The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-20209623, 2021-10-31 23:45:21

TAYAMMUM

pengertian tayamum

PENGENALAN
TAYAMMUM

APA ITU TAYAMMUM

Tayammum merupakan pengganti kepada wudhu pada masa-
masa tertentu seperti sakit dan sebagainya. Tayammum merupakan syarat sah solat, tawaf,
dan syarat untuk memegang Al-Quran.Tayammum merupakan satu cara untuk kita
melaksanakan sesuatu ibadah apabila kita menghadapi sebarang kesulitan.
Sudah terang lagi bersuluh
ianya menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang mudah dan umat Islam tidak
mempunyai sebarang masalah dan halangan untuk melakukan ibadat.

Dari segi bahasa tayammum bermaksud tujuan. Manakala dari segi istilah pula tayammum
bermaksud menyapu debu tanah suci ke muka dan kedua-dua tangan dengan niat dan cara
tertentu.Tiada alasan untuk manusia meninggalkan ibadah kerana tayammum merupakan satu

keringanan dengan menggunakan debu suci sebagai ganti wudhu dan mandi wajib.

RUKUN TAYAMMUM

1.Niat

Maksudnya:Sengaja ‫ل إل‬ ‫ض‬beًrt‫ر‬aْ َy‫ف‬am‫ل إة‬uََm‫ َّص‬u‫ال‬nt‫ة‬u‫ح إ‬kَ ‫ا‬m‫إت َب‬e‫س‬laْ k‫ ِل‬uِ‫ إ‬k‫م‬aَ n‫َي ُّم‬sَّ‫ت‬o‫ل‬l‫ا‬at ‫نَ َويْ ُت‬ kerana Allah Ta’ala

aku fardhu

2. Menyapu Ke Muka Dan Dua Tangan:

Seseorang yang bertayamum wajib meratakan muka dan kedua dua tangan mereka
dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku seperti orang yang berwuduk wajib
meratakan muka dan tangan mereka hingga ke siku dengan air

3. Tertib(Berturutan)

PERKARA SUNAT
TAYAMMUM

1.Membaca “bismillah” pada awal wudhu’

2.Bahagian atas muka merupakan permulaan sapuan bagi permulaan tayammum
kemudia diikuti dengan mendahulukan sapuan tangan kanan daripada tangan kiri.

3. Bahagian kepala dan lengan mestilah sapu sedikit dan dua perkara tersebut iaitu
sapuan muka dan tangan hendaklah dilakukan secara berturut-turut.

4. Merenggangkan jari-jari tangan ketika menepuk tanah bagi sekali tepukan.

5.Menipiskan debu tanah tersebut dengan mengirai kedua-dua belah tapak tangan sedikit
atau meniupnya dengan mulut.

PERKARA MEMBATALKAN
TAYAMMUM

1. Semua perkara yang membatalkan wudhu’ adalah sama
sahaja dengan tayammum.

2. Apabila seseorang itu sudah siap bertayammum tetapi dia
telah menemukan air yang suci maka dia hendaklah mengambil
wudhu’ semula dengan air tersebut kerana tayammum
menggantikan air untuk bersuci.

3. Mampu untuk menggunakan air.

4. Murtad .

HIKMAH TAYAMMUM

1. Dapat mengurangkan kesusahan dan
kesulitan bagi setiap umat Islam.

2. Dapat menyuci dan membersihkan jiwa
manusia.

3. Dapat menyempurnakan nikmat.


Click to View FlipBook Version