lain kerana mereka
menyatakan bahawa bahasa rojak adalah lebih mudah untuk digunakan berbanding bahasa
Melayu baku. Sebagai contoh, penggunaan bahasa yang melanggar tatabahasa seperti ‘bishe’
(biasa), “ghisau” (risau) dan sebagainya. Penggunaan bahasa Melayu seperti ini perlu dicegah
kerana apabila setiap masyarakat sudah menerima ejaan seperti ini kaan menyebabkan ianya
mula digunakan secara meluas (Supyan Hussin, 2018). Oleh itu, orang ramai perlu
mengurangkan penggunaan bahasa rojak yang boleh menjejaskan darjat sesebuah bahasa
agar dapat menjaminkan kualiti bahasa Melayu.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem Ejaan Rumi telah banyak berkembang sejak zaman bersejarah lagi iaitu
sistem Ejaan Wilkinson, Ejaan Za’ba, Ejaan Fajar Asia dan sistem Ejaan Rumi Kongres
sehinggalah sistem ejaan yang digunakan pada masa kini. Perkembangan sistem Ejaan Rumi
telah memberikan pelbagai manfaat kepada kita dalam mendalami ilmu kesusasteraan dengan
lebih baik. Walaupun terdapat cabaran yang dilalui pada masa kini, tetapi dengan kerjasama
dan kesepakatan daripada semua pihak, kita dapat bersatu padu dalam menjaga sistem ejaan
kini dan mencintai bahasa Melayu agar tidak dijatuhkan martabatnya.

9

6.0 RUJUKAN
Muhammad Al Afzan. (2018, April 30). Peranan dewan bahasa dan pustaka dalam
memartabatkan bahasa melayu. Dimuat turun dari
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html?m=1
pada 9 September 2022
Nrllysazm. (2021, November 21). Cabaran ejaan sistem rumi pada masa kini. Dimuat turun dari
https://anyflip.com/dtfgb/jexb/basic pada 9 September 2022
Pekhabar. (2015, Jun 22). Penubuhan dewan bahasa dan pustaka. Dimuat turun dari
https://pekhabar.com/penubuhan-dewan-bahasa-dan-pustaka/ pada 9 September 2022
Cindy Yap Juan. (2021, November 17). Sistem ejaan rumi kongres. Dimuat turun dari
https://pubhtml5.com/rhyq/msqn/basic/ pada 9 September 2022
Nrllysazm. (2021, November 15). Sejarah perkembangan sistem ejaan rumi. Dimuat turun dari
https://anyflip.com/dtfgb/knjf/basic pada 9 September 2022
Aram. (2013, Oktober 1). Ejaan rumi za’ba. Dimuat turun dari
http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-zaba.html?m=1 pada 9 September 2022

10


Click to View FlipBook Version