Aplikasi Teknologi
Hijau dalam
Pengurusan Sisa
Industri
PUTRI BALQIS BINTI MOHD FAISAL
TEKNOLOGI HIJAU
Teknologi atau aplikasi yang
dibangunkan untuk
mengurangkan impak aktiviti
manusia terhadap alam sekitar
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI HIJAU
Pengenalan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan pada tahun 2009 telah merintis penggunaan Teknologi Hijau
dengan lebih meluas dalam pelbagai sektor di Malaysia.
Kesedaran masyarakat terhadap pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim telah mencepatkan usaha ke arah
penghasilan serta penggunaan Teknologi Hijau di samping penggunaan sumber yang lebih lestari.
Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia juga dikenali sebagai GreenTech Malaysia, merupakan
agensi kerajaan yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai program dan insentif untuk menggalakkan
penggunaan Teknologi Hijau dalam pelbagai sektor ekonomi negara.
Penggunaan Teknologi Hijau tidak terhad kepada bidang perindustrian semata-mata tetapi sangat luas merentasi
pelbagai aspek kehidupan.
Dalam aplikasi yang melibatkan penghasilan produk atau perkhidmatan, penggunaan teknologi dengan
pendekatan yang mesra alam diterapkan bermula daripada penggunaan dan pengurusan sumber sehingga
kepada pengurusan bahan buangan.
SEKTOR-SEKTOR TEKNOLOGI HIJAU DAN CONTOH APLIKASI YANG TERLIBAT
BEKALAN TENAGA
Tenaga boleh diperbaharui seperti
solar, hidro, geoterma dan angin.
PENGANGKUTAN
Kenderaan menggunakan
bahan api alternatif.
BANGUNAN
Penggunaan bahan binaan mesra
alam dan bangunan jimat tenaga.
PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA
Kitar semula dan Kaedah Olahan
Larutlesapan Tapak Pelupusan.
INDUSTRI
Penggunaan alatan dan teknologi
cekap tenaga.
PERTANIAN DAN PERHUTANAN
Penggunaan baja kompos dan
pemeliharaan hutan.
TEKNOLOGI HIJAU DALAM PENGURUSAN SISA DAN AIR SISA
❑ Tujuan : Memastikan pengurusan sisa yang lebih PELUPUSAN SISA
cekap, pengurangan pembebasan gas rumah hijau
dan penyingkiran air sisa yang lebih bersih. PENGURUSAN TEMPAT
PELUPUSAN
❑ Kesan karbon juga secara tidak langsung dapat
dikurangkan dan pelbagai kaedah alternatif dalam OLAHAN AIR SISA
menguruskan sisa dan air sisa dapat diteroka
menerusi Teknologi Hijau. Pendekatan Teknologi Hijau dalam
pengurusan sisa dan air sisa
PENGURUSAN SISA
o Pembangunan pesat dan peningkatan jumlah penduduk telah
menyumbangkan penjanaan sisa pepejal atau sampah yang tinggi. Jika tidak
diuruskan dengan baik, kualiti hidup dan kesihatan awam akan terjejas.
o Pengurusan sisa tidak hanya melibatkan pihak berkuasa tempatan, sebaliknya
semua masyarakat perlu memainkan peranan dalam memastikan
keberkesanan pengurusan sisa terutama sisa pepejal.
Teknologi Hijau dalam pelbagai peringkat pengurusan sisa
PENGURUSAN AIR SISA
❖ Air sisa : Bahan buangan berbentuk cecair yang boleh terdiri dari sisa manusia, sisa
makanan, minyak dan bahan kimia.
❖ Dapat dibahagiakan kepada air sisa domestik, air larian stormwater dan air sisa industri.
❖ Air sisa industri mungkin mengandungi bahan kimia seperti akrilonitril, metilbenzena,
toluena serta logam berat seperti arsenik, merkuri dan plumbum.
❖ Bahan-bahan kimia berbahaya ini sukar untuk terurai secara biologi dan memerlukan
kaedah olahan yang lebih sistematik agar tidak mencemarkan alam sekitar atau
menjejaskan kesihatan.
❖ Kaedah Olahan Larutlesapan Tapak Pelupusan dengan menggunakan prinsip elektrolisis (proses
elektro-penggumpalan) merupakan pendekatan Teknologi Hijau yang boleh digunakan untuk mengolah air
sisa termasuk air sisa industri.
❖ Elektrod karbon/kuprum akan digunakan manakala air sisa pula adalah sebagai elektrolit dalam proses
elektro-penggumpalan. Bahan pencemar akan membentuk gumpalan (flok) dan dapat diasingkan dari air
seterusnya disingkirkan sebagai bahan enapcemar.
❖ Bahan enapcemar setelah dirawat dengan betul boleh digunakan sebagai baja dalam sektor pertanian atau
dilupuskan dengan kaedah yang bersesuaian bergantung kepada komposisi bahan yang terdapat dalam
bahan enapcemar.
❖ Air sisa yang sudah diolah dapat diguna semula untuk pengairan tanaman atau disingkirkan sebagai efluen.
Langkah-langkah rawatan air sisa
KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM KEHIDUPAN
✓ Teknologi Hijau telah membuka lembaran baru Sumber tenaga
dalam bidang teknologi dengan pendekatan yang lebih
yang lebih mesra alam tanpa mengetepikan bersih
fungsi asal sesuatu teknologi.
Membantu Pengurusan
✓ Perkembangan ini memberikan sumbangan memperlahan sisa buangan
kepada sektor ekonomi negara melalui pemanasan
pewujudan sektor industri baru dan peluang yang lebih
pekerjaan berteraskan teknologi hijau. global berkesan
✓ Pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan Memacu inovasi Kualiti hidup
dan pengurusan sumber akan menjadi lebih baru meningkat
cekap dan terancang.
LET’S NURTURE THE
NATURE SO THAT WE
CAN HAVE A BETTER
FUTURE
CREDITS: This presentation template was
created by Slidesgo, including icons by
Flaticon, infographics & images by Freepik
and illustrations by Stories
Terima Kasih!
]]