The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengelasan dan Tabiat Pemakanan Haiwan, Kegigian Haiwan, Haiwan dan Makanannya serta Perubahan Tabiat Pemakanan Haiwan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-12820634, 2021-07-14 07:13:14

Buku Skrap Sains (Haiwan)

Pengelasan dan Tabiat Pemakanan Haiwan, Kegigian Haiwan, Haiwan dan Makanannya serta Perubahan Tabiat Pemakanan Haiwan

e-BUKU SKRAP ENSIKLOPEDIA SAINS PERTAMA SAYA

Penghargaan

S aya Nurul Amira Aleesya binti Mohd Saharizam daripada kelas 3
Kreatif, Sek. Keb. Bandar Behrang 2020 ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah memberi tunjuk ajar
kepada saya untuk menyediakan e-buku skrap sains yang berjudul
“Haiwan”. Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan e-buku ini dalam tempoh 1
minggu. Saya membuatnya bersama ibu bapa saya di waktu malam.

Saya berasa gembira kerana sedikit sebanyak
saya telah mempelajari kemahiran komputer dan
internet. Saya berasa teruja kerana dapat
mencipta buku digital pertama saya. Dalam e-
buku ini rakan-rakan akan mempelajari tentang
haiwan dalam topik pengelasan dan tabiat
pemakanan haiwan, kegigian haiwan, haiwan dan
makanannya serta perubahan tabiat pemakanan
haiwan.

Tidak lupa juga guru sains saya iaitu Cikgu Nor Azizah binti Mohamad kerana
telah mengajar saya dengan bersungguh-sungguh. Saya berharap rakan-rakan
semua seronok membaca e-buku ini dan mendapat ilmu darinya. Akhir kata,
pelajarilah ilmu sains kerana kita akan lebih mengenali Pencipta kita.

Sayangi haiwan kerana mereka juga makhluk Tuhan!

Sekian, terima kasih.

KANDUNGAN 1-3
4
1. Pengelasan dan Tabiat Pemakanan Haiwan 5
2. Kegigian Haiwan 6
3. Haiwan dan Makanannya
4. Perubahan Tabiat Pemakanan Haiwan

Sumber Rujukan :

1. Buku teks KPM Tahun 3 (Bab - Haiwan)
2. Info gambar dan maklumat dari carian internet
3. YouTube (Perubahan Tabiat Pemakanan Haiwan)
4. Buku bacaan berjudul “Haiwan Yang Mempunyai Deria Hebat”

PENGELASAN DAN TABIAT
PEMAKANAN HAIWAN

HAIWAN
HERBIVOR

Haiwan herbivor
ialah haiwan yang
makan tumbuh-
tumbuhan sahaja.
Contohnya seperti
belalang, arnab,
lembu, kuda, kambing
dan lain-lain lagi

Tahukah anda kala jengking tidak minumdan
boleh hidup tiga tahun tanpa makanan!

1

HAIWAN
KARNIVOR

Haiwan karnivor
ialah haiwan yang
makan haiwan lain
sahaja. Contohnya
seperti harimau,
ular, singa, burung
helang, buaya dan

lain-lain lagi.

Tahukah anda beruang kutub boleh
hidup tanpa makan selama 4bulan!

2

HAIWAN
OMNIVOR

Haiwan omnivor ialah
haiwan yang makan
tumbuh-tumbuhan
dan haiwan lain.
Contohnya seperti
tikus, ayam, itik,
kucing dan lain-lain
lagi.

Tahukah anda bonggol unta arab boleh
mencapai berat sehingga 100kg.

3

KEGIGIAN HAIWAN

Haiwan Herbivor
Mempunyai gigi kacip yang kuat untuk memotong tumbuh-
tumbuhan.
Mempunyai gigi geraham yang lebih besar untuk melumatkan
tumbuh-tumbuhan yang dimakan supaya mudah ditelan.

Haiwan Karnivor
Mempunyai gigi taring yang lebih tajam berbanding dengan
haiwan lain.
Gigi taring yang tajam ini memudahkan haiwan karnivor
mengoyakkan daging yang dimakan.

Haiwan Omnivor
Mempunyai gigi kacip untuk memotong makanan.
Mempunyai gigi taring untuk mengoyakkan daging.
Mempunyai gigi geraham untuk melumatkan makanan.

Tahukah anda haiwan mempunyai kegigian berbeza

mengikut tabiat pemakanannya disebabkan bagi
memudahkanhaiwan itu makan.

4

HAIWAN DAN
MAKANANNYA

Tahukah anda Hari Haiwan Sedunia
disambut pada 4Oktober setiap tahun.

Tahukah anda seekor lebah perlu
menghisap 4000 kuntum bunga untuk
mendapatkan satu sudu besar madu.
Tahukah anda gigi tikus seperti mata
pisau kerana ia boleh mengunyah semua
benda malah konkrit dan juga besi.
Tahukah anda gigi ketam terletak di
dalam perutnya!

5

PERUBAHAN TABIAT
PEMAKANAN HAIWAN

Beruang secara semula jadi ialah haiwan omnivor, namun
beruang kutub telah mengalami perubahan tabiat
pemakanannya kepada karnivor. Ini kerana beruang kutub
hidup di kawasan kutub yang sejuk dan diliputi ais. Tiada
tumbuhan yang boleh hidup di kawasan kutub.

Zirafah sejenis haiwan herbivor, namun zirafah telah
mengalami perubahan tabiat pemakanannya kepada karnivor.
Ini kerana apabila musim kemarau berlaku dan tiada
tumbuhan, zirafah akan menjilat daging dan tulang haiwan
yang mati.

Kucing sejenis haiwan omnivor, namun kucing telah mengalami
perubahan tabiat pemakanannya kepada herbivor. Ini kerana
jika kucing terlalu lapar iaitu tikus dan ikan tiada, kucing akan
makan nasi. Nasi dikategorikan sebagai tumbuhan.

Tahukah anda perubahan tabiat pemakanan pada
sesetengah haiwan berlaku disebabkan haiwan ingin
mengekalkan kemandiriannya.

.

6

Selamat Membaca

7


Click to View FlipBook Version