The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-10 09:10:20

e-folio etika dan peradaban

e-folio etika dan peradaban

RUKUN NEGARA SEBAGAI TERAS
DALAM MENCAPAI PERPADUAN

1

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN PAUH PUTRA, 02600
ARAU, PERLIS

JABATAN PERDAGANGAN
MPU21032

TAJUK: RUKUN NEGARA SEBAGAI TERAS DALAM MENCAPAI
PERPADUAN

TUGASAN E-FOLIO

NAMA PENSYARAH: NUR SYAKIRAH BINTI AKYAN

SESI PENGAJIAN SESI 1 2021/2022

NAMA NO PENDAFTARAN
18DPM21F1021
MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHAMMAD ZAILANI 18DPM21F1015
NUR ATHIRAH QURRATUL’AIN BINTI
KAMARULZAMAN 18DPM21F1068
SYAZA NURAIN BINTI BADROL HISHAM 18DPM21F1003
NURUL SHAFIKA BINTI ABDULLAH

2

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera, bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin kurniaanya,
kami dapat menyiapkan tugasan e-folio ini dengan sempurna dan jayanya. Sepanjang
menyiapkan tugasan ini, kami telah memperoleh pelbagai maklumat mengenai
pembinaan peradaban majmuk di Malaysia.

Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Nur Syakirah binti Akyan,
Pensyarah Mata Pelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 21032) di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga telah memberi tunjuk
ajar dan bimbingan kepada kami untuk menghasilakna tugasan e-folio ini dengan
sempurna dan beliau banyak membantun kami sepanjang proses pembentukan
tugasan ini berlangsung.

Tidak lupa kepada ahli kumpulan yang telah memberi kerjasama dan
bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan e-folio ini dengan sempurna, terima
kasih diucapkan. Semoga e-folio ini dapat memberikan manfaat dan panduan kepada
semua orang. Terima kasih.

3

AHLI KUMPULAN

4

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 3
AHLI KUMPULAN 4
PENGENALAN 6
OBJEKTIF TUGASAN 6
SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA 7-8
TUJUAN RUKUN NEGARA DIWUJUDKAN DI MALAYSIA 9
PRINSIP RUKUN NEGARA TERAS PERPADUAN NEGARA
KESAN WUJUDNYA RUKUN NEGARA DALAM PERPADUAN 10-11
NEGARA DI MALAYSIA 12
LANGKAH MEMPERKASAKAN RUKUN NEGARA DALAM
PERPADUAN 13
KESIMPULAN
RUJUKAN 14
15

5

1.0) PENGENALAN

Rukun negara telah diisytiharkan pada 10 Ogos 1970 sempena ulang tahun
kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong
Almarhum IV. Rukun negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang
melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun negara dibentuk dengan
tujuan utama iaitu membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia
yang bersatu padu dan juga teras perpaduan negara. Terdapat lima prinsip ideologi
yang menjadi tonggak perpaduan antaranya adalah mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakat, memelihara satu cara hidup demokratik,
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama, membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak dan membina sebuah masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Perkara tersebut dapat
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya.

2.0) OBJEKTIF TUGASAN

1. Untuk menjelaskan sejarah pembentukan rukun negara.
2. Menjelaskan tujuan rukun negara diwujudkan di Malaysia.
3. Menghuraikan prinsip rukun negara teras perpaduan negara.
4. menganalisis kesan wujudnya rukun negara dalam perpaduan negara di Malaysia.
5. Membincangkan langkah memperkasakan rukun negara dalam perpaduan.

6

3.0) SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah
menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan
kemasukan tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta
berniaga di bandar .

Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-tiga
kumpulan etnik ini telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan
orang Melayu tinggal di desa dan bekerja disektor pertanian, sementara orang Cina
tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan . Orang India pula tinggal dan
bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga
kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan mempunyai
sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama.
Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.

Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku
di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang.
Perbalahan yang sama turut berlaku di Pulau Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam (1966)
dan Pulau Pinang sekali lagi (1967) . Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara
kecil –kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius iaitu peristiwa ini, Kerajaan telah
mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut
supaya tidak berulang lagi.

Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah
MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.

Anggota –anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang
Pengerusi (Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah
MAGERAN), tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman,
mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil
Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan
profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan
wakil-wakil kumpulan kecil.

Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang
dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’
Hussein .Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa
bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang
mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.
Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan
oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13
kemerdekaan negara.

7

Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai
teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk
menyemai nilai-nilai murni seperti nilai keagamaan ,kesetiaan kepada Raja dan Negara,
kepatuhan kepada Perlembagaan , Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk
masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dna Kesusilaan.

Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang
berbilang kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan
masyarakat , seterusnya melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu
, demokratik ,adil, liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.
Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini
untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi
kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

8

4.0) TUJUAN RUKUN NEGARA DIWUJUDKAN DI MALAYSIA

Tujuan rukun negara diwujudkan di Malaysia adalah untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat. Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk
membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri
mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-
masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai
persoalan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan
ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di
mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan
perasaan cinta terhadap negara.

Melalui rukun negara, Malaysia ingin mendukung cita-cita agar dapat mencapai
perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat, memelihara satu cara
hidup demokratik iaitu dengan melahirkan golongan masyarakat yang adil agar
kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan saksama. Seterusnya, menjamin
satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak serta membina satu masyarakat yang cemerlang. Terdapat lima prinsip
dalam rukun negara yang perlu dijiwai oleh setiap rakyat Malaysia iaitu Kepercayaan
kepada tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan,
Kedaulatan undang-undang, Kesopanan dan kesusilaan.

Antara matlamat rukun negara ialah dapat mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakat di Malaysia. Seterusnya, kita dapat memelihara
cara hidup demokratik dalam masyarakat di negara Malaysia serta dapat menjamin
satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai corak
kehidupan dalam masyarakat sekeliling. Bukan itu sahaja, membentuk satu masyarakat
yang adil dan saksama agar kemakmuran negara terjamin dan berada dalam suasana
yang harmoni tanpa menimbulkan perasaan yang negatif antara satu sama lain di
kalangan masyarakat. Akhir sekali, kita dapat membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan
masyarakat pada hari ini.

9

5.0) PRINSIP RUKUN NEGARA TERAS PERPADUAN NEGARA

Lima prinsip Rukun Negara yang diwujudkan ini adalah dibentuk berdasarkan acuan
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan juga agama. Prinsip-prinsip yang
terbina ini adalah bagi memperkukuhkan perpaduan kaum. Oleh itu menurut Tun Abdul
Razak,

“Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah pada amalannya. Tanpa amalan
Rukun Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna”.
“.... adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat,
tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang
terkandung di sebalik tiap-taip perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-
benar menjadi darah daging.”

a) Kepercayaan kepada Tuhan

Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama
boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara.
Pegangan yang kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu
daripada melakukan jenayah dan juga kejahatan. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Menyedari betapa
pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama
masingmasing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara dan sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-
Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja
dan Yang di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Maka
setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas
kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Di peringkat negeri pula,
rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri
tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-
Pertuan Agong.

c) Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan
Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati,

10

menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara.

d) Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama

tarafnya di sisi undang-undang negara. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa
undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu
undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Tuntutan kepada prinsip keempat ini adalah supaya kita sama-sama
menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta
memelihara kedaulatannya.
e) Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk warga negara
yang bersopan santun dan bersusila. Sifat individu yang bersopan santun dan
bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain
dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. prinsip ini menjadi panduan supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan
keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni .

11

6.0) KESAN WUJUDNYA RUKUN NEGARA DALAM PERPADUAN
NEGARA DI MALAYSIA

Hidup dalam suasana yang harmoni dan sejahtera serta saling hormat-
menghormati antara satu sama lain. Patuh kepada undang-undang negara juga
merupakan salah satu keunikan dan keistimewaan kepada seluruh rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Ini merupakan contoh- contoh rukun negara
yang ada di negara ini. Pertama sekali, Kepercayaan kepada tuhan. Seterusnya
kesetiaan kepada raja dan negara.Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-
undang serta kesopanan dan kesusilaan.Kelima-lima konsep rukun negara ini
dizahirkan melalui perbuatan secara langsung mahupun tidak langsung.

Rukun Negara ini telah dilancarkan pada tanggal 31 Ogos 1970. Pelbagai kesan
telah wujud setelah Rukun Negara dilancarkan dan digubal dalam menyatukan semua
kaum selepas berlakunya peristiwa yang melibatkan perkauman iaitu peristiwa 13 Mei
1969. Langkah - langkah yang dilakukan oleh kerajaan ialah menyatupadukan semua
kaum yang berbeza agama dan bangsa untuk mengembalikan perpaduan yang telah
lama terhakis dalam diri masyarakat sekarang.

Mengikut Artikel akhbar Berita Harian 14 Julai 2020,Lam Thye, 74 , yang pernah
menjadi Ahli Parlimen Bukit Bintang selama empat penggal dan telah menguar - uarkan
tentang Rukun Negara kepada semua kaum dan budaya serta memberikan sokongan
kepada prinsip - prinsip yang dinyatakan dalam Rukun Negara. Rukun Negara menjadi
salah satu platform untuk mengeratkan hubungan sesama kaum.

Rukun Negara menjadi asas panduan hidup di dalam nomad baharu. Biar kita
ambil contoh, Malaysia mampu menangani pandemik korona virus (Covid-19) pada fasa
pertama. Ini menunjukkan bahawa kepatuhan rakyat kepada arahan yang diperintahkan
oleh kerajaan. Di samping itu, ia dapat menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan
sahaja patuh kepada arahan kerajaan malah mereka dapat memupuk semangat
perpaduan serta meningkatkan tahap disiplin yang tinggi sehingga negara dapat
mengawal penularan covid-19.

Perkara ini telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia lebih peka dan matang
mengenai keharmonian dan kesejahteraan negara. Perlembagaan Persekutuan
sengaja mewujudkan provokasi dalam masyarakat supaya rakyat cepat bertindak balas
dan menentang mereka untuk menjaga keharmonian negara yang tercinta.

Intihannya, Rukun Negara boleh dilabelkam sebagai tunjang utama dalam
memupuk semangat perpaduan dan menjaga keharmonian serta kesejahteraan negara.
Manakala, sikap bantu - membantu juga dapat menjadi contoh teladan kepada negara -
negara lain. Dengan ini, kita dapat melahirkan kesan positif dalam pelbagai aspek
terutamanya Negara Malaysia menjadi negara yang aman damai dan hidup
bersatupadu antara sesama kaum.

12

7.0) LANGKAH MEMPERKASAKAN RUKUN NEGARA DALAM
PERPADUAN

Sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, kerajaan harus menerapkan
konsep Rukun Negara supaya ia boleh dijadikan satu platform bagi rakyat Malaysia
dalam menghayati falsafah nasional itu dengan lebih berkesan. Seterusnya, Ahli
Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye
percaya bahawa Rukun Negara adalah falsafah kebangsaan negara yang dianggap
sebagai panduan atau kompas bagi rakyat Malaysia untuk ke arah pembentukan
negara Malaysia.

Selain itu, beliau juga percaya prinsip Rukun Negara boleh dijadikan pegangan
hidup untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,agama ataupun
bangsa.Seperti yang kita tahu, "Hari Kebangsaan adalah satu hari yang penting di
mana kita dapat mengimbas kembali pencapaian kita setakat ini. Penerapan elemen
Rukun Negara dalam sambutan bermakna ini akan mendedahkan Rukun Negara
kepada orang ramai supaya bersama mengingatinya hari tersebut.

Hal ini demikian kerana, kita dapat memupuk semangat kerjasama dan
perpaduan dalam kalangan masyakat pada masa kini. selain dari tujuan untuk
meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat, kita juga perlu mengekalkan cara
hidup demokrasi untuk mewujudkan masyarakat yang adil, pendekatan yang liberal
terhadap adat dan kebudayaan, dan juga membangunkan satu masyarakat progresif
yang berlandaskan sains moden dan teknologi, Rukun Negara juga adalah satu
panduan sosial yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Justeru itu, katanya, amat penting bagi kerajaan untuk mempromosi Rukun
Negara bagi menerangkan kepada rakyat terutamanya generasi muda apa makna
sebenarnya Rukun Negara, mengapa ia diwujudkan dan tujuannya dari aspek
mempromosi keharmonian antara kaum, hormat-menghormati antara kaum, integrasi
serta perpaduan.

13

8.0) KESIMPULAN

Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak
negara yang penting. Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata sahaja ianya
memakan masa yang begitu lama. Bagi mewujudkan perpaduan generasi kita kini
seharusnya peka dengan Rukun Negara dan menghayati erti yang sebenarnya
kewujudan Rukun Negara. Ini kerana Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau
diikrarkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian warga negara Malaysia. Semangat
Rukun Negara ini perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam menangani krisis
negara tidak kira ancaman daripada dalam dan luar negara. Dengan berpegang teguh
kepada prinsip Rukun Negara mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu,
kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa saja cabaran.

14

9.0) RUJUKAN

https://anyflip.com/jxnmq/klyb/basic
http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/sejarah-pembentukan-rukunegara.html
http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/objektif-rukun-negara.html

15


Click to View FlipBook Version
Previous Book
RPS RPM RPH TAHUN 1_PENGHASILAN PRODUK HABIBAH2021202400304
Next Book
SIMULASI PERMOHONAN IPTA SELEPAS SPM.pptx